Setelah itu, hampir 2 tahun aku tak menulis yang mana sebab utama aku pasti adalah kerana malas dan tak ada mood. Wah hahahahahahahaha....
Aku menulis untuk suka², meluahkan perasaan, berkongsi pendapat barangkali, mencari teman debat yang profesional dan juga mungkin berkongsi sedikit ilmu yang ada (kalau ada lah...).
Banyak genre yang aku tulis. Dari berunsurkan agama (kegemaran aku, hehehehehe), hiburan (seperti komik, musik dan lain²), politik (guilty pleasure), kebudayaan, ulasan buku dan juga bicara kosong (seperti tips temuduga dan memasak).
Berunsurkan Agama
Setelah beberapa tahun menulis secara tidak profesional, banyak juga pengalaman yang aku dapat. Baik dari induvidu yang aku tak kenal dan juga dari kenalan atau sahabat yang kenal. Selain pernah digelar Islam Liberal (yes, aku pernah digelar demikian sedangkan ketika itu istilah Islam liberal masih belum kecoh) dan aku kena cari sendiri definisi Islam liberal dalam encik google. Sefaham aku liberal itu bermaksud bebas. Jadi Islam liberal bermaksud Islam bebas. Aku tak pasti aku liberal dimana. Tapi yang pasti aku Islam fundemental (asas). Aku juga pernah diguraukan sebagai memegang fahaman pelik dalam Islam. Aku tak pasti apa yang pelik. Pada aku hanya mereka sahaja tak faham atau malas nak fikir. Terus terang cakap dengan fahaman dan ilmu yang ada, aku berjaya berdebat dengan pastor kristian dan alhamdulllah pada hemat aku, aku berjaya checkmate kan dia lah..
It was in 2011 Penang.. really glad to meet them.. Not sure about them.. Hope to have this opportunity again.. That botak was me, holding the Bible..
Jumlah Pembaca
Sejujurnya pembaca tulisan aku hanya ratusan sahaja. Tak banyak. Ada juga yang hanya puluhan. bergantung ada topik tulisan sebenarnya. Sedikit rekod tentang hasil tulisan² aku.
- Paling banyak baca: Comic House (lebih 20k orang..).
- Paling sikit baca: Demonstrasi Jalanan (hanya 32 orang).
- Paling banyak komen: Temuduga Itu & Ini (14 komen).
- Paling komplek (secara peribadi): Perihal Bani Israel (banyak rujuk Bible masa tulis).
- Paling berharapan besar (secara peribadi): Melaka The Glorious Malay Sultanate (harap Melayu buka mata dan minda).
Untuk aku...
- Aku makin rajin baca buku (jangan asyik layan Netflix, layan movie, main game tidur).
- Tak berhenti menulis walaupun semalas mana pun (agak susah sebab masa sangat laju dan mood sangat tak dinamik).
- Work life balance antara kerja, keluarga dan peribadi.
- Melayu rajin baca, guna otak dan berfikiran logik lagi rasional.
- Melayu jangan risis, jangan malas dan suka taichi (Melayu lagi handal taichi berbanding Cina).
- Malayu tak jadi pak turut terutamanya bab agama (end up kena kencing dengan Ustaz yang tak lulus dengan bergaya SPM).
- Malaysia harmoni, aman dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment