Friday 26 August 2011

Rujukan Ke dua Selepas Al Quran


Islam buat masa ini bukanlah agama yg paling ramai penganut. On paper, Kristien adalah agama yg paling ramai penganut. Namun begitu Kristien berbeza dgn Islam. Perbezaan antara dua fahaman pokok Kristien iaitu Roman Katolik dan Protestant (berserta yg lain² seperti Jahovah Witness) adalah sgt significant. Signifact kerana kitab rujukan utama mereka iaitu berbeza. Secara ringkasnya untuk Roman Katolik, mereka menggunakan Duey Bible yg mempunyai 73 surah (books) didalamnya. Manakala Bible untuk fahaman lain seperti King James dan NIV pulak mempunyai 66 surah. Ini secara tak langsung membezakan secara terus kelompok dlm Kristien dan secara tak langsung menjadikan Islam agama yang paling ramai penganutnya.

Perbezaan Dalam Islam

Perlu dijelaskan disini, perbezaan ini tidaklah seperti perbezaan dalam Islam. Sama ada dalam Sunnah Waljamaah (Sunni) iaitu mazhab 4 imam utama iaitu Hanafi, Maliki, Shafiee dan Hambali atau pun yg lebih kritikal antara fahaman Sunni dgn Syiah. Ini adalah kerana sume mazhab ini melafazkan syahadah yg sama dan berpandukan kitab Al Quran yg sama. Sunni dan Syiah berpegang pada Al Quran yang sama. Al Quran yg mempunyai 144 surah yg sama dan mempunyai jumlah 6666 jumlah perkataan yg sama. Perbezaan antara  ajaran mazhab Sunni hanya dr segi fiqah yg berpunca dr tafsiran atau pendekataan berbeza terhadap hadis² atau riwayat sahabat. Contoh paling mudah adalah dlm permasalah wuduk dan pembatalan wuduk. Untuk bacaan lanjut, anda boleh refer buku “Perbezaan Para Imam”  tulisan Syeikhul Hadis Muhammad Zakaria Ruahimullahu.

 Dalam permasalahan Sunni dan Syiah, ia berpunca dari permasalah politik. Dan dari masalah politik ini lah berkembang menjadi masalah pentaktsuban ada unsure keagamaan. Setahu aku dari politik Syiahlah bermulanya golongan pertama yg mengpergunakan agama menegakkan perjuangan politik mereka. Dari Syiahlah bermulanya golongan yg mengambil cebisan ayat Quran dan hadis utk nafsu politik depa. Lebih teruk, dari sinilah bermulanya bibit mengubah atau mencipta hadis palsu utk nafsu politik. Dari sinilah juga bermulanya perjuangan pentaksuban terhadap Tok Guru bermula. Namun begitu, walau ada byk perbezaan antara Sunni dan Syiah, tapi Quran yg digunakan adalah sama. Hadis pokok juga sama. Yg ketara berbaza adalah dr segi kepimpinan dan beberapa doctrine yang memenangkan mereka. Ya, aku ada dengar yg penganut Syiah ada ritual pelik. Tp yg pasti, setahu aku, Syahadah depa memang sama dan Quran pun sama. Malahan, semasa Salman Rushdie menulis buku Satanic Verses iaitu buku yg menghina Rasullulah, Ayatollah Khomeni lah yang lantang bersuara mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadap Salman Rushdie. Untuk bacaan lanjut berkaitan dgn Syiah, anda boleh refer buku “Apa Itu Syiah” oleh Prof Dr, H.M. Rasjadi.


Perbezaan Sumber Rujukan

Sabda Rasullullah; “Aku meninggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana jika kamu berpegang teguh kamu tak akan sesat. Iaitu Al Quran dan As Sunnah

Seperti yang aku cuba bagitau tadi, walau pun terdapat pebezaan dlm Islam antara Sunni dan Syiah, tp sumber utama rujukan adalah sama iaitu Al Quran dan Sunnah. Beza utama adalah sumber rujukan Sunnah depa. Yang paling terkenal adalah Sahih Al – Bukhari. Untuk golongan Syiah sumber rujukan mereka dikenali sebagai Al – Kafi karangan al – Kulini.

Dalam buku yg bertajuk Arrisalah (yang pada aku pekat bau Syiahnya) mentafsir Sunnah sebagai keturunan Nabi; Ahlul Bait. Namun begitu, walau pun buku Ar Risalah ini pekat bau Syiahnya, tp ai adalah buku yg sangat best bila dibaca. Seriusly aku enjoy sgt baca buku tu dulu dan insya’allah aku akan khatam lagi buku tu nanti.

Hadis @ Sunnah?

Sejujurnya, aku pun kurang jelas akan tafsiran sebenar 2 perkataan ini. Kita slalu dgr, kita ikut Islam mengikut Al – Quran dan Sunnah. Tp aku pun ada dgr org cakap ikut Al – Quran dan Hadis. Seriusly aku sgt keliru dalam benda nie. Apa tu sunnah dan apa tu hadis?

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dgn Islam) menurut kemahuannya sendiri. Segala yang dikatakan itu samada itu tidak lain dan tidak bukan dari wahyu yang diwahyukan” - An Njam 3-4

Aku ada gak rujuk buku tulisan Dato’ Dr Harun Din yg bertajuk “Manusia Dan Islam”. Dalam sub topic Al Sunnah & Al Hadis muka surat 271, ia menulis begini; “Al Sunnah atau Al Hadis yang hendak dibincangkan ini adalah….”


“ATAU”. Ini bermakna, dari buku ini Sunnah dan Hadis adalah benda yag sama tp berlainan sebutan. Am I correct?

Dalam buku “The Complete Idiot’s Guide; Understanding Islam” ia menulis hadis sebagai; “Hadith is classified as anything that the prophet said, did or gave silent approval” @ “Hadis adalah apa yang Rasullullah cakap (sabda), buat atau bagi kebenaran dgn cara diam”. 1 contoh yang Rasullulah bagi kebenaran dlm bentuk diam adalah berkaitan dgn halal atau tidak makan biawak dabp.

Satu lagi sumber yang aku guna pakai adalah dr buku “World Religions”. Aku personally selesa dgn tafsiran maksud Sunnah dan Hadis. Pada aku ia jelas dan ringkas.

“The word “Sunnah” means “the walked path” and refer to the path of the Prophet Muhammad SAW. The Sunnah text were based loosely compiled collection of stories about life of Prophet Muhammad SAW; called “Hadis”, which mean “news report”. The Sunnah is the collection of basic laws, universal code and behaviour is considered second in authority only to the absolute laws stated in the Quran”

“Perkataan Sunnah bermaksud “laluan yg dilalui” dan ia merujuk kepada laluan Nabi Muhammad SAW. Teks Sunnah adalah berdasarkan kompilasi pungutan kisah berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW; dipanggil sebagai “Hadis” yg membawa maksud “laporan berita”. Sunnah adalah koleksi  peraturan asas, kod universal dan kelakuan dianggap sebagai nombor dua dari segi keutamaan selepas peraturan yang ditulis didalam Al Quran”

Kesimpulan dari aku

Anyway, topik yang aku tulis kalu pada aku agak berat utk aku kupas panjang². Aku rasa aku bukan lah org yg paling layak nak kritis dalam perkara nie. Cukup lah apa ygn aku tulis sebagai basic information aku rasa macam nak kongsi. Ini mengikut fahaman melalui pembacaan dan pencarian aku sajalah. Most probably aku silap atau kurang tepat, jadi sama² lah kita teruskan mencari ilmu. Tak kiralah sama ada dengan menuntut dgn guru mahupun dgn buku, Yang penting jangan obsess dgn ilmu yang kita ada.

Tuesday 16 August 2011

Isu Murtad

Islam is superior compare to any other religion in the world. No need to be afraid. You just need to learn and don't make assumption. Learn your history & don't be lazy. Read! Practice Islam properly.

Background story

Semenjak dua menjak nie negara kita panas dengan isu murtad. Isu org Kristien tarik Muslim masuk Kristien dan yg sewaktu dengannya. Setahu aku kes  nie panas lepas isu JAIS serbu satu Church kat Damansara. Than Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid minta maaf atas “ketelanjuran” JAIS pada pihak yg terbabit. Itu yg aku baca dlm paper dgn tgk TV.

Aku juga baca tulisan drpd beberpa tokoh, induvidu dan juga sumber lain di internet. Antara yg paling lantang bersuara adalah YB Zulkifli Nordin dr Kulim. Dia sgt aggressive dan very no nonsense type of person. YB Zul nie sorg peguam dan aku rasa dia memang dah terdedah dgn perkara nie dan kaya dgn maklumat yg berkaitan.  Pandangan dia pun penuh emosi, kemas dan keras. Bila aku baca tulisan dia, aku rasa macam tulisan dia pakai dakwat api. Fuhh, panas habis. Sgt offensive dan aggressive.

Khutbah Jumaat kat tempat aku pun sama. Khatib punya lah bersemangat smpai berdebar jantung aku dgr khutbah dia. Semangat habis. Tu yg lepas tu ada demonstrasi yg masuk TV tu. Kalu tak silap aku, ustad yg baca khutbah tu org panggil “ustad pancung”. Pasai pa org panggil dia ustad pancung? Well, semua org dia pancung. No mercy. Penah sekali, golongan yg smpai lewat utk smayang Jumaat tgh amik ayag semayang dan golongan makan pisang kat masjid pun dia pancung kering. Merah muka woo.. Skali ngan aku kena bcos time tu, aku pun baru je sampai masjid. Muahh hahahaa..

Satu lagi pendapat atau tulisan yang mendominasi pemikiran aku adalah tulisan Dr Asri or Dr MAZA. Dr Asri mengambil pendekatan “muhasabah” diri. Dia tak terus tembak puak Kristien, tp dia lebih kepada cari sebab atau punca ngapa org Islam boleh “nak masuk” Kristien. Or why org nak murtad. Dia nak “kita” tgk, what went wrong dgn kita or system kita sampai ada org nak murtad. Aku setuju sgt dgn pendapat dan cara dia.

Pada aku, sebelum kita nak salahkan org, better kita tgk apa yg tak kena dgn diri or organisasi kita. Islam dah sempurna.Tp yg tak kena adalah badan organisasi yg by right adalah imej Islam atau lebih baik, tgk apa yg tak kena dengan kita org Islam. Tgk macam mana Islam diamalkan di M’sia dan imej Islam ditangan org Islam di M’sia terutamanya berbangsa Melayu. Adakah kita org Islam di M’sia bersatu? Adakah kita menonjolkan contoh yg baik kepada puak non Muslim? Tgk brapa byk Islam digunakan atas nafsu dan kepentingan peribadi dan politik?

Are we as a whole are good Muslims?

Dalam FHM beberapa keluaran yg lepas. To be precise, keluaran 147, cover Esther Tan. FHM interview sorg awek Cina (yang juga celebrity TV) bernama Chermaine Poo. Nie sedutan interview tersebut;

FHM      ; We heard you fasted too. True?
Ms Poo ; I fasted the year before because I was working with a lot of Malay productions. Out of respect, I fasted but only half, because I drank water. But the funny thing was when I was on set, all of them weren’t fasting! I expected everyone to be fasting but I went in there and they were all not fasting. So I was the only one. Instead of breaking the fast, I just continued. Also, my family and I are Christian, and we have fast and pray around the same time as well, so it was in conjunction too.
FHM      ; How was it for you during the few days of fasting?
Ms Poo ; Difficult, because I’m someone who really loves to eat. I’m doing a cooking show now…

Alih bahasa; Atas dasar hormat, saya berpuasa juga, tp separuh sebab saya minum air. Tp yg kelakarnya  bila saya di set, semua mereka tidak berpuasa. Saya jangkakan yg mereka semua akan berpuasa tp semua mereka tidak berpuasa! Jadi, hanya saya yg berpuasa. Daripada batalkan puasa, saya teruskan juga. Juga, saya dan keluarga saya beragama Kristien dan kami berpuasa dan beribadah dalam masa yang sama, jd ia juga adalah bersempena.

Dari interview nie, apa imej yg nak kita (atau Muslim yg Mss Poo berkerja bersama) tonjolkan? Buat malu je. Sebaliknya Ms Poo sendri sanggup berpuasa (walaupun dia minum air) atas dasar hormat. Sedangkan Muslim lain dikeliling dia tanpa segan silu tidak berpuasa. Nak kata glamour, Ms Poo nie pun dlm dunia glamour gak. Aku percaya Ms Poo bercakap benar. Tak ada sebab utk dia berbohong dlm interview dgn FHM dlm perkara nie.

Ini hanya satu contoh yg aku secara tak sengaja aku terjumpa. Dlm kes mcm nie, aku rasa tiada sebab non Muslim utk respek Muslim. Juga malang utk Ms Poo kerana dia tidak melihat nilai Muslim yg sebenar dari org Islam disekitarnya.

Jd, sebelum kita gila isim tak tentu pasai, mengamuk tak tentu pasai, better kita tgk diri kita dulu dan improve apa yg boleh kita improve. Tegur dan nasihatlah secara halus saudara dan keluarga kita. Jgn cepat melatah dan merapu tak tentu pasai. Jgn juga takut tak tentu pasai.

Namun begitu, itu tak bermakna yg bila jadi macam nie kita harus berdiam. Pd aku, tidak ada salahnya dgn serbuan JAIS. We need to work in both ways.. Improve the quantity of quality Muslims and at the same time prevent from “week” Muslim to be tempered by Christian missionaries.

Berani Kerana Benar

Kita tak perlu takut dgn depa (puak Kristien). Mcm yg aku cakap tadi, Islam dah cukup kukuh dan hebat utk digugat. Yang lemah adalah kita. Kita rata² kuranag ilmu dalam menghadapi soalan² yg barangkali dtg drpd pihak Nasrani @ Kristien. Malahan, lebih mengecewakan, kita rata² salah faham tentang ajaran yg dibawa oleh Rasullullah SAW. Kebanyakan apa yg kita amalkan telah tercemar dgn amalan bida’ah dan adat. Kita juga “barangkali diasuh” utk paranoid dgn Kristien.

Ya, barangkali kita diasuh utk paranoid. Kita takut dan tak diajar utk berdepan tentang ajaran agama lain (bukan sahaja Kristien). Kita takut utk belajar perkara yg berkaitan dgn ajaran Kristien dan hubung kaitnya dgn Islam. Barangkali ada diantara kita yg masih tidak tahu bahawa, nabi utk agama Yahudi, Nasrani dan Islam adalah org² yg sama. Dan tuhan juga sama. Itu baru bercakap berkaitan dgn “agama wahyu” seperti dlm KBSM. Tak kira teori lain yg barangkali bunyinya sesat ditelinga sesetengah pihak. Aku personally nampak kita Muslim di M’sia hanya belajar kurang dari suku masak sahaja tentang reality dunia sebenar.

Menghadapi Mubalig Kristien

Pada aku, kita perlu tahu apa intipati yg diajar oleh pendita Kristien. Apa pokok ajaran Kristien.

“Know your enemy as you know yourself and you will not lose a thousand battles” SunTze; The Art Of War.

