Tuesday, 12 July 2011

Ilmu dan dugaannya..


Antara masalah paling besar org yg berilmu adalah, mereka sombong dan angkuh dgn ilmu yg mereka ada..

Sefaham aku, ilmu jauh lebih penting dari harta. Saidina Ali sendiri pernah berkata bahwa dia boleh memberi 100 ungkapan kelebihan ilmu berbanding harta. Antara faverot aku adalah "Jika kita berharta, kita lah yg terpaksa menjaga harta. Tp jika kita berilmu, ilmu yg akan menjaga kita". So true...

Namun begitu, sepemerhatian aku, ada juga golongan yg kononnya berilmu, tp sgt angkuh dgn ilmu depa. Disamping tu, ada gak yg menyalah gunakan ilmu depa utk kepentingan diri sendiri. Memang betul, dgn ilmu yg ada kita boleh jaga dr sendiri, tp ini bukan bermakna kita jaga diri kepentingan diri dgn membalacikan org lain. 

Last week, dlm dok sibuk pasai Bersih 2.0, aku sgt tertarik dgn perdebatan siber yg berlaku di alam FB. Seriusly aku enjoy sgt bcos masing² cuba keluarkan idea utk menangkan pendapat masing². Actually aku pun join jugak dlm debat² tu. Tujuan aku join debat² tu adalah utk cari kebenaran. Well, the truth, time tu, aku antara yg menentang demonstrasi jalanan Bersih. Aku x nampak significant demonstrasi Bersih dan pada aku majoriti Muslim dibotolkan utk join demonstrasi tersebut. (X pecaya, korang ambil gambar pendemonstrasi x kira dlm paper or internet or what ever than wat percentage bangsa mengikut wajah. Heehehe.... FYI, lembah Klang adalah kawasan yg paling saturated dgn non Malay...) Jd aku harap dgn debat ini ada proBersih yg berjaya membawa aku utk nampak ketulinan perjuangan demonstrasi jalanan Bersih. In short, really I hope that they would reason with me the significant for me to support or to join Bersih street demonstration.

Dalam pemerhatian aku, aku tgk byk yg keluarkan idea dan reason. But at the same time ada yg mcm tin kosong. Yg paling teruk ada yg merapu, meracau & yg paling hampes, sgt emo. Bro & sis, jgn emo. Bila emo, perjuangan ko terus irrelevant. During a debate mcm tu, you should present facts. You have ample time to do some fact digging what... Paling mengarut time sebut gelaran pemimpin pun salah. Tu x kira fakta sejarah lagi. Adoi... Sedih, kat sini aku nampak sistem pembelajaran sejarah negara kita memang x berkesan. Ada gak dok gebang Penang lagi maju dr KL. Wadehell... Aku x larat nak gelak.. Aku dok Penang la wei... Cakap main sedap tembak je..

Anyway ada juga yg boleh tahan gak ilmu depa. Aku x pasti depa nie lawyer ke ape, but depa memang hebat. Gua respek dan salute. X kita dr Pro Pakatan or BN. Fact and reason depa memang susah nak bentes. Respek.

But dlm byk² tu aku tertarik perdebatan aku dgn Axxx Landak yg disokong oleh Abu Fxxxxx. Setelah penat berbalas fakta, reason & soalan, akhirnya si Abu nie tuduh aku org jahil. Dia cakap aku nie org jahil x berilmu dan menasihatkan aku utk lagi byk membaca. Dia juga cakap, dia x perlu jawab soalan aku sbb aku nie jahil. Aku x de la melatah bila dia cakap mcm tu, aku just cakap, “..ye aku kena teruskan membaca utk tingkatkan ilmu dan tujuan aku pun nak cari kebenaran”. Than aku pun tambah hujah² aku. In the end dia still dgn “fatwa” yg aku nie jahil dan dia x perlu jawab soalan aku dan dia pun bagi kata² dr Imam Shafiee yg berbunyi “Aku sanggup berdebat dgn 10 org beilmu tp x sanggup berdebat dgn 1 org jahil”. Hmmm..... Aku speechless. Terus hilang respek aku pd dia. Then, sebagai penutup aku pun bagi 1 hadis yg bermaksud... “syaitan gagal menyesatkan kamu dlm perkara besar maka berhati²lah kamu dlm hal yg kecil..” To show that I have no grudge and tujuan aku just nak cari kebenaran aku pun add depa dalam list friend. Till today, they are yet to accept...  

