Saturday, 22 December 2012

Kisah Ringkas Asal Usul Syiah, Hadis dan Mazhab

There was a question in the FB. It was asked by a sincere person that need clarification. Aku amat menghormati pemuda yang macam nie, (well, aku dah tua...). Pada aku dia tak tau dan mempunyai keinginan utk amik tahu. Ini membuatkan aku berasa aku wajib membantu walau pun barangkali ramai orang yang masih layak diluar sana.  Berikut aku amik dr FB (scroll down ke utk ringkasan soalan kalau malas nak baca soalan panjang dia nie);

 

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Pada kawan-kawan yang ada kelapangan untuk baca & beri pandangan/menjawab persoalan saya ni dipersilakan


1. IMAM BUKHARI (194-256 H)
2. IMAM MUSLIM (204-261 H)
3. IMAM ABU DAUD (202- 275 H)
4. IMAM TURMIZI (209-279 H)
5. IMAM AN-NASA'I (215-303 H)
6. IMAM IBNU MAJAH (207-273 H)


Seperti kita ketahui, nama-nama di atas adalah orang-orang yang telah mengumpul dan membukukan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Hadis-hadis mula dikumpul & dibukukan hampir 200 tahun lepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudiannya menjadi panduan dan rujukan umat Islam dari zaman tersebut hinggalah ke hari ni selain daripada al-quran. Hampir setiap hari kita boleh nampak status kawan-kawan kita tertulis mengenai hadis.

Terdapat banyak hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang bercanggah antara satu sama lain yang menimbulkan kekeliruan

Antaranya: Terdapat 3 versi hadis mengenai khutbah terakhir

1. First version, " I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the book of God and my Family. Muslim 44/4, Nu2408; Ibn Hanbal 4/366; darimi 23/1, nu 3319.

2. Second version, "I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the book of God and my Sunnah".
Muwatta, 46/3

3. Third version by the Sunni/Sunnah wal jamah Muslims, "I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the BOOK OF GOD." Muslim 15/19, nu 1218;Ibn Majah 25/84, Abu dawud 11/56.

Ini bercanggah pula dengan hadis ini:

Abi Sa’id Al-Kudri melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, "Jangan menulis sesuatu daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu selain Quran hendaklah memadamnya.” (Riwayat Muslim dan Ibn Hanbal)

Banyak lagi tapi post dah terlalu panjang, mungkin sesiapa yang tahu mengenai hadis-hadis & ayat Al-Quran bercanggah boleh tambah.

Persoalannya...yang mana kita patut pegang & ikuti?

 Patutkah kita mengikut, memegang & mengamalkan sahaja hadis-hadis tersebut tanpa mempersoalkan walaupun hadis tersebut dikatakan sahih?

Sesetengah mengatakan kita tak boleh berpegang dengan Al-Quran sahaja. Namun hadis-hadis tersebut masih banyak kekurangan & bercanggah sehingga menampakkan agama Islam yang mudah itu menjadi kompleks.

Ada sesiapa tahu jawapan kepada persoalana ni atau nak tambah apa-apa persoalan?

Kemudian beliau menambah...

Ini info tambahan mengenai hadis tetapi tak tahu mengenai kesahihannya.

(1) Malik Ibn Anas collected about 500 hadiths in his famous book, "Al-Muwattaa"

(2) Ahmed Ibn Hanbal, collected about 40,000 hadiths, in his famous "Musnad".He chose these 40,00
0 hadiths from among 700,000 hadiths. In other words he thought 660,000 hadith were un-proven, lies and/or fabrications and the others may be authentic. That is 94% lies and fabrications

(3) Bukhary collected about 600,000 hadiths and accepted 7275 hadiths and considered 592,725 hadiths to be un-proven hadiths,lies and/or fabrications, that is almost 99% of what he collected .

(4)Moslem collected 300,000 hadiths and only accepted 4000 of them, and refused about 296,000 . that is almost 99% of these collected hadiths 

In short ini soalan dia (jika mengikut kefahaman aku);
  • Kenapa hadis ditulis ratusan tahun lepas wafat Rasullullah?
  • Kenapa hadis bercanggah dgn ayat Quran (rujuk cotoh dalam soalan beliau)
  • Kenapa jumlah hadis yang diriwayatkan tak sama?
Dalam memberi jawapan, kita terpaksa melihat dan memahami beberapa perkara asas dahulu.

Perihal Panduan..  

Panduan kita yang pertama adalah Quran dan yang kedua adalah hadis. Hadis pula merupakan kumpulan penceritaan tentang perbuatan Nabi (Sunnah) dan perkataan nabi. Ketiga pula adalah kelakuan dan fatwa para sahabat (terutama 10 terulung yang dijanjikan syurga) dan juga para isteri nabi. Bagi Ahli Sunnah Wal Jammah, 3 ini adalah panduan utama baik dari semua mazhab di dunia. Setelah melepasi 3 peringkat ini barulah ada perbezaan dalam membuat keputusan. Ada yang dahulukan qias, istihsan (akal pikiran), adat dan lain². Walau pun terdap[at perbezaan anatar mazhab, tapi kebanyakan permasalahan (mungkin semua) adalah perkara fekah dan bukanya pokok iman.

Sejarah Ringkas Perihal Hadis

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan, kita perlu rujuk pada asal usul kisah. Dengan ini baru kita dapat mengenal pasti punca maslah. Atau in English, we need to track down the chronology of the case in order for us to track down the root cause. Berikut adalah ringkasan yangd imaksudkan;

a) Nabi larang mencatat segala perkataan atau kelakuan baginda time hidup baginda kerana baginda tak nak bercampur aduk dgn Quran (tak nak jdi mcm Bible). Maksud hadis (merujuk pada soalan yang dibangkitkan dengan maksud lebih kurang; "jangan tulis something other than Quran " tu maksud ringkasnya adalah jangan mix kan Quran dengan yang lain macam Bible yg di dalamnya ada Kalam tuhan, ada Kalam Nabi, kalam dan kisah sahabat serta panglima wira dan juga kisah² dongeng.

b) Quran mula dibukukan pada zaman Saidina Umar. Pada zaman Saidina Abu Bakar dia agak sibuk dan kerajaan agak sibuk. Jadi tak sempat nak bukukan betul². Quran lengkap dibukakan secara sistematik pada zaman Saidina Osman.

c) Kemudian, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, bermulanya akitiviti pengumpulan hadis secara peribadi bagi induvidu² tertentu. This is because years after Nabi wafat, some people that crave for knowledge and answer due to life style umat dah jadi komplex kumpulkan hadis² tu. Dari sini terbentuknya mazhab. Paling famous ada 4. Than later ada induvidu yg bukukan (compile all the hadis). Antaranya Imam Bukhari dan Imam Muslim.
 