Kita kena tau asas Kristien. Itu “inevitable” (tak dapat dielakkan). Quran ada menyebut, aku tak ingat ayat mana, tp berbunyi… “Qul! Ha tu burhannukum!” Maksudnya.. “Katakan! Tunjukkanlah buktimu!” Ketika menghadapi Kristien. Kita perlu minta pada pendakwah Kristien utk tunjukkan bukti kebenaran depa. Dalam Islam, yg bukti kebenaran adalah Al Quran. Untuk Kristien pun sama, mereka akan mengatakan iaitu Bible. Jadi, dr sini kita hanya perlu  buktikan yg apa sahaja yg depa cakap yg dtg dari Bible tu bercanggah, dusta atau barangkali langsung tidak wujud. Quran ada mencatat perkara ini dalam ayat yg lebih kurang bermaksud, “Sesungguhnya jika kitab ini adalah drpd Allah, maka tidak akan terdapat byk percanggahan atau lesilapan didalamnya…”. Aku ada persenal experiance dalam hal ini...

Aku Dan Mubalig Kristien

Pada petang 24 July 2011, lebih kurang jam 5.30, ada 2 org mubalig/pendakwah kristien dtg umah aku. Ini kali kedua tablig Kristien datang umah aku. Beza dgn yg dulu, kali depa just terus approach aku tanpa bertanya agama aku. Mereka berdua dr Korea Selatan dan menurut mereka, mereka menetap disini selama sebulan.

Baju biru; aku, lelaki tu Paderi kot and awek tu tukang alih bahasa. Mulanya aku ingat salesman elektronik. But lepas depa tunjuk aku 1 video, aku confirm depa mubalig. FYI; Video tu menunjukkan bencana yg tengah menimpa dunia dan tetiba tunjuk org berdoa dan dunia nampak makin aman. Then, as a Muslim aku amik krusi mintak depa duduk dan suruh bini aku wat air dan jamu buah.

At last, doa aku termakbul. I got the chance to practice my knowledge. Depa pakai NIV Bible. Sama dgn Bible aku. Aku pun amik Bible aku. (Ya, aku baca Bible dan aku ada 2 Bible dlm simpanan). Depa delighted. Maybe depa ingat aku mmg tertarik dgn Kristien kot. Kami pun masing² dgn Bible masing² (tgk tgn kami) Basically depa criter pasai kesengsaraan umat manusia dan utk redemption kita memerlukan Passover*.

* Ironinya Passover ni adalah hari yg disambut oleh golongan Yahudi. Dlm kontek mubalig Kristien nie, dia cuba kaitkan Passover di zaman Nabi Musa dan Passover meal yg difahamkan sebagai the Last Supper di zaman Jesus (Nabi Isa). Zaman nabi Musa, darah kambing ditaruk kat pintu rumah org Yahudi utk selamat kan depa. Jesus pula dikenali sebagai Lamb of God yg dikorban utk selamatkan umat manusia dr dosa. Dlm Last Supper, Jesus ada sebut, darah dia adalah wain dll lagi lah... So, depa cuba relatelah.. 

Mereka byk bercerita tentang akhir zaman. Masalah kebuluran, bencana alam, dan kekacauan jiwa. Dan utk selamat dari kesengsaraan kita umat manusia kena lakukan ritual Passover. Sepanjang mereka bercerita, aku hanya mendengar. Tujuan aku supaya mereka bersemangat nak convert aku dan supaya depa boleh stay lama skit. Lagi pun, sebelum aku buka mulut, better aku dgr apa depa cakap supaya aku tau apa yg depa cuba bagitau dan apa yg depa fikir. You need to understand your opponent. Setelah depa puas bercerita, akhirnya aku boleh mula bersuara. Kami mula bersoal jwb dan aku criter pasai agama aku dan fahaman aku pasai agama kaitan Yahudi, Kristian & Islam. Kami pun saling memberi hujah. Aku nampak depa nie mmg tipikal Kristian punya tablig. Syurga, neraka, salvation bla,bla,bla..

Kemdian, ntah macam mana dia masuk Revelation (chapter akhir zaman). Aku pun criter pasai gak Revelation ikut yg aku paham. Dia hairan, mcm mana aku tau? Than aku criter asal usul Revelation. After that, dia sangsi dgn aku. Dia tanya aku skali lg pasai pandangan aku terhadap Jesus. Aku explain (mcm Ahmed Dedat punya stail..). Aku nampak, dia rasa tak selesa. Than dia tanya aku pasai Tuhan dan aku kenal tak sapa Jahovah? Binggo! Aku cakap aku kenal dan explain... Than aku tanya dia kalu betul nama tuhan tu Jahovah, tlg tunjuk kat aku dlm Bible dia atau pun Bible aku, kat mana nama Jahovah ditulis. Binggo²! Terus depa jem. Dia cakap dlm Bible byk nama Jahovah. Well, aku ckp, "So, show me?" Puas paderi du belek Bible dia. Than dia amik Bible aku, pun sama. Tak jumpa. Aku nampak dia panik.Sementara tu, aku "ayat" awek tu…

Than tetiba depa cakap bahasa Korea dan depa kena pegi sebab kawan depa menunggu. Aku pun cakap, kalu korang jumpa Jahovah dlm Bible korang ble cari aku lagi, or kalu korang nak discuss lg ngan aku, feel free to see me. Bawa lg kawan pun ok. Aku juga bagi nama & no hp aku kat depa dengan harapan depa akan kontek aku utk teruskan berhujah dan berkongsi information tentang agama..

