Saturday, 6 October 2012

Crazy Muslim


Satu benda yang aku tak ble tahan berkaitan Muslim di Malaysia atau Muslim keseluruhannya adalah apabila berhadapan dengan provokasi. Majoritinya Muslim lepas kena provok terlalu mudah ikut nafsu yang kononya beralasan nak pertahankan Islam.

Terus terang cakap, pada pemerhatian aku, kita secara majoritinya bukanya warak sangat. Malahan golongan yang kononya nak tegakkan Islam hudud tu aku percaya masih tak tahan ujian nafsu kalau diuji. Ntah², subuh pun banyak yang terlajak dan Yasin sebulan sekali pun payah…

Walau pun kita bukan warak sangat, tapi itu tak bermakna kita tak boleh  jadi Muslim yang baik atau paling tidak manusia yang baik. Yang menjadi masalah adalah apabila golongan tertentu yang bertindak kononya ingin mempertahankan Islam tapi dalam melanggar asas ajaran Islam itu sendiri. Lebih sedih mengaku sebagai Muslim yang sejati (warak) dan ingin menegakkan hukum Allah tapi lagak seperti mempunyai sabar senipis kulit bawang.

Inilah masalahnya, akibatnya Islam ditonjolkan atau dipopularkan sebagaikan agama menghukum. Bukan saja di Malaysia, malah aku percaya diseluruh dunia.

Sebelum nie kita dikejutkan dengan filem Innocence Of Muslims yang menyaksikan demontrsasi aman bertukar menjadi perarakan beruk. Aku tak pasti apa yang pendemonstrasi nak. Nak bunuh, nak terajang or just nak jentik telinga semua staff kedutaan Amerika?

Tapi yang pasti ada yang tak berdosa terbunuh. Ini menambah lagi kebencian terhadap Islam. Or, orang Islam sekali lagi dengan "kurang bijaknya" telah masuk perangkap lagi setelah banyak kali masuk perangkap?

Klip Innocence Of Muslim

Aku dah tengok klip beberapa kali. Basically pada aku ia adalah 1 klip filem yang sangat  "low budget" dan tak berkualiti. Aku tak kaji siapa Nakoula dan motif sebenar dia. Tapi pada pendapat peribadi aku, filem ni memang bertujuan untuk provok org Islam. Tak ada tujuan lain.

Dari klip ini sahaja dengan jelas kita boleh nampak niat Nakoula. Klip ini penuh pembohongan, fitnah dan tuduhan liar yang tak berperi kemanusiaan dilembarkan kepada Rasullullah.

Berkaitan dengan fitnah klip tersebut, aku dapati terdapat beberapa tokoh yang telah tambil menjawab fitnah tersebut. Dan alhamdulillah tak sangka, pendapat aku tentang isu tersebut sama dengan pendapat yang diluahkan oleh tokoh² yang aku hormati iaitu Dr Asri (baca sini) dan Uztaz Fathul. Pendapat Uztaz Fathul boleh dibaca dalam Utusan Malaysia bertarikh 1 Oktober 2012 (lihat bawah). Mustahil tokoh² ini baca blog aku, tapi sekurang-kurangnya bukan aku sorang berpendapat demikian.

 Interview yang sangat bagus daripada Uztaz Fathul

What? Crazy Muslim?

Secara asasnya, ini antara gambaran yang ada dalam minda sesetengah non Muslim di barat (terutamanya di Amarika). Siapa yang membuat mereka berfikiran demikian? Sudah pasti ramai yang jawab "media" yang dikawal oleh Yahudi. Tapi sejauh manakah kebenaran tersebut?

Memang media memainkan peranan besar dalam membentuk Islamophobia namun begitu pada pendapat aku, kita, Muslim lah yang memberi "bola tanggung" utk musuh Islam "cipta" istilah dan cerita sensasi tentang Islam. Cuba tgk petikan akhbar dibawah..
Adakah mereka Mujahid?

Bila aku baca artikel ini, sedikit sebanyak buat aku marah dan sesak nafas.

"Beribu-ribu penunjuk perasaan membakar beberapa buah Tokong Buddha dan rumah kediaman di tenggara Bangladesh, hari ini ekoran penyiaran gambar yang mengutuk agama Islam di sebuah laman Facebook."

Dari artikel tersebut ia menyatakan bahawa seorang penduduk kampung di kawasan tersebut yang beragama Buddha telah mengeluarkan gambar menghina Al Quran. Tapi, takkanlah kerana seorang habis semua musnah? Mentang²lah Muslim majoriti dikawasan tersebut, mereka boleh berlagak gangster. Lagi pun, adakah ini cara Islam? Sudah pasti tidak. Tak pernah dalam sejarah Nabi mahupun zaman Khulafah Benar yang lain mereka mengajurkan perbuatan sedemikian. 

