Sunday, 7 August 2011

Hobi? Bahagian 2; Awal rumaja

“Something Change…”

Hobi pada tafsiran aku adalah apa saja aktiviti yg hangpa buat tp hangpa tak rasa atau susah nak cemuih.(jemu). Atau pun kalau hangpa letih pun, nanti hangpa akan sambung buat baik. Pd aku juga hobi adalah sesuatu yg tak permanent. Ia mungkin berubah mengikut usia dan pengalaman. Mungkin juga ia adalah sama, tp menjadi semakin kompleks.

Kadang² agak susah kita nak definisikan hobi seseorg. Contohnya; “membaca”. Membaca terlalu umum. Kalau seseorg tu ngaku hobi dia membaca, apa yg aku paham dia tu “taik” baca lah. Dia akan baca apa saja tanpa sebarang genre. Dia akan baca novel. Tak kita jenis sama ada karangan Ahadiat Akashah atau pun Christopher Pike. Dia juga mampu membaca Jurnal, artikel dan lain². Tp, kalu dia just baca RS Stine or Tamar Jalis, maka hobi membaca dia agak specific. Dlm kes aku, aku suka membaca dan melukis. Hobi aku aku agak spesifik. Masa aku awal remaja, aku suka membaca dan melukis komik… 

In the beginning…

Aku telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kelas aku masa di tingkatan 1 adalah kelas 1 Dedikasi. Seingat aku, time tu di KSAH, ada sampai 6 kelas utk tingkatan1. 1 Amanah sampai 1 Fikir. Antara member kelas aku time tu adalah Akmal Rizal Rakhli. Yes, the footballer. Ya, aku penah bentes kaki Akmal Rizal Rakhli time kelas PJK.. So, ada apa hal??

Di pendekkan cerita, aku pun mula berkawan dgn kawan² baru. Tak ramai kawan aku drpd Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah (SKTR). So, in the beginning aku agak kekok but eventually aku ada ramai pulak member. Aku time tu dah tak minat nak uli plastesin buat robot lagi. Ada beberapa sebab. Antaranya 1) Criter Transformer dan robot lain dah tak best 2) Kualiti plastesin baru dah tak best (terlalu lembut) dan 3) Kemusnahan besar – besaran robot-robot aku ala² penghapusan etnik oleh adik aku. Adik aku berjaya menjumpai markas persembunyian robot aku semasa aku disekolah utk aktiviti kokurikulum. Bila aku balik umah, aku dapati hanya tinggal cebisan robot sahaja...

Pd masa aku di awal tingkatan 1, aku masih lagi dgn style kedekut dan suka “pau” (pinjam) barang member aku. Aku jarang beli brg aku sendri. Time ni duit sekolah aku dah dinaik kan dr 50 sen di sekolah rendah menjadi RM1.00 di sekolah menengah (dan ini kekal sampai aku form 3). Jd masa awal sekolah aku boleh makan dgn selesa jugak la walau pun slalu kena potong line time nak beli nasik kat kantin dgn senior.

First Encounter..

Then one day, aku ada dapati ada antara member aku bawa sejenis komik ke sekolah. Komik ni agak berbeza dr komik yg aku biasa tgk mcm Gila², Bambino dll. A quick note over here; Abah aku cukup marah kalau dia tau aku baca Gila². Abah aku sebnarnya sgt particular tentang pembacaan anak² dia. Dia sgt berpegang pd “you are what you read”. Pd abah aku, membaca Gila² tidak membawa faedah. Pada dia skrip lawak agak “bodoh” dan lukisan agak tak senonoh (dgn gigi jongang dan watak yg selebet). Aku tau, abah aku maybe agak extreme dlm hal nie. Tp aku rasa aku pun nak ikut style dia utk anak² aku nanti. Heheheee..

Anyway, 1 day, member aku ada bawa 1 komik yg agak “lain” dr kebiasaan. Member aku tu nama dia Khalid. Dan seingat aku komik tu tajuk dia Jejak Wira dan Dendam Kesumat. Aku tak pernah baca komik jenis nie. Lukisan dia cantik dgn warna warni. Dan yg paling best adalah aksi pertarungan dia. Well, aku memang peminat anime, movie or drama aksi. So, bila aku baca komik aksi buat pertama kali, aku rasa sgt teruja. Aku faham setiap lukisan dan turutan pergerakan (movement sequel). Seriusly, bukan semua org boleh paham lukisan komik. Contohnya, member aku nie, nama dia Faris Che Pa. Dia tak paham gambar pergerakan. Dlm komik Hong Kong, kalau pergerakan terlampau laju, dia digambarkan sebagai lukisan yg byk. Contoh, kalau tendangan dia byk, dlm 1 frame gambar akan terdapat byk gambar tendangan. Refer contoh dibawah. Dlm gambar nie, Nie Feng ada byk kaki dan Atheist Jati ada byk kepala.


Pada Faris, dia nampak tetiba Atheist Jati ni ada byk kepala. Dia hairan kenapa tetiba Athiest Jati boleh tiba² ada byk kepala dan oleh sebab tu dia konfius. Aku pulak, bila dgr dia komplen, rasa macam nak wat gaya “Tendangan Tanpa Belas Kasihan” kat dia atau pun “Gaya Membunuh Naga Mencari Jalan” jek.

Sorg lagi member aku pun menhadapi masalah yg sama bila nak paham komik Hong Kong (aku dpt tau time aku form 3). Nama dia Anis Farid. Mamat nie pun penggila komik. Well actually mamat nie memang gila pun (hahahahaaaa)… Tp dia layan komik mat saleh je lah. Aku slalu pinjam komik Spawn, X-Men, Spider-man dan macam² lg kat dia. Sayangnya dia stop beli komik time currency crisis 1997. FYI, dulu harga komik omputeh kat Farouk (port komik budak KSAH) dlm RM4.50. Than time 1997, harga jadi RM12.50 rasanya. Anyway, Anis pun jenis tak faham pergerakan dalam komik Hong Kong. Dia komplen sebab kotak pertarungan terlampau byk (!!??!!??..). Satu rahsia, mamat nie kumpul  Salormoon. Harhar harrr…

Anyway, makin ramailah member aku yg beli komik. Dan yg bestnya depa bawak mai ke kelas. Time nie aku still tak beli dan aku hanya pinjam dr depa. Pada masa tu komik yg betul wat aku teruja adalah Alam Perwira dgn Juara Wira. Dua komik nie berbeza dgn Jejak Wira dan Dendam Kesumat. Dua komik ni lukisan dia lagi cantik dan aksi dia lagi gempak. Saiz dia pun besar sikit. 1 lagi pasai komik² nie adalah awek dlm komik nie memang cun dan terus terang cakap komik² ni kekadang ada scene lucah (yang of course badly censored). But utk budak form 1, nie memang dah cukup sexeyyy..