Isu Mazhab

a) Sebenarnya ada banyak Mazhab. Tapi yang paling besar ada 4. Kenapa? Ini adalah kerana, maslah² umat dah makin komplek dan cara penyelesai pun pelbagai. Islam agak simple but some people like to make thing complicated. Isu akidah tak ada percanggahan. Cuma isu maslah fekah sahaja. Namun begitu jika dicoroti kemabali secara kritis, mazhab ini timbul setelah baginda Rasulullah wafat. Jika dahulu, umat akan merujuk pada baginda. Setelah kewafatan baginda, meraka merujuk kepada para sahabat. Namun ia sebenarnya dalam lingkungan yang masih kecil dan terkawal kerana pada zaman itu, zaman dimana umat hidup bersama Rasulullah dan Sahabat.  

b) Anyway in short, perbezaan ini berlaku kerana status hadis dan setengah masalah tak pernah berlaku di zaman Nabi dan sahabat. Pendekatan para Imam dlm selesaikan masalah menjadi punca perbezaan jawapan dan inilah dinamakan mazhab. Contohnya, Imam Hambali (paling junior antara 4 imam) consider all hadis ketika buat fatwa. Imam Malik pula favour amalan penduduk Madinah sedang Imam Hanafi gunakan banyak gunakan akal (istihsan).

Sebelum lupa, memang ada ayat Quran yg minta kita rujuk Hadis. Aku tak ingat ayat apa tapi intipati maksud lebih kurang macam; "Ikut Nabi kerana dia (baginda Rasullulah) adalah Al Quran hidup. 

Kenapa Perlu hadis?

Kerana, Al Quran lengkap tapi tak detail. Contohnya; Seblum solat kena wuduk. Tapi langkah wuduk tak disebut. Wuduk yg kita faham kuat datang dari riwayat Saidina Osman... Solat pun tak ada SOP dlm Quran. Quran hanya suruh solat saja. So how? Ikut style Nabi solat dan ini dicatat dalam hadis. That is why terlalu banyak style. Namun begitu secara asasnya sama. Cuma perkara kecil dan sunat sahaja yang berbeza. Jadi yang mana satu betul? Semua betul. Ini boleh diibaratkan seperti nak makan gunakan sudu pun boleh, chopstik pun boleh, jari pun bleh. Yang penting bismillah dan "apa yang kita makan" dan "di mana kita makan".

Nasib Hadis

Penilaian hadis perlu mengikut intipati ajaran Islam. Antara hadis sahih yang famous (yang bermaksud lebih kurang; aku tak hafal hadis, just ingat intipati sahaja).

a) Islam itu mudah, sesiapa yang susahkan urusan ugama tiada apa yang dia peroleh kecuali kesusahan - Ada tafsirkan ini sebagai amalan bidaah dlm amal ibadat dan hukum fekah.

b) Sekiranya kamu jumpa 2 pilihan (utk buat keputusan) antara kamu, maka pilih yang paling mudah antaranya.

c) Jalan yang terbaik adalah jalan pertengahan (sederhana - moderate dan bukan extremist).

Komentar dari al Imam ibn Jauzi; "Apabila kamu melihat ada hadis yang menyanggahi logik, Quran dan bertentangan dengan asa usul Islam, maka ketahuilah bahawa ianya hadis palsu".

Since Al Quran dah dipelihara dan imposibru to be forged, than those opportunist whore went out to temp with hadis. Why? Because at that time hadis was not recorded yet and people do not really memorize hadis as they memorize Quran.

Semua bermula semasa perpecahan
umat Islam yg pertama...

Kisah Sedih Umat Islam

a) Ia bermula di zaman Saidina Osman setelah DEMONSTRASI JALANAN oleh majoriti pemuda Mesir yg mahukan "KEADILAN". Ini termasuk anak Saidina Abu Bakar yang kalu tak silap bernama Omar. Org Madinah relex jerr.. kerana mereka kenal siapa Saidina Osman. Saidina Osman nie pulak jenis gentleman jadi dia tak guna force utk suraikan para PENDEMONSTRASI walau pun dah dinasihat oleh ramai org... Even lepas Saidina Osman dah explain, depa still tak percaya dan masih menuduh Saidina Osman dgn tuduhan korupsi. Than things went badly and Saidina Osman mati dibunuh semasa demonstrasi.

Quick remark - Memang org Yahudi yg bernama Abdullah bin Sa'aba (kalu tak silap aku) yang mula "spark" api reformasi tu, tapi umat Islam yg jadi pengikut dia. So, pada aku salah umat Islam yg berdarah muda yg nak DEMONSTRASI menuntuk REFORMASI (kononya lah...). Mereka inilah menjadi alat perpecahan umat.

b) Pada zaman Saidina Ali adalah zaman paling sedih dan memalukan umat Islam. Why? Perang Jamal; Ali vs Aisyah (yes women do lead in war!), dan Perang Siffin; Ali vs Muawiyah. After that, Ali dan Muawiyah damai. Wujud puak KHAWARIJ.... In before, puak Syiah belum wujud lagi time nie. Ali pun tak tau apa tu Syiah kalau ditanya time tu..

c) Dipendekkan citer... 2 orang cucu nabi dibunuh. Sorang diracun oleh isterinya dan sorang lagi dipenggal kepalanya di Karbala. Officially wujud Syiah..

d) Fact; Syiah ada banyak. Bukan semua sosat. FYI, Imam Hanifah adalah org Farsi dan dia bagi sokongan pada rebellion Syiah time pemerintahan bani Umaiyah.. Actually Syiah adalah istilah yg diberi pada mereka yg support Ahlul Bait (keluarga keturunan Nabi melalui Ali) POLITICALLY. INGAT; POLITICALLY. Syiah yang sosat dan menyesat kan yang bersifat extreem dan giler adalah Syiah Rafidah.

Dari sinilah bermulanya segala forgery hadiss..... Demi politik, manusia sanggup lacurkan agama demi nafsu politik. Kita boleh lihat perkara ini berlaku hingga kini...

Bukan sajhaja politik, malah some imbecile would also create hadis just to sells their goods for their lilttle profits.  Manusia sanggup memperbodoh manusia lain dengan menggunakan agama.

 Wauuuu....!!!!

Syiah Dan Ali

Mungkin ada yang bertanya; Why Syiah support Ali dan anti Sahabat? Simple;
  1. Saidina Omar crush empayar Parsi bwh pimpinan Saidina Abu Ubaidah. 
  2. Putera mahkota yg ditawan dibawa ke Madinah dan dia masuk Islam. 
  3. Tapi lepas kana bakar dgn certain people some also said yg dibakar oleh Rom, dia gi tikam Saidina Umar time smeyang Subuh... 
  4. Putera Ali (cucu Nabi) kawin dengan kerabat Farsi)...
So... see the connection.... That is why ramai org Syiah dari Farsi. Bukan dari Mekah atau Madinah. Sedangkan Ali, Fatimah, Hassan, dan Hussin pure Quraisy bani Hashim. Malah time REFORMASI pun Ali minta anak²nya jadi guard Saidina Osman. Bukankah ini ironi? Think..

Kesimpulan

Sebenarnya tak ada masalah dalam perbezaan yang dibangkitkan. Ia bukan soal akidah. Just masalah fekah. 

Satu perkara penting yang perlu diambil berat bila kita membaca hadis, kita kena faham bahawa kita kena tengok konteks hadis. Selain itu juga adat dan tatabahasa Arab juga perlu diambil kira. Contoh Allah bahasa "Kami" dlm Quran. Tapi Allah berkata bahawa tuhan hanya satu. Jadi bagaimana? Sedangkan "Kami" merujuk kepada banyak. Kan disini ada perbezaan? Sebenarnya tiada maslah jika kita faham bahasa Arab yang Nabi guna. FYI, "Kami" yang digunakan Allah merujuk kepada kekuasaan. Macam dalam filem barat dimana King atau Queen cakap "we" ketika mengeluarkan titah. Ini kerana mereka bercakap merujuk kapada kekuasaan kerajaan mereka.

Mengenal kes
ahihan hadis bukan satu perkara mudah. That is why we need to use our God given brain and look and look and look... and ask and ask... and think... That is why Imam Malik dalam kitab Al Muwatta just ada sikit hadis. Why? Cara dia fikir lain dari cara imam lain. Contoh macam Imam Hambali, dia still rujuk hadis maudhu or daif sekiranya masalah itu tak ada dalam hadis Sahih. Tapi Imam Malik, Hanafi dan Shafie tak terima langsung.

Eventhough if hadis tu ditulis sebagai hadis sahih, peringkat hadis tu pun ada banyak tempat. Ada hadis yang bersifat hampir setaraf dgn wahyu dan ada hadis yg hanya bersifat setempat dan harus sahaja. Dan juga ada hadis yang dibatalkan oleh hadis yang lain pula, bergantung pada kronologi dan suasana ketika nabi mengucapkan kata² tersebut.

Jadi, dalam Islam tak salah utk menjadi berbeza. Kecuali jika melibatkan perkara batil (salah). Bak kata nabi (Hadis); Perbezaan pendapat antara umatku adalah 1 rahmat tapi perpecahan antara umatku adalah 1 bencana.
 
 

Hanya Allah yang mengetahui... 
 
Perlu diingatkan, sumber internet (termasuk dan terutamanya tulisan aku) bukan sumber muklak yang layak dijadikan panduan segera. Kecuali sumber tersebut ditulis oleh mereka yang diikhtiraf tauliahnya. Ia hanya layak berfungsi sebagai pencetus minat dan penggerak pencarian ilmu. Oleh itu yang terbaik, rujuk sumber lain yang sebagai perbandingan dan bertanyalah kepada mereka yang bertauliah.  

Sunday, 25 November 2012

Perihal Bani Israel

Aku bukannya pakar dalam bidang ini. Jadi segala tulisan aku ni boleh dipertikai. Namun begitu, ia perlu dilampirkan dengan hujah yang kukuh. Aku sebenarnya tak faham kenapa orang boleh percaya perkara @ sesuatu cerita hanya berdasarkan gosip tanpa sebarang bukti yang diperakui.

Tanah Bergolak

Seperti yang kita semua sedia maklum, pergolakan di timur tengah berkaitan dengan Israel dan Palestin adalah isu on going sejak zaman dahulu kala. Jika kita lihat kembali atau rujuk balik sejarah, masalah ini sudah berlarutan bukan puluhan atau pun ratusan tahun. Malah sudah ribuan tahun.

Kini boleh dikatakan yang kita semua (Muslim) akan menentang dan menghina Israel atas keganasan dan kegilaan mereka terhadap penduduk Palestin. Namun begitu aku percaya suatu ketika dulu, paling tidak di zaman kita kanak² kemungkinan kita pernah menyokong Israel dalam kempen perang mereka dengan pihak Palestin. At least itu yang pernah aku lalui dulu. Terutamanya bagi mereka yang gemar kisah nabi².

Kempen perang tersebut adalah kempen perang di zaman Nabi Daud. Di mana Nabi Daud merupakan salah seorang tentera Raja Thalut (raja bani Israel pada masa tersebut) telah berjaya membunuh tentera terhebat bangsa Palestin ketika itu yang dikenali sebagai Jalut (dalam Bible dikenali sebagai Goliath). Dan semestinya perang tersebut telah dimenangi oleh bani Israel...

Bintang di tengah itu dikenali sebagai Star of David, atau Bintang Daud yang merujuk kepada Nabi Daud...

Tulisan ini adalah panjang. Sekiranya mahukan kesimpulan, sila skroll ke bahagian Penutup, Kesimpulan  dan Aftermath di hujung tulisan. Namun sekiranya mahu ringkasan kronologi, sila baca dengan sabar setiap tulisan... 

Perihal Asal Usul

Sumber aku dalam perkara ini adalah Bible. Aku akan ringkaskan semua penerangan. Jika nak tau secara terperinci, silalah beli Bible dan baca. Insya'allah anda tidak akan murtad malah iman anda akan lebih bertambah. 

Peringatan! Bible bukan Injil. Juga bukan Taurat dan juga Zabur. Tapi Bible mempunyai cebisan Injil, Zabur dan Taurat.

Nabi Noh ada 3 orang anak; Ham, Shem dan Jepeth. Ham adalah ayah kepada bangsa² Kanaan. Baginda Nabi Noh juga merupakan manusia pertama yang mengusahakan vineyard (ladang anggur utk tujuan menghasilkan arak anggur - wine). Satu hari (kisah ini berlaku selepas peristiwa banjir besar) baginda minum wine sampai mabuk dan telah membogelkan diri dalam kemahnya. Ham, nampak ayahnya (Nabi Noh) berbogel dan bagitau 2 saudaranya yang lain (Shem dan Jepeth). Shem dan Jepeth nie baik. Mereka tak biar ayah mereka bogel, dan mereka selimuti ayah mereka dengan cara berundur supaya mereka tak melihat keadaan bogel ayah mereka.

Bila Nabi Noh tersedar baginda tahu apa yang Ham telah buat lalu Nabi Noh marahkan Hamdan baginda pun menyumpah agar cucu cicit Canaan (anak Ham) akan menjadi hamba kepada cucu cicit Shem dan Jepeth....

Anak² Ham; Cush, Mizraim, Put dan Kanaan. Dan dari sinilah nenek moyang bangsa Palestin... Moyang bangsa Palestine yang spesifik adalah Mizraim...

Dari Shem pula lahir Nabi Ibrahim. Nama asal Nabi Ibrahim adalah Ibram @ dalam Bible ditulis sebagai Abram. Than dalam satu peristiwa, tuhan telah anugerahkan Nabi Ibrahim sebagai bakal ayah kepada beberapa bangsa di muka bumi nie. Atas sebab itu, nama baginda telah diubah dari Ibram kepada Ibrahim atau, Abram kepada Abraham. Dan seperti yang kita semua tau, gelaran Nabi Ibrahim adalah Khalilullah yakni sahabat Allah....

Ayah Kepada Ismail dan Ishak

Nabi Ibrahim pada awalnya ada sorang saja isteri iaitu Sarah (Sarai). Since masih gagal dapat anak, baginda diizinkan oleh Sarah utk kawin dengan Hajar (Hagar) iaitu orang suruhan mereka (macam bibik lah) yang berbangsa Mesir.. Meaning to say, in beginning, Hajar adalah orang suruhan Sarah..

Bila Sarah dapat tau yang si Hajar nie mengandung dia pun iri hati (dengki) dan continuesly harass Hajar hinggakan Hajar lari dari rumah. Semasa tengah sedih dan mengeluh mengadu pada tuhan, malaikat datang jumpa menenangkan Hajar disamping memberitahu agar nama anak yang bakal dilahirkan ini dikenali sebgai Ishmael (Ish ma' El) @ Ismail yang bermaksud "tuhan telah mendengar"... Kemudian setahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat anak kedua melalui Sarah yang dikenali sebagi Isaac @ Nabi Ishak....

Di sini terdapat perbezaan yang paling ketara antara Bible dan Quran. Jika menurut Bible, tuhan telah mengarahkan Nabi Ishak dijadikan korban dan bukan Nabi Ismail...

Sarah meninggal pada usia 127 tahun di Hebron... Setelah itu Nabi Ibrahim berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Keturah. Nabi Ishak pula telah mewarisi segalanya daripada Nabi Ibrahim walau pun Nabi Ishak bukan anak sulung kerana taraf Sarah berbanding Hajar yang hanya perempuan suruhan. Setelah kewafatan baginda Nabi Ibrahim, tuhan telah memberkati Nabi Ishak...

Keturunan Ismail inilah melahirkan bangsa² Arab...

Keluarga Nabi Ishak

Nabi Ishak dapat 2 anak (kembar) melalui isterinya Rebekah; Esau (sulung) dan Yakob (Jacob). Esau anak sulung dan Yakob anak kedua. Secara fizikalnya Esau nie berbulu. Bila meningkat besar; Esau gemarkan aktiviti luaran dan handal memburu sedangkan Yakob (Nabi Yakob) lebih kepada aktiviti "indoor". Pada ketika ini Nabi Ishak sayangkan Esau lebih sedangkan Rebekah lebih sayangkan Yakob.

Suatu hari Nabi Yakob sedang menyediakan makanan. Esau yang ketika itu tengah lapar meminta makanan tersebut dari Nabi Yakob dan Nabi Yakob hanya membenarkan (dengan menjual) dengan harga "birthright*" Esau. Esau setuju menjual birthright nya pada Nabi Yakob.

*Birthright = hak anak sulung dalam mewarisi harta.

Pada ketika ini, bangsa Palestin sudah mempunyai kerajaan dan diperintah oleh seorang raja Palestin bernama Abimelech dan mereka, Nabi Ishak sekeluarga tinggal di dalam kerajaan Palestin (kawasan bernama Gerar). Sungguh pun begitu mereka merupakan keluarga yang kaya dan mempunya tanah yang banyak...

Pada suatu ketika berlaku kemarau teruk dan Nabi Ishak ingin berhijarah ke Mesir tapi baginda telah ditegah oleh tuhan. Tuhan telah berkata;

"Jangan pergi ke Mesir; Tinggallah di mana Aku suruh kamu tinggal. Tinggallah disini  lagi dan aku akan sentiasa bersamamu dan akan merahmatimu. Kepada kamu dan seluruh keturunan kamu akan aku berikan semua tanah dan agar Aku memenuhi janjiku dengan ayahmu Ibrahim dan juga Aku akan cambahkan keturunanmu seperti bintang dilangit. Dan Aku juga akan berikan seluruh keturunanmu akan seluruh tanah dikawasan ini dan semua negara (bangsa) di dunia ini akan dirahmati melalui keturunanmu kerena Ibrahim mendengar kata²Ku dan menyempurnakan hakKu, permintaanKu, kedudukanKu dan ajaranKu." - Bible; Genesis; 26; 3-6

Maka Nabi Ishak pun menetap di Gerar - rujuk peta bawah...

 
Palestin di zaman purba...

Tuhan terus merahmati Nabi Ishak dan baginda menjadi sangat kaya raya dan mempunyai tanah yang berbidang luasnya... dan orang Palestin mula mencemburui Nabi Ishak... Maka orang² Palestin mula berbuat dengki dengan mengkambus telaga² keluarga Nabi Ishak. Raja Abimelech (raja bangsa Palestin) pun berkata pada Nabi Ishak; "Pergi dari kami! Kamu telah menjadi lebih berkuasa dari kami kini!". Maka keluarga Nabi Ishak bersama pengikut mereka pun berpindah. Dan di tempat baru (bernama Beersheba) mereka menetap pun tuhan telah merahmati mereka dan menjadikan mereka makmur dan kaya raya.

Maka atas sebab itu sekali lagi Raja Abimelech telah berjumpa Nabi Ishak untuk membuat perjanjian damai kerana menurut Abilemech, Nabi Ishak ini sentiasa dirahmati tuhan. Jadi di mana saja baginda berada, baginda akan sentiasa makmur dan kaya berkuasa. Lebih baik baginya membuat perjanjian damai dimana sekiranya sekuat mana pun keluarga Ishak, mereka tak akan mengancam bangsa Palestin.

And it come to pass...

Kisah Nabi Yakob

Nabi Ishak menjadi tua... dan dia mahu mewariskan harta, kuasa dan memberi rahmat restu kepada Esau. Namun ianya tidak dipersetujui oleh ibunya Rebekah yang lebih sayangkan Nabi Yakob. Maka mereka pun bermuslihat dan akhirnya Nabi Ishak telah mewariskan harta, kuasa dan memberi rahmat restu pada Nabi Yakob (yang disangkakan Esau). Akibat takut dibunuh oleh Esau, Nabi Yakob membawa diri ke Haran... Dalam perjalanan tuhan telah datang padanya (dalam bentuk mimpi)... Tuhan berkata..

Aku adalah tuhan, tuhan kepada Ibrahim, dan juga ayahmu Ishak. Tanah yang sedang kamu berdiri ini, aku berikan pada mu dan keturunanmu!  Keturunanmu akan menjadi seperti debu bumi dan akan merebak terus ke barat, timur, utara dan selatan, dan semua puak akan dirahmati melalui mu dan keturunanmu. Aku  bersamamu dan akan sentiasa memerhati ke mana sahaja kamu pergi dan akan aku kembalikan kamu ke tanah ini. Aku tak akan tinggalkan kamu hingga aku memenuhi janjiku padamu. Bible; Genesis; 28; 13-15.

Tempat tadi dinamakan Bethel.. Sementara itu, Esau telah pergi ke tempat Nabi Ismail dan berkahwin dengan anaknya...

Di Haran, Nabi Yakob pula telah berkahwin dengan adik beradik iaitu Leah dan Rachel (sorry, aku tak tau nama Arab @ Yahudi dia). Leah dan Rachel adalah anak kepada Laban (berbangsa Aramean) iaitu sepupu kepada ibu Nabi  Yakob, Rebekah. Untuk berkahwin dengan baginda terpaksa berkerja banyak tahun sebagai mas kawin. Atas rahmat tuhan, Nabi Yakob menjadi semakin kaya (hasil ternakan menjadi dan lain...) dan ini seperti biasa mengundang persaan dengki di hati anak² Laban. Selain itu, oleh kerana Nabi Yakob seperti pembawa tuah, maka Laban tak mahu lepaskan Nabi Yakob pergi.

 Asal Nama Israel..


Suatu hari tuhan telah memerintah Nabi Yakob untuk pulang ke tanah tumpahnya dan tuhan berkata yang Dia akan bersamanya. Atas sebab itu, pada sebelah malamnya, Nabi Yakob bersama ank isteri dan segala harta (binatang ternakan dan hamba²) melarikan diri. Setelah 3 hari kemudian barulah Laban sedar dia pun kejar rombongan Nabi Yakob. Ketika itu, tuhan telah datang kepada Laban dalam mimpi dan bagi amaran kapada Laban agar jangan mengapa-apakan Nabi Ishak. Jadi Laban pun merestui pemergian rombongan Nabi Yakob.

Semasa dalam perjalanan pada suatu malam, Nabi Yakod yang tinggal berseorangan telah didatangi oleh seorang lelaki misteri dan mereka pun bergusti. Akhirnya Nabi Yakob menang dalam pertarungan gusti tersebut dan minta agar lelaki tersebut merahmatinya. Lelaki misteri tersebut pula bertanyakan nama Nabi Yakob dan baginda menyatakan "Yakob". Kemudian lelaki tersebut berkata; "

Namamu bukan lagi Yakob, tapi Israel, kerana kamu telah berjaya dalam pergelutan dengan tuhan... Bible; Genesis; 32; 28. 
 
Catatan;

Israel adalah nama baru Nabi Yakob.

Personally aku pada awalnya berpendapat yang nama Israel itu datang dari peristiwa Nabi Yakob melarikan  diri ke tanah semenanjung Gaza atas arahan tuhan pada waktu waktu malam. Ini adalah kerana bahasa Arab dan bahasa Yahudi adalah bahasa adik beradik. Isra' merujuk kepada perjalanan Rasulullah pada waktu malam dari Masjidil Aqsa dan Mi'raj pula merujuk kepada naiknya Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Jadi Israel it pula bermaksud perjalanan (Isra') dari Haran ke Gerar utk berjumpa dengan Nabi Ishak atas arahan tuhan (El). Isra' El... Israel..

Namun begitu jika menurut Bible, Israel bermasud; Dia yang bergelut dengan tuhan.

Nabi  Yakob (Israel) pun berjumpa Esau dan mereka pun berdamai setelah Esau melupakan dendam silam.

Baginda Nabi Yakob dikurnia 12 orang anak iaitu; 1) Reuben, 2) Simeon, 3) Levi, 4) Judah, 5) Issachar, 6) Zebulun, 7) Joseph (Nabi Yusuf), 8) Benjamin, 9) Dan, 10) Naphtali, 11) Gad dan 12) Asher. Manakala di akhir umur Nabi yakob, baginda telah merahmati dan membahagi '"tugas" bagi setiap tribe. Dari mereka inilah "12 tribe of Israel" yakni  nenek moyang bangsa Israel sekarang...

Bezanya cuma, bagi bani Levi, mereka ditugaskan sebagai penjaga kuil (bukannya kawasan). Anak² Nabi Yusuf iaitu Ephriam dan Menasheh mendapat 2 kawasan kiranya mereka berjaya menakluki tanah yang dijanjikan "Promised Land". Mereka inilah dikenali sebagai the "Tribes Of Israel" atau kaum² Israel. Namun, bagi Bani Ephriam dan Bani Menasheh mereka masih dianggap sebagai Bani Yusuf dan mempunyai simbol yang sama.

 Pengagihan Promised Land utk 12 Bani Israel

Simbol yang mewakili setiap "Tribe"; Bible; Genesis; 49

Bani Israel Di Mesir

Bani bermaksud keturunan atau anak². "Ben" atau "Bin" pun bermasud "Son" atau "anak lelaki." Manakala "abu" bermaksud  "mempunyai anak lelaki" atau senang faham ayah kepada. Jadi contohnya Reuben yang datang dari perkataan Re' u ben; See a son (Lihat! Anak Lelaki) atau  Benjamin bermaksud "anak lelaki tangan kanan"..

Peristiwa penghijrahan Bani Isreal (anak² Nabi Yakob) berlaku di akhir kisah Nabi Yusuf.  Aku percaya ramai orang Melayu Islam sangat biasa (familiar) kisah nabi Yusuf; dibuang oleh abang², dijual sebagai hamba, difitnah oleh Zulaika (isteri tuan Nabi Yusuf), tafsir mimpi, kemarau 7 tahun dan sebagainya.. Jadi dipendekkan cerita, Nabi Yusuf akhirnya menjadi pegawai (ada yang cakap menteri) yang sangat disayangi Firaun. Atas permintaan Nabi Yusuf, Firaun pun membenarkan Nabi Yusuf menjemput Israel (Nabi Yakob) dan anak²nya (Bani Israel) berhijrah ke Mesir stelah dibenarkan oleh tuhan....

Jangan takut untuk ke Mesir, kerana Aku akan menjadikan kamu bangsa yang hebat disana. Aku akan ke Mesir bersamamu dan aku kembalikan kamu semula... Bible; Genesis; 46; 3-4.

"Exodus" @ Hijrah

Ini adalah kisah Nabi Musa... Ia antara kisah Nabi yang sangat terkenal sama ada utk penganut agama Kritian dan juga Islam. Apatah lagi bagi bangsa Yahudi ( bani Israel). Nabi Musa dianggap wira oleh bani Israel kerana membebaskan mereka dari kekejaman Firaun. Jika suatu ketika dulu, ada cakap liar yang mengatakan Hitler wira kerana menghapuskan bangsa Yahudi, kenapa tak katakan Firaun juga wira kerana nak hapuskan bangsa Yahudi? Apa beza Hitler dengan Firaun itu? Ada bezanya, tapi agak bersifat politik. Aku akan cuba tulis blog berkaitan dengan pandangan Bani Israel (Yahudi) terhadap para Nabi pada masa akan datang. Ia sebenarnya tak seperti yang kita fikirkan sangat...

Satu lagi; Firaun adalah gelaran. Bukan nama. Ada yang baik dan mulia, manakala ada yang kejam. Firaun di zaman Nabi Yusuf sangat pekerti dan adil manakala Firaun di zaman Nabi Musa kejam terhadap bangsa Israel tapi OK dgn bangsa sendiri.

Di pendekkan cerita, Nabi Musa pun menyelamatkan Bani Israel dan mereka diperintahkan untuk ke promise land iaitu tanah di semenanjung Gaza... tapi atas kedegilan mereka mereka sesat selama 40 tahun di padang pasir.. 

Penutup, Kesimpulan dan Aftermath..

Ini adalah kesimpulan peribadi berdasarkan kefahaman aku...
  • Orang Palestin mempunyai kerajaan lebih awal daripada kerajaan bani Israel. Mereka menetap di semenanjung Gaza di lembah Kanaan. 
  • Namun begitu, di dalam Bible telah dinyatakan bahawa moyang orang Palestin spesifiknya bani Kanaan adalah keturunan Ham yang telah disumpah akan menjadi hamba kepada bani Shem (nenek moyang bani Israel) dan juga bani Jepeth.
  • Orang Palestin bukannya orang Arab. Orang Arab adalah bani Ismail dan juga mungkin dari bani Esau. Tapi barangkali di Palestin terdapat ramai orang Arab atau pun mix berdarah Arab. Penghijrahan rasmi besaran orang Arab ke "Palestin" berlaku di zaman Khalifah Osman.
  • Sifat iri hati dan sombong bani Israel ( tetapi sifat ini tidak terdapat dalam hati para Nabi) adalah berpunca daripada ibu mereka  iaitu Sarah (ibu Nabi Ishak) dan kelicikan dari Rebekah (ibu Nabi Yakob ie Israel).
  • Konflik pertama bani Israel dengan bangsa Palestin adalah perkaitan pada zaman Nabi Ishak di mana Raja Abilemech iri hati dan tergugat atas kekayaan dan kuasa (pengaruh) keluarga Nabi Ishak.
  • Kawasan di semenanjung Gaza adalah tanah yang dijanjikan oleh tuhan kepada bani Israel. Banyak ayat dalam Bible menerangkan tentang perkara ini. Ini yang menjadikan ia sebagai tuntutan bani Israel hingga ke hari ini.
  • Tanah asal Promised Land sebenarnya sebahagian daripada tanah Palestin cuma yang menjadi punca pertikaian adalah; "Siapa tuan untuk Masjidil Aqsa?" Selain itu kawasan Promised Land boleh dirujuk dimana tempat² tuhan telah berjanji pada Nabi Ishak dan Nabi Yakob
  • Sebenarnya bani Israel tak pernah ada kerajaan sebelum kedatangan Nabi Musa. Bani Israel sebenarnya hanyalah satu keluarga yang besar tapi hidup sekelompok.
  • Nabi Musa adalah Mesiah dan savior. Ini kerana baginda berjaya menyatukan bani Israel dan membentuk perlembagaan pertama yang diambil dari kitab Taurat. Oleh kerana sifat Nabi Isa yang lembut dan tidak bersifat politik maka baginda ditolak sebagai Mesiah oleh bani Israel.
  • Bani Israel adalah bangsa nomad setelah mereka keluar dari Mesir.
  • Selepas kewafatan Nabi Musa, bani Israel dipimpin oleh Joshua (kalau tak silap aku, nama beliau tiada dalam Quran). Tapi dari cara beliau (dari dlm Bible), kemungkinan besar Joshua nie adalah nabi.
  • FYI, pada masa ini, bani Israel berkomunikasi dengan tuhan melalui "Ark of Covenant" atau alih bahasanya adalah lebih kurang bermaksud "Bahtera Perjanjian" atau dalam Quran disebut sebagai Tabut.
  • Kerajaan nomad Bani Israel terus melakukan kerja militeri atas nama tuhan hinggakan mereka bertembung dengan bangsa Palestin di semenanjung Gaza. Antara wira bani Israel adalah Samson.
  • Akhirnya dibawah pimpinan Nabi Daud mereka berjaya dan membina kerajaan tetap yang kuat di Promised Land dan juga berjaya membina Synagogoe atau Haykal terbesar mereka yang dikenali sebagai Tample Solomon atau Kuil Nabi Sulaiman di zaman Nabi Sulaiman.
  • Disinilah isunya... Bani Israel mahu mendapatkan semula tanah yang mereka katakan sebagai tanah mereka yang termaktub dalam Bible yang menjadi pedoman orang Kristian dan semestinya Torah yang merupakan pengangan orang Yahudi... Buktinya serpihan kompleks Temple Solomon @ Haykal Sulaiman.
  • Ada orang mendakwa yang masjid Al Aqsa adalah Haykal Sulaiman dan baginda Nabi Sulaimanlah yang membinanya. Namun begitu terdapat beberapa persoalan bercanggah. Siapa bina Masjidil Aqsa? Boleh rujuk tulisan sini; Masjid Aqsa
  • Disini kita kena kembali kepada essnese agama langit itu sendiri. Perkara ini barangkali akan ditulis dalam tulisan yang akan datang...
 Lakaran artis tentang rupa Haykal Sulaiman

Friday, 2 November 2012

Novel Kependekaran Melayu

Agak jarang untuk kita jumpa novel kependekaran Melayu. Yang banyak di pasaran hanyalah novel cinta dan seram. Kalau dibandingkan antara 2 genre tersebut, kisah cinta jauh lebih banyak di pasaran. Barangkali ini adalah kerana permintaan dalam pasaran juga. Secara umumnya, kaum wanita lebih suka membaca novel berbanding lelaki. Namun begitu, ini antara kisah kependekaran yang pernah aku baca dan yg memberi impak dalam hidup aku.

Hikayat Indera Putara
Kisah menarik yang mencetuskan daya imaginasi aku time sekolah rendah.. Harap sgt ada publisher yg ambil inisiatif utk marketkan kembali buku nie..

Novel @ cerita kependekaran pertama yang aku baca seingat aku adalah ringkasan kisah Hikayat Indera Putera semasa aku sekolah rendah. Aku jumpa buku tersebut di rumah tok aku di Telaga Mas Kedah. Maybe buku tersebut adalah buku sukatan pelajaran sastera salah seorang pakcik aku kot... Anyway first impression yang aku dapat lepas baca buku tu adalah mat mengagumkan dan kekal hingga ke hari nie. Sebelum dari itu aku just baca buku terjemahan bahasa Melayu Hardy Boys,  Nancy ntah apa ntah dan lain². Kisah misteri kanak² dedulu. Aku cuba cari balik buku tu. Tp dah hilang atau dah rosak. Apa pun aku harap ada syarikat terbitan yang sanggup terbitkan semula buku tersebut ke pasaran kini dengan menggunakan bahasa Melayu moden. Sayang sekali kalau hasil satera Melayu dulu just simpan kat arkib dan tak dibaca oleh generasi akan datang.

Siri Bercakap Dengan Jin

Saudara Tamar Jalis @ Radzi bin Mahmud bersama masterpiece nya

This is It! Inilah yang mengubah segalanya... Sebenarnya ku baca buku tanpa restu abah aku. Dia tak suka aku baca buku hantu Melayu. Dia tak nak aku jadi penakut, fikiran kolot dan pecaya benda mistik. Aku tak pasti kenapa dia macam tu sedangkan dia sendiri banyak alami perkara yg dia sendiri tak ble nak explain melalui kaedah saintifik. Mungkin time tu dia tak bagi aku baca sebab aku still budak sekolah rendah (?). Apa pu aku berjaya juga baca novel @ buku nie secara senyap². 

Actually pada aku, novel nie bukan tipikal novel seram lain. Pada aku ia lebih kepada novel kependekaran Melayu yang penuh dengan aksi pertempuran zahir dan batin. Sebenarnya aku rindu sgt nak baca novel nie semula dan aku difahamkan boleh dibaca online dan kini sudah ada edisi terbitan baru. Tp, atas sebab masa dan tanggung jawab, aku masih tak sempat. Lagi pun, as per now, masih terlalu banyak buku yang aku perlu habiskan. Jadi tunggu aja lah dulu...

Payah aku nak cerite impak cerita nie pada aku. Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin nie mempunyai pengikut tegar yg besar. Tak salah juga jika aku katakan bahawa buku siri ni dah menjadi "cult". 

Siri nie lah penyebab aku bersemangat belajar Silat Bunga time sekolah dulu. Tapi tak belajar habis. Why? Waktu kelas bertembung dengan waktu cerita Syria Perkasa Hitam. Ha ha haaaa... Anyway, siri inilah yang membuka mata aku terhadap ilmu pertempuran Melayu sama ada dalam bentuk fizikal dan mental. Secara peribadinya, aku berpendapat bahawa siri ini mepunyai nilai seni dan kaya dengan kebudayaan Melayu yang kuat. Siri ini tak dicemari oleh aksi Kung Fu dan lain. Membaca buku ini sedikit sebanyak memperkenalkan aku dengan adat, mistik, kepercayaan dan gaya pemikiran Melayu.    

Satu perkara yang menarik berkaitan dengan siri ini adalah perdebatan sama ada kisah yang diceritakan ini kisah betul, kisah betul yang disadur dengan sedikit khayalan atau kisah khayalan semata?  Walau apa pun, siri ini sangat memberi kesan pada dunia novel seram dan kependekaran Melayu.

Kisah Laksamana Sunan

Sekian lama aku dah tak baca novel Melayu. Sebenarnya lepas Siri Bercakap Dengan Jin, aku banyak baca buku Christopher Pike. Boleh dikatakan hidup aku semasa sekolah menengah disadur dengan kisah dari tulisan Christopher Pike. Seingat aku satu-satunya novel Melayu yang aku baca adalah novel Cincin Permata Biru. Heh heh heheeee... Buku yang di circulate dengan begitu aktif di Mat Jiwa dulu. 

Sehinggalah tahun 2006 di Ipoh...

Time tu, aku baru habis makan "nasi ayam panas". Kemudian aku nak gi kedai alat tulis nak beli barang. Than aku terpandang 1 novel yang bertajuk Bagaikan Puteri. Kalau bukan kerana kulit novel yang ada gambar pendekar Melayu bertengkolok sedang bersila, pastinya aku takkan sentuh novel tu!

Tajuk memang macam "Gay" jer... Tapi citer sangat tak gay.. Malahan citer nie penuh dengan semangat kelakian sejati!

Aku bersyukur sebab tuhan takdirkan aku bertemu novel ini. Setelah sekian lama aku dimomok dengan kisah pertarungan Kung Fu, Ninja dan Samurai, maka ada baiknya aku kembali ke kisah pertarungan Melayu pula. Aku percaya tak perlulah aku tulis apa yang best sgt pasai novel nie secara terperinci. Secara jujur, aku amat kagum dengan penceritaan dan babak pertarungan Laksamana Sunan dalam novel nie. Sangat best! Sangat cool! Dan sangat segar! Instantly aku jadi peminat saudara Ramlee.

Tapi unfortunately, pada aku, momentum ke'best'an siri nie tak stabil. No 2; Cinta Sang Ratu is OK tapi siri lain dalam koleksi Pengembaraan Sunan agak membosankan. Sunan digambarkan sebagai terlalu warak. Dan aku cukup tak setuju dengan watak bangsa Polip. Pada aku flavour pendekar Melayu siri ini hanya ada pada novel Bagaikan Puteri. Selebihnya banyak terpengaruh dengan elemen luar. Bayangkan vampire datang Melaka lawan Sunan....

  Siri pengembaraan Laksaman Sunan...

Buku terakhir dalam siri.. better than yang lain tapi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bagaikan Puteri.. Bagaikan Puteri berada dalam kelas tersendiri..

Hang Nadim; 1525
Sebenarnya aku macam dah putus asa utk baca novel kependekaran dan pertarungan Melayu. Sunan best, tp macam terlalu "protective". Siri Mentera Hitam pula macam tak berapa nak menarik. Cerita dia aku tak "dapat". Sehinggalah aku baca buku nie...

Sebenarnya time aku beli buku nie semasa aku tengah semangat nak belajar berkaitan dengan kisah Melayu dan pendekar Melayu dulu. Dalam koleksi aku, terdapat beberapa buah buku yang berkaitan dengan pendekar Melayu. Tapi lebih berbentuk novel biografi.
Kisah biografi yang patut dibaca. Terutama bagi mereka yang berminat dengan politik. Belajar sejarah utk buat keputusan... Sifat manusia tak pernah berubah... Ciri "mereka" sama sahaja...

Aku pada asalnya sangkakan novel ini novel biografi. Dan tujuan utama aku just nak belajar tentang hang Nadim. Hero yang tak dikenali dan tak disanjung. Unsung Hero... Tapi bila aku baca novel nie, lain pula yang aku dapat. Novel nie sebenarnya adalah cerekera Kependekaran Melayu!
  
Aku tak pasti tentanng kesahihan setiap watak dalam kisah ini. Namun begitu terdapat beberapa watak yang memang wujud. Kalau diikutkan buku Melaka, Hang Nadim tak mati di pulau Bintan sebelum kerajaan Melaka berundur ke Kampar. Dan Hang Nadim juga secara tak rasmi menjadi menjadi Bendahara Melaka walau pun sebelumnya dia sememangnya seorang Laksamana.

Fokus utama novel ini bukan berkatan sejarah. Mungkin ada sikit nilai sejarah, tp pada aku ia lebih banyak kepada novel fiksi sejarah. Apa yang aku suka sangat berkaitan dengan novel ini adalah berkaitan dengan aksi pertarungannya. Jika sebelum nie aku sangkakan Bagaikan Puteri mempunyai adegan pertarungan yang menarik. Maka pada aku Hang Nadim 1525 mempunyai aksi dan adegan pertarungan yang jauh lebih menarik.

Pertarungan pencak fizikal bersama dengan kekuatan mentera dan serapah ketika pertarungan merupakan satu gabungan yang menarik. Sambil aku baca, sambil tu juga aku bayangkan bagaimana aksi sebenar pertarungan. Boleh dikatakan setiap pendekar Melayu mempunyai skill kelebihan masing² dan mentera tersendiri ketika bertempur. 

Penuh dengan aksi pertarungan yang diluar jangkaan...
Namun begitu, tak dapat dinafikan novel nie sangat terpengaruh dengan filem² barat. Antara yang sangat kuat pengaruhnya adalah filem LOTR, 300 dan Troy. Aku rasa video game pun kuat mempengaruhi penulis novel nie semasa mengolah aksi pertarungan. Walau apa pun, novel nie sangat seronok untuk dibaca sebagai bahan bacaan ringan.

Novel Aksi Kependekaran Melayu
Terdapat lagi novel pertarungan yang berada dalam koleksi aku. Tapi ia bukan dalm kategori novel kependekaran Melayu. Contohnya novel Hikayat Amir Hamzah. Juga ada lagi beberapa novel fiksi pendekar Melayu. Tapi tak memberi impak sangat.

Aku tak pasti sama ada sama ada novel Melaka; The Glorious Sultanate ini dikira sebagai novel kependekaran atau tidak.. Actually, novel nie menarik bukan sebab aksi pertempuran yang best, tp lebih kepada plot & twist dan yang penting nilai sejarah yang tinggi. So, aku tak letakkan ia sebagai novel kependekaran. Aku pernah tulis panjang lebar berkaitan novel nie dulu.

Pada aku, penulis novel di Malaysia sepatutnya berani cuba untuk menulis novel aksi kependekaran atau hikayat dongeng Melayu. Insya'allah, sekiranya tulisan bagus, orang akan beli. Begitu juga dengan kulit novel. Pada aku kulit novel sangat penting. Pada aku, sekiranya kulit novel Hang Nadim ini diubah dan letak gambar yang lebih menarik macam gambar dibawah, maka akan ada lebih ramai yang akan tertarik utk beli dan baca.
    Selain novel pendekar Melayu, aku harap kita dapat terbitkan filem kependekaran yang berkualiti dengan aksi pertarungan yang "memorable"... Yang boleh kita banggakan...