Tuesday, 19 June 2012

Tak Pernah Diuji?

"Masakan kamu mengaku sebagai golongan beriman sekiranya kamu tak pernah diuji..."

Inilah ayat Quran yang memberi kekuatan pada aku bila aku menghadapi apa² kesukaran. Inilah juga ayat yang selalu aku ucap bila aku stress dan bila aku tengah marah. Aku masih ingat sedutan dalam citer Bruce Almighty @ Evan Almighty (aku tak pasti citer mana) bila mana "God" (lakonan Morgan Freeman) menjelaskan konsep pemberian tuhan @ kurniaan tuhan pada manusia. Dia bercakap..

 Filem yang penuh pengajaran tapi salah besar dari sudut akidah

Bila manusia minta kesabaran, tuhan akan bagi kesabaran... Tapi apakah itu kesabaran? Adakah kesabaran datang dalam fizikal yg boleh dihadam @ mungkin dalam bentuk cahaya dan apabila di illuminate, kita akan mendapat perasaan sabar yang kuat? No, tuhan akan memberi kesabaran dalam bentuk latihan. Tuhan akan memberi peluang utk kita bersabar...

Sungguh pun citer nie mengarut, tapi kita kena terima hakikat yang cerita nie sarat dengan pengajaran. Malah memberi penjelasan tentang konsep @ komplen yang selalu kita dengar pasai tuhan. Aku sebenarnya mensyorkan citer nie buat tontonan umum atas konteks isi pengajarannya. Namun begitu, sekali lagi diulang citer nie salah besar dari sudut akidah.

Malah kita juga diajar utk berdoa lebih kurang bermaksud; "kiranya kita akan diuji, ujilah dengan ujian yang mampu kita pikul dan janganlah diuji dengan ujian diluar kemampuan kita".

Bila disebut akan ayat Quran diatas, ntah kenapa aku sentiasa teringat akan satu pepatah prang putih iaitu;

 "A calm sea does not make a good fisherman.." @ lautan yang tenang takkan menghasilkan nelayan yang baik. Aku setuju dengan pepatah tersebut. Nelayan tu takkan kan jadi lasak kiranya lautan sentiasa tenang dan every time taruk jala, ikan berkilo sangkut. Dengan cabaran dan ujian, barulah nelayan tu akan develop skill yang hebat dalam biadangnya. Sama juga dengan kita semua. Kiranya semuanya OK dan tak pernah susah, kita takkan develop new experiance & skill. Malah kiranya kita tak pernah susah, macam mana kita nak hargai kesenangan? Macam juga anak orang kaya manja umumnya. Mereka tak pernah susah dan sentiasa dimanjakan. Apa yang depa paham pasai kesusahan yang tak pernah dirasai jika semuanya disuap sejak kecil? Perkara nie telah diexpresi dengan baik dalam lagu dibawah.
   
Common people... kegembiraan kita adalah apabila mendapat sesuatu yang diusahakan..

Aku sebenar bukan orang yang paling layak bercakap tentang perkara ini. Aku sendiri banyak kali break down bila berhadapan dengan cabaran dan ujian. Tapi syukur atas sokongan dan semangat juga self motivation aku berjaya bangun balik. 

Aku juga bukan oarang yang paling penyabar. Aku tidak layak bagi nasihat kiranya  "sabar" dijadikan track record sebagai resume. Dan aku juga bukan alim dan warak dalam agama. Tp aku rasa sebagai sesama manusia, tak salah mengekspresikan pendapat.

Tq

Thursday, 14 June 2012

Bernafas Di Kota


Aku baru balik dari KL. Ada training. Dalam 2 hari kat sana, aku dihotelkan di Sunway Putera. Dah menjadi kebiasaan aku kalu aku tidur situ (area Putra), aku akan bayar ufti kat Nasik Kandar Kudu. Pada aku, nasik kandar Kudu adalah antara yang tersedap aku penah makan. Sama taraf dengan Nasi Kandar Sharif dan Kampung Melayu kat Penang.

