Showing posts with label Pendapat aku - harta dunia. Show all posts
Showing posts with label Pendapat aku - harta dunia. Show all posts

Friday, 9 November 2018

Wellfare State @ Negara Kebajikan

Negara berkebajikan atau dalam bahasa Inggerisnya "Welfare state" merupakan satu utopia ulung yang selalu dinaung dan diselogankan oleh pelbagai parti terutamanya parti yang berorientasikan politik. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan?

Kenangan manis kau dan aku takkan terkubur...

Secara peribadi yang juga berdasarkan pemerhatian, terdapat pelbagai tafsiran maksud negara berkebajikan. Pertama sekali istilah negara berkebajikan dipopularkan adalah ketika PAS mesra bersama DAP dan PKR suatu ketika dahulu yang mana PAS meletakkan negara berkebajikan sebagai slogan utama.

My understanding the Islamic Economic system is; Moderate capitalist for social welfare ...
Or in Malay; Kapitalis sederhana untuk kebajikan masyarakat... 


Adakah kebajikan masyarakat merujuk kepada situasi negara berkebajikan? Ya. Itu yang maksudkan. Keadilan sosial yang adil dan saksama adalah berdasarkan "siapa yang usaha dia yang (insyallah) akan medapatkan hasilnya". Ini sesuai dengan wahyu Allah; "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri".

Dalam sejarah, pelbagai tamadun mengangkat diri sebagai negara yang menegakkan kebajikan sosial. Baik dari Hamurabbi di tamadun Babil kuno hingga ke kisah² raja² di dalam kitab Mahabrata.

"Di dunia ini tiada apa yang pasti kecuali kematian dan cukai" Benjamin Franklin

Namun apa yang menarik dalam sejarah Islam, kaedah negara berkebajikan itu diterap sebagai satu sistem yang menjadi sebahagian daripada nadi ekonomi negara. Aku merujuk kepada sistem zakat. Zakat mengikut kefahaman aku adalah satu cukai yang dijadikan doktrin agama (sebahagian dari rukun Islam). Semua wajib membayar zakat kecuali mereka yang digolongkan sebagai tidak mampu. Duit zakat itu pula dilaburkan dalam infrastuktur dan membantu orang yang layak.

Pencen merupakan satu teknik perlaksanaan kebajikan. Dalam sejarah, sistem pencen mula dikesan di dalam sistem ekonomi ketenteraan. Para bekas perajurit dijanjikan dengan pencen yang menarik setelah tamat perkhidmatan.

Namun perlaksanan negara berkebajikan juga harus bertanggung jawab. Bantuan kewangan daripada pihak pemerintah sekiranya tidak diagihkan dengan adil akan menghasilkan masalah sosio ekonomi yang parah. Ia akan menghasilkan rakyat yang malas dan tidak produktif. Rakyat yang hanya menagih agihan kewangan dari keringat orang lain (yang lebih rajin berusaha). Isyarat negara berkebajikan barangkali disalah tafsir oleh mereka yang semamangnya pemalas yang hanya pandai memberi alasan, lepak kedai mamak, berlepak dimedan sosial dan pandai memberi alasan. Golongan  yang diganja dengan imbuhan atas tiket kebajikan akan ada sejuta alasan untuk kekal menjadi malas dan tidak produktif daripada menambah ilmu untuk meningkatkan keupayaan diri dan ekonomi diri.

Menagih Kebajikan

Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam? Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi miskin. Paling tidak 2 insan daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga adalah hartawan. 2 daripada 4 imam besar mazhab sunnah waljamaah adalah berharta. Malah 2 daripada rukun Islam memerlukan harta yang secukupnya untuk dilaksanakan iaitu 1) membayar zakat dan 2) menunaikan haji di Mekah. Malah kebajikan yang paling ulung dalam Islam adalah bersedekah (juga memerlukan harta). Janganlah kita menyalah tafsir dengan kisah sedekah sekadar buah kurma. Ia membawa maksud tersirat berbanding tersurat.

Islam mengatakan bahawa "tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah" dan Islam mengajar untuk "tidak meminta-minta". Islam mengajar untuk berusaha daripada menjadi pengemis. Jadi tidak malukah kita yang beragama Islam dengan bangga menjadi mereka yang tangan dibawah?

Agihan kebajikan negara perlu lebih bersasar. Golongan miskin yang sempurna tubuh badan dan akal fikiran pada hemat aku tidak layak menerima bantuan kebajikan seperti golongan kurang upaya dan orang tua. Golongan seperti ini seharusnya diberikan "disiplin" dalam hidup berbanding bantuan kewangan untuk mengelak mereka daripada terus malas, tidak mengurus keluarga dan hidup dengan baik dan juga tidak bertanggung jawab. Paling tidak ditunjuk jalan keluar dari kancah kemiskinan.