Malangnya hingga kini, aku masih tak dihubungi oleh mereka… Aku bersyukur kerana aku berkesempatan bertemu dan berdiskusi dn depa. Aku bersyukur, tuhan sediakan aku dgn pengetahuan utk berhujah dgn depa. Dan aku percaya dari sesi kami, aku sedikit sebanyak telah berjaya menggoyang "iman" depa, insya'allah..

Way Forward

Tiada apa yg perlu ditakutkan. Yang penting kita umat Islam kena bersedia dgn Ilmu. Ilmu asas pun dah cukup.

Sebenarnya Islam ini amat mudah. Islam juga amat praktikal. Islam adalah cara hidup. Untuk selamat dan bahagia hidup di dunia, kita kena follow SOP menurut seperti di dlm Al Quran. Pada pendapat aku dalam menghadapi sinario yg telah berlaku sekarang adalah amat tidak bijak jika menggunakan kekerasan. We need to use our logic and knowledge to reason with them. Insya’allah kita akan menang kerna sesungguhnya agama Kristien itu sebenarnya tiada asas. Majoritinya doktrin fantasi.

Aku juga sedar yg ada juga umpan dr pihak Kristien untuk mengumpan Muslim yg berpeleseran dgn kebajikan dan keselamatan. Disini juga aku terpaksa tuding jari pada badan yg bertanggung jawab. Perkara ini tak sepatut berlaku. Apa sahaja alasan yg diberi, ia tidak berbaloi dan tidak akan diterima. Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, boleh dikatakan bahwa semua org mempunyai “harta” yg cukup hingga tiada org layak menerima wang zakat. Sepatutnya di M’sia pun perkara yg sama berlaku (ini adalah kerana menurut satu sumber*, terdapat lebihan duit kutipan zakat dibadan zakat).

* Tulisan Dr Asr; Buku Minda Tajdid

Apa pun, ini hanyalah dari pemikiran dan pendapat melalui pengalaman aku. Kita tak perlu takut atau benci dengan depa nie. Kita sepatutnya kasihan dan kasih pada depa. Ini adalah kerana mereka telah tersesat ketika mencari tuhan. Oleh itu, kita sepatutnya membantu mereka dlm hal ini. Aku sebenarnya bukanlah org yg paling layak utk berhujah pasai masalah murtad. Byk lagi diluar sana. Anda sepatutnya ada  atau dapatkan rujukan lain² utk kayakan ilmu dlm masalah murtad ini.

Musuh jangan dicari, tapi bila tersua, jangan dielak... Wallahualam...

Saturday 13 August 2011

Komik; Pedang Setiawan

“Ikan emas diam di dalam kolam buat sementara. Bila menjadi naga bangkitlah ia ke udara”; Nujum Sakti

Fuhhh…. Where to start…

“Green Light” from Abah

Itu lah org cakap, di sebalik setiap kedukacitaan, mesti ada hikmahnya. Atas sebab member aku yg tak nak bagi aku pinjam komik Pedang Setiawan dia kat aku, aku ending up beli sendri komik nie kat kedai. Sekali borong, 2 buah terus. Nah, amik hang.. Padan muka aku! Hahahaa.. Anyway, lepas beli komik tu, aku terus balik umah. Aku ingat lagi detik² tu. Sampai je umah, aku makan nasik, smayang than terus ngadap komik nie. Serius shit! Aku nampak lukisan dia macam gambag photo. Real gila habag hang!!!

Aku baca & belek komik² nie sampai lebih kurang 1 jam hinggakan aku tertidog. Malangnya, bila aku sedar dr tidog, badan aku dah tertindih komik tu. Terkepak sikit. Aduh…. Anyway, I was happy. But at that time, aku still tak tau lagi tahap penerimaan abah aku utk Pedang Setiawan nie. This is bcos dia tak suka komik Gila². Jadi aku takut gak dia tak restu komik nie. So, aku beli dlm diam. Maka bermulalah episode sep aku sekali lagi dalam hidup aku. Aku mula beli dlm beberapa episode lagi, than one day, abah aku jumpa dan dia belek komik Pedang Setiawan nie. Dup dap dup dap… (jantung aku).. Than, dengan tak ku sangka, abah aku restu perhubungan aku ngan komik nie. Dia kata komik nie ok bcos lukisan dia cantik dan guna bahasa baku (?). Yearghhhh…. Aku tak perlu takut lagi. Kini aku ble baca komik nie anywhere kat dalam umah. Cuma dia warning aku, “Jangan lupa baca buku dan buat kerja sekolah..” Yes father!

