Wednesday, 30 November 2011

Salam Awal Muharram 1433 Hijrah


 Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

As salam mualaikum warah matullah hi wabarakatuh, wamag firatuh...

Kenangan Lagu Ma'al  Hijrah

Aku rasa mesti ramai antara kita yg biasa dengar lagu kat atas nie. Pada aku ini adalah antara lagu yang paling berhantu dalam hidup aku. Aku tak ingat sejak bila exectly aku dengar lagu nie. Tapi seingat aku, lagu nie aku dengar time aku kecik dulu seawal usia aku faham apa itu lagu. Maybe sezaman time aku tgh giler layan lagu Burung Tiong, Serangga dan lain² lagi lah dalam kelas muzik darjah 1 @ 2 dulu. 

Aku tak tau sgt detail pasai lagu nie, tp kalu tak silap aku lagu nie dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tradisional Al Ajiba (as written kat video.. ). Seingat aku, lagu nie slalu dimainkan di RTM dulu. Everytime kalu lagu nie keluar dulu, aku mesti jadi statik. Nape? Pada aku lagu nie ada satu melodi agak sgt seram, tp sgt sedap. Dan aku akan berdebar-debar kalu dengar lagu nie. Rentak "march" dia bersama suara nyanyi ramai² bersama bunyi "organ"(?). Organ ala vampire? Fuhh... Tak kira masa starting lagu lagi. Serius bersemangat sgt! Dan aku masih ingat time aku naik bas dari sekolah ke rumah sambil nyanyi lagu nie dgn kawan². Tak kira nyanyi kat kelas lagi. Bukannya nak nyanyi baik². Nyayi nada menjerit penuh kekuatan pulak tu. Hahahaaa.. Ya, aku amat nakal dan suka buat hal dulu. 

Aku juga masih ingat dulu (time aku kanak² holick), aku agak confius dengan logo Ma'al Hijrah. Aku konfius dgn Spiderman. Tapi kemdian aku paham gak kenapa logo dia macam tu. Just utk mengenang kes Nabi dgn Abu Bakar di gua Thur dimana labah² buat sarang depan gua tu. Kat Alog Setag ada satu round about dimana logo Ma'al Hijjah dijadikan sebagai pusat. Dekat dgn BSN besar. Ntah pasai pa, aku kagum dengan logo tu..

Bila Nabi Berhijrah?

Aku percaya mesti ramai antara kita yang sangkakan yang 1 Muharram adalah hari dimana Rasullallah mula berhijrah or sampai ke kota Yathrib (Madinah).  Seriusly, aku antara org yang macam tu. Sepanjang hidup aku selama nie aku ingatkan Nabi berhijah pada bulan Muharram. Rupanya aku salah. 

Nabi sebenarnya berhijrah (pada sesetegah pendapat) pada Rabiul Awwal. Keputusan meletakkan Muharram sebagai bulan pertama tahun baru utk kalender Islam adalah atas keputusan Saidina Umar atas beberapa sebab. Untuk baca secara detail berkaitan dengan topik ini, boleh lah rujuk ke blog Dr Asri. Penjelasan Dr Asri agak detail dan terperinci, sesuai dengan status dia sebagai sorg yg berilmu.

In short, alasan utama Saidina Umar pilih Muharram sebagai bulan mula tahun Islam adalah kerana ia adalah bulan selepas bulan org naik haji di Mekah. Itu yang ditulis dalam artikel drpd golongan ilmuan lah. Ini pulak pendapat peribadi aku. Or perkara tersirat yang aku nampak (or maybe org lain pun nampak) kenapa Saidina Umar pilih bulan selepas org naik Haji sebagai permulaan tahun.

Kenapa Saidina Umar Pilih Muharram?

Ini hanya personal opinion aku, orang biasa yang bukannya pakar... 

Selalunya kalu nak masuk tahun baru mesti ramai yang akan berubah. Kebanyakan berubah utk jadi lebih baik. Contohnya, berazam nak berhenti merokok, berenti tinggal sembahyang or berhenti melewatkan sembahyang dll lagi lah. Maybe ribuan or ratusan tahun dulu pun macam nie juga kot. Org akan berazam utk berubah utk jadi baik menjelang tahun baru.

Seperti kita semua tahu, org yg naik haji, dia boleh diibaratkan macam bayi yang baru lahir dan kebanyakan org (terutamanya Melayu) akan berubah jadi baik lepas naik haji. Kita boleh tengok yg ramai org naik haji adalah golongan senior. Sesetengah tangguh naik haji just kerana nak enjoy dulu. Sebab pada depa once naik haji, dah tak ble nak merapu lagi dah. Kena jaga status "Tuan Haji" or "Puan Hajjah" So, pendek criter, lepas naik haji, sesorang most probably akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan meninggalkan benda² "lagho" (melalaikan).

Jadi, bersempena dengan "org berubah menjadi baik" lepas balik haji, maka tahun baru pun ditetapkan lepas musim haji. Maknanya semua azam baru utk menjadi insan yang lebih baik adalah secara selari dgn org yg baru balik Mekah yang insya'allah menjadi insan yang lebih baik.

Jadi ini secara tidak langgung akan menghasilkan satu persekitaran baru yang positif utk semua org. Mereka yang baru balik Mekah akan menjadi contoh atau penasihat pada mereka yg berazam utk berubah dan mereka yang mahu berubah akan menjadi lebih terdorong kerana mendapat support drpd mereka² yang balik dari Mekah. 

Sama juga dengan org yang baru balik Mekah. Maybe sukar utk mereka maintain "awal ke masjid jemaah" dan lain² tanpa sebarang "mereka" yang menganggap mereka sebagai contoh.

Just Berubah Kalu Nak Berubah

Apa pun utk berubah menjadi "baik" kita tak memerlukan "awal" tahun atau bersempena sesuatu. Ini adalah kerana kita tidak tahu bila ajal kita. Macam yang selalu kita dengar; "perkara yang baik jika dicepatkan akan mendapat pahala, tapi perkara yg buruk kalu ditangguh juga akan mendapat pahala..."

Aku tau, susah utk buang tabiat buruk kalu kita dah sebati dgnnya. Tp, kena berubah juga. Kena berhijrah. Buatlah yang mana mampu sekadar yang mampu.

Thursday, 24 November 2011

Membuat Dan Menilai Delima Aku...

Membeli Rumah

Last 2 week aku dah dapat kunci rumah aku. Alhamdulillah, siap juga rumah nie akhirnya. Pada aku, aku bernasib baik sebab tuhan telah temukan aku dengan rumah aku beli nih. Tapi sebenarnya, sebelum aku buat keputusan beli rumah nie, aku buat banyak gak survey. Aku punya range adalah dari SP utara (Sungai Lalang) sampai ke Batu Kawan. Banyak show house yang aku pi dan banyak sales man aku jumpa. Dan juga banyak kompeni yang aku pi baik dari OSK, Ambangan, sampaikan ke syarikat yang aku tak pernah dengar nama. Bukan apa, aku nak pastikan yang aku tak buat pilihan yang salah. Tak silap aku, selama 2 bulan juga lah aku tiap minggu keluar cari rumah. Sampai nak muntah aku rasa. Time tu, target aku adalah aku kena beli rumah sebelum end off 2010. 

Ini bukan rumah aku. Ini hanya gambag hiasan..

Aku kerja base on target. Semua benda yang aku buat ada targetnya. Dari brapa minit jogging panjat Balai Cerap dulu kat UTM, bila dead line nak kahwin, bila nak dapat anak dan off cause lain² yang tak boleh nak sebut. Dan alhamdulillah, 80% yang aku target dan usahakan, aku dapat. Seriusly, benda yang aku target mustahil dapat pun aku dapat. Syukran jazilan. Tapi tu rahsia besar aku. Hehehe... Tapi target aku SMART. Maknanya, sebelum aku letak target, aku akan evaluate keupayaan diri sendiri dan buat congakan asas. Bukan main sedap mak bapak je letak.

Anyway, alhamdulillah aku dah dapat kunci rumah sekarang. Last week dekat 3 jam gak lah aku ngan bini (dan juga anak aku si Pea degeduk) inspect umah utk Airmas (aku beli rumah dengan syarikat Airmas) buat final touch up. Penat jugak woo... Tu baru check, retak, kotor dan bocor. 

