Sunday, 11 September 2011

Kebijaksanaan Menilai Sejarah

Tulisan nie adalah extended version dari apa  yg aku tulis dalam ruang komen blog Dr Asri.

Sejarah adalah suatu yg penting dalam hidup kita. Even dalam memilih pasangan, kita digalakkan merisik dan mengetahui sejarah bakal pasangan hidup kita supaya kita tak membuat pilihan yang salah. Selain drpd itu, sejarah penting utk kita belajar untuk mengelak kesilapan yg pernah dilakukan oleh org terdahulu. Bukan utk follow jejak depa. Quran sendri sarat dgn lapuran sejarah yg tuhan sebut dengan jelas sebagai pedoman kepada kita.

Tanggung Jawab

Banyak perkara teknikal yg melibatkan tentang sejarah. Tanggung jawab sebagai penulis sejarah adalah amat berat. Jika ia ditulis dgn tidak jujur, si penulis bakal berdepan kemungkinan sebagai penfitnah sepanjang zaman.  

Dalam menengahkan sejarah kpd org awam, sumber tersebut perlu dianalisa oleh golongan yg layak terlebih dahulu tanpa sebarang prejudis. Sumber tersebut perlu dinilai ketulinan dan kesahihannya. Sumber yg mudah dinoda (seperti internet contohnya), tidak layak dijadikan sebagai pegangan kerana ianya tidak ada nilai dr segi ketulinan. Even semasa aku kat university dulu, ia juga tidak layak diikhtiraf sebagi sumber rujukan didalam tesis oleh pihak universiti. Pada aku pula, sumber internet hanya sewajarnya layak dijadikan pencetus minat. That is why dalam tulisan aku, aku banyak kali tekankan yg jgn jadikan tulisan aku sebagai “cold hard fact”. Cuma aku berharap agar ia dijadikan sebagai pencetus utk terus menyelidik dan minat dalam sesuatu perkara atau topic.

Pembawa Berita

Dalam menceritakan sejarah kita harus melihat siapakan penyampai cerita tersebut penyampai sumber itu perlu seorg yg "bersih" dlm erti kata dia bukan org fasik. Dia bersih dr sifat keji seperti mencarut, memaki hamun, menipu, menabur fitnah dan sebagainya. Lihat dlm sejarah dimana betapa telitinya tokoh hadis kita mengutip sumber hadis malah sanggup batalkan tujuan setelah ribuan batu perjalanan hanya kerna pada beliau pembawa hadis tersebut bersifat "tidak cukup layak".

Fungsi

Apa pun, belajar dr sejarah adalah penting. Ini adalah kerana sejarah (insya'allah akan berulang) sebab sifat manusia tetap sama; iaitu tamakkan kuasa. Kita tak mahu peristiwa hitam kejatuhan Bani Abasiah berulang kembali dimana seorg Muslim sanggup menjual agama, bangsa dan negara sendiri kerana kemaruk kuasa. Kalu dilihat dlm skop yg lebih dekat, perkara begitu pernah berlaku di Tanah Melayu dahulu. Lihat bagaimana Tok Janggut, Mat Kilau dan Dol Said terpaksa berdepan dgn pembelot agama dan bangsa. Bagaimana si pembelot menjual maruah kepada org British utk mendapatkan “gaji” yg tak sepertimana setiap bulan dan juga pangkat dan kedudukan.

Selain itu, dari sejarah juga kita boleh belajar tentang rahsia kejayaan org² sebelum kita. Contohnya, kita boleh ambil pedoman tentang rahsia kejayaan tentera Islam membuka Konstantinopal dan Al Andalus. Bukan setakat sejarah berkaitan Islam, malah byk juga parkara yg boleh kita boleh belajar dari kisah 3 Kingdom di China mahupun Civil War di Amerika. Selain itu kita juga boleh meneladani jalan yg dilalui tokoh ilmuan terdahulu.

Jenaka Mat Sabu

Oleh kerana isu ini masih lagi kuat diperkatakan, ada baiknya aku menyentuh sedikit lagi berkaitan dengannya. Pada aku, kita masih lagi bernasib baik kerana kita masih lagi berpeluang jumpa dgn ayah ibu kita atau datuk nenek kita yang pernah hidup di zaman perang dahulu. Ini adalah kerana kita masih lagi boleh mendengar first hand cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu. Oleh itu cubaan mengubah sejarah oleh pihak tertentu dapat disekat.  Cuba kita bayang jika perkara ini diungkit lagi 15 ke 20 tahun?

Kita sewajarnya tanya balik pada datuk nenek or ayah ibu kita keadaan semasa perang dulu. Selepas Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu diperintah selama 3 hari oleh Komunis. Tempoh 3 hari pemerintahan Komunis amatlah sengsara jika dibandingkan dengan pemerintahan Jepun. Mereka membunuh tanpa soal selidik sesiapa sahaja yg pada depa disyaki pernah menjadi tali barut Jepun dahulu. Pendek kata mereka menggunakan peluang ini untuk membalas dendam. Ramai org Melayu Islam yg terkorban ketika itu. Malahan mereka juga telah menaikkan bendera Komunis di sesetengh tempat sebagai tanda kemenangan. Adakah ini ciri² pejuang kemerdekaan?

Seperti yang aku tulis sebelum nie, sefaham aku, pada masa itu PKM hanya bertujuan mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai extension jajah Negara Komunis China. Bukan memerdekakan Tanah Melayu dan menyerah kembali kuasa memerintah kepada Raja, Sultan atau pun rakyat. Oleh itu aku galakkan agar kita sume pegi check balik buku sejarah time kita form 5 dulu. Time buku tu ditulis, sentiment egois, kejumudan dan extremist politik cetek seperti ini masih belum ada. Pada masa itu, Anwar Ibrahim masih lagi org no 2 paling berkuasa di Malaysia dan pada masa itu juga Mat Sabu nie masih lagi menganggap Anwar Ibrahim sebagai musuhnya.

Kiranya segala sumber bertulis ini tidak dianggap sebagai fakta, jadi apa lagi yang kita mau percaya? Jika cerita datuk nenek kita pun kita tak percaya, sumber apa lagi kita nak pegang?

