Wednesday, 30 April 2014

XPDC Sampai Pagi!

26 April 2014 hari tu aku gi join konsert XPDC 25 Tahun. Aku sebenarnya tak tau pun ada konsert nie until adik aku bagitau. Konsert di rancang untuk mula pada jam 8.00 malam dan berlangsung di dataran Sepang International Circuit. Well, agak exited. Why? Because, aku memang fan XPDC. Maybe tak fanatik, tapi lagu² XPDC antara lagu penting dalam life aku. Lagu yang membentuk karektor dan mewarnai jaman later kehidupan muda aku (peewiit).

Siang pada 26hb tu aku gi Pesta Buku Antara Bangsa kat PWTC. Parking bayar RM10 (bapak mahal beb...). Than after that aku gi melahap koew teow faveret aku kat Giant Shah Alam. Adik aku sikit concern tentang time. Dia rasa kami dah lewat sebab kami bertolak jam 7 malam. Aku cakap kat dia yang tak mungkin yang konsert start jam 8.00 mlm. Mael nak solat Isyak dulu punya... After solat magrib kat RnR Dengkil, kami bergerak ke Sepang. Masa nak masuk kawasan parking, kena pau dgn awek parking lagi RM10... Haih... Nasib baik la awek tu bole tahan cun, kalu tak mau aku nak bising gak kat situ.

Kami sampai jam 8.15 mlm kot, dan konsert belum mula lagi. Orang tak ramai sangat..

XPDC 25 Tahun! Yearghhh!

Jam 8.30, masih belum start... 9.00 malam pun tak dak petanda apa².. Than tetiba jam 9.30, kami tgk ada secessionist pack barang dia... Aik, what the happening so pening? Apasal lak mamat nie simpan balik barang... Dari situ kami dapat tahu beberapa punca kenapa concert nie belum start lagi.. Time nie crowd dah mula panas...  

Keadaan dah jadi makin kecoh. Aku sendiri yang sentiasa tenang dan sabar boleh terbakar jiwa malam tu. Menjerit jugalah maki organizer. Apa taknya, menurut salah seorang anggota kumpulan opening act dari kumpulan Tonawarna (well, ntah napa aku sendiri boleh sembang dan bertanya soalan pada dia, dan dia pulak boleh melayan aku) masalah berpunca dari isu payment. Sebenarnya benda yang sama juga di citer oleh bro security sebelum Tonawarna tapau barang² depa.

Aku sembang dengan mamat baju kotak tu.. Kesian kot kat depa...

Pendek citer, depa; Tonawarna diarahkan utk bungkus bcos there will be no payment dan XPDC tak main lagi (juga datang lewat sebab masalah payment). Sebenarnya menurut mamat Tonawarna tu, ada satu lagi opening act. Tp band tu dah blah awal lagi. Its either depa sume (termasuk XPDC) kena kencing dengan organizer or aku pun tak pasti  (later, time konsert, Mael explain lagi detail from his perspective apa punca masalah).

Kalu ikut kefahaman aku, band² atau artis² nie akan dibayar dulu imbuhan pendahuluan oleh sponser sebelum persembahan. Kemdian, after persembahan, depa akan dibayar penuh disamping organizer akan bayar balik pada sponser dan juga semestinya organizer kutik untung. Maybe, tiket tak banyak jual jadi macam tak untung. Malah Mael ada cakap bahawa punca depa lewat sebab depa difahamkan yang konsert akan dibatalkan. So, teorinya sebab kutipan tiket tak banyak dan tarak untung.

