Islam is superior compare to any other religion in the world. No need to be afraid. You just need to learn and don't make assumption. Learn your history & don't be lazy. Read! Practice Islam properly.
Background story
Semenjak dua menjak nie negara kita panas dengan isu murtad. Isu org Kristien tarik Muslim masuk Kristien dan yg sewaktu dengannya. Setahu aku kes nie panas lepas isu JAIS serbu satu Church kat Damansara. Than Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid minta maaf atas “ketelanjuran” JAIS pada pihak yg terbabit. Itu yg aku baca dlm paper dgn tgk TV.
Aku juga baca tulisan drpd beberpa tokoh, induvidu dan juga sumber lain di internet. Antara yg paling lantang bersuara adalah YB Zulkifli Nordin dr Kulim. Dia sgt aggressive dan very no nonsense type of person. YB Zul nie sorg peguam dan aku rasa dia memang dah terdedah dgn perkara nie dan kaya dgn maklumat yg berkaitan. Pandangan dia pun penuh emosi, kemas dan keras. Bila aku baca tulisan dia, aku rasa macam tulisan dia pakai dakwat api. Fuhh, panas habis. Sgt offensive dan aggressive.
Khutbah Jumaat kat tempat aku pun sama. Khatib punya lah bersemangat smpai berdebar jantung aku dgr khutbah dia. Semangat habis. Tu yg lepas tu ada demonstrasi yg masuk TV tu. Kalu tak silap aku, ustad yg baca khutbah tu org panggil “ustad pancung”. Pasai pa org panggil dia ustad pancung? Well, semua org dia pancung. No mercy. Penah sekali, golongan yg smpai lewat utk smayang Jumaat tgh amik ayag semayang dan golongan makan pisang kat masjid pun dia pancung kering. Merah muka woo.. Skali ngan aku kena bcos time tu, aku pun baru je sampai masjid. Muahh hahahaa..
Satu lagi pendapat atau tulisan yang mendominasi pemikiran aku adalah tulisan Dr Asri or Dr MAZA. Dr Asri mengambil pendekatan “muhasabah” diri. Dia tak terus tembak puak Kristien, tp dia lebih kepada cari sebab atau punca ngapa org Islam boleh “nak masuk” Kristien. Or why org nak murtad. Dia nak “kita” tgk, what went wrong dgn kita or system kita sampai ada org nak murtad. Aku setuju sgt dgn pendapat dan cara dia.
Pada aku, sebelum kita nak salahkan org, better kita tgk apa yg tak kena dgn diri or organisasi kita. Islam dah sempurna.Tp yg tak kena adalah badan organisasi yg by right adalah imej Islam atau lebih baik, tgk apa yg tak kena dengan kita org Islam. Tgk macam mana Islam diamalkan di M’sia dan imej Islam ditangan org Islam di M’sia terutamanya berbangsa Melayu. Adakah kita org Islam di M’sia bersatu? Adakah kita menonjolkan contoh yg baik kepada puak non Muslim? Tgk brapa byk Islam digunakan atas nafsu dan kepentingan peribadi dan politik?
Are we as a whole are good Muslims?
Dalam FHM beberapa keluaran yg lepas. To be precise, keluaran 147, cover Esther Tan. FHM interview sorg awek Cina (yang juga celebrity TV) bernama Chermaine Poo. Nie sedutan interview tersebut;
FHM ; We heard you fasted too. True?
Ms Poo ; I fasted the year before because I was working with a lot of Malay productions. Out of respect, I fasted but only half, because I drank water. But the funny thing was when I was on set, all of them weren’t fasting! I expected everyone to be fasting but I went in there and they were all not fasting. So I was the only one. Instead of breaking the fast, I just continued. Also, my family and I are Christian, and we have fast and pray around the same time as well, so it was in conjunction too.
FHM ; How was it for you during the few days of fasting?