Bukit Kepong

Dalam kes Bukit Kepong, tidakkah kita tidak bersimpati dgn mereka yg terkorban? Tidakkah kita tidak nampak yg PKM ini sgt kejam? Dibakar mereka dalam balai tersebut dan jenazah mereka ini dibakar  bersama balai tersebut secara sengaja. Tidakkan kita sedar mereka yg terkorban adalah beragama Islam? 


Tidakkah kita sedar yg ada diantara meraka adalah wanita dan kanak². Kita bernasib baik kerna terdapat byk bukti teknikal yg menangkis teori saudara Mat Sabu. Saksi kejadian masih hidup, photo jenazah yg dibakar pun ada dan beberapa induvidu yg berhadapan dengan peminpin PKM pun masih ada. Sebenarnya boleh dikatakan tak ada orang Melayu Islam yg pernah hidup diera tersebut boleh menerima kezaliman PKM.

Dalam  perkara ini yang paling mengecewa adalah sifat org Melayu yg terlalu taksub dgn pemimpin mereka. Membenarkan sahaja apa sahaja yg pemimpin mereka cakap tanpa mengkaji menggunakan akal.

Malah aku dengar ada diantara mereka yg menyamakan kes serangan Bukit Kepong dengan peristiwa Pembukaan Mekah. Nauzubillah… Pembukaan Mekah dilakukan dgn aman penuh bijaksana tanpa sebarang pertumpahan darah. Dari segi situ pun dan beza sgt dah. Apa perasaan Rasullulah bila ada org Islam sendiri yg sanggup menyamakan kezaliman PKM dgn kemuliaaan dan keampunan Rasullulah?

Sejarah ditulis oleh Pemenang?

Perkara itu memang berlaku. Contohnya Spain. Dimana rakyat Serpanyol tak tahu sejarah sebenar Negara mereka. Di Spain, sumbangan Islam dikaburkan dan Islam dan Muslim digambarkan sebagai penjajah ganas. 

Namun begitu, perkara tersebut tak berlaku disemua tempat. Dan selalunya, mereka yg menang adalah mereka yang benar. Jika kita “blanket” semua yg menang sebagi pemanipulasi sejarah, adakah ini bermakna kita bersedia utk “blanket” skali sejarah kegemilangan Rasullullah dan awal Islam kerana mereka yg menang dahulu?Adakah kita boleh mengatakan yg Rasullulah dan para sahabat menulis sejarah itu selera depa? Oleh sebab itu lah, dalam menilai sejarah kita perlu menggunakan akal kita. Bykkan sumber . Dan cari bukti sokongan.

Mengubah Sejarah

Personally aku nampak gerakan mengubah sejarah ini bukan sahaja utk tragedy Bukit Kepong. Spt yg aku pernah tulis dulu, mereka juga cuba mengubah sejarah Tragedi 13 Mei 1969. Semua ini dilakukan atas kepentingan politik mereka.  Pada aku mereka yg sanggup bertindak keji begitu mempunyai niat yang sangat tidak baik.

Menggunakan akal

Tuhan telah berikan kita akal dan kebijaksanaan utk membuat keputasan dan menilai. Tuhan berikan  kepada kita akal utk bertindak secara rasional. Ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak dalam membuat keputusan atau untuk menetapkan pendirian. Cuba sedaya upaya utk melihat sebanyak mana bukti yang ada. Cuba menilai dengan cara yg paling neutral. Jangan lah cepat melatah dan mempercayai apa sahaja yg kita dapat. Better dapatkan beberapa lagi sumber rujukan.

Apa pun dalam apa jua situsasi, pilihlah jalan pertengahan dan bersederhanalah tapi teliti dalam menilai. Jgnlah extreme dan perlulah bersikap adil dan jujur.

Wallahua'lam.

Thursday, 8 September 2011

Jenaka 31 Ogos 2011

“Sokong jua  membawa rebah, lagilah telunjuk mencucuk mata”

Pada 31 Ogos 1957. Tanah Melayu merdeka dari kawalan British. Than pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan setelah Tanah Melayu bergabung dgn Sabah dan Sarawak.

Itu adalah yang diajar kepada kita oleh buku teks di sekolah dulu. Basically aku tak dak masalah dgn sejarah kemerdekaan Tanah Melayu atau pun tertubuhnya Malaysia. Aku juga bangga menjadi Melayu Muslim di negara Malaysia. Ini adalah kerana walau pun terdapat juga beberapa insiden yg hitam dalam sejarah Negara kita Malaysia, but as a whole kita hidup aman damai. Tiga bangsa utama Malaysia, Melayu, Cina dan India boleh hidup bersama dgn harmoni. Kita berjaya hidup dalam satu rumah yg dipanggil Malaysia dgn baik dan aman (secara umumnya lah..).

All become 1


Aku berkata begini kerna bukan semua negara boleh hidup aman bahagia seperti kita. 3 bangsa utama di Malaysia mempunyai perbezaan yg amat ketara baik dari segi cara hidup, anutan kepercayaan (umumnya lah) dan sudah pasti rupa fizikal yang tak seperti di negara lain yg mana perbezaan tidaklah begitu ketara. Sungguh pun begitu ketara perbezaan dan kepentingan kita, alhadulillah kita berjaya hidup harmoni, bertoleransi dan mengadaptasi budaya antara satu sama lain. Contoh yg paling mudah sekali yg menunjukkan adaptasi antara kaum ini adalah dari segi makan. Char koew teow bukan lagi menjadi makanan Cina. Melayu pun dah ramai yg pandai masak dan ntah ada Melayu yg lagi pandai masak char keoew teow dari Cina. Nasik lemak bukan lagi hak milik exclusive Melayu. Mee goreng. Mee sendiri adalah makan Cina. Tp setahu aku, skarang mee goreng sinonim dengan mamak. Kat Penang sendiri aku dah kena ganja dgn satu mee goreng dipanggil mee sotong. Sama gak dgn durian. Mengikut kajian (aku tak tau lah kajian mana, tp aku penah dengar lah..) org Cina lagi suka makan durian berbanding dgn Melayu. Dan kalu tak silap aku, pasca tragedy 13 Mei 1969, Mageran mengadakan aktiviti Pesta Makan Durian untuk mengeratkan kembali muhibah antar Cina dgn Melayu.

Mat Sabu?