Pada aku cara yang terbaik adalah bawa pemuda tersebut berdebat atau paling tidak sesi soal jawab. Biarkan pemuda tersebut luahkan perasaannya, apa yang tak puas hati dalam hatinya dan biarlah Muslim yang berwibawa menjawab segala persoalan dan ketidak puas hatiannya. Biar lapang dada pemuda tersebut. Guna cara halus bukan cara gertak dan gangster. Islam bukan begini, Islam adalah halus dan penuh lemah lembut. Islam bukan bentuk keras dan paksaan. Islam adalah dalam bentuk hikmah.

Di Bangladesh bolehlah mereka buat gangster sebab mereka majoriti. Kalu di tempat lain? Contohnya di Myanmar? Siapa nak tolong. Masalah Etnik Rohingnya contohnya. Walhal, mampu bayar (bukan bina), untuk bina menara tertinggi dunia dan lain². Tapi dalam masalah kemanusian, hasilnya menyedihkan... Terpaksa mengemis dan minta belas.
Tak salah bina (bayar) untuk bina bangunan tinggi macam nie, tapi macam mana pula amanah membantu sesama Islam lain...

Buih Di Lautan
 
Aku selalu terfikir, kenapalah Muslim majoriti serata dunia susah sangat nak guna otak? Kenapa Muslim majoritinya tak boleh nak fikir dan hanya guna kepala lutut berbanding kepala otak? Kenapa Allah uji Muslim sebegini sedangkan kita adalah menganut agamaNya yang diredai? Kenapa walau pun semua Muslim tahu setiap Muslim itu bersaudara tetapi masih tak boleh nak berwatak seperti bersaudara? Gaduh tu biasa lah tapi jangan sampai putus silatulrahim.. Tambahan kafir mengkafirkan.. Aku jadi sedih bila tgk gambar dibawah..

Sedih aku tengok gambar nie, terutamanya setelah aku menjadi seorang ayah...

Kenapa pertolongan (jika ada) masih belum mampu menyelamatkan atau menyelesaikan masalah mereka? Di mana salah silapnya? Siapa yang mampu bela nasib mereka di dalam gambar? An Yang Suu Kyi? Pejuang demokrasi Myanmar? Cuba check balik sejarah dia dan fikir secara kritis tujuan tersirat dia berjuang. Aku secara peribadinya ada pendapat tersendiri tentang dia yang aku rasa tak boleh aku nak share.Tapi aku rasa dia susah nak "fight" untuk nasib kaum ini.

Are We Crazy?

Sebenarnya Muslim tidak gila. Kita tidak gila. Tapi secara majoritinya kita bertindak macam orang gila. Orang gila adalah orang yang mana akalnya rosak dan dia bertindak tidak menggunakan akal yang waras. Sejujurnya, sekinya aku dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, aku tak belajar Islam dan hanya menilai Islam dan Muslim melalui pemerhatian dan tindak tanduk Muslim sahaja, maka tak mustahil pada mata aku, rata² Muslim majoritinya gila. Muslim yang tak gila pula adalah Mulim yang tak mengamalkan ajaran Islam.

Jadi, salahkah bila majoriti orang awam non Muslim gelar kita gila? Aku bagi contoh begini...

Ada sorang lelaki, (kita gelar dia Yaya, nama asal dia Yahya) yang agak jambu. Dia kata dia lelaki sejati. Tapi setiap hari dia pakai legging, baju sendat dan solek wajah bila ke kuliah. Jadi secara tak langgung semua rakan kuliahnya memanggilnya bapok @ pondan @ darai @ akuah dan lain². Tapi dia marah orang panggil dia bapok dan masih mengaku dia lelaki sejati. Since lepas si Yaya bakar kerusi kuliah, rakan kuliah pun tak berani pangil dia bapok lagi. Tapi si Yaya nie masih sama. Dengan legging, baju ketat dan make up nya.. Jadi mula dari hari itu, walau pun rakan kuliah tak panggil Yaya darai depan dia, tp dalam kepala mereka semua, sudah terprogram bahwa si Yaya nie memang darai kerana si Yaya nie lelaki tetapi berpakaian sperti perempuan....

Soalan.. salah Yaya atau rakan kuliah Yaya? Salahkah rakan kuliah Yaya gelar dia bapok atau fikir yang Yaya adalah seorang bapok?

Ia berkaitan dengan imej yang kita tonjolkan. Sekiranya kita tonjol imej yang baik, maka orang akan semula jadinya imejkan kita sebagai orang yang baik. Begitulah sebaliknya. Sangat tepat ayat Quran yang bermaksud; "Kami takkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tak mau merubah nasib mereka sendiri..."

In short, we are not carzy Muslim, but we are behaving like one.