Sunday, 25 November 2012

Perihal Bani Israel

Aku bukannya pakar dalam bidang ini. Jadi segala tulisan aku ni boleh dipertikai. Namun begitu, ia perlu dilampirkan dengan hujah yang kukuh. Aku sebenarnya tak faham kenapa orang boleh percaya perkara @ sesuatu cerita hanya berdasarkan gosip tanpa sebarang bukti yang diperakui.

Tanah Bergolak

Seperti yang kita semua sedia maklum, pergolakan di timur tengah berkaitan dengan Israel dan Palestin adalah isu on going sejak zaman dahulu kala. Jika kita lihat kembali atau rujuk balik sejarah, masalah ini sudah berlarutan bukan puluhan atau pun ratusan tahun. Malah sudah ribuan tahun.

Kini boleh dikatakan yang kita semua (Muslim) akan menentang dan menghina Israel atas keganasan dan kegilaan mereka terhadap penduduk Palestin. Namun begitu aku percaya suatu ketika dulu, paling tidak di zaman kita kanak² kemungkinan kita pernah menyokong Israel dalam kempen perang mereka dengan pihak Palestin. At least itu yang pernah aku lalui dulu. Terutamanya bagi mereka yang gemar kisah nabi².

Kempen perang tersebut adalah kempen perang di zaman Nabi Daud. Di mana Nabi Daud merupakan salah seorang tentera Raja Thalut (raja bani Israel pada masa tersebut) telah berjaya membunuh tentera terhebat bangsa Palestin ketika itu yang dikenali sebagai Jalut (dalam Bible dikenali sebagai Goliath). Dan semestinya perang tersebut telah dimenangi oleh bani Israel...

Bintang di tengah itu dikenali sebagai Star of David, atau Bintang Daud yang merujuk kepada Nabi Daud...

Tulisan ini adalah panjang. Sekiranya mahukan kesimpulan, sila skroll ke bahagian Penutup, Kesimpulan  dan Aftermath di hujung tulisan. Namun sekiranya mahu ringkasan kronologi, sila baca dengan sabar setiap tulisan... 

Perihal Asal Usul

Sumber aku dalam perkara ini adalah Bible. Aku akan ringkaskan semua penerangan. Jika nak tau secara terperinci, silalah beli Bible dan baca. Insya'allah anda tidak akan murtad malah iman anda akan lebih bertambah. 

Peringatan! Bible bukan Injil. Juga bukan Taurat dan juga Zabur. Tapi Bible mempunyai cebisan Injil, Zabur dan Taurat.

Nabi Noh ada 3 orang anak; Ham, Shem dan Jepeth. Ham adalah ayah kepada bangsa² Kanaan. Baginda Nabi Noh juga merupakan manusia pertama yang mengusahakan vineyard (ladang anggur utk tujuan menghasilkan arak anggur - wine). Satu hari (kisah ini berlaku selepas peristiwa banjir besar) baginda minum wine sampai mabuk dan telah membogelkan diri dalam kemahnya. Ham, nampak ayahnya (Nabi Noh) berbogel dan bagitau 2 saudaranya yang lain (Shem dan Jepeth). Shem dan Jepeth nie baik. Mereka tak biar ayah mereka bogel, dan mereka selimuti ayah mereka dengan cara berundur supaya mereka tak melihat keadaan bogel ayah mereka.

Bila Nabi Noh tersedar baginda tahu apa yang Ham telah buat lalu Nabi Noh marahkan Hamdan baginda pun menyumpah agar cucu cicit Canaan (anak Ham) akan menjadi hamba kepada cucu cicit Shem dan Jepeth....

Anak² Ham; Cush, Mizraim, Put dan Kanaan. Dan dari sinilah nenek moyang bangsa Palestin... Moyang bangsa Palestine yang spesifik adalah Mizraim...

