Isu terkini adalah berkaitan dengan kemarahan umat Islam
secara majoritinya terhadap filem yang dihasilkan oleh induvidu yang dikenali
sebagai Nakoula Basseley Nakoula yang bertajuk Innocence of Muslims. Difahamkan
yang Nakoula nie adalah seorang Coptic
Christian @ Kristian Koptik. In before, apa itu Kristian Koptik?
Kristan Koptik
Kristian Koptik
adalah Kristian semula jadi turun temurun sejak lahir sejak zaman terawal
perkembangan Kristian di Mesir. Ini bermakna, ayah, datuk, moyang dan sejalur
keturunan Nakoula ini beragama Kristian dan sebelum nenek moyang dia beragama Kristian, nenek moyang dia most probably sembah Amon Ra atau
Firaun atau mana² yang sewaktu dengannya. Kristian Koptik nie bukan sebahagian
drpd Roman Katolik, Protestant dan
lain². Mereka kononnya adalah pengamal ajaran Jesus yang sebenar.
Actually kewujudan
Kristian Koptik ini juga secara tak langsungnya membuktikan bahawa Islam tidak
disebarkan melalui mata pedang dan juga
membenarkan perlaksanaan “Tiada
paksaan dalam memeluk agama Islam”.
Aku pertama sekali dengar Kristian Koptik ini melalui debat
Ahmad Deedat dengan Anis Sharroh. Anis Sharroh ni Kristian Koptik yg tinggal
dan berkahwin dengan warga Amarika.
Tuduhan Liar
Terhadap Rasulullah
Aku belum nonton klip Innocence
of Muslims. Dan aku sebolehnya nak tgk. Aku nak tau apa yang depa
“ngarut” dan menimbulkan kemarahan umat
Islam dunia seluruhnya. In a nut shell,
aku difahamkan yang ia menggambarkan Rasullulah seorang “gila seks”dan “gila perang”.
Menuduh baginda Rasulullah dengan tuduhan tersebut bukan
perkara baru. Malahan kalu tak silap aku, majority org non Muslim beranggapan
begitu tentang Rasulullah. Sepanjang aku mengikuti siri debat dan lain², inilah
yang menjadi 1 taboo atau salah faham paling besar bagi baginda Rasullullah.
Dan aku percaya jika kita petik mana² average
Muslim selepas sembahyang Jumaat, majoritinya tak mampu menangkis tuduhan yg
Rasulullah sebagai “gila seks”. Yang
tebaik depa boleh buat adalah masuk mode “in
denial”.
Secara jujurnya ini masalah ini juga antara masalah yang
membelenggu aku utk sekian lama. Semasa
aku menjalani latihan praktikal di Sime Tyres Alor Setar, aku telah mengikuti
satu ceramah agama. Dan aku ada ajukan beberapa soalan panas berkisarkan perkara
tersebut. Malangnya soalan aku itu tidak dijawab dengan baik oleh ustaz
terssebut. Or maybe juga jawapan
ustaz tersebut dan diterima logic
akal aku.
Namun begitu, syukur alhamdulillah akhirnya aku menemui
jawapan yang memuaskan dalam buku Kesalahan²
Terhadap Fakta² Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Nasib baik aku
tak ikut nasihat org yang mengatakan 'menuntut ilmu dengan buku ibarat
menuntut ilmu dengan Syaitan’. Kalau tidak, kemungkinan aku dah
jadi sebahagian drpd golongan agnostic
sekarang. Oleh itu banyaklah membaca dan
jangan jadi org Melayu Islam yang mencari alasan utk malas membaca.
Buku yang wajib baca oleh setiap Muslim
Namun begitu, bila baca kita kena sabar. Memang ada benarnya
juga, baca sahaja boleh menyesatkan, tp kena sebar. Mungkin juga yang kita
keliru tu sebenranya ujian tuhan. Jika
ada yang tak paham, jgn cepat buat keputusan. Cari rujukan lain seperti buku
lain atau guru lain. Tapi yang penting sekali bacalah buku dengan niat yang baik.
Jangan somnong dan angkuh bila menuntut imu atau ketika membaca.
Aku pernah jumpa org yang dengan sombongnya menolak Islam
dan mengaku agnostic sebab kononya dia telah “bedah” agamanya.. Pada ku ini
adalah contoh belajar tak habis dan angkuh.
