Saturday, 15 June 2013

Survival Ummah

"Seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu: Artikel 160 (tafsiran) Perlembagaan Malaysia"

Pada 12 May 2013, aku telah gagahkan diri untuk ke Wacana Post Mortem PRU13 - Survival Ummah. Kurang sihat sebenarnya. Tapi masih bersemangat waja. Aku bukannya 'familiar faces' untuk majlis sebegini. Namun aku nekad untuk lebih aktif di dunia luar pada masa hadapan. Tak mau hanya mengadap kerja dan buku sahaja. Kena lebih cekap membahagi dan menggunakan masa. Buku pula kini pada aku hanya memberi teori dalam keadaan terkawal. Berbeza dgn majlis 'live'. Vibe yang dirasa juga berbeza berbanding jika menonton di U -tube.

Majlis tersebut agak 'hebat' pada aku kerana kehadiran ilmuan dan 'selebriti ilmu'. Wartawan yang memberi liputan pun bukan sedikit. Yang lebih mengumpan adalah, kononnya apa sahaja resolusi yang bakal dikecapi bakal dibawa kehadapan YB Perdana Mentari Dato' Seri Najib Tun Rajak (DSN). Pada aku ia sewajarnya diambil serius dan majlis juga semestinya membincangkan isu berbangkit secara serius.

Butiran majlis

Majlis Ceramah

Secara umumnya ia membangkitkan perihal Survival Ummah (baca Survival Bumiputera terutama Melayu). Permulaan yang agak garang. Cynical comment and remark kepada sebahgian golongan Cina yang dikatakan sebagai tak tahu bersyukur. Disini aku agak kurang jelas. Pada aku, kita harus membincangkan tenang 'action plan' yang sepatutnya dilakukan untuk memperkasakan ummah dan bukan 'otherwise'.

A quick note over here, secara peribadi aku tak salahkan sebahgian (besar) bangsa Cina yang mengundi PR (spesifiknya DAP). Pada aku bangsa Cina adalah bangsa yang bijak dan realistik dan juga tidak takut untuk mengambil 'risiko'. Kita (Melayu) sepatutnya belajar (perkara positif) dari bangsa Cina. Untuk PRU 13, aku percaya mereka telah memikir masak² untuk membuat keputusan. Dan keputusan itu mesti dihormati. Jika kita letak diri sebagai orang BN (baca Umno), janganlah pula kita menempelak mereka dan menuduh mereka sebagai pembelot dan sebagainya. Cermin diri dahulu. Pastinya ada sebab kenapa mereka mengubah arus. Dahulu, ketika PRU 10, tahun 1999, bangsa Cinalah yang menyelamatkan BN dan Umno. Masa tu tak pula digelar mereka sebagai perwira BN (baca Umno)? Oleh itu, BN (baca Umno) wajib melakukan kaji selidik dan janganlah cepat merajuk dan putus arang. Cermin diri dahulu. Satu lagi, orang akan mengambil kesempatan terhadap kita atas kelemahan kita sendiri. Malah Quran ada menyebut something similar to that yang membawa maksud secara kasarnya (well, aku tak ingat spesifik ayat): Jika sesuatu umat itu ingkar dan rosak, maka Allah akan ganti umat tersebut dengan umat yang lebih baik. Namun begitu, pada aku, bangsa Cina sepatutnya mengakis sifat 'nanyang' secara keseluruhnya. Anda rakyat Malaysia. Tuntutan yang berlebihan menimbulkan tanda tanya akan titik fokal kesetiaan. Dan kini ia sudah mula diragui. Seolah ia adalah satu bentuk "diaspora".

Ucapan pembukaan... Dah mula bersemangat..

Berbalik kepada majlis, sungguh pun ia bermula garang, namun ia juga menepati objektif majlis mengikut tafsiran aku. Ahli panel bukan semua yang delusive. Selain menempelak sebahagian bangsa Cina, DSAI dan sebahgian ahli dan pemimpin PAS, juga diselitkan penempelakan terhadap beberapa ahli dan pemimpin tertinggi Umno. Antara yang aku ingat adalah, kebaculan seorang pemimpin tertinggi Umno yang memohon maaf kerana menghunus keris dalam sidang Umno. 

Semua ahli panel memberi ceramah dengan baik dan penuh ilmu. Cuma panelis terakhir tu pada aku agak melalut. Aku tak ingat sapa dia, tapi lalutan dia tu susah 'common people' nak faham. Mungkin tahap pemikiran dia terlalu tinggi. The thing is, I also cannot brain his ucapan. Macam lari topik pun ada - pada hemat aku lah. Tapi yang pasti hadirin lain keliling aku pun macam susah nak 'brain' apa yang dia cuba terangkan. 