Di zaman moden ini, kemiskinan boleh diubah dengan usaha dan ilmu. Viscous cycle of poverty atau kitar ganas kemiskinan boleh diubah dengan usaha dan ilmu. Kini semua orang mendapat peluang untuk mengubah nasib mereka. Sedih aku lihat di sekitar, golongan yang miskin dan rosak masa depan bukan akibat ditindas tapi dianaiya oleh diri mereka sendiri. Banyak anak² orang miskin ini akan terus miskin kerana sikap mereka. Ponteng sekolah, gejala sosial majoritinya datang dari kelas sederhana dan banyak kelas bawah. Adakah suatu hari nanti golongan ini juga yang menagih kebajikan dari pemerintah? Adakah golongan ini juga yang akan mudah dirasuah? Mungkin.

Perlaksanaan negara berkebajikan perlulah berhati-hati. Janganlah dilakukan untuk membeli undi. Tapi lakukan atas niat membatu mereka yang betul² memerlukan dan bukan mereka yang miskin tapi sentiasa menambah zuriat dengan alasan rezeki tetapi tidak fikir faktor kezaliman terhadap masa depan anak.

Perlaksanaan kerajaan berkebajikan yang tidak berhati-hati bakal menghancurkan ekonomi dan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

Friday, 14 October 2011

Bebelan aku; Masalah Melayu

Kerja seolah akan hidup selamanya tapi beribadat seperti akan mati esok

Berdasarkan pemerhatian aku, aku dapati bangsa Melayu ataupun yg datang dari rumpun Melayu nie mempunyai satu penyakit yg aku rasa susah nak diubah. Setahu aku DrM siap nangis tas rostrum time dia cakap pasai benda nie. Penyakit apakah itu?  Itu lah "MALAS". 

Malas sebenar satu ungkapan bahasa yg agak luas. Masing² ada tafsiran tersendiri. Jadi, most problaly ianya benar utk semua keadaan.

Contoh... kontraktor projek..

Setahu aku, kerajaan dah banyak bagi peluang pada Melayu untuk maju. Bagi projek dan lain². Terutamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB. Alhamdulillah ada yg amik peluang ini dengan baik menjadi ahli niaga dan usahawan yg berjaya. Tp, masalahnya, ada gak yg suka amik untung atas angin. Projek yg kerajaan bagi, depa jual utk harga yg lebih tinggi sikit pada  usahawan Cina. Org Cina (majoritinya) sebenar dah jadi darah daging depa utk berniaga. Mereka (nenek moyang depa) datang dari jauh sehelai sepinggang utk memulakan kehidupan baru. Atas kerajinan dan kesabaran (bersertakan kebijaksanaan) mereka berjaya.

Kontraktor (usahawan) Melayu nie mendapat untung yg tidak seperti mana selpas jual projek pada Cina. Inilah dikenali sebagai Ali Baba. Lepas dapat untung yg tak seberapa (but in actual boleh cecah juta jugak lah..) mereka akan blagak dan merak yg kononnya mereka nie bijak. Pada mereka, barangkali mereka adalah golongan yang "worksmart". Padahal, sebenarnya mereka telah jual satu peluang utk empayar perniagaan mereka..

Projek kerajaan yg dipegang oleh Cina tersebut akhirnya siap. Tp kualiti yg tidak beberapa memuaskan. Kenapa? Kerana menggunakan bahan yg tak berkualiti (sebab nak cover cost). Akibat dari sinilah banyak kita tgk projek kerajaan dikatakan tak berkualiti.  

Hanya kerana Ali Baba. Melayu jual projek. Melayu dapat untung atas angin. Cina buat kerja. Cina guna bahan kualiti kurang bcos budget rendah kerana sebahgian dah disapu oleh Melayu tu. Cina guna untung dari projek tu sebagai modal utk cari projek sendiri dan utk projek sendiri, mereka akan fokus pada kualiti dan efficiency. Nama kontraktor Cina naik, dapat modal untuk dan bina empayar perniagaan. Projek kerajaan yg atas nama Melayu tu kualiti tak bagus. Banyak customer complaint. Kontraktor Melayu tu hilang future projek. Perniagaan bungkus lepas kerjaan tak support sebab hasil dulu hampas. Than bising yg kerajaan pilih kasih, kroni,tak bagi peluang pada bumiputra dan lain².

Untung "Over" dan nak kaya cepat

Yang tadi aku tulis pasai kes or konsep Ali Baba, (or at least itu yg aku paham). Perlu ditegaskan kat sini, bukan semua Melayu macam tu. Cuma majoriti. Aku personally amat respek Cina. Pada aku depa rajin dan bijak. Satu lagi contoh yg aku bagi adalah nak untuk besar dengan cepat.

Contohnya macam nie lah. Kerajaan bagi projek yang katakan RM3 juta. Secara detailnya pulak, dibudgetkan untuk setiap bata utk bangunan tu berharga RM1.50 Kira guna bata merah yg bagus kualiti. Tp, si Melayu nie pandai... Nak untung lebih. Dia tak guna bata RM2.00. Dia guna bata pasir harga RM1.20. Untung atas angin RM0.80.

3-4 tahun lepas bagunan siap, bangunan tu mulalah ada masalah... Masa tu, mula nak glabah. Kira masih nasib baik kalu maslah tu berlaku lepas 3-4 tahun. Kalu berlaku lepas 1 tahun? Apa pun lepas berlaku peritiwa kualiti. Projek tidak lagi dianugerahkan... Hilang lagi future projek. Melayu pun bising yang Melayu tak tolong Melayu. Seriusly, aku pun pikir banyak kali utk cari kontraktor buat kabinet umah aku. Apa taknya, majoriti kontrator Malayu kualiti kerja teruk. Kalu nak minta repair kalu ada problem punya lah liat.

Even dalam kehidupan harian kita pun kita boleh tgk betapa malasnya (sebahagian) Melayu. Malah ada yg kerja dgn Cina tp masih tak sedar dah jadi kuli dan cuba tipu Cina tu. Come on, cuba kerja dgn jujur. Boss Cina dah bagi budget, utk guna bahan berkualiti. Jadi, gunalah bahan berkualiti. Ini tidak, pergi kedai memana, guna bahan murah, than claim ikut harga barang kualiti. Bila kantoi, kena marah dgn boss, boleh pulak dimarahnya boss Cina tu pulak. Adui..

Kena improve

Aku sebenarnya orang luar yang tak arif dalam perkara ini. Tapi aku sedikit sebanyak tahu pasai masalah ini. Aku adalah nobody dapat komuniti Malayu. Aku hanya org biasa. Tapi seriusly aku tension dan sedih bila tgk perangai bangsa aku nie. Banyak lagi yang aku tengok dan dengar. Tak kira yg sanggup jual tanah...

Sifat negatif Melayu ini sebenarnya satu kanser. Kanser inilah yg menutup peluang yg akan datang untuk anak cucu "kita". Kita, Melayu bukannya bodoh. Kat U, aku tgk ramai Melayu yg lagi bijak dari Cina mahupun India. Cuma depa malas. Termasuk aku. 

Berbalik pada isu tadi, Melayu sanggup enjoy sekarang darpada enjoy kemudian. Melayu hanya fikir untuk hidup mudah (untung) dalam 2-3 tahun berbanding lagi 10 tahun yg kekal hingga mati (insya'allah). Jadi, kita Melayu kena pikir seolah-olah kita akan hidup selamanya dan oleh sebab itu kena pikir nak cari untung untuk long term disamping menggunakan cara yg halal kerana, at the same time pikir yang maybe kita akan mati esok.
 

Thursday, 14 July 2011

Harta Dunia

All the things that you own will end up owning you back @ semua benda yg engkau miliki akan akhirnya memiliki engkau

Kata² tersebut diucapkan oleh Tyler Durden dlm criter Fight Club kepada “tuan punya dirinya yg sebenar”. Pada aku, filem Fight Club adalah antara filem yg merubah cara aku menilai dunia. Ia penuh emosi yg memang “rage” pada system kapitalis. Well aku x nak jadi terlalu teknikel bab menulis, so aku akan guna bahasa yg sume org biasa mcm aku boleh faham.

Anyway apa yg menarik pasai kata² tersebut adalah mcm mana harta keduniaan milik kita akan akhirnya memiliki kita. Barangkali ada yg kurang paham dgn maksud ungkapan tersebut so ada baiknya kau explain sikitlah dgn cara yg paling ringkas.

In the beginning, kita akan beli benda utk kepentingan asas kita. Mcm benda makan, bla, bla, bla.. Than bila kita ada duit kita akan beli benda² yg asas tp sikit upgrade. Contoh, dulu makan KL Fried chicken, than bila byk sikit duit makan Kentaki Fried Chicken pulak.  Kita upgrade selera.

Itu bab makan, kalu kereta, maybe memula, just beli Myvi, than bila dan kaya sikit, maybe beli Lancer ke hape. But the thing is, mulanya barangkali kita beli barang keperluan asas kita or barang keperluan lain-lain macam handphone mengikut kemampuan. But eventually, demi menurut trend perkembangan terkini, kita membeli luar dari kemampuan. Berapa ramai dari kita yg bebenar perlukan Black Berry or I Phone?

Benda² yg kita beli sebenarnya pada zahirnya adalah hak milik kita. But, kalu kita beli guna credit card or pinjaman bank? Selagi tak lansai hutang credit card or bank, barang tu still milik bank. Bukan milik kita. Katakan kita pegi Court Mammoth or IKEA, than beli perabut ciptaan tertrendy terkini. Aku pasti ramai x bayar guna cash or maybe pakai system bayaran ansuran murah. Dan aku pasti jarang org beli kereta cash and payah cari orang beli rumah guna cash. So, dengan lunggukkan hutang bank & credit card (yg juga bank), akhir sikit² akan menjerat kita. Sepatutnya kita adalah tuan utk harta² tersebut but eventually, every month kita kerje macam bewak (biawak) just untuk bayar balik hutang harta yg kita beli secara kredit. So, kat sini obviously, siapa tuan siapa? Kita kerje macam bewak untuk siapa? Untuk bayar hutang kan? Untuk harta yg kita beli kan?

So, bila masuk rumah nanti, tgk balik, brapa byk harta yg sebenar-benarnya milik kita dan yg masih belum milik kita. Kemdian, every end month bila dapat gaji, cuba tgk agihan gaji kita ke mana. Adakah kita tuan harta benda kita, or kita kerja just nak setle hutang kita? Or in short, adakah kita kerja untuk harta kita.

Kalu tgk dlm news, slalunya kes makan rasuah. Sapa yg makan rasuah tahap “whale” @ paus? Seriusly kalu korg teliti yg kes makan rasuah nie bukan datang dr golongan pendapatan rendah. Banyak berjawatan tinggi macam pengarah, ketua jabatan, menteri dll. Awat? Gaji depa x cukup ke? No, depa makan rasuah bcos depa dah jadi hamba kepada harta or kebendaan. Depa bukan tuan pada harta depa but hamba pada harta depa or bakal harta depa. Depa nak fullfill life style depa yg exclusive.  Nak full fill nafsu amarahbissukk.

Having said so, x salah kalu kita nak berharta kalu kita berkemampuan. X salah kita tinggal di bungalow kalu kita mampu. X salah bawa kete besar atau ber Black Berry or I Phone kalu kita mampu dan perlu. X salah juga kalu nak berhutang bank kalu kita mampu bayar dlm keadaan yg selesa. Hanya korang tau kedudukan kewangan dan kemampuan korang yg sebenar. Nilai dgn ikhlas. Bak kata nabi (yg bermaksud dan berbunyi lebih kurang begini),”..rujuklah aku jika berkaitan dgn urusan agama, tp jika berkaitan dgn urusan duniamu, kamu lebih tahu akan urusan dunia dirimu..”.

Dizaman sekarang nie, susah nak cari org yg bebas dr hutang. Aku sendri paling busuk ada 2 hutang. PTPTN & rumah (syukur kereta dah setel haritu). Nasib baik kawin pakai cash. Aku ada dengar, ada org kawin buat pinjaman bank. Gile siot... Apa pun, hak peribadi lah.. Who am I to judge?

Anyway, pada pendapat aku adalah kita kena manage tahap hutang kita and bila spend duit pakai credit, pastikan kita mampu bayar dalam kadar yg segera. Aku bukan pakar ekonomi or kewangan, but, pada pendapat aku, kita kena pastikan ada cukup cash (tunai) utk kecemasan. Benda nie sgt penting. Malaysia terselamat drpd krisis kewangan dan jerat* IMF tahun 1997 pun sebab kadar hutang Malaysia “rendah” dan mempunyak bayak tunai sama ada dlm bentuk ringgit atau pun matawang luar. Juga yang paling penting kita sedar siapa kita sebenar dan kemampuan kita yg sebenar.

Pada pendapat peribadi dan apa yg aku nampak dan paham, semua harta yang ada kat atas muka dunia nie adalah harta dunia. Itu kita x boleh lari. Baik laptop, TV perabot dll. Yg menjadi beza, apakah status harta dunia tu. Macam mana kita dapat dan guna harta dunia tu? Cara betul atau salah? Utk kebaikan ke utk keburukan @ nafsu?

Apa pun pada aku, jika harta dunia yg dikumpul ini digunakan dgn cara yg betul, insya’allah boleh dijadikan sebagai “kenderaan” utk ke akhirat yg lebih baik dan yang diidamkan.Ini adalah pendapat aku. Maybe betul, maybe salah. Hanya tuhan yang tahun dan berkaitan dgn urusan dunia  korang, korang lah lebih mengetahui..

*Personally pd aku, pada tahun 1997, krisis kewangan yg ditimbul adalah dirancang oleh pihak IMF sendiri. Aku bukan paranoid ke apa, but I’m sorry to say, aku percaya akan teory konspirasi. Bukan semua teori, but teori yg ada bukti kukuh dan kesan selain mempunyai kesamaan dgn sejarah. Bcos pada aku, insya’allah, sejarah pasti akan berulang.