Aku agak bruntung bcos Khalid nie pemurah dlm bab pinjam meminjam nie. Dia tak kedekut. (Khalid lah org yg introduce aku Dragon Ball. Aku akan buat tribute khas utk Dragon Ball nanti…).Tp ttba aku nampak ada sorg lagi classmate aku baca komik yg pd aku lukisan dia lebih unik. Classmate aku tu nama dia Zahran. Aku byk kali minta nak pinjam kat dia tp dia tak nak bagi. Mcm² alasan dia bagi. 1 alasan dia, dia tak nak bagi kotor komik dia. Aku memang bengang ngan mamat sekor ni. Ye la, kalu tak nak bagi org pinjam, tak payah la bawa ke skolah. Aku rasa dia nie saja nak blagak jek. Tp yg peliknya dia boleh pulak buat system barter dgn classmate aku yg lain yg ada komik lain. Hampesss…

Than atas sebab bengang dgn mamat nie lah aku tekad nak beli komik sendiri. Bukan apa, pada aku, komik agak mahal. RM1.80 senaskah. Kalu aku start nak kumpul komik, aku kena sep (sep = save = jimat) balik. Tu yang aku malas tu. Lagi pun, aku tak tau reaksi abah aku terhadap komik nie. Takut gak tak dapat restu dr dia, karang buta jek komik nie masuk tong sampah. But bengang punya pasai, esoknya aku mai sekolah bawak dgn duit simpanan (bawah katil aku). Aku bawak extra (dlm RM5 je kot..). Habis skolah, aku menapak ke stesen bas lama dr skolah. Sasaran aku adalah kedai komik (actually, gerai jual majalah..).  Aku kenal rupa cover tp aku tak tau tajuk apa. So, aku pun beli.. But than aku perasan 1 benda, komik nie dah masuk episode ke-2. Jd, since aku ada duit extra aku terus beli 2 episod serentak. Cover dia gambar budak rambut panjang, yang aku sangkakan perempuan…

 
 Inilah komik pertama aku.

Ya, komik pertama yg aku beli dldm sejarah hidup aku adalah Pedang Setiawan episode 1 dan 2. Setelah itu, berubahlah hidup aku selama-lamanya dan dunia pada mata aku kini lebih banyak warna…. Maka bermulalah pergolakan di alam kepahlawanan…

To be continue….

Thursday, 4 August 2011

Berpuasa; Beberapa Perkara…

Berpuasa; Beberapa Perkara…

“Agar Yahudi tahu dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” – Riwayat Ahmad

Islam adalah “way of life”. Itu adalah satu hakikat yg akan meletak sekularisme ditempat yang jauh lagi terpencil. Salah satu cara hidup yg dianjurkan oleh Islam adalah berpuasa. Sebenarnya amalan berpuasa ini telah diamalkan bukan sahaja oleh org Islam tapi org org² sebelum Islam dan juga org yg beragama lain.  Barangkali cara mereka berbeza. Barangkali juga mereka merubah posa yg pernah dianjurkan “guru” mereka satu ketika diawal kemunculan dulu…

“Wahai org² yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas mereka terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertakwa kepada Allah” al-Baqarah 183

Anyway bila datang bulan posa nie aku rasa ada baiknya aku tulis sikit pasai posa. Apa yg aku nak tulis nie adalah perkara yg org Melayu slalu rasa macam salah atau memganggu “markah” posa depa tp sebenarnya (sepaham aku) tidak. Ini adalah beberapa senarai hadis yang diriwayatkan yang aku rasa kita sume patut tahu agar kita faham yang Islam itu mudah lagi lurus…
  1. “Rasullulah SAW bercelak sedangkan baginda berpuasa.” Riwayat Ibnu Majah.
  2. Telah berkata sahabat yg meriwayatkan kepada aku; “Aku melihat Rasullulah SAW di al-‘Arj (nama tempat), baginda mencurahkan air keatas kepala baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Riwayat al Imam Malik dlm kitab Al Muwatta’.
  3. “Makan dan minumlah sehingga azan oleh ibnu Ummi Maktum (nama tukang azan), kerana beliau tidak akan azan melainkan masuk waktu subuh.” Hadis al Bukhari dan Muslim.
  4. “Apabila seseorg drpd kamu mendengar azan, sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajat (menghabiskannya).” dari Abu Daud dan Ahmad dinilai sahih oleh al-Albani.
  5. “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat magrib, dan jangan kamu tergopoh gapah ketika makan malam kamu.” riwayat al Bukhari dan Muslim.
  6. Diriwayatkan dr Aisyah dan Ummu Salamah ra; “Suatu ketika Rasullullah SAW bangun pada pagi dalam keadaan “janabah” (berjunub) setelah “mencampuri” isterinya. Setelah itu, nabi mandi dan berpuasa.”
  7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra; “Kami melakukan perjalanan bersama Rasullullah SAW dan yang berpuasa tidak mengkritik mereka yang tidak berpuasa. Begitu juga sebaliknya.”
  8. Diriwayatkan drpd Abdullah bin Omar; “Nabi menggosok gigi berulang kali sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika Baginda sedang berpuasa.”
  9. Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai; “ Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli Kitab adalah makan sahur.”
  10. Diriwayatkan oleh Ahmad; “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.”
Aku harap drpd senarai hadis² nie, kita sume boleh kaitkan dengan kehidupan kita sendiri. Tp kalu nak tau lebih lanjut cari lah buku. Atau pun cari lah guru yang dirasakan selesa. Jangan hanya rujuk satu sumber rujukan atau guru.  Cari lagi buku lain sebagai 2nd source atau cari guru lain sebagai 2nd opinion. Tak salah. FYI, sebahgian drpd tulisan aku nie dicedok dr tulisan Dr Asri, Dr Daniel dan bacaan aku dari ringkasan sahih al –Bukhari yg diulas dengan pengalaman dan pengamatan aku.

Selain itu, tujuan aku tulis nie adalah supaya org faham yg Islam buka agama extreme yg menyiksa. Islam banyak longgar dan praktikaliti dia. Islam tak macam agama lain yg terpaksa menyeksa diri utk mendekatkan diri pada tuhan. Islam adalah agama “daily live” @ “hidupan harian”. Memang ada hadis yg mengatakan yang bau busuk nafas org yang berpuasa berbau lebih harum dari kasturi di akhirat kelak. Ya, memang betul. Tp ini tak bermakna kita biarkan utk biar nafas kita berbau. Bayangkan dalam urusan kerja kita. Kita terpaksa berinteraksi dgn non Muslim. Dan bila mana mulut kita dibuka, dan keluar bau yg sgt tak menyenang, bayangkan apa imej yang kita tampilkan pada non Muslim itu? Ya, kalu org yg kita interaksi tu Muslim, barangkali dia akan faham. Tp, kalu non Muslim? Sudah pasti dia akan nampak Islam nie something yg tak pentingkan “adap”. Macam mana kita nak jadi “daya penarik” @ “agen pendakwah” Islam? Ntah² kita pula secara tidak langsung menjadi ajen finah terhadap Islam. Fuhh.. Na’uzubillah….

Sebenarnya kes mulut busuk bau kasturi tu (pada akulah) macam pampasan yg Allah bagi atas ketaatan kita. But of cause, kita kena usaha supaya nafas kita tak berbau. Tgk contoh hadis yg aku tulis kat atas. Come on, Nabi pun selalu gosok gigi. Actually, Nabi adalah org yg sgt particular pasai imej dan penampilan. Susah aku nak explain, tp itu hakikat. Why? Bcos dia ada imej Islam. Dia adalah duta Islam.  