Renovation

Aku target utk dok kat rumah aku nie bulan February 2012 (of course, also base of culculation). Jadi, kenapa ada gap sampai dekat 3 bulan? Renovation. Aku percaya semua org yang baru dapat rumah mesti nak renovate. Paling busuk buat kitchen kabinet. Sama juga dgn aku dan bini aku (termasuk anak aku Pea degeduk). Kami pun melaram juga. Aku rasa kami semata beli majalah Dapur, Impiana dan home deco yg lain just utk pilih design je. Budget kami bukan besar jadi kami pilih design yang paling ringkas tapi paling cantik dan kemas. Dalam hal nie aku serahkan pada bini aku (dan juga Pea degeduk). Tugas aku just evaluate dan sign proposal.  Terus terang, aku tak hype sgt pada design dalam rumah. Aku lebih pada buat garden. Tak sabar nak ada tanah utk buat kebun bunga. Dah 5 tahun lebih berkebun utk ofis je.

Calculated Risk

Skarang kami dah ada design. Design nie bukan create sendri. Semua copy paste majalah. Maybe colour je lain sikit. Kini aku kena buat pilihan. Pilihan yang aku rasa menentukan prinsip aku dan pegangan aku dan juga menguji instinct aku. Dalam bidang kerja aku, aku banyak juga instinct utk solve problem. Tp tak pa lah, tak involve duit aku sgt. Tp nie involve duit yang aku kumpul. Jadi kena 120% serius dan tajam. Bukan apa, aku bukan banyak duit. Kena lah berhati-hati dan teliti kemana duit tu aku park.

Aku sebenarnya tak suka dan pandai gamble. Seumur hidup aku, aku jarang sgt gamble. Apa saja yang aku buat, aku akan culculate. In short, aku nie bukan risk taker lah. Aku tak brani amik risk. Kalu sebelum nie majoriti risk yang aku amik mesti dah culculated risk dan jatuh dalam kategori culculated risk. Even instinct aku pun berlandaskan risk culculation. Dan kalu gagal pun memang dalam pengiraan aku. So, aku tak sedey sgt. Kenapa aku macam nie? Maybe aku nie menganut fahaman Sun Tze yang tegar. Maybe boleh dikatakan The Art Of War adalah antara kitab rujukan utama lepas Quran dan Hadis. Of course, The Art of War adalah karangan manusia maka tak layak dibandingkan dengan Quran dan hadis. Namun begitu sometime, seperinci mana pun kita culculate, faktor takdir/nasib tak boleh ditolak ke tepi. Macam apa yang berlaku antara Zhuge Liang dan Sima Ye dlm kisah 3 Kingdom.    

Kini aku kena wat keputusan yang juga akan menentukan samada aku pegang pada prinsip aku atau tidak. Keputusan yang aku maksudkan adalah kepitusan nak pilih kontaktor untuk buat renivation rumah. Mungkin pada setengah org benda nie nampak kecik. Tapi pada aku nie benda besar lepas, kawin, beli rumah dan beli kereta. Duit aku limited dan aku ada limited budget. Kalu silap, mau makan ikan bilis tiap hari lepas nie utk cover short fall.

Apa Masalahnya? Teruk Sangat ka?

Dalam aku nak pilih contractor nie, dah ramai org aku tanya. Ramai sangat. Dari, parents, sahabat, staff dan saudara pakcik makcik aku. At the same time aku nie org Melayu dan aku nak org Melayu @ Muslim maju dan berjaya. Aku bukan ahli politik or pemimpin negara or whatever. Aku rakyat awam. Bila aku kata aku nak pilih kontraktor Muslim, ini bukan bermakna aku rasis. Pada aku, seorg Muslim, kalu aku tak support org Muslim lain, siapa lagi nak support? Seriusly, bangsa lain pun buat macam nie. Tak salah sebenarnya. Kalau kita tak tolong saudara kita, siapa lagi nak tolong saudara kita. Bukan kah semua Muslim itu bersaudara? Tapi yang jadi masalahnya, majoriti yang aku tanya akan cakap...

"Jangan amik kontraktor Melayu (Muslim lah tu..). Depa kerja terok! Sebelum kerja dah mintak duit. Kerja tak siap mintak duit lagi. Kalau ada problem bukan nak mai repair! Lepas tu buat muka masam! Baik amik Cina. Biag mahai sikit, tapi kerja puas hati!"   

Bukan lah exactly ikut apa yg aku tulis nie. Tapi kesimpulan adalah seperti yang aku tulis. Teruk sangat ka org Melayu kerja? Aku slalu dengar org Cina yg suka tipu dalam niaga. Tapi bisness depa masih naik. Kalu depa kuat tipu pasai pa bisnes depa makin org suka. Malah Melayu pun cari depa. Tapi cara aku tengok lani, Melayu lagi kuat menipu. Kalu menipu kerja OK tak pa. Nie kerja teruk. Pastu harap belas ihsan atas nama sesama Melayu sesama Islam! Hak tui!!!

Rumah Parent Aku

Pengalaman aku pun sama. Rumah parent aku kat Alog Setag tu org Melayu yang buat. Kononnya nak tolong org Melayu lah. Buat tandas. Sumbat. Bila minta repair, berbagai alasan depa bagi. Than bila repair, tak OK pun. Hak tui tui! Tapi bila minta Cina repair, terus OK sampai hari nie. 

Sama gak dengan extra bilik. Bila minta repair yg rosak, smapai mampus pun tak repair. Tapi minta baki duit. Hak tui tui tui!!! Itu baru rumah parents aku. Tak kira rumah pak ngah, pak dak dan lain² lagi lah. Haihhss... Kalu tak silap, ada kawan aku sorg tu nak bawa kes ke tribunal pengguna sebab kontraktor Melayu buat keja tipu dan macam "hak tui!". Masa aku kat Ipoh dulu pun sama. Kontraktor Melayu kerja macam "hak tui!". Sampaikan aku terpaksa hantar email 8 muka surat kat SGM aku time tu (yang kini CEO Suzuki) mintak utk diterminate kontraktor Melayu tu.

Inilah Delima Aku

Jadi, inilah delima aku skarang. Aku tak tau mcm mana nak buat pilihan. Semangat asabiyah jihad Muslimin aku agak kuat. Tak dicampur dgn semangat rasism Hang Tuah lagi tu. Tapi, at the same time, aku kena pikir duit aku gak. Adoi.. Jadi, what to do? 

Since at this moment, Rabu 24 November 2011 jam 9 mlm, aku still tak pilih kontraktor. Aku rasa aku nak buat cara proposal. Put aside semangat jihad dan asabiyah nationalis. Tapi aku nak tegakkan semangat 1 Malaysia, Malaysian Malaysia or what ever. Aku open tender pada semua kaum dan bangsa mahu pun agama. Biag depa buat proposal dan aku akan amik proposal yg terbaik. Hahahaaaa...

Tuesday, 22 November 2011

Solar Powered Hand Held Talking Bible?

Talking Bible?

Apa tu Solar Powered Hand Handle Talking Bible (Talking Bible)? Tafsiran ringkas adalah; Bible Berkata-kata Boleh Pegang Yang Dijana Oleh Tenaga Solar. Fuhh, panjang tu... Dari apa yg aku faham, ia adalah Bible yang boleh berkata-kata yang tak memerlukan bateri. Ia boleh hidup menggunakan tenaga solar. Saiz dia kalu ikut gambar, macam saiz hand phone jek.

Macam Walky Talky je. Tak Cool! Better pakai I Pod. Tp kena pakai bateri lah..

Aku rasa maybe ramai yg tak perasan tentang isu nie. Aku pun perasan bila aku tgk Dr Asri tulis something berkaitan dgn Dr Hassan Ali dalam Minda Tajdid dan dalam Blog Teh Tarik Gelas Besar (yg bernada sinikal) dan Trankualiti Tronoh. After that, aku pun cari sendiri dan dapat baca petikan berita utama yang dimaksudkan oleh Dr Asri. Aku baca dalam Malaysian Insider.  