Ada gak pro Bersih yg accept friend request mcm Mr Magendran. Mr Magendran pun ble tahan gak debat ngan aku, but dia profesioanal. X macam Melayu 2 org nie. Come on, semua Muslim adalah bersaudara apa... kata sokong Quran dan hadis. X kan itu pun x ble nak ikut? Than aku x check lagi FB Bersih 2.0 bcos after that, aku kena block dr masuk. Kuang, kuang, kuang....

Anyway, apa yg aku cuba kaitkan disini adalah suka suki senang hati cakap org jahil. Secara x langsung melebelkan diri sendiri hebat ilmu di dada. Bila aku kena chop jahil macam tu and that person reluctant to answer my sincere question, than aku ttba rasa mcm paham bila extremist PAS mengkafirkan UMNO. Ingat, extremist PAS. Ada ramai member aku yg aku rasa pendokong PAS and they carry themselves as honourable as can be. They are polite and if they can’t answer my question, they admit it. But that doesn’t mean they are wrong. It just simply they don’t have the answer.

Anyway mcm aku ckp mula td, masalah org yg berilmu adalah dia angkuh dan sombong dgn ilmu yg dia ada. Pd aku ciri org yg macam nie adalah bila berhujah, suka menggunakan ugutan dan bila terperangkap tanpa jawapan dia membelagakkan diri dgn menghina kita. Org yg mcm nie juga sukar nak terima pendapat org kerana mungkin pada dia org lain x sehebat dia.

Selain itu ada gak org yg berilmu ni sombong dgn cara dia membawa diri dia. Bapak aku selalu bising kat aku, “ kalau nak pi klinik, tolong pakai baju elok and biar nampak smart sikit..” Alasan ni adalah supaya doctor yg merawat x ambil mudah dan pandang rendah. Actually benda nie jd time aku kecik. Kami pi klinik. Aku sakit ape ntah. Doktor yg tgk aku nie bukan je kasar, tp treat mak & abah aku macam org bodoh. Senyum apa pun x. Abah aku punya marah, nasib baik dia x ngimbuk doctor tu dgn kerusi. Ye lah, kami x kaya macam dia, baju pun selebet x dak brand. But, mentang² dia doctor, dia boleh layan kami macam tu.

Actualy x kira la ilmu apa yg hang ada hang x ble sombong. X kira la hang YB, mekanik, lawyer, doctor, driver beca, ustat atau pun professor. Tambah² kalu hang manager. Hang kena share ilmu tu dgn seadanya. Dan yg penting x ble guna utk ambil kesempatan. Jgn lah dimarahkan cust or sesorg sbb dia x dak ilmu yg kita ada. Sabar dan terangkan dgn baik.

Macam yg aku ckp seblum nie, apa yg aku tulis adalah pendapat peribadi dr apa yg aku nampak. X semestinya betul, mungkin aku yg silap. Akhir kata kiranya ada ilmu, ikutlah resam padi, makin berisi makin menunduk.




Friday, 1 July 2011

Islam dan Kemajuan

"...kira kalau bukan kerna org yg gilakan dunia semata mata, maka tak dak lah ciptaan canggih mcm..."

Aku ada terbaca dlm FB ada 1 post statement maksud dia lebih kurang mcm kat atas nie. Aku cuba cari balik, tp x jumpa. Aku nak komen tp x ble bcos bukan "friend" kot. Or maybe aku msih x mahir dgn FB. Apa pun kat sini aku cuba komen sikit sikit mengikut apa yg aku nampak... Tp sebelum tu, insya'allah nanti aku akan explain mengikut apa yg aku paham secara detail mcm mana Islam boleh tertegak dizaman awal dahulu.

Berkaitan dgn perkara diatas..

