Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al Quran 2:30
Ayat di atas merupakan ayat yang sangat menarik untuk direnung dan dikaji. Ayat ini telah mengundang pelbagai pendapat berbeza di antara cerdik pandai. Antaranya, ayat ini juga secara tidak langsung menidakkan pandangan sesetengah kumpulan yang mengatakan bahawa hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadat ritual tanpa sebarang aktiviti muamalat yang serius.
Ini adalah kerana sekiranyan Allah mengkehendaki manusia untuk hanya beribadat ritual dengan tekun, maka Allah semestinya melantik Malaikat sebagai khalifah dimuka bumi (kerana Allah lah yang Maha Mengetahui faham benar akan sifat manusia). Jadi atas sebab kesesuainya sifat manusia yang telah diciptakan dengan sempurna, maka manusialah yang diamanahkan sebagai Khalifah dan bukannya malaikat.
Buku ini merupakan terjemahan daripada buku yang tajuk asalnya adalah: Destiny Disrupted: a World Through Islamic Eye. Karangan saudara Tamim Ansary yang merupakan kelahiran Aghanistan tetapi kini menetap di Amerika. Sila google untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan penulis hebat ini.
Aku menghabiskan pembacaan buku yang setebal lebih kurang 590 muka surat ini pada September 2015 yang lalu. Pada awalnya agak keberatan untuk aku memulakan pembacaan buku setebal ini yang mana setiap muka surat mempunyai secara umumnya sejumlah 250 patah perkataan. Jadi secara kasarnya buku ini mengandungi dalam lingkungan 74,000 patah perkataan.
Tapi setelah memulakan bacaan, boleh aku katakan bahawa inilah antara buku yang paling menarik, informatif dan "eye opener" aku pernah baca. Ianya pada aku sebaris dengan buku (tidak mengikut turutan); "Melaka, The Glorious Malay Sultanate", The Gods Of The New Millennium", "Chariot Of The God", "How Jesus Become Christian", "Al Risalah Rasullulah", "Science, Bible & Quran", "Imam" dan juga "Kesalahan-kesalahan Ke Atas Fakta Yang Perlu Diperbetulkan".
Buku ini telah menunjukkan titik-titik perubahan dan juga unnoticed turning point yang membuatkan Islam dan Muslim sebagai bangsa dan masyarakat yang progresif yang suatu ketika dahulu menerajui dunia sebagai Khalifah muka bumi yang kini tidak lebih daripada badut dan pengemis yang sudah terhakis maruahnya.
Sebenarnya turning point dan individu yang terlibat merupakan satu kontroversi kerana induvidu-induvidu yang dimaksudkan ini mempunyai kedududukan yang tinggi (barangkali mulia) dimata mereka yang bergelar ustaz. Namun, boleh aku katakan bahawa sebelum menelaah buku ini sekalipun, nama beberapa induvidu ini telah pun aku baca di beberapa tempat sebagai induvidu yang menutup minda Muslim kepada rasional dan logik - secara sedar atau tidak sedar.
Muqaddimah - In The Beginning
Walaupun ia merupakan buku terjemahan, namun pujian sewajarnya diberikan kepada penerbit buku Serambi @ Adiwarna. Aku percaya selain daripada ilmu dan informasi, aku juga berjaya merasai kekecewaan, kesedihan dan harapan saudara Tamim melalui buku ini. Gaya tulisan yang mudah dan ringkas amat membantu non academic people macam aku untuk memahami sejarah dengan mudah.
Mengandungi 17 bab yang dimulakan dengan "Dunia Tengah" dan diakhiri dengan "Arus balik". Dunia tengah merujuk kepada "Middle East" yang mana merupakan cradle of civillization - asal ketamadunan manusia. Di sebalik metodologi umum, penulis menggunakan permulaan ringkas dan mula menjadi lebih perinci setelah kemunculan Islam. Berikut merupakan bab- bab yang dimaksudkan:
- Dunia Tengah
- Hijrah
- Kelahiran Kekhalifahan
- Perpecahan
- Kerajaan Bani Umayyah
- Zaman Bani Abbasiyah
- Ulama, Ahli Falsafah dan Sufi
- Kemasukan Orang Turki
- Malapetaka
- Kelahiran Semula
- Manakala di Eropah
- Barat Datang ke Timur
- Gerakan Pembaharuan (Reformasi)
- Undustri, Perlembagaan dan Nasionalisme
- Munculnya Sekular dan Modenis
- Krisis kemodenan
- Arus Balik
Sususan bab-bab ini adalah mengikut turutan tahun dan peristiwa. Amat tidak sukar yang mengikut rentak penulis kerana sekiranya berlaku sulaman peristiwa, ianya tidak diceritakan secara serentak tetapi mengikut rentak impak peristiwa.
Sesuatu yang menarik berkaitan dengan buku ini adalah ia cuba lari dengan sebaik mungkin kisah-kisah 'luar biasa' - non scientific atau fenomena luar biasa yang barangkali terdapat dalam lipatan atau warna dalam kanvas peristiwa sejarah. Baik unsur luar biasa yang mengagungkan watak Muslim mahupun tidak. Boleh dikatakan, buku ini antara buku sejarah saintifik yang boleh kita baca berkaitan dengan Islam.
Secara peribadinya, barangkali agak mudah untuk aku hadam atau barangkali lebih teruja untuk aku menelaah buku ini kerana secara peribadi aku sudah pun membaca beberapa buku berkaitan dengan watak atau kisah yang yang disimpulkan dalam buku ini.
Bagi mereka yang telah biasa dengan kisah dan tokoh serta induvidu dalam kisah 4 Imam, Panglima-panglima Muslim (Saladin, Tariq Ziad dan sebagainya) dan juga kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam sama ada daripada tulisan Pak Latib mahupun penulis lain, maka buku ini amat mudah difahami dan menjadi amat menarik. Ini adalah kerana buku bagaikan benang yang menjahit kanvas-kanvas kisah sejarah yang maksudkan tadi. Lembaran demi lembaran di sambung dengan santai yang membuatkan membaca buku ini bagaikan menonton sejarah di dalam minda. Kesinambungan antara setiap kisah mampu membuat kita secara tidak langsung mula berfikir dan ada tempatnya menghidupkan adrenaline.
Kesedaran, Impak dan Kontroversi
Aku sesungguhnya menyeru setiap induvidu yang cintakan Islam dan sayangkan Muslim sebagai satu masyarakat membaca buku yang amat bagus ini. Saranan ini adalah lebih kuat kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai Uztaz. Ini kerana di zaman ini, walau pun uztaz itu hanyalah berpendidikan "ringkas" diperingkat sekolah (bukan semua), tetapi kerana petahnya berkata, maka uztaz tersebut mampu menjadi induvidu yang berpengaruh malahan mempengaruhi keputusan mereka yang berpendidikan tinggi (tetapi dambahan syurga secara buta tuli).
Buku ini bukan sahaja membuka lembaran sejarah, tetapi ia juga membuka pekung sejarah bagi mereka yang "membohsiakan" Islam demi diri sendiri samada untuk kuasa, nama atau harta.
Berhentilah dari terus mempercayai ustaz-ustaz ini secara membabi buta. Selidik dan analisa dahulu setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka. Ini adalah kerana ugama merupakan senjata paling ampuh untuk mengawal manusia. Inilah yang pernah berlaku dan kini masih berlaku malahan semakin parah (pada hemat aku). Hanya dengan permata ilmu baru kita mampu menganalisa butiran kata-kata mereka. Buku ini antara permata ilmu tersebut.
- Status perundangan di zaman pemimpin Muslim paling berjaya - Umar Al Khattab.
- Menyingkap asal usul beberapa amalan seperti "bila perempuan dan lelakai mula pisah ruang solat secara offcial".
- Rahsia kebangkitan ilmu dan tamadun Muslim
- Kehancuran pemikiran rasional Muslim - termasuk induvidu yang terlibat dan juga peristiwa.
- Rentetan membawa kepada keadaan dimana wanita mula terhakis peranan dan masyarakat dan mula "dikurung" (kononnya) demi menjaga maruah suami @ mengelak daripada melakukan maksiat.
- Punca penjajahan keatas Muslim.
- Kebangkitan dan pengkhianatan
- Extremist moden - Asal usul.
Sebenarnya banyak lagi initipati menarik yang disentuh dan dihujah oleh penulis melalui buku ini. Hanya dengan membacanya barulah boleh melihat kisah dan impaknya. Di akhir buku ini, aku dapat rasakan delima yang menyelubungi penulis. Aku sedikit sebanyak terkesan dengan pengetahuan baru yang telah diperoleh. Namun, aku boleh rasanya penulis masih menaruh harapan akan kebangkitan dunia Muslim versi 2*
*Nota: Secara peribadi aku tak rasa Muslim dan Islam dah ada harapan untuk diselamatkan. Kerosakan dan pencemaran ugama terlalu larut dan busuk. Tajdid berlaku secara terlalu perlahan dan berhati-hati manakala kedangkalan minda makin berluasa. Sungguh pun aku self claim yang aku merupakan rasionalis, tapi dalam kontek ini, aku hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan Muslim, walaupun sangat tipis harapan. Ini adalah kerana mengikut hukum Allah;
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Al Quran 13:11
Balik kepada buku ini, ia membawa suatu harapan (yang tak pasti) pada masa hadapan demi generasi yang akan datang. Dunia masih belum kiamat dan manusia masih hidup dimuka bumi - tidak lagi pupus. Lembaran sejarah terus dibentang dan warna warni peristiwa dan kehidupan terus mencorak sejarah di masa hadapan..
No comments:
Post a Comment