Berikut pula adalah tulisan berkaitan Dr Hassan (yang di ambil dari Malaysian Insider)

Hasan, who is in charge of the state’s Islamic affairs portfolio, said the state’s religious authority (Jais) had discovered that Christian missionaries were now spreading their gospel through technologically-advanced means apart from setting up welfare groups providing cash and other financial aid to single mothers and the destitute.

He added that Jais’s research showed Christian evangelists were spreading their faith to young Muslim students in free tuition classes and counselling sessions, besides distributing Christian pamphlets in public places, homes, universities and places that were ostensibly called “community centres” to carry out their evangelical work.

Dari apa yg aku paham, Dr Hassan skarang tgh risau sebab depa (dia dan Jais?) jumpa kes di mana Talking Bible nie diberikan secara percuma kepada Muslim yang merupakan prospek utk jadi Kristien. Pada pendapat aku, ini bukan satu isu pokok. Isu pokoknya adalah penyebaran ajaran Kristian. Talking Bible yang diberi secara percuma hanyalah tools atau alat.  

Membaca Bible?

Seperti yg aku pernah tulis dulu (Isu Murtad), sebenarnya kita tak perlu takut dengan mubalig Kristian. Jika kita ada ilmu yang optimum, pada masa yang sama ada ilmu tentang ajaran Kristian dan tahu serba sedikit tentang Bible, aku rasa tak menjadi masalah utk kita berdepan dengan mereka. Setahu dan sepengalaman aku, sesorang takkan menjadi Kristian kalu mendengar ayat² "suci" Bible. Seriusly. Aku ada 2 Bible di rumah aku. 1 NIV dan satu lagi komik. Yang komik hanya chapter Genesis. Yang nie aku baca dah habis. NIV Bible aku baca sekali sekala atau bila aku perlu rujuk. Kalu masuk hotel pun dalam laci bilik ada Bible, aku pun baca Bible tu. No problem. So far, alhamdulillah, tak tergugat iman aku. 

Personally aku dah banyak kali "test iman" aku dulu. Aku nie jenis yang suka pikir dan suka banyak soal. Aku bukan jenis yang akan accept je apa yang org cakap. Antara yang aku selalu pikir dulu adalah; Adakah Islam agama yang betul? Banyak cara aku test. Tapi, walau apa situasi, alhamdulillah aku tak tinggal solat. Walau "sekering" mana skali pun, aku tak tinggal solat. Itu akan aku criter dalam bahagian yg akan datang nanti insya'allah....

Anyway, seriusly, there is nothing to afraid off. Malah, aku menggalakkan hangpa suma baca Bible. Ya, aku galakkan hangpa baca Bible. Why? Kerana bila hangpa baca Bible hangpa akan tau bezanya Kalamullah dan Kalaminsan. Itu pun kalu hangpa pernah baca translation bahasa Melayu Quran lah... Hangpa tak perlu jadi org warak or alim ulamak utk baca translation Quran. Memang ada bahagian yg sukar. Tapi banyak bahagian yang simple dan bagus utk org biasa macam kita baca. Baca Quran dapat 1 jenis pahala. Faham maksud, tambah lagi 1 jenis pahala. 

Tulisan Bible sgt berbeza dengan tulisan Quran. Bible walau pun dikatakan ada banyak pengajaran, tp apa yg aku nampak dia lebih kepada story telling. Macam "cerita". Susah aku nak explain. Along the way akan adalah kisah yg boleh diambil sebagai pengajaran. Macam kisah Si Tanggang yang mempunyai nilai moral dihujung kisah pada sesiapa yng nampak.

Contohnya, Bible mula dgn "In beginning..." atau pada "suatu masa dahulu..."; Genesis (kitab asal usul) 1.1.1. Tp Quran mula dengan "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani" ; Al Fatihah ayat 1. Itu pun dah boleh tunjuk perbezaan. Hanya manusia yang mulakan cerita dia dengan.. "pada zaman dahulu, di suatu tempat, bla bla bla...". Tu tak kira intipati dan intisari kandungan lagi tu. Antara yang hangpa boleh baca adalah kat sini. Org Kristian mungkin boleh cakap bahwa, time baca Bible kena baca maksud tersirat macam berikut;

First and foremost, the Bible is not the literal word of God. It is inspired word of God, written by man. Hence, the words in the Bible are not to be taken literally, but they are to be carefully studied, ascertaining the intention and message behind the words. The Bible is infallible in terms of the intended message.

The story of Adam and Eve is a symbolic story, which intends to give us an understanding on the origins of mankind, his place with the Creator, the fall of mankind through sin, and the consequences that came with it. It is not intended to paint the so-called women's temptress behaviour, or man's mistake of seeking to know right and wrong. That is, unfortunately, a narrow and wrong interpretation of the passage.

Tapi, ini hanya excuse yang depa bagi untuk membenarkan apa yang depa nak pecaya. Kalu dah maksud zahir dalam bahasa yg paling biasa pun nak dikatakan ada maksud tersirat, maka memang dah payah nak dapat maksud genaral Bible. Mayba (kalu ada lah..) mubalig Kristian yang cakap aku tak dapat hidayah lagi lepas baca Bible. Well, aku mengalu-alukan mubalig Kristian utk datang bantu aku. Bukan aku nak bongkak atau sombong, tapi itu yang aku nak. Aku tak takut. Haq adalah haq, dan bathil adalah bathil. Insya'allah Allah akan tunjukkan jalan yang lurus. 

Ancaman Utama Muslim

Macam yang aku pernah tulis seblum nie, ancaman utama Islam bukan Kristian, tapi Athiest. Fahaman tiada tuhan. Dan pemusnah atau perosak utama Islam juga bukan Kristian atau athiest, tapi org Islam sendiri seperti dalam hadis nabi yang bermaksud; "golongan yang merosakan agama adalah golangan pelampau".

Berbalik pada isu Talking Bible nie. Pada aku, Talking Bible nie tak mempunyai pengaruh besar tentang akidah sesorg. Kenapa? Ia hanyalah Bible. Bukan jampi serapah pukau ke apa.

Dalam kontek negara kita, jika benar jumlah Muslim murtad semakin meningkat, pada aku faktor utamanya bukan sebab ajaran Islam itu. Tapi faktor persekitaran. Antaranya "kefakiran boleh membawa kepada kekufuran". Enough said. Selain itu, faktor masyarakat Islam sendiri membuat org Islam murtad. Tengoklah masyarakat dunia sekarang. Negara yang kebanyakannya daif adalah negara majoriti Muslim. Kadar rasuah tinggi pun rata² negara majoriti Muslim berbanding negara barat. Malah kebersihan bandar org bukan Islam seperti jauh lebih bersih dari bandar² majoritinya Muslim. Jadi org biasa dan non Muslim akan nampak seolah Islam tak membawa masyarakatnya kearah kemajuan. 

Kini, rata² Islam disinonimkan kalau tak dengan keganasan, ia disinonimkan dengan kemunduran. Apa tak nya, semuanya haram. Semuanya tak boleh. Semuanya hanya solat, doa, janggot, serban dan ceramah akhirat sahaja. Sebenarnya Islam melampaui semua tadi. Islam adalah cara hidup iaitu SOP kehidupan harian.

Way Forward

Pada aku, bagi lah apa skali pun, iman setiap Muslim insya'allah tak terjejas kiranya setiap Muslim dengar nasihat nabi dan mengamalkan ajaran Quran. Bukan mensekularkan Islam dengan skrip seperti; "baca sirah nabi akan membawa jannah, baca buku lain selain buku 'agama' hanya membawa dunya...".

Sebelum kita mengelabah tak tentu fasal dan sibuk menyalahkan orang lain, kita, Muslim patut tengok diri sendiri dulu. Apa yang tak kena dengan diri dan masyarakat kita. Betulkan "kita" dulu.  