Aku x salahkan si penulis yg menulis statement diatas. Aku dulu pun ingat macam tu. Actually aku percaya dia bukan kesorangan dlm berpendapat macam tu. Sebenarnya sejarah Islam agak panjang dan agak komplikated kalu nak explain. Ia melalui perbagai interpretasi samaada utk kepentingan politik mahupun induvidu. Itu sebabnya once a while akan ada golongan tertentu yg akan men"tajdid"kan semula sume yg dah "serabai" tu. Tajdid nie kalu ikut apa yg aku paham macam "defrag" komputer lah. Dalam sejarah Malaysia sendiri kita dimomok dgn perkara seolah olah Islam nie tidak mengalakkan kemajuan oleh golongan berkepentingan sambil melontarkan bahasa² Arab atau berimejkan Islam. Tp tu dulu lah. Skarang nie dah ok rasa kot..

Islam tak pernah menolak dunia.

Dalam Islam ada tokoh berkata (tak silap aku Saidina Umar or mungkin hadis nabi sendri, aku x sure), "berkerjalah seperti kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok". Apa maksud kata² ini? Simpel je kan.. Tak perlu olahan oleh ilmuan Al Azhar pun boleh paham.
"Kiranya terdengar sangkakala dilangit dan ketika itu ada benih dlm tanganmu, maka tanamlah benih itu dahulu..." Ini hadis nabi. Ayat dia bunyi lebih kurang mcm tu lah. Antara maksud dia yg aku paham, kerjalah, finish your job first. Byk org anggap berkerja hanya utk dunya. Sebenarnya tidak. Berkerja (yg halal) juga adalah jihad. 

Ada 1 hadis nabi kalu tak silap aku berbunyi mcm nie lah rasanya,"kefakiran itu boleh membawa kepada kemungkaran". Maknanya kalu seseorang tu fakir dia mudah wat jahat. Cth mencuri, menipu dll.

Islam juga tak pernah menghalang utk kita jadi kaya. Byk sahabat Nabi adalah golongan hartawan atau peniaga yg kaya. Contoh paling dekat Saidina Osman. Saidina Osman nie special bcos dia kawin 2 anak dara Nabi.  

Even dalam Islam pun sebut 4 ciri teman hidup yg sempurna iaitu kerana 1) agamanya, 2)paras rupanya 3)keturunannya dan 4)hartanya. HARTA. (Ayat nie ada rendering lagi sebenarnya..). Harta dan kekayaan nie penting sebnarnya. Dgn harta, kita ble pi Mekah wat haji, bayar zakat, wat wakaf, wat derma dan lain². Dan yg penting sekali bila kita ada harta kita tak perlu berhutang dan boleh laburkan harta kita utk pembangunan umat dan sistem pertahanan umat Islam. 

FYI zakat adalah ibadat kedua paling banyak disebut dalam Quran selepas solat.
4 imam mazhab terbesar pun bukan golongan miskin. Imam Abu Hanifah mewarisi perniagaan ayahnya dan memiliki perniagaan batu marmar. Batu nie menghiasi istana Khalifah. Imam Malik pun boleh tahan hartanya. Beliau amat rapat dgn Khalifah dan diberi byk harta. Imam Shafie pun sama. Dia pernah menjawat jawatan mufti. Cuma Imam  Ahamd bin Hambal je kurang hartanya. Tp still ok. But of cause, sume harta yg diberi digunakan dgn sebaiknya di jalan Islam.

So disimpulkan pada pandangan dan kefahaman aku, tak salah menjadi orang kaya.Salah hanya bila salah cara kaut kekayaan disamping salah guna kekayaan.

Mcm mana dgn teknologi? 

Hadis yg paling famous nabi iaitu, "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China..." menjawab segalanya. Cuba fikir, time nabi dulu, Cina nie ada sekolah pondok ke? No, China time nie adalah kuasa besar dunia. Cuba tgk Discovery Channel or History Channel. Tak pun cari dlm u-tube. Berapa byk invention hebat dari China? Byk giler woo.. Dari penciptaan kertas, mesin cetak, anak panah automatik dan lain². Jadi secara tak langsungnya ini jg bermakna Nabi memang suruh kita pi belajar something yg merujuk kepada teknologi dan bukan ilmu agama macam tajwid, fikah sahaja. Hadis nie juga membayangkan yg kita boleh belajar dr golongan non Muslim. Agama Islam luas dan tidak sekular. Islam tak pernah mengasingkan dunia dgn agama. Islam sebenarnya cara hidup dan bukan hanya cara nak sembahyang. Jika kita melakukan aktiviti dunia mengikut cara Islam, insya'allah baru kita akan mudah diakhirat.