 KLCC dari Jalan TAR

Aku menapak dari Putera Sunway (dulu Legend) ikut Jalan TAR. Jalan TAR nie kalu tak silap aku paling sibuk time dekat raya. Anyway, bila aku jalan ikut jalan nie aku terkenang jalan memula aku lalu ikut sini. Aku datang sini secara independent (tak ditemani parents aku) time aku sekolah menengah dulu. Aku bersama kawan aku tu tidor di hotel milik koperasi polis. Tujuan aku? Untuk mengejar cita² menjadi pelukis komik. Aku ditemani oleh sahabat aku time tu utk ke Bandar Tasik Selatan utk ke pejabat urusan Majalah Gempak. Utk berjumpa Apoh. Dan akirnya aku berjaya jumpa dia dan aku dinasihatkan utk mempertajamkan lagi skill. 

Bila dikenang balik, aku rasa aku agak berani. Iyalah, baru habis SPM (or cutu form 4, aku tak ingat..) aku dah naik bas ke KL dan secara sempoinya ke Pejabat Gempak utk jadi pelukis komik. Talk about being hipster & RAW. Hahahhaaa... Kat bawah antara komik yg aku penah lukis dan submit kat Gempak dan antara lukisan terakhir aku..

Hikayat Merong Mahawangsa.. Antara lukisan terakhir aku dalam 10 tahun lepas..

Aku teringat stesen minyak Shell yang dan semstinya Lorong Haji Taib.  Skarang nie, aku tengok, lorong Haji Taib dah banyak berubah. Tak macam dulu. Actually, Lorong Haji Taib nie satu enigma. Ia merupakan 1 tempat yang unik dalam ertikata yang susah nak dijelaskan.

Jalan TAR

Aku dah banyak kali melalui jalan nie. Tapai kali nie aku tersakan sesuatu. Bukan nak kata apa, aku rasa makin bersepah. Bersepah dengan sampah. Tak silap aku kawasan nie dibawah Majlis pembandaran Kuala Lumpur. Bukan Selangor. Tapi kenapa kebersihan tak dijaga? Aku nampak keadaan sangat bersepah. Sampah merata. Tak kira bau lagi. Aku bukan bercakap pasai Lorong Haji Taib, aku cakap pasai Jalan TAR. Bau hapak dan hangir macam dah jadi aroma pengenalan. Aku nampak macam keadaan di Jakarta atau Bangkok. Suatu ketika dulu, aku percaya kita akan menuju kearah bandar S'pore. Tapi malangnya makin memundur kebelakang. Kenapa kebersihan tak dijaga? Di mana pegawai yang bertugas? Tak malukah pada pelancong?

Dalam perjalanan lebih kurang 2 -3km tu, banyak aku nampak propaganda kerajaan BN. Aku bukannya disgust dengan propaganda tu. Aku tak kisah bcos nie lumrah alam si pemerintah. Kat Penang dan S'ngor sendiri banyak propaganda kerajaan Pakatan. Cuma yang perlu diambil berat adalah imej yang ditonjolkan. disekitar kawasan propaganda tersebut. Ini yang timbul dalam pikiran aku. Maksud aku adalah, secara jahirnya mempromosikan betapa efisennya dan utuhnya perlu meneruskan kerajaan BN, tp zahirnya kawasan tersebut menzahirkan kotor dan tak tersusunnya tempat tersebut. Aku geleng kepala...

 1 Malaysia...

Kesesakan biasa di Jalan TAR..

Pemain Catur? Bermain catur di sebalik kesepahan dan keserabutan kota...

Setelah makan di Kudu, dalam perjalanan pulang ke hotel, aku melalui sekumpulan pemain catur. Sebenarnya dah lama aku teringin nak bermain catur dgn depa nie. Nak test power depa nie. Iya lah, caturnya nie permainan golongan biduanda. Tapi every time kau nak main, aku macam tak berani. Adakah sebab aku ada sifat double standard? Or aku tak berani dengan depa nie?

