Wednesday, 1 May 2013

PRU 13 - Membuat Keputusan


Dalam beberapa hari lagi (insya'allah) kita sume akan gi mengundi. Aku akan balik Astar utk mengundi. Aku budget mesti sesak teruk PLUS dan jalan raya biasa. Hhmm.. imagine kalu Dr M tak 'buat' PLUS, mesti lagi terukkan? Hehehehe...

Anyway, as per now aku dah 90% wat keputusan nak sokong sapa. Dan aku nampak aku kena sokong BN. Hhhmm.. Sayangi Selangor, yakini BN... Bla,bbla bla... harapan... Ptuihhhh... I hate that song.

Aku rasa aku dah fikir masak². Aku pikir bukan just makeup, janggut*, serban* dan manifesto fantastik, Tapi aku fikir akan impak yang bakal dihadapi oleh nugara in many years to come. For me, the future of our beloved country can't be experiment. The risk is too high. But that's only me.

Sebenanrnya, dalam PRU 12, aku sokong PAS (bukan PR okey). But now this has change. Banyak sebab kenapa aku tak mau nak amik risk. Tak perlu aku tulis sume kat sini.

Anyway, one of the main reason yang aku tak brani nak tak risk adalah sebab kat bawah nie... hahahahaa.. I believe that PR supporter (mostly consist of PAS), would have many² argument to topple my point. But hey, video yg clear pun depa boleh anggap photoshop or ada clone (that never shown) dan depa anggap ia adalah fitnah akhir jaman dan besi buruk tak dak value, apa lah sgt point remeh aku nie...

*please jgn anggap aku hina sunnah nabi, it just those people with janggut and serban has betray sunnah nabi to the lowest point ever, from my point of view.

Bersekongkol

Ambiga

Baca sini. Dibawah adalah keratan dr artikel tersebut yg diambil dari wiki.

Ambiga Sreenevasan has stood up for religious tolerance and was the lawyer for Lina Joy in her apostasy case. Ambiga has argued that Article 121(1A) of the Constitution of Malaysia does not deprive Muslims from equality and freedom of religion. All Muslim groups accuse her of disputing Syariah law.[10]
 
Acting in her capacity as President of the Malaysian Bar Council, Ambiga accepted a memorandum on the formation of an inter-faith commission, which also made 14 demands. Ambiga further held a forum on Article 121(1A) concerning syariah law and the rights of Muslims for freedom of religion, despite objections from conservative Muslim groups.[11]

LBGT Malaysia - Baca sini.

The "People's Anti-Homosexual Voluntary Movement", was created in 1998 to lobby for stricter criminal laws against homosexuality, and is a member of the ruling United Malays National Organization (UMNO).[10]

The Democratic Action Party (DAP) has publicly pledged to defend LGBT-rights issues, making it the first political party in Malaysia to do so.[11]

Hebat orangnya si Mdm Ambiga Sreenevasan nie. Ohh... satu lagi dia juga menyokong dan orang kuat dalam acara Seksualiti Merdeka

Ok, aku bukan homo, maka aku tak faham penderitaan golongan tersebut. Namun hakikatnya, ianya sesuatu yg bukan patut dibanggakan dan patut diraikan. Jika anda homo, anda patut sembunyikannya dan usaha utk berubat dan berubah. Tapi malangnya terdapat gerakan yang cuba meniyakan homoseksual ini. Bukan membantu utk mengubat masalah ini tapi seolah mengatakan "its ok to be gay". Adoi...  Aku berdoa kepada tuhan agar anak keturunan aku dilindungi Tuhan dari dugaan seperti ini.

Jadi kesimpulannya adalah berkaitan Ambiga adalah:
  • Dia menjadi pembela Lina Joy 
  • Dia merupakan org kuat Seksualiti Merdeka
Sebagai Muslim, aku percaya sekiranya ada walau sedikit iman, pasti akan menjauhi Ambiga kiranya tak mampu menentang beliau. Namun begitu apa yang terjadi? Lihat gambar bawah. Gambar bawah bukan gambar aku ambil dari internet. Gambar nie aku ambil masa aku dalam perjalanan pulang di Serendah. Anda nilai sendiri.

Haq adalah haq, bathil adalah bathil...

Aku istigfar banyak². Kekecewaan aku dan kerisauan aku amat ketara. Aku sebenarnya tak kisah jika PR menang dan DSAI jadi PM. Aku pujuk hati aku bahwa; 

Jika ramai kawan² aku yang bijak lagi alim boleh terima DSAI, malah ada beberapa tokoh neutral boleh terima jika DSAI jadi PM, maka kenapa aku perlu takut?

Tapi lepas tengok banner nie, kekecewaan aku terhadap PAS dan kerisauan aku jika PR memegang negara menjadi ketara. Lihat dengan siapa mereka bersekongkol? Kenapa PAS yang menjadi tulang belakang PR boleh bersekongkol dgn Ambiga? Kononnya sanggup mati untuk Islam...

Others

Aku naik hairan, kenapa PAS boleh kerjasama dgn orang macam Ambiga. DSAI pun suspicious gak sebenarnya. Kononnya dia wira moden Islam. Tapi adakah sebegitu? Aku tak nak sentuh tentang isu moral dan lain² yang barangkali dah muak orang baca. Tapi aku nak sentuh juga sedikit pendekatan DSAI tentang LBGT (Ya, aku pantang dgn LBGT!).