Baru² nie kecoh pasai Mat Sabu cakap yg Tunku, Dato’ Onn and the gang bukan pejuang kemerdekaan. Mat Sabu nie cakap yg pejuang komunis yg serang tragedy berdarah Bukit Kepong pada 25 Feb 1950 tu adalah antara pejuang kemerdakaan yg sebenar. Selain itu dia juga cakap yg semua sejarah negara kita adalah bohong. Logik Mat Sabu adalah polis tu sume staff British. Jadi sesapa saja yg lawan British automatiknya pejuang kemerdekaan lah. Mat sabu juga menyamakan yg Mat Indera (Melayu yg bersekongkol dgn Komunis) sebagai antara pejuang yg barangkali sama taraf dgn tokoh penentang British yg lain seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan lain².


Seriusly, geleng kepala aku bila dgr Mat Sabu cakap macam tu. Mamat nie memang dah pening. Aku malas nak explain or berhujah menentang “logik” Mat Sabu. Dah banyak org tolong betulkan. Even YB Karpal Singh pun cakap Mat Sabu is not accurate and ask him to take back what he said. Dalam perkara nie, aku ada gak visit FB dua tiga org yg aku tau tegar PAS. Tak payah aku sebut nama lah. Mamat  Melayu nie tetiba tulis dalam status FB dia tokoh yg dia respek adalah Rashid Maidin. Aduh… Memang mat jilat betul lah… Sedih aku bila ada Melayu Islam yg tak menggunakan akal macam nie. Tp yang hairannya, belajar sampai U.

Sejarah Berulang?

Ini lah dinamakan sejarah pasti berulang. Kenapa? Sebab sifat manusia tetap sama. Gila harta, gila nama dan gila kuasa. Aku banyak kali baca dalam buku yg menceritakan tentang pengkhianat agama dan bangsa demi kuasa. Dulu bila aku baca sejarah induvidu macam tu, susah aku nak terima bcos kebodohan dan ketamakan kuasa induvidu itu dan penyokongnya terlampau terserlah. Namun kini jelas sejarah sudah berulang. Perkara itu boleh berlaku tanpa kita sedar dan yang peliknya ada pulak org yang menyokongnya. Seriusly, aku nak juga dengar member aku yg tegar, taksub, fanatic dan obsess PAS memberi komen. Tahukan mereka yang Komunis itu tidak mengaku kewujudan tuhan? Itu asas fahaman Komunis. Adui…

Anyway, walaupun aku malas dan tak layak nak huraikan explain pasai perkara yang Mat Sabu bising nie mengikut logic akal dia nie, tp aku rasa aku bertanggung jawab jugasedikit sebanyak utk explain secara logik berkaitan PKM (Parti Komunis Malaya) dan Bukit Kepong nie.

Motif PKM

1st skali PKM serang bukan nak tuntut Merdeka macam yg kita paham. Depa nak jadikan Tanah Melayu sebagai kawasan satelit bagi Negara Komunis China. FYI, masa nie Komunis kuat. Soviet Union satu kuasa Komunis yg kuat time tu. Kuasa negara Komunis tgh naik. German Timur ditakluk oleh Rusia dan berhaluan Komunis setelah Rusia bersatu dgn Amarika utk melawan Nazi. Bukan nak serahkan pada rakyat German utk tentukan secara adil. Tapi skang tinggal Korea sajalah yg still pecah dua. Vietnam pun masa tu tgh ditakluki oleh fahaman Komunis. Than kalu cakap bersekongkol dgn British, sebelum kejatuhan Jepun pun PKM berkerjasama dgn British utk melawan Jepun. Cuma lepas, Jepun kalah, British pun masuk balik tanah jajahan depa. PKM pun nak amik Tanah Melayu daripada Jepun. Bukan nak merdekakan Tanah Melayu. Ya, memang ada juga lah induvidu Melayu dlm PKM tp, generalnya? Kepalanya? Hah, cuba guna akal pikiran. Melayu nie dari zaman dulu sampai sekarang asyik kena bodoh je… Stress aku.

Selain itu, masa tu pun dah ada gerakan memerdekan Tanah Malayu. Gerakan nie bermula lepas Jepun kalah. Org Melayu yg mula sedar yg depa mungkin menjadi hamba ditanah sendiri (akibat kebodohan diri sendiri) semakin terserlah selepas kes Malayan Union pada tahun 1946. FYI Japan menyerah kalah dalam perang dunia ke 2 somewhere July 1945 (aku tak pasti tarikh dia). Masa British propose Malayan Union nie, PKM sokong pulak British. Why? So, pendokong PAS Mat Sabu please answer my question. Cuba fikir sendiri. Why, PKM sokong Malayan Union? Tp, ditentang oleh org semua org Melayu. Cuma bezanya, ada sesetengah Melayu nie berada dlm satu pertubuhan yg aktif yang dipaggil UMNO. FYI masa nie PAS masih belum wujud dan beberapa tokoh terawal PAS asalnya dr UMNO. Ini lah satu² time yg setahu aku Melayu bersatu (selain time 13 Mei 1969).

Jd secara logiknya kita dah nampak, yg PKM memberontak nie bukan nak merdekakan Tanah Melayu macam yg kita paham. Tp depa ada agenda sendiri. Dan agenda depa adalah utk menjajah Tanah Melayu. Mat Indera ni pula, fungsi dia samalah dgn Mat Sabu. Lagi satu, kenapa selepas merdeka, geng Komunis still dok ambush keamanan negara? Kenapa ganggu org kampung? You see, PKM nie nak jajah Tanah Melayu. Bukan nak merdekakan Tanah Melayu. So, dari sini kita kena faham apa maksud kemerdekaan sebenarnya. Contoh Negara yg masih tak merdeka adalah Myanmar. Ini pada pandangan aku lah.

Mat Indera Sama Dengan Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said?

Ahmad Bin Indera; Macho gak yek dia nie - Sumber; Google Image 

Sefaham aku, tak sama. Tokoh yg kononnya disamakan dgn Mat Indera ini berjuang mempertahankan tanah kawasan depa dr dijajah. Utk kefahaman lanjut, ada baiknya baca buku pasai ketokohan tokoh diatas. In short sejarah Pahang (Mat Kilau), Kelantan (Tok Janggut) dan Negeri Sembilan (Dol Said) semuanye menceritakan golongan yg gila kuasa utk berkuasa hinggakan menjadi tali barut British. Depa sangguh jual rakan seperjuangan demi sedikit “gaji”. Sama juga lah dgn Mat Indera, sanggup bersekongkol (or maybe dia terpedaya?) dgn PKM utk menjajah Tanah Melayu selepas British.

Hah, FYI, British time tu memang dah nak lepas Tanah Melayu. That is why dia introduce Malayan Union dgn prinsip Jus Soli memula tu. Memang kemerdekaan dah in the pipe line. Just apa method Negara yg akan dibentuk jek. Alah time, pilihan raya yg terawal dulu pun dah ada PAS (selepas beberapa tokoh terawal PAS keluar dr UMNO). So, british memang iktiraf PAS sebagai salah satu parti yg bertanding apa?

2011 Joke

Jadi aku rasa kat sini aku dah sedikit sebanyak dah luahkan pendapat aku tentang jenaka 31 Ogos 2011. Sungguh pun begitu, ini hanyalah beberapa perkara yg diambil dari memori aku sahaja. Ia tak layak diambil sebagai rujukan.

One more thing, berkaitan dgn kecenderongan kearah sesuatu pertubuhan atau parti. Pada aku jgnlah kita terlalu taksub. Nabi cakap, “…jalan yg terbaik adalah jalan pertengahan”. Lg pun semua yg kita sokong tu hanyalah manusia yg tak bebas dr kesilapan. Jika tokoh yg kita sokong itu tetiba bertindak “pelik”, betulkan dia. Jgn lah “menjilat” dan “mengipas” sahaja. Bangkang lah. Kalu dlm politik, bukan seme yg UMNO buat betul. Begitu juga dgn PAS, PKR atau pun DAP. Jgn obsess. Ingat, pepatah nie;“Sokong jua membawa rebah, lagilah telunjuk mencucuk mata..” Berpada-pada dan bersederhanalah. Jangan extreme dan fanatic kerana kita dan mereka hanyalah manusia.

Anyway, this is only just my opinion according to my observation, understanding and how I see.

Tuesday, 6 September 2011

Pasai Pa Aku Tulis Blog?

Kenapa aku tulis blog? Nie adalah antara soalan yg member aku tanya aku time kami berkumpul masa cuti raya haritu. Aku tak jawab rasanya. In actual aku nak jawab, tp mungkin kalu aku jawab, maybe terlalu panjang dan sembang kami akan jadi sembang yg boring. Seingat aku, soalan tu aku jawab dgn senyum. Member aku yg tanya soalan tu kat aku adalah member aku yang aku kenal time sekolah menengah. Kami dah lalui berbagai adventure bersama. Baik dari zaman mengaji, merempit dan merapu. Wah hahahaa.. Apa pun before aku bagaitau kenapa, better aku explain sikit back ground aku.

OK Computer?

Aku sebenarnya amat baru dalam dunia computer dan cyber nie. Tp sungguhpun begitu, sebenarnya time UTM dulu, aku antara otai yg ada special ability tersendiri. Dulu, aku antara tokan download. Dalam beg galas aku akan sentiasa ada hard disc. Masa tu pendrive tak mampu nak carry muatan nafsu cyber kami. Aku merupakan org tgh segala bentuk material download. FYI, time tu UTM antara tempat terawal active download. Download secara haram. Bab ni nanti aku akan huraikan secara detail dalam tulisan aku nanti. Aku kena interview balik Papit & Salim macam mana budak KRP (Kolej Rahman Putra) boleh ceroboh dunia tanpa sempadan. 

Believe or not, aku antara org yg paling awal baca dan obsess dgn Naruto. Wah hahaha.. Mesti hangpa ingat aku kencing bukan? Tp itu hakikat. Hanya budak UTM KRP SEE yang tau. Hard disc aku penuh dgn video clip, manga dan macam². Dulu, time student, aku pun taik PC game jugak. Game faverot aku adalah Never Winter Night & Dungeon Siege. Character ciptaan aku mesti pompuan. Rambut mesti kaler putih atau merah. Dua game nie aku main sampai habis berulang kali utk dpt ending yg perfect. Memang alam game nie sgt luas. Tp bila aku start practical training di Sime Tyre, aku terus stop sedangkan masa tu aku ada terlampau byk masa free. Masa aku time tu habis dgn lepak & membaca. 


Dari situlah skill computer aku mula hilang. Dunia computer aku tak di update. Cyber comic yg aku slalu or actively download aku tinggal macam tu saja. Dulu aku tak sabar tunggu sambungan Naruto, 20th Century Boys & One Piece baru dr internet, tp ntah ngapa minat aku hilang macam tu saja. Aku pun cuba gak main game sume tu, tp aku dah tak “feel”. Aku pun heran apa dah jadi dgn diri aku. Dulu, kalu main game, 2 hari 2 malam tak tido pun ok lagi. Bayangkan, main game sampai jadi zombie. 

Akhirnya officially, dari 15 September 2004* hingga aku tarikh aku beli laptop nie (tak silap aku March 2011), knowledge aku pasai dunia computer dan cyber beku. Aku ada dengar pasai Facebook & Blog, tp aku tak tau apa benda sume tu. Akaun email Yahoo aku yg original pKusanagi@yahoo.com dah tak ble buka. Apa taknya, password dah lupa. Friendster jgn cakap lah.

*15 Setember 2004 adalah hari dimana aku diambil berkerja disyarikat yg menggaji aku sekarang.

So, what happen during 15 Sept 2004 till March 2011?

a) Working Man
 Apa yg aku buat utk isi masa lapang aku? Aku keje teruk sgt macam bewak or aku obsess dgn keje bagi org lain kaya? Or aku terlalu busy dgn keje? No doubt, one thing for sure I enjoyed working. I found it was very interesting and fun. Personally, ntah ngapa aku nampak keje aku nie macam aku tgh main game. Game apa? Street Fighter? KOF? No, aku rasa macam aku main strategic game seperti Sim Farm, Sim City, Pharaoh, Civilization or even Romance Of The 3 Kingdoms. Bezanya in life game aku tak boleh kalah or reload if anything goes wrong. So, it was more challenging. Juga mcm dlm game, aku kena wat keputusan dan executes plan aku. Bezanya in real life, it involves people and family. In game, it is all fantasy, sume tu tak wujud dan tak involve feeling and family.  In short, apa pun, once I really enjoyed my work. Good company, good bosses, good staff, good cust and good life.

b) Live life & experience life
Other than that, aku isi free time aku dgn penglibatan diri dgn “life”. I lived me life and swam and hurdled and sunk and suffocated and drunk and everything related life. Terutamanya time aku kat Ipoh. 3 years in Ipoh tak sama dgn 5 years in UTM combine with 5 tahun di sekolah menengah. Payah aku nak explain. Tp, aku rasa sampai bebila pun aku tak kan forget Ipoh.

c) Books & Religion
Besides tattooing my canvas with “life” aku juga membaca. Ya, sehawag mana aku dulu, aku baca. Aku amat suka membaca. Tapi tengaok topic buku gak la. Yg best skali aku baca perkara berkaitan dgn “dalaman” dan juga keagamaan. Aku pun tak tau ngapa ku minat sgt dgn agama (especially), tp aku suka sgt nak tau. Pepagi aku baca tafsir than malam sebelum tidur aku dgr ceramah Ahmad Deedat. Yes, my bedtime lullabies before sleep were Ahmad Deedat’s lectures and debates. 

Once, I met my long time lost friend; Tazli (he is a lecturer in UTP). He was my cust at that time. We chatted. After chatting, Tazli cakap yg aku ada masalah identity. Wadahel? Yang best skali, dia bukan org pertama yg cakap macam tu. Apa pun, times lepas tu aku rasa apa yg dia cakap tu macam betul. Apa taknya, imej dan cara aku berubah bila tetiba cakap pasai isu serius. Sedangkan aku nie dr zahirnya nampak tak cocok dgn perkara yg aku tau or cakap. Pendek kata macam nielah, cari hidup or penampilan aku tak imej apa yg aku cakap. Contoh mudah adalah, macam, budak Metal tetiba nasihat kat ustad sekolah kebangsaan pasai benda agama. Apa pun itu tafsiran aku saja pada org pada aku.

Anyway, at that time I filled my free time with reading books. Numbers of books. Some repeated several times. Pada aku, aku baca nie utk diri aku dan org keliling aku shaja. Tak dak niat utk bagi ceramah kat org ke hapa. Kira nak ikut semangat Sekolah Hitten Mitsurugi dalam Ruronikenshin lah. Yang best, lepas baca, aku rasa lagi byk benda yg aku miss dari yang aku blajar. So, aku baca lagi buku lain pulak. Aku ada pikir gak nak ubah cara aku supaya cocok dgn benda yg aku tahu. Tp, kalu aku ubah, akau rasa hidup aku boring mampus. Apa pun since niat aku baca adalah utk diri sendiri dan org terdekat, aku tak baca dlm niat menghafal. Contohnya, bila aku baca hadis or ayat Quran, aku tak hafal detail ayat tu. Yg aku tau inti or reason ayat tu ditulis or diajar. Contoh dalam isu keadilan tuhan dlm hak wanita dan lelaki. Aku ada baca ayat Quran yg menunjukkan keadilan tuhan dlm perkara nie. Aku tak ingat ayat word by words, tp aku ingat secara rambang ayat tu bunyi macam mana. Ayat yg aku maksudkan adalah bila tuhan cakap dlm ayat yg berbunyi lebih kurang; “Lelaki baik utk perempuan baik dan perempuan baik utk lelaki baik. Lelaki jahat utk perempuan jahat dan perempuan jahat utk lelaki jahat”. Pd aku ni ayat yg memberi tahu yg tuhan layan lelaki or perempuan adil (mengikut sifat kejadian masing). Pada aku, ada sebab kenapa tuhan ulang dua kali benda yg bawa maksud yang sama dlm ayat Quran.

Things change a little bit after I got married. Dari situ aku tgk Facebook secara dekat. Bini aku, keje dia kena pakai internet dan dia pun slalu dok surf internet. So, dari situ aku tgk banyak benda baru yg aku tak tau. Apa pun time tu aku still nampak Facebook nie just utk org show off and blagak. Sory, but ini yang aku nampak. But still I have to admit, if facebook ada time aku student dulu, maybe dunia aku jadi lain sikit, kot..

My Laptop

Bila hang dah kawin, hang dah tak ble balik umah lewat macam dulu dah. Hang dah ada tanggung jawab sebagai suami. Hang kena balik awai. At least itu yang aku try and still trying. Tambahan kalu bini hang tengah mengandung or hang dah ada anak. Your family need your presence. So, utk persediaan itu, aku pun beli laptop. Aku minta staff aku tolong advice because depa lagi pandai dari aku dalam benda nie. Aku beli dengan harapan agar job aku yg tertunggak ble aku wat kat umah. Tak payah nak stay kat ofis.

So to cut thing short, lepas aku beli laptop, aku pun buka akaun facebook. Tp sgt tak aktif. Sampai satu masa, aku lupa password. Nasib baik bini aku yg buat. Jadi dia ingat password aku. Mcm aku cakap td, pd mata aku time tu, facebook adalah medium utk org berlagak or show off. But later I was prove that I was wrong.

Masa tu aku dok tgk gak bini aku buka blog cousin bini aku. Tajuk apa ntah. Aku agak curious, than bini aku pun explain apa itu blog dan menurut bini aku, sesapa saja boleh buat blog. Maknanya, kalu isi tulisan tu sampah pun ok. Ohhhh…

The Tarik Gelas Besar

Adik aku kat UKM (aku panggil dia Kandar) yg slalu introduce aku kat blog. Blog tu adalah blog sukan parody yg pada aku sgt klakar. Blog tu tajuk dia Sokernet. Aku suka sgt isi dia. Walaupun Liverpool slalu kena nganjing, tp aku tak marah bcos aku rasa klakar.

But one day, aku terbaca 1 blog yg adik aku kat UKM tu slalu baca. Tajuk blog tu Teh Tarik Gelas Besar. Lepas satu post, aku baca 1 lagi post. Ending up dekat  5 – 6 post dalam 1 masa. Dah la satu post dia punya la panjang. Blog mamat Nami nie secara kasarnya sangat bagus. Pada aku, Nami adalah sorg yg byk baca dan berbakat. Dia seolah-olah tau banyak benda teknikal dan teori. Aku sgt kagum. Tp, dalam kagum tu, aku nampak ada tulisan dia yg melampau. Aku tak bahasakan sebagai sesat tp at some point tulisan dia memang macam dah sesat. Sesat disini bukan ajaran sesat. Pada aku tulisan dia membawa idea yg bahaya. Banyak juga isi yg dilabelkan sebagai fakta oleh dia sebenarnya salah. Ada sesetengah post dia bila aku baca rasa mendidih je darah. Ada yg rasa stress dan ada yg banyak istigfar.  Byk kefahaman dia salah dan dia jugde dunia ikut kefahaman dia.

Aku tak pasti Nami nie org yg macam mana. Aku tak layak nak jugde dia, tp pada aku ada tulisan dia yang bahaya dan mengelirukan. Kalu org muda macam adik aku baca dan terpengaruh, susah dibuatnya. Dan yang best skali, majority yg baca adalah golongan muda macam adik aku. Golongan muda yg majoritinya student. Golongan nie majoritinya rebel dan akal pendek. Why? Bcos depa tak experience life yet. Aku tau bcos aku pun dulu macam tu gak.

Pada aku kelebihan blog Nami nie adalah dia memang berbakat dalam mainan bahasa selain isi tulisan dia memang sgt teknikal. Or I would like to say that, isi tulisan dia sgt “jargon”.

Bukan sume benda aku tak setuju dgn dia. Byk gak yg aku setuju dan sokong. Tp byk juga yang aku tak setuju. Pd aku, aku bukan pilih bulu dlm menilai. Tp nie hak aku dlm menilai. Sungguh pun aku tak setuju dgn sebahgian tulisan dia, tp aku tak salahkan dia. Aku pasti, ada sebab kenapa dia jadi macam tu. Selain itu, aku juga boleh uji skill aku.

Memang internet adalah satu medium yg bahaya. Apa sahaja boleh org tulis dalam internet dan isi ilmu dlm tak boleh dinilai dan disahkan kebenaran. That is why, time UTM dulu, lecturer tak bagi amik internet sebagai sumber rujukan dalam tesis. Bukti? Tgk Mat Sabu. Punya la serabai pakcik sorg nie. Sanggup dia jual agama, bangsa dan negara dia demi menagih undi (tp yg aku heran, bukan dia sorg, huhuhu…).  Sumber dia? Internet? LOL! Come on lah… Komunis bukan nak tuntut merdeka dlm erti kata merdeka yang kita paham. Depa nak Tanah Melayu jd setelit Negara komunis China. Oh ya, FYI, sebelum tu, Komunis nie stuju sgt dgn Malayan Union. One more thing, macam mana org yg kononnya perjuang agama boleh sokong Komunis? Komunis wei! Baca balik asas fahaman Komunis tu macam mana! Apa tuhan depa, eh, Komunis ngaku ada tuhan ka? Tp biasalah, kalu dah fanatic, mabuk kuasa, semua dihalalkan. Halalan Toyyibannn… Hulalaa..

Isu Politik Semasa


Masa aku kat umah adik aku, Din, aku dikenalkan oleh dia satu Facebook page “Isu Politik Semasa”. Aku rasa hangpa sume boleh vist sendir page tu. Pada aku tulisan dia kelakar dan yg best skali dia link dgn banyak lagi blog lain.

Seperti yang aku cakap tadi, tulisan dl internet nie bukannya boleh jadi sumber sgt. Banyak yg tulis ikut kepentingan peribadi bebanding fakta berbukti. Tp yg pasti, facebook nie memang buat aku kenal betapa meriahnya dunia politik negara yg dah tak dak maruah. Sampai aku pun hairan, macam mana org boleh hidup berkeluarga kalu dia sanggup berperangai demikian.

Malah dalam politik aku baru nampak sifat sebenar manusia yg sanggup jual agama, bangsa dan negara utk nafsu dia di samping menipu dan berhelah. Serius dalam nafsu politik, wajah sesorang manusia menjadi sangat hodoh. Yg konon nya sokong Islam boleh tetiba berseteru cium molot dengan penggerak anti Islam. Pelik betul…

Bersih 2.0


Sebelum Bersih 2.0, berbagai aktiviti dilakukan utk mengajak org ramai supaya join. Dalam masa tu gak aku tgk berbagai gelagat dan hujah dikeluarkan. Baik dr blog mahu pun dari facebook. At the same time, aku ter visit facebook page Bersih 2.0. Fuh… macam²! Berbagai golongan berhujah. Ada gak yg mengarut je lebih.

Bila aku baca komen, aku tertarik utk join. Aku tertarik utk join utk memberi second opinion pada mulanya dan juga membetulkan beberapa “kondisi”. Tp tulisan aku akhir menjadi hujah dan debat pula. Last skali aku ending up berdebat (secara cyber) dengan ramai pendokong or penyokong Bersih. Ok, disini aku perlu tegaskan, aku bukan budak Umno. Banyak (dalam page Bersih 2.0) yg cakap seolah aku ni champion Umno or even barua Umno. In actual I’m not. I’m neutral. FYI, I like what PAS Kedah is doing in Kedah. But, aku tentang Bersih bcos Melayu dan Islam dianjingkan oleh sesetengah kelompok.

Aku tengok, byk yg kononnya fakta sebenarnya bukan fakta. Than kononnya Melayu Islam yg kononnya modern or maybe liberal jual agama dan bangsa depa sendiri tanpa depa sedar. Ada yg cakap main syok sendiri, angau dan mabuk tanpa sedar yg depa dah jadi lembu dan anjing. Sory, bahasa aku kasar, tp memang aku geram dengan apa yg berlaku. 

Seriusly, byk soalan aku yg depa tak dapat jawab. Byk gak hujah aku yg depa tak dpat nak balas. But of course, ada gak yg aku pun terpaksa akur. Tp, pendokong Bersih majoritinya tak tahu apa yg depa tgh buat dan ikut emosi je.  Penat juga lah aku explain or betulkan balik ikut apa yang aku paham. Yg paling kelakar ada mamat sekor nie (aku tak ingat nama) siap cakap Penang lagi maju dari KL lepas pemerintahan DAP. Siap suruh aku dtg Penang lagi. Hahahaaa. Come on lah. Aku dok Penang lah.. Tu lah, cakap main bedal je. Bila ada yg tak leh jawab, tuduh aku yg bukan² pula. Adui..

Yang paling best bila dah tak boleh nak jawab (or juga maybe sebab penat), siap label aku sebagai “jahil”. Nasib baik tak lebel aku sebagai kafir. Huhuhu..

Apa pun perlu dijelaskan disini, aku bukan pro Umno ke hape. Aku happy dgn Pas Kedah. Kedah improve banyak selepas kemurungan dulu. Kalu Pas Kedah maintain atau improve, insya’allah Pas akan sentiasa memimpim Kedah. Personally, pada aku Pas Kedah adalah komponen Pakatan yg terbaik daripada semua yg ada dlm Pakatan.

Kenapa Aku Tulis Blog?

Aku nie sejenis manusia yg suka membebel. Aku suka komplen. Aku suka cabar idea. Aku suka guna akai yg tuhan bagi kat aku. Aku rasa org yg paling tempias “masalah” aku nie adalah boss aku. Segala jenis benda kalu boleh soal balik, aku mesti soal. Kesian kat boss aku. Sorry boss…

Org kedua yg tau masalah aku nie adalah bini aku. Aku selalu suarakan isi pikiran aku kat bini aku. Kekadang tajuk dalam paper pun aku boleh huraikan. Itu tak kira aku yg komplen pasai drama Melayu lagi tu.

Dalam masa tu gak aku selalu luahkan kerisauan aku terhadap segala benda yg aku nampak. Aku cakap aku risau tentang keadaan masyarakat dan dunia yg bakal anak² aku hidup nanti. Aku slalu jawab balik apa yg TTGB tulis kat bini aku. Actually bukan TTBG saja, mana² blog yg tulisan dia terlampau “utopia” or kurang tepat akan aku komplen. Aku slalu ngeluh pasai politik kat bini aku. Aku slalu bising pasai masalah masyarakat kat bini aku. Aku slalu bagi huraian pandangan agama kat bini aku. Aku selalu bagi pendapat tentang dunia kat bini aku. Pendek criter, bini aku lah yg dok dengar semua luahan, komplen dan pendapat aku. Sampai bini aku cakap; “ Bang, Fa rasa abang kena wat blog. Biar sume org tau pendapat abang. Rugi kalu benda yang abang tau nie abang tak share dgn org. Maybe abang rasa benda nie kecik, tapi mungkin bernilai or berfaedah... Actually Facebook abang pun dah macam blog. Dlm Facebook org bersosial. Tp dalam facebook, abang dok criter benda lain.. Sayang lah isi² buku yang abang baca abang tak share ngan org bcos bukan semua org bernasib baik macam abang utk baca buku..”

So, start dari situ lah aku secara seriusnya merangka utk buat blog. Walau pun sebelum tu aku dok pikir nak buat blog, tapi asyik tangguh je.  

Aku sebenarnya bukan pandai sgt. Ilmu aku pun tak tinggi. Cuma aku rasa bertanggung jawab utk share apa yg aku tau dgn org keliling aku. Aku tak cakap semua tulisan aku nie betul dan semua pendapat aku nie betul, tapi at least aku luahkan something dan aku rasa lega. Tanggung jawab aku sebagai Muslim terlepas bila aku tulis something utk membetulkan something. “Amal makruf nahi mungkar”.Kalu nampak benda salah beruasahalah utk membetulkan. Paling lemah, betulkan dengan hati.

My Blog; How I See

Macam yg aku cakap tadi, walau pun benda yg aku tau tak banyak, tapi at least walau pun tak banyak, aku nak share. Bukan tujuan utk belagak, tp sebagai tanggung jawab sesame Muslim. But of coarse, ada gak time aku tulis benda yg tak serius. Tu pun bertujuan nak share. Aku nak share views, share experience, give opinion etc. Juga nak share personal interest. Sume ikut pandangan peribadi menurut kefahaman dan pengalaman aku. How I see things and interpret them.

Mulanya aku cadang nak tulis 2 kali seminggu. Tp, nampaknya dengan kesibukan tangungjawab keraja dan keluarga, seminggu sekali pun susah. Tp aku akan usaha gak. Aku perasan tulisan aku sangat panjang. Susah aku nak cut short. Maybe, betullah apa staff aku cakap, kalu aku start bebel, panjang criter. Dari sejarah tamadun Islam, sampai ke sejarah tamadun Dinasti Zhou Ji Fat pun aku kait skali. Wah hahahahaaaa…

Apa pun, aku akan cuba tulis blog at least seminggu sekali dan sebolehnya 2 kali seminggu. Aku dpt gak kata semangat dr beberapa induvidu, kenalan dan rakan. Tq kepada yg bagi kata semangat dan komen. 


Friday, 26 August 2011

Rujukan Ke dua Selepas Al Quran


Islam buat masa ini bukanlah agama yg paling ramai penganut. On paper, Kristien adalah agama yg paling ramai penganut. Namun begitu Kristien berbeza dgn Islam. Perbezaan antara dua fahaman pokok Kristien iaitu Roman Katolik dan Protestant (berserta yg lain² seperti Jahovah Witness) adalah sgt significant. Signifact kerana kitab rujukan utama mereka iaitu berbeza. Secara ringkasnya untuk Roman Katolik, mereka menggunakan Duey Bible yg mempunyai 73 surah (books) didalamnya. Manakala Bible untuk fahaman lain seperti King James dan NIV pulak mempunyai 66 surah. Ini secara tak langsung membezakan secara terus kelompok dlm Kristien dan secara tak langsung menjadikan Islam agama yang paling ramai penganutnya.

Perbezaan Dalam Islam

Perlu dijelaskan disini, perbezaan ini tidaklah seperti perbezaan dalam Islam. Sama ada dalam Sunnah Waljamaah (Sunni) iaitu mazhab 4 imam utama iaitu Hanafi, Maliki, Shafiee dan Hambali atau pun yg lebih kritikal antara fahaman Sunni dgn Syiah. Ini adalah kerana sume mazhab ini melafazkan syahadah yg sama dan berpandukan kitab Al Quran yg sama. Sunni dan Syiah berpegang pada Al Quran yang sama. Al Quran yg mempunyai 144 surah yg sama dan mempunyai jumlah 6666 jumlah perkataan yg sama. Perbezaan antara  ajaran mazhab Sunni hanya dr segi fiqah yg berpunca dr tafsiran atau pendekataan berbeza terhadap hadis² atau riwayat sahabat. Contoh paling mudah adalah dlm permasalah wuduk dan pembatalan wuduk. Untuk bacaan lanjut, anda boleh refer buku “Perbezaan Para Imam”  tulisan Syeikhul Hadis Muhammad Zakaria Ruahimullahu.

 Dalam permasalahan Sunni dan Syiah, ia berpunca dari permasalah politik. Dan dari masalah politik ini lah berkembang menjadi masalah pentaktsuban ada unsure keagamaan. Setahu aku dari politik Syiahlah bermulanya golongan pertama yg mengpergunakan agama menegakkan perjuangan politik mereka. Dari Syiahlah bermulanya golongan yg mengambil cebisan ayat Quran dan hadis utk nafsu politik depa. Lebih teruk, dari sinilah bermulanya bibit mengubah atau mencipta hadis palsu utk nafsu politik. Dari sinilah juga bermulanya perjuangan pentaksuban terhadap Tok Guru bermula. Namun begitu, walau ada byk perbezaan antara Sunni dan Syiah, tapi Quran yg digunakan adalah sama. Hadis pokok juga sama. Yg ketara berbaza adalah dr segi kepimpinan dan beberapa doctrine yang memenangkan mereka. Ya, aku ada dengar yg penganut Syiah ada ritual pelik. Tp yg pasti, setahu aku, Syahadah depa memang sama dan Quran pun sama. Malahan, semasa Salman Rushdie menulis buku Satanic Verses iaitu buku yg menghina Rasullulah, Ayatollah Khomeni lah yang lantang bersuara mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadap Salman Rushdie. Untuk bacaan lanjut berkaitan dgn Syiah, anda boleh refer buku “Apa Itu Syiah” oleh Prof Dr, H.M. Rasjadi.


Perbezaan Sumber Rujukan

Sabda Rasullullah; “Aku meninggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana jika kamu berpegang teguh kamu tak akan sesat. Iaitu Al Quran dan As Sunnah”

Seperti yang aku cuba bagitau tadi, walau pun terdapat pebezaan dlm Islam antara Sunni dan Syiah, tp sumber utama rujukan adalah sama iaitu Al Quran dan Sunnah. Beza utama adalah sumber rujukan Sunnah depa. Yang paling terkenal adalah Sahih Al – Bukhari. Untuk golongan Syiah sumber rujukan mereka dikenali sebagai Al – Kafi karangan al – Kulini.

Dalam buku yg bertajuk Arrisalah (yang pada aku pekat bau Syiahnya) mentafsir Sunnah sebagai keturunan Nabi; Ahlul Bait. Namun begitu, walau pun buku Ar Risalah ini pekat bau Syiahnya, tp ai adalah buku yg sangat best bila dibaca. Seriusly aku enjoy sgt baca buku tu dulu dan insya’allah aku akan khatam lagi buku tu nanti.

Hadis @ Sunnah?

Sejujurnya, aku pun kurang jelas akan tafsiran sebenar 2 perkataan ini. Kita slalu dgr, kita ikut Islam mengikut Al – Quran dan Sunnah. Tp aku pun ada dgr org cakap ikut Al – Quran dan Hadis. Seriusly aku sgt keliru dalam benda nie. Apa tu sunnah dan apa tu hadis?

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dgn Islam) menurut kemahuannya sendiri. Segala yang dikatakan itu samada itu tidak lain dan tidak bukan dari wahyu yang diwahyukan” - An Njam 3-4

Aku ada gak rujuk buku tulisan Dato’ Dr Harun Din yg bertajuk “Manusia Dan Islam”. Dalam sub topic Al Sunnah & Al Hadis muka surat 271, ia menulis begini; “Al Sunnah atau Al Hadis yang hendak dibincangkan ini adalah….”


“ATAU”. Ini bermakna, dari buku ini Sunnah dan Hadis adalah benda yag sama tp berlainan sebutan. Am I correct?

Dalam buku “The Complete Idiot’s Guide; Understanding Islam” ia menulis hadis sebagai; “Hadith is classified as anything that the prophet said, did or gave silent approval” @ “Hadis adalah apa yang Rasullullah cakap (sabda), buat atau bagi kebenaran dgn cara diam”. 1 contoh yang Rasullulah bagi kebenaran dlm bentuk diam adalah berkaitan dgn halal atau tidak makan biawak dabp.

Satu lagi sumber yang aku guna pakai adalah dr buku “World Religions”. Aku personally selesa dgn tafsiran maksud Sunnah dan Hadis. Pada aku ia jelas dan ringkas.

“The word “Sunnah” means “the walked path” and refer to the path of the Prophet Muhammad SAW. The Sunnah text were based loosely compiled collection of stories about life of Prophet Muhammad SAW; called “Hadis”, which mean “news report”. The Sunnah is the collection of basic laws, universal code and behaviour is considered second in authority only to the absolute laws stated in the Quran”

“Perkataan Sunnah bermaksud “laluan yg dilalui” dan ia merujuk kepada laluan Nabi Muhammad SAW. Teks Sunnah adalah berdasarkan kompilasi pungutan kisah berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW; dipanggil sebagai “Hadis” yg membawa maksud “laporan berita”. Sunnah adalah koleksi  peraturan asas, kod universal dan kelakuan dianggap sebagai nombor dua dari segi keutamaan selepas peraturan yang ditulis didalam Al Quran”

Kesimpulan dari aku

Anyway, topik yang aku tulis kalu pada aku agak berat utk aku kupas panjang². Aku rasa aku bukan lah org yg paling layak nak kritis dalam perkara nie. Cukup lah apa ygn aku tulis sebagai basic information aku rasa macam nak kongsi. Ini mengikut fahaman melalui pembacaan dan pencarian aku sajalah. Most probably aku silap atau kurang tepat, jadi sama² lah kita teruskan mencari ilmu. Tak kiralah sama ada dengan menuntut dgn guru mahupun dgn buku, Yang penting jangan obsess dgn ilmu yang kita ada.