Bumi Bertuah

Satu lagi perkara yang makin jelas adalah populasi mereka yang berada di Jalan TAR. Boleh dikatakan 80% bukan warga Malaysia. Mulanya aku sangkakan org Melayu, rupanya Myanmar atau, Indon. Mulanya aku sangkakan mamak atau India, rupanya Bangla atau Pakistani. Mengapa ramainya non Malaysian disini? Dalam keramaian nie, aku terpikir, kenapa mereka sanggup berjauh dari tanah asal mereka asalkan utk mencari kerja yang upahnya kesil di Malaysia? Teruk sangatkah negara mereka?

Ini membuatkan aku terfikir tentang sejarah tanah Melayu. Tanah Melayu kita nie sentiasa menggamit manusia dari pelbagai latar belakang untuk mencari rezeki. Sejak dari zaman Kedah Tua, Empayar Melayu Melaka hingga ke era pepatung kesultanan Melayu. Berbagai bangsa mencuba nasib di sini. Aku tidak terkejut kalau dalam 100 tahun lagi keturunan inilah yang akan memiliki bukit dan dan hartanah besar Tanah Melayu. Mustahil? Lihatlah bangsa Cina dan India. Terutamanya bangsa Cina. Dulu meraka datang sebagai peniaga dan pedagang. Ada yang datang sebagai buruh kasar lombong dan astet. Tapi kini, merekalah tuan ekonomi Tanah Melayu. 

Ketuanan sahaja tak menentukan apa pun. Penguasaan ekonomi adalah hakikat sebenar. Mereka yang rajin dan bijak akan menjadi tuan manakala yang malas akan menjadi hamba. Mereka yang rajin kini tuan kepada hartanah paling berhagar, memiliki bukit dan pulau. Tanah dan bukit yang suatu ketikanya milik Melayu kini dirobek dan gondol utk kekayaan mereka. Ia pada awalnya serahkan oleh Melayu yang mahukan easy money. Namun apa yang mereka lakukan tidak salah. Inilah hukum tuhan. Tuhan akan memberikan pada mereka yang berusaha. Jangan salahkan mereka. Salahkan diri sendiri. Malah kita harus belajar daripada kerajinan mereka.

Lorong Haji Taib

Dari Jalan TAR, aku melalui Lorong Haji Taib sebagai jalan pintas ke hotel aku. Aku penah ke Lorong nie jaman "kegemilangannya" dulu. Struktur bangunan tak banyak berubah. Cuma isinya banyak berubah. Tak banyak "spesis asing". Aku tak pasti samada kiranya Ambiga & the gang berjaya meletakkan pengaruhnya ke dalam kerjaan, Lorong ini akan kembali ke jaman "kegemilanagannya" dulu dengan cara yang lebih berlesen...

The infamous Lorong Haji Taib

Kepada yang tidak tahu, kini lorong Haji Taib lebih menawarkan barang (pakaian) yang sgt murah harganya. Aku tak akan beli disini kecuali terpaksa. Ini adalah kerana sumber barang tersebut tersangat diragui. komposisi peniaga pula boleh dikatakan 90% non Malaysian. Maybe Melayu yang punyai tapak disitu dah menggaji Bangla or Pakistani utk berniaga dan mereka pula main saham kat rumah?

Dalam aku dok jalan disitu, aku disapa oleh sorang mak cik..."Adik... RM50 saja..." Oh my god.... 10 sen pun aku tak terhingin...  Than ada lagi 2 org bapak ayam rasanya datang offer product. " Adik, nak tengok dik..."... Adoi yaii.... Rupanya hotel murah disini masih beroperasi..... bersama produk mereka...

Nafas Orang Kota

Sebelum aku sampai ke hotel, aku terpandang sungai ntah apa nama nya. Makin kotornya nampaknya. Aku masih ingat, suatu ketika dulu kempen utk membersihkan dan mencantikkan sungai dan suatu ketika sungai ini nampak sikit kemajuan. Namun kini sungai nie menjadi kembali malah makin kotor. Boleh dikatakan kalau mereka yang sensitif terpaksa tutup hidung bila lintas sungai nie..