Ms Poo ; Difficult, because I’m someone who really loves to eat. I’m doing a cooking show now…
Alih bahasa; Atas dasar hormat, saya berpuasa juga, tp separuh sebab saya minum air. Tp yg kelakarnya bila saya di set, semua mereka tidak berpuasa. Saya jangkakan yg mereka semua akan berpuasa tp semua mereka tidak berpuasa! Jadi, hanya saya yg berpuasa. Daripada batalkan puasa, saya teruskan juga. Juga, saya dan keluarga saya beragama Kristien dan kami berpuasa dan beribadah dalam masa yang sama, jd ia juga adalah bersempena.
Dari interview nie, apa imej yg nak kita (atau Muslim yg Mss Poo berkerja bersama) tonjolkan? Buat malu je. Sebaliknya Ms Poo sendri sanggup berpuasa (walaupun dia minum air) atas dasar hormat. Sedangkan Muslim lain dikeliling dia tanpa segan silu tidak berpuasa. Nak kata glamour, Ms Poo nie pun dlm dunia glamour gak. Aku percaya Ms Poo bercakap benar. Tak ada sebab utk dia berbohong dlm interview dgn FHM dlm perkara nie.
Ini hanya satu contoh yg aku secara tak sengaja aku terjumpa. Dlm kes mcm nie, aku rasa tiada sebab non Muslim utk respek Muslim. Juga malang utk Ms Poo kerana dia tidak melihat nilai Muslim yg sebenar dari org Islam disekitarnya.
Jd, sebelum kita gila isim tak tentu pasai, mengamuk tak tentu pasai, better kita tgk diri kita dulu dan improve apa yg boleh kita improve. Tegur dan nasihatlah secara halus saudara dan keluarga kita. Jgn cepat melatah dan merapu tak tentu pasai. Jgn juga takut tak tentu pasai.
Namun begitu, itu tak bermakna yg bila jadi macam nie kita harus berdiam. Pd aku, tidak ada salahnya dgn serbuan JAIS. We need to work in both ways.. Improve the quantity of quality Muslims and at the same time prevent from “week” Muslim to be tempered by Christian missionaries.
Berani Kerana Benar
Kita tak perlu takut dgn depa (puak Kristien). Mcm yg aku cakap tadi, Islam dah cukup kukuh dan hebat utk digugat. Yang lemah adalah kita. Kita rata² kuranag ilmu dalam menghadapi soalan² yg barangkali dtg drpd pihak Nasrani @ Kristien. Malahan, lebih mengecewakan, kita rata² salah faham tentang ajaran yg dibawa oleh Rasullullah SAW. Kebanyakan apa yg kita amalkan telah tercemar dgn amalan bida’ah dan adat. Kita juga “barangkali diasuh” utk paranoid dgn Kristien.
Ya, barangkali kita diasuh utk paranoid. Kita takut dan tak diajar utk berdepan tentang ajaran agama lain (bukan sahaja Kristien). Kita takut utk belajar perkara yg berkaitan dgn ajaran Kristien dan hubung kaitnya dgn Islam. Barangkali ada diantara kita yg masih tidak tahu bahawa, nabi utk agama Yahudi, Nasrani dan Islam adalah org² yg sama. Dan tuhan juga sama. Itu baru bercakap berkaitan dgn “agama wahyu” seperti dlm KBSM. Tak kira teori lain yg barangkali bunyinya sesat ditelinga sesetengah pihak. Aku personally nampak kita Muslim di M’sia hanya belajar kurang dari suku masak sahaja tentang reality dunia sebenar.
Menghadapi Mubalig Kristien
Pada aku, kita perlu tahu apa intipati yg diajar oleh pendita Kristien. Apa pokok ajaran Kristien.
“Know your enemy as you know yourself and you will not lose a thousand battles” SunTze; The Art Of War.