Dari Shem pula lahir Nabi Ibrahim. Nama asal Nabi Ibrahim adalah Ibram @ dalam Bible ditulis sebagai Abram. Than dalam satu peristiwa, tuhan telah anugerahkan Nabi Ibrahim sebagai bakal ayah kepada beberapa bangsa di muka bumi nie. Atas sebab itu, nama baginda telah diubah dari Ibram kepada Ibrahim atau, Abram kepada Abraham. Dan seperti yang kita semua tau, gelaran Nabi Ibrahim adalah Khalilullah yakni sahabat Allah....

Ayah Kepada Ismail dan Ishak

Nabi Ibrahim pada awalnya ada sorang saja isteri iaitu Sarah (Sarai). Since masih gagal dapat anak, baginda diizinkan oleh Sarah utk kawin dengan Hajar (Hagar) iaitu orang suruhan mereka (macam bibik lah) yang berbangsa Mesir.. Meaning to say, in beginning, Hajar adalah orang suruhan Sarah..

Bila Sarah dapat tau yang si Hajar nie mengandung dia pun iri hati (dengki) dan continuesly harass Hajar hinggakan Hajar lari dari rumah. Semasa tengah sedih dan mengeluh mengadu pada tuhan, malaikat datang jumpa menenangkan Hajar disamping memberitahu agar nama anak yang bakal dilahirkan ini dikenali sebgai Ishmael (Ish ma' El) @ Ismail yang bermaksud "tuhan telah mendengar"... Kemudian setahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat anak kedua melalui Sarah yang dikenali sebagi Isaac @ Nabi Ishak....

Di sini terdapat perbezaan yang paling ketara antara Bible dan Quran. Jika menurut Bible, tuhan telah mengarahkan Nabi Ishak dijadikan korban dan bukan Nabi Ismail...

Sarah meninggal pada usia 127 tahun di Hebron... Setelah itu Nabi Ibrahim berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Keturah. Nabi Ishak pula telah mewarisi segalanya daripada Nabi Ibrahim walau pun Nabi Ishak bukan anak sulung kerana taraf Sarah berbanding Hajar yang hanya perempuan suruhan. Setelah kewafatan baginda Nabi Ibrahim, tuhan telah memberkati Nabi Ishak...

Keturunan Ismail inilah melahirkan bangsa² Arab...

Keluarga Nabi Ishak

Nabi Ishak dapat 2 anak (kembar) melalui isterinya Rebekah; Esau (sulung) dan Yakob (Jacob). Esau anak sulung dan Yakob anak kedua. Secara fizikalnya Esau nie berbulu. Bila meningkat besar; Esau gemarkan aktiviti luaran dan handal memburu sedangkan Yakob (Nabi Yakob) lebih kepada aktiviti "indoor". Pada ketika ini Nabi Ishak sayangkan Esau lebih sedangkan Rebekah lebih sayangkan Yakob.

Suatu hari Nabi Yakob sedang menyediakan makanan. Esau yang ketika itu tengah lapar meminta makanan tersebut dari Nabi Yakob dan Nabi Yakob hanya membenarkan (dengan menjual) dengan harga "birthright*" Esau. Esau setuju menjual birthright nya pada Nabi Yakob.

*Birthright = hak anak sulung dalam mewarisi harta.

Pada ketika ini, bangsa Palestin sudah mempunyai kerajaan dan diperintah oleh seorang raja Palestin bernama Abimelech dan mereka, Nabi Ishak sekeluarga tinggal di dalam kerajaan Palestin (kawasan bernama Gerar). Sungguh pun begitu mereka merupakan keluarga yang kaya dan mempunya tanah yang banyak...

Pada suatu ketika berlaku kemarau teruk dan Nabi Ishak ingin berhijarah ke Mesir tapi baginda telah ditegah oleh tuhan. Tuhan telah berkata;

"Jangan pergi ke Mesir; Tinggallah di mana Aku suruh kamu tinggal. Tinggallah disini  lagi dan aku akan sentiasa bersamamu dan akan merahmatimu. Kepada kamu dan seluruh keturunan kamu akan aku berikan semua tanah dan agar Aku memenuhi janjiku dengan ayahmu Ibrahim dan juga Aku akan cambahkan keturunanmu seperti bintang dilangit. Dan Aku juga akan berikan seluruh keturunanmu akan seluruh tanah dikawasan ini dan semua negara (bangsa) di dunia ini akan dirahmati melalui keturunanmu kerena Ibrahim mendengar kata²Ku dan menyempurnakan hakKu, permintaanKu, kedudukanKu dan ajaranKu." - Bible; Genesis; 26; 3-6

Maka Nabi Ishak pun menetap di Gerar - rujuk peta bawah...