Dalam sejarah tamadun, Islam mencapai zaman bani Abbasiayah. Dizaman tersebut, banyak penemuan teknologi yg sgt moden telah dicipta. Teknik pembedahan mata, keperbagaian ubatan dlm farmasi, sistem hospital yg tersusun dll lagi. Malah bandar² seperti Cordova dan Baghdad mempunyai sistem pembentungan yg kompleks disamping sistem air bersih dari rumah ke rumah. Sebenarnya penciptaan² tersebut adalah sejajar dgn penciptaan komputer dizaman sekarang. Malah tanpa ilmuan Islam, komputer mungkin masih lagi belum tercipta sekarang.   

Teknologi ni penting. Kita kena usaha tuntut ilmu berkaitan dgn teknologi dan if possible cipta teknologi baru. Kita juga kena berusaha agar kuasa ekonomi ditangan kita semula. Contohnya teknologi senjata peperangan. Tak malukah kita bila nak pertahankan diri dan negara pun kita kena beli senjata dari org kafir. Kita dok kecoh nak jihad lawan Yahudi. Tp sedar tak senjata yg kita guna sume nie ada teknologi ciptaan Yahudi? Ntah² kalu betul jadi perang dgn Yahudi, senang depa nak sabotaj senjata kita sebab senjata tu depa yg buat. So, depa tau kat mana kelemahan dia. 

Jadi sekali lagi ditegaskan disini, penguasaan teknologi adalah sebahagian dari tuntutan Islam.

Walau apa pun semuanya bergantung pada niat. Tak salah mengejar dunia malah mungkin dituntut. Niatlah utk Islam. Jgn sekularkan aktiviti dunia kita. 
Akhir kata, renunglah hadis nabi yang maksud dia lebih kurang macam nie rasanya, "Ajarlah anak mu 4 perkara. 1)Berenang 2)Memanah 3)Menunggang kuda dan 4)Membaca".

Tq. Ini hanya apa yg aku faham dan nampak.

PS - Aku slalu konfius antara hadis Nabi dgn kata² nasihat para sahabat terutamanya kata² Saidina Umar dan Saidina Ali. Hang pa kena check balik.

Thursday, 30 June 2011

Demonstrasi Jalanan

Aku bukannya ilmuan professional. So, apa yg aku tulis nie hanyalah apa yg aku nampak dan tafsir...

Dalam Malaysia, setahu aku, demonstrasi jalan pertama yg haram selepas merdeka adalah pada tahun 1974. Unless, diambil kira perarakan demontrasi luahan perasaan kemenangan punca tragedi 13 Mei 1969, maka perarakan inilah kiranya yg pertama. Demonstrasi tersebut telah diketuai oleh saudara Anwar Ibrahim yg kini dikenali sbg DSAI. Demonstrasi tersebut dilakukan utk meluahkan perasaan marah kepada kerajaan tentang masalah kebuluran di Baling. Hakikat samaada masalah kebuluran itu benar² berlaku tidak dapat dipastikan pulak. Namun begitu ada sumber yg mengatakan bahawa ia hanyalah rumors yg ditambah perisa sahaja. 

Seperti yg kita semua tahu pada 9 Julai 2011, akan diadakan lagi demonstrasi jalanan bawah tema "Bersih". Setahu aku dr bacaan dlm blog DSAI dan didengari dari ceramah beliau dan konco², tujuan utama diadakan adalah untuk membersihkan SPR yang kotor. Personally pada aku, SPR nie tak sempurna tapi tak sampai tahap kotor yang memerlukan penggadaian masa yg sia². Hmmm... 

Apa bukti SPR nie kotor? Mungkin sebab Pakatan asyik kalah pilihan raya kecil akhir² nie kot.. Tp pada aku pula, jika SPR nie kotor beyond repair, than why Pakatan boleh rampas Kedah, Penang, Perak & Selangor in the 1st place? It is like WTF man.. Personally pada aku Pakatan boleh kalah dalam pilihan raya kecil bcos depa nie cakap tak serupa bikin, kuat bohong & suka merapu. Hoh ho ho ho.. Hang pa sume mesti ingat aku sokong BN kan? Well, to tell the truth, I was happy & relief whe Pakatan took over Kedah, Penang, Perak & Selangor and also maintaining control over Kelantan. It was like a brief of fresh air to me. At last, there will be balance in power in the country. There will be check and balance. Pada aku, Pakatan dan BN akan bersaing utk berjasa pada rakyat. I myself was very unhappy with what BN had done to my beloved Kedah especially my home town Alos Setar during Pak Lah sayang KJ time. Total mess.

Tp aku mula rasa lain macam bila walaupun dah menang beberapa negeri baru, Pakatan still canang 16 Sept untuk takluk Putrajaya. Again, WTF. Apa nie??? Asyik nak berpolitik jek. Sudah² lah.. Nak kalut pasai pa? Pada aku, gunalah 4 tahun pentakbiran utk buktikan pada rakyat yang Pakatan lebih layak memerintah berbanding BN. Amankan rakyat dari politik dan fokus pada ekonomi dah sahsiah rakyat. Trust rakyat. Jika Pakatan out perform BN, than surely rakyat akan vote Pakatan. Simple mahh...

Fast forward to today. Pakatan masih dgn politik depa. Seriusly, sejak PRU 12, negara tak penah aman dari politik. Depa banyak merapu, menipu dan berdalih serta beralasan kpd rakyat. They don't walk the talk. Seriusly, hingga hari nie, masih ada kampung yg under Pakatan dan dalam negeri Pakatan yg masih tak dak air bersih yg konsisten. Tp dalam masa yg sama, dok canang and dok kencing rakyat nak bagi air free. Adoi... 

Kembali pada demonstrasi jalan, sapa yg untung sebenarnya? Perkasa dan Pemuda Umno cakap depa akan hantar team untuk lawan balik. Nie apa nie? Bodo ke apa ka? Seriusly, aku rasa perhimpunan Bersih nie majoritinya org Melayu. Mungkin ada sikit India dan segelintir Cina. Wait & see lah.. Anyway, bila Bersih bertembung dgn Perkasa & Pemuda Umno, agak² apa yg akan jadi? Hang pa boleh pikiag rasanya kan.

So, the same question, sapa yang untung? Melayu dgn Melayu gadoh sesama sendri tentang satu perkara yg tak jelas sedangkan bangsa lain rajin kerja kaut monopoli ekonomi.Ingat bangsa lain tak jahat, depa cerdik cuma Melayu Islam je bodoh. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Pandai jual tanah je.. Hahaha. Dapat duit besarkan rumah than pi Mekah..

Than in Malaysia, selalu digambarkan ygn Polis & FRU nie jahat lagi kejam.Sepak terajang sume muda mudi demonstrasi reformasi sampai berdarah tercapit capit. Perlu diingat, majoriti polis and FRU nie sapa. Melayu Islam betul tak? Depa nie pun ada anak isteri untuk disara. 2 hari lepas aku ada sembang dgn sorang anggota FRU (dia cust aku). Dia cakap sebab Bersih nie lah dia terpaksa risk diri ngadap bangsa sendri. Pada aku dia sorang ayah yang baik datang dari keluarga biasa yang berpendapatan biasa. Bayangkan nasib famili dia kalu dia kecacatan akibat penunjuk perasaan yg hilang akal?

Tp, pasai apa pergaduhan dalam demonstrasi macam nie? Senang, jawapan dia "provoke". Cabar mencabar. Penunjuk perasaan nie suka provoke or maybe diarahkan utk provoke. Depa akan mencarut (secara lisan mahu pun bahasa badan), maki hamun, tolak menolak dan mungkin mula mambaling batu. Depa lupa yang anggota polis dan FRU nie ada famili sendiri yg tunggu dirumah.

Than 1 thing for sure, if ada pertembungan, who will benefit the most? Ada juga puak modernism samakan Bersih nie dgn demonstrasi Mahatma Ghandi, Martin Lurther King Junior and Umno time Malayan Union. Well, it is not. Ringkasnya macam nie, time tu sapa yg memerintah dan diperintah? Adakah yg diperintah mempunyai kuasa utk mengubah? 4 negeri dalam genggaman wei... More than enough to properly manage and cultivate apa. Selangor & Penang woo.. Kaya weii.. But still lepas perintah, toll kat bandar Sunway still jalan. Nak bohong and kencing sapa? Org yg tak fikir and taksub je dok nganga bila Pakatan kencing depa.

