Infotainment? What's that? Information & Entertainment. What ever. Dah lama aku tak beli majalah nie sebenarnya. Sejarah aku dengan Gempak sebenarnya lama. Aku percaya aku antara segelintir dari mereka yang mula membeli majalah ini suatu ketika dulu. Waktu tu aku masih lagi di tingkatan 2 atau 3 rasanya.. Kalau tak silap lah..
Isu pertama Gempak yang menggamit banyak kenangan
Pada aku, Gempak merupakan nafas baru yang fresh dalam industri komik Malaysia suatu ketika dulu. Pada ketika itu, Malaysia tengah demam majalah Ujang dan masa tu semua orang tengah gilakan Bersama Selamanya dan juga Aku Hidup Dalam Blues.
Kisah yang panjang ya amat.. Jelas Gayour amat terpengaruh dengan G&R untuk watak kisah nie.. Yang best, Amar; hero watak citer nie memang ikut kepala sendiri jer..
Aku tak minat sangat hasil nie.. Ada 2 sebenarnya; Aku Hidup dalam Blues dan Blues Untuk Aku.. Seingat aku lah, watak nie lah memulakan trend rambut panjang dengan janggut sejemput kat dagu.. Kalu tak silap lah...
Gempak berbeza kerana ia memaparkan imej komik yang lari dari norma Ujang dan Gila² dimana kita disajikan dengan watak gigi rongak dan lukisan 'kusut'. Sebaliknya Gempak menghampiri komik Jepun. Malah komik² yang disajikan juga 50% bukan berunsurkan humur.
Sebenarnya Gempak bukan majalah pertama Malaysia 'dizaman' aku memaparkan komik serius. ketika itu adalah penghujung hayat komik Fantasi. Sejujurnya aku tidak sempat menghayati Fantasi sepenuhnya, Tapi seingat aku, ia merupakan komik yang sarat dengan kisah Fantasi yang berat. Target audience barangkali golongan dewasa. Juga barangkali itulah sebabnya Fantasi gagal bertahan. Ini adalah kerana ketika itu Malaysia masih belum bersedia untuk komik berat bagi golongan dewasa.
Dikatakan sebagai majalah lomik Legend Malaysia.. Tapi aku yakin majoriti kanak² Ribena sekarang tak kenal majalah ini.
Selain dari Gempak, ada juga majalah lain yang tampil dengan konsep majalah bukan 100% humur seperti Releks dan ntah apa lagi. Kemudian setelah beberapa tahun kemudian tampil pula Komikoo (yang dikepalai oleh En Azhar). Majalah Apo dan Lanun pun pada awal kemunculan dulu menampilkan konsep yang sama. Tapi terpaksa berevolusi.
PS - Azhar nie aku tak kenal sebenarnya. Tapi kami pernah berkomunikasi dalam forum Gempak. Pada aku dia merupakan orang paling patriotik untuk membangunkan dunia komik Malaysia. Tapi malangnya lukisan beliau amat tak cantik. Sory bro..
Aku tak pasti samada peminat Gempak sekarang sedar yang dulu di majalah Gempak, terdapat satru watak ikon iaitu Mat Gempak (budak botak kaler kuning). Sebanarnya Ikon untuk majalah adalah satu trend. Ujang dengan Din Beramboi dan Gila² dengan Professor Serba Tau. Tapi setahu aku kini Mat Gempak dah ditiadakan. Tak silap aku dah hampir 15 tahun Mat Gempak ditiadakan.
Apa Yang Istimewa Pasai Gempak?
Gempak kalu tak silap aku adalah idea kreatif sorang mamat digelar sebagai Apoh. Aku personally pernah jumpa dengan Apoh. Dia seorang berbangsa Cina tetapi berwajah Melayu dan berfikiran separuh Melayu. Truely Malaysian guy lah. Jadi, disini kita boleh agak rahsia resepi kenapa Gempak masih going strong sekarang.