Baca artikel nie. Berikut adalah sedutan dari artikel tersebut...

He also agreed then that homosexuals should be discriminated against to protect the sanctity of marriage, but pointed out that archaic laws should be reviewed to prevent innocent people from being punished.
 
Apa itu archaic law? Anda cari maksudnya.. Jadi apa maksud ayat yang digunakan DSAI bila menyentuh perkaitan LBGT? Dia kata 'archaic law' kena disemak. Cuba guna akal anugerah tuhan lebih sikit dan cari link dan konteks. 'Law' mana yang DSAI maksudkan? Undang² mana? Kat Malaysia, ada orang kena hukum rejam ke kalau disabit jadi homo? Hhhmmm.... Oleh itu, tunggu apa lagi pejuang Islam. Anda mengaku sanggup mati untuk Islam. Dalam kes nie tak payah mati dan tak payah pi bunuh orang. Just pulaukan dia sahaja...

Pluralism? Iyalah, kalu nak pancing undi orang bukan Islam pun, jgn lah sampai gi sokong pluralism nie. Syirik kot.. Unless, anda mempunya fikiran dan fahaman yang luar biasa. Cuba check sekali lagi siapa pendokong pluralism.

Sebenarnya aku tak pecaya pada DSAI. Dia dah banyak tipu dan putar statement. Pada aku DSAI adalah pencetus huru hara dan perosak negara. Sume close counter part dia dah lari. Yang ada sume budak hingusan. Kalu orang lama pun yang tak close dgn dia time dia start reformasi dulu. Pada aku sumber kekuatan utama DSAI adalah Kak Wan (Wan Azizah). 

Kesatuan PAS, PKR dan DAP juga tak utuh pada pandangan aku. Iya, induvidu belot dan bertanding atas tiket bebas tu memang lumrah. Tapi bila bertanding atas tiket parti dan mendapat sokongan bahagian negeri merupakan satu perpecahan besar tu.. Strategi? Good luck bro... 

Jika dulu, PAS merupakan satu parti yang sarat dgn ulamak, tp kini keadaan sudah berubah.. BN pun ada gak.. Pada aku trasnformasi yang DSN buat sekarang, bukan benda yang tipu². Pada aku kita kena bagi dia masa lagi untuk sempurnakan transformasi tersebut.
PR? 5 tahun berpolitik tanpa henti. Nak lagi 5 tahun? Sorry, DSN buat dalam 4 tahun jer kot dah nampak hasil... Inilah masalah PR, tak ble brenti berpolitik. Aku tak paham sungguh.. Dulu aku ingat DSAI akan jadi macam shadow PM utk 5 negeri. Tapi malangnya, dia tak ble brenti berpolitik dan buat kerja. Mungkin dia memang tak reti buat keje kot...
He had wasted 5 precious years to proof that he is the Prime Minister in the waiting.

Hmm.. aku rasa cukup lah aku tulis sikit tentang pandangan aku tentang politik kali nie. Sebenarnya banyak lagi.. Ya, BN tak sempurna. Tapi kerosakan yang BN buat just macam tu aja lah. Tapi PR nie, belum memerintah pun dah buat benda pelik². Tak ble imagine bila depa memerintah.. Too risky lah.. Lagi pun boleh ke kita pecaya dengan depa nie? Boleh ke kita pecaya dgn segala manifesto fantastik depa nie? Manifesto kan bukan janji..

Anyway, ini adalah pandangan dan pilihan aku yang "siapalah aku...". Cuma satu sahaja doa aku, jika sekiranya BN tewas dalam PRU 13, maka aku berharap agar segala yang aku percaya dan forecast salah belaka. Namun yang pasti aku dah fikir masak² (walau pun still hanya 90% dah buat keputusan) dan aku tak menyesal, insya'allah.

Sekian..

Perbezaan pendapat antara umatku adalah satu rahmat, tapi perpecahan dalam umatku adalah satu bencana

Sunday, 7 April 2013

Manifesto

Aku sebenar cuba nak elak tulis berkaitan dgn politik. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa tulis juga. Senang aku tulis disini bahawa (buat masa nie) aku nie merupakan apolitik. Namun terserah pada org menilai.

Manifesto Bukan Janji?

Ini adalah makna manifesto jika ikut wiki. Jika mengikut kamus dewan pula, ia merupakan pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll. Adakah ia satu janji? Majoriti org akan faham ia adalah merupakan satu janji. Menurut huraian dari wiki, ia difahami sebagai janji. Cuma ianya tak ditulis sebagai "manifesto is a promise".

Namun begitu PR bebaru nie setelah gagal menepati beberapa manifesto, maka mereka mengumumkan bahawa manifesto itu bukan janji. Dan yang menarik sekali, ramailah mengikut tegar PR menyanjung dan menjunjung bahwa "manifesto bukan janji" yang membawa makna yg ianya tak perlu ditepati. Aku naik hairan tentang perkara ini. Pada aku, we need to honour our words atau kita harus mengotakan kata² kita (kata itu kota). Lebih kuat kita bila kita sudah mengumumkannya  dan ada orang mengharapkannya malah mengundi kita atas dasar manifesto itu. Jika manifesto itu belum tentu kita tepati atau ada prasyarat, maka ianya perlu jelas lagi terang. Bukankan urusan yang jelas dan terang yang bebas dari sebarang muslihat itu tuntutan Islam?  