Pada aku Bersih nie lebih hampir pada demonstrasi jalananan time zaman Saidina Osman. Islam bertembung dgn Islam. Well aku tak kata Najib macam Saidina Osman. 

1 more thing, aku petik dari Bible, Jesus (Hazrat Isa) said, "..who that live by the sword will die by the sword.." Karang jadi macam Siam. kejap baju merah, kejap baju kuning dan kejap kejap tak pakai baju... Oppsss.... So, tak payah kalut. Ubah time pilihan raya. Kalu rasa dizalimi, doa pada Allah. Ingat Doa org dizalimi tiada hijab dgn Allah.

Apa pun ini adalah pandangan peribadi. It is only how I see...

Sunday, 26 June 2011

What the hell?!!

Last night while I was designing this blog, I heard from the TV a very disturbing news!

Semalam time aku tgh "make up" blog (status baby) aku nie, aku ada terdgr stu berita yg sgt menggusarkan aku. Berita tu time nite linedi TV3. Berita lebih kurang bertajuk (if my memory serve me right..), "A group is accuse of waging war with the King!". Tafsiran kasarnya, "ada 1 kumpulan telah dibabitkan dlm melancarkan perang dgn raja". Raja disini bermaksud Agong.
To tell you the truth, aku x baca lagi paper hari nie, so apa yg aku tulis nie adalah dr kaca mata aku or "how I see it" lah..
Again if my memory serve me right, ada 1 kumpulan yg cuba menghidupkan semula Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditahan di Toll Sg Dua P. Pinang (Penang). Kump ini memakai T-shirt merah tertera gambar ikon PKM sperti, Chin Peng, Samsiah Fakeh & (x silap aku) Rashid Maidin.. Aku x pasti kaum apa yg yg join. Aku berharap kaum 1 Malaysia terbabit supaya nanti bila depa diambil tindakan, x dak NGO tertentu yg nak jadi champion hak asasi membantah kpd kerajaan. But menurut mata aku yg time tu dah kuyu, macam bangsa India or Malayu (bcos kulit depa gelap je..). Tak nampak kulit kuning langsat or kuning eventough, PKM nie rata² nya kaum Cina dulu.
Aku x nak story panjang pasai asal usul PKM nie bcos aku rasa majorti kita amik subjek sejarah dlm SPM. Hangpa boleh selak buka SPM balik lah. But aku nak story sikit pasai PKM dan tragedi 13 May 1969. 
Aku ada baca dlm 1 blog, yg tragedi tu berlaku sebab org Melayu "butt hurt" @ panas punggung @ jaki @ cemburu @ jeles bcos Chinese menang majoriti kawasan. Bare in mind, time nie, Gerakan & PPP still pembangkang dan BN masih belum wujud dan masa nie hanya ada Alliance. By da way, Gerakan adalah serpihan MCA dan mendiang Dr Lim Cheong Eu adalah pengasasnya (bcos mendiang & da geng ada friction sikit dgn anak Tun Tan Cheng Lock). 
Tragedi 13 Mei berlaku bukan sebab Melayu "butt hurt". Ia berlaku kerana Melayu dan hilang sabar dgn perangai kaum Cina yg time tu dah naik lemak time celebrate. Actually, Alliance hilang byk kawasan pun sebb undi Melayu pecah kepada 2 dan at the same time bangsa lain (terutamanya Cina) cuba "nak extra". Nak extra yg aku maksudkan disini adalah tuntutan Blood Money...
Apa itu Blood Money? If my memory serve me right, Blood Money adalah duit pampasan utk yg terkorban time Japanese occupation in Tanah Malayu and some atas logik perjuangan PKM yg majoritinya Cina menentang Jepun. 
Another main reason why that triggered the tragedy to happened adalah kerana ada sekelompok  (not all) kaum Cina yg berarak masuk ke kawasan (kampung) Melayu berarak sambil memegang penyapu bersama sepanduk sambil melaungkan (kalu x silap aku), "Melayu boleh keluar, ini negeri kami yg punya!". Utk org Melayu, ini adalah the last straw. Tindakan yg mezahirkan perwatakan kurang hajar menghalau org Melayu dr tanah sendiri perlu dibalas. Dan akhirnya bermulakan 1 peristiwa berdarah yg personally pada aku perlu diingati dan diambil pengajaran oleh setiap org Malaysia sampai bila². According to my readings, Kuala Lumpur bermandi darah and keadaan kerosakan yg berlaku lagi dasyat dr kesan perang Jepun dulu. Majoriti yg terbunuh adalah org Cina. Time nie lah istilah "parang terbang" dan "selendang merah" menjadi buah mulut org. Dalam bacaan aku ada jg disebut tp x terperinci. Byk yg aku dgr pun dr mulut org lama. Walaupun ada diantara depa yg reluctant nak criter but sdikit sebanyak dapat juga tau. Salah sorg yg criter kat aku adalah ######## aku sendri dan according to him dia salah sorg drpd yg bertindak. No komen.
Yg menariknya, tragedi nie hanya berlaku di Kuala Lumpur. Di negeri² lain, sume "business as usual". Even di Penang, yg time tu dikuasai Gerakan, tiada tumpahan darah berlaku. Why??? Korang buka buku dan baca balik. Than korang pakai otak and fikir ...Why only in KL??? Why??? Timkaiiiii???
Anyway kembali ke masa sekarang. Aku tgk lani makin ramai org yg cuba "provoke" keharmonian negara bertuah kita. Smakin ramai yg brani sentuh isu sensitif. Aku khuatir usaha yg Tun Razak dan Tun Dr Lim menjadi sia². Golongan muda yg hidup zaman skarang mungkin x nampak semua tu. Oleh itu, nasihat aku, buka buku. Cari maklumat sebanyak mungkin. Jgn ulang kesilapan dulu. Jgn usik sarang tebuan. Namun begitu, yg sedhnya, ada juga sumber bacaan yg telah diubah faktanya. Lebih teruk ada gak org melayu sendri yg kononnya bagus (liberal), terlampau "open". Satu lagi cadangan aku, jumpa org² lama mcm parents or datuk nenek kita dan tanya balik pada depa apa yg berlaku. Depa hidup masa tu. Depa tau apa rasa dan sentimen yg dimainkan. And yg penting masa tu, tanya apa perasaan dan harapan depa time darurat tu, utk masa depan depa dan anak² depa.

