Saturday 31 March 2012

Ikea; Good Cust Service

Last week aku pi kenduri sepupu aku kat KL. Dia buat kat Restoran Sri Melayu. Since ayah dia (pak sedara aku lah) org politik, maka, ramai gak org politik yang datang. Antara tetamu hadir adalah Ezam (senator) dan Datuk Najib (PM). Mufti Perak Datuk Harusani pun ada gak tak silap aku.  Anyway, keesokan harinya aku ke Ikea. Bini aku ada unresolved business.

Bila lah agaknya Ikea nak buka cawangan kat Penang....

Actually, kami ada beli satu barang dari Ikea dalam 5-6 bulan dulu. Rak pinggan. 2 set. Set tu sebenarnya fancy sikit. Tak macam conventional rak pinggan. Jadi after beli, kami balik pasang kat umah. Lepas pakai didapati yang tak cocok dgn pinggan umah aku. Bila letak pinggan je, tak muat. Asyik bunyi pinggan tergelincir je. Last² bini aku fed up dia tak mau pakai. Yang pakai hanya tapak tadah air sahaja. Tu pun aku yang suruh dia guna sebagai alas tempat letak sabun dan kain buruk. Rak tu aku cakap nanti aku kaizen. Pada mata aku, bukan maslah rak, tapi masalah kami yg tak reti nak guna rak tu.

Tapi bini aku tak pikir macam tu. Dia tak puas hati dan dia nak return balik barang tu. Dia rasa seolah dia ditipu. Jadi dia pun call Ikea dan tanya perihal perkara nie dan pengurusan (cust svc) depa cakap boleh bawa mai barang bagi depa tgk dulu dan juga item yg perlu dibawa jika nak rufund....

So, to cut things short, kami pun gi Ikea dan bini aku yang uruskan segalanya. Pada pengamatan aku, agak mustihil Ikea akan refund balik atau pun tukar dgn barang lain yang sama value. This is because barang tu dah dipakai dan kondisi dia pun tak secantik dulu (walau pun bini aku dah bersihkannya). But to my surprise, it took only a few minutes just to refund back. Yang buat lama adalah waiting in the line process. Depa refund balik amount yang aku bayar guna credit card ke dalam credit card aku. Aku kagum. Well, aku pun keje dalam line cust service juga dan every day mengadap cust, but personally for me, this is new dan respectable. Dan yang best skali, staff dia senyum slalu, tak stress dan tak seperti "mencari alasan" utk reject claim kami. Dan hasil dari refund nie, Ikea won my heart (and also my wife punya heart) dan at the end kami spend more after that at Ikea. Off course Ikea won our money lah.. 

Apa yang membuatkan pada aku Ikea punya cust service good? For me there are a few crucial factor  that contribute. Pada aku yang paling penting adalah polisi. Atau tafsiran menurut aku adalah pendekatan syarikat terhadap pelanggan. Pada mata (melalui pengalaman aku) Ikea attitude bukan seperti menidakkan atau menyalahkan pelanggan. Mereka tidak berusaha untuk mencari bukti untuk menidakkan permintaan pelanggan. Dan depa create 1  tag yang sgt play safe dalam perniagaan depa iaitu; "It is OK to change your heart" @ "adalah tak salah utk berubah fikiran".. Ini bermakna kalu pelanggan tak puas hati lepas beli dan guna barangan mereka pelanggan just boleh datang return balik barang dan duit akan dipulangkan semula (refund). Dan yang penting sekali depa buat apa yang depa cakap. Tak dak sesi temuduga, tak dak sesi soal jawab dan semestinya tak perlu jumpa manager utk pastikan hak pelanggan didengari. Jadi segala proses berbalas pantun dan bersyair gurindam antara pelanggan dengan pengurus dihapuskan.

Hasil dari polisi yang mesra pelanggan inilah yang secara semula jadinya akan create staff yang mesra pelanggan dan helpful serta sentiasa senyum. Kenapa jadi macam nie? Because polisi ini memudahkan staff dgn tidak men"stress"kan staff kerana staff tak perlu dimaki dan diugut oleh pelanggan. Mungkin ada masa yang staff dimaki hamun oleh pelanggan tapi aku rasa dengan polisi yang mudah begini, situasi tersebut jarang berlaku.