Kita boleh berdebat dan berhujah tentang maksub bahasa dan makna sesuatu perkataan. Namun begitu kita tak dapat nafikan bahawa dalam masa yang sama sesuatu perkataan itu membawa maksud yang difahami secara umum. 

Yang Aku Tak Faham

Kadang² dalam mengatur kata kita barangkali melakukan kesilapan. Sebagai manusia, kita wajib berusaha namun hasilnya tuhan yang tentukan. Kita punya asa, tuhan punya kuasa. 

Kiranya kudrat kita tak memampukan kita untuk merealisasikan semua kata, janji mahu pun manifesto, maka mohon maaf sudah memadai. Barangkali sebagai manusia kita telah tersalah kira. Manusia itu lemah sifatnya. Manusia yang rasional akan faham. Tapi, malangnya, drpd meminta maaf kepada rakyat kerana terlanjur 'janji' sebaliknya cuba pula memperbodoh rakyat pula. Adakah ini Islamik? Salah dan dosakah memohon maaf? Sebaliknya ini hanya menonjolkan sifat angkuh, bongkak dan takabur.

Terus terang aku katakan, aku sebenarnya kecewa dengan kekerdilan PAS dalam PR yang nampaknya dipergunakan oleh PKR dan DAP. Dari penilaian aku dapati bukan nilai PAS yang menyerap masuk ke PKR dan DAP, tetapi sebaliknya.

Moving forward, aku ada satu soalan yang selalu difikirkan sekarang. Kiranya menurut PR yg manifesto itu bukan janji, yang membawa makna ianya tak perlu ditepati, maka kenapa perlu depa bermanifesto lagi? Ada hargakah manifesto mereka? In short, boleh pecaya ka?

Hhhhmmm.... Ditepati atau dicapati?

Juga kalu manifesto pun tak payah nak ditepati (sebab bukan janji), apatah lagi sembang² dan kata² org PR. Bolehkah dipercayai? Terus terang cakap, harapan PR pada aku hanya pada PAS. DSAI dan PKR bukannya boleh percaya sangat. Kalau lah org PAS sendiri tak percaya PR (sebab asalnya org Umno), macam mana org luar PR nak percaya pada PR. Personally, aku cuma mahukan PAS yang kuat dan berintegriti tanpa menjadi PAS yg extremist.

Aku Janji

BN baru sahaja membentangkan manifesto mereka dalam TV. Pada aku ia bukannya satu sistem yang adil. BN ada +- 160 jam sedangkan PR ditawarkan 10 minit. Sungguh tak adil. Further more, sekarang BN gegiler punya buat promote diri sendiri dalam TV (well, aku baru menikmati nikmatnya ada TV..). Apa ruang yang ada untuk PR criter pasai PR sendiri dalam TV?  Aku personally kekadang naik menyampah tengok. It is not a fair fight.

DSN kena buat something. Tunjukkan keadilan yang ingin ditonjolkan dalam transformasi baru. For starter, masih mulakan dengan 10 minit but tingkatkan frekuensinya. 

Tapi yang menarik perhatian aku adalah beberapa manifesto utama BN. Terus terang cakap, ianya sangat familiar dengan yg PR bentangkan. Yang paling aku rasa serupa adalah;
  • Internet percuma (kalu tak silap akulah; BN nak kurangkan fee sahaja..)
  • Turunkan harga kereta
Hhhhmmmm.....

Internet

Kerajaan PR menawarkan (kalu tak silap aku) internet percuma. At least itu yang aku tau di Penang Island dan akan diluaskan di seluruh Pulau Pinang. Ini yang paling kuat digembar gemburkan oleh DAP Penang. Aku sendiri pernah sembang dengan pegawai dari kerajaan negeri time aku kerje kat Penang. Depa ada minta kebenaran untuk gunakan kompaun ofis sebagai pencawang ke apa ntah. Tapi atas sebab tertentu, tak dibenarkan dan depa kena cari tempat lain. Aku ada advice depa untuk discuss dengan majlis agama untuk menggunakan minaret masjid sebagai base (sebab tinggi). Buat masa nie setakat tu sahaja lah discussion kami.

Aku masih lagi ada surat dari kerajan negeri tentang "Wireless Penang" yang bertarikh 10 Dec 2008 yang di tandatangani oleh En Lim Guan Eng sendiri. Aku tak pasti perihal projek internet percuma di Penang nie. Sama ada ia menjadi realiti atau tidak, kena tanya orang Penang sekarang. Tapi since last time aku kat Georgetown, Penang (September 2012), still tak dapat percuma lagi lah.

Turunkan harga Kereta

Setahu aku, harga kereta pasti akan turun. Tak kiralah sama ada PR menang dan mengikut cara Rafizi terangkan, mahu pun BN menang. Cuma bezanya, Rafizi boleh kata (contohnya) harga Myvi boleh turun hingga ke RM25,000 (?) per unit. Lebih kurang 50% dari normal current price. Manakala, BN bagi statement umum. Turunkan harga hingga 20 -30 % lebih rendah (dari harga sekarang).

