Sunday, 29 July 2012

Cerita Ramadan 2012 CE @ 1433 Hijrah

BCE, CE, BC dan AD

2012 CE atau suatu ketikanya di kenali sebagai 2012 AD. Kini CE atau BCE sering digunakan bagi menggantikan AD dan BCE. CE bermaksud sebagai Common Era atau ditafsirkan (dgn menggunakan bahasa aku) sebagai era yang kini dan BCE pula  Before Common Era atau ditafsirkan sebagai seblum era kini. Aku tak pasti siapa atau golongan mana yang memulakan penggunaan CE. Pada aku, CE lebih profesional berbanding AD di mana AD dan BC ini berbau sgt Kristian. Bagi yang tidak tau, BC bermaksud Before Chirst (sebelum Al Masih) dan AD bermaksud Anno Domini yang membawa erti Year Of Our Lord. Personnaly pada aku penggunaan BC tak menjadi masalah kerana sebagai Muslim, Nabi Isa memang dikenali sebagai Al Masih tetapi sebagai Muslim aku tak ble menerima penggunaan AD. Ini sebab sebagai Muslim kita semestinya tidak menerima Nabi Isa sebagai tuhan "Lord" atau tuhan. Tafsiran yang salah utk AD adalah After Death yang mana merujuk kepada kematian Nabi Isa Al Masih dari kontek fahaman Kristian. Namun begitu, aku at one time secara naifnya programkan otak aku utk tafsir AD sebagai After Death utk elak jatuh syirik.

Sekiranya merujuk pada sekelompok golongan tertentu, hujung tahun ni, spesifiknya 12 Dec 2012 bakal berlaku satu berubahan besar di bumi. Ada yang berkata dunia akan kiamat, ada yang berkata sesuatu akan datang dan ada juga berkata bakal berlaku satu anjakan paradigma ke atas manusia. Apa pun hakikatnya tahun depan kita bakal masuk ke zaman Aquarius atau pun The Age Of Aquarius. Aku sebenarnya tak pandai sgt bab "Age" nie. But in nut shell "age" nie sebenarnya macam kitaran 12 bulan yng membentuk 1 tahun. Tapi ia adalah 1 kitaran bagi matahari mengelilingi pusat Bima Sakti. Kalau tak silap aku lah...

Bau Busuk Mulut

Aku rasa ramai daripada kita biasa dengar hadis yang membawa erti bahwa..."bau mulut Muslim yang berpuasa adalah lebih  (@ seharum) kasturi di Syurga kelak". Tak dinafikan hadis nie sgt popular. Aku familiar dgn hadis nie sejak aku kecil.

Tapi malangnya kini aku dapati ada juga org yang seolah tidak jaga bau mulut dan lebih teruk berusaha agar mulut depa busuk dengan harapan supaya mulut depa wangi diakhirat. Ia adalah amat tidak baik dalam bidang pekerjaan. Terutamanya melibatkan bidang perkhidmatan pelanggan atau "customer servis". Ini juga akan create satu imej yang tak baik kepada non Muslim. Non Muslim akan nampak Muslim sebagai pengotor yang tak jaga kebersihan kendiri dan sensitiviti orang lain. Soalannya adakah ini yang dianjurkan oleh Islam?

Kebersihan adalah sebahgian daripada ImanSetahu aku Islam adalah agama yang paling "hygienic oriented" @ mengoriantasikan kebersihan diatas muka bumi nie. Tak ada agama di atas muka bumi nie yang mengarahkan umatnya membersihkan anggota pancaindera umum 5 kali sehari. Tak ada agama yang atas muka bumi nie yang memastikan umatnya bersih sama ada badan dan pakaian dari sebarang najis 5 kali sehari kecuali darurat. Ini semua ada dalam Islam. Tetapi tiba² Islam sinonim sebagai umat mulut berbau busuk during Ramadan... How come?

Personally pada aku ini adalah amat tak kena. Lari prinsip. Memang mulut mereka yang berpuasa akan berbau kerana kering akibat tak kena lubrication. Tapi adakah Islam menganjurkan dan pasrahkan agar mulut berbau? Sebenarnya, ini antara konflik yang aku selalu berdebat time zaman "renaisanse" aku dulu..Anyway, di bawah antara hadis yang aku petik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial dalam bab 84. 

"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (meggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat" Riwayat Imam Muslim.

"Daripada Abdullah bin Omar; Nabi bersiwak (menggosak gigi) berulang kali setiap hari" Riwayat Imam Bukhari.