Anyway, aku berharap lebih banyak kedai atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan @ polisi yang mesra pelanggan dan memudahkan staff. Di Malaysia sgt jarang syarikat yang mengamalkan polisi begini (setahu aku). Kebanyakan berpolisi "defensive" dan menghasil staff yang tak ikhlas dan sukar jujur dalam membantu pelanggan. Sentiasa ada perasaan syak dihati depa dalam membantu pelanggan. 

Namun begitu, tak dinafikan memang ada pelanggan yang ambil kesempatan dan licik penuh muslihat. Namun begitu, personally pada aku pelanggan sebegini tak seramai pelanggan yang just nak kepuasan dari produk yang dibeli.

PS - Sebenarnya rak tu tak mempunyai maslah. Rak tu cuma sesuai dipakai dgn pingan Ikea kerana saiz dia ngam dgn pinggan Ikea sahaja. Aku rasa kalu kedai lain, mesti tak bagi refund dan selambernya suruh beli pingan syarikat depa..

Thursday 29 March 2012

It Will Rain & You Look So Fine

Pada aku, lagu zaman sekarang banyak yang tak best. Kalu dalam bahasa lembutnya, banyak lagu zaman sekarang nie tak mesra dengan halwa telinga aku. Ada gak lagu yg pada aku lirik dia macam sampah. Nyanyi pasai nak kaya, nyanyi pasai nak shorty, nak tayang body dan lain lain lagi lah. Dan ada juga lagu yg kat radio tu memang sgt lucah dan mengeksploitasi wanita. Susah sgt nak cari lagu (termasuk lagu Cintan) yg mempunyai lirik yg baik dan berpuitis. Tu tak kira dengan video klip lagi. Nie aku just fokus pada lagu barat sajalah.

Pada aku, lagu zaman 90s juga yang best. Majoriti irama dan lirik dia masih lagi bagus. Ini termasuk dgn lagu² boy band. Time tu, aku memang gilakan Blur, Oasis, Pulp dan Garbage. Boleh dikatakan halwa telinga aku mesra dgn lagu Brit pop macam nie. Inysa'allah nanti aku akan tulis pasai aku dan Brit pop. Pada aku time aku form 1 sampai form 3 lah zaman paling best dunia muzik aku...

Bukan nak kata semua lagu zaman sekarang tak best. Ada gak yg bagus. Tapi sekali sekala. Ada gak lagu yang memang catchy di dengar macam lagu Bad Romance (Lady Gaga) dan Baby (Justin Bieber). Tapi lirik dia macam haram.. Terlampau simple. Bebaru nie (actually tak lah baru sangat) aku sangkut dgn 1 lagu dari sorg artis baru. Bruno Mars; It Will Rain. 

It Will Rain

"It Will Rain"..ada apa halll??

Pada aku, lagu mamat nie puratanya agak bagus dan buat masa nie, lagu nie lah yg terbaik dalam setahun dua nih. Lebih baik dari lagu Adele. Pada aku 1 lagu dikatakan best bila irama dia sedap dan juga lirik dia bagus dan semestinya, berantu yang membuatkan aku tak ble tak dengar lagi tu berulang-ulang tiap hari.


You Look So Fine

"You Look So Fine"... Indeedddd.....

Namun, ntah mengapa, aku rasa lagu nie amat familiar dengan lagu Garbage; You Look So Fine. Actually lagu nie dihasilkan jauh lebih awal dari lagu It Will Rain. Dan personally, lagu You Look So Fine jauh lebih best dari lagu It Will Rain.

Aku adalah peminat lagu² band Garbage. Aku ada semua album depa yang dijual dipasaran Malaysia. Dari mula beli dalam bentuk kaset dan kini dalam bentuk CD.

Sama ka dua lagu nie? Maybe pada ramai orang tak sama. Tp ntah mengapa aku rasa flavor @ rasa irama depa sama. Duanya macam berunsur kelam dan despair.

Anyway, this is only my taste in music. Tq adik Bruno kerana menghasilkan serpihan lagu yg best utk bebudak zaman sekarang dan moga teruskan menghasilkan lagu² yg best dalam masa hadapan. Dan juga utk Garbage, your fan is still waiting for your 5th album.

Wednesday 14 March 2012

Maybe Ada Benarnya???