Sebenarnya, cukai import dan lain² yang kerajaan kenakan dah dianjak beberapa kali. Pada mulanya ke tahun 2010 dan kini ke 2015. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah supaya syarikat automatif tempatan dapat membeli masa utk bersaing dengan  syarikat automatif antarabangsa.

Malaysia’s automobile sector is protected from foreign competition by barriers of investment-approval permits, differential excise taxes, import duties, sales taxes and whatnot. It was a beautiful multi-layers of barricade specifically architected and designed by none other than former premier Mahathir Mohamad to protect Proton

Boleh dikatakan bahawa harga kereta pasti akan turun. Cuma turun sebanyak mana. Juga kemampuan kerajaan (BN jika menang) melindungi syarikat automotif tempatan. Mungkin juga bila PR memang, dasar mereka ialah untuk tidak lindungi syarikat automotif tempatan yang membuatkan harga kereta jatuh terus.

Pada aku kedua-duanya hanyalah gula² untuk pancing undi golongan muda yang nak beli kereta. Walhal masalah utama golongan muda adalah bebanan tanggungan kredit.

Pengankutan Awam Diutamakan

 Macam manalah ambulan nak lalu kalu jem teruk macam nie...

Secara peribadi aku kurang senang dengan manifesto turunkan harga kereta. Bukan kerana aku berkerja dalam industri ini. Tapi atas sebab lain. Sebab utama adalah berkaitan dengan pencemaran dan juga kesesakan jalan raya. Pada aku kerajaan (tak kita sama ada PR atau BN) kena majukan lagi sistem pengankutan awam. 

Aku pernah bekerja di Penang dan kini berkerja di lembah Kelang. Semasa aku di Penang aku dapati masalah kesesakan jalan raya pada waktu puncak adalah amat kritikal. Ada baiknya jika Penang ada smart public transport? Mungkin yang oleh aku imagine adalah komuter atau LRT dari seberang Prai sampai ke Georgetown? Dari situ, naik LRT ke Bayan Baru, atau sekitar Georgetown. Mustahil? Mungkin tidak.

Peribadinya pada aku DAP akan terus kekal di Penang. Jadi depa ada masa dan uwang untuk betul² melabur dalam isu ini. Pada aku dari buat terowong dasar laut, better buat LRT ke apa (hhmmm tak perlu kuasai kerajaan pusat pula untuk buat terowong dasar laut...). Anyway, jadikan sistem pengankutan awam di Penang Island se"efficient" Singapura. 

PS - Suatu ketika dulu, aku just perlukan dollar Singapore 20 jer utk ronda 1 pulau di Singapore.

Di lembah Kelang, masalah ini umpama sebahgian dari hidupan harian. Tak dinafikan yang kerajaan sekarang menang ada inisiatif utk membangunkan sistem pengakutan awam. Namun pada aku ia perlu dipesatkan lagi. Masa tak cukup.

Haq dan Bathil

Kita kena jujur dlm perkara ini dan kita jangan menjadi pelampau dalam mana² fahaman atau parti yang kita sokong. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Buat masa nie, aku masih apolitikal. Tapi mungkin besok lusa aku akan cenderong ke sebelah pihak sahaja.

Pada aku, baik PR mahupun BN ada sahaja kecacatan dan kelebihannya atau ada sahaja baik dan buruknya. Dalam perkara ini, peribadinya aku masih menillai. Aku menilai yang mana lebih banyak kesan buruk terhadap negara. Aku cuba untuk menilai dari segi kesan masa panjang dan bukan kesan gula² yang diberikan (walau pun aku sendiri teruja dgn gula² tersebut). Dan dari situ aku akan memilih yang mana kurang memudaratkan negara.  

Sunday, 17 March 2013

Cosplayers In Malaysia

I went to watch Oz The Great and Powerfull at Sunway Pyramid last 16 March 2013. No particular reason to go to Sunway Pyramid. It was just that my wife never went there and I really want to watch that fantasy kind of movie. Compare to TGV, I think I prefer GSC more. I think TGV need to improve their system a bit lah. While queuing, as you reach to the and of the queue, the staff at the counter need to call or shout encik, sir, miss, puan or even adik just to call out the cust to catch their attention to come to them. I personally think it is very lousy and ineffective system. Comparing to all GSCs I went, they use touch bell that makes 'ting, ting ting' sound to catch the cust attention. Same goes at the pop corn counter. Need to call or shout. Why don't you use rings? For CSI (customer satisfaction index)? Not satisfied.Tak puas hati poonnn....

Citer yang santai...

Cosplayers!

Anyway time aku lepak kat Pyramind dan ambil lunch (kat Wendy's), aku terpandang segerombolan makhluk yg mempunya rambut berwarna pelangi. Sekumpulan rumaja yg mempunyai set rambut dari warna hijau, hingga ke warna unggu. Apa ini? Am I in Japan? Tp sebelum tu aku ada selisih dgn rumaja with heavy dark style of make up. But aku still ingat dia just mama 'emo' atau black metal.. Tapi, semakin ramai la pulak dan makin jelas depa semua nie adalah cosplayers. Apa itu Cosplaysers? 