"Dilaporkan oleh Amir bin Rabiah; Aku melihat Nabi menggosok gigi (berulang - ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda sedang berpuasa" Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi bertaraf hasan.

Hadis² di atas menunjukkan Rasullulah mengamal penjagaan oral yang baik. Baginda sebagai public figure dan contoh semestinya melakukan sesuatu yang sebaiknya dijadikan ikutan.Personally aku percaya jika kita ikut seperti dalam hadis di atas nafas kita semestinya tidak akan berbau busuk sgt. Tambahan pada zaman sekarang, aku percaya nafas kita tidak perlu berbau busuk dengan pelbagai ubat kumur nyah bau yang ada. Pada aku bau mulut yang tidak busuk penting dalam urusan harian. Kita juga akan lebih dihormati. Sefaham aku, hadis yang merujuk kepada bau mulut busuk akan berbau kasturi di akhirat itu lebih berbentuk kepada pampasan yang bakal dibayar akibat mulut berbau kerana berpuasa. Namun begitu kita harus berusaha agar bau mulut kita tidak berbau. Malulah sikit dengan non Muslim. Aku juga percaya hadis ini tidaklah bermakna orang yang mulutnya tak berbau busuk semasa berpuasa akan berbau busuk di syurga.

Nabi sebagai contoh antara induvidu yang sgt menjaga bau mulut. Nabi pernah menolak utk makan bawang just kerana tau mau mulut baginda berbau busuk. Inilah dinamakan "class".

Rigid, Susah dan Seksanya Puasa?

Memang pahala puasa itu bergantung kepada kadar pengorbanan dan sabar seseorang. Makin susah seseorang itu berpuasa atau pengorbanan semasa dia melaksanakan ibadat puasa itu lebih besar pahalanya. 

Contohnya; Pengurus Pusat Servis yang berkerja dalam bilik hawa dingin dan duduk di kerusi empuk punya pahala puasa most problaly tak sama dengan mekanik yang berkerja dalam bengkel yang mengadap enjin kereta yang panas. Insya'allah sekiranya sabar dan ikhlas, maka pahala mekanik tersebut secara anggarannya lebih tinggi berbanding dengan pengurus tersebut. Namun begitu ini tidak bermakna demi mendapat pahala berganda time puasa kita perlu menyiksa diri dengan perkara yang bukan². Contohnya demi menunjukkan sabar yang tinggi ketika berpuasa induvidu tersebut sangguh membaca Quran di tengah panas terik dari pagi hingga petang. Ini bukan amalan Islamik. Ini dinamakan bodoh. Dalam perkara ini kita cuba rujuk beberapa hadis.

Rasullulah SAW dalam suatu perjalanan lalu melihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung  (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya" Kenapa?" Mereka menjawab: " Dia berpuasa." Baginda bersabda " Bukanlah suatu yang baik berpuasa ketika musafir." Riwayat al Bukhari

Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: " Aku melihat Rasullulah SAW di al -"Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika berpuasa disebabkan dahaga atau panas." Dipetik dari Kitab al Muwata'  al Imam Malik.

"Apabila seseorang daripada kamu mendengar azan , sedangkan bekas minuman berada ditangannya , maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya." Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad. 

Daripada beberapa kerat hadis diatas, kita boleh gunakan akal dan simpulkan sendiri betapa luas dan mudahnya Islam. Utk bacaan yang lebih terperinci sila rujuk buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr Asri dalam bab 15.

Ramadan 2012 @ 1433 Hijrah

Solat terawih.. kalau kita malas nak solat, janganlah sampai kita ajak galakkan orang utk bermalasan juga.

Aku sebenarnya bukan orang yang warak dan konsistant sangat dalam ibadat. Aku hanya orang biasa yang everyday struggle untuk menjadi orang yang lebih baik dari kelmarin. Dan aku juga bukan orang yang paling layak tegur perkara ini. Tapi sebagai seorang Muslim aku terpaksa lepas tanggung jawab aku utk sekurangnya luahkan kerisauan aku. Dengan harapan di akhirat kelak senang aku nak menjawab.

Seperti semua org tahu, bulan puasa sgt sinonim dengan solat sunat terawih. Malah solat terawih nie hanya ada khas di bulan Ramadan. Tapi yang menghairankan aku didapati kini terdapat beberapa aktiviti yang menggalakkan atau memberi sebab utk kita ramai² tak ke masjid utk solat terawih. Memang kalu tak ada aktiviti nie pun ramai juga yang tak pergi. Tapi bila ada, lagilah ramai yang tak pergi... 

Sehingga tulisan ini ditulis dah ada 2 perlawanan bola sepak di bulan Ramadan. 1st, Kelantan vs  QPR dan kemudian Harimau Malaya vs Arsenal. Tak silap aku pula pada 30hb July nie pula Harimau Malaya sekali lagi bertemu pula dengan Manchester City. Apa nak jadi dah sekarang nie?

Aku bukannya istiqamah (konsistan) sgt ke terawih, tapi ini tak bermakna aku galakkan orang untuk tak istiqamah ke masjid. Bayangkan malam Ramadan yang biasa berkumandang dengan alunan orang bertarawih kini disemakkan oleh sorakkan orang tengok bola.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pada aku ini adalah satu penghinaan pada Islam. Kita selalu bising di Pulau Pinang (terutamanya kawasan Georgetown) alunan ayat Quran tak dibenarkan kuat dari kawasan masjid dan azan pun tak boleh kuat sangat. Hanya just nice keluar sikit dari kompaun masjid. Tapi kita boleh pejam mata tentang perkara ini (perlawanan bola di malam Ramadan). Pada aku kita semua macam hipokrit. 

Juga, kalau tak silap aku. Petang sebelum perlawanan Arsenal pula ada aktiviti cari bakat ke apa ntah di padang  utk budak sekolah. Budak² nie main bola tengah padang di bulan puasa. Memang tak slah main bola time puasa. Tapi tahan kah budak² tu? Pada aku zahirnya ikut pengalaman aku macam depa tak tahan. Yang menjadi kerisauan aku adalah dijadikan aktiviti tersebut sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Dalam kes ini aku berharap sangat pihak bertanggung jawab dapat menegur pihak berwajib. Put aside fahaman perbezaan fahaman politik. Tegur secara dan bernada profesional. 

Nafsu Politik

Satu lagi perkara yang menyedihkan di bulan Ramadan ini adalah adegan orang kuat politik kita. Tak kiralah meraka yang aktif atau hanya mereka yang menjadi penyokong. Tak kiralah dari mereka yang pakai songkok atau yang pakai kepiah. Aku tengok Ramadan kali nie gagal menjinakkan nafsu mereka. Gelaran  seperti taghut dan lain senang² dilemparkan oleh musuh politik. How sure are you that you are supporting the right team? Be wasatiah... Jangan over condemn. Itu ciri org munafik.

Dalam perkara nie, aku macam tak boleh nak paham kenapa golongan yang kononnya pandai agama boleh senang² sebarkan berita yang belum tentu betulnya? Bukankah itu fitnah?

Than perihal berita aib orang lain. Bulan puasa nie tolonglah "puasa" kejap. Tak kiralah sama ada berita tu betul atau tida. Kiranya tak ada bukti kukuh, ia boleh jatuh hukum fitnah dan juga sekiranya ianya betul, ia juga salah.

Harapan

Apa pun aku pasti Ramadan tahun nie akan cepat sekali berlalu. Harapan aku untuk Ramadan kali nie adalah supaya ianya lebih baik dari Ramadan tahun lepas. Juga sekiranya ada rezeki dapatlah aku dan mana² ahli keluarga aku bertemu dengan malam lailatul qadar.  

Sekian.     
   


Thursday, 19 July 2012

Musuh Sebenar Muslim

Aku menonton Al Kuliyyah dalam dua tiga bulan lepas. Dah lama sgt aku tak menonton rancangan nie. But after advertisement dlm FB tentang topik yang diambil dr satu buku yg bertajuk The Art Of Deception Amerika, Freemason & Zionis yg ditulis oleh tetamu jemputan iaitu si penulis buku itu sendiri iaitu Jerry D Gray (seorang muallaf yg kini menetap di Indonesia). Aku belum baca buku nie dan masih belum terdetik hati untuk beli.

 Belum baca buku nie.. Mungkin akan membacanya nanti..

Sebenarnya topik yang dibincangkan oleh penulis bukanlah topik baru utk aku. Dan aku pasti juga bukan baru bagi ramai lagi org lain. Banyak juga video U Tube yang berkaitan dgn topik tersebut dalam internet sama ada dalam bentuk short documentary, rencana bersiri dan juga documentary panjang. Dan yang paling famous antara semua adalah The Arrival.