Ini sgt berbeza dgn imej yg ditampilkan oleh golongan yg konon Islamik. Aku bukan anti geng tablig, but aku ada pengalaman yg “tak sihat” dgn majoriti depa terutama semasa aku di UTM. Sebahagian dr depa bajunya lusuh, baju tak diserika berkedut kedut, janggut serabai, bulu hidung terjunai, gigi berkarat dan lain². Apa tanggapan non Muslim bila tgk depa nie? Pepatutnya mereka paling kurang berimej kemas dan bersih. Contohnya mcm arwah Ahmad Deedat. Bukan main kemas dan bersih. Even Buddhist monk nampak lagi bersih dr sesetengah tablig yang aku pernah jumpa. Seriusly macam mana nak tarik org lur masuk Islam kalu imej pun hancus. Come on lah, body language tu 90% effect perspective tau. Good attire is part of body language. Adoi…

Anyway, aku harap apa yg aku tulis nie sedikit sebanyak memberi @ menambah “vokubulari minda” (fuhh… tinggi bahse nie… play safe betul…) hangpa. Ia hanyalah pandangan yg aku kutip yg aku rasa aku patut share dgn hangpa sume.

Tuesday, 2 August 2011

Islam; Adalah Cara Hidup

“Agama (Islam) itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka”

Riwayat al-Bukhari

Islam adalah sebagai cara hidup. Islam is the way of life. Sebenarnya istilah “way of life ini” setahu aku diilhamkan dr Bible iaitu, “…I am the way, the truth and the life, no one has cometh onto the Father except by me…”. Kata² ini diucapkan oleh Jesus (Nabi Isa) setelah ditanya oleh muridnya berkaitan utk mendekati tuhan (mendapat keredhaan tuhan). Malangnya eventually, kata² ini diambil secara literel dan disalah fahamkan @ disalah ertikan. But that’s a different topic. Anyway aku rasa better aku yg bagitau compare drpd “org lain” yg bagitau..

Anyhow, pd aku dan pada ramai lagi org lain, tak salah jika kita gunakan istilah “Islam is the way of life” atau pun “Islam; adalah cara hidup”. Ini adalah kerana sememangnya Islam adalah cara hidup.
Allah yg mencipta manusia. Seperti yg aku pernah cakap sebelum nie, utk memastikan manusia itu hidup sihat sejahtera, bahagia dari sebarang sengsara dan bebas dr sebarang kerosakan, kita harus hidup mengikut panduan yg disediakan oleh Sang Pencipta manusia itu.

Contoh yg paling mudah adalah apabila kita membeli kereta. Utk memastikan kereta ini berfungsi dgn baik, kita harus menggunakan kereta ini dgn cara yg betul. Kita juga harus servis kereta kita dgn cara yg betul. Utk mengetahui cara yg betul, kita harus rujuk  owners manual @ panduan pengguna atau pun bertanyakan mereka yg pakar. Bayangkan kalau kita tak mengatahui Dos & Don’ts (apa yg boleh & apa yg tak boleh) maka senang rosaklah kereta kita itu. Contohnya sekiranya mahu tukar minyak engine. Tetapi  tak tahu minyak grade apa yg mahu digunakan (sebab tak rujuk owners manual atau bertanya yg pakar), than hentam saja guna minyak 20W/50, sedangkan minyak yg sesuai utk kereta adalah  10W/30 sudah pasti ia akan mendatangkan masalah. Barangkali masalah itu datang dengan segera (esok atau lusa), mungkin juga masalah akan datang selepas 3 atau 4 tahun. Masalah mungkin datang dlm bentuk kerosakan komponen selain daripada  bentuk gangguan atau kemunduran prestasi kereta. Dan sekiranya berlaku begitu, janganlah disalahkan orang lain kecuali diri sendiri.

Begitu juga dgn manusia...

Allah mengharam minuman yg memabukkan yg rata²nya mempunyai kandungan alcohol. Jika kita minum minuman alkohol eventually ia akan mendatangkan berbagai jenis penyakit lain. Selain itu, antara contoh lain, Allah juga menetapkan agar makan binatang yg disembelih mengikut cara Islam. Ada hikmah kenapa ia perlu disembelih. Antaranya ialah apabila kita menyembelih, darah binatang yg disembelih itu keluar habis melalui urat yg dipotong. Ini membuatkan daging binatang sembelih itu tahan lebih lama dan kurang membawa bakteria. Selain itu rasa daging binatang yg disembelih juga lebih sedap berbanding binatang yg dibunuh dgn cara lain. Di UK, rata² penduduk lebih menggemari daging sembelih kerana rasanya yg lebih terasa.

Sebenarnya terlalu byk contoh yang boleh diberikan kenapa dikatakan Islam itu sebagai cara hidup dan bukan ritual keagamaan semata-mata. Boleh dikatakan bahawa apa sahaja arahan dlm Al Quran adalah utk kebaikan manusia itu.

Sekiranya kita rujuk Al Quran, terdapat surah Talak, An Nisa dan lain² yang dikhas sebagai perhormatan dalam urusan kekeluargaan. Sekali lagi diingatkan, intipati pengajaran dlm  surah dlm Al Quran rata² berkaitan dgn cara utk kita menjalankan cara hidup. Bukannya hanya utk bacaan dalam solat atau dalam majlis tertentu sahaja.

Zaman Keunggulan Islam

Umat Islam diawal kemunculan Islam mencapai zaman kegemilangan kerana mereka faham akan inipati ini. Mereka tidak menganggap Islam hanya utk ritual. Dan mereka tidak nampak apa itu sekular. Mereka juga tidak nampak ibadat itu semata-mata solat, derma, membaca Quran dan mana² aktiviti lazim berkait tasbih @ wirid sahaja. Pada mereka, ibadat ini luas. Memajukan ummah; 1 ibadat, memajukan ekonomi ummah; 1 ibadat, menyediakan peluang pekerjaan untuk ummah; 1 ibadat, meneroka ilmu; 1 ibadat dan lain² lagi asalkan mencari keredaan dan ikhlas semata-mata Allah adalah 1 ibadat. Mereka faham akan hadis nabi yg bermaksud; “..menuntutlah ilmu hingga ke negeri China..”. Atas sebab itulah mereka meneroka (mentafsir) semua Ilmu yg ditinggalkan oleh golongan ilmuan Yunani, Greek, India dan Farsi tanpa sebarang prejudis. Ini berlaku tanpa sebarang intonasi seperti; “baca sirah Rasullullah akan membawa jannah, tp membaca autobiografi sipulasi-pulan hanya membawa dunya..”.

Dalam kehidupan harian kita, diambil contoh, seorang ibu tunggal yang (sangat) cantik, yg baru kematian suami. Dia sanggup berkerja sebagai kerani yg gaji barangkali RM1100 berbanding mungkin berkerja sebagai “pegawai eskot” di kelab malam yg barangkali akan menjana income yg lebih tinggi dr gaji seorang kerani. Dari satu sisi, ini merupakan 1 ibadat dan jihad kerana dia sanggup berkerja susah payah utk mendptkan gaji halal utk menyara anak² berbanding cara lain yg lebih mudah dan lebih menyeronokkan dan glamour.

Macam yg pernah aku cakap td, terlalu banyak contoh atau pun hujah kenapa dikatakan Islam itu adalah cara hidup dan ukan ritual semata-mata. Aku cadangkan korang cari sendiri. Dipasaran pun terdapat byk buku yg menceritakan perkara ini. Aku, sebagai seorang muslim kekadang terasa sedih dan kekadang marah dgn sikap sesetgh golongan yg cuba mengasingkan Islam dgn aktiviti harian. Islam dalam aktiviti harian bukan hanya baca bismillah sebelum memulakan kerja. Islam lebih dari itu.

Pensekularan

Pensekularan berlaku pada zaman Renaissance. Ini adalah kerana di eropah pada ketika itu, golongan ilmuan barat mendapati Bible tidak logik dan menyalahi hukum alam. Ada sebahagian drpd mereka ini menggelar diri mereka sebagai golongan illumati yg membawa maksud “menerangi”. Ini berbeza dgn Islam. Selepas perang dunia pertama dimana kita menyaksikan Empayar Othmaniah runtuh dan dunia dikuasai oleh barat sepenuhnya, barat cuba sedaya upaya umat Islam mengikut jejak mereka iaitu mengasingkan terus agama dari hidupan harian.

Al-Quran; Owner’s Manual & SOP utk Manusia.

Macam yg aku cakap td setiap pengeluar produk akan mengeluarkan product owner’s manual sebagai panduan penggunaan supaya produk ciptaan mereka boleh digunakan dengan cara yg paling optimum dengan kadar efficiency yg tertinggi. Disamping itu, ia adalah supaya produk tersebut tahan lasak dalam tempoh yang lama.

Begitu juga dgn manusia. Allah telah menciptakan manusia dan dia telah sediakan owners manual dalam bentuk “kalam”. Kalam inilah yang sepatutnya dijadikan sebagai panduan hidup. Jadi supaya seseorang manusia itu mempunyai hidup yang bermakna, dia sepatutnya mengukut cara hidup yang dianjurkan oleh Islam.  


Apa yang aku tulis ini hanyalah pendapat dan pandangan aku. Aku cuba zahirkan dalam bentuk tulisan dalam ruang yang seringkas mungkin. Aku pun masih belajar dalam hidup dan terlalu jauh drpd menghukum samaada sesuatu itu “hitam” atau pun “putih”. Oleh sebab itu, sama-samalah kita teruskan menuntut ilmu dan membaca dan saling nasihat menasihati.

Sunday, 31 July 2011

Dr Mahathir; A Doctor In The House

A wise man is a person that learns trough experience, but a wiser man he is, if he learn trough others experience.

I just finished the book last Thursday. And it was journey trough time… Aku baru shj habis baca buku ni Khamis lepas. Pada aku, ia adalah seperti pengembaraan melalui masa..

 
A Doctor In The House adalah memoir DrM. Fokus buku ini lebih kepada pandangan DrM dan apa yg beliau telah lakukan sepanjang tempoh sebelum @ dlm penulisan tersebut. Ia bukanlah sebuah autobiagrafi. FYI, aku pernah baca autobiaografi DrM. Pada aku DrM menjadi PM yg efektif atas beberapa factor. Ya, aku tau ramai yg suka DrM. Mungkin sebab, bini dia tak pakai tudung, mungkin sebab dia tak sebulu Tuan Guru Nik Aziz, mungkin sebab dia tak enforce Hudud (well in this case, currently PAS pun cakap Hudud bukan lagi agenda utama.. wink,wink..), mungkin sebab polisi penswastaan, mungkin sebab tak dapat kontrak dan mungkin sebab DrM zalim sebab buang DSAI drpd UMNO. Atau mungkin juga berbagai-bagai lagi sebab yg aku tak tahu. Itu hak masing² dan patut dihormati. Sungguh pun begitu, kita harus rasional dlm apa shj pegangan kita supaya kita tak menjd ssorg yg buta dan bodoh dimata masyarakat kini dan masa depan.

Masa aku mula ada FB, aku ada post dlm status FB yg aku baru nak baca buku nie. Than ada sorg hamba Allah nie bagi “nasihat” or “tarbiyah” kat aku yg maksud dia lebih kurang; Drpd membaca buku ni, lebih baik membaca autobiografi Rasullulah. Kerana membaca buku ini hanya mendapat dunya. Membaca autobiagrafi Rasullulah akan membawa syurga. To tell the truth aku really piss off dgn statement member aku tu (yes, dia member aku, dan hubungan kami tak akan putus sebagai member kerana semua Muslim itu bersaudara).

Aku marah bukan sebab aku tak ble kena tegur. Aku rela ditegur dan off course kalu aku salah aku akan ngaku, minta maaf dan improve. But, in the mean time, if either aku salah atau tak masih lagi tak jelas, aku akan “berhujah”. This is my way. I will not easily ikut what people tell me. Aku rasa aku dah cukup “tua” utk guna otak aku sebagai pendirian. 2nd time aku post entry berkaitan dgn buku nie, aku jemput member aku tu (or anybody) debat dgn aku kalu dia brani cakap mcm tu lagi. Until now, dia still diam and I’m still waiting.

Sebnarnya, aku marah sebab dia tetiba mejatuhkan hukuman. Rasulullah sendiri tak brani nak jamin jenazah seorg budak kecik samaada dia masuk syurga atau tak. Than, aku marah lagi kecewa bcos, terkaan aku betul iaitu golongan sekular sebenarnya bukan golongan bertali leher. Tp ajen secular adalah org yg berserban dan berkopiah (dan juga tudung labuh berpurdah). Huh? Yes, you heard me right. Antara ajen sekular yg sebenar pada aku adalah golongan yg berpakaian kononnya “Islamik”. Hujah aku? Next blog. Hehehee.. But in short mcm nie lah, “kenderaan utk ke “jannah” adalah kehidupan di dunya yg diredai Allah.. So, what is dunya actually? Why are we here? Next blog..


 Anyway, membaca buku DrM nie memang seolah perjalanan melalui terowong masa dr pandangan DrM sendiri. Aku tak cakap semua pandangan dia betul. Aku juga tak cakap semua decision dia betul. Dalam dunia nie, org yg tak pernah buat keputusan yg salah adalah org yg tak pernah buat keputusan. Even Rasullullah pun penah buat keputusan yg salah. That is the origin of hadis, “Kalau berkaitan dgn urusan agama, kamu rujuklah aku. Tapi kalau urusan duniamu, kamu lebih mengetahui”. But anyway most of DrM decision proven to be beneficial us.

Rata² Malaysian yg lahir tahun 80an adalah generasi DrM. DrM “rules” more than 20 solid years. During his time, Singapore is like Kucingpore to us. Personally for me, I’m proud to have fierce and firm leader. In fact DrM punya celupar bukan utk S’pore jek. Satu dunia dia “bantai”. Dan dia dikenali di mata dunia sebagai anti sematic. Well kalu nak kata gelaran nie, kat M’sia pun dia diberi dgn pelbagai gelaran. Dari Mahafiraun hingga ke Ultra Malay. But of course pd aku gelaran tu sume, hanya ada hujah yg dangkal dan boleh dipertikai.

Buku nie dimulai dgn pandangan DrM tentang keadaan seblum merdeka. Perjalanan dan pengalaman yg dia lalui serta sedikit sebanyak pendapat beliau tentang sesuatu perkara. Banyak perkara pokok yg menjadi persoalan atau isu panas sesuatu ketika dulu disentuh dan diulas dlm buku ini seperti hubungan DrM dgn Tunku (bukan Tun Rahman yek…), 13 May 1969, Demonstrasi jalan 1974, Opss Lalang, Pakatan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, hubungan dgn Tun Daim, Currency Crisiss 1997-1998, Pemecatan & latar belakang Anwar, Kroni, Nepotisme dan Kerajaan Pak Lah (pelik gak, aku tak jumpak langsung nama KJ dlm buku nie).

Aku tau, mesti ramai yg nak tau criter Anwar dr pandangan DrM dan mesti ramai yg aspek DrM mesti blasah Anwar puas hati dia dlm buku nie. But in actual, NO! DrM is quite gentle dgn Anwar. In fact, DrM is much more cynical terhadap Pak Lah compare tu Anwar. Pada aku, mungkin perasaan DrM dgn Anwar lebih kepada kecewa berbanding dgn Pak Lah. Pd aku DrM memang marah pada Pak Lah. Berkaitan dgn DSAI (Anwar), aku sendri tak sangka hubungan depa agak close dulu dan DrM memang nurture DSAI utk jd pengganti dia. DrM yg protect DSAI dr “ganguan” anggota UMNO senior yg lain.  Infact, DSAI adalah induvidu yg paling cepat naik dlm UMNO dgn jumlah penyokong yg sgt ramai. Ini termasuk penyokong yg fanatic. And this was left uncheck by DrM bcos for him; his successor should be more powerful than him. To his thinking, this situation would make UMNO & BN stronger. 


Selain itu, DrM juga tidak segan dlm membentangkan tentang pendpt atau kesimpulan beliau tentang beberapa perkara, baik global mahupun local. Bab faverot aku kalu berkaitan perkara ni adalah bab The European. Aku tak tau sama ada yg dia cakap tu semua tu fakta atau tak. But, org mcm dia, buku yg macam nie, aku confident dia tulis benda yg berfakta. Dia juga berpendapat terhadap empayar Islam dan kenapa Muslim terlampau bacul dan lemah sekarang.

Quick remark; Pd aku pula kebaculan nie menyebabkan perpecahan yg disebab oleh pemimpin yg berwajah Islam yg giler kuasa. Contoh mcm kat M’sia. Dlm PR, sapa yg dominan dlm buat keputusan? Sapa yg selalu mngalah? Itulah dia, bacul demi kuasa…. A sad day and era for Islam… And please, jgn samakan kebaculan ini dgn langkah bijak penuh wawasan dan hikmah ketika Perjanjian Hubaibiah di zaman Rasullulah.

Apa pun, buku ni adalah sebuah buku ilmiah yg sgt berharga. Aku sgt² menyeru, mengajak dan berkempen agar semua org baca buku nie terutama para saudaraku yg beragama Islam. DrM adalah sorg tokoh dihormati, digeruni dan dihargai dipentas dunia. Cetusan minda dr seseorg seperti beliau adalah amat berharga. Belajarlah dr pengalaman beliau. Bak kata pepatah; A wise man is a person that learn trough experience, but a wiser man he is, if he learn trough others experience @ seseorg itu bijak jika dia belajar dr pengalamannya, tetapi seseorg itu adalah lebih bijak jika dia belajar drpd pengalaman org lain. Tiada cara yg lebih baik belajar drpd pengalaman org melalui membaca.

Jika korg tak suka DrM, baca juga buku nie. Baca utk dptkan ilmu. Jgn terlalu sombong dan angkuh. Korg harus adil pd DrM dgn menyediakan ruang utk penjelasan. Kalu korg anggap DrM tu musuh, than baca juga buku adalah dasar ini; know your enemy as you know yourself, than you will lost a thousand battles.

Selamat membaca…

Tuesday, 26 July 2011

Kepentingan Ilmu – Serangan Ekonomi

Perang Zaman Moden

Sepanjang usia aku hidup, telah berlaku beberapa perang yg meragut ribuan malah jutaan nyawa. Aku bersyukur Negara kita Malaysia dilindungi Allah drpd bencana yg dasyat ini. Aku amat takut jika berlaku penghapusan etnik spt yg berlaku di Bosnia, penaklukan kawasan seperti yg berlaku di Palestin dimana rumah dan tanah mereka dirampas begitu shaja dan diagihkan sesama mereka dan ketamakan emas hitam dlm penaklukan oleh Iraq terhadap Kuwait dan Amarika celaka terhadap Iraq pula. Perang Teluk pertama; pada aku, apa sahaja alasan Saddam Hussein, dia tak ada hak utk menceroboh Kuwait.

Itu antara contoh perang fizikal dlm bentuk penjajahan fizikal terhadap sesuatu kawasan yg berlaku dlm bentuk serangan fizikal.

Selain serangan yg berbentuk mulitari, terdapat juga serangan dlm bentuk lain. Antara yg selalu kita dengar adalah serangan budaya, serangan ekonomi dan terkini serangan siber.
Serangan Ekonomi 1997

Malaysia juga pernah diserang pada zaman hidup kita. M’sia juga pernah cuba dijajah oleh pengganas dan penjajah halus ini. Ya, M’sia pernah diserang pd tahun 1997 dan mengambil masa yg lama utk pulih semula.
Seperti yg rata² tahu, pada tahun 1997, M’sia pernah diserang oleh penyangak mata wang dunia. Mulanya aku sangkakan yg penyangak mata wang ini hanyalah George Soros. Tp selepas aku baca bab “Currency Crumble” dalam buku Dr M, baru aku sedar yg hingga sekarang kita tidak tahu secara jelas siapakah sebenarnya mereka² yg menyerang Negara kita pd waktu itu. Pd tahun tersebut aku masih dlm tingkatan 5 and as a typical Malay boy, aku lebih berminat terhadap isu Anwar berbanding isu Negara. Tp, pada awal Negara diserang, Anwar masih lagi TPM dan pada ketika itu, buku “50 Dalil kenapa Anwar tak boleh jadi PM” tersebar luas. Anwar pd ketika itu menjdi “lauk” musuh UMNO. Extremist PAS rata² menggelar Anwar sebagai Al-Juburi.

Pd pertengahan tahun 1997, ekonomi negara² membangun di Asia Tenggara telah diserang oleh satu kumpulan pakar ekonomi dgn menggunakan perdagangan matawang. Pedagang matawang ini memulakan serangan keatas Negara Thailand. Pd Ogos 1997, Thailand hampir runtuh… 

Pedagang mata wang ini mengaut keuntungan atas angin dgn mengeksploitasi kadar perbezaan bunga dan kadar perbezaan nilai wang sesuatu Negara. Jadi bila kadar perbezaan wang itu berbeza besar maka, mereka akan untung besar. Contohnya jika pd mulanya perbezaan RM dgn Dolar US dalam USD1.00 sama dgn RM2.50, mereka akan speculate supaya USD1.00 sama dgn RM3.80. Since barang dagangan luar majority didagang dalam USD, maka interest pun dlm USD. So, in a nut shell aku, rasa korang nampak mana dtg untung dlm currency trading (in actual, aku pun x lah faham sgt…). Anyway, in short masalah interest nie lah yg memufliskan byk kompeni tempatan dan merencatkan lalu melumpuh ekonomi tempatan.

Setelah Thailand, kini giliran M’sia, Indonesia dan Filipina…

Dalam serangan tersebut, nilai RM sedikit demi sedikit menjadi kecil berbanding USD dan pd ketika itu PM and team seolah-olah x berkeupayaan langsung utk bertindak balas. Sungguh pun begitu, utk menangani maslah ini DrM mengarahkan Anwar cuba “persuade” Managing Director IMF, Micheal Camdessuss utk menghentikan dagangan matawang. Ini adalah kerana menurut DrM, Anwar selalu berurusan dgn “bos²” dgn IMF dan most probably rapat dgn mereka dan mampu mempengaruhi mereka.  Malangnya IMF tidak mngambil endah saranan PM (dlm perkara ini, even DrM x pasti sama ada Anwar menyampaikan amanatnya pd bos IMF tersebut atau tidak).


Eventually, keadaan menjadi semakin teruk dan percubaan melobi beberapa induvidu seperti President Perancis dan PM Britain utk memberi tekanan pd IMF bg menghentikan dagangan matawang tidak mendtgkan hasil. Than pd Sept 1997, DrM berpeluang utk berucap diconvention IMF di Hongkong. Knowing DrM, dia merupakan seorg yg sgt aggressive dan sgt out spoken. Dia menggunakan peluang ini utk “belasah” pedagang matawang sepuas hatinya dan menyebut George Soros (mamat nie Yahudi) sebagai salah sorg penyangak tersebut. Anwar tidak selesa dgn tindakan DrM dan menasihat DrM agar jgn bercakap sedemikian lagi kerana menurut Anwar, tindakan sedemikian akan menyusutkan lagi nilai RM. But again, DrM, as always will speak what is his mind without care. He spoke again with the same tone in Chile. Nilai RM susut lagi. Pd DrM, ini adalah bukti jelas masalah ekonomi ini memang satu yg disengajakan oleh pedagang matawang. So, from now at least, adalah jelas siapa musuh yg “bermain” dgn masa depan rakyat M’sia. Bila dah tau sapa musuh, than senang sikit nak draft plan utk counter or pertahankan diri.


In M’sia time tu, Anwar sudah membuat keputusan mengambil “ubat” yg disediakan oleh IMF dlm merawat* ekonomi M’sia. Perlu dingat, ekonomi M’sia tidak mempunyai masalah malahan index pertumbuhan adalah sekitar 7% pd tahun sebelumnya. Urusan perniagaan pun semuanya berjalan lancar. Yg menjadi masalah adalah perbezaan nilai RM yg sgt ketara dgn USD. Dgn meminjam dgn IMF, ini bermakna M’sia terpaksa mengikut telunjuk IMF dlm menguruskan Negara.  Antara ubat IMF adalah 1) Melakukan pinjaman wang drpd IMF 2)Tingkatkan kadar bunga/interest (kata tokoh Islamik.. tp naikkan kadar bunga… Cehhh…) 3) Kurangkan perbelanjaan Negara 4) Kurangkan tempoh pinjaman bank.

Akibat drpd perlaksanaan “ubat” ini, ekonomi Negara emjadi semakin tenat. “Ubat” IMF sebenarnya bukannya “ubat”, tp adalah racun. Tp Anwar teruskan juga…

Bila ekonomi makin teruk DrM harus bertindak. Dia menubuhkan National Economic Action Council (NEAC) yg terdiri drpd menteri² besar termasuk PAS dan juga tokoh² lain. But since saiz NEAC nie besar DrM menubuhkan pulak komite khas yg terdiri dr, Anwar, Tun Daim, Tan Sri samsudin Osman, Tan Sri Samsudin Hitam, Deputy Governor Bank Negara Datuk Fong Weng Phak, Tan Sri Abdul Hassan, Oh Siew Nam (tokoh sector swasta) dan Tan Sri Dr Nordin Sopiee. (Terus terang cakap 50% drpd nama yg aku tulis nie aku x kenal pun…)

Than time DrM ke Argentina, dia teringat akan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan mengarahkan agar Tan Sri Nor dtg ke Argentina ASAP utk membantu DrM mencari jln peneyelesaian. Pengalaman Tan Sri Nor Yakcob dlm menyelesaikan masalah Bank Negara dahulu membantu dan berguna lalu Tan Sri Nor dimasukkan dlm komiti khas NEAC.

Untuk ringkaskan cerita, langkah memulihkan ekonomi bakal diambil mengikut acuan sendiri. M’sia bawah pimpinan DrM menolak ubat IMF. Ini adalah kerana jika meminjam pd IMF dan menggunakan ubat mereka maka kita akan terikat dgn cara dan peraturan mereka. Kita akan hilang kawalan keatas Negara sendiri dan menjadi hamba kepada pemiutang. DrM x mahu M’sia menjadi hamba IMF.  Memetik ayat DrM sendiri; “ I dislike the eloquent picture of Camdessus standing over President Suharto with his arm folded, watching with his most smirking satisfaction as the President sign away Indonesia control over its economy….”@“…senyum dgn senyuman licik penuh kepuasan bilamana Indonesia hilang kawalan keatas ekonomi sendiri..”. Akibat drpd itu, lebih kurang 40 juta warga Indonesia hilang pekerjaan. Rakyat Indonesia tuduh menuduh dan perpecahan pun berlaku.  Indonesia, Thailand dan Filipina mengalami nasib yg malang, tp Indonesialah yg menerima side effect yg paling teruk (barangkali penduduk Indonesia nie jenis kuat emo)



DrM tidak yakin dgn ubat IMF. Keputusan dibuat. M’sia, menolak IMF dan menggunakan cara sendiri utk menyelesaikan masalah. Pd detik² itu, Anwar memberitahu yg Gavernor dan timbalan Gavernor Bank Negara telah meletak jawatan. Dlm masa itulah DrM melantik Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjadi pemangku Gavernor Bank Negara.

Langkah DrM mengikut acuan sendiri itu membuahkan hasil. Bisnes hidup dan kemelesatan ekonomi terhenti dan improve semula. Kerajaan menggerakkan ekonomi setempat dan menyelamatkan syarikat² nadi drpd bankrupt (disinilah modal Anwar yg mengatakan DrM guna duit kerajaan utk tolong kroni). Hasil drpd tindakan jumlah kerosakan adalah terkawal malahan minima. Kadar perbenhentian kerja pun minima. Ini berbeza dgn jiran² kita yg mengalami serangan yg sama. M’sia berjaya kerana kadar hutang (pinjaman) M’sia rendah. Disamping itu, M’sia mempunyai mata wang tunai yg banyak. That is why, we can’t become selfish by asking more subsidy. We need to have some reserve. Malangnya, isu simpanan wang kerajaan nie pun dipolitikkan.. Adui…

*Ironiknya, setelah negara² membangun nie diserang oleh penyangak matawang, dtg meng“offer”kan bantuan.

Coming back to us

Selepas berjela bercerita secara ringkas apa yg berlaku, apa yg aku cuba bagitau adalah kita Muslim M’sia beruntung. Kita beruntung kerana dlm menyelesaikan gemelut akibat serangan pengganas ekonomi ini kita mempunyai pakar tersendiri. Jika disorot kembali induvidu² yg mencari penawar tersebut, boleh dikatan 70% adalah Melayu dan Muslim. Well,maybe some mamak, but hey, still Muslim. Still solat pd tuhan dan berkiblat yg sama.

Disini kita harus berasa bangga atas kejayaan kita dlm menyelesaikan maslah ini dulu. Kiranya tiada Muslim yg mempunyai kebijaksanaan dlm selok belok kewangan dan ekonomi, barangkali kita tidak lebih dr Indonesia. Maybe aku sendiri kena menjadi PATI di Negara lain.

Ilmu adalah penting. Bukan sahaja ilmu agama, tp dizaman sekarang ilmu yg paling penting adalah ilmu utk menguasai ekonomi. Kita harus sedar yg kita Muslim sentiasa diperhatikan dan jika kita leka, musuh² akan mengambil kesempatan. Musuh² Islam pernah menguji kita dahulu dan alhamdulillah, kita berjaya mengatasinya dgn akal kita sendiri. Kita sebolehnya harus mempunyai pakar dlm bidang ekonomi terutamanya. Ini dalah kerana jika berlaku masalah, kita boleh selesaikan sendiri dan tidak berhutang budi pad org lain. Lagipun, kita tidak tahu kadar keikhlasan pihak yg membantu. Barangkali dia mahukan sesuatu dr kita nanti. Mungkin kita cuba menjadi golongan yg “open”, tp maslahnya adakah golongan tersebut akan “open” pd kita?

Semangat sayangkan agama, bangsa dan negara haruslah sentiasa tinggi. Jgnlah melakukan sesuatu yg merosakkan tanah tumpah darah kita. Belajarlah dr sejarah dan gunakan akal yg waras dlm membuat keputusan and, “don’t judge a book by its cover”. Selalunya sejarah akan berulang.

Apa pun ini hanyalah pendapat aku tentang suatu perkara yg diluar bidang aku. Apa yg aku tulis hanya pendapat drpd org biasa terhadap suatu situasi. Again, make a habit to recheck again anything that you have learnt. Jgn terus pecaya bcos maybe apa yg korang pecaya itu adalah bohong semata-mata.

Saturday, 23 July 2011

Demokrasi, Democrazy or Demoncrazy?

Muslims Don’t Vote For Democracy; “Verily the absolute right for legislation is for non but Allah…” O Muslim, remember Allah (SWT) has name and attribute and one of which is Al Hakam. The Legistrator. By Voting, you are committing shirk by associating man in association with man in legislation with Allah. Remember Shrik…. REMAIN MUSLIM IN KEEP AWAY FROM VOTING.

Attribute di atas or statement di atas adalah satu topic discussion aku dgn member aku dlm FB hari tu. Discussion @ “debat” tersebut barangkali akan bersambung…

Terus terang cakap, aku sebolehnya x nak menulis pasai benda serius sgt or at least nak kurangkan menulis benda serius dlm blog aku. Tp byk keadaan memaksa aku memberi respond sebagai pendapat alternative. Ini juga berlaku ketika “Bersih” tgh hot dulu. Terlampau byk pendokong Bersih yg mengeluarkan statement yg pd aku perlu kepada “cabaran”. Pd aku, pendapat alternative perlu supaya pembaca mempunyai pilihan utk memilih dan berfikir. Sepertimana dlm sebuah kerajaan, pd aku ia memerlukan pembangkang yg kuat. Ia adalah utk mengimbangi tindak tanduk kerajaan dan juga sebagai peng”audit” supaya kerajaan x salah guna kuasa. Kalu x, ramailah politician yg macam Dr Khir Botox dll. Dr Khir; “Hang memang memalukan….”

Berkaitan dgn perkara diatas, apa yg aku tulis ini tidak lain hanyalah pendapat peribadi aku shj. Ianya barangkali tidak tepat dan most problaly perlu dicabar.

Anyway..

Rasullullah (Nabi) ada berkata dgn maksud lebih kurang; “Golongan yg merosakkan agama adalah golongan pelampau”. Sejarah byk membuktikan akan kebenaran kata² Nabi itu baik dlm sejarah dunia mahupun dlm Negara kita. Byk opportunist yg keji menggunakan agama utk mengumpul pengaruh baik utk harta atau pun nama.  Ada yg sanggup memutar belit maksud sebenar kisah, ayat Quran, hadis mahupun sunnah. Mereka memberi maksud extreme dan sempit sedangkan Islam itu hakikatnya luas dan mudah. Sebenarnya inilah yg dilakukan oleh golongan yg menuduh Islam agama yg menganjurkan keganasan dgn memetik 1 drpd ayat Quran yg diluar konteks. Maaf, aku x ingat ayat tersebut. In actual, ayat tersebut merujuk pd spesifik keadaan didlm perang Khaidar @ Khandaq. Contohnya, ia seolah mengambil ungkapan “la’ila” drpd “la’ila hail lullah” sebagai pegangan Muslim. Sama juga dgn stiker diatas. Ia mentafsir secara “rigid” ayat tersebut. Ini barangkali salah satu contoh pelampau dlm agama.

Pertama skali perlu aku tegaskan kat sini bahwa pd pendapat aku, demokrasi adalah 1 cara pemilihan ketua drpd berbagai² cara didunia ini. Setiap cara itu sesuai mengikut keadaan dan keperluan social semasa. Peribadinya pd aku, buat masa ini, dizaman ini demokrasi adalah cara yg paling adil dan transparent. Sungguh pun begitu, demokrasi ada kelamahannya yg tersendiri yg sgt “fatal”. Utk memastikan kerajaan yg dipilih melalui demokrasi itu benar² efficient, ia memerlukan pemilih @ rakyat yg majoritinya bijak dan matang. Kiranya rakyat kurang bijak dan senang diperbodoh oleh lakonan dan sandiwara, maka demokrasi tidak lebih drpd hanya senjata politik. Senario paling mudah adalah apabila induvidu yg bertopengkan Islam utk meraih simpati drpd penduduk kampung yg kurang pendedahan dan ilmu. Biasalah, majority penduduk kampung hanya tahu menilai dr luaran. Terutamanya org Melayu. In actual, Melayu majority hanya menilai luaran dan mudah bersimpati tanpa membuat kajian dan penilaian yg kritis. Lihat pilihan raya 1999. Jasa kerajaan BN menyelamatkan Negara drpd serangan pengganas ekonomi yg didalangi Amarika Yahudi celaka dikaburi oleh lakonan politik induvidu tertentu. Hasilnya, Terengganu jatuh ke tgn PAS dan Kedah hampir² jatuh ke PAS. Malahan Najib Tun Razak hanya menang majority 124 undi. In general undi Melayu pd BN merosot. Tp, BN masih lg dpt membentuk kerajaan kerana pengundi Cina. Ya, pengundi Cina. Cina telah selamatkan BN pd 1999. Ini adalah kerana, tindakan yg kerajaan ambil dlm menangani serangan ekonomi itu amat dihargai oleh peniaga Cina dan mereka membalas jasa dgn mengundi BN. Pd aku pengundi Cina jauh lebih bijak dan matang drpd pengundi Melayu yg mudah emo dan ditipu. Melayu kena lebih byk guna otak dr guna hati.

Nabi ada bersabda dgn maksud lebih kurangnya..” Perbezaan pendapat antara umatku adalah satu rahmat, tp perpecahan antara umatku adalah 1 bencana..” Ayat ini boleh difahamkan kpd byk maksud dan di”impose”kan ke byk keadaan. Antaranya pd aku ia adalah antara ayat yg membenarkan demokrasi. Ini adalah kerana jelas menurut nabi bahwa yang bebeza pendpt ini ada baiknya juga. Sama juga dgn parti politik. Setiap parti politik mempunyai pendpt sendiri dlm aturcara menguruskan Negara. Inilah yg dimaksudkan dgn perbezaan pendpt. Tp sungguh pun begitu jgn lah smpai berpecah kerana.. semua Muslim itu bersaudara. Aku pernah tersentak dgn ungkapan sorg “die hard” PAS yg mengatakan UMNO dan PAS smpai mati pun x akan bersatu. Sekali lagi ini adalah contoh pelampau yg perlu dinasihatkan.

Sistem Syura itu system Islam?

No doubt inilah system yg digunakan oleh Khalifah Arrasyidin dahulu dan barangkali digunakan oleh nabi. Tp, setahu aku, nabi tak melantik Saidina Abu Bakar secara jelas semasa keuzuran Baginda. Baginda hanya memberi petunjuk yg baginda berkeras dgn mahukan Saidina Abu Bakar menjadi imam dlm solat. Saidina Abu Bakar, Umar dan Osman semuanya dilantik atas perbincangan para sahabat yg x silap aku separuh drpdnya adalah terdiri drpd 10 org yg dijamin Rasullullah utk masuk Syurga. Saidina Ali pula dilantik dlm keadaan yg berbeza. Sungguh pun ada yg nampak mcm Syura, tp ia sedikit berbeza kerana ketika itu kerana terdpt masuk cmpur puak pen”demonstrasi jalanan” yg bersekongkol dlm pembunuhan Saidina Osman dlm mempengaruhi pemilihan Ali.

Kita kena faham, ketika zaman awal Islam, keadaan adalah agak berbeza. Pd ketika itu, Islam masih baru dan rata² majority Muslim masih “blur”. Jd utk memilih pemimpin, ia perlu dilakukan oleh sekumpulan golongan yg dijamin akan masuk syurga dan diakui sebagai “firm” pegangannya. Lagi pun Khalifah Arrasyidin semuanya antara 10 yg dijamin masuk syurga. Zaman skarang, masih adakah org yg brani jamin dia terus masuk syura lepas alam kubur?  Come on lah… Than, if Syura nie perfect and akan solve all problem than why Saidina Osman mati dibunuh kejam? Again, upon my understanding, Syura is just another system utk memilih pemimpin.

Penjihad Melayu?

Than kenapa a few penjihad Melayu Islam dok syok sgt? Actually mcm nie. Pd pendpt aku, Melayu nie x kiralah apa pun asalkan bunyi Arab, pd dia kira dah Islamik dah. Apa saja bunyi asalkan berbentuk l’oghatul A’rabiyyah. Kelakarlah.. That is why, Melayu kena blajar guna otak byk sikit. Jgn main layan je. Byklah membaca, berfikir dan berdiskusi. Kurangkan beremosi. Ingat, bukan semua yg bunyi Arab itu Islamik.

Demokrasi dicipta oleh Yunani/Greek laknatullah?

Mereka kuffar kaffir yg x beriman pd Allah? Who said so?  Ini sume assumption liar. Jgn main tuduh. Korang dah masuk perangkap minda yg disetkan oleh musuh Islam. 1st of all, system demokrasi yg digunakan oleh mereka (Greek) diamalkan bertahun² awal dr kelahiran Rasullulah.  Adakah beriman pd Allah hanya selepas Rasullullah? No. Than adakah beriman pd Allah hanya beriman pd mereka yg dilantik menjadi nabi dr golongan Israel? No. Allah telah menurunkan ratusan rasul dan ratus ribu nabi. Ada riwayat mengatakan terdapat 124,000 org nabi manakala kalu x silap aku 426 org rasul. Quran ada menjelaskan (sorry aku x ingat ayat tu..) bahwa, pd setiap kaum dimuka bumi nie Allah akan utuskan pd mereka utusan pd kebenaran. Barangkali syariat tu berbeza kerana perbezaan ketamadunan dan pencapaian minda, tp prinsip tauhid dan moral sejagat insya’allah sama (rujuk buku Ahmad Deedat; What is his name?). Similarly, ini juga apply to the Greek @ Yunani (or who ever) yg mengasaskan demokrasi. If I’m not mistaken, beberapa pemikir terkenal tamadun tersebut tidak menyembah tuhan Pantheons yg pelbagai seperti yg kita faham. Mereka (sorry, aku seriously x ingat nama) mengagungkan “the Prime Mover” (rujuk Karen Amstrong; History Of God).  But of course, perdananya barat menggambarkan yg rata² mereka menyembah tuhan² pelbagai.

Sebagai Muslim, selalunya kita mudah berkata, “Yg baik dtg dr Allah tp yg buruk pun dtg dr Allah tp melalui kelemahan dan kekurangan dr sendiri”. So, kenapa discriminate demokrasi? Jgn kerena kegagalan “badan yg bertanggungjawab” dihukum pula demokrasi. But skali diulang, umumnya demokrasi ada kelemahannya. Having said so, to remind you, apa yg aku paham dlm demokrasi, pihak yg tewas kena akur dlm erti kata bertolak ansur (secara professional) dgn pihak yg menang. Sungguh pun hanya majority 49/51 pecahan yg 49 jgn degil dgn liat. Jgnlah dibuat demonstrasi, boikot atau keluar parlimen sbagai tanda protest. Macam budak² bebai soit.

Sistem Dalam Tamadun Islam?

Ada yg mengagungkan system Islam dgn mengaitkan kehebatan tamadun Islam Umaiyah, Abbasiah dan Othmaniah. Tamadun dulu hebat sbb takluk Baitul Muqaddis, Al Andalus, Konstantinepol dan “sikit lg” nak takluk eropah. Or mereka mungkin ada yg kata tamadun tersebut hebat sebab depa pakai Syura. Inilah Melayu. Main blasah jek… FYI, sume tamadun tersebut menggunakan system monarki. Monarki tu Syura ke? Adoi… Allah anugerahkan kejayaan pd mana² kaum yg berusaha dan disiplin. Itu “sunnatullah”. Beza utk Muslim adalah bila depa berdoa dan bersyukur, depa dpt pahala. Quran ada menyebut, “Kami akan mengubah nasib sesuatu kaum bila mereka merubah nasib mereka sendiri”. Tak kira la kaum apa pun pun. Agama apa pun. Ini hukum Allah. Muslim, berdoalah berapa kali pun kalu x berusaha, x kan dpt apa yg dihajati punya. Contohnya, isu Palestin. Satu dunia berdoa, tp Allah x makbul lg pun. Muslim Palestin mati setiap hari. Apsal? Allah nie sadis ke? Allah suke dengar Muslim berdoa sampai Dia sanggup biar wanita dan kanak² mati ke? NO! (FYI, inilah antara isu yg dimainkan oleh Richard Dawkins dlm God’s Delision). Ini adalah kerana Muslim x bersatu. Arab x bersatu. Hamas & Fatah pun x bersatu. Sume berpecah sbb giler kuasa dan harta selain drpd bodoh lagi bangang sbb malas nak guna otak selain asyik nak cium bontot boss (ketua) jek. Jgn salahkan demokrasi kalu Muslim x bersatu. Ni apa x nya, kalu Fatah menang, Hamas bising and vice versa. Alah, sama je kat M’sia. Bila menang, yg kalah buat demonstrasi dgn pelbagai alasan (ada yg ada strong point, but hey, 4 states under opposition weii…).

Demoncrazy?

Pada aku, salahkan demokrasi sebagai punca perpecahan umat Islam adalah seperti salahkan handphone atau kereta apabila accident ketika cakap dlm kereta tanpa menggunakan hands free kit. Kalu inilah gayanya, forever Muslim akan jd lauk.  Muslim harus sedar dan stop blaming others. Start reading in order to learn. I have just 1 basic question to my fellow Muslim. If Syura is the only way to Muslim salvation, than how are we going to kick start and implement Syura in the small country called Malaysia? Jgn main cakap dan layan mimpi syurga saja. Be practical than try to simulate your argument in your own simulation study. Than, write a proposal letter.

Skali lagi diulang, ini hanyalah luahan minda dr pendapat yg dihasilkan drpd pengalaman dan  pemerhatian aku. It is just how I see things. As usual, jgn terus accept apa yg aku tulis. Jadikan tabiat utk double confirm anything that you gain. It’s ok to argue in a positive atmosphere.

 Apa pun, hanya Allah saja yg lebih mengetahui…

PS – Tq Kicie for inviting me to the topic. Please invite again. Let have a fruitful “debate”. May Allah bless us all.