Friday, 20 January 2012

Soul Asylum; Promises Broken


Streets are filled with broken glass
You get burried by the past
And give me just a little taste
Lay this mast to waste
Take me home

My mind is racing take me home
My body's aching so alone
I'll make you want to stay with me
Befriended by the enemy
One more time

Chorus
 
And every little thing about this tells me
Nothing out there is ever gonna help me
All these words that I have spoken
Just promises broken now


Looking outside from my window sill
Throw another coin in the wishing well
Never find what your looking for

Fifteen miles

You took my chance
From so far away
You said smile
That's all i see when I say


Chorus

From the hotel satellite
Don't look like you're livin right
Here's a deal you can't refuse
You ain't got as much to lose

Can you tell your troubles to
Someone who won't laugh at you
It's all right

As I watch you walk away
Hope a part of you will stay
But it's all right

Chorus

Background

Aku percaya ramai org tak kenal band nie. Kalau paling dekat pun tau lagu Runaway Train. Ironinya, lagu Runaway Train ni slalu gak dimainkan di Sinar FM. Memang lagu Runaway Train sgt best. Tp personally aku sangat suka lagu nie. Lagu nie diambil dari album Let Your Dim Light Shine (LYDLS). Walau pun kalu menurut WIKI, album nie tak lah selaku album sebelum nie, tapi aku sgt suka album nie.

Album nie dibagi pinjam selamanya oleh member aku (yg bernama Khalid) time kami form 1 dulu kat Kolej Sultan Abdul Hamid @ SHAC. Actually, time tu kami sume demam Nirvana, Offspring dan macam² lagi band barat. Tu tak masuk band UK lagi time aku form 2. Fuhh... Time nie lah time heaven music pada aku. Boleh dikatakan semua lagu yang aku layan sgt best. Time nie lah, kami berebut nak dengar lagu baru dari band barat. Seriusly, I miss those good time. 

Malah lagu band Melayu pun byk yang best time tu. Macam Ukays, XPDC dan beberapa lagi lah. Well actually time tu, band Melayu dah nak masuk fasa Melayu Leleh.. 

Perlindungan Jiwa?

Anyway, album nie kalu tak silap aku "didermakan" oleh Khalid. Kalu tak silap aku, dia tak suka album nie. Sebenarnya, aku bukannya peminat Soul Asylum pun. Aku tak tau sorang pun nama band mate depa. Apatah lagi sejarah penubuhan dan lain² mahupun perkembangan band nie. Band nie tak sama tarafnya dgn Blur, Oasis dan Pulp yang menjadi obsesi aku dulu. Dulu aku bukan hard core Metallica. Aku peminat tegar Brit pop @ indie rock. 3 band yg aku sebut nie lah yang membentuk cara pikir dan diri aku time tu yang menjadi sebahgian dari ciri dalam diri aku sekrang. Ahh... Those are the days.. I miss those days...

Time tu aku still form 1. Masa mula dengar lagu dalam album nie (dalam bentuk kaset) pun agak sangsi dgn lagu yang bakal aku dengar. Dah la band yg aku tak penah dengar, ntah tetiba org nak bagi bagi free pulak kan? Dan memang masa 1st time aku dgr lagu nie pun aku rasa album nie memang tak best.

Setelah dengar 4-5 round, aku rasa album nie memang tak best dan aku pun melupakan album nie. Pada aku, suatu lagu, terutama lagu org barat, dia takkan sedap masa 1st time dengar. Dia hanya akan sedap lepas 4-5 round dengar. Tp utk album LYDLS nie, tak ada satu lagu pun best. Hinggakan suatu masa....

Merasuk....

Every little things about this tells me.... Promises broken... Inilah lirik yang asyik bermain kat otak aku. Disamping ada satu melodi yang merasuk minda aku. Lepas sekian lama pikir baru aku ingat semula yang lagu nie datang dari album Soul Asylum yang aku pinjam tu. Bayangkan lah, kalu seingat aku, dekat 6 bulan lah aku tak usik langsung album nie setalah proses paksa dengar 4-5 round. Than after that aku pun layan baliklah album nie. Masa nie aku dapati bahwa boleh dikatakan semua lagu best. Dari Misery sampai lah ke lagu terakhir, I Did My Best. Susunan music, dan susunan turutan lagu semuanya perfect. Actually time tu, English aku tak la bagus sgt, jadi banyak kali gak aku salah faham maksud lagu tu. But, one thing for sure, bila aku dengar lagu² dlm album nie, aku rasa sayu sangat. Walau pun ada lagu rancak yang best macam lagu Bittersweetheart dan Just Like Anyone, tapi aku still rasa sayu. Maybe keyword lagu tu negative kot... 

Sungguh pun begitu, melodi lagu nie sangat merasuk sampaikan kat mana saja aku boleh dengar lagu nie suatu ketika dulu.

Kekuatan Lagu

Pada aku lagu nie ada kekuatan melodi yang sangat santai. Aku paling suka bahagian mula gitar intro. Pada aku bahagian ni yang paling berhantu skali. Sangat merdu. Pengaruh country music sgt kuat tapi strukturnya sangat indie rock. Pada awal intro lagu, peranan lead gitar yang dominan diatas rhythm gitar sangat harmoni dan "membimbing". Membuatkan aku rasa macam mahu mulakan perjalan tapi  masih tertinggal sesuatu dibelakang...

Kesinambungan lagu juga sangat tersusun dengan perubahan mood  dari berentak perlahan,sederhana dan laju atau keras pada chorus pertama. Dan kemdiannya kembali ke rentak perlahan semula. Tapi kali ini, rentah perlahan tidak lagi lembut atau seperlahan tadi.

Kisah dalam lagu nie aku rasa agak ringkas. Tapi menceritaka suatu konflik yang kompleks. Maybe setiap orang ada tafsiran sendiri. Aku selesa dengan tafsiaran aku sendiri... Dengan tafsiran aku nie membuatkan aku rasa yang dalam dunia, bukan aku saja yang struggle dalam hidup. Kekadang hidup penuh dengan kekecewaan yang berulang-ulang.

Good Music

Anyway, personally entah kenapa bila aku layan lagu nie, aku rasa macam aku dalam satu perjalanan jauh pada waktu petang dekat senja... Apa pun, this is a very good song compare to nowadays lousy R&B HIP HOP and POP songs. Sungguh pun, ia bukannya nasyid, tp apad aku pengisian lagu adalah baik dan bermakna. Just listen and enjoy the song. Again, this is what I call good music...

Tuesday, 17 January 2012

Karaoke OK!

Under Pressure

Enjoy your stress! Itu lah yang boss aku cakap dalam ucapan penutupnya tempoh hari. Well, I totally agree with him. We need to enjoy our stress. Stress sebenarnya sebahgian drpd warna kehidupan dan stress merupakan salah satu punca kenapa cerita hidup kita menarik. Bayangkan dalam filem Lords Of The Ring, perjalanan Frodo nak buang cincin dalam Mount Doom tu tak dak sebarang rintangan. Best ka citer LOTR tu? Bayangkan kalu, Frodo jumpa cincin tu than dia naik bas express turun kat The Black Gate and terus menapak sambil pekena teh O ke Mount doom. Tak dak Ogre yang halang malah sebaliknya seseme Ogre bentang karpet merah siap tolong tunjuk lagi laluan... Amacam, best tak LOTR?  Hak Tuih!!!

Seriusly citer yang macam tu tak dak sapa nak tgk. Malah ia bukan suatu cerita pun. Kita enjoy LOTR bcos kita enjoy rasa stress yang dipaparkan dalam citer tu.

Pengurusan Tekanan

Having said so, stress dalam hidup kita perlu di"manage" dengan baik. Ia perlu diuruskan dengan baik supaya ia tidak menular menjadi penyakit. Stress dan pressure sebenarnya saling berkait. Bila stress kita pressure. Atau bila kita kena pressure, kita akan stress.

Contoh mcm dalam citer The Devil Advocate, lakonan En. Keanu Reeve, Pak Cik Al Pacino dan Cik Charlize Theron, Pak Cik Al Pacino (selaku Lucifer @ Iblis) telah berkata pada En Keanu (selaku anak haram Iblis dan manusia yang bakal menjadi bapak kepada si Anti Christ @ Dajjal) dalam satu sesi temuduga. Ohh, by the way si Iblis nie boss kepada firm peguam. Katanya (seingat aku lah).. "Pressure.. It can either make you focus or make you loose control...". Aku pun stuju juga dengan statement Pak Cik Al Pacino... 

Tapi aku pasti, tak dak manusia atas muka bumi nie yang boleh simpan pressure terlalu banyak. Ia juga perlu dilepaskan sedikit supaya kita boleh susun balik life kita. Ada banyak cara untuk manusia release stress. Ada yang gi cucuk langit, ada yang gi minum todi, ada yang pi "massage" dan ada yang buat benda yang aku maleh nak tulis kat sini.  Untuk aku,aku akan berkaraoke! Yearghhh!!!

Karrrockkkk!

Pada aku aktiviti karaoke @ karoke @ karock tak salah di dalam agama. Sefaham aku ianya harus. Ini berpandukan kepada kesimpulan akal berdasarkan hukum kias logika mentallica aku. Unless, ko gi karaoke dgn bukan mahram yang berisiko (seperti bohsia yang ko angkat kat shoping kompleks) dan berkelakuan tidak senonoh dalam bilik karaoke tu lah. Ini aku tulis dalam kontek seorang lelaki. Alah, kalu ko sebilik dengan laki pun dan ko dan bernafsu nafsi sesama sendiri pun salah gak kan. Pokoknya dalm bilik tu tak ble ada pasangan perangsang nafsu lah. Namun begitu, aku nie bukan orang yang arif pasai agama sangat, jadi jangan diambil aku punya pendapat sebagai pegangan.

Aku admit, dalam bilik karaoke nie, memacam benda boleh jadi. Penah dulu time aku tgh karock, Polis buat rush. Masa tu jam 1 pagi. Rupanya dalam banyak² bilik tu, aku suspek ada gak pasangan yang tak pegang mic. Depa pegang benda lain. Nauzubillahhh.... Apa tak nya, berbagai gelagat yang terkeluar dari bilik² karaoke. Budak bawah umur pun ada... Aduh, manalah parents depa?

Aku memang suka karoke. Masa 1st time aku karock dulu, aku agak kekok pegang mic. Tapi bila dah datang "sheikh", susah aku nak lepas mic. Than after that aku realise one thing. Bila aku berkarock, stress aku macam hilang atau kurang.. Actually aku rasa ramai orang akan setuju dengan aku tentang perkara nie. Bila berkarock, tetiba je rasa benda jadi mudah dan kemarahan (yang ada) akan menjadi kurang. Macam aku, aku bukan nyanyi time karock. Suara aku tak sedap dan melodi aku ghaplah. Tapi bila aku karock, aku keluarkan suara sepuas hari aku mengikut lagu. Kalu aku nak lepas geram aku akan amik lagu laju dan keras. Bila dah penat or nak rehatkan suara, aku akan amik lagu yang lembut. 

Yearghhh!!! Aku berkarock penuh semangat utk mengembalikan Semangat Yang Hilang!!

Life aku sebenarnya didominasi oleh lagu bahasa Inggeris. Time aku sekolah menengah sampai sekarang majoriti lagu dan band yang aku suka dari spesis orang putih. Bila aku kat UTM je aku start layan J-Rock. Tapi, bila aku karock, aku akan amik lagu Melayu je. Ini sebab kebanyakan lagu antarabangsa yang aku suke semuanya rare. Jadi tak dak dalam senarai lagu.

Aku personally akan selalunya karock lagu Ukays, Exist, Spider, Peter Pan, Dewa dan semestinya XPDC. Memang seleksi lagu aku tipikal budak Melayu. Kekadang aku amik lagu KRU. Kebanyakan lagu yang aku nyanyi ada kenangan personal memasing. Perkara nie biasa bcos, time memula dengar lagu tu, banyak peristiwa telah berlaku. Biasalah tu.. Macam, lagu Exist, Janji Bidadari dan Rahsia Pohon Cemara. Benda tu mestinya mengingat cinta mongek sekolah rendah dulu. Hahahaaa... Alah, mesti majoriti macam aku punya.  Dan ada juga lagu yang aku nyanyi just sebab sedap macam lagu Biskut Rendam Kopi O (Spider) dan Rasopiraso (XPDC) . Ada gak kekadang once a while terjumpa lagu orang putih. Tu pun macam lagu Beatle. Lagu Bohemiam Rhapsody (Queen) yang super famous pun jejarang jumpa. 

Antara masalah yang jadi masa karock adalah lupa tajuk lagu. Aku banyak kali jadi macam nie. Memang bengang betul. Contoh macam bebaru nie, aku nak nyanyi lagu Pertama dan Terakhir (Rusty Blade), tapi aku tak tau tajuk. Bila aku sampai rumah, baru lah aku ingat. Leceh berul..

Karock Dengan Niat Yang Betul..

Ini semua bergantung pada niat. Macam golongan berkerja macam aku, sekali sekala aktiviti macam nie memang melegakan. Aku bertuah bcos bini aku approve aktiviti karock aku. Sungguh pun begitu, lepas kawin, nie lah 1st time aku karock dgn member. By the way, karock sorang memang tak best. Karock dengan member dia ada feel lain. Feel kesatuan sesama semasa mengoyak lagu tersebut. Hahahaaa.. Anyway, ini hanya pendapat dari kisah personal aku. Pada aku karock nie OK. Asalkan hangpa tak buat benda tak senonoh time karock udah lah. Dan satu lagi. Karock tu karock juga.,tapi sebelum karock, sembahyang lah dulu.. Orait.... Karaoke OK!!


Since aku terlupa nak nyanyi lagu nie time sesi karock yang lepas, maka aku attach lagu nie kat sini. Pada aku lagu nie memang akan buat org nangis kalu dia senasib dengan lagu nie time suatu ketika dulu masa lagu nie tengah naik.. Aku? Aku just suka lagu nie sebab lagu nie sedap dan beremosi. Suara Yantzeen memang class!

Wednesday, 11 January 2012

Bebelan aku; Potong Line!

Di Penang, boleh dikatakan terdapat ramai pemandu kereta @ pengguna jalan raya yang perangai macam hawag (hawag = hodoh tahap terlampau). Majoritinya daripada golongan pertengahan dan muda. Ada juga orang tua. Tak kira kaum atau bangsa mahupun agama apa, sumenya sama sahaja. Namun begitu sepemerhatian aku, kaum Cina terlebih ramai sikit. Maybe, kaum Cina dah dominan atau ramai di pulau nie, jadi, that is why byk kes yang aku jumpak dari kaum Cina. Baik parking OKU di Tesco dimana dengan selambernya depa park buat don't know atau pun parking tgh jalan macam jalan mak bapak depa.

Semalam aku ada satu lagi gambag candid yg aku tangkap time aku drive belakang USM. Si lahanat tak dak adap nie potong line. Tak silap aku pompuan berbangsa... Well, apa pun bangsa tak penting, sebab kita bangsa Malaysia. Hahahaaaa... Cuba tgk gambag kat bawah...

Cuba tengok kete Honda tu.. Slamber dia potong double line and masuk line berlawanan...

Kan dah menyusahkan diri sendiri dan orang lain.. Tp dia tak peduli, janji dia lepas.. Memang perangai, macam "ba alif ba ya"..

Dia bukan sahaja membahayakan diri dia, malah membahayakan diri org lain. Aku tak pasti apasal di gelojoh sangat. Walau apa sahaja alasan sekali pun, dia tak boleh buat macam tu. Maybe dia senak perut nak terberak ke, still bukan alasan dia utk potong line. Tp, dari cara aku tgk muka amoi @ maknya pompuan nie, tak nampak gaya emergency pun. Nampak gaya muka kering nak kena sepak adalah! 

Memang aku bengang becos, orang lain pun boleh beratur, tapi kenapa dia perlu potong barisan. Sabar lah sikit.. Yang pasti mesti ada orang ikut punya lepas nie. Seriusly, kalu aku yang belakang dia dan aku masih bujang, mesti aku dah langgar dia masa dia nak cilok depan aku than ajak setle kat balai. Biar dia tengok langit tinggi ke rendah.. Aku tak pasti orang lain, aku memang bengang habis dengan perangai orang yang macam "ba alif ba ya" macam nie.

Pemandangan dari apartment aku...

Bila jadi macam nie, aku harap sgt pihak bertanggung jawab ambil tindakan. Dalam kepala otak aku timbul berbagai soalan...

Pokoknya, di Malaysia, majoriti rakyatnya masih lagi berfikiran kelas ke 3. Bukan ke 2, tapi 3. Untuk kita pergi ke kelas pertama, kita memerlukan 1 perubahan yang besar yang pada aku agak mustahil. Kalu diambil dari sudut agama, aku percaya semua agama di muka bumi nak penganutnya menjadi org yang bersabar. 