Dokumentari bersiri yang mencipta fenomena...

Aku dah khatam rencana nie. Agak unbelievable. Susah aku nak pecaya but some of the things that the documentary is highlighting seems to be real. Ramai gak golongan yg kononnya "bijak" menolak mentah² dan mempersenda dokumentari ini. Aku personally berbelah bagi dan aku punya pendirian berkaitan dokumentari ini dan buat masa nie aku tak citer sgt lah.

Berbalik kepada rancangan Al Kuliyyah tersebut, Mr Jerry menceritakan secara kasar back ground diri dan macam mana dia embrace Islam. Than mula bercerita mengenai perkara yang berkaitan dgn buku tulisan ini. Antara perkara yang dibangkitkan adalah usaha musuh Islam memecah belahkan umat Islam dan juga melemahkan umat Islam sama ada dgn hiburan atau pun fahaman moden baru. Dia juga menceritakan tentang pemimpin boneka yang berjaya ditahtakan di negara Islam sekarang. Ntah mengapa aku tersenyum sebab teringat sesuatu..  Aku rasa familiar sgt dan sinonim sgt dgn watak dan perisiwa yg berlaku di Malaysia.... Melantik mereka yg kurang bijak sebagai naib presiden pemimpin satu parti ...

Anyway aku tertarik dgn 1 soalan daripada penonton. Dirumuskan soalan penonton tersebut;

Kenapa umat Islam tidak mahu @ mampu mencipta senjata (kapal perang dan sebagainya) dalam bersaing dengan musuh Islam?

Jawapan yang diberi oleh Mr Jerry agak general dan "bersebab" yang aku sifatkan sebagai defensive. In short, aku kurang setuju. Pada aku jawapan utk soalan itu mudah saja dan jawapan aku amat dipengaruhi oleh pemikiran Sheikh Ahmad Deedat.

Jawapan aku;

Kita tak kuasa ekonomi, kita tak kuasai ilmu dan kita berpecah.

Umat Islam tidak mampu. Kenapa tidak mampu? Well, tgk sajalah umat Islam negara kita. Kita tak mampu dari segala segi. Ekonomi; punca segala sumber kewangan bukan dipegang oleh umat Islam.  Jika umat Islam kuasai ekonomi, pasti akan ada sponser yang boleh sponser. Ini tidak, sibuk berpolitik extremist.

Di barat, ekonomi dikuasai oleh golongan Yahudi. Golongan inilah yang sponser gerakan penubuhan negara Yahudi. Inilah bezanya dengan umat Islam. Kita terlalu malas pikir sebaliknya hanya ikut emosi. Terlalu sibuk dgn politik yang kononnya satu² tunjang cara dalam menegakkan islah Islamiah, khulafah dan sebagainya. Tapi, yang best, tool utk tegakkan apa yang dijuangkan tak ada.

Berpecah Belah

Lebih teruk lagi bila ada yang sanggup mengkafirkan mereka yang tidak sehaluan politik.  Sampai ada yang sanggup ceraikan isteri kerana tidak sehaluan dgn haluan politik. Tidakkah sedar mereka mengikut jejak kesilapan puak Syiah dahulu? Ini memupuk bibik perpecahan. Tidak masuk akal utk aku bilamana 1 masjid yg mana solat dan khutbahnya manjadi 2 kerana politik suatu ketika dahulu. Tidakkah mereka sedar yang hadis Nabi menyebut yang golongan merosakkan agama adalah golongan melampau? Tindakan mereka yang kononya kononya demi Islam ini tidaklah membawa kebaikan pada Islam. Sebaliknya ia menimbulkan lebih perasaan sinis terhadap Islam.

Itu tak kira ajaran golongan ustaz dan agamawan tertentu yang menfatwakan bahawa Jannah hanya melalui ritual keagamaan. Mereka mengatakan subjek akademik itu ilmu barat dan sekular. Tidakkah mereka sedar yang mereka sebenarnya ajen sekular? Sehinggakan ada yang mengatakan membaca sirah berkaitan dgn Nabi sahaja yang membawa kepada Jannah sebaliknya membaca berkaitan selain berbaur agama hanya sia²? Adakah mereka lupa hadis yang Nabi tuntut supaya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina? Aku percaya yang Nabi maksudkan itu menuntut ilmu jasmani fizik, sains dan life. Tu tak kira ada setengah yg mengatakan sejarah itu benda mati. Dia kata; "Tak guna belajar sejarah sebab bukannya boleh naik mesin masa balik ubah sejarah..." Adoi yai.... Moga Allah bagi petunjuk dan pedoman...