Aku tau apa yg aku tulis nie ramai org dah tulis.. Tp aku tulis gak.. 


 Basically aku tersgtlah simpati dgn adik Dirang. Aku rasa semua org yg bergelar manusia normal akan bersimpati dan marah dgn apa yg telah terjadi. Macam mana sorg manusia sanggup membunuh dan membakar sorg budak kecil yg masih belum mumaiiz? Apa sahaja alasan sekali pun, ia sgt tidak boleh diterima langsung.

Sebenarnya aku tak sanggup nak baca langsung artikel or paper clip, or even berita berkaitan. Tgk gambar adik Dirang pun aku tak sanggup. Aku akan rasa sedih dan simpati sangat. Maybe hati aku dah jadi sgt lembut dan sgt sensitif dgn kes macam nie. Why? Aku pun ada anak perempuan. Jadi bila aku baca aku selalu ter super impose, if this happen to me? To my daughter Qaisarra Sofea aka Degeduk? Ya, pendekar pedang sakti macam aku pun ada perasaan sayu.

Aman ka Malaysia?

Bila jadi macam nie aku terpikir, selamatkah Malaysia? Ada org salahkan ibu dia. Aku 50/50. Aku dulu pun time umur 5 tahun pun jalan sorg. Gi kedai sorg. Gi berkubang dan balik lewat sorg. Nape sekarang dah tak selamat sgt? Nape org sekarang kejam sgt? Habis tu, takkan lah budak sekolah rendah je kena lepak rumah je dan tak ble diajar berdikari pi kedai? Aku dulu time kecik, mak aku suruh gi beli beras sekilo. Aku tersilap pi beli beras seringgit je. Itu satu cara utk mak aku ngajar aku utk berani dan berdikari. Dan hasil kerja aku tu, mak aku bagi upah (yg eventually aku guna utk beli plastesin utk buat robot). Sekali lagi diulang, Malaysia dah tak selamat kah?

Aku terbaca satu artikel dlm Utusan Online yg kononnya Malaysia adalah begara ke 14 paling selamat di Asia.. Pada aku tu semua bullshit! Utk Asia Tenggara, aku penah pi Indon, Thailand, Filipina dan Vietnam. No doubtf, yg seolah negara kita lebih selamat berbanding negara² tersebut. Tp kalu compare dgn S'pore? Hak tuihhhhhh!!!!  Kalu dibanding dgn negara maju, negara kita nie macam tak dak peraturan. Kita kena benchmark tinggi dan jgn berpuas hati dan gebang this and that. There is nothing to proud of kalu kes jenayah macam nie berlaku. Imagine sajalah kat kat M'sia, kalu perumahan org kaya je kena buat jenis perumahan gated.. Apa maknanya tu? Why rumah semi lord kena jenis gated? Awat tak selamat ka? Rumah puak² lord jgn cakap lagi lah..

Why This Happen?
  1. Perangai org Malaysia yg dah makin huduh? If yes, than why?
  2. No, perangai og Malaysia macam angel, yg buat perangai huduh lagi bengai nie adalah pendatang haram.. How true is that? Any statistic? Current gore case, was done by her neighbor, a Malaysian Malay.. Mungkin maybe gak meme punca dr anasir puak pendatang haram nie. Tu yg rompak umah Wardina? Tak gitu?
  3. Polis yg malas? Polis yg tak berkesan? Yg nie aku ada personal experience yg forever akan buat aku tak respek pada pakcik polis. Peristiwa yg membenarkan bahawa polis meme suke makan rasuah, sembelih anak bangsa sendiri demi hinggit... Dan membuatkan aku membenarkan gosip liar org yg mengatakan; "ramai bohsia tu anak polis". Nanti aku story.. But of course, bukan semua polis ghaplah. Ada yg bebetul sejujur dlm drama Gerak Khas. 
Personally,  senarai diatas adalah punca kenapa masalah keselamatan ini timbul. Dan sapa perlu dipersalahkan bila semua perkara ini berlaku?

Hargai Keamanan Dan Keselamatan Anda?

Dulu time Pak Lah, salah satu "ayat pancing undi" dia adalah, "kekalkan keselamatan @ keamanan" (kalu tak silap aku lah...). At that time also, masalah macam nie pun ada. Teruk caption nie kena belasah dgn pembangkang.