Di Malaysia kita memerlukan penguatkuasaan. Tanpa penguatkuasaan, orang Malaysia behave like monkeys. They don't think rationally. This is because orang Malaysia majoritinya memang tak ada adap. Or diajar supaya tak beradap...

Friday, 6 January 2012

Jaga Tepi Kain Orang?

Apa yang hang akan buat jika hangpa nampak yang anak perempuan jiran hangpa bawak masuk lelaki bukan muhrim ke dalam rumah semasa jiran hangpa tak dak? Atau anak lelaki jiran hangpa bawa masuk perempuan bukan muhrim semasa jiran hangpa tak dak kat rumah? Dan pada masa itu ditakdirkan hangpa nampak perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin dilakukan oleh mereka? Apa pulak yang akan hangpa buat bila hang namapak jiran hangpa bawa masuk pasangan bukan muhrim masuk ke rumah dalam keadaan yang mencurigakan?

Bagi sesetengah orang yang barangkali pemikirannya "modern" atau bertamadun, tindakan yang tebaik adalah buat tak tau saja. Pada mereka asalkan jiran mereka tak kacau ketenteraman, or tak menyusahkan mereka, than they just don't care. Or in other word, "Aku peduli apa!". Mereka beranggapan apa yang dilakukan oleh jiran mereka dianggap sebagai hak jiran mereka. Hak asasi. Freedom @ kebebasan si jiran untuk do what ever they want. Dan kita harus menghormati hak mereka @ jiran. Atau pun, ini masalah jiran dan tak payah menyibuk fikir masalah orang.

Pemikiran atau cara yang disebut diatas sebenarnya kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat barat. Bagi golongan Melayu di Malaysia pula, mereka yang berfikiran begini most problably digelar golongan liberal. Golongan yang bebas dari kongkongan agama. Atau pada depa anggap sebagai; bebas dari "cengkaman" agama yang irrelevant. Pada mereka di zaman yang bertamadun ini, orang ramai dah ada akal utk menilai sendiri baik buruk dan keputusan baik buruk tersebut perlu dihormati atas nama privacy dan hak asasi.

Bagi sesetengah pihak lain pula, tiada sebarang tindakan diambil juga. Tapi bukan atas sebab pemikiran liberal. Tapi atas sebab takut. Takut digelar sebagi menjaga tepi kain orang atau takut digelar sebagai penyibuk. Maybe takut juga dimarahi oleh jiran dan membawa kepada pertengkaran.

Manakala ada pula yang tak kisah sebab dia pun 2 kali 5. Malah mungkin jauh lebih ganas lagi. Jadi dia berpegang pada prinsip, "Hang tak kacau aku buat projek, aku tak kacau hang buat projek. Sama² makan, sama² simpan..".

Sebolehnya, aku tak mahu guna pendekatan agama untuk perkara diatas. Ini adalah kerana pada golongan liberal, most of them akan nampak agama sebagai "joke" atau something yang tak relevan lagi. That is why, kalu kita tgk penulisan mereka, most of them buat lawak yang bukan² pasai agama. Malah sindiran pada agama adalah satu humor yang perlu digelak bersama. 

Aku personally bukan orang yang baik sangat. Tapi itu tak bermakna, aku galakkan orang lain buat jahat. Yang penting, aku tau aku kat mana dan berusaha utk jadi lebih baik esok berbanding hari nie. Insya'allah. Dan sekiranya kita jenis yang ada history buat benda yang tak senonoh, kita sebenarnya tak perlu nak declare kat dunia. Kita bertaubat dan jangan ulang. Tak perlu buat confession pada sesapa. Tak sama dengan agama Kristian yang perlu buat confession dengan paderi dia.

Berbalik kepada soalan asal. Pada aku kita kena buat sesuatu. Kita tak ble biar. Istilah "menjaga tepi kain orang" perlu pada tempatnya, Pada aku kita perlu menjaga tepi kain sesama saudara kita tak kira Muslim or non Muslim. Tapi dalam menjaga tepi kain, kita harus berhati-hati jangan sampai terselak tepi kain orang hingga memberi aib.

Tindakan Yang Sewajarnya

Untuk keadaan pertama apabila kita nampak anak jiran kita bawa masuk pasangan bukan muhrim lain jantina masuk dalam rumah, pada aku langkah terbaik adalah kita bagitau je jiran kita. Telefon saja dia yang maybe sedang sibuk di pejabat. Atau kalu tak dak nombor HP, bagitau semasa dia balik rumah nanti. Bagitau dengan cara yang berhemah. Aku pasti, insya'allah, jika jiran kita mementingkan pegangan agama dan moral, maka dia tak akan biarkan perkara ini dan dia akan berterima kasih pada kita. Yang penting sekali dalam perkara ini, jangan sebarkan perkara ini pada jiran yang lain. Ini hanya di antara kita dan jiran kita tersebut sahaja. Sekiranya ia diceritakan pada jiran lain, ini akan memberi aib pada jiran kita itu. Ini sangat salah. Disamping itu, jika kita menutup aib orang lain, maka Allah akan menutub keaiban kita pula.

Sekiranya jiran kita tak kisah juga setelah beberapa kali kita mengadu, maka tanggung jawab kita telah selesai.. Adakah perlu ngadu pada pihak berkuasa? Pada aku, hangpa perlu mengadu, tapi bagi warning pada jiran hangpa dulu. Bagi warning yang terang dan jelas.

Untuk senario kedua, kita just advice yang mana boleh sahaja. Dan off course, jika dah puas nasihat tapi still tak makan saman bagi final warning yang kita akan report pada pihak berwajib.  

Kenapa perlu kita keh poh chi @ menyibuk?

