Ada beberapa orang kenalan aku macam menzahirkan rasa kagum bila depa dapati aku mampu menghabiskan beberapa buah buku dalam kadar yg segera. Ada juga antara mereka yg menzahirkan pertanyaan "bila hang ada masa utk membaca?". The truth is, bukan utk mendabik dada, "Ya, memang keupayaan membaca aku kini berada dalam keadaan yg terbaik". Ini bermakna aku mampu menghabiskan bacaan dan memahaminya dalam tempoh yg agak cepat. Kebolehan ini bukan aku dtg sejak lahir. Ianya bukannya anugerah. Tapi adalah usaha (yang tak disengajakan?).
Sebenarnya maksud "aku mampu menghabiskan bacaan dan memahaminya dalam tempoh yang agak cepat" bukan bermakna aku mampu membaca dengan cepat dan menghadam bahan bacaan aku dgn sepintas lalu. Aku tak punyai anugerah itu. Tapi maksud sebenar ayat tersebut adalah aku mampu mencari ruang utk membaca walau sekecil mana ruang tersebut.
Aku berkerja seperti orang lain. Keluar sebelum cerah dan balik bila dah gelap. Himpunan amanah kerja kini setelah aku berpindah tempat kerja pun makin bertambah. Bukan sahaja sibuk kerana amanah kerja bertambah, malah sibuk kerana dalam masa yang sama aku terpaksa belajar banyak perkara baru yg diperlukan dalam di tempat kerja baru ini. Maka hakikatnya kini ruang utk aku membaca makin terhad.
Demi membaca aku terpaksa mencuri sebanyak mungkin masa sedar aku dengan penuh licik. Waktu sedar aku perlu secara generalnya dibahagikan kepada dua iaitu 1) masa untuk kerja dan 2) masa untuk keluarga. Keseimbangan ini amat perlu. Jadi bila aku membaca?
Aku membaca dimana sahaja aku ada ruang masa. Sama ada sebelum tidur, tengah termenung dalam tandas (isteri aku selalu komplen tentang nie..), dalam kereta dan semasa makan. So in short, di tandas aku ada buku, dekat bantal ada buku, dalam kereta ada buku dan kat ofis pun ada buku (aku baca time makan). Malahan di rumah aku di Juru, aku buat rak khas utk letak buku dalam tandas. Juga semasa minggu kerja, aku hanya makan bekal yang aku bawa (isteri masak) di kiub aku sahaja. Sambil makan, sambil baca buku.
Kenapa Aku Suka Membaca?
Atau... kenapa aku perlu membaca?
Aku membaca bukan kerana aku pandai. Aku membaca sebab aku tak pandai. Terus terang cakap, perasaan ingin tahu aku agak tinggi dan kerana aku rasakan terlalu banyak benda yang aku tak tahu.
Pada awalnya minat membaca aku diterap oleh abah aku sejak aku masih kecil. Abah aku lah iniduvidu yang mempengaruhi aku atau memberi pendedahan awal pada aku tentang membaca. Cuma semasa kecil, aku just membaca utk hiburan. Perlu diberitahu di sini bahawa bukan semua buku aku suka baca. Jika tidak semestinya aku mempunyai gred yang baik dalam SPM kiranya aku suka baca buku akedemik..
Induvidu lain yang amat kuat memberi dorongan utk aku membaca adalah bekas boss aku, Tuan Haji Ibrahim. Sebenarnya sedar tidak sedar Tuan Haji secara tak langsung telah membuka satu perspektif baru utk aku dalam erti dan tujuan membaca. Dia juga adalah induvidu yang akhirnya membuatkan aku faham yang membaca itu mampu membuat induvidu berfikir dengan lebih baik dan membuahkan fikiran yang sedikit berbeza daripada induvidu yang kurang membaca.
Berbalik kepada tujuan aku membaca. Sebenarnya aku membaca kerana aku tidak pandai. Aku membaca kerana aku tidak tahu. Terlalu banyak benda yang aku tak tahu dan entah kenapa aku rasakan yang aku kesentukan masa. Aku tak pasti kenapa aku berasa aku kesentukan masa, tapi itu hakikat kenapa aku cuba sedaya upaya utk membaca secepat dan sebanyak mungkin. Aku juga membaca kerana aku rasakan "terlalu jauh....". Susah aku nak explain, but ini lah yang aku boleh gambarkan.
Jauh lagi nak kena jalan niee....
Personally pada aku membaca nie ibarat minum air garam. Makin minum makin dahaga (well, pepath nie memang tak masuk akal... Hahahahaa). Makin banyak buku yang aku habiskan, makin banyak benda yang aku tak tahu. Contohnya, pada mulanya aku baca sebab nak tahu tentang perkara X. Tapi semasa membaca tentang perkara X, aku jumpa perkara Y yang aku kena ambil tahu juga. Jadi benda nie macam tak pernah habis. Berterusan terus menerus..