Raja Rimba


At that time, selain dr Pedang Setiawan, aku pun ada beli satu lagi komik lain yg juga dr keluaran yg sama dgn Pedang Setiawan iaitu Raja Rimba. 2 komik nie adalah keluaran Jonesky Limited. Kalu tak silap aku Raja Rimba keluar seminggu lewat berbanding Pedang Setiawan. So, in others words, every week aku akan beli komik lah. Its either Pedang Setiawan or Raja Rimba. Raja Rimba ni pada mulanya komik dia macam citer Young & Dangerous skit. Personally, time tu aku lebih suka Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan.

Ada beberapa sebab kenapa aku suka Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan. Antaranya adalah sebab aksi Raja Rimba lagi solid bebanding Pedang Setiawan. Actually, Pedang Setiawan nie criter dia pd aku ada unsur seni dan lukisan watak digambarkan dgn “lembut”. Setiap frame  lukisan mcm potret. Well, aku suka bcos cantik, but when come to action, Raja Rimba time tu pada aku action dia jauh lagi best. Korang bleh tgk sample gambag kat bawah. Berbanding dgn Pedang Setiawan, aksi dia time tu macam tak brapa best dan terlampau lembut. So, at that time aku consider aku nie fan Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan. Lagi pun, Sang Harimau Kumbang tersangat lah cool.


Aku menjadi “fan” Pedang Setiawan


Than come Pedang Setiawan no. 13… Serius, buat pertama kali aku rasa aksi lawan dlm Pedang Setiawan nie sgt best.  Korang tgk beberapa aksi lawan yg sgt aggressive & cool kat bawah.


Pada aku Pedang Setiawan nie adalah komik yg agak “dalam” penceritaannya. Ia byk bermain dengan emosi. Kadang² dlm komik nie akan ada pantun dan syair yg badly translated. Aku mengambil masa gak utk faham benda nie. FYI, komik lain walau pun citer dia maybe agak dewasa, tp penceritaan dia “tak” seseni Pedang Setiawan. Berbanding dgn komik lain macam Alam Perwira, Juara Wira dan Jejak Wira, watak dlm Pedang Setiawan nie lebih “real”. Nama hikmat dalam Pedang Setiawan pun lebih seni dr komik lain. Contohnya, gaya Pedang Tanpa, gaya “Nama Sesuai Dgn Hakikat”… Sungguh simbolik nama hikmat tu.  Seingat aku, dlm Pedang Setiawan tak ada adegan lawak atau lukisan kartun (sehingga lah episode Nie Feng nak jumpa dgn Dier Meng).  Semuanya serius saja. Aksi pertarungan dia pun macam “real” lah pada aku. That is why, rata² peminat Pedang Setiawan time tu adalah golongan yg lebih “mature” berbanding komik lain.

Antara watak yg paling misteri pada dlm Pedang Setiawan di awal dulu adalah Pendekar Tanpa Nama (Wu Ming Hung). Watak ni digambarkan dgn penuh misteri dan wajah dia sentiasa dikaburkan. Watak lain yg sgt digeruni masa awal Pedang Setiawan dulu adalah Pedang Sakti. Then, after siri no 20 iaitu pertarungan pertama Nie Feng dgn Awan, aku terus jadi fan tegar Pedang Setiawan….


Aku rasa tak payah lah aku criter pasai kronologi or perkembangan citer nie. Yg tu hangpa boleh baca sendiri komik dia.

Aku dan Pedang Setiawan

Sebenarnya, masa mula komik nie keluar, aku sangkakan yg Nie Feng tu pompuan dan dia akan berkahwin dgn Penjejak Awan. Than depa akan ada anak dan hero sebenarnya adalah anak depa. Hahahaa… Apa taknya, sopan benar Nie Feng time episode terawal dulu. Bukan stakat sopan, muka pun dilukis macam pompuan. Aku hanya sedar yg dia lelaki bila dia dah dewasa... Seriusly Nie Feng aku nampak lembut sgt. Even Penduga Arus lebih macho dari dia.

Actually, Fung Wan no1 bukan Pedang Setiawan no1 kita (versi bahsa Malaysia) tak sama dgn versi Hong Kong. Permulaan Pedang Setiawan versi kita bermula dgn Nie Feng. Tp, utk versi original, bermula dgn Awan dan macam mana Awan dijaga oleh Tanpa Nama. Siri tu lagi best sebab lukisan dia jauh lagi cantik dan cool. Starting dia pun lebih dramatic dimana family Bo Kung Wan (Penjejak Awan) dibunuh oleh Wira Utama. Aku pun heran gak, pasai pa lah depa sanggup buang episod Awan tu? Maybe publisher kat M’sia nak cut cost. Tp, kan boleh buat jadi 2 episod? Entah lah…

Pada aku, watak yg paling kesian adalah Penjejak Awan. Cinta dia kat Kung Chi ditolak dan dipermainkan. Kemdian Kung Chi pulak mati ditangan dia sendiri (secara tak sengaja). Chu Chu pula kena rogol ngan Pedang Fajar than eventually Chu Chu pulak mati. Isteri dia pun mati kena bunuh (time dia hilang ingatan). Dah la bini dia tu buta. Nasib baik cantik. Anak pompuan dia pun mati. Yang tinggal Penjejak Angkasa. Si Angkasa ni tak la power macam dia. Spoil betul… Penjejak Awan nie pun aku suka sgt, bcos cara Mr Mah bawa watak nie. Awan sgt secretive dan dia tak perlukan simpati org. Time awal dulu, org yg paham dia hanya Chu Chu. Kemdian baru Badai. Awan nie pun tak power dulu. Bila lawan dia slalu struggle. Antara faverot pertarungan Awan dulu adalah time Awan bertarung dengan inspector Sakti.  Memang dia symbol lelaki sejati yg asli… Muah hahahahaa…

Penjejak Badai, aku tak suka dia. Dia baik sgt. Boring betul. Kecuali bila dia jadi setan tu memang dia best. Kejam siot. 