Inilah dinamakan hidup bermasyarakat. Kita harus bertanggung jawab terhadap sesapa saja disekililing kita. Maybe apa yang kita sibukkan sekarang bakal menyelamatkan maruah jiran kita 9 bulan kelak? Maybe dengan sifat myibuk kita skarang akan menyelamatkan nyawa bayi 9 bulan akan datang? Maybe dengan sifat sibuk kita, kita bakal menyelamatkan anak kita dari terpengaruh dengan sifat negatif anak jiran kita atau jiran kita yang tak senonoh tu... 

Ini jelas kerana anak berjiran dengan anak jiran kita tersebut. Dan anak kita juga berjiran dengan jiran kita itu. Sudah pasti mereka berhubung. Dan jika gaya hidup tak sihat yang diamalkan, kemungkinan akan mencuit juga cara hidup anak kita. Ini dikhuatiri akan menjadi ikutan. 

Kes Yang Berlaku

Dalam perkara ini aku teringat satu kes yang dibicarakan di Shah Alam. Kes dimana teman lelaki seorang perempuan telah bunuh cara tak sengaja anak si perempuan tu di satu padang. Budak perempuan tu umur dia baru 3 tahun. Mungkin aku silap tapi setahu aku pasangan kekasih tu, siap ada sorang lagi anak haram. Dan yang best skali, mak bapak depa tak boleh nak cotrol prangai anak perempuan depa. Setahu aku lagi, jiran² kat situ tak buat apa langsung. Maknanya mengikut tafsiran aku, tempat itu adalah safe haven utk pasangan tu buat apa saja yang depa suka (iyalah sampai ada satu lagi anak haram..). 

 Kes yang menyayat hati bagaimana seorang anak kecil berumur 3 tahun dibunuh dengan gila..

Tanggung Jawab Kita

Adakah kita akan tutup sebelah mata jika secara terang kita mampu menghalang daripada kerosakan akhlak berlaku? Adakah kita tak rasa berdosa jika suatu hatu hari nanti bila terjumpa bayi baru lahir mati ditinggalkan disurau kawasan perumahan kita? Adakah kita tak rasa bertanggung jawab bila kita tetiba dapat tahu anak jiran kita bunting tanpa suami? Ini bukan hanya maslah jiran kita. Maybe jiran kita tak percaya pada moral dan tuhan, tapi bagaimana dengan pengaruh negatif tersebut pada struktur sosial kawasan kita? Yang pasti sekiranya kita nampak kemungkaran berlaku tanpa kita mengambil sebarang tindakan, ia seolah kita merestui kemungkaran itu. Sebenarnya, segala permaslahan moral dan gejala sosial yang belaku adalah berpunca dari kita. Kita yang mempunyai sifat tak kisah dan tak ikhlas untuk membenteras. Kita hanya sibuk untuk membuka malu daripada benar² membantu.

Maybe apa yang aku tulis nie tak digemari dan dianggap kolot. Tapi kita hidup bermasyarakat. Kita perlu saling nasihat menasihati di samping menjaga kebajikan satu sama lain. Dalam kita memberi menjaga tepi orang, kita janganlah memberi aib pada mereka. Kita mesti memegang amanah. Jadi pada aku, kita harus menjaga tepi kain orang lain agar ianya tidak tercela dan kotor supaya tuan punya kain tersebut tidak malu berpanjangan. Namun dalam kita menjaga tepi kain orang janganlah sampai kita menyelak tepi kain orang pula.

Tuesday, 3 January 2012

Soalan Yang Susah?

Aku terbaca dalam satu blog yng menimbulkan beberapa soalan. Blog tersebut milik adik aku. Soalan yang diadukan barang kali berbunyi rumit dan  maybe memang rumit. Sepemerhatian mengikut pengalaman aku, majoriti orang akan at least sekali tanya soalan yang mencabar sebegini dalam hidup dia di mana akal dia tak boleh nak jawab or akal dia tak boleh terima @ proses secara logik. 

Aku 1st time dengar soalan nie time aku sekolah rendah, maybe darjah 3 atau 4. Sekolah sesi petang time PJK. Time tu aku kat padang sekolah. Aku ditanya soalan oleh kawan aku yang berbunyi.. "Kenapa rumput nie kaler hijau? Kenapa hijau berwarna hijau? Kenapa hijau dinamakan hijau? Tak ble letak lain ka..?" Start dari situ lah aku mula timbol perangai suka soal balik benda yang aku dapat.
 
Bila soalan macam nie datang ia bergantung pada induvidu tersebut samaada dia nak layan ke tak soalan tu. Majoriti manusia biasa @ rakyat madani akan ignore soalan tu dan mengagap ia hanyalah bisikan syaitan. Ada juga yang ambil berat mengenai soalan tersebut. Bagi yang ignore soalan ini, dia akan teruskan ibadat seperti biasa dan teras kepada ketaatan dia hanyalah "yakin". Sebenarnya kajian telah menunjukkan manusia secara asasnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu, merpati, merak, helang dan burung hantu. Golongan yang terpelosok kekancah melayan soalan macam nie maybe kategori burung hantu, yakni golongan pemikir.

Sefaham aku, Quran menceritakan juga kes sebegini. Cerita yang paling faymes adalah kisah Nabi Ibrahim. Dia merenung kejadian alam dalam mencari tuhan.

Anyway, sebagai manusia biasa dalam kita mencari jawapan, ada yang terkandas. Ada yang diistilahkan jatuh ke lembah "losing my relegion" dan lain². Aku pun melalui keadaan begini. Banyak kali. Hinggakan dalam masa² aku deal dengan situasi ini, ibadat aku hanya base pada faith dan hope. Golongan yang terkandas ini  maybe akan menjadi beberapa puak yang lain pula. Ada yang gila isim, ada yang jadi "liberal" yang suka menyindir dan memerli agama dan paling teruk jatuh ke lembah atheism. Pada aku, golongan yang gila isim perlu dirawat, manakala golongan athiest perlu ditentang habis-habisan dengan ilmu. Yang paling kesian antara semua adalah golongan liberal. Pada aku golongan liberal adalah golongan yang tagihkan kasih sayang. Mereka menyindir dan mempersenda agama dengan harapan mendapat perhatian daripada tuhan or maybe orang ramai supaya mendapat jawapan.