 
Palestin di zaman purba...

Tuhan terus merahmati Nabi Ishak dan baginda menjadi sangat kaya raya dan mempunyai tanah yang berbidang luasnya... dan orang Palestin mula mencemburui Nabi Ishak... Maka orang² Palestin mula berbuat dengki dengan mengkambus telaga² keluarga Nabi Ishak. Raja Abimelech (raja bangsa Palestin) pun berkata pada Nabi Ishak; "Pergi dari kami! Kamu telah menjadi lebih berkuasa dari kami kini!". Maka keluarga Nabi Ishak bersama pengikut mereka pun berpindah. Dan di tempat baru (bernama Beersheba) mereka menetap pun tuhan telah merahmati mereka dan menjadikan mereka makmur dan kaya raya.

Maka atas sebab itu sekali lagi Raja Abimelech telah berjumpa Nabi Ishak untuk membuat perjanjian damai kerana menurut Abilemech, Nabi Ishak ini sentiasa dirahmati tuhan. Jadi di mana saja baginda berada, baginda akan sentiasa makmur dan kaya berkuasa. Lebih baik baginya membuat perjanjian damai dimana sekiranya sekuat mana pun keluarga Ishak, mereka tak akan mengancam bangsa Palestin.

And it come to pass...

Kisah Nabi Yakob

Nabi Ishak menjadi tua... dan dia mahu mewariskan harta, kuasa dan memberi rahmat restu kepada Esau. Namun ianya tidak dipersetujui oleh ibunya Rebekah yang lebih sayangkan Nabi Yakob. Maka mereka pun bermuslihat dan akhirnya Nabi Ishak telah mewariskan harta, kuasa dan memberi rahmat restu pada Nabi Yakob (yang disangkakan Esau). Akibat takut dibunuh oleh Esau, Nabi Yakob membawa diri ke Haran... Dalam perjalanan tuhan telah datang padanya (dalam bentuk mimpi)... Tuhan berkata..

Aku adalah tuhan, tuhan kepada Ibrahim, dan juga ayahmu Ishak. Tanah yang sedang kamu berdiri ini, aku berikan pada mu dan keturunanmu!  Keturunanmu akan menjadi seperti debu bumi dan akan merebak terus ke barat, timur, utara dan selatan, dan semua puak akan dirahmati melalui mu dan keturunanmu. Aku  bersamamu dan akan sentiasa memerhati ke mana sahaja kamu pergi dan akan aku kembalikan kamu ke tanah ini. Aku tak akan tinggalkan kamu hingga aku memenuhi janjiku padamu. Bible; Genesis; 28; 13-15.

Tempat tadi dinamakan Bethel.. Sementara itu, Esau telah pergi ke tempat Nabi Ismail dan berkahwin dengan anaknya...

Di Haran, Nabi Yakob pula telah berkahwin dengan adik beradik iaitu Leah dan Rachel (sorry, aku tak tau nama Arab @ Yahudi dia). Leah dan Rachel adalah anak kepada Laban (berbangsa Aramean) iaitu sepupu kepada ibu Nabi  Yakob, Rebekah. Untuk berkahwin dengan baginda terpaksa berkerja banyak tahun sebagai mas kawin. Atas rahmat tuhan, Nabi Yakob menjadi semakin kaya (hasil ternakan menjadi dan lain...) dan ini seperti biasa mengundang persaan dengki di hati anak² Laban. Selain itu, oleh kerana Nabi Yakob seperti pembawa tuah, maka Laban tak mahu lepaskan Nabi Yakob pergi.

 Asal Nama Israel..


Suatu hari tuhan telah memerintah Nabi Yakob untuk pulang ke tanah tumpahnya dan tuhan berkata yang Dia akan bersamanya. Atas sebab itu, pada sebelah malamnya, Nabi Yakob bersama ank isteri dan segala harta (binatang ternakan dan hamba²) melarikan diri. Setelah 3 hari kemudian barulah Laban sedar dia pun kejar rombongan Nabi Yakob. Ketika itu, tuhan telah datang kepada Laban dalam mimpi dan bagi amaran kapada Laban agar jangan mengapa-apakan Nabi Ishak. Jadi Laban pun merestui pemergian rombongan Nabi Yakob.

Semasa dalam perjalanan pada suatu malam, Nabi Yakod yang tinggal berseorangan telah didatangi oleh seorang lelaki misteri dan mereka pun bergusti. Akhirnya Nabi Yakob menang dalam pertarungan gusti tersebut dan minta agar lelaki tersebut merahmatinya. Lelaki misteri tersebut pula bertanyakan nama Nabi Yakob dan baginda menyatakan "Yakob". Kemudian lelaki tersebut berkata; "

Namamu bukan lagi Yakob, tapi Israel, kerana kamu telah berjaya dalam pergelutan dengan tuhan... Bible; Genesis; 32; 28. 
 
Catatan;

Israel adalah nama baru Nabi Yakob.

Personally aku pada awalnya berpendapat yang nama Israel itu datang dari peristiwa Nabi Yakob melarikan  diri ke tanah semenanjung Gaza atas arahan tuhan pada waktu waktu malam. Ini adalah kerana bahasa Arab dan bahasa Yahudi adalah bahasa adik beradik. Isra' merujuk kepada perjalanan Rasulullah pada waktu malam dari Masjidil Aqsa dan Mi'raj pula merujuk kepada naiknya Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Jadi Israel it pula bermaksud perjalanan (Isra') dari Haran ke Gerar utk berjumpa dengan Nabi Ishak atas arahan tuhan (El). Isra' El... Israel..

Namun begitu jika menurut Bible, Israel bermasud; Dia yang bergelut dengan tuhan.

Nabi  Yakob (Israel) pun berjumpa Esau dan mereka pun berdamai setelah Esau melupakan dendam silam.

Baginda Nabi Yakob dikurnia 12 orang anak iaitu; 1) Reuben, 2) Simeon, 3) Levi, 4) Judah, 5) Issachar, 6) Zebulun, 7) Joseph (Nabi Yusuf), 8) Benjamin, 9) Dan, 10) Naphtali, 11) Gad dan 12) Asher. Manakala di akhir umur Nabi yakob, baginda telah merahmati dan membahagi '"tugas" bagi setiap tribe. Dari mereka inilah "12 tribe of Israel" yakni  nenek moyang bangsa Israel sekarang...

Bezanya cuma, bagi bani Levi, mereka ditugaskan sebagai penjaga kuil (bukannya kawasan). Anak² Nabi Yusuf iaitu Ephriam dan Menasheh mendapat 2 kawasan kiranya mereka berjaya menakluki tanah yang dijanjikan "Promised Land". Mereka inilah dikenali sebagai the "Tribes Of Israel" atau kaum² Israel. Namun, bagi Bani Ephriam dan Bani Menasheh mereka masih dianggap sebagai Bani Yusuf dan mempunyai simbol yang sama.

 Pengagihan Promised Land utk 12 Bani Israel

Simbol yang mewakili setiap "Tribe"; Bible; Genesis; 49

Bani Israel Di Mesir

Bani bermaksud keturunan atau anak². "Ben" atau "Bin" pun bermasud "Son" atau "anak lelaki." Manakala "abu" bermaksud  "mempunyai anak lelaki" atau senang faham ayah kepada. Jadi contohnya Reuben yang datang dari perkataan Re' u ben; See a son (Lihat! Anak Lelaki) atau  Benjamin bermaksud "anak lelaki tangan kanan"..

Peristiwa penghijrahan Bani Isreal (anak² Nabi Yakob) berlaku di akhir kisah Nabi Yusuf.  Aku percaya ramai orang Melayu Islam sangat biasa (familiar) kisah nabi Yusuf; dibuang oleh abang², dijual sebagai hamba, difitnah oleh Zulaika (isteri tuan Nabi Yusuf), tafsir mimpi, kemarau 7 tahun dan sebagainya.. Jadi dipendekkan cerita, Nabi Yusuf akhirnya menjadi pegawai (ada yang cakap menteri) yang sangat disayangi Firaun. Atas permintaan Nabi Yusuf, Firaun pun membenarkan Nabi Yusuf menjemput Israel (Nabi Yakob) dan anak²nya (Bani Israel) berhijrah ke Mesir stelah dibenarkan oleh tuhan....

Jangan takut untuk ke Mesir, kerana Aku akan menjadikan kamu bangsa yang hebat disana. Aku akan ke Mesir bersamamu dan aku kembalikan kamu semula... Bible; Genesis; 46; 3-4.

"Exodus" @ Hijrah

Ini adalah kisah Nabi Musa... Ia antara kisah Nabi yang sangat terkenal sama ada utk penganut agama Kritian dan juga Islam. Apatah lagi bagi bangsa Yahudi ( bani Israel). Nabi Musa dianggap wira oleh bani Israel kerana membebaskan mereka dari kekejaman Firaun. Jika suatu ketika dulu, ada cakap liar yang mengatakan Hitler wira kerana menghapuskan bangsa Yahudi, kenapa tak katakan Firaun juga wira kerana nak hapuskan bangsa Yahudi? Apa beza Hitler dengan Firaun itu? Ada bezanya, tapi agak bersifat politik. Aku akan cuba tulis blog berkaitan dengan pandangan Bani Israel (Yahudi) terhadap para Nabi pada masa akan datang. Ia sebenarnya tak seperti yang kita fikirkan sangat...

Satu lagi; Firaun adalah gelaran. Bukan nama. Ada yang baik dan mulia, manakala ada yang kejam. Firaun di zaman Nabi Yusuf sangat pekerti dan adil manakala Firaun di zaman Nabi Musa kejam terhadap bangsa Israel tapi OK dgn bangsa sendiri.

Di pendekkan cerita, Nabi Musa pun menyelamatkan Bani Israel dan mereka diperintahkan untuk ke promise land iaitu tanah di semenanjung Gaza... tapi atas kedegilan mereka mereka sesat selama 40 tahun di padang pasir.. 

Penutup, Kesimpulan dan Aftermath..

Ini adalah kesimpulan peribadi berdasarkan kefahaman aku...
  • Orang Palestin mempunyai kerajaan lebih awal daripada kerajaan bani Israel. Mereka menetap di semenanjung Gaza di lembah Kanaan. 
  • Namun begitu, di dalam Bible telah dinyatakan bahawa moyang orang Palestin spesifiknya bani Kanaan adalah keturunan Ham yang telah disumpah akan menjadi hamba kepada bani Shem (nenek moyang bani Israel) dan juga bani Jepeth.
  • Orang Palestin bukannya orang Arab. Orang Arab adalah bani Ismail dan juga mungkin dari bani Esau. Tapi barangkali di Palestin terdapat ramai orang Arab atau pun mix berdarah Arab. Penghijrahan rasmi besaran orang Arab ke "Palestin" berlaku di zaman Khalifah Osman.
  • Sifat iri hati dan sombong bani Israel ( tetapi sifat ini tidak terdapat dalam hati para Nabi) adalah berpunca daripada ibu mereka  iaitu Sarah (ibu Nabi Ishak) dan kelicikan dari Rebekah (ibu Nabi Yakob ie Israel).
  • Konflik pertama bani Israel dengan bangsa Palestin adalah perkaitan pada zaman Nabi Ishak di mana Raja Abilemech iri hati dan tergugat atas kekayaan dan kuasa (pengaruh) keluarga Nabi Ishak.
  • Kawasan di semenanjung Gaza adalah tanah yang dijanjikan oleh tuhan kepada bani Israel. Banyak ayat dalam Bible menerangkan tentang perkara ini. Ini yang menjadikan ia sebagai tuntutan bani Israel hingga ke hari ini.
  • Tanah asal Promised Land sebenarnya sebahagian daripada tanah Palestin cuma yang menjadi punca pertikaian adalah; "Siapa tuan untuk Masjidil Aqsa?" Selain itu kawasan Promised Land boleh dirujuk dimana tempat² tuhan telah berjanji pada Nabi Ishak dan Nabi Yakob
  • Sebenarnya bani Israel tak pernah ada kerajaan sebelum kedatangan Nabi Musa. Bani Israel sebenarnya hanyalah satu keluarga yang besar tapi hidup sekelompok.
  • Nabi Musa adalah Mesiah dan savior. Ini kerana baginda berjaya menyatukan bani Israel dan membentuk perlembagaan pertama yang diambil dari kitab Taurat. Oleh kerana sifat Nabi Isa yang lembut dan tidak bersifat politik maka baginda ditolak sebagai Mesiah oleh bani Israel.
  • Bani Israel adalah bangsa nomad setelah mereka keluar dari Mesir.
  • Selepas kewafatan Nabi Musa, bani Israel dipimpin oleh Joshua (kalau tak silap aku, nama beliau tiada dalam Quran). Tapi dari cara beliau (dari dlm Bible), kemungkinan besar Joshua nie adalah nabi.
  • FYI, pada masa ini, bani Israel berkomunikasi dengan tuhan melalui "Ark of Covenant" atau alih bahasanya adalah lebih kurang bermaksud "Bahtera Perjanjian" atau dalam Quran disebut sebagai Tabut.
  • Kerajaan nomad Bani Israel terus melakukan kerja militeri atas nama tuhan hinggakan mereka bertembung dengan bangsa Palestin di semenanjung Gaza. Antara wira bani Israel adalah Samson.
  • Akhirnya dibawah pimpinan Nabi Daud mereka berjaya dan membina kerajaan tetap yang kuat di Promised Land dan juga berjaya membina Synagogoe atau Haykal terbesar mereka yang dikenali sebagai Tample Solomon atau Kuil Nabi Sulaiman di zaman Nabi Sulaiman.
  • Disinilah isunya... Bani Israel mahu mendapatkan semula tanah yang mereka katakan sebagai tanah mereka yang termaktub dalam Bible yang menjadi pedoman orang Kristian dan semestinya Torah yang merupakan pengangan orang Yahudi... Buktinya serpihan kompleks Temple Solomon @ Haykal Sulaiman.
  • Ada orang mendakwa yang masjid Al Aqsa adalah Haykal Sulaiman dan baginda Nabi Sulaimanlah yang membinanya. Namun begitu terdapat beberapa persoalan bercanggah. Siapa bina Masjidil Aqsa? Boleh rujuk tulisan sini; Masjid Aqsa
  • Disini kita kena kembali kepada essnese agama langit itu sendiri. Perkara ini barangkali akan ditulis dalam tulisan yang akan datang...
 Lakaran artis tentang rupa Haykal Sulaiman

2 comments:

  1. Ada x hadis yg mengatakan nabi nuh itu seorang kaki wine. Klau x ada anda prlu brtaubat ats apa yg anda lakukan krana memburukkan para rasul itu amt dimurkai oleh Allah

    ReplyDelete
  2. As salam,

    Aku tak pernah cakap yang Nabi Nuh kaki wine.. Or maybe yang dimaksudkan adalah Nabi Lut di mana menurut Bible anak² perempuan memabukkan baginda demi utk 'tidur' bersamanya. Kerana pada ketika itu anak² nabi Lut sangkakan tiada lagi lelaki dimuka bumi.

    Sekali lagi, aku tak cakap yg Nabi Nuh kaki wine or mana² nabi kaki wine. Mungkin ada salah faham. Yang aku petik adalah sedutan dr Bible. Atas antara sebab inilah Allah telah turunkan Quran. Utk membetulkan persepsi manusia tentang para nabi.

    Wallahualam..

    ReplyDelete