 

Wednesday, 16 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011 - Part 3; Pengalaman Aku

Aku rasa perkara yg aku nak tulis nie sebnarnya bukan asing lagi bagi ramai org kat luar sana. Aku rasa rata² pernah pernah jumpa geng LBGT nia kat institut pengajian depa. Sebenarnya, utk mengesan samaada depa nie LBGT nie agak susah, kecuali depa yg memang dah "daring" habis. Terus terang cakap, di UTM, time aku dulu cukup ramai golongan LBGT. Kalu nak kata pondan @ darai @ bapok nie pun dah ramai, total populasi LBGT jgn cakap lagi lah.  Dan aku boleh confirm kata ramai because depa tak sembunyi kebapukan depa. Tak silap aku fakulti Sains Com dan Kimia yg paling ramai bapok. Masakan pula puak "gay" yg nampak macam lelaki normal, lesbian yg pada aku nampak macam pompuan biasa. Personally pada aku ada kalanya pompuan rambut pendek nie sebenarnya nampak cantik juga. Alah, macam watak King dalam Kings Of Fighters.

Antara watak faverot aku time gila KOF dulu.. Double Strike!!

Aku minta maaf kalu istilah "bapok" berbunyi kasar. Ini adalah kerana inilah istilah yg aku guna sejak aku kenal manusia spesis (berhaluan) nie. Macam aku tulis tadi, geng bapok lah antara geng yg paling senang nak kenal. Why, depa daring time berpakaian dan ada yg sgt daring. Itu baru kat dewan kuliah. Kalu kat luar or club, aku pun tak tau nak cakap apa lagi lah.

Anyway, ada benda yg aku tak ble nak story sgt kat sini sebab dia membabitkan org yg aku kenal. Aku berharap sgt org yg aku maksudkan tu dah berubah sebab dia adalah kawan baik aku. Ya, dia adalah best friend aku yg aku tak kan lupa sampai bila². Walau pun kami penah gaduh besar, tp aku still anggap dia adalah best friend aku dulu dan aku berdoa agar dia dah insaf. Aku juga harap pekung dia kat UTM tak dibuka. What would happen if dia dah kawin sekarang dan wife dia tau sejarah silam dia? Or even, parents dia tau. Seingat aku parents dia nie hebat. Ustazah dan lecturer. Adik pompuan dia pun sgt cantik (dan of cause dia tersgtlah kacak). Hanya budak batch aku je yg tau dan budak yg masuk semester May 2002 je tau detail. Mamat nie bukan bapuk. Tp girlfriend @ boyfriend dia bapuk. Pendek criter, dia gay. 

Batasan Hubungan

Sefaham aku kalu dah hubungan luar fitrah macam nie bukan macam hubungan normal yg lain. Memang ada hubungan pasangan normal lelaki dan pompuan yg terlanjur atau terbabas. Tp masih ramai juga yg masih menjaga batas hubungan depa. Banyak juga yg menaik tarafkan hubungan mereka dgn perkahwinan dan akhirnya dikurniakan zuriat yg comal². Keadaan adalah berbeza bagi pasanagan LBGT ini. Sefaham aku hubugan puak LBGT ini boleh dikatakan semua akan dilanjutkan ke bentuk fizikal. Namun begitu, aku kurang pasti status pasangan ini lepas alam U. Setahu aku, majoritinya akan bertukar menjadi lelaki normal bila balik kampung time cuti. Dengar citernya bila habis alam U, ada yg insaf dan ada gak yg dgr citer jadik lagik dasat lagik.. Ntah lah..

Kita Hidup Bermasyarakat

Semasa aku di UTM, aku tak pernah terpikir aku akan tulis sesuatu yg bertajuk begini. Tp apa yg aku akan tulis ini hanya base on pengamatan aku sahaja. Aku tak lah monitor depa sampai amik detail. Aku just tulis apa yg aku paham sahaja. Aku juga bukannya warak atau insan yg kamil. Aku ada masa terbabas solat. Aku pun wat dosa gak.  Tp itu bermakna aku tak boleh nak tegur org. Seseorg tak perlu jd nabi or alim ulamak utk menegur. Yg penting teguran itu kena betul dan waras. Contoh yg boleh dikaitkan adalah bilamana parent yg hanya bekerja sebagai penoreh getah menasihatkan anak mereka utk belajar rajin supaya berkerjaya lebih cemerlang. Takkan lah si anak akan cakap; "Alahh, abah mak pun ngaji rendah, mana layak nasihat saya utk ngaji tinggi!".

Pada aku maslah LBGT atau khususnya bapok di UTM masa aku dulu agak serius. Aku harap "masalah" ni dah kurang skarang. Aku hairan kenapa (setahu aku) tiada tindakan diambil. Offcause, di kuliah, penampilan mereka agak low profile. Tp, jika diamati memang sungguh terang tak perlu bersuluh lagi. Aku hairan kenapa pihak pengurusan universiti ak mengambil sebarang inisiatif utk "membantu" mereka. Jika perkara itu masih kecil, tindakan pencegahan perlu diambil. Aku tak pasti pihak berwajib tahu ke tak method yg diambil oleh fraternity bapok nie utk recruit bapuk junior. Kalu depa tak tau, moga Allah  tunjukkan kepada mereka nanti. Kerana pada pendapat aku, tanggung jawab mencegah dan membantu geng bapok nie kembali ke jalan yg lurus berada ditangan mereka juga (sedikit sebanyak). Itu yg aku paham. Perkara ini tak boleh dipandang sebelah mata dan istilah "lu jaga hal lu, gua jaga hal gua" or kubur lain², apa sibuk²?" tak boleh digunakan. Kita hidup bermasyarakat. Ini maslah sosial dan moral anak bangsa agama kita. Tak kan nak biar saja?

Aku tak pasti sgt ciri² lesbian nie. Apa yg aku nak tulis adalah berkaitan dg bapok. Pada asalnya bapok adalah lelaki lembut. Bukan semua lelaki dilahirkan dan membesar mempunyai ciri² lelaki keras, tough dan macho. Aku sendri tak macho pun. Ada sesetengah lelaki mempunyai perwatakan lembut dan sukakan benda yg feminin seperti memasak,menjahit dan berhias. Namun begitu, itu tak bermakna mereka ditakdirkan akan jadi bapok dan gay. Jika parents yg memantau itu serius, insyallah tiada masalah akan timbul. 

Kalu ikut apa yg aku paham...

Bila sorg freshy masuk atau mendaftar akan ada senior yg akan pantau dan memerhatikan gerak lentok depa nie. Jika didapati ada freshy yg berpotensi utk menjadi bapok, maka senior bapok nie akan approach si freshy nie. Ber"potensi" nie adalah seperti berwajah jambu, berkelakuan lemah gemalai dan ntah lagi aku pun tak tau.. Korang kena tanya depa.

Setelah senior bapuk nie dah nampak target dia akan jadikan target nie prospek. Maka gerombolan bapuk nie akan manghampiri freshy nie lah. Kalu dah everyday sedikit sebanyak depa akan jadi terlampau close. 

Bukan setakat di dorm melepak, malah time study pun depa akan study bersama. Contohnya time kat UTM dulu, di PSZ (Perpustakaan Sultanah Zanariah), akan ada satu port yg mana bapok akan berkumpul. Seriusly, ramai! Dan kehadiaran depa diperhati sahaja. termasuk aku. Memang aku time tu budak lagi. Aku adalah salah sorg yg suka ngusik depa bcos pada aku depa kelakar. No doubt ada yg sgt cantik dan of couse seksi (seriusly aku heran macam mana depa boleh tahan sejuk, FYI PSZ tersgtlah sejuk..).  Tp bila depa ngusik balik aku takut. Hahahaa.. Takut giler habag hang.. Hahahaa. Juga kalu yg nak close, aku carut jek balik. In short majoriti terhibur tengak gelagat depa tanpa sorg pun menghampiri depa utk tujuan baik, termasuk aku...

Selain drpd study bersama, depa nie segalanya bersama. Makan dan outing nie sudah pastilah.. Mana depa pi, aku tak ble nak kata.

Sudah pastinya, kalu dah 24 jam bersama, depa, si freshy sedikit sebanyak akan bertukar menjadi bapok. Tahun 1 tak nampak sgt perubahan, tpi bila dah meningkat senior, depa akan menjadi semakin berani. Pakaian semakin menjolok mata dan penampilan semakin memikat. Seriusly, gaya dan lenggok depa nie mengalahkan pompuan. Bukan nak kata apa lah, geng bapok nie memang betul² melaram everyday. Bau perfume mcm air freshner.