Paling mudah lihat baca surah Al Alaq. 5 ayat pertama yg turun atas muka bumi nie. Menceritakan perihal membaca dan kejadian manusia. Ia tidak menceritakan akan kejadian manusia dalam bentuk 'kun fayakun..' Tetapi lebih kepada bercirikan sains. Adakah ini sekular?  Tuhan takkan buat sesuatu utk suka suki. Ia bersebab.

Menuntut ilmu dari buku seperti menuntut ilmu dgn iblis? 

Ini sebenarnya kata² ulamak dahulu yg merujuk kepada keadaan tertentu. Ia bukanlah umum. Ia bukan dari hadis. Sebaliknya banyak hadis yang menyarankan kita utk membaca. Antaranya; "Ajarlah anak kamu membaca, memanah, berenang dan menunggang kuda..."

Keadaan menjadi makin teruk bilamana golongan yang sedang berjihad pula dimanipulasi dan diheret utk kepentingan politik dan memupuk sifat tidak kenang budi dan kurang ajar dalam diri mereka. Mentang² lah golongan penjihad ini masih hijau, mentah, berdarah panas dan "kurang makan garam", maka senanglah mereka dimanupulasi dan digula-gulakan oleh umpan yang paling mudah; "segalanya percuma", "tiada akibat" dan "ini adalah hak". Tidakkah ada sifat tanggung jawab utk memupuk memotivasikan mereka ini utk cemerlang dalam bidang akedemik agar dapat bersaing dgn pakar akedamik non Muslim diluar sana.


Rajin budak nie.. Insya'allah dia akan berjaya...

Cuba lihat gambar diatas.. Ini adalah gambar yg aku ambil di Pasar Malam Juru, dekat dgn umah aku. Apa yang korang nampak? Apa perasaan korang? 

Rajin adik berbangsa Cina yang obviously bukan Muslim sedang iqra. Tak silap aku dia baca form 5 fizik. Ayah dia sedang niaga dan dia niaga bersama but at the same time tak buang masa utk tuntut ilmu. Aku percaya dia tak buang masa dan menyibuk dgn politik. Masa muda inilah dia tuntut ilmu utk dapat kedudukan yang baik dlm masyarakat kelak dan supaya akal dia tak kebudakan bila buat keputusan kelak. Obviously aku percaya dia tak join dan sibuk pasai politik sekarang. But 1 day, bila dia dah berjaya, dia dah ada kedudukan dan wang, maka masa tu lah dia akan involve dengan politik dgn cara halus. Masa tu lah dengan mudah (kiranya dia keji) dia akan membeli tanah bangsa Melayu Islam bodoh dengan wang.

Inilah sifat terpuji. Allah bukan pilih kasih. Allah akan memberi kepada mereka yang berusaha. Tak kira agama mahupun bangsa. Bukan mereka yang hanya tau bohong dan sombong yg kononnya zuhud... Bila sembahyang ada org tolong tangkap gambar than sebarkan...  Sefaham aku, zuhud nie merendah diri. Dan malu bila orang puji. Juga sembunyikan ibadat dari orang lain utk elak diri dari dipuji utk mengelak perasaan riak dan sombong kerana riak dan sombong itu adalah syirik kecil. 

Memang ibadat kita boleh dijadikan contoh utk org lain buat ikutan (motivasi). Tp kalu beli sirap pun di photokan dan dilabelkan zuhud... Than I rest my case... Aku tak tau dengan orang lain. Tp aku suka guna akal utk fikir. Aku bukan pandai sgt, tp yang pasti aku pun tak lah bodoh sgt utk telan bulat² apa orang jual  Dan sebab aku kurang bijaklah aku terpaksa baca lebih banyak buku. Dan juga berfikir. Bukankah berfikir sejenak lebih baik dari ibadat sunat seratus raka'at?

Pada aku, golongan inilah sebenarnya golongan yang menghalang kemajuan umat Islam. Golongan inilah yang membuatkan umat Islam menjadi mundur dan kebelakang. Golongan inilah pemecah belah umat Islam yang eventually merosakkan Islam itu sendiri. Bukannya barat, Yahudi, Freemason dan sebagainya yang dijadikan alasan utk terus malas. Ya, memang secara zahirnya atau halusnya mereka bergerak. Tapi mereka boleh bergerak kerana kita memberi laluan.  

Musuh umat Islam @ Islam adalah org Islam sendiri. Org Islam yang berkepentingan.  Yang berlagak zuhud dan yang jual agama dan mengugut orang lain dengan agama. Pada aku mengugut orang yg kurang ilmu dengan agama jauh lebih hina daripada ugut orang miskin dengan harta. Kalau kita balik kepada essence Islam yang sebenar, kita akan jadi satu umat yang paling hebat diatas muka bumi. Islam bukan hanya hudud. Islam lebih daripada itu. Jangan kerana hudud dijadikan asas perpecahan. Ambil iktibar drpd kisah Imam Malik, Shafie dan Hambali (terutamanya Imam Malik).

Jadi sudah² lah utk salahkan kelompok atau org lain. Salahkan diri sendiri. Salahkan bangsa kita sendiri. Kalau tidak, forever kita akan terus ditampuk lama.

Sekian

Friday, 6 July 2012

Pilihan Miss X

Hari nie aku layan Mix FM. Setelah disyorkan oleh adik aku, aku dah tak ble berenti layan Morning Mix. Every morning aku tukar² siaran antara MIX, Sinar dan RED. Kekadang aku terlayan Hot,Traxx, Hitz dan Era. Actually telatah JD & Dilly sgt menghiburkan. Sinar hari nie pun boleh tahan. So, aku kena pilih yg mana satu nak stick.

 Penghibur dikala pagi ke kerja... Topik yang dibincangkan lebih bijak..

Masalah Jiwa

So topik pagi nie adalah berkisarkan...

"Sorang pempuan umur 38 tahun. Tengah bercouple dengan sorang mamat yang maybe tua sikit dari dia or sebaya dia. Dan dilema pempuan nie adalah samada nak teruskan hubungan or nak putuskan . Ini adalah kerana setelah 1 tahun bercouple (being her boyfriend), akhirnya dia tahu yang si pakwe dia tu adalah suami orang dan sudah pun mempunyai anak. Si pompuan tu dilema bcos si lelaki tu still sayangkan dia dan tak nak tinggalkan dia. Dia pulak hesitate utk tinggalkan dia sebab dia juga sayangkan lelaki tersebut. Pompuan tu minta pakwe dia cerai dengan bini dia dan kawin dengan dia but lelaki tu tak nak. In short lelaki tu nak kedua-duanya. Lelaki tu nak bersama dgn anak isteri dia dan dalam masa yang sama terus bersama pompuan tu dan dia berjanji bahawa layanan dan tangungan semua ditanggung beres...."

Jadi isu pokoknya... pompuan nie dalam dilema sama ada nak still bersama lelaki tersebut atau pun just lupakan pakwe dia walau pun dia still sayangkan pakwe dia... Hmmmm....

Ok, aku tak dengar time mula pompuan tu call. Therefore aku tak ble agak pompuan tu bangsa apa dan seterusnya agama apa. Dalam radio pun, DJ bahasakan pompuan tu sebagai miss X. Utk dua DJ nie pun aku tak pasti depa bangsa apa. Aku tak check pun. Tp tak silap aku lah, Dilly nie Melayu rasanya. This is becos, time dia call ayah dia hari tu, ayah dia cakap Melayu saja. Tak cakap ongputih pun..

Anyway, berkait dengan perkara @ topik diatas, banyak juga komen yang aku dengar. Termasuk personal komen dari DJ sendri. Dalam perkara nie, seperti biasa Dilly sangat berhati-hati, Dia tak macam Kak Engku dalam Sinar. Kalau lah Kak Engku, mesti dah keluar mechine gun.. Riuh gempita radio!

Antara komen yang aku dengar or ingat sepanjang perjalanan dr Juru ke Penang (sebelum sampai ofis) adalah bebagai. Ada yang merapu, dan ada yang OK lah. Tp aku tertarik dengan komen JD. Menurut JD... "Men are capable of loving or having relationship with more than 1 women at one time... And they can be honest and treat them equally.." Than dia mula merapu pasai benda lain dan bertekak dengan Dilly lah... 

Aku tertarik denagn komen or pendapat JD tu. Aku tak pasti kesahihan perkara tersebut tapi pada pendapat aku, perkara tu mungkin ada benarnya. Tapi ini tak bermakna semua lelaki adalah begitu. Mungkin ada sesetengahnya begitu. Maybe juga atas sebab inilah tuhan menghalalkan poligami.