Anyway, kalu tuntut ilmu dengan guru pun, ada juga guru yang
karut sampai jadi amalan tarikat pelik dan lebih teruk terjerumus dalam kelompok
ajaran sesat. Pokoknya bergantung pada induvidu.
Situasi Semasa
Sebenarnya setahu aku, parody atau filem jenaka mahupun serius mengutuk agama bukan suatu yang baru di barat. Mereka mempunyai alasan tersendiri yang membenarkan perkara tersebut.
Secara statistiknya, agama Islam tidaklah begitu teruk dihina dan diperli jika dibandingkan dengan agama Kristian sendiri. Perlu difahami, di barat, sungguh pun umumnya mereka beragama Kristian, tp mereka bukan practicing Christian. Kebanyakannya fahaman bebas, agnostic mahupun atheist. Setahu aku, kini fahaman athiest yang paling kuat berkembang disana.
Terlalu banyak filem yang parody Kristian dibarat. Antara yang aku oleh ingat sekarang adalah The Tenth. Kalu kita ikut blog pula, jenaka "perli" Jesus bukan perkara asing lagi. Kalau kita ikut blog 9 Gag pun kita akan senang jumpak jenaka Jesus.
Kisah Sedih
Yang menyedihkan pada aku adalah kematian duta Amerika ke
Libya. Apa dosa mamat (mendiang) tu? Dia ada kaitan dengan produksi ka? Jangan kerana
marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Buat demonstrasi aman adalah OK. Tp bila dah ada pertumpahan
darah macam nie, aku percaya dah keluar dari ajaran Islam. Islam pun tak
benarkan bunuh orang yang tak bersalah macam nie. Islam tak pernah ajar umatnya
jadi umat yang emo macam nie.
Sepatutnya Muslim menjadi contoh yang baik dan bukan membenarkan lagi tuduhan
mereka (musuh² Islam) yang mengatakan Muslim
emosional, ganas dan barbaric.
Cukuplah sekadar berdemo secara aman dihadapan kedutaan. Dalam
berdemo tu, tunjukkan tingkah laku yang baik.
Daripada dok maki hamun Amarika, better buat ceramah raptai maulud Nabi depan kedutaan. Or, lagi
gentlemen, buat appointment dan bagi tazkirah Maulud Nabi pada seluruh staff
kedutaan.
Sebenarnya kematian duta tersebut adalah suatu tragedy
dalam Islam. Islam bukan agama yang
menyemai kebencian. Islam bukan agama yang “kalu
hang tak sebulu dgn aku hang mati!”. Tp Islam adalah agama mendidik. Dalam perkara ini kita dapati kita
gagal mendidik dan gagal menonjolkan tingkah laku yang selayaknya menjadi
teladan.
Dengan kematian ini, ia menyemai lagi kebencian dan salah
faham terhadap Islam…
Sejarah Bakal
Berulang?
Dalam kisah sedih ini aku teringat sejarah yang pernah
berlaku di Pahang. British nak Sultan Pahang terima Residen British. Tp sultan
tak mau. Than British “hantag” Cina warga negeri Singapura (jajahan British)
utk berurusan niaga di Pahang. 1st time kes (kematian pertama).
Sultan ble taichi lagi. Tp kematian kedua yang berlaku diperkarangan Istana
membuatkan Sultan gagal utk taichi lagi. British guna alasan Sultan tak mampu
menjaga keselamatan warga negaranya utk memaksa Sultan menerima Residen. Of course Sultan juga diberi “gaji”
bulanan….
Adakah Amerika akan menggunakan alasan yang sama utk direct intervention di negara Asia Barat
atas alasan keselamatan dan menghapus keganasan seperti mana Amerika merestui
Israel menghasilkan senjata sebagai alat
perlindungan dan menindas atau menyerang rakyat Palestin atas prevention is better than cure?
Hanya tuhan yang tau. Tapi pada aku yang pasti Muslim as a whole banyak menggunakan perasaan
bergantung dari akal. Ingatlah pepatah Melayu ini; Ikut hati mati, ikut rasa binasa… Kini Muslim secara umunya
dah masuk perangkap dan susah nak keluar.. Kita bukan sahaja lemah dalam ekonomi,
intelektual, malah lemah dalam mengatur strategi. Alhamdulilah Muslim Malaysia masih rasional
dan tak buat perangai gile macam gi sekeh kepala mat saleh kat KLCC. Kalu tak,
haru biru hendaknya…
Sekian…