Mah Weng Seng Datang Malaysia!

Komik Fung Wan (Pedang Setiawan) nie ditulis dan dilukis oleh Mr Mah Weng Seng. Tak perlulah aku criter pasai die bcos hangpa bleh baca sendir pasai dia kat dlm internet. Sebenarnya popularity Pedang Setiawan di Malaysia sgt hebat berbanding dgn komik lain. Rata² peminat Pedang Setiawan ada class tersendiri. Dulu time aku tahun 2 kat UTM, Mr Mah penah dtg M’sia. Aku pun pegi. Tergilos terbabos punya ramai!!! Dah la bulan posa. Penuh area Sg Wang dgn penggila Pedang Setiawan. Masuk TV dgn paper woo… Yg best, lagi ramai peminat Melayu berbanding Cina. Aku tak mampu nak dapatkan tanda tangan Mr Mah bcos waktu berbuka dah nak masuk dan Mr Mah pun dah penat dan dah nak balik. Giler, aku beratur dr pukui 3 petang sampai pukul 7 pun tak smpai giliran lagi. Hareeem sungguh… Ntah² sambutan kat Mr Mah time tu lebih dasyat dr Justin Bibir rasanya time dia dtg KL bebaru nie kot rasanya. Hahahaa… Mr Mah memang super star time tu… Kat bawah nie adalah poster yg aku beli time time Mr Mah dtg M'sia dulu. Poster nie pun dah lusuh warna dia...


Pedang Setiawan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohd Jiwa, Sg Petani Kedah

Masa aku kat Mat Jiwa dulu (sekolah SBP), aku antara otai komik lah. Time tu Pedang Setiawan memang tgh hot. Seingat aku, kisah Pedang Setiawan masa tu adalah kisah Atheist Jati nak takluk China. Dan pada aku, Pedang Setiawan era tu lah yg paling best. Semuanya lengkap. Dari Tanpa Nama lawan Po Jun, than dia hilang hikmat kemdian dia secara tak sengaja terpaksa belajar Hikmat Seribu Pedang Pulang ke Asal. Masa Badai jadi gila. Fuhh.. Dasyat... Lukisan cantik, aksi pun sgt cool. 



Bayangkan, Nie Feng  lagi laju dari pedang yang dia lontar, than boleh control Pedang Salji dgn kaki.Giler siot… Time tu kalu keluar outing hari Sabtu, mesti kena cepat ke kedai komik. Bayangkanlah, lambat je habis. Memang laku! Time outing mesti singgah kat Pak Bahador (kedai makan) than baru balik asrama. Yang best skali time tu, elok je aku jejak kaki kat kawasan asrama bergema lah perkataan “King!!!!...”. Haa, king tu datang dari perkataan “booking”. Nak jadi cepat, depa sebut “king”. Ringkaskan lah... Berapa ramai yg booking, aku dah tak ingat. Tak silap aku, sampai seminggu booking pun ada.. Gila. Tp itu lah penangan Pedang Setiawan di Mat Jiwa time aku dulu. Tp, yang aku respek, walau pun dah berpuluh member aku baca komik nie, depa still jaga supaya tak kedut or koyak. Depa tau aku tak suka macam tu.

Actually time tu kat Mat Jiwa ramai yg kumpul komik. Tapi komik yg tak sama. Kira geng komik nie dapat priority exchange dgn sesame pengumpul komik dulu. Macam aku contohnya, kumpul Pedang Setiawan & Raja Rimba, jadi senang la nak exchange komik dgn member aku yang kumpul komik Pendekar Laut atau Wira Tunggal. Lepas kami dah habis baca, baru kami bagi kat member lain yg hanya menjadi golongan pembaca. Bercakap pasai booking nie, kat Mat Jiwa time tu ada member aku org panggil dia Booking King atau Mat Booking. Nama dia Abdul Rahman kot.. Kelakar dia nie… Dia punya hikmat (atau kehebatan) adalah dia boleh tau kalu puak pembeli komik (macam aku) balik dari outing. So, dia boleh tunggu kat corridor paling dekat dgn gate.  Bila dia nampak kelibat kami terus dia jerit “king….”. Kekadang aku pun tak tau bunyi tu datang dari mana. Memang mcm sial. Hahahaa..   

