Sunday 20 May 2012

Kenangan Debat Dr Asri & Astora Jabat

Aku tgk balik debat antara Dr Asri dan Astora Jabat. Astora Jabat memang agak "aktif" time aku student dulu. Aku percaya ramai orang yang sebaya aku yang baca Mingguan Malaysia atau Al Islam  kenal siapa Astora Jabat dan tau apa yang dia telah create dalam hampir 10 tahun lepas. Inilah masanya 1st time aku kenal ulamak muda Dr Asri, melalui debat yang berlaku pada tahun 2005.

Seingat aku inilah debat agama serius yang pertama aku tengak. Time nie aku belum lagi terdedah dengan ceramah Sheikh Ahmad Deedat. Aku ada siri ceramah dia, tp aku tak pernah nak tgk. In before, aku dapat siri ceramah Ahmad Deedat dari sahabat aku, Anuar Mubarak. Tq Anuar. Aku hanya tengaok siri ceramah Ahmad Deedat time aku kat Ipoh.

Abe kacak nie sebenarnya Astora Jabat

Bila aku tgk balik siri debat tersebut dan aku dapati ia bukan lah debat sangat. Ia lebih kepada sesi bashing dan lepas geram. In one way aku macam agak kesian dengan Astora. Apa tak nya, boleh dikatakan 99.99% komentar penonton seolah cuba "menyekolah" dan melepas geram. Sepatutnya penonton bertanyakan soalan ilmiah yang berita topik. Namun begitu, keadaan ini boleh difahami kerana situasi negatif dan "hura-hara" yang Astora Jabat dah timbulkan. Than after debat tersebut Astora Jabat tidak lagi (aktif) menulis. Aku tak pasti apa yang dia buat since aku tak buat home work pasai dia pun.

Cabaran Dr Asri

Cabaran? Biasak lak tu.. No pain! No game!

Than fast forward beberapa tahun kemudian. Time tu Dr Asri menjadi Mufti Perlis. Dia meneruskan agenda Tajdid yg juga menurut Astora, juga merupakan agenda utamanya.

Tulisan Dr Asri personally sgt baik dan mudah mesra dengan aku. Aku suka tulisan dia. Namun begitu tulisan Dr Asri juga agak keras. Juga menimbulkan kontroversi seperti mana berlaku pada Astora Jabat. Sungguh pun begitu, kontroversi itu tidak bersifat pegangan asas. Tulisan Dr Asri membuatkan Islam itu "mudah" dilaksanakan nampak lebih luas yang juga memungkinkan menimbulkan perasaan tidak senang pada sesetengah org. Dr Asri keras mengkritik institusi agama dan kepincangan birokrasi institusi agama. Aku percaya kritikan inilah yang membuatkan makin ramai pihak tertentu tidak selesa dgn Dr Asri. Paling diingati dia dituduh Wahabbi yang sesat dan menyesatkan. Cuma berbeza adalah Dr Asri mempunyai ramai penyokong yang terutamanya dari golongan muda.

Itu semua cerita dulu. Tapi selepas diteliti kembali aku perasan antara masalah utama umat Islam  yang disebut dicelah debat tersebut yang bakal dihadapi adalah "cabaran dari golongan liberalis Islam". Inilah kerisauan yang di higlight oleh mereka. 

Golongan Liberal

Aku pula mula tahu akan golongan liberalis Islam cuma beberapa tahun yang lalu sahaja. Kini kita boleh tengok gerakan @ kelompok Islamist liberal di merata tempat. Golongan liberal inilah kini makin mendapat tempat dihati golongan muda yang kononnya "enlighten" @ bijak kerana banyak membaca dan terdedah pada informasi dan ilmu. Banyak daripada golongan inilah yang merestui gerakan "hak asasi yang bukan²" seperti LBGT atas nama hak asasi dan humaniti @ kemanusian. Lebih parah lagi ada yang secara terang golongan ini mengistiharkan diri mereka berfahaman agnostik. Antara alasan utama mereka menjadi begini adalah kononnya mereka telah membedah agama dan tidak membuta follow ajaran Islam dan mendapat (mencapai Buddha) kesedaran drpdnya.

 Aku belum baca buku nie... Mesti masuk dalam must read list nie...

10 Tahun Lagi?
Aku sebenarnya bukan ilmuan dalam bidang ini. Tapi sebagai Islam aku peka dengan apa yang berlaku. Aku selalu terfikir bagaimana ini berlaku dan dimana silapnya. Berbagai teori telah aku keluarkan. Ada yang sesetenagahnya aku dah tulis dan ada juga masih "disimpan". Tapi siapalah aku bukan. Aku bukan ilmuan. Aku org biasa yang terbelenggu.

Kini gerakan hak asasi menjadi agenda utama dalam menjustifikasi sesuatu gerakan. Malah inilah juga alasan  @ istilah yang digunakan oleh pihak tertentu utk campur tangan dalam pentakbiran negara lain.

Debat yang berlaku tahun 2006 itu walau pun dah out date tapi menyedarkan aku cabaran umat Islam yg suatu ketika kecil dan kini telah membentuk dengan kukuh. Ini membuat aku fikir,"Ntah apa lagi cabaran umat Islam 10 tahun sekarang?".

Sekian

3 comments:

  1. Salam

    Dr. Asri dulu dianggap beraliran keras - jumud, berbanding Astora yg dianggap liberal pada masa itu (pada masa tu la), sebab itu dlm siri debat tersebut Astora diserang dan dijadikan tempat lepas geram... padahal sebenarnya beliau progresif...

    Astora dulu ada website Fundemental Islam dan Tematajdid sebelum wujud blog Dr. Asri lagi. Forum di website itu menjadi wadah perdebatan forumers "yg dianggap antihadis" dan "pengikut sunnah"...

    Dari pemerhatian sy permikiran Astora nih pertengahan diantara Kassim Ahmad dan Dr. Asri. Sekarang pemikiran Dr. Asri sendiri telah progresif sama seperti Astora yg beliau kritik dahulu, tapi tak 100%..

    Dr. Daniel pula adalah anti kepada orang antihadis. Beliau ada menulis yang mengkritik Kassim Ahmmad. Jadi tak hairan kalau tulisan beliau selalu berpihak kepada mereka yg "berhadis"...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete