Saturday, 7 December 2013

Politik Sedih - Suara Kecil Rakyat

  1. Lepas nonton filem Kil tadi, aku tertengok sisa terakhir ucapan DSN kat hampir sume TV. So, kena tengok juga lah.
  2. Basically, pada aku ucapan beliau banyak benarnya. Pada tafsiran aku, beliau cuba menegur ahli UMNO sendiri.  Sedikit yang sempat aku dengar tadi adalah berkaitan KPI. 
Key Performance Index - Appraisal
  1. Aku sebagai seorang pekerja yang mempunyai boss dan anak buah faham betapa pentingnya KPI. 
  2. KPI perlu jelas dan 'achievable'. Jika tidak KPI itu akan 'scrap' sahaja.
  3. Untuk itu, KPI juga perlu dipersetujui oleh menyelia dan diselia. Ini adalah supaya setiap pihak tidak mepunyai alasan untuk berdolak dalik jika ada sebarang masalah ketika penilaian kelak. Pendek kata, KPI yang hasilkan perlu 1) 'Customer Oriented' 2) Penyelia 'Oriented' dan 3) Diselia 'Oriented'.
  4. Jika sudah terhasil 1 KPI yang transparent, maka ia perlulah diselia dalam kadar yang se'frequent' mungkin. Yang terbaik setiap bulan. Ini adalah kerana sebagus mana KPI, jika tidak dipantau dan diambil tindakan berdasarkan konsep PDCA (Plan, Do, Check & Action), maka KPI tersebut hanya tinggal nama. Namun tidak boleh terlalu cepat kerana ia akan membantutkan proses pelaksanaan.
  5. Dalam penghasilan KPI, proses penghasilan itu sendiri sebenarnya adalah dalam kategori 'Plan'. Selebihnya adalah Do, Check & Action
Suara Hati Orang Kecil
  1. Sejujurnya beberapa menjak ini, aku agak malas nak tonton berita terutamanya TV3. Ini adalah kerana aku terlalu lemas dimomok dengan liputan perhimpunan Umno. 
  2. Apa yang aku lemas adalah kerana, (setelah kecewa dan hairan bin ajaib dengan pilihan ahli Umno), ucapan yang dilantunkan lebih banyak (yang aku dengar) adalah macam masuk bakul angkat sendiri. Sedangkan masalah dan isu asas negara makin menjadi.
  3. Aku bukan pakar ekonomi negara, tapi akal ringkas aku memberitahu secara logiknya kerajaan telah melakukan beberapa kesilapan.
Gaji Minima.
  • Sebenarnya ia tidak akan membantu membawa kepada rakyat yang berpendapatan tinggi.
  • Sebaliknya, pengusaha akan meningkatkan lagi kos produk mereka. 
  • In short, harga barang atau perkhidmatan akan dinaikkan untuk menampung peningkatan kos. Jadi, dimana benefit pada rakyat?
BRIM - Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
  • Pada mulanya, aku sangkakan ianya adalah hasil surplus. Tapi kini aku sedar ia mempunyai harga dimana sikit demi sikit subsidi ditarik. Yang paling menarik adalah, pengumuman untuk naikkan lagi nilai BRIM sikit hari lagi atas sebab negara jimat di subsidi. 
  • Berapa sangat lah BRIM mampu cover? Adakah BRIM akan dapat setiap bulan? If yes, than very good, but bila kita tengok balik, macam pi mai - pi mai tang tu juga lah. Nothing change. Malah menjadi makin teruk.
  • Ini adalah kerana dengan pengurangan subsidi, kos biproduk yang dihasilkan oleh produk yang ditarik subsidi terpaksa ditingkatkan.
  • Sekali lagi kos keperluan harian akan meningkat. Rakyat kecil juga yang akan terbeban. Mereka yang bergaji besar kurang terasa sebenarnya. Harga nasi bungkus naik, harga teh naik dan yang pasti tekanan amarah pun akan naik.
  1. Untuk aku, 2 perkara tu dah cukup untuk aku berperasaan yang kita menuju kepayahan dalam hidup nanti. 
  2. Rakyat berpendapatan tinggi? Adakah ini yang kita mahu. Pada aku, bukan ini yang kita perlu, tapi rakyat dengan kuasa membeli yang tinggi. Pendek cerita kita nak kos sara hidup yang rendah. Apa guna gaji besar tapi kuasa membeli rendah?
Berpendapatan Tinggi or Kos Sara Hidup Rendah?

Tindakan Yang Bijak @ Tindakan Yang Betul
  1. Tindakan @ keputusan yang betul tak semestinya keputusan yang bijak. Kengkadang demi menjaga 'ketenangan' kita terpaksa memendam perkara yang betul. Demi 'greater good', kita terpaksa memilih tindakan yang bijak berbanding tindakan yang betul.
  2. Semenjak PRU 12 dulu hinggakan ke detik PRU 13, banyak telah pembaziran dilakukan atas nama membantu rakyat. Pada hemat aku semua tu bullshit @ tipu. Ia adalah "pelaburan".
  3. Yang lebih menarik setelah pelaburan tersebut, si penerima itu sedikit pun tidak memberi undi kepada pemberi. Apa guna hadiah berjuta untuk sekolah jenis kebangsaan tertentu dan kepada organisasi bangsa tertentu bila dalam PRU 13 jelas bangsa tersebut tidak pun mengundi parti yang memberi? 
  4. Bukankah itu dimanakan dikudakan dan digulakan malah barangkali di tipah tertipukan?
  5. Pada zaman Dr M dulu tak pernah aku ingat yang adanya BRIM dan hadiah besaran. Namun begitu Dr M masih mampu dapat 2/3 majoriti. Malah dalam PRU 1998, masih dapat 2/3 dengan majoriti sokongan dari kaum berketurunan Cina.
Apa Yang Rakyat Kecil Mahu
  1. Rakyat adalah pelanggan @ customer. Customer is not always right but customer has right.
  2. Difahamkan yang KPI yang diterapkan adalah untuk membantu rakyat. DSN banyak menyentuh supaya YB² turun padang @ gemba tak kira masa atau paling tidak 1 bulan sekali dan mesyuarat paling tidak 2 bulan sekali. 
  3. Apa tujuan mesyuarat? Bukannya untuk minum sirap dan makan karipap. Sudah pasti untuk melakukan Check & Action. Setelah itu dilakukan lagi PDCA secara lebih mikro.
  4. Kerajaan hanya perlu melakukan perkara asas untuk terus memerintah. Letak diri sebagai rakyat kecil dan semestinya akan faham. Tak perlu lakukan perkara yang luar biasa. Back to basic. Good and Clean Governance
  5. Selain dari kos sara hidup yang rendah, semestinya mahukan peningkatan perkhidmatan untuk pejabat kerajaan dan penghapusan korupsi disemua peringkat.
  6. Korupsi merupakan salah satu punca kos sara hidup yang tinggi. Kos projek yang lebih terpaksa dibayar tanpa resit untuk menggerakkan sebarang projek. 
  7. Barangkali kerajaan boleh mula dengan membersihkan pejabat Tanah. Terlalu banyak fail yang "hilang" @ "mis place". Oh, jangan lupa juga jabatan Kastam dan paling penting sekali Polis.
  8. Sekiranya kerajaan dan Umno serius dalam memelihari nasib bangsa Melayu, maka "cuci" mereka² ini. Majoriti mereka adalah berbangsa Melayu. 
  9. Mereka yang makan dari sumber yang kotor hanya akan menghasilkan sesuatu yang lebih kotor. Maka anak bangsa Melayu akan lebih kotor nanti.

Prihatin

Sungguh mengguris.. Tak Malukah DSN dan pimpinan Umno? Susah sangatkah nak dengar jeritan rakyat kecil?
  1. Malangnya pada aku, kerajaan pimpinan Umno kini tidak merealisasikan inspirasi yang mereka telah war-warkan dulu. Ramai yang telah kecewa dan jika tiada sebarang perubahan, maka kekecewaan ini akan ditafsirkan dalam PRU 14 kelak.
  2. Sehingga kini pada hemat aku Umno dan BN tidak melakukan sesuatu yang betul yang boleh dibanggakan. Malah sebaliknya yang berlaku.
  3. Pakatan Rakyat tidak perlu bersusah payah sangat sebenarnya sekarang. Tapi malangnya PR dan komponen nya pun turut sama melakukan berbagai kesilapan. 
  4. Dalam 'game' sekarang, tiada banyak yang PAS, PR dan DAP perlu buat. Hanya jangan buat silap. Tapi malangnya itu juga yang berlaku.  
  5. PAS masih memilih Mat Sabu. Pemilihan En Mohamad bin Sabu merupakan bukti yang 'something' is not right dalam PAS dan membuatkan PAS masih belum bersedia untuk memimpin negara. 
  6. Aku tak boleh bayang Mat Sabu menjadi TPM atau PM. Mat Sabu tak layak memimpin PAS dan dia perlu keluar! Sepertimana Hishamudin perlu berundur dan Kak Jat perlu keluar. Itulah yang perlu ahli PAS lakukan pada Mat Sabu.
  7. Sifat ahlul PAS majoritinya masih lagi sama. Tolong buang sifat Holier than thou dari diri anda dan jadilah Muslim sejati. Mulakan dengan tidak menyebar fitnah.
  8. PR hanya perlu memerintah dengan kemas dan prihatin. Bukan prihatin pada gaji mereka sendiri. Dimana sifat Umar al Khatab atau Umar Abdul Aziz malah jauh sekali sifat Khulafah Ar Rasyidin?
  9. DAP pula hanya perlu jaga sikap dan jangan guris perasaan orang Islam dan Melayu. Perlu tahu yang mana betul dan baik untuk negara. 
Janganlah over dan hipokrik. Yang penting jangan bermain dengan api. Karang ramai yang terbakar..

No comments:

Post a Comment