Apa yang dia cuba terangkan? Well, dia cuba terangkan yang Melayu nie sebenarnya bukan bangsa, tapi satu peradaban. Sebenarnya dia ada keluarkan teori. Aku macam faham dan cuba untuk relate, tapi terlalu kasar atau mungkin terlalu berfalsafah. Lagi pun aku malas nak fikir sangat masa tu.   

Questian & Answer

Aku agak skeptikal dan bimbang bila tiba sesi soal jawab. Secara kasar aku tak nampak satu sistem yang efektif untuk kelola sesi ini. Dan kebimbangan aku menjadi kenyataan. Ini adalah kerana sesi soal jawab menjadi:

Sesi bashing bangsa Cina dan bukannya sesi cermin diri sendiri.  This is pathetic. Majlis tak mampu mengawal amarah golongan ini. Betul² memalukan. Tak perlulah cari salah silap orang lain. Kita perlu lihat dalam diri kita dan muhasabah diri.

Sesi penceramah tak bertauliah. Udahlah berceramah pada umum dan panel, fakta dan hujah semua melalut. Golongan inilah yang paling ramai dan paling menyemakkan. Aku tak ble lupa ada sorang makcik yang mengaku sebagai waris kepada Cik Siti Wan Kembang. Hujah dan fakta melalut habis. Contoh lalutan: Tunku adalah Presiden Umno pertama(?). Ntah apa yang dia nak bagitau pun tak jelas. Yang aku dapat tangkap dia asyik ulang cakap yang dia nie waris itu dan ini dan ada hak bla, bla, bla..  

Sesi kasihan diri sendiri. Maybe they got some basis. Apa yang mereka cuba bagitau adalah korupsi dalam kerajaan dan sifat PHD (perasaan hasad dengki) bangsa Melayu sesama sendiri. Tapi apa yang mereka cuba kisahkan adalah perihal mereka secara terpencil..."Saya tak dapat kontrak nie walau saya Melayu... Saya tak paham kenapa kontrak nie dapat pada Cina sedangkan saya nie Malayu dan ini kontrak berbau kerajaan.." Tak adil untuk aku totally dismiss their sad story pleading but, macam bukan tempat yang sesuai. 

Secara kesuluruhannya majlis agak baik ini ditamatkan dengan acara yang tidak membuahkan matlamat yang significant. Pada aku ia juga tidak mencapai objecktif menimbulkan rasa gerun dan kesatuan Melayu yang hadir. Ini adalah kerana dalam sesi soal jawab (yang gagal tersebut), majoriti hadirin menyampah dengan majoriti penceramah tak bertauliah. Sesi soal jawab yang tiada soalan berkualiti. Bila aku kenang balik, aku berasa kecewa. Adakah ini kualiti pemikiran golongan vokal bangsaku?

Pada awal sebelum majlis bermula, aku disapa dan diberi kata semangat dan terima kasih kerana hadir. Kata² tersebut keluar dari seorang orang lama profesional yang menghargai hadirin golongan muda pelapis yang sayangkan agama dan bangsanya. Namun ketika sesi soal jawab, majlis tidak memberi ruang untuk golongan muda bersuara. Yang 'gila mike (michrophone)' semuanya dipelopori oleh golongan pertengahan. Hinggakan sebahgian golongan muda terpaksa berkeriau untuk diberikan ruang untuk bersuara. Sedangkan semasa ceramah, antara perkara yang dirisaukan adalah sifat golongan mudah dan pelapis bangsa Melayu yang seolah tidak ambil berat akan nasib agama dan bangsa mereka. Secara peribadi ia amat mengecewakan dan memalukan apabila golongan muda terpaksa berkeriau mohon belas perhatian.

Untuk Masa Hadapan

Sayang sekali pada aku. Majlis yang baik dan dijalankan dengan baik ditamatkan dengan keadaan yang kurang memberi manafaat. Sahabat aku yang turut hadir juga meluahkan kekecewaan. Aku berharap agar diadakan lagi susulan kepada majlis seperti ini. Cuma kali ini, sesi soal jawab perlu dikelola dengan lebih baik dan juga yang paling penting, berilah ruang untuk golongan muda bertanya soalan, meluahkan pendapat dan melontarkan idea.

Apa pun, yang menarik adalah aku berjaya bergambar dengan beberapa 'tokoh' yang turut hadir dalam majlis tersebut. Hmmm...

Bersama Ustaz Nasharudin... Ucapan beliau amat baik.. nasihatnya juga bergitu konstruktif dan seimbang..

Bersama Zulkifli Nordin... Orang nombor 2 Perkasa...

Sebenarnya UAI tak join pun majlis tu, tapi aku terserempak dengan beliau masa aku merayau dalam Kompleks Pertama.. Hahahahaaa