Aku tak jamin kalu PR perintah, semua diatas akan improve. Tu bukan masalah aku. Yg aku personally nak adalah imrovement dalam safety. Giler ape, kalu gi kedai pun kena kidnap than bunuh. Tu tak kira jenayah berunsur seks lagi. Zaman sekarang tak kira lelaki perempuan. Kalu perempuan kena rogol, kalu lelaki kena liwat. Sama saja. 

Kemanusian?

Pernah seketika, kononnya nak hapuskan hukuman bunuh. Bull shittt!!! Hak tuih!!! Kalu government hapuskan hukuman bunuh, aku akan tentang dan jihad habis-habisan. Hak asasi manusia konon... Hakkkk tuiiihhhhhhh!!!.. Pada aku, hukum jenayah kena ikut hudud. Kalu still tak mampu, ikut macam sekarang. Lagi baik buat qisas. Hukum bakar dibayar bakar. Wah hahahahaaa.. Pengedar dadah still kena hukuman mampos mandatori. Biar gantung tempat awam lagi bagus. Utk kes adik Dirang, si pembunuh tu kalu tak silap aku mat pet. Hisshhhh.. Kalu ikut hati, malam nie aku nak gi sepak terajang dan siat² je mat pet yg aku jumpa kat Penang nie. Depa nie kalu dah puas tolong pun, tp still tak berubah memanglah bangkai masyarakat. Bila masuk jel, perabih cukai rakyat je. Patut puak² penagih tegar nie, dijadikan buruh kasar je kat kuari org paksa jadi tentera than hantar gi jihad kat Somalia sebagai paksa rela.

Who To Blame?

Apa pun, pada aku, ketua negara harus bertanggung jawab dan take action ke atas segala yg berlaku. Aku bukan main sedap je cakap. Aku tulis macam nie bcos dulu Khulafah Arrasyidin pikir dan behave macam tu. That is why, bila mana depa dilantik, terketag-ketag lutut nak terima perlantikan.. Takut dengan amanah.. 

Skarang nie lain. Nak jadi pemimpin utk dapat kontrak. Amanah dipecah. Beli kondo, beli tanah harga murah dan jual utk untung atas angin dll lagi lah...

Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib kena respond dengan aktif. Seriusly, kalu dia tak dak action plan, koyak lah UMNO dan BN. Maybe akan keluar hujah org yg mengatakan ini bukan salah kerajaan. Ya, itu pendapat korang. Tp pada aku, tidak. Ini memang tanggung jawab pemerintah.

One more thing, dulu Mr Lim Guan Eng (Mr Lim) penah cakap yg Penang lebih selamat dr Johor dgn mengatakan kadar jenayah Johor tinggi... Kalu tak silap aku kes adik Dirang nie jadi kat Johor kan? Hmmm, maybe ada benarnya kata² Mr Lim.... 
 

Wednesday 7 March 2012

Tower Of Babel

Aku rasa semenjak dua menjak nie sentimen berbentuk perkauman selalu dimainkan.. Aku tak pasti sapa yg mulakan dulu... Dikatakan org Melayu yg mempertahankan hak mereka dikatakan sebagai "rasist". Tetapi sedarkah mereka yg memprovoke itu sebenarnya adalah extreemist?.

Perkara nie sebnenarnya amat merunsingkan. Aku cukup risau kalu perkara ini terlalu diprovok akan mengulang kembali tragedi 13 Mei 1969. 

Teori Baru

Bercakap pasai 13 Mei, terdapat satu pendapat baru yg lebih liberal. Pendapat yg diungkapkan oleh seglintir Melayu post DEB hasil dari mendapat pendidikan diluar negara yg merasakan yg mereka lebih liberal (bebas) dr dogma sempit pemikiran tradisi. Mereka menolak statement umum tetapi menanggap itu satu konspirasi pihak tertentu utk memastikan Melayu keep in power. Mereka menerima pendapat alternatif yg ditulis oleh sebahgian penulis berbangsa Cina dan mengangap ia sebagai betul. Golongan ini menganggap "kaum" adalah outdate dan perbezaan kaum adalah outdate. Mereka inilah golongan liberal.