Ada komen yang mengatakan yang pompuan tu patut tinggalkan lelaki tu bcos kalu setelah 1 tahun baru dia tahu yg si pakwe dia tu dah berkahwin dan ada anak, ntah apa lagi perkara yang disembunyikan yang pompuan tu tak tahu. Ini aku agak setuju.

Ada gak yang kata kalu pompuan tu selesa macam tu, layan sajalah. Dan at the same time, kikis duit lelaki tu semaksimum mungkin.. Ini pun aku suka. Hahahaaa..

Antara perkara lain yang dibincangkan adalah tentang future hubungan nie. Sekiranya ada anak, what would happen to the child, pandangan masyarakat dan lain².

Pendapat Di Radio

Anyway, semenjak aku belajar mendengar radio dari aku kecik sampailah sekarang inilah kali pertama aku nak sangat nak call dan bagi pendapat. Seriusly, tgn aku terketag-ketag nak call dan nak bagi pendapat. Tp since time tu aku tgh drive kat jambatan dan aku tak dapat ingat nombor telefon Mix FM, aku tak dapat nak call. Hp time tu dah kat tangan... Tunggu masa nak dengar kembali nombor dan call saja... But malangnya, bila aku sampai ofis depa dah tak ulang no utk call dan depa mula utk game "battle of the sexes"...

Well, di sini, benarlah bila dikatakan pompuan nie ada 1akal dan 9 emosi. Seriusly, sebagai lelaki, sekali pintas, perkara nie nampak mudah saja. Tapi lepas dipikirkan kembali memang agak rumit. Antara yang membuatkan ia rumit adalah 'umur'. Pompuan tu umur dia dah 38 tahun. Dia tak nak keseorangan, dia sayang lelaki tu tapi dia tak nak rosakkan rumah tangga orang dan juga dia risau tentang pendapat orang lain....

Apa yang membuatkan aku terketag-ketag sangat nak bagi komen? Ini adalah kerana aku ada pendapat. Pendapat yang merupakan tangung jawab setiap Muslim utk membetulkan dan memberitahu @ menyedarkan hikmah. Pada aku disini ada 1 jawapan mudah itu keadaan rumit nie...

Sekiranya tadi aku berjaya call Mixx FM, maka ini lah yang aku akan cakap...

First, we  need to know, either miss X and her boyfriend are Muslim or not. If they are Muslim, then he can just married miss X. If not, both of them need to convert into Islam. So does her boyfriend wife & children. This is because in Islam, men are allowed to have more than 1 wife. In Quran it is written.."Marry women of your choices by 2, 3 & 4. But if you can't do justice among them, than MARRY ONLY ONE.."  

According to her, her boyfriend can provide her and his wife and children. This shows that he can do justice among them. If she got married with her boyfriend, she wouldn't need to worry about legal things. The status of their future child and her right and his wife are secure according to the law (syariah law). She would be protected and her right would be look after. The community would not look wrong upon her as a mistress due she is his rightful second wife. As a second wife she will be treated equally and fairly. And if her husband did wrong to her, than she can just take legal action. But if she just become his girlfriend than she is living in wonderland and she will easily be the target out negative gossip. If anything happen to her, than she would not be protected by anything and she will be left alone as a spoil 38 years old women..

Dalam bahsa Melayunya...

Pertama sekali, kita kena tahu sama ada miss X dan pakwenya nie Muslim atau tidak. Jika YA, maka depa boleh just kahwin. Jika tidak, maka depa kena masuk Islam, ini termasuk anak isteri si lelaki. Ini adalah kerana dalam lelaki dibenarkan kahsin lebih dari 1. Quran ada menyebut, "kawinlah perempuan pilihanmu sama ada 2, 3 dan 4, namun sekiranya anada tidak mampun berlaku adil antara mereka, maka hendaklah KAHWIN 1 SAHAJA..." 

Menurut miss X, pakwe dia mampu menyediakan keperluan kepada dia dan juga anak isterinya. Ini menunjukkan yang pakwe dia memang mampu utk berlaku adil. Jika dia berkahwin, maka dia akan mendapat hak sebagai isteri kedua. Masyarakat tidak akan memandang serong kepadanya berbanding dia sebagai perempuan simpanan. Sebagai isteri kedua, haknya dijamin dan dilindungi. Sekiranya suaminya melakukan sesuatu yang tak baik padanya, dia boleh mengambil tindakan undang². Sekiranya dia hanyalah kekasih pakwenya, maka dia sebenarnya tinggal dalam alam mimpi dan dia akan terdedah pada gosip negatif. Sekirnya apa² berlaku padannya, dia tidak akan dilindungi oleh apa² dan dia akan ditinggalkan keseorangan sebagai pompuan rosak yang berumur 38 tahun...