Bila Bapok Berpasangan

Basically, itu lah step berlaku dlm proses penghasilan bapok yg aku nampak di UTM dulu. Aku tak buat pengamatan teliti. Aku just tulis apa yg aku nampak. Tp dari apa yg aku nampak, perkara ini boleh dibenteras. Aku percaya kalu langkah bijak diambil, kelompok ini boleh dipecah dan dihapuskan. Depa nie jadi macam nie bcos depa "bersama". Itu kalu kat kampus. Kalu menyewa rumah lagilah parah aku rasa. Ntah apa yg berlaku aku pun tak tau. Aku dgr macam², tp aku tak sanggup nak tulis.

Apa jadi kalu bapok tu in Love?

Ini masalah... Ini lah yg terjadi pada my best friend.

Jika sorg bapuk tu minat pada sorg mamat, si bapuk tu akan attack (pikat) mamat tu sedaya upaya dia. Tiap malam dtg umah ajak keluar dan bagi gift. Serius shit, punyalah agresive, kalu iman tak kuat boleh terbabas gak lah. Percaya lah, bila aku cakap bila depa nak pikat memang depa rajin. Hilang sifat malu "kewanitaan" depa. Selalunya kita dengar, pompuan nie sifat dia malu. Kalu pompuan tu minat kat lelaki, dia sanggup tunggu or just bagi hint (yg sorry to say selalunya lelaki tu tak paham, hahahaaaa). Beza ngan bapok. Bapok time nak pikat lelaki, lagi agresive dari pompuan. Percayalah, itu yg aku nampak.

Jadi, kalu si mangsa nie nie iman dia kuat, selamatlah dia dan bahgialah ayah ibu dia... Tp kalu iman dia kurang, maybe dia akan hanyut. Dia tak jadi bapok. Dia akan jadi balak si bapok tu. In short pada aku dia dah jadi "gay". Dugaan yg bapok bawa bukan boleh ambil mudah. Depa nie lagi gemalai dari pompuan, lagi caring dari pompuan, lagi kewanitaan dari pompuan dan yg paling bahya lagi cantik dari pompuan. Seriusly, aku tak tipu. Tu tak kira seksi, syahdu manja lagi dan off couse, ditambah dgn pemangkin dari En Nafsu dan En Setan lagi.

Bapok Association?

Bapok nie ada group depa masing². Group depa nie setahu aku terdiri drpd LBGT lah kot. Ini betul² drpd personal experiance first contact. Dari pengamatan aku time tu, ada drpd dlm group depa nie badan dia kekar giler. Kekar siottt.. Aku assume depa nie gay tok² atau biseksual kot. Ada yg nampak macam bapak org jekk... Kalu aku naik sheikh pun confirm kalah bergasak. Hahaha... Ada gak yg tomboy (seingat aku tomboy tu agak cute, hahaha). Aku rasa tomboy nie lesbian kot. Maybe? Yang aku nampak, puak tomboy nie lah yg paling garang. Melalak menjerit tak tentu pasal. Geng abang badan ketul diam jek sambil hisap rokok. Control macho kot. Time tu mati² aku ingat aku dah nak bergasak dah. Bukan stakat ingat, dah ready utk bergasak dah pun. Apa nak jadi, jadi lah.. Cuma something happen. Siot betul... Yang pasti memang ramai geng LBGT tu tunggu. Tunggu kami lepaskan org yg kami cuba selamatkan. Siap ugut nak panggil polis. Kelakar pun ada.. Itu lah memori..

Tanggung Jawab Bersama

No doubt yg negera eropah sekular makan babi minum beer, sex bebas kapir laknat dll lagi jauh lebih maju sekarang. Kadar jenayah rendah, kadar rasuah rendah dan kemiskinan kurang. Ekonomi depa pun diwar-warkan sungguh hebat. Itu hakikat sekarang. Negara yg majoritinya Islam memang mundur dan dijangkiti dgn pelbagai penyakit yg ntah². Jadi Malaysia, kalu nak maju kena ikut acuan itu? Kena ikut step itu? Adakah mengejar pembagunan ekonomi hingga kita perlu tutup mata kepada masalah ini? Or, paling sedih anggap atau tukar mind set kita bahwa "ini bukan masalah?" LBGT adalah lumrah alam dan bukan masalah? Penerimaan golongan LBGT ini adalah satu ciri² bila masyarakat dah maju? Sikap tak mengambil berat akan membawa lagi banyak maslah. Tambahan kalu maslah sosial. 

Aku rasa ini adalah satu pemikiran yg sgt salah. Tak dpat dinafikan ekonomi itu sgt penting. Tersangatlah penting. Kena concentrate pada ekonomi. Even Khalifah Umar Abdul Aziz pun fokus pada ekonomi time dia rule dulu. Hinggakan dalam tempoh 2.5 tahun, tak dak org dalam empayar Bani Umaiyah pd zaman dia layak terima zakat. Suma berharta dan berebut nak keluarkan zakat.

Hadis nabi pun menyebut (sound something like this lah..); " Allah sayangkan org miskin yg beriman, tp Allah lebih sayangkan pada org kaya yg beriman" dan "kefakiran boleh boleh membawa pada kekufuran.."

Sungguh pun begitu, kebersihan rohani pun penting. Kena sejajar dan selari. Jangan dengan terlalu obses dgn mengejar ekonomi dan kemajuan jasmani, kita tercicir pembangunan rohani. Kita harus maju dgn acuan sendiri. tak perlulah aku sentuh berkaitan kejayaan tamadun islam lampau. Tp kita harus maju dlm acuan tersendiri.   

Membentuk semula, mendidik dan membimbing golongan LBGT nie adalah tanggung jawab bersama. Ianya sukar dan kita perlu gentle. Ini adalah jihad kita. Kita tak boleh memaksa, tp kita boleh mempengaruhi dengan membimbing. Kita kena sabar dan tunjukkan jalan pada mereka. Bukan membenci dan mengasingkan mereka. Dengan mengasingkan mereka, kita hanya membuat ikatan mereka lebih kuat. Kesilapan yg biasa kita buat adalah dgn membenci mereka. Kita patut mengasihani mereka.

Seperti yag aku tulis seblum nie, kita patut dan perlu dgr masalah depa dari mulut depa dan justify sebelum rectify. Apa pun, aku personally berpendapat Cinta dan Naluri yg depa rasa adalah Nafsu. Aku barangkali salah dan aku barangkali sebenarnya tak layak bercakap demikian. Namun, itu yg aku nampak.

Aku tak rasa keperitan depa, jadi aku tak boleh nak faham depa. Namun begitu, apa saja alasan yg diberi perkara ini tetap salah. Oleh sebab itu sesuatu perlu dilakukan.

Monday, 14 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011 - Part 2; Pendapat Aku

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dalam perkara² besar maka berjaga²lah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara² kecil" - Sebahagian drpd Khutbah terakhir Rasullulah S.A.W.


Aku percaya, memenjak nie isu yg paling memeningkan kepala ahlul politik terutamanya drpd PAS dan PKR semestinya isu ini. Statement yg keluar pun play safe or tak jawab soalan. Aku rasa mesti ramai yg boleh agak kenapa. Yg pasti, DAP as per my knowledge have no problem with it. DAP agak stabil.

"The issue here is not whether to support or not to support. The issue is you attack them. That’s something else. Can’t we talk about things in this country?” Anwar Ibrahim...

Apa Itu Seksualiti Merdeka?

Berikut adalah statement pengelola festival dalam blog mereka;

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
Aku rasa utk mendapat maklumat yg paling jelas, ada baiknya rujuk terus pada pengelola blog mereka. Boleh rujuk sini. Tema tahun ini bertajuk "Queer Without Fear" yg membawa tafsiran; Tak perlu takut utk menjadi "pelik". Maksud "queer" boleh rujuk kat sini

Sefaham aku melalui pembacaan dan apa yg aku dengar, tujuan depa nie anjurkan Seksualiti Merdeka adalah satu platfom supaya golongan yang kecenderongan seksualnya luar lumrah ini untuk berasa tidak takut keatas kecenderungan luar lumrah ini. Ini bermakna mereka tak perlu sorok, sembunyi atau malu lagi dengan keserongan mereka. Malah mereka berhak utk kekal dalam keadaan mereka dan kita pula perlu menghormati dan menerima mereka dengan seadanya. Ini tafsiran yg aku paham. Contoh yg aku imagine adalah, bila sesorang tu darai @ bapuk (pondan dlm bahsa utara), dia boleh berpakaian wanita dan tak perlu segan silu utk berpakaian dan perwatakan begitu di tempat awam. Atau pun worse case scenario, bila sesuatu pasangan gay itu mahu berumah tangga, atau whatever, kita kena respek keputusan mereka. 