Soalan yang ditanya;
  • What is life? @ Apa itu kehidupan?
  • Apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan?
  • Apa itu kematian?
Aku cuba jawab mengikut kepahaman aku dan maybe jawapan aku pun tak memuaskan hati pengsoal.

Apa itu kehidupan?
Kehidupan adalah tanggung jawab. 

Apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan?
Melaksanakan tanggung jawab iaitu menjadi khalifah di muka bumi yang baik.

Apa itu kematian?
Penamat tanggung jawab.

Huraian Yang Lebih Dalam

Semua jawapan yang aku tulis adalah jawapan safe yang ringkas yang hanya merujuk kepada kehidupan dimuka bumi. Kehidupan sebenarnya lebih luas maka soalan perlu lebih spesifik. Ada kehidupan di alam roh, di alam rahim ibu, di alam barzah, di alam mahsyar dan semestinya di alam akhirat (syurga @ neraka).

Tanggung jawab pula sebenarnya lebih tertumpu kepada alam dunia, Ini adalah kerana hanya di alam dunia kita ada abiliti utk tentukan pilihan kita. FYI, takdir pun ada 2 jenis. Takdir permenent dan takdir boleh ubah. Quran ada menyebut yang berbunyi dan bermaksud something like,

"Kami akan kurniakan sesuatu menurut apa yang kamu usahakan..."

"Kami akan mengubah nasib sesuatu kaum kiranya mereka mengubah nasib mereka dahulu..."

Ayat² diatas merujuk kepada situasi dimana takdir kita boleh diubah dan takdir sememangnya dicorak oleh tangan kita. Sungguh pun takdir tu boleh ubah, tapi sebenar ia tidak menunjukkan yang tuhan itu lemah dan tidak berupaya. Sebaliknya ia menunjukkan yang tuhan tu adil dan maha berkuasa. Therefore tuhan bukan run life macam Sim Life simulation. 

Sebenarnya banyak lagi huraian yang berkaitan takdir. Aku tak ingat. Kalu nak tau detail tapi ringkas sila rujuk buku oleh Dr Daniel seperti kat bawah; 

 Buku yang sangat bagus utk orang yang banyak soal...

Death sebenarnya adalah part of life, jika life dipandang dari perspektif lebih luas. Utk Muslim lelaki ia seperti masuk jawi. Seumur hidup mesti rasa punya. Sakit tak sakit belakang kira. Mesti rasa. Ia adalah transaction or morph mode dari alam dunia ke alam roh. Kiranya adalah perkataan yang merujuk kepada process unplug roh from this psychical body. 

Kesimpulan

Banyak perkara yang kita tak tahu pasai alam dan kehidupan. Nabi dah cakap bahwa roh tu urusan tuhan dan kita tak boleh nak paham benda tu. Ada juga cendekiawan yang cuba faham perkara ini. Aku percaya ada yang succeed dan ada yang jadi gila. Yang succeed pula maybe ada masalah nak explain kat org tentang perkara ni because ia sesuatu yang akal manusia tak ble nak cerna.

Ada 1 bab dalam buku yang aku baca aku menjadi super "hang". Bukan aku tak paham. Aku paham. Cuma bila aku nak cerna information yang aku dapat, otak aku jadi konflik. Aku ending up dengan tutup je chapter tu. Chapter tu sebnar at 1st aku baca just nak dapat basic idea apa yang cuba diberitahu. Tapi second time bila aku nak masterkan chapter tu, aku kantoi. 

 Chapter yang buat aku keliru....

Anyway just an advise pada pengemis ilmu di luar sana. Terutamanya ilmu falasayuf @ falsafah @ ilmu mantik. Jangan cepat terima apa yang dibaca. Relax, take it easy. Juga, jika soalan yang ditanya itu tidak mendapat jawapan or jawapan yang diberi tak memuaskan, jangan dianggap bahawa soalan itu tiada jawapan. Jawapannya insya'allah ada, just maybe tak jumpa lagi.

Anyway, memetik kata² agent Smith dalam Matrix, "The purpose of life is death" dan juga memetika kata² Metallica... "To live is to Die...". Hahahaaaa...Dan juga kata² Joker.. ":Why soo seriuss??"

Wednesday, 28 December 2011

Golongan Liberal

Aku ada baca dalam blog dahulu yang mengatakan bahwa si penulis blog tidak kisah sekiranya dia tahu jirannya melakukan zina. Asalkan tak kacau life dia. Menurutnya, di negara barat yang segala maju, modern dan bertamadun tanpa sebarang masalah "sosial" boleh hidup aman dengan cara ini. Ekonomi negera² barat tersebut maju dan kebajikan rakyat amat terjaga di samping ketelusan pengurusan penyaluran arah wang yang transparent dan jujur.

No doubt apa yang dikatakan beliau ada benarnya, tapi adakah itu yang kita sebenarnya mahu? Menggadaikan pegangan moral dan agama demi perkara diatas. Dan sekiranya kita menggadai moral dan agama, how sure are we yang kita kita akan maju, bertamadun, transparent, bla, bla,bla...?