 Pada aku inilah yang membuatkan forever Malaysia tak akan menjadi negara maju atau negara kelas 1 yang setanding dgn Tokyo, Seoul, Shanghai dan lain². Kita kejar kemajuan dan kebendaan, namun kita tertinggal sesuatu. Pada aku ini bukan harnya. Ini hanya kesan yang tak diuruskan dengan baik. Aku tau, Jepun pun ada perkara yang negatifnnya. Namun kita ambil yang baik sajalah. Tapi bila dikenang balik, ada ka negara yang majoritinya org Islam yang mampu membangun seperti Malaysia? Negara Arab disubsidi oleh Tuhan dengan minyak. 

Apa pun citernya, aku just tulis ikut sedap aku saja. Bukan semua betul tapi bukan semua salah. This is how I see things.

Di pinggir lorong kota yang gemilang
Termanggulah seorang oh musafir
Memerhati nafas-nafas manusia
Kelesuan kepasrahan kepenatan

Berbisiklah sang musafir sendirian
Oh inikah dikatakan kemodenan
Sedangkan kejahilan masih ada
Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria
Di lorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa oh

Wacana hidupmu bagaikan nista
Disebalik cahaya ada gelapnya
Moraliti keilmuan keimanan
Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

Mengapakah kau sanggup
Mendustai yang anarki
Pandanglah pada alam
Yang semakin huru hara
Dimanakah perananmu
Untuk pertahankan bangsa agama
Yang semakin terbiar keranamu

*Di lorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya
Di lorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Oh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi

(chorus)

Di lorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa



Nafas Orang Kota - Ukays

Sunday, 3 June 2012

Jepun.... Oh Jepun...

Aku mula mengenali Jepun melalui anime. Sebelum tu aku just dgr melalui abah aku yg memang gila sejarah terutama sejarah perang. Tak kira perang apa pun mesti dia tau. Dari civil war Amarika hingga ke perang dunia ke dua. Cuma perang tamadun lama ja yg dia tak tau. Anyway, Toriton merupakan pendedahan awal aku mengenai bangsa Jepun. Pada aku yg masih berumur 1 angka, org Jepun mesti secomel anime tersebut.
Kalu tak silap aku citer nie ditayangkan pada pagi Jumaat... Apa pun citer nielah yg membuatkan aku bangun awal di hujung minggu. 

Bila aku besar sikit aku mula menonton drama Jepun pula. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh nonton siri drama Jepun bcos parents aku tak nonton pun drama Jepun. Mak aku Hindustan all the way dan abah aku drama Mat Saleh all the way.. Mungkin yang membuatkan aku tertarik utk initially tgk drama Jepun adalah lagu pembukaan depa. Seriusly hingga sekarang, lagu pembukaan drama Jepun atau anime Jepun memang jauh lebih best dari org putih punya. Seingat aku drama Jepun yang aku layan dulu adalah Miss Comet, Moero Attack dan Akantare. Dan semua opening theme citer² nie best sgt pada telinga aku. Boleh dikatakan aku boleh hafal lagu jepun time aku sekolah rendah walau pun aku tak tak sepatah haram apa depa nyanyikan.

Chun - Watak utama citer nie.... Super Kawaiee..... Kepada yang nak tau pasai citer ni, boleh refer tulisan blog nie. Very simple yet complete.

Obsesi aku terhadap produk Jepun menjadi makin parah dengan kemunculan Space Cop Gaban, Suria Perkasa Hitam (Mask Rider Black) dan menjadi 1 apedemik tahap tertinggi dgn anime Tosho Diomos.

Tosho Daimos

Tosho Daimos! Arghh!!!!