Kita kena tau asas Kristien. Itu “inevitable” (tak dapat dielakkan). Quran ada menyebut, aku tak ingat ayat mana, tp berbunyi… “Qul! Ha tu burhannukum!” Maksudnya.. “Katakan! Tunjukkanlah buktimu!” Ketika menghadapi Kristien. Kita perlu minta pada pendakwah Kristien utk tunjukkan bukti kebenaran depa. Dalam Islam, yg bukti kebenaran adalah Al Quran. Untuk Kristien pun sama, mereka akan mengatakan iaitu Bible. Jadi, dr sini kita hanya perlu buktikan yg apa sahaja yg depa cakap yg dtg dari Bible tu bercanggah, dusta atau barangkali langsung tidak wujud. Quran ada mencatat perkara ini dalam ayat yg lebih kurang bermaksud, “Sesungguhnya jika kitab ini adalah drpd Allah, maka tidak akan terdapat byk percanggahan atau lesilapan didalamnya…”. Aku ada persenal experiance dalam hal ini...
Aku Dan Mubalig Kristien
Pada petang 24 July 2011, lebih kurang jam 5.30, ada 2 org mubalig/pendakwah kristien dtg umah aku. Ini kali kedua tablig Kristien datang umah aku. Beza dgn yg dulu, kali depa just terus approach aku tanpa bertanya agama aku. Mereka berdua dr Korea Selatan dan menurut mereka, mereka menetap disini selama sebulan.
Baju biru; aku, lelaki tu Paderi kot and awek tu tukang alih bahasa. Mulanya aku ingat salesman elektronik. But lepas depa tunjuk aku 1 video, aku confirm depa mubalig. FYI; Video tu menunjukkan bencana yg tengah menimpa dunia dan tetiba tunjuk org berdoa dan dunia nampak makin aman. Then, as a Muslim aku amik krusi mintak depa duduk dan suruh bini aku wat air dan jamu buah.
At last, doa aku termakbul. I got the chance to practice my knowledge. Depa pakai NIV Bible. Sama dgn Bible aku. Aku pun amik Bible aku. (Ya, aku baca Bible dan aku ada 2 Bible dlm simpanan). Depa delighted. Maybe depa ingat aku mmg tertarik dgn Kristien kot. Kami pun masing² dgn Bible masing² (tgk tgn kami) Basically depa criter pasai kesengsaraan umat manusia dan utk redemption kita memerlukan Passover*.
* Ironinya Passover ni adalah hari yg disambut oleh golongan Yahudi. Dlm kontek mubalig Kristien nie, dia cuba kaitkan Passover di zaman Nabi Musa dan Passover meal yg difahamkan sebagai the Last Supper di zaman Jesus (Nabi Isa). Zaman nabi Musa, darah kambing ditaruk kat pintu rumah org Yahudi utk selamat kan depa. Jesus pula dikenali sebagai Lamb of God yg dikorban utk selamatkan umat manusia dr dosa. Dlm Last Supper, Jesus ada sebut, darah dia adalah wain dll lagi lah... So, depa cuba relatelah..
Mereka byk bercerita tentang akhir zaman. Masalah kebuluran, bencana alam, dan kekacauan jiwa. Dan utk selamat dari kesengsaraan kita umat manusia kena lakukan ritual Passover. Sepanjang mereka bercerita, aku hanya mendengar. Tujuan aku supaya mereka bersemangat nak convert aku dan supaya depa boleh stay lama skit. Lagi pun, sebelum aku buka mulut, better aku dgr apa depa cakap supaya aku tau apa yg depa cuba bagitau dan apa yg depa fikir. You need to understand your opponent. Setelah depa puas bercerita, akhirnya aku boleh mula bersuara. Kami mula bersoal jwb dan aku criter pasai agama aku dan fahaman aku pasai agama kaitan Yahudi, Kristian & Islam. Kami pun saling memberi hujah. Aku nampak depa nie mmg tipikal Kristian punya tablig. Syurga, neraka, salvation bla,bla,bla..
Kemdian, ntah macam mana dia masuk Revelation (chapter akhir zaman). Aku pun criter pasai gak Revelation ikut yg aku paham. Dia hairan, mcm mana aku tau? Than aku criter asal usul Revelation. After that, dia sangsi dgn aku. Dia tanya aku skali lg pasai pandangan aku terhadap Jesus. Aku explain (mcm Ahmed Dedat punya stail..). Aku nampak, dia rasa tak selesa. Than dia tanya aku pasai Tuhan dan aku kenal tak sapa Jahovah? Binggo! Aku cakap aku kenal dan explain... Than aku tanya dia kalu betul nama tuhan tu Jahovah, tlg tunjuk kat aku dlm Bible dia atau pun Bible aku, kat mana nama Jahovah ditulis. Binggo²! Terus depa jem. Dia cakap dlm Bible byk nama Jahovah. Well, aku ckp, "So, show me?" Puas paderi du belek Bible dia. Than dia amik Bible aku, pun sama. Tak jumpa. Aku nampak dia panik.Sementara tu, aku "ayat" awek tu…
Than tetiba depa cakap bahasa Korea dan depa kena pegi sebab kawan depa menunggu. Aku pun cakap, kalu korang jumpa Jahovah dlm Bible korang ble cari aku lagi, or kalu korang nak discuss lg ngan aku, feel free to see me. Bawa lg kawan pun ok. Aku juga bagi nama & no hp aku kat depa dengan harapan depa akan kontek aku utk teruskan berhujah dan berkongsi information tentang agama..
Malangnya hingga kini, aku masih tak dihubungi oleh mereka… Aku bersyukur kerana aku berkesempatan bertemu dan berdiskusi dn depa. Aku bersyukur, tuhan sediakan aku dgn pengetahuan utk berhujah dgn depa. Dan aku percaya dari sesi kami, aku sedikit sebanyak telah berjaya menggoyang "iman" depa, insya'allah..
Way Forward
Tiada apa yg perlu ditakutkan. Yang penting kita umat Islam kena bersedia dgn Ilmu. Ilmu asas pun dah cukup.
Sebenarnya Islam ini amat mudah. Islam juga amat praktikal. Islam adalah cara hidup. Untuk selamat dan bahagia hidup di dunia, kita kena follow SOP menurut seperti di dlm Al Quran. Pada pendapat aku dalam menghadapi sinario yg telah berlaku sekarang adalah amat tidak bijak jika menggunakan kekerasan. We need to use our logic and knowledge to reason with them. Insya’allah kita akan menang kerna sesungguhnya agama Kristien itu sebenarnya tiada asas. Majoritinya doktrin fantasi.
Aku juga sedar yg ada juga umpan dr pihak Kristien untuk mengumpan Muslim yg berpeleseran dgn kebajikan dan keselamatan. Disini juga aku terpaksa tuding jari pada badan yg bertanggung jawab. Perkara ini tak sepatut berlaku. Apa sahaja alasan yg diberi, ia tidak berbaloi dan tidak akan diterima. Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, boleh dikatakan bahwa semua org mempunyai “harta” yg cukup hingga tiada org layak menerima wang zakat. Sepatutnya di M’sia pun perkara yg sama berlaku (ini adalah kerana menurut satu sumber*, terdapat lebihan duit kutipan zakat dibadan zakat).
* Tulisan Dr Asr; Buku Minda Tajdid
Apa pun, ini hanyalah dari pemikiran dan pendapat melalui pengalaman aku. Kita tak perlu takut atau benci dengan depa nie. Kita sepatutnya kasihan dan kasih pada depa. Ini adalah kerana mereka telah tersesat ketika mencari tuhan. Oleh itu, kita sepatutnya membantu mereka dlm hal ini. Aku sebenarnya bukanlah org yg paling layak utk berhujah pasai masalah murtad. Byk lagi diluar sana. Anda sepatutnya ada atau dapatkan rujukan lain² utk kayakan ilmu dlm masalah murtad ini.
Musuh jangan dicari, tapi bila tersua, jangan dielak... Wallahualam...