Situasi Di Barat

Sefaham aku, di negara² tersebut sungguh pun secara zahirnya Kristien, tapi cara hidup mereka atheist. Mungkin sebab terlebih pengetahuan, maka mereka menolak cara hidup berpandukan agama. Ini adalah kerana agama yang mereka dan nenek moyang mereka anuti tidak memberi jawapan terhadap soalan yang mereka cari disamping bertentanagn dengan penemuan ilmu sain semasa. Malah istilah "don't let a little knowledge shattered your faith" @ "jangan kerana sedikit ilmu menggoyang pegangan agamamu" menjadi salah satu yang popular untuk menutup akal rakyat biasa yang digunakan oleh golongan agamawan kini sudah punah. Maka setelah mereka melepaskan agama dan keluar dari dogma sempit agama, maka mereka menjadi "liberal" @ bebas. Tidak perlu berselindung dan segalanya hanya dari logik akal. Malah tafsiran kitab suci akan ditafsir mengikut sesedap hati. Golongan liberal seperti inilah yang mengatakan, "Jika tuhan mencipta perasaan sayang antara sesama lelaki, maka persaan sayang tersebut adalah tidak salah....". Malah mereka juga sanggup meraikan persaan tersebut. Maka timbullah istilah hak asasi manusia. Segalanya hak asasi. Zaman moden adalah zaman hak asasi. Mengongkong hak asasi merupakan satu kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan. 

Juga jika masih ada yang mahu mengekalkan agama, maka lahirlah fahaman sekular dimana usrusan agama tak boleh dicampur dengan urusan dunia. Yang mana urusan agama hanyalah untu perkara ritual sahaja seperti urusan perkahwinan (itu pun kiranya masih relevan utk berkahwin) dan urusan kematian.

Liberalism

Liberal sefaham aku bermaksud bebas. Ia datang dari perkataan liberate. Wiki pula menulis seperti ini; liberalism. Sepemeratian aku, golongan liberal adalah kononnya golongan yang banyak membaca dan kononnya berilmu. Ia bererti kiranya seseorang itu banyak membaca dari perbagai sumber dan bukan hanya baca dari sumber yang condong kearah kecendorongannya sahaja maka kemungkinan besar dia akan menjadi golongan yang liberal. Dia bebas daripada kebodohan, kekolotan, kejumudan dan juga kepompong yang mengongkong dirinya tanpa sebarang penjelasan rasional akal. Pendek kata segala yang tak dapat dirasionalkan dengan akal akan ditolak oleh golongan ini.

 Aku Yang Liberal?

Suatu ketika dahulu semasa aku dalam flight ke Taiwan, aku telah bersembang dengan sorang auntie berbangsa Cina. Aku pun tak pasti macam mana kami boleh start sembang tapi kalu tak silap aku ia bermula dengan buku. Time tu aku tengah baca novel. Dia tegur aku dan aku bercakap yang aku suka membaca dan aku galakkan famili aku membaca. Than aku story sikit benifit membaca dan bla, bla bla... After that dia teka yang aku nie mesti golongan liberal dan aku  adalah supporter PKR. Aku gelak je, dan aku ngaku aku liberal, tetapi liberal yang sederhana. Maknanya, liberal aku masih beracuankan agama dan politik aku adalah lalang. Lalang yang mudah ditiup angin. Dari sinilah aku beristilah yang aku tak perlu setia  atau obses pada mana² parti politik. Ini membuatkan dia berkata yang aku lagi kuat liberal.  Bebas dari segala naluri kecenderongan parti politik.

Just a quick note, aku meletakkan agama sebagai acuan liberal aku kerna aku menurut pengalaman aku, dari segala jenis pembacaan, samaada dari buku berbau New Age, Atheist, religion, aku jumpa yang agama Islam adalah paling betul. Ini bermakna, aku beragama Islam bukan sebab parents, ekonomi dan sosial. Aku Islam sebab aku perlu beragama Islam utk selamat. Namun begitu tak dinafikan, masih terdapat soalan tentang Islam yang aku masih belum jumpa jawapan yang aku boleh accept. To be spesific hanya ada 1 soalan sahaja. But thats another story and my personal "holy grail".

Golongan Liberal

Adakah golongan liberal golongan yang bebas dari segala kongkongan dan hanya menggunakan akal dalam mentafsir dan membentuk masa depan? Secara generalnya inilah yang aku nampak. Contohnya di Malaysia dalam dunia blog. Kita boleh lihat yang blogger yang kononya banyak membaca yang secara zahirnya banyak sangat ilmu amat tidak mengambil agama sebagai acuan mereka. Malah mereka secara sempoinya menyindir agama. Agama yang aku maksudkan disini adalah agama tersusun seperti Islam, Kristien, Buddha dan lain². Especially Islam yang ada banyak DOs and DON'Ts. FYI, Kristien pulak dah lama bungkus bila mana banyak "fakta" dalam Bible yang bercanggah dengan sains.  

 Membaca merupakan sesuatu yang dituntut..

Kita sebenarnya kena banyak membaca. Quran pun cakap macam tu. Tapi dalam membaca apa sahaja sekali pun, even blog nie, jangan lah cepat sagat percaya apa yang ditulis. Ulama dedulu ada cakap yang menuntut ilmu tanpa guru adalah menuntut ilmu dengan syaitan. Ia bermakna ia boleh menyesatkan. Aku setuju dan juga tidak setuju. Pada aku apa yang penting adalah kekuatan dalaman dan intregiti diri. Bila dah baca something, jangan terus accept as hard cold fact. Evaluate untuk beberapa tempoh. Actually, maksud yang dinukilankan oleh ulama dedulu itu perlulah dilihat dari dalam konteks.

Kenapa Mereka Jadi Begitu?