Inilah hikmahnya setiap peraturan dan ajaran yang dianjurkan dalam Islam. Like it or not, suka atau tidak, ia memang mempunyai sebab dan hikmah. Manusia sungguh pun merupakan makhluk paling sempurna ciptaan tuhan, tp manusia nie banyak kelemahannya. Dalam perkara ini aku teringat kata² Mr Dale Carnegie dalam tulisanya yang bertajuk " How to win friends and influence people". Dia berkata bahwa, "When dealing with people, you must remember, people are not being of logic. They are being of emotion...".. Setuju. Very true... Inilah yang membuatkan manusia perlukan pedoman dan panduan.

Tangung Jawab

Sebagai Muslim, bila mana aku terdengar sesuatu yang tak betul dan sekiranya aku ada jawapan @ pendapat, aku bersa sangat bersalah jika pendapat tersebut aku just simpan untuk diri aku. Aku juga berasa amat berdosa. Pada aku apa saja ilmu yang kita ada bukan lah utk kita semata. Setiap ilmu yg kita ada itu sebenarnya cebisan yg dipinjam oleh tuhan. Maka kita harus share. Kita juga harus bagi pendapat supaya at least kita dah lepaskan tanggung jawab kita. Tp dalam masa yang sama, cara memberi pendapat juga amat penting.

Maybe ada yang berkata, sekiranya pasangan itu (miss X dan pakwenya) bukan Islam mana mungkin depa akan masuk Islam hanya just sebagai lesen utk masuk Islam... How sure are you? Manusia tak sama. Ada berbagai cara pemikiran dan prinsip. Lagi pun salahkah kalau masuk Islam semata nak poligami? Bukankah nenak moyang kita dulu antaranya mula memeluk Islam dengan perkahwinan?

Mungkin ada yang berkata Islam just semata nak kahwin tak ikhlas dan tak lama Islamnye.. Ya.. Again, how sure are you? Mungkin dengan mula masuk Islam maka sedikit demi sedikit hidayah akan datang.. Ala.. yang lahir dalam Islam tapi tak penah mengucap kecuali time kawin je pun ada. Lagi pun mungkin dia Muslim yang tak mengamalkan Islam, tapi mana tahu maybe  anak cucu cicit dia mengamalkan Islam dengan baik? Lagi pun, it is better to be a non practice Muslim than to be kafir. Yang penting masuk Islam dulu.

Aku tau, apa yang aku ingin katakan dalam radio nie maybe akan ditapis dan mungkin tak disiarkan demi menjaga keamanan masyarakat majmuk. Namun begitu, sebagai Muslim aku rasa bertanggung jawab. Aku mungkin naif dalam perkara sebegini. tapi sekurangnya aku tau aku bertangung jawab.

Poligami

Juga berkaitan dengan poligami. Poligami mengikut kefahaman aku bukanlah mudah seperti yang difahamkan dan juga susah seperti yang difahamkan. Ada masanya ianya boleh jadi sgt mudah namun ada masanya ia perlu melalui prosedur demi menjaga keharmonian rumah tangga. Perkara ini tak perlu aku sentuh disini. 

Banyak lelaki hidung belang diluar sana mengatakan kononnya mereka berpoligami demi menghidupkan amalan sunnah dan mengamalkan cara hidup nabi. In short mereka mencari keredhaan dan ingin menjadi lelaki yang hampir dengan nabi... Dalam kes macam nie aku selalu tengok mereka yang mengucapkan ucapan tersebut. Apa pun bila bercakap pasai poligami nie ada satu hadis yang senantiasa hinggap kat kepala aku...

Aku tak ingat exact hadis nie tapi ia berbunyi lebih kurang begini....

" Sahabat bertanya kepada Rasullulah.. "Ya Rasullulah, antara semua lelaki beriman, siapakah yang terbaik sekali? Rasullulah pun menjawab,"Mereka ynag terbaik diantara yang beriman adalah mereka yang paling baik dengan isteri mereka..."

"..baik dengan isteri mereka...."  Just think about it.