Secara ringkas kalu mengikut pengetahuan aku, Cosplayers adalah mereka yg memakai pakaian dan solek atau menampilkan diri secara zahiriahnya menyamai watak komik, video games, filem, penyanyi rock (selalunya Visual Kay @ J - Rock) atau lain² yg aku tak tau. Selalunya depa nie psychedelic (merujuk pd warna dan bukan drug). Setahu aku, culture nie bermula di Japan. Kalu nak tau lebih lanjut secara ilmiah, boleh baca wiki nie; Cosplay.

We are the Cosplayers!

Aku sebenarnya tak tau sgt pasai Cosplay nie. Apa yg aku tau pun just base on aku punya informasi yg tak disengajakan amik tau (kebanyakan baca dr komik Kreko dan Gempak). Maknanya tau secara tak sedar. Aku secara jujurnya dulu agak peka dgn culture nie. Terutama time aku tgh aktif dalam dunie Manga (komik) Jepun, Anime (kartun Jepun) dan gila J -Rock dulu. Tp kini aku dah lupa pasai depa nie hampir 100%.

Selalunya, pengamal Cosplayers nie akan dress up as watak yg depa suka. Dan semasa lepak, depa akan cuba berwatak (berlakon seperti watak). Kalu watak tu, emo (macam Sasuke, Sasuke, Vegita dan Alucard), maka expresi muka dan gaya pun emo. Kalu gegiler (macam Naruto, Goku dan Lutfy), maka depa pun akan cuba menjadi giler macam tu juga lah. 

Masa aku kat Sunway, aku pun nampak Malaysian Cosplayers pun macam tu juga. Aku macam kagum dan respek pun ada. Sanggup menghabiskan duit dan masa utk perkara yg depa minat. Dan depa nie pada pandangan aku, amat happy kalu kita panggil depa dgn nama watak yg depa dress up. Dan lebih happy kalu minta bergambar bersama. 

Bila aku tgk depa nie, aku rasa macam aku tertgk masa silam aku dulu. Aku yang gila komik, anime dan J - Rock. Anyway, kat bawah adalah beberapa gambar Cosplayer di Pyramid. 

Permandangan dari atas..

Oro.. Himura Keshin!

Ini aku tak pasti watak apa... Nie Anime or mangga baru bukan jaman aku..

Pun tak tau watak apa... Tp tak pa.. amik gambag jer sebab agak cute.. Anyway, very committed betul..

Awek Melayu pun not bad dalam Cosplay nie..

Tak silap aku yang ni dari Final Fantacy...

Cosplayers are having fun among them self...

Peribadinya aku rasa majoriti Cosplayers Malaysia masih belum 100% all out macam kat Japan. Tapi tak dinafikan depa memang rajin dan ada sesetengah tu memang agak cute dan cun. Dalam byk² Cosplayer, paling nampak adalah watak dr Naruto, geng Akatsuki. Ada satu group. Tp sayang aku tak ambil gambar depa.  Dasyat gak. Dari jubah sampaikan mata dan tindik.

Ada juga yang sanggup dressing macam Hancock dalam One Peace. Yang nie aku tak brani ushar lama or tangkap gambar.. Bahaya. Tp tak pa, bawah nie gambar Hancock utk Cosplayer Japan.
Hhmmm... Boleh imagine dressing dia kat Sunway macam mana kann... Hhhmmm..

 Than Hancok dgn Lutfy versi Pro dr Japan (rasanya lah..)
   
Hancock & Lutfy.. Cool habis pada aku...
Aku nampak yg byk Cosplayers nie adalah dr bangsa Cina dan Melayu sahaja. Tak perasan jika ada India. Maybe bangsa India tak layan anime dan mangga kot... Byk watak yg diwakilkan aku tak kenal. Mungkin dari watak dr generasi baru. Hhhmmm... Terasa tua la pulak...

Jangan keliru Cosplayers dgn Lolitas pulak.. Kat bawah nie Lolitas...
Nie satu leagi culture yg sudah ada di Malaysia, tp belum di recognize. Kedai costume ada di Berjaya Time Square.. Maybe puak nie pun boleh dikatogorikan sebagai Cosplay? Not sure, tp satu band Jepun yg selalu bergaya Lolita ada Malice Mizer...

Walau pun depa macam, tapi lagu depa sgt best.. Ala² Vampire Gothic style.. Hahahahaha 

Aku dan Cosplay

Aku sebenarnya dulu pun dianggap sebagai Otaku. Kalu aku jumpa member yg dah lama tak jumpa aku, depa akan still sembang komik dgn aku or guna caption komik terutamanya komik Hong kong.. Hahahahaaa. Ini pun mengingatkan aku dgn jaman silam aku.. Macam time reunion Sekolah bebaru nie.. Sayu pun ada. Tp kini ntah kenapa aku dah tak minat. Wal hal, kini aku boleh access dan layan minat aku tanpa sebarang halangan. Even masa sebelum kawin pun sama. Aku tinggalkan terus dunia komik dan anime. Yg melekat dan still influence adalah J - Rock. Tapi dah tak visual macam dulu. Maybe faktor usia dan kerjaya telah mengubah aku.
Pedang Setiawan, Raja Rimba, Alam Perwira dan lain²...

Dragon Ball, Slamdunk, Dragon Quest, GTO, Rurouni Kenshin (Satria Pedang), dan lain²..

Shin Chan dan komik generasi baru: One Peace dan Naruto..