Pada aku, golongan liberal yang kita jumpa sekarang basically adalah golongan liberal yang sebenarnya frustrated dengan agama yang depa anuti. Maybe contoh dari golongan agama dikeliling mereka yang menjadikan meraka begitu or maybe pengalaman mereka bila mereka bersama kawan² liberal mereka yang lain. Aku pernah dengar dari mulut kawan aku sendiri yang dia masa mula nak pi study oversea dulu (tak silap aku kat US) yang dia siap sembahyang kat sudut airport agar dia tidak tertinggal solat. Punyalah taat. Tapi after years bersama golongan org yang bijak disana, dia kini sangat susah utk solat. Why? Not so sure. Maybe dia nampak solat carry no weight. Maybe dia namapak asal usul manusia lebih logik berketurunan daripada monyet bebanding beketurunan adam yang tak logik yang terhasil daripada tanah? Maybe dia nampak orang kat "sana" tak solat pun boleh lebih success dan beretika dari org yang solat. Maybe dia nampak golongan yang solat jauh lagi huduh perangai dari golongan disana? Maybe ada benar apa yang dia nampak. Aku tengok kini golongan tudung labuh bukan main lagi maki hamun sebar fitnah tanpa sebarang malu. Tapi bertudung labuh dan tegakkan Islam berhudud.

Menggunakan Akal
 
Apa sahaja lebel yang diberikan kepada golongan atau kelompok tertentu, ia hanyalah sekadar label. Golongan liberal juga macam tu rasanya. Ada sesetengah darpada mereka even takt tau mereka bercirikan golonga liberal. Ada pulak mereka pulak yang terhegeh-hegeh melebelkan diri mereka sebagai golongan liberal tau berfikiran liberal kerena ianya dianggap sebagai bertamadun dan moden. 

Salahkah berfikiran liberal atau berkelakuan seprti golongan liberal? Pada aku, walau apa sekali pun, tak kita di mana kita letak diri kita, kita haruslah bersederhana. Menggunakan akal adalah sesuatu yang sagnta dituntut dalam Islam. Malah dalam Islam (hadis kalu tak silap aku), mengatakan, "menggunakan akal sejenak lebih baik daripada beribadat seratus tahun...". Sungguh pun bergitu, penggunaan akal juga ada batasannya.

Friday, 23 December 2011

Selamat Hari Natal 2011

Setiap 25 December, masyarakat Nasrani @ Kristian seluruh dunia (majoritinya lah) akan merayakan hari Natal @ Christmas. By the way, Nasrani datang diambil dari tempat Nazareth. Dimana Nabi Isa membesar. Anyway, on paper by right, inilah harinya di mana Jesus Christ @ Isa Al Masih dilahirkan. 

Quick note over here. Al Masih bukan bermakna "masih hidup" seperti sesetengah orang Melayu faham yang merujuk kepada Nabi Isa diangkat oleh Allah dan masih hidup. Al Masih disini diambil dari perkataan Arab aatau pun Yahudi iaitu "masaha". Iaitu massage @ mengurut. Dalam bahasa English pula "anointed" yang membawa erti "disapu minyak". Namun ia membawa erti "dilantik". Ini adalah kerana dulu adat org belah sana bila mana dilantiknya sorang ke kedudukan yang mulia dia akan dilumurkan @ diurut dengan minyak. Jadi kelamaan "masaha" diguna digunakan untuk merujuk kepada perlantikan tersebut. 

Jadi maksud "Isa Al Masih" adalah "Isa Yang Dilantik". Di Englishkan "masaha" ini menjadi Mesiah yang dikontekkan sebagai "penyelamat". Dalam Quran pun bahasakan "Isa anak Mariam yang dilantik". Aku tak ingat exact ayat mana tapi tak silap aku dalam surah Mariam. 

Jadi datang mana Christ? Ia adalah daripada perkataan kristos (dalam bahasa Greek) yang membawa makna penyelamat. Jadi para Kristian adalah membawa maksud orang yang terselamat. Selamat daripada dosa warisan Adam. 

Betul ke Nabi Isa lahir pada 25 Desember? No. Sebenarnya ia adalah bersempena hari menyambut tahun baru yang dirayakan oleh golongan pagan di barat. Actually terlalu banyak yang aku kena tulis kalu aku start explain pasai perkara ini. But anyway, in a nut shell, segala (majoriti) yang berkaitan dengan agama Kristian yang kita kenal sekarang adalah bertitik tolak daripada hasil "meeting" di Nicaea ini. Ia digelar sebagai The Councel Of Nicaea. Cuba baca dan faham sejarah Kristian.

Actually ada banyak perkara yang kita tak tahu pasai Kristian dan sebenar banyak juga benda yang orang Kristian sendiri tak tahu pasai Kristian. This is base on my personal account dengan pendakwah Kristian sendri. But anyway, that is a different story. But if nak tahu secara kasar pasai Kristian or any agama di muka bumi nie boleh lah hang pa baca buku nie. 

Ringkasan mengenai segala agama di moka bomi ini...

Buku nie aku syorkan pada golongan tablig, pendakwah, serbanitas, dan actually sume Muslim kat atas muka bumi nie.  

Setahu aku, sebenarnya seperti juga Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa tak pernah celebrate birthday dia. That is why hingga hari nie tak siapa tahu sebenarnya bila Nabi Isa lahir. Atau pun bila "the Begotten Son of  God was born through a women" dilahirkan. Atau, bila tuhan dijelmakan ke dunya sebagai penyelamat. Cakap pasai dijelmakan nie, tetiba aku teringat akan akan agama Hindu yang mana "once a while" tuhan akan menjelma sebagai manusia untuk meng"allign"kan kembali manusia. Apa pun since ini adalah agama orang Kristien maka ia adalah hak mereka untuk memperkatakan apa sahaja mengenainya. Cuma bagi kita yang beragama Islam, kita harus sedar bahawa, kita dan mereka menyembah tuhan yang sama, mengimani nabi dan malaikat yang sama. Cuma yang besar membezakan Islam dan Kristian fungsi Nabi Isa Al Masih. Pada kita Isa al Masih @ Jesus Chist tidak lebih daripada seorang nabi dan rasul.