Anyway, after pengunjung (crowd) sume dah ngamuk dan mengugut.. (at that time memang kecoh sangat dan security pun dah lari mana ntah), akhirnya ada sorang mamat gemuk naik atas stage. Aku respek mamat tu. Dia dengan selamber rocknya cuba tenangkan crowd (walau pun aku sendri rasa macam nak gedebik muka dia time tu). Dia cakap yang XPDC ada dan dalam process perundingan. Lepas mamat tu turun, tetiba dengar bunyik gitar dan Izo pun naik stage... Perghhh.... Kacakkk la lu Izo.. Izo naik dgn budak mana ntah dan drummer "high" mana ntah (aku tak kenal sapa basis dia time tu. Yang aku ingat Zua Viper jer).. Depa main lagu Metallica secara instrumental. Lepas 2 lagu depa turun dan hilang belakang stage. Crowd kembali bising sambil dok panggil nama Mael.. Mael.. Maelll... Kelakar pun ada..

Kemdian Mael pun naik stage.... Konsert full pun mula jam 11 malam... Puiii!

Anyway sound sistem sgt teruk. Lighting OK. Sound teruk sampaikan Mael boleh tanya kualiti soud kat crowd lah...

Pada aku Mael pandai layan crowd. Seriusly dia memang rockers sejati. Cara dia cakap memang macam mat Rock yang tengah lalok. Tapi dia sopan. Bahasakan diri sebagai saya dan anda. Nak muntah pun ada aku dengar. Wah ha ha haaa. Dekat² last jer dia bahasakan diri sebagai gua. Pandai buat kelakar pulak tu. Siap kutuk crowd yang perut boroi dan juga puji yang bawak anak mai konsert. Betul, ada crowd yang bawak anak ke concert. Ada sorang tu siap dodoi anak sambil goyang badan. Giler minah rock!

Time layan kepala tetiba aku terbau bau hapak. Apataknya, langsuir 5 - 6 ekog tengah head bang helikopter. Sebab tu lah aku terpaksanya mengundurkan diri skit dari depa. Karang terkena rambut yang tgh berputar tu, sapa nak jawab? Hahahaha... Tapi memang nostalgik dan happy sgt.

Selection lagu tak banyak. Sebab konsert 1 jam jer..  Konsert terpaksa dihabiskan dalam jam 12.30 malam (pagi). XPDC banyak main lagu lama. Ada gak lagu yang aku sendri tak familiar. Tp sayang banyak lagu² depa best depa yang tak dimainkan. Aku  harap depa ble main paling kurang lagu Tak Nak Jadi Sohcai, Hujau Bumi Tuhan, Rasa dan banyak lagi lah...

Lagu penutup depa pulak semestinya Semangat Yang Hilang... pergh... terasa emo beb.. Mengalir air mata anak jantan beb.. Gua tengok langsuir pun boleh emo kot time nyanyi lagu nie ramai².. Fuh... feeling macam mat skin nyanyi lagi Where Have All The Boot Boys Gone.

Walau pun aku tak puas hati tapi at least dapat mengubat rindu gak lah...

Lagu santai faverot aku... Serius guiter legend la Izo niee...

Pasca XPDC....

Aku kesian dengan remaja jaman sekarang. Aku rasa kesian sebab sumber hiburan muzik depa sangat pathetic. Suatu ketika dulu, naik kejap band indie macam Hujan, Bunk Face dan MUH. Tapi sekarang apa yang depa ada? International Act pun tak ada yang best. Bieber? Puiii! Lady Gaga? Pui.. Pui Puii... Tak dak band yang best generasi baru.

Locally aku percaya XPDC antara legend yang masih hidup. Aku harap sgt pengurusan XPDC serius dalam menguruskan XPDC disamping XPDC sendiri serius dengan muzik depa. Aku harap XPDC dapat buat come back dan selamatkan remaja jaman sekarang dengan muzik depa dari biarkan remaja jaman sekarang hanyut dengan musik yang ntah apa ntah. Repackage everything. Imej rock tu maintain, just come out clean. Kutip balik peminat setia depa dan create new young fan. Aku percaya muzik XPDC releven untuk generasi baru (because muzik genarasi kini macam sampah). 

 Mael; "Gua tulis lu punya nama dengan darah dalam hati gua"