Time main bola, basket ball dgn sepak takraw “tikam” pun kami guna nama hikmat. Paling obvious masa main takraw tikam lah. Apa tak nya, timbang bola, than libas sekuat hati masa bola tgh tanggung sambil sebut nama hikmat. Segala nama hikmat keluar. Baik dr nama hikmat dlm komik hingga ke nama hikmat ciptaan sendiri sesuka sesuki. Gaya Api Syurga Meragut Lalang, Membunuh Naga Mencari Jalan, Kegeraman Tak Terbatas dan macam² lagi lah. Kalu bola tikam tu boleh angkat, pun sama. Sebut nama hikmat sambil angkat bola. Tak kira dialog time main lagi. Macam dialog dlm komik keluar. Cakap pun mcm wtak dlm komik. Walhal, main takraw jek. Seingat aku dlm main takraw tikam nie member aku nama Pak Red dan Mat Yus (kepiah lembek) lah yang paling terer. Hahahaaa… Fuh… Memang kenangan yg best yg tak ble lupa. Seronok time tu.

Masa tu pun, ramai gak yg gila stiker. Ada gak la member aku yg pandai buat stiker sendiri. Imej dr Pedang Setiawan antara imej yg org buat. Aku? Aku punya stiker tulisan Fung Wan (dalam bahse Cina) kaler merah. Ringkas tp cool. Aku lekat kat kotak pensil, locker, buku dan moto. Hahahaa…

Than time aku form 5, Fung Wan dijadikan movie. Aku gila punya excited. Gilabaghang! Awan dan Badai dalam bentuk manusia! Dream come true! Aaron Kwok jd Awan & Cheng Ekin jadi Badai. Aku memang minat Cheng Ekin dlm Young & Dangerous pun. So, memang super excited lah. Abah aku pun tau aku minat, dia pun carik poster Storm Riders kat aku. Poster tu still melekat kat umah aku kat Alor Setar. Time nak tgk wayang, aku pi dgn member aku ramai² kat pawagam kat Sg Petani (pawagam tu pun dah “bungkus” skarang). Malangnya aku over expect citer nie. Pada aku citer Storm Riders nie macam haraammm! Tak best langsung! Tension aku! Bayangkan Awan pakai baju kulit(?) bertali macam tu. Gila gay! Rambut kaler biru! Gila babi gay! Badai ok lah. Tapi Awan seriously nampak gay sgt (pada aku lah). Citer dia pun habis dicincang. Serabut betul. Penduga Arus pun tak dak! Apa kes? Pedang Istimewa dan Pedang Salji pun nampak macam mainan beli kat pasar malam je… Aduh…. Memang mimpi Pedang Setiawan menjadi reality aku musnah…. Tp nasib baik dalam Storm Warriors, depa dah improve kat costume Awan. Awan dalam Storm Warriors nampak sgt cool.  Apa pun Storm Riders sucks!!!! Andrew Lau (director dia) sucks!!!! You kill my dream!!!


 Ha haa haaa….

Awan Berlalu Ditiup Badai…

Sedikit sebanyak itulah criter kenangan aku pasai Pedang Setiawan masa aku muda dulu. Skarang aku dah tua. Dah ada anak kecik lagi. Aku pun dah tak tau sgt dah perkembangan komik nie. Byk watak baru yg aku tak kenal sgt. Apa pun sejak aku belik komik time aku form 1, alhamdulillah aku tak miss 1 episod lagi pun. So, mcm bangga pun ada lah..

Personally, pd aku, Pedang Setiawan dulu jauh lagi best dr g sekarang. Pd aku Pedang  Setiawan skarang dah hilang dia punya original “kick”. Original flavour yg buat dia best dah “dihormati” dah hilang. Citer dia pun dok recycle topic yg sama dan mcm dah merapu (pd aku). Skarang aku beli, just utk beli. Time baca pun dah tak trill. Dulu kalu baca mesti aku seolah “diserek” ke ruang dunia kepahlawanan Pedang Setiawan. Ada scene yg bila aku baca boleh meremang roma tengkok. Or maybe pd aku citer dia dah tak best sebab aku dah tua. Maybe my time is up? I don’t know…

My personal favorite era for Pedang Setiawan will always be during Athiest Jati sampai Awan jatuh dalam dr gunung. Sume siri tu best giler aksi dia.

 
And cover paling best yg banyak bagi kesan dlm hidup aku pun dlm siri nie.. Serius, time aku mula riki cover nie kat internet dulu, aku mcm kagum giler dengan cover komik nie. Sungguh dark..

Apa pun, aku membesar dgn Pedang Setiawan. Separuh dari umur aku, aku baca komik nie. Aku menghormati ‘fan’ Pedang Setiawan generasi baru. Bila aku tengok ada club Pedang Setiawan, aku pun rasa terharu & kagum gak. Zaman aku dulu tak dak benda² mcm nie. Kalau ada pun, mungkin aku tak tahu. Dulu, aku boleh siap hafal dialog Tanpa Nama, Awan dan Badai. Skarang aku boleh tgk je apa ‘fan’ baru sembang. Anyway, aku akan terus beli dan “enjoy” baca Pedang Setiawan dan aku harap ‘fan’ sekarang boleh rasa apa yg aku penah rasa time aku mula baca dulu. Dulu, bau dakwat komik pun dah cukup wat aku excited. Hahaha…. Anyway, Long Live Pedang Setiawan!

PS – Masakan jauhari mengenal manikam jika Badai tak dapat dilihat, Awan tak dapat ditangkap?