Ini lah obesesi utama aku. Bukan, Transformer Master Force, bukan Grandizer, bukan Voltron, bukan Giking, bukan Moespeada, Macross dan lain². Obsesi aku yang sebenar adalah Tosho Daimos. Sebenarnya aku tak ingat sangat turutan tahun setiap anime nie ditayangkan kat TV, tapi if my memory serve me right, dan kesan yang paling mendalam dalam hidup aku hingga sekarang adalah dari citer Tosho Daimos.

Pada aku anime nie perfect. Lukisan cantik. Plot citer yang menarik. Aksi mecha bergasak yang cool dan theme song yang sgt merangsang, juga merdu dan semestinya sedap didengar. Dgr lagu pembukaan dia pun dah cukup utk aku jadi kebas 1 badan. Hahahaaaa...

Giler bak hang!! Kilat memancar sambar blok huruf kanji Daimos (dlm original clip), api dan ombak kena cincang! Gilarrrr!!! Arghh!!!Arghhhh!!!!! Histeria!!! Arghhhhh!!!! Putaran Cahaya!!!

Inilah irama paling merdu aku pernah dengar time tu... hmmmm....... Ntah kenapa, sayu rasanya dengar irama nie skarang... hmmm....

Pada aku, citer nie bukan citer anime biasa. Melalui citer nie juga aku belajar mengenal cinta. Bunyi macam Gay, tapi inilah hakikatnya. Aku yang masih sekolah kenal cinta melalui cinta nie. Actuallly citer nie adalah love story antara 2 bangsa. Cinta Kazuya dan Erika tersepit antara konflik salah faham yang disusun oleh golongan yang tamakkan kuasa. Kesan anime nie sgt mendalam. Kesan yang mengubah aku selamanya sampai ke hari nie. Apa yang aku nampak tentang future adalah sebahgian dari image citer nie. Ohhh... ahhh....... hmmm....
 Inilah cinta pertama sebenar aku... Erikaaaa.... Cantikkan... Selamanya imej perempuan cantik pada aku adalah seperti Erika.. Mata besar, rambut lurus dan hidung mancung... Syukur pada tuhan pada mata aku, impian aku dimakbulkan..

Kiranya masa aku darjah 6, obsesi terhadap Jepun dah sampai ke tahap tinggi. Segalanya Jepun. Pada aku bangsa Jepun adalah bangsa paling hebat dan perfect kat muka bumi nie. Orangnya cantik (iyalah, watak utama drama boleh dikatakan semua comel belaka), berbakat, hebat dan baik. Tapi bila aku cakap benda ni kat parents aku,  depa cakap sebaliknya. Depa cakap orang Jepun nie dulu kejam dan jahat. Aku bela balik dgn cakap yang time perang semua orang akan macam tu. Tapi abah aku cakap yg org Jepun nie pelik. Kejam dan perangai depa lain macam pelik. Time tu aku blur je. Tp kata² tu melekat pada ingatan aku hingga hari ni...

High School

Seingat aku time nie anime Jepun macam dah kurang ditayangkan kat TV. Or maybe aku melalui transaksi hormon dari kekanak ke remaja. Time aku form 1 ke form 3 aku giler komik Hong Kong dan time nie lah aku kenal dan explore music secara bebas. Time minat aku terhadap anime still mendalam tapi maybe diam kejap. Dan tak silap aku, time nie gak tak banyak drama Jepun or memang tak dak langsung drama Jepun kat TV. Tp penularan Jepun kat aku berubah ke bentuk lain pula. Kali nie ia datang dalm bentuk manga (komik Jepun). Time nie lah aku kenal Dragon Ball, Dragon Quest, Yu Yu Hakushi dan macam² lagi lah.. Tp ada benda yang aku tak berapa nak clear adalah dalam manga nie, terselit sikit "soft porn" atau pun lucah minor. Aku percaya sesapa yg baca Dragon Ball akan mengaku tentang perkara nie. Mangsa utama adalah Bulma. Bukan je Dragon Ball, Doreamon pun boleh tahan gak. Sizuka pun jadi mangsa. Mangsa kantoi tengah mandi. Kalu tak silap aku, hobi Sizuka adalah mandi... Hmm..