For my 1st official blog entry, I think I wrote quite a lot. Unfortunately the topic that I choose is a serious one. I'm not really keen into politic. But my concern really made me express it in my writings as how I see it. Mungkin apa yg aku tulis nie byk yg salah, tp yg pasti apa yg aku tulis nie adalah apa yg aku nampak. Tulisan aku nie x ble dijadikan rujukan bcos aku bukan ilmuan.
Going back to the first paragraph of the entry I don't really know the total truth about the said incident that I heard in the news. Again, what I wrote is how I see it. 
Or maybeee... all that was in the news was only a play that was put on TV.  In short it is just satu taktik keji pihak kerajaan utk menakutkan rakyat Malaysia. Alah, macam teori konspirasi yg tragedi 911. Tu sume adalah pentas Goerge Bush nak takluk Iraq and nak menang pilihan raya. 

Heheheee.. 

Apa pun, buka minda dan gunalah akal utk fikir.  Ingat kalu x silap aku, agama kita pun ada berkata, berfikir sejenak lebih baik dari beribadat seribu tahun.

Akhirnya...

Akhirnya aku dah ada blog sendri. Dah lama rasanya tringin nak ada blog, but ada je alasan utk mula.

Tujuan @ skop? Susah nak cakap, jd biar masa je lah menentukan. Mungkin dri perkara serius hingga ke perkara paling remeh. That y, it's how I c it lah.. Dari perspektif org biasa yg berkerja utk menyara hidup diri serta keluarga (and of course utk Agama, bangsa & negara). Mungkin gak digunakan utk melepas geram (who knows..).

Anyway, I will do my best to keep my entry decent and as knowledgeable as I can. I try to do my bit to the people by try to give my point of view & voice out on how I see the world as it is decaying. 

That's all I think for my 1st entry for my own blog. 

Tq