Bantuan Yang Salah 

Pada pendapat aku, acara hak asasi manusia yg dianjurkan dlm bentuk Seksualiti Merdeka yg menyokong golongan LGBT nie sebenarnya adalah tersangat tidak perlu dan tidak wajar. Aku tak pasti dan aku tak layak nak gauge level ilmu dan kefahaman agama golongan yg kononya Islam yg menyokong festival ini. Tp, kalu org tu dah ada basic ilmu agama pun dia dah patut tahu, perkara ini sgt salah disisi agama. Unless, dia tak percaya pada tuhan yg dari erti agama yg sedia ada. Seriusly, apa yg depa (pengelola festival) budget depa akan dapat? Adakah objektif festival nie dapat membantu dlm menyelesaikan pelbagai masalah sosial negara kita atau pun paling tidak mengembalikan disiplin golongan anak muda Malaysia kita? Aku percaya festival sebegini hanya akan merosakkan lagi nilai moral dan juga menghancurkan lagi disiplin mereka. Apa taknya; Hang boleh jadi apa saja hang nak, dah meme hak hang... Suka hati lah hang nak wat apa pun.   

Paling sedih sekali adalah golongan pengelola majlis atau festival ini menganggap Islam mempunyai toleransi dalam LBGT ini. Depa tafsir ayat Quran dan hadis nabi sesuka suki depa mengikut selera depa. Come on.. Anyway, adakah laki yg jadi bapuk akan solat 5 waktu? Adakah depa akan pakai pakaian tutup aurat? Tudung labuh dan sebagainya? Just think about it...     

Aleesha Farhana; Dikuburkan sebagai lelaki... Innalilah.. 


Queer Without Fear?

Kenapa tak perlu takut? Memang kena takut pun! Bukan setakat takut, malah kena malu! Ingat, malu tu sebahgian drpd Iman. Jika seseorag itu, bernafsu songsang, dia sepatutnya berasa malu dan  takut. Bukannya buat dek je and aspek org akan accept dia dengan seadanya. Come on lah.. Do you have any future? 

Anyway, mereka patut takut pada Tuhan dan bukan salahkan tuhan kerana menjadikan mereka sebegini. Ya, aku tak paham perasaan mereka, bcos aku straight, all the way. Tp, dalam keadaan ini, ia adalah jihad melawan nafsu. Malah, Nabi pun ada cakap, jihad yg terbesar adalah jihad melawan nafsu. Aku percaya, jika success, insya'allah baiklah tempat mereka di akhirat kelak.

Dan sememenya kena rasa malu kerana apa yg depa alami tu meme salah. Salah dari segi agama. Semua agama dimuka bumi sejak dahulu kala lagi. Jgn lah dibandingkan dgn Fantaghiro dalam Cave of Golden Roses, Tun Fatimah dan satu watak dlm citer Hikayat Melayu tu... depa tu pendekar wanita. Takkan la nak bergasak pakai baju kurung. Adoi yaiii...

Merdeka Seksualiti Yang Sebenar 

Pada aku melalui festival sebegini, kita tidak membantu mereka utk menjadi lebih baik sebenarnya. Malah membantu mereka utk hanyut lebih teruk. Dengan adanya festival seperti ini, ia memberi gambaran seolah, 'org yg diluar sana sebenarnya yg salah kerana tidak memahami'. 

Barangkali apa yg disebut oleh DSAI itu ada benarnya. Majoriti masyarakat menyisihkan mereka. Mereka dikecam dgn hebat dan aku pasti ada kes yg mereka hilang tempat berlindung hanya kerna perbezaan mereka. Maka setelah mereka dibuang, aku pasti mereka tiada pilihan, sokongan dan perlidungan. Maka akhirnya mereka terus dalam kelompok mereka dan hidup menurut nafsu mereka. Pada aku, kita patut listen to their problems. Listen to their side of story. Bila kita faham masalah depa, insya'allah baru kita boleh cari remedy utk depa.  

Adalah menjadi tanggung jawab kita utk membantu golongan LGBT ini. Kita harus menyediakan laluan dan bengkel utk mereka berubah. Berubah utk mengikut  naluri sebenar yg bukan mengikut nafsu. Atau pun, kalu kes yg sgt kronik, bantu mereka utk mengawal nafsu yg merosakkan agar mereka tidak hanyut dalam gelumang lumpur nafsu dan dosa. Bukannya utk terus kekal dalam keadaan sebegini. Festival sebegini hanya memberi galakan. Barangkali ada festival yg membimbing golongan LGBT ini kembali kejalan yg lurus, tp yg pasti, aku tak tahu dan aku percaya ramai tak tahu. 

Sepatutnya Festival Seksaliti Merdeka ini bermaksud Memerdekakan Diri Anda Dari Cengkaman Nafsu. Bukannya Queer Without Fear. Merdeka Seksualiti sepatutnya Merdeka dari Cengkaman Seksualiti. Seriusly, konsop yg dianjurkan oleh beberap NGO yg disokong oleh SUARAM ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Malah menambah lagi masalah. So please, bantu dengan benda yg betul.

Tanggung Jawab Kita

Aku terpaksa akui, kita majoritinya yg bernasib baik dianugerahkan naluri normal ini pun sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam fenomena atau masalah ini. Kita layan depa macam human layan mutant dlm citer X-Men. Ntah², puak LBGT nie pun anggap depa macam golongan mutant yg ditindas macam dlm citer X-Men. Hahaaa. 

Macam yg aku tulis seblum nie, sepatutnya kita mendampingi depa dan membimbing depa. Bukannya melayan @ mengusik depa. Aku tau. Ada sesetegah dari golongan bapuk nie sgt menggoda. Ya, aku ngaku. Ada sesetegah dari depa nie sgt cantik malah jauh lebih cantik dr perempuan. Why? Maybe ada faktor setan kat situ. Aku time kat UTM dulu pun terdedah pada masalah ni. Tp, bila pikir balik, kita tak sepatut ejek depa. Kita patut dampingi dan bimbing depa. Tp serisuly mengikut pengalaman aku, memang susah sebab depa, khususnya geng bapuk nie dah ada satu group fraternity dan tak silap aku di protect oleh golongan tertentu... Ini yg aku perasan time aku kat UTM dulu. Perkara nie aku akan cuba story dalam blog yg akan datang... 

Apa pun aku bersyukur sgt kerana aku dan org keliling aku semuanya normal. Kami tak diduga dgn dugaan yg begitu susah nak hadapi nie. Maka tak paham kesengsaraan yg depa hadapi. Keperitan yg depa hadapi. Tp, dalam masa yg sama aku tau ada drpd depa yg meme nak berubah. Aku berharap agar depa dikurniakan petunjuk ke jalan yg lurus. Oleh itu jangan putus asa. Solatlah senantiasa. Renungi dan dalami akan maksud "bimbinglah kami ke jalan yg lurus.." dalam surah Al fatihah itu. Insya'allah dihujung setiap sabar itu akan ada kemenangannya....

Golongan Gay Yang Paling Popular?

Wednesday, 9 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011 - Part 1; Komen Seorang "Gay"


Aku rasa topik yang panas dalam masa nie adalah Seksualiti Merdeka. Apa tu Seksualiti Merdeka? Apa motif dan tujuan depa? Kalu nak tau better gi laman depa terus disini.

