Pulau Langkawi Pulau Lagenda.. Ini yang selalu kita dengar bila disebut bila berkaitan dengan Pulau Langkawi. Tapi Lagenda apa? Yang paling popular barangkali adalah lagenda Mahsuri. Setahu aku, Pulau langkawi bukan sekadar ada lagenda Mahsuri, malah ada beberapa lagenda lain yang melayakkan pulau tersebut mendapat gelaran pulau lagenda. Cuma ianya kurang diketengahkan atau kurang mendapat pendedahan..
Last month, aku bersama keluarga dan rakan pergi bercuti di Pulau Langkawi. Ini adalah kali ketiga. Macam pelancong² lain, kami akan gi melawat tempat² menarik yang terdapat di sini. As usual, tempat penginapan popular disini semestinya pantai Cenang.
Pantai Cenang
Tempat ini adalah tipikal tempat perlancongan. Penuh dan sesak dengan hotel, kedai makan dan kedai cenderamata. Yang membuatkan pantai Cenang 'lebih' sikit berbanding dengan pantai peranginan lain adalah kompleks bebas cukai dia adalah "walking distance" sahaja. Berbanding dulu, kini ada sikit lagi kemajuan disini. Kini dah ada bank dan Old Town White Coffee dan juga Mac Donald.
Sepemerhatian aku, disini, tak ada Pub dan disco yang dibuka secara 'public'. Kalu ada maybe aku tak nampak. Ini sesuatu yang wajib dikekalkan. Pada aku pantai Cenang macam dah ok, cuma yang yang buat aku terkilan atau tertanya-tanya adaklah berkaitan dengan kedai makan. Aku perasan yang disini agak sukar atau susah nak dapat kedai makan yang 'main dish' dia makanan Melayu. Yang banyak kedai masakan Thai atau mengiklankan sebagai kedai masakan Thai. Pada aku ini agak ganjil. Langkawi adalah pulau org Melayu dan org luar, Mat Saleh, Jepun atau Korea datang sini semestinya nak tengok dan semestinya rasa makanan (yg juga sebahgian dr budaya) org Melayu. Jadi, agak ganjil jika disepanjang jalan di pantai Cenang tu penuh dgn kedai masakan Thai. Kalu pelancong nak makan masakan Thai, bukankah mereka boleh dapat mudah di Thailand?
Sama juga bila sarapan. Susah benar cari gerai atau kedai yang jual kuih muih dan sarapan Melayu. Bila drive masuk kampung baru boleh jumpa. Tp tak dapat di Pantai Cenang. Aku percaya jika dibuka kedai Melayu di situ most probably akan menjadi tumpuan pelancong. Dengan sayarat ianya sedaplah...
Anyway, pantai disini memang cantik. Seumur hidup aku, nie pertamakalinya bila everytime aku kutip cengkerang dari dasar laut time mandi laut, cengkrang tu ada binatang hidup dalam dia. Memang kelas.. Air dia memang bersih. Aku suka. Apa taknya, aku, isteri dan anak umur 1 tahun 8 bulan tu berendam dekat 2 jam jugalah dalam laut. Ha ha ha ha...
Kilim Geopark
Sekiranya dulu kami gi Island Hopping, tapi kali nie kami ke Kilim Geopark. Actually, sama sahaja. Cuma activity nie berlaku di timur daya pulau dikawasan Kilim. Aku mulanya agak skeptikal, tapi bila aku join, baru aku sedar yang kalu gi Langkawi tapi tak gi Kilim geopark, memang rugi besar. Personally, aku rasa permandangan disitu sangat cantik. Aku tak berenti puji keindahan ciptaan tuhan. Dan bila aku tgk pecahan pulau² nie, membuatkan aku teringat 1 lagenda yang amat sinonim dengan Pulau Langkawi tapi dikecewakan oleh adik beradik KRU. Yang aku maksudkan adalah Lagenda Merong Mahawangsa.
Salah satu Permandangan Indah Di Kilim Geopark..
Jika menurut cerita, semasa pertarungan Merong dengan Garuda, baginda Merong terpaksa menyeru burung Jentayu untuk sambung bergasak dengan garuda. Dan pertarungan antara Jentayu dan Garuda itu sebenarnya berlaku di Pulau Langkawi. Malahan, puteri Cina yang diculik juga telah disembunyikan di pulau Langkawi iaitu di Gua Cerita.
Mungkin rekahan batu ini dan lain² adalah kesan pertarungan antara Garuda dan Jentayu?
Anyway, pertarungan antara Garuda dan Jentayu ini lah yang membuatkan kerosakan yang amat dasyat ala² pertarungan Son Goku dengan Vegita dalam Dragon Ball. Langkawi yang asalnya 1 pulau berpecah menjadi 99 buah pulau akibat pertarungan itu. Dan kononnya kesan² boleh dilihat di Kilim Geopark. Utk maklumat lanjut boleh cari sendiri dalam internet. Kat bawah nie pula adalah lukisan versi imaginasi aku berkaitan dengan pertarungan Garuda dan Jentayu. Aku tak gambarkan Jenayu dan Garuda sebagi burung, tetapi sebagai manusia bersayap...