Actually semua manga ada scene lucah minor macam ni. Perkara nie sebenarnya buat aku tertanya, kenapa kena ada scene soft porn macam tu? Actually citer tu tak cacat kalau tak dak scene tu pun.  Well, actually aku bukan baik sangat, tp aku tau manga tu akan dibaca oleh adik² aku nanti. Tp, well, what the hell..

J - Rock!

Than bila aku masuk UTM, tahun 1, berlaku kemarau musik dalam hidup aku. Blur, Oasis tak menghasilkan lagu yang best seprti dulu. Metallica pun sama. Dunia dijajah oleh boy band dan pop princess. Time tu aku just recycle musik yang aku dengar. memang bosang habis. But than tetiba ntah kenapa aku terpandang satu keratan akbar pasai band Jepun yang pecah rekod kat Jepun dan merangkap dunia. Dan antara yang dipuji dalam keratan tersebut yang aku masih ingat adalah betapa disiplinnya penonton. Artikel tersebut adalah mengenai concert band rock; Glay utk tour Heavy Gauge. Dan selamanya hidup aku berubah selepas itu... Bertambah 1 lagi imej kekal aku hingga ke hari nie...

 Mulanya aku ingatkan Glay terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan. How wrong I am. Time nie lah aku kenal betapa cantiknya lelaki Jepun

Aku sebenarnya beruntung sebab belajar di UTM Skudai. Barangkali tuhan takdirkan aku belajar di situ bersebab. Bukan just utk belajar, tp utk variasi warna kanvas hidup aku. After aku beli 1st kaset band J- Rock, bukan saja obsesi aku dgn Jepun meningkat, malah imej aku pun dah berubah 100%.

Nie gambar paling safe rasanya.. Hahahaa.. Yang tengah tu aku.. Time nie tahun 4 kat UTM. Gambar kenangan dgn Naim dan Salim. Rambut panjang sebelah sampai tutup mata, sleeveless (imagine, gi Fakulti pun sleeveless, masya'allah..) dan semestinya bercelak... Pekat pengaruh J- Rock dalam hidup aku.

Time tu, kat UTM, kitaorg boleh dapat siaran TV dan Radio S'pore. Kat S'pore adalah rancangan radio dwi bahsa Jepun setiap hari jam 10.00 hingga 12.00. Dari sinilah giler aku pada J-Rock bertambah. Ditambah dgn kuasa internet, semuanya menjadi makin giler. Dari Glay, pi ke Luna Sea, L'arc en ciel, Malice Mizer, dan ntah apa lagi. 

Kalau sekarang org muda giler kan K - pop dan segala produk Korea. Dulu time 2002 - 2004, demam drama Jepun melanda Malaysia. Setiap hujung minggu kitaorg akan melayan drama Jepun kat TV3 jam 6 hinga 7. Faverot aku adakah siri Power Office Girls. Citer nie wajib utk aku tgk. Kelakar habis dan dipenuhi oleh karenah aweks Jepun yang comel dan cantik belaka.
 Kini aku mempunyai set DVD utk siri nie. Tp siri musim pertama aku cari tak jumpa...

Tapi seingat aku demam drama Jepun nie bermula dgn citer Beautiful Life lakonan da very kacak Takuya Kimura kun..
Lagu dari kumpulan B'z nie menjadi kegilaan ramai ceweks UTM time tu...

Boleh dikatakan respeknya aku pada org Jepun pada masa nie sgt lah tinggi. Pada aku org Jepun perfect. Cantik, bijak, disiplin dan kreatf. Bukan saja hasil seni depa baik, malah dalam industri pun depa hebat. Dan semestinya aku teringin sgt nak ke Jepun time nie... Namun begitu, in the end dalam segala kesempurnaan org Jepun dimata aku, akhirnya aku tau apa defect bangsa Jepun as a whole..

Tiada Yang Sempurna?