Pada aku golongan ini merasakan mereka cool. Mereka rasa mereka cool kerana mereka maju, bebas (liberal) dan bijak(?). Mereka cool kerana mereka mengabalkan isu perbezaan kaum. Pada mereka semuanya sama. Ini pada aku kurang bijak. Perkara itu hakikat.  

Sungguh pun mereka menerima teori konspirasi alternatif berkaitan dgn 13 Mei 1969, tapi mereka lupa utk bertanya tentang perkara tersebut kepada atuk nenek mereka yg masih hidup. Perkara menjadi semakin teruk bila segelintir pemimpin politik Melayu  yg mengambil isu ini sebagai 1 isu politik utk meraih undi. Tambahan kali org politik tersebut pakai lebai dan jubah.  

Pada aku 13 Mei perlu sentiasa dikenang sebagai hari sejarah yg perlu diambil pengajaran. Hari tersebut tak boleh dilupakan supaya ianya tidak berulang.

Perbezaan Kaum



Perbeza dgn Bible, Quran meraikan perbezaan kaum. Quran meikhtiraf perbezaan kaum tetapi menganjurkannya dgn cara yg positif. Sebaliknya dalam Bible, Tuhan menyumpah menausia supaya menjadi berbilang kaum kerana manusia ketika itu bergabung membina "tower of Babel". Dalam Bible juga tuhan telah menyumpah manusia yg warna kulit sekian utk sentiasa menjadi hamba utk manusia warna kulit sekian. Inilah asal usul kenapa perangai bangsa kulit putih suatu ketika dulu mengganas dan juga asal usul kenapa puak Yahudi rasa depa sepatutnya control dunia. 

Kalu baca Bible, semua nie akan jelas. Dan yg best skali bila ada puak liberal yg mula muncul dr puak Kristian ini, depa blanket sebagai Quran pun sama isi ajarannya dgn Bible. Dan yg lebih² best, puak liberal yg mula muncul dr beragama Islam menerima pendapat liberal Kristian. dan mereka menolak Islam kerana mereka rasa Islam dan Kristian tu sama kerena mereka termakan teori org putih yg Quran itu dicedok dr Bible. Mereka menelaah Islam melalui kaca mata org Kristian. Maka dari inilah keluarnya statement; " Aku kesian kat korang (Islamic band wagon) kerna korang just accept agama korang,. Kalau korang bedah agama korang, korang tau lah agama (Islam) korang tu apa....".

Dalam Quran, tuhan menyebut yg tuhan jadikan manusia berbeza kaum untuk saling kenal mengenali. Ini menunjukkan perbezaan kaum itu memang wujud dan ianya memang terdapat perbezaan. Perbezaan utk perlu "dijaga" dan tak dicanai utk dijadikana isu. Dijaga ini bukan bermakan meraikan atau membesarkan perbezaan. Tp yg aku maksudkan ini adalah jaga supaya tak jadi isu. 

Sungguh pun Quran memang menceritakan secara tak langsung yg manusia nie  memang dievolisikan menjadi berbeza kaum. Namun begitu Quran menganjurkan supaya kita hidup harmoni selagi tiada penindasan. Sirah juga menunujkan demikian dan hadis nabi pun demikian. Malah hadis nabi yg famous menganjurkan kita utk belajar hingga ke negeri China. 

Di Malaysia

Sefaham aku, sentimen ini mula dimainkan oleh org politik dan NGO tertentu. Akibat daripada Melayu yg berpecah dan menjadi lemah, kelompok tertentu yg pada aku extremist mula menuntut sesuatu atas nama "hak". Merekja nak lebih. Mereka memberi contoh yg di Amerika org kulit hitam dah boleh jadi president yg mana org putih dah bertoilak ansur dan tak berkira. Ini aku dapat sendiri bila bersembang dgn sorg induvidu yg pada aku amat extremist. Aku rasa dia lupa bahawa org putih di Amarika bukan penduduk asal Amerika. Juga, betapa dosanya org kulit putih pada org kulit warna di Amerika dahulu. Pernahkah di Malaysia atau dulunya dipanggil Tanah Melayu atau Tanah Hujung menghambakan dan mengkastakan bangsa lain selain Melayu? Think about it...      