Detik Merong Mahawangsa Menyeru Jentayu melalyu anak panahnya...
Penjelmaan Jentayu untuk bertarung dengan Garuda...
Inilah pertarungan anatar Garuda dan Jentayu yang mengakibatkan Pulau langkawi berpecah menjadi 99 buah pulau...
Cable car: Aku gagahkan diri utk naik. Walau pun takut, tapi aku naik juga. Pada aku ini antara aktiviti yang paling bebaloi kalu datang ke Langkawi. Naik juga walau pun takut! Kat atas nie memang kita akan experiance satu perasaan yang lain macam. Bergantung pada induvidu juga lah. Cantik dan luas. Walau pun aku kecut perut naik cable car, tp bila diatas, rasa lapang sangat.
Gawat wwooo...
Sebenarnya Gunung Mat Cincang nie pun ada ceritanya... Ada dongengnya. Nak tau, cari dalam internet...
Makam Mahsuri
Ini adalah scam! Dan Eksploitasi! 1 orang dewasa tapi bayar RM8.00. For what? Udah lah tempat tu tak dijaga dengan baik, nak makan apa ke bende dalam tu kena bayar, than information transfer untuk pengunjung pun tak dilakukan dengan baik. Seriusly aku rasa tertipu bila aku masuk. Aku rasa sesuatu perlu dilakukan utk makam Mahsuri nie jadi lebih menarik. If nothing been done, aku tak gi lagi dah tempat nie nanti. Confirm! Anyway, utk kali nie, aku masuk juga..
By right ini adalah lagenda utama berkaitan dengan Langkawi. Kisah penganaiyaan seoarang wanita yang didengki. Actually, Mahsuri bukan local Langkawi. Mak dan ayah di pendatang. Melayu, tapi pendatang. Depa orang biasa. Mahsuri ni istimewa lepas mak dia makan ular Cintamani semasa dia mengandung. Jadi Mahsuri nie special. Dia bukan sahaja amat cantik, tapi 'bertuah'.
Lepas Mahsuri kena bunuh dan darah putih menacut keluar tapi tak ada setitik pun jatuh ke tanah, Mahsuri pun sumpah yang Langkawi bla, bla, bla... Kenapa Mahsuri sumpah 1 Langkawi? Bcos time tu tak ada orang yang betul² nak selamatkan dia kecuali parents dia. Juga majoriti just percaya tanpa unsur periksa. Skandel Mahsuri pula lari dalam hutan tapi mati kena himpit batu.
Anak²nya dibawa lari ke Phuket... oleh sama ada suami dia (yg baru balim dari perang dengan Siam di Kuala kedah) atau oleh parent dia. Tapi yang pasti Kerabat mahsuri semua ada di Phuket di kampung Kemala. Sebenatnya Phuket tu pulau orang Melayu. Nama asal atau nama Melayu dia adalah Bukit. Dan kampung kerabat Mahsuri adalah Kemala yg asalnya Kembara (merujuk kepada kembara kerabat Mahsuri)..
Ini pula adalah Wan Aishah.. Keturunan Mahsuri... Sayang sekali dilahirkan sebagai warga Siam. Jika dia dilahirkan sebagai warga Malaysia, pastinya di seorang selebriti sekarang...
Aku juga berkesempatan membeli buku berkaitan dengan Mahsuri yang menceritakan secara ringkas tp padat berkaitan dengan Mahsuri. Well, ada faedahnya juga lah masuk kompleks makam nie...
Good read.. Only took me 1 hour ++ to finish reading this...
Pulau Lagenda
Langkawi sememangnya tempat percutian keluarga yang menarik. Aku percaya suatu hari nanti aku akan ke sana lagi. Tapi, aku berharap pihak yang berkaitan dapat menambah baik lagi daya penarik di Langkawi. Lagenda yang sinonim dengan Langkawi patut dikomersilkan agar menjadi budaya pop yang kekal kegenerasi akan datang.
Langkawi bukan sahaja ada lagenda Mahsuri, tp juga lagenda utk Garuda dan Jentayu Merong Mahawangsa. Kisah Mat Chincang dan lain² juga tak boleh dilupakan. Malah ada juga yang mengatakan yang Langkawi sebenarnya adalah Pulau Langka dimana kisah Ramayana berlaku. Dan lautan Andaman bersempena nama Hanuman (dewa Beruk) adalah antara point yang dikaitkan disamping gelaran segenting kera utk wilayah utara tanah Melayu yang juga merujuk kepada watak raja (dewa) beruk (kera) sang Hanuman.
Wawasan DrM semasa beliau bertugas di Langkawi 50 tahun dahulu kini hampir menjadi kenyataan. Beliau melihat Langkawi berpotensi utk maju sebagai pulau perlancongan. Dan kini Langkawi dilandasan yang betul. Moga keindahan Langkawi dijaga dan dihargai oleh semua...
Kalo Wan Aishah keturunan Mahsuri tuh dilahirkan sebagai warga Malaysia mungkin Rozita Che Wan tak dapat cari makan... hahahaha....
ReplyDeleteKalo nak baca macam2 artikel, silalah ke blog sy dengan mengklik nickname saya ini... ada macam2 artikel & macam2 isu... hehehehe...