Semenjak dua nie aku sangat² sibuk. Ntah kenapa terlalu banyak keje nak kena buat dalam masa yang amat singkat. Boleh dikatakan bahawa semua benda nak dalam masa yang sama atau pun dalam istilah yang biasa dengar; Siap hari nie, tapi deadline semalam.
Namun alhamdulillah, aku masih lagi, mampu spend time masa dengan famili dan anak². Maybe tak seperti orang² yang punyai mewah masa, tapi aku kena properly manage diri aku untuk penuhi tempoh 24 jam dengan bermakna. Kerjaya penting, tapi keluarga lebih penting.
"Ayah.. nak buat keje..". Itulah ayat yang aku dengar dari anak aku bila dia tgk aku sibuk dengan keje kat rumah.. "
Aku bersyukur kerana rezeki Allah bagi dalam bentuk keluarga yang bahagia dan memahami dan juga rezki yang barangkali pelik adalah; aku teruja dengan kerja aku. Kepuasan yang aku kecapi (sekiranya sukses) sukar untuk aku jelaskan.
24 jam sebenarnya seolah tak cukup. Tapi Allah dengan jelas telah berjanji atas masa dalam Quran. Dicatat dalam surah Al - Asr bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang beriman dan selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
Jadi kita faham (or at least aku faham) yang masa tu relatif. 24 jam sebenarnya fix, tapi perasaan masa itu bergantung pada induvidu. Saintifik? Ambil contoh ketika sesorang tgh bergembira, sidah pasti masa berlalu dengan begitu cepat. Tapi, jika kita sedang menunggu, terasa terlalu lama masanya.
Jadi macam mana untuk kita pastikan yang kita fully utillize masa yang Allah telah berikan? Jika kira rujuk surah Al - Asr;
"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
Orang² Yang Beriman
Siapakah mereka yang beriman? Jika kita nak tahu atau kenal siapa yang beriman, maka kita kenal pasti ciri² mereka yang beriman. Iya lah.. semua orang boleh mengaku diri mereka beriman, tapi pada Allah, apakah standard mereka yang dikatakan beriman? Kira rujuk surah Al Mukminun ayat 1 - 11:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Inilah garis² panduan mengenal pasti dan juga method menjadi orang yang beriman dan eventually, orang yang tidak rugi. Secara ringkas , ianya jelas dan nampak mudah, tapi tidak semudah bila ingin diamalkan @ dilaksanakan.
Aku bukannya pandai dalam urusan ugama. Apa yang aku tulis nie sebenarnya juga merupakan satu nasihat pada diri sendiri juga. Apa tidaknya sebagai manusia, aku tidak pernah lepas dari mengeluh dan melakukan perkara yang sia² tanpa dan dengan sedar.
Jadi untuk kita berjaya dunia dan akhirat, marilah kita sama² ikut panduan asas janji Allah method untuk menjadi mereka yang berjaya.