Suatu ketika dulu, boleh dikatakan aku nie macam tau semua benda pasai komik dan anime. Time UTM dulu, boleh kata tiap 2 -3 hari gi down load komik dan anime. Kira obses gak la. Tp aku tak ke sampai tahap nak dress up macam watak komik. Tp sunggh pun gitu, aku memang ada sikit berimejkan J -Rock dulu. Paling kuat time UTM dulu lah.. Kekal macam tu sampai aku kawin rasanya...

Yang paling aku suka time tu (selepas Glay) adalah Dir En Grey. Aku ada Album depa dari 1st smpai ke 5. Than aku lost habis after aku habis UTM.

Glay: Band yang mengubah taste muzik aku selamanya...

Inilah band Visual Kay pertama yang buat aku.. "Wahhhhhh......" Tp nie time depa mula dlm arena musik..  Jaman album Gauze.. Pekat giler 'make up' dier..

Ini lah Cosplayer ikut kumpulan J - Rock. Kalu ikutnya, yg rambut merah tu cuba watakkan Die dan rambut kuning tu watakkan Kyo. Ini imej yg Dir En Grey slalu bawa time mula dulu. Poster yg aku letak tu just another type of their appearance.

Hhmmm... jaman sudah merubah mereka.....

Cosplay Culture

Aku tak pasti kiranya ada fatwa yg bakal mengharamkan aktiviti macam nie (tolak hukum tak tutup aurat lah..). Personally, aku rasa Cosplayers nie bukan aktiviti yg buang masa as long tak melampaui batas. Maybe ada yg nampak ianya pelik, tp inilah expresi imej sekelompok anak muda. Mereka maybe kecil di Malaysia, tp mereka ramai diseluruh dunia dan bukan hanya di Jepun. Maybe suatu hari, akan ada Cosplay utk watak komik Malaysia macam Boboboy atau Keluangman.. Yang aku tau Upin dan Ipin dah ada.. Hahahahahaa..
Betul, betul, betull.....

Saturday, 9 February 2013

Langkawi Pulau Lagenda

Pulau Langkawi Pulau Lagenda.. Ini yang selalu kita dengar bila disebut bila berkaitan dengan Pulau Langkawi. Tapi Lagenda apa? Yang paling popular barangkali adalah lagenda Mahsuri. Setahu aku, Pulau langkawi bukan sekadar ada lagenda Mahsuri, malah ada beberapa lagenda lain yang melayakkan pulau tersebut mendapat gelaran pulau lagenda. Cuma ianya kurang diketengahkan atau kurang mendapat pendedahan..

Last month, aku bersama keluarga dan rakan pergi bercuti di Pulau Langkawi. Ini adalah kali ketiga. Macam pelancong² lain, kami akan gi melawat tempat² menarik yang terdapat di sini. As usual, tempat penginapan popular disini semestinya pantai Cenang. 

Pantai Cenang

Tempat ini adalah tipikal tempat perlancongan. Penuh dan sesak dengan hotel, kedai makan dan kedai cenderamata. Yang membuatkan pantai Cenang 'lebih' sikit berbanding dengan pantai peranginan lain adalah kompleks bebas cukai dia adalah "walking distance" sahaja. Berbanding dulu, kini ada sikit lagi kemajuan disini. Kini dah ada bank dan Old Town White Coffee dan juga Mac Donald.

Sepemerhatian aku, disini, tak ada Pub dan disco yang dibuka secara 'public'. Kalu ada maybe aku tak nampak. Ini sesuatu yang wajib dikekalkan. Pada aku pantai Cenang macam dah ok, cuma yang yang buat aku terkilan atau tertanya-tanya adaklah berkaitan dengan kedai makan. Aku perasan yang disini agak sukar atau susah nak dapat kedai makan yang 'main dish' dia makanan Melayu. Yang banyak kedai masakan Thai atau mengiklankan sebagai kedai masakan Thai. Pada aku ini agak ganjil. Langkawi adalah pulau org Melayu dan org luar, Mat Saleh, Jepun atau Korea datang sini semestinya nak tengok dan semestinya rasa makanan (yg juga sebahgian dr budaya) org Melayu. Jadi, agak ganjil jika disepanjang jalan di pantai Cenang tu penuh dgn kedai masakan Thai. Kalu pelancong nak makan masakan Thai, bukankah mereka boleh dapat mudah di Thailand?

Sama juga bila sarapan. Susah benar cari gerai atau kedai yang jual kuih muih dan sarapan Melayu. Bila drive masuk kampung baru boleh jumpa. Tp tak dapat di Pantai Cenang. Aku percaya jika dibuka kedai Melayu di situ most probably akan menjadi tumpuan pelancong. Dengan sayarat ianya sedaplah...  

Anyway, pantai disini memang cantik. Seumur hidup aku, nie pertamakalinya bila everytime aku kutip cengkerang dari dasar laut time mandi laut, cengkrang tu ada binatang hidup dalam dia. Memang kelas.. Air dia memang bersih. Aku suka. Apa taknya, aku, isteri dan anak umur 1 tahun 8 bulan tu berendam dekat 2 jam jugalah dalam laut. Ha ha ha ha...