Sedikit sebanyak lama kelamaan aku dapat tau yang org Jepun (as a whole, maybe bukan semua) ada satu perangai pelik. Depa nie agak pervert. Dalam bahasa Jepun dipanggil hentai. Kelucahan depa ie pelik sikit. tak proper utk aku explain kat sini tapi depa nie lain macam. Aku mula suspek someting lepas aku tgk anime Golden Boy. Well, citer tu memang sgt best tp mamat tu tersgt pervert. And this made me think, kenapa boleh dikataka semua manga Jepun ada aksi soft porn? Kenapa kena masukkan? Kelakar ke? Aku rasa tak kelakar bila Nobita or Doreamon bump in dalam bilik mandi Sizuka..Kenapa kanak² pun disajikan dengan adegan soft porn. Kalau lah kanak² pun dah biasa dgn soft porn, apa lagi org dewasa?

Than life style kat sana pun lain macam. Dah macam tak dak boundaries. Aku bukan cakap budaya mandi bogel beramai-ramai. Tapi aku bercakap pasai sosial life dan family value depa. Secara umumnya setahu aku org Jepun nie majoritinya tak beragama macam yang kita faham. Majoritinya sembah elders. Yang korang nampak pakai cross tu cuma feshen. 

Tak silap aku love hotel bersepah kat sana. Love hotel nie adalah tempat utk luahkan perasaan cinta kepada pasangan secara fizikal. Most of them are un married couple. Aku tau pasai love hotel nie pun melalui drama dan manga juga. After buat kajian skit, aku tau fungsi utama dia.
Hotel utk pasangan bercinta.. Japan style...

Aku tak pasti value sosial sebenar depa macam mana, tp yang aku rasakan adalah bangsa Jepun jauh lebih "sosial" dari bangsa barat. Morale value depa pun mesti lain dan sukar diafami. Namun yang pastinya ianya amat asing dari kita.

Dan kepelikan depa or sebahgian dr depa memuncak pada aku personally adalah bila aku terbaca ini.

Sekarang baru aku paham kenapa ada sesetengah watak dalam anime org manga yang bebetul super weird dan unmaginable weird yang boleh buat org "puke". Maybe majoriti org Jepun dan di hardwire utk jadi creatively weird

Only Human

Kini aku tidak lagi obses dgn produk Jepun lagi. Aku pun kini kerja dgn syarikat separa Jepun dan cust aku ada juga yg berbangsa Jepun. Dulu, aku akan teruja kalu jumpa org Jepun. Tp kini aku tau depa pun manusia biasa. Bukan semua bijak dan yang pasti bukan semuanya cantik dan kacak. Biasa saja. Hodoh pun ramai. Malah, dengan apa yang aku tau (bukan semua aku boleh tulis), kini aku rasa weird bila jumpa org Jepun.

Apa pun hakikatnya org Jepun secara umumnya mempunyai etika disiplin kerja yang sgt tinggi. Kod etika mereka bukan sahaja dalam industri, malah dalam produk seni depa. Depa juga mempunyai kod maruah yang amat tinggi. Pada depa maruah adalah segala. That is why dulu time perang, wujudnya upacara harakiri. Aku tak pasti kini depa amalkan lagi atau tidak harakiri. Maybe tidak lah kot. Tp yang pasti konsep maruah dan semangat nasionalis mereka masih tinggi. Perlu disentuh sikit kat sini yang maruah utk org Jepun bukan maruah macam yang kita faham. Contohnya, mandi bogel campur bukannya mencemar maruah. Tp maruah lebih kepada hasil kerja.

Ada setengah kod etika Jepun yang amat baik utk kita amalkan dan ianya bertepatan dgn ajaran Islam. Namun ada juga yang tak elok dan perlu dijauhi. 

Anyway, somehow, sometime I wonder, what would happen if Japan is a Muslim country dgn majority penduduknya beragama Islam. Adakah depa akan hebat seperti sekarang, or mundur seperti kebanyakan negara Islam sekarang (kerana asyik gaduh sapa lebih Islam...) or akan menjadi 1000 kali hebat dari sekarang... Hmm....