Dikala orang Melayu makin tepu dengan komik humor macam Ujang dan Gila², Apoh membawa konsep separa humor dan separa serius. Aku percaya dia terpengaruh dengan konsep Sonan Jump dan ntah pa lagi Majalah komik Jepun nun. Dia pandai seimbangkan isi kandungan komik.
Gempak juga telah menyediakan platform untuk generasi muda Malaysia explore dunia kreatif seni komik ketika itu. Maksud aku, dikala platform hanya fotokopi imej kartun ala Ujang dan Gila² Gempak membuka pintu untuk golongan peralihan itu. Antara golongan itu adalah aku.
Aku sangat terpengaruh dengan lukisan komik Hongkong terutamannya Pedang Setiawan dan Raja Rimba disamping komik Jepun seperti Dragon Ball, Dragon Quest dan Slam Dunk. Walau pun aku meminati Ujang dan Gila², tapi pada aku lukisan mereka agak kotor jika dibangdingkan dengan komik Hongkong dan Jepun.
Gempak membuka ruangan untuk golongan seperti aku untuk menampilkan 'bakat'. Sejujurnya aku beberapa kali memcuba, tetapi telah gagal. Malah aku sendiri pernah ke pejabat Gempak dan berjumpa secara berhadapan dengan Apoh. Apoh sendiri telah memberi nasihat komen terhadap lukisan aku. Masa itu aku form 4. Betapa naif aku ketika itu.. Hahahahaa.. Bila aku lihat balik lukisan aku time form 4 dulu, baru aku sedar betapa bangang nya aku tapi juga betapa berani dan confidence tentang bakat aku. Setekah aku mendapat nasihat dari Apoh, maka skill lukisan aku meningkat secara mendadak. Tapi, masih gagal untuk mencapai 'standard' di market ke dalam majalah Gempak.
Antara sedutan dari naskah Merong Mahawangsa versi aku.. Sangat terpengaruh dengan J - Rock, Malah tajuk pun diambil dari tajuk lagu X - Japan; Rusty Nails
Aku telah menghasilkan beberapa 'naskah' komik pendek untuk di pasarkan dlm Gempak samada untuk pertandingan mahupun suka². Semuanya gagal. Dan akhirnya setelah aku berkerja, aku terus berhenti melukis...
Kini setelah sekian lama, aku kembali beli Gempak. Aku kurang dan seterusnya berhenti membaca Gempak setelah aku mula bekerja. Untuk seketika minat aku telah beralih terus. Bukan sahaja Gempak, malah dari membeli dan membaca segala bentuk seluruh komik. Yang aku baca hanya Naruto dan One Peace yang dibeli oleh adik² aku. Bukan aku hilang minat, it is just priority minat telah beralih keutamaan. Kalau beli pun hanya sekali sekala bila terasa nak beli.
Gempak kini telah berubah terus dari format asalnya. Atau bleh aku katakan berevolusi terus menjadi suatu bentuk yang lain. Namun, aku percaya 'Sales' Gempak pastinya bagus. Ini adalah sebab, iklan dlm Gempak bukan calang iklan; Legoland dan movie terkini. Komik didalamnya juga berat kepada mangga. Satu² "flavor" from the past hanyalah lukisan Nizam Bachok.
Gempak kini telah di'kuasai' penuh oleh mangga stail comic. Aku percaya barisan artisan semestinya dari golongan Gen Y atau lebih muda. Aku tak pasti samaada golongan kini kurang meminati naskah adventure fantasy, tapi itu lah yang tiada.
Kini industri animasi Malaysia is much² better dari zaman aku muda dulu. Kualiti pun lebih bagus. bebaru nie aku terlayan Awang Kenit. Boleh tahan la citer dia. Walau pun animasi Awang Kenit nie ada flavour Ujang. Aku percaya mesti animator dia antara pembaca Gempak. Malah kalu kita tengok Upin Ipin dan Boboboy pun, aku percaya Gempak antara sumber rujukan, mereka suatu ketika dulu. Tidak mustahil aku katakan yang barangkali animatornya pernah mencuba bakat di sana.