Apa yg ditulis dalam tulisan kali nie adalah sebahgian dicedok dari komentar dari blog Teh Tarik Gelas Besar. Tulisan saudara Nami amat menarik dari pandangan org yg memasukkan dirinya ke dalam golongan yang open minded dan liberal (?). Personally aku rasa Nami sorg free thinker. Sebenarnya terdapat terlalu ramai komen di dlm post kali ini. Namun begitu, aku amat tertarik dgn komentar salah sorang pembaca yg mengaku dirinya sebagai berjiwa "gay". Beliau dikenali sebagai "whatever" dalam tulisan beliau. Semua dibawah adalah copy paste dari tulisan beliau. 

FYI, Nami juga dikenali atau bahasakan dirinya sebagai Cob Nobler, dan juga, sebarang alah spelling atau short form writing dalam tulisan dibawah adalah dari penulis asal. Aku just copy paste sahaja.

Komen 1

First of..Im GAY and im NOT PROUD of it..dan aku sangat2 menentang seksualiti merdeka ni...this thing is like, drug u know...aku sorg gay yg cube sedaye upaye mngubah diri aku mnjadi straigth,sbb aku suatu hari nnti nk anak jugak n nk ade family yg bahagia....and I bet alot of people out there is like me, sbb aku sbagai org melayu n beragama Islam aku tau mnde tu salah n cube sedaye upaye utk ubah diri..

You have no idea how hard it is for us to change unless u r in our shoe..it is not simply a matter of changing ur preference as in ari ni ko nk mkn cekodok,bsok nk mkn KFC plak...simply put,kalo korg straight,bleh x korg ubah diri ko utk jdik homo, I bet its going to be hard kn,same r gak mcm ktorg...but we r trying our best to change no matter what..aku anggap ni sebagai ujian Allah pling besar utk aku...

N stuff like this seksualitimerdeka akan nyebabkan ktorg lebih susah utk ubah diri..what i found is that it is easier for me to change myself when im with straight friends then with gay friends...kite sume manusia bernafsu kn,mmg susah la nk kawal kalo nafsu tu dh same because we have not been teached utk jgn sentuh2 same laki,kite hanye diajar utk jgn sentuh yg bukan muhrim je kn,so it makes it like its not a big deal if 2guys r together, at least that is how I feel..

U might say,kalo nk ubah diri sgt tu,jgn la pegi seksualitimerdeka ni kn, what u r doing to us is the same as a drug addict who is trying to change but is presented a drug..or sng contoh lgi perokok yg nk stop tp diberikan rokok..mmg r susah nk resist kn sbb kite manusia yg bernafsu n we cant resist to temptation n im not that religious n that makes it even harder for me to resist...

Bgi aku la,tolong la xyah ikot barat tu dgn dorg gay parade n what not..dh terang2 mmg sume agame against homosexual kn..npe nk galakkn lgi?..bile pasal sumbang mahram or incest tu,tau plak korg mnde ni salah..homosexual ni beberape tahun dulu mmg dipandang keji oleh masyarakat sbb sume org tau mnde ni salah..tp after that,org barat meng"HALAL"kn homo ni n kite pun nk ikot same..

Bgi aku,aku lebih rela org pndang keji homosexual ni supaye aku pun akan rase malu n ble aku malu aku akan lbey berusaha utk mngubah diri aku..tp skng seksualitimerdeka ni mcm nk mengapprove plak gay,so ble org approve,lgi la aku malas nk tuka diri aku kn....

FYI u r not supporting us actually when u support LGBT..

Tolongla gay n lesbian out there,if u dont want to change urself, if that is really what u want, n as long as u dont harm n become a negative influence on others,then that is fine with me....ramai lagi gay out there yg nk cube ubah diri but sgt susah ble temptation cmni sgt byk....so please help us by NOT helping us..(if u get what I mean)..

Aku reda dgn keadaan diri aku n like I said,aku anggap ini dugaan paling besar bgi aku..n I say dugaan ni WILL NOT LET ME DOWN!!...NO MATTER WHAT I WILL FIGHT TROUGH LIFE!!..JUST BECAUSE I'M GAY, IT DOESNT MEAN I'M WEAK OR ANY LESS CAPABLE THAN MOST STRAIGHT GUYS OUT THERE...

This is my honest opinion..sorry for the very long komen...xtau la,tibe2 aku terase nk tulis cmni,I'm not even a blogger...I appreciate it a lot if u dont just bash me without proper explanation..we can discuss like civilise men kn...TQ n sorry..hehe.. 

Komen 2

Hafif: THX!...another thing I forget to add, all straight guys out there, u should be grateful with ur life because u have not been presented with DUGAAN like us gays...pling koman pun korg akan bernafsu ngn girl n maybe sometime susah nk kawal,but at least u guys can get married and work things out(yeah i know marriage is not an easy thing,but at.least u can work it out together)..but for us gays, we cannot get married, n we r even suppose to be together...

susah weyh nk kawal nafsu,same cam korg nmpk pompuan hot msti xleh duduk diam,same cam kami,nmpk laki hot pun xleh duduk diam,but what else can we do,duduk diam jugak la kn...

Pling susah bile pgi semayang Jumaat,serius time ni aku kene kuatkan gle iman aku,kalo xmate nk mengusha je lelaki2 laen, same gak cam korg kalo dlm dewan yg pnoh pompuan,msti nk mengusha gak kn....

This is not about descrimination,this is about right n wrong...aku xrase didescriminate pun,sbb aku ade bbrape straight friends yg tau pasal diri aku,n I like that they NEVER encourage me in gay lifestyle...I like that they treat me like a straight guy, sbb dorg slalu tanye aku da ade awek ke blom,aku SUKE gle ble dorg tnye soklan cmni,sbb aku rase ianya mcm satu doa..n aku pun jdik smngat nk mncari awek suatu hari nnti...

PLEASE DONT ENCOURAGE OR SUPPORT US!!..PLEASE UNDERSTAND WE R ALREADY IN SO MUCH STRESS TO CONTROL IT WITHOUT ANYONE ELSE GIVING TEMPTATION.. 

Komen 3

Cob: Thats the thing...the same as perokok...mmg da kuar fatwa kate rokok n shisha tu haram kn tp people are still doing n proudly doing so because masyarakat mcm dh xkesah pasal mnde ni...org xpndang serong sgt dgn perokok2 ni...bgi masyarakat yg xmerokok,as long as die xmerokok depan aku so aku xkesah...sikap buat xkesah ni la mnyebabkan mereka ni sume troskan tnpe rase bersalah walaupaun dh terang2 mnde tu membahayekan kesihatan....

aku ade rmai kwn yg cubr nk brhenti merokok tp gagal sbb rmai org yg duk hulur2 lgi rokok kt dorg..aku xmerokok n aku penah ade kwn yg aku tego supaye stop n die stop kejap ble die dgn aku,tp ble kami dh xbrkwn,die merokok blik sbb die member2 sume merokok..

The anology here is the same,if one day sume org approve or buat xkesah ngn homosexual ni,mmg maken bertambah la gay couple out there yg berpacaran..n ble korg ade anak nnti n tnye korg,ayah2,npe 2 org laki tu jalan pegang tangan n pelok2, xkn korg dgn selambenye nk jwb dorg tu gay nak...pastu mule la anak korg tnye lgi soklan susulan n korg pun mule la risau kalo anak korg akan jdik gay gak nnti..

Cube kalo sume society pndang serong dgn perokok,mcm sume "descriminate" dorg,korg rase dorg akan cube brsungguh utk stop x instead of tros BUAT XKESAH...sume org nk berkwn,xde spe yg nk jdik forever alone,n kwn play a major role in shaping us whether its good or bad...we will tend to become like out friend more or less...

So same la kn,kalo korg sume hate us,we will try to change..actually xperlu la hate smpai nk bash or bunuh kn,but just simply DONT ENCOURAGE US n DONT SUPPORT WHAT WE R DOING!...

Sorry cob,aku phm niat ko yg xnk descriminate org,but u have to understand,u r not in our shoe n u have not gone through what we have been through...we know what is best for us n how to survive...xpnah kn ade berite kat malaysia yg gay bunuh diri sbb stress ke (xdela maksud aku nk kene tnggu smpai ade)..what i mean is,we r a lot stronger then u think we r....we dont care if hate or descriminate us,we know HOW TO SURVIVE WITH ALL THOSE INSULTS...so dont worry about it and DONT CHANGE IT....

Please I say it again,PLEASE DONT SUPPORT,u r making it harder for us....n for those yg xnk ubah tu,DONT WORRY,WE CAN HANDLE OURSELF...we dont need ur pity..seriously...peace bro.. 

Komen 4

Cob:..ha tu la,xpyh write about this...no need to promote any of this.mmko sndiri ckp td kn ko buat xkesah je,so psl mnde ni pun ko buat xkesah n buat dono je la n xyah pun tulis pasal mnde ni..seriously it will help me alot...

The only reason how I ended up in ur blog was because a friend tweeted about it, u dont know how far the ripple of ur action will go,maybe ko rase hal kecik je,tp bile hal2 sensitif cmni,better xyah la ko tulis....

FYI,aku bknnye bgos sgt pun,bknnye kuat iman pun,tp aku tau right n wrong n aku xkn sentuh sensitif sbb aku xnk org kecoh pun...aku tulis komen ni dgn hati2 supaye nk elakkan drpd sesape terase,kn bgos kalo sume blogger tulis cmni....

y do we need to start bickering anyway?..in the end kite tau xde spe nk ngaku kalah kn..its the 1st law of "egoistic society"..hahaa..



Thursday, 3 November 2011

Permit Berceramah Agama

Sejak dua menjak nie kita slalu dengar JAIS tahan org yg berceramah agama tanpa kelulusan. Setahu aku, isu nie jadi panas lepas kes Dr Asri kena tahan pertengahan tahun lepas. Seriusly, aku pun amat hairan, macam mana org yg berpendidikan tinggi macam dia, siap dah jadi mufti negeri Perlis boleh dikatakan tak lawak utk memberi ceramah agama?

Ahlul Politik dan JAIS

Dalam kes Dr Asri tu, aku nampak, ada beberapa tokoh politik yang tonjolkan diri utk membela dan memberi sokongan pada beliau. Yang paling aku nampak jelas adalah bekas menteri besar perlis, Datuk Shahidan Kasim. Shaidan Kasim nie org Umno, jadi aku pikir yg JAIS nie bukan puppet Umno lah. Lagipun JAIS kan stands for Jabatan Agama Islam Selangor dan Selangor diperintah oleh Pakatan.

 Shahidan Kassim, Dr Asri & Huhhh!!!

Anyway lepas dari kes tu, aku dapati (melalui Blog DR MAZA) yang Dr Asri nie lebih mesra dgn PAS. Beliau banyak join PAS punya aktiviti. Dan aku nampak gak yang beliau makin berat pada PAS. So, sikit sebanyak aku punya asumption sebelum nie dah macam tak tepat. Maknanya JAIS bukan puppet Pakatan. 

Than fast forward till today, born again, Bob Lokman pula ditahan JAIS kerana tiada kelayakan utk berceramah. One thing for sure, Bob Lokman dah jadi org kuat PAS. Menurut saudara Bob, kalu tak silap aku, dia join PAS sebab nak berjasa pada agama... Hahahaaaa.. Iyo lah tu... 

Jd, lepas kes Bob Lokman kena waran tangkap, maka sah lah JAIS bukan puppet Pakatan. Maka, masuk episod yg JAIS nie confirm puppet Umno pulak..

Sefaham aku, isu JAIS puppet Umno ni timbul aku lepas kes serbuan di satu Chruch. Si menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid ber"statement" seolah menentang tindakan JAIS menyerbu church, tetapi Hassan Ali pula menyokong. Puak Umno pula amik side JAIS dan menjadikan perkara ini isu politik. Lepas Umno kuat belasah Tan Sri Khalid dan melagakan antara PAS, DAP dan PKR, ditambah isu titah Sultan, maka makin beratlah seolah JAIS nie puppet Umno. 

Seriusly, aku naik pening dgn isu puppet nie. Isu nie sebenarnya dah over shadow isu sebenar, iaitu isu kenapa JAIS begitu strict dalam isu ceramah agama nie.

Siapa yg layak?

Kalau menurut buku yang aku tgh baca sekarang, Persoalan Kontemperori Agama, Dr Danial, sesapa saja layak memberi nasihat agama. Maknanya tak ada isu, "aku nie operator kilang je.. mana layak nak nasihat org gi sembahyang...". Malah dalam Blog Dr Asri pun, beliau banyak menyindir tindakan JAIS yg begitu tegas dalam perkara ini hingga beliau mencipta perkataan KeJAISan. Boleh baca artikel tersebut disini.
   
Buku yang sangat bagus dan a must read to all..

Aku sebenarnya respek Dr Asri dan aku anggap dia org yg banyak mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Tp, lepas tulisan tersebut, aku sedar yg dia pun hanya manusia biasa yg beremosi. Ya, aku sedar yg tindakan JAIS menahan beliau dulu amat tak logik, tapi, tindakan JAIS tahan induvidu lain pada aku barangkali ada asasnya.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Aku bukan berkerja dgn JAIS mahupun ada saudara yg berkerja dgn JAIS. Aku org biasa yg hidup makan gaji dan kebetulan suka membaca dah "kehpochi" tentang isu semasa disamping suka berfikir benda yg luar bidang kuasa aku.

Pada pendapat aku, tujuan JAIS menjadi begitu tegas dalam bab penceramah agama adalah seperti mengikut pepatah, mencegah lebih baik dr mengubati. Apa yg aku faham adalah, berkaitan dgn intipati ceramah tersebut. Pada JAIS, bukan semua org boleh bagi ceramah kerana untuk menjaga kesucian Islam dan mengelak kecelaruan. Sebagai contoh, bila kita nak hantar anak or adik kita pi kolej or Universiti, kita akan pilih kolej yg diiktiraf supaya sijil itu melayakkan dia utk dapat kerja. Kolej or U ini diktiraf bilamana isi sukatan pelajaran yang diajar adalah betul dan tak berajaran sesat mahupun songsang. Ia juga harus mempunyai sistem peperiksaan yg ketat dan diiktiraf kualitinya. Ini adalah supaya bila engineer kelahiran kolej tersebut buat bangunan, bangunan yg dibuat tersebut kukuh dan berfungsi berlandaskan teori dan hukum fizik sunnatullah. Kalu engineer tu kelahiran kolej yang tak diikhtiraf mungkin, kemahiran dia tak lengkap dan produk dan hasil kerja engineer tersebut diragui dan berisiko. 

Perkara ini lebih parah jika dipandang dari sudut agama. Ini adalah ajaran agama memungkinkan masa depan suatu bangsa dan negara. Malahan kedudukan akhirat seseorg. Kalu yang mengajar itu cetek ilmu agama, barangkali apa yg sampaikan itu sepruh masak sahaja. Lebih² parah kalau yg mendengar tu pula bebetul kosong ilmu agamanya. Maka, mulalah isu "baca buku agama sahaja menjamin jannah, membaca buku selain related to agama hanyalah dunya yg fana...." Or worse, timbullah kelas tarikat yg pelik dan lebih parah jika menghasilkan ajaran sesat. 

Jadi, pada pikiran aku, geng JAIS nie sebenarnya takut ditanya di akhirat kelak tentang perkara ini kerana mereka adalah badan yg bertanggung jawab. Jadi, langkah mudah, ketatkan pemantauan dan saringan.

Nasihat Agama dan Ceramah Agama

Sebenarnya agama kita tak pernah mewajibkan yg sesapa yg nak bagi ceramah agama kena ada degree or sijil. Tapi, dalam keadaan negara kita dizaman sekarang, aku rasa peraturan ini barangkali perlu. Memberi nasihat agama secara casual berbeza dengan berceramah agama didewan, dimasjid mahupun dirumah. Ini adalah kerana faktor crowd. 

Aku percaya (buat masa nie) yg tujuan JAIS adalah baik. Maybe ada yg cakap yg JAIS hanya mahu penceramah ikut kepala depa. Tp jika benar, kita perlukan bukti. Lagi pun sebagai org Islam, kita galakkan berprasangka baik, think postive dan jangan menyebarkan sesuatu yg berusur fitnah (perkara tanpa bukti).

Ini hanya pandangan aku sahaja mengikut apa yg aku nampak dan hadam buat masa nie..