Bangsa Melayu

Personally, bangsa Melayu adalah bangsa yg baru. Ia tak seperti bangsa Cina, Eropah, Afrika atau Arab. Bangsa Melayu adalah bangsa yang baru dan ianya rojak. Sejarah bangsa Melayu baru bermula (tak smpai 1000 tahun) dan ianya cacamarba. Bukan terpaksa tp sukarela dirojakkan atau dicacamarbakan. Aku sendri berdarah bukan 100% Melayu. Ntah² bukan Melayu langsung. Anyway, Siam tu Melayu ka?

Agak panjang kalu nak huraikan asal usul kewujudan bangsa Melayu. Dari satu segi, memang benar apa yg "mereka" katakan... 

Moving Forward

Anyway. kita harus berhati-hati agar isu perkauman tidak dicanai dan dijadikan semangat patriotisma. Kepada mereka², janganlah terlalu bersemangat. Malaysia kita adalah bumi bertuah. Tiada bencana alam besar dan kita hidup makmur atas dasar tolak ansur. Aku ada sorg sahabat berbangsa Arab dari Mesir. Dia nasihatkan aku dan org Malaysia Islam umumnya supaya pastikan keamanan sentiasa dijaga. Dia juga berkata betapa beruntungnya hidup di Malaysia. 

Bangsa Cina tidak ditindas di Malaysia. Bangsa India pun juga tidak ditindas. Malah bangsa India di Malaysia lebih beruntung tinggal di Malaysia berbanding di negeri asal bangsa mereka. Ini kerana di Malaysia, mereka tidak dikastakan. Ini mungkin kerana org Melayu beragama Islam. Dan sebagai Islam, harus menghormati tetamu. 

Setiap bangsa masing² berpeluang utk bentuk masa depan sendiri. Masing² boleh kongsi budaya antara satu sama lain... Oleh itu, hormatilah perihal personal org lain dan jagalah adap dan kelakuan serta ucapan mulut.   

Friday 2 March 2012

I'm So Tired

I'm so tired, I don't know what to do...

It has been a while since I last wrote anything. I had been busy. And this busyness do not end yet. Tomorrow is another day to get socialize with friend that theoretically would improve our team work. I'm looking forward in joining the activity even tough I'm a bit tired...

It has been busy for the past few weeks.  Moving @ pindah rumah than kemas rumah, gi shopping perabot, tebas lalang rumah etc. I'm not saying that I regret doing all those stuff, in fact, I enjoy doing it. It's the fun of moving and owning your own house. But, tough the enjoyment, tired come along. I'm so tired that I can sleep. That is why I'm writing this entry...

Kemdian, thinking & knowing that the whole week for this month (March 2012) are already occupied, make me even more tired. I have to take place in the activities because they are "family" matters. And family is no 1. Numero uno. Therefore, need to curik time for a perfect rest.

Further more I'm tired because my body need to adjust with the new daily routine... Wake up 6.15am, drive to work at latest 7.15am. If not, sangkut kat Jambatan Pulau Pinang. 

I'm not telling that, I can't wake up early. I'm just saying I'm adjusting to it because it has been yearsssss since I need to consistently wake up early every day. The only thing that cheer me up is the Sinar Pagi Trio. They make me laugh..  But thing get a bit unplanned when Krill (from Sinar Pagi) is absent. Spoil betull...

Tapai


Also as per now I am yet to have quality time to read. I fail to read in term of reading. This makes me depress, seriously. I felt that nothing new in my life. The quick read that I'm been reading currently is a book by Hishamudin Rais; Tapai. I read the book dalam bilik termenung... Tq Isham for writing 1 nice book that have short length of compositions.The book is about his food quest. Having said so, I know @ confirm 1 thing about Isham. Well, Isham is an ardent PKR supporter. And, PAS is one of the main holy Trinity in Pakatan Rakyat. Therefore while reading Tapai, I keep on wondering, can PAS supporters accept a persona like Isham? Why do I say that? Well, you need to read Tapai and you know who Isham is. And believe me, if Isham is an ardent UMNO supporter, than Im very sure that UMNO gonna get bash, good time. 

Having said so, life is about living and getting tired, isn't it? Hahahahaaaa... Anyway, why am I writing in English? As per my knowledge, I only sincerely speak or write in English is either, I'm so very² tired or I'm so very² angry. And, now, I'm confirm that I'm tired. Wah hahahaahaaaa..... Sorry if any of the grammars are wrong... Jangan lah angry...