Kilim Geopark

Sekiranya dulu kami gi Island Hopping, tapi kali nie kami ke Kilim Geopark. Actually, sama sahaja. Cuma activity nie berlaku di timur daya pulau dikawasan Kilim. Aku mulanya agak skeptikal, tapi bila aku join, baru aku sedar yang kalu gi Langkawi tapi tak gi Kilim geopark, memang rugi besar. Personally, aku rasa permandangan disitu sangat cantik. Aku tak berenti puji keindahan ciptaan tuhan. Dan bila aku tgk pecahan pulau² nie, membuatkan aku teringat 1 lagenda yang amat sinonim dengan Pulau Langkawi tapi dikecewakan oleh adik beradik KRU. Yang aku maksudkan adalah Lagenda Merong Mahawangsa.

Salah satu Permandangan Indah Di Kilim Geopark..

Jika menurut cerita, semasa pertarungan Merong dengan Garuda, baginda Merong terpaksa menyeru burung Jentayu untuk sambung bergasak dengan garuda. Dan pertarungan antara Jentayu dan Garuda itu sebenarnya berlaku di Pulau Langkawi. Malahan, puteri Cina yang diculik juga telah disembunyikan di pulau Langkawi iaitu di Gua Cerita. 

Mungkin rekahan batu ini dan lain² adalah kesan pertarungan antara Garuda dan Jentayu?

Anyway, pertarungan antara Garuda dan Jentayu ini lah yang membuatkan kerosakan yang amat dasyat ala² pertarungan Son Goku dengan Vegita dalam Dragon Ball. Langkawi yang asalnya 1 pulau berpecah menjadi 99 buah pulau akibat pertarungan itu. Dan kononnya kesan² boleh dilihat di Kilim Geopark. Utk maklumat lanjut boleh cari sendiri dalam internet. Kat bawah nie pula adalah lukisan versi imaginasi aku berkaitan dengan pertarungan Garuda dan Jentayu. Aku tak gambarkan Jenayu dan Garuda sebagi burung, tetapi sebagai manusia bersayap...

 Detik Merong Mahawangsa Menyeru Jentayu melalyu anak panahnya...

Penjelmaan Jentayu untuk bertarung dengan Garuda...

Inilah pertarungan anatar Garuda dan Jentayu yang mengakibatkan Pulau langkawi berpecah menjadi 99 buah pulau...

Gunung Mat Cincang?

Cable car: Aku gagahkan diri utk naik. Walau pun takut, tapi aku naik juga. Pada aku ini antara aktiviti yang paling bebaloi kalu  datang ke Langkawi. Naik juga walau pun takut! Kat atas nie memang kita akan experiance satu perasaan yang lain macam. Bergantung pada induvidu juga lah. Cantik dan luas. Walau pun aku kecut perut naik cable car, tp bila diatas, rasa lapang sangat.

Gawat wwooo...

Sebenarnya Gunung Mat Cincang nie pun ada ceritanya... Ada dongengnya. Nak tau, cari dalam internet...

Makam Mahsuri

Ini adalah scam!  Dan Eksploitasi! 1 orang dewasa tapi bayar RM8.00. For what? Udah lah tempat tu tak dijaga dengan baik, nak makan apa ke bende dalam tu kena bayar, than information transfer untuk pengunjung pun tak dilakukan dengan baik. Seriusly aku rasa tertipu bila aku masuk. Aku rasa sesuatu perlu dilakukan utk makam Mahsuri nie jadi lebih menarik. If nothing been done, aku tak gi lagi dah tempat nie nanti. Confirm! Anyway, utk kali nie, aku masuk juga..

By right ini adalah lagenda utama berkaitan dengan Langkawi. Kisah penganaiyaan seoarang wanita yang didengki. Actually, Mahsuri bukan local Langkawi. Mak dan ayah di pendatang. Melayu, tapi pendatang. Depa orang biasa. Mahsuri ni istimewa lepas mak dia makan ular Cintamani semasa dia mengandung. Jadi Mahsuri nie special. Dia bukan sahaja amat cantik, tapi 'bertuah'. 

Lepas Mahsuri kena bunuh dan darah putih menacut keluar tapi tak ada setitik pun jatuh ke tanah, Mahsuri pun sumpah yang Langkawi bla, bla, bla...  Kenapa Mahsuri sumpah 1 Langkawi? Bcos time tu tak ada orang yang betul² nak selamatkan dia kecuali parents dia. Juga majoriti just percaya tanpa unsur periksa. Skandel Mahsuri pula lari dalam hutan tapi mati kena himpit batu.

Anak²nya dibawa lari ke Phuket... oleh sama ada suami dia (yg baru balim dari perang dengan Siam di Kuala kedah) atau oleh parent dia. Tapi yang pasti Kerabat mahsuri semua ada di Phuket di kampung Kemala. Sebenatnya Phuket tu pulau orang Melayu. Nama asal atau nama Melayu dia adalah Bukit. Dan kampung kerabat Mahsuri adalah Kemala yg asalnya Kembara (merujuk kepada kembara kerabat Mahsuri)..

 Ini pula adalah Wan Aishah.. Keturunan Mahsuri... Sayang sekali dilahirkan sebagai warga Siam. Jika dia dilahirkan sebagai warga Malaysia, pastinya di seorang selebriti sekarang...

Aku juga berkesempatan membeli buku berkaitan dengan Mahsuri yang menceritakan secara ringkas tp padat berkaitan dengan Mahsuri. Well, ada faedahnya juga lah masuk kompleks makam nie...
 
Good read.. Only took me 1 hour ++ to finish reading this...

Pulau Lagenda

Langkawi sememangnya tempat percutian keluarga yang menarik. Aku percaya suatu hari nanti aku akan ke sana lagi. Tapi, aku berharap pihak yang berkaitan dapat menambah baik lagi daya penarik di Langkawi. Lagenda yang sinonim dengan Langkawi patut dikomersilkan agar menjadi budaya pop yang kekal kegenerasi akan datang.

Langkawi bukan sahaja ada lagenda Mahsuri, tp juga lagenda utk Garuda dan Jentayu Merong Mahawangsa. Kisah Mat Chincang dan lain² juga tak boleh dilupakan. Malah ada juga yang mengatakan yang Langkawi sebenarnya adalah Pulau Langka dimana kisah Ramayana berlaku. Dan lautan Andaman bersempena nama Hanuman (dewa Beruk) adalah antara point yang dikaitkan disamping gelaran segenting kera utk wilayah utara tanah Melayu yang juga merujuk kepada watak raja (dewa) beruk (kera) sang Hanuman.

Wawasan DrM semasa beliau bertugas di Langkawi 50 tahun dahulu kini hampir menjadi kenyataan. Beliau melihat Langkawi berpotensi utk maju sebagai pulau perlancongan. Dan kini Langkawi dilandasan yang betul. Moga keindahan Langkawi dijaga dan dihargai oleh semua...

Wednesday, 16 January 2013

Membaca Dan Aku

Ada beberapa orang kenalan aku macam menzahirkan rasa kagum bila depa dapati aku mampu menghabiskan beberapa buah buku dalam kadar yg segera. Ada juga antara mereka yg menzahirkan pertanyaan "bila hang ada masa utk membaca?". The truth is, bukan utk mendabik dada, "Ya, memang keupayaan membaca aku kini berada dalam keadaan yg terbaik". Ini bermakna aku mampu menghabiskan bacaan dan memahaminya dalam tempoh yg agak cepat. Kebolehan ini bukan aku dtg sejak lahir. Ianya bukannya anugerah. Tapi adalah usaha (yang tak disengajakan?).

Sebenarnya maksud "aku mampu menghabiskan bacaan dan memahaminya dalam tempoh yang agak cepat" bukan bermakna aku mampu membaca dengan cepat dan menghadam bahan bacaan aku dgn sepintas lalu. Aku tak punyai anugerah itu. Tapi maksud sebenar ayat tersebut adalah aku mampu mencari ruang utk membaca walau sekecil mana ruang tersebut.

Aku berkerja seperti orang lain. Keluar sebelum cerah dan balik bila dah gelap. Himpunan amanah kerja kini setelah aku berpindah tempat kerja pun makin bertambah. Bukan sahaja sibuk kerana amanah kerja bertambah, malah sibuk kerana dalam masa yang sama aku terpaksa belajar banyak perkara baru yg diperlukan dalam di tempat kerja baru ini. Maka hakikatnya kini ruang utk aku membaca makin terhad. 

Demi membaca aku terpaksa mencuri sebanyak mungkin masa sedar aku dengan penuh licik. Waktu sedar aku perlu secara generalnya dibahagikan kepada dua iaitu 1) masa untuk kerja dan 2) masa untuk keluarga. Keseimbangan ini amat perlu. Jadi bila aku membaca?

Aku membaca dimana sahaja aku ada ruang masa. Sama ada sebelum tidur, tengah termenung dalam tandas (isteri aku selalu komplen tentang nie..), dalam kereta dan semasa makan. So in short, di tandas aku ada buku, dekat bantal ada buku, dalam kereta ada buku dan kat ofis pun ada buku (aku baca time makan). Malahan di rumah aku di Juru, aku buat rak khas utk letak buku dalam tandas. Juga semasa minggu kerja, aku hanya makan bekal yang aku bawa (isteri masak) di kiub aku sahaja. Sambil makan, sambil baca buku.

Kenapa Aku Suka Membaca?

Atau... kenapa aku perlu membaca?

Aku membaca bukan kerana aku pandai. Aku membaca sebab aku tak pandai. Terus terang cakap, perasaan ingin tahu aku agak tinggi dan kerana aku rasakan terlalu banyak benda yang aku tak tahu. 

Pada awalnya minat membaca aku diterap oleh abah aku sejak aku masih kecil. Abah aku lah iniduvidu yang mempengaruhi aku atau memberi pendedahan awal pada aku tentang membaca. Cuma semasa kecil, aku just membaca utk hiburan. Perlu diberitahu di sini bahawa bukan semua buku aku suka baca. Jika tidak semestinya aku mempunyai gred yang baik dalam SPM kiranya aku suka baca buku akedemik..

Induvidu lain yang amat  kuat memberi dorongan utk aku membaca adalah bekas boss aku, Tuan Haji Ibrahim. Sebenarnya sedar tidak sedar Tuan Haji secara tak langsung telah membuka satu perspektif baru utk aku dalam erti dan tujuan membaca. Dia juga adalah induvidu yang akhirnya membuatkan aku faham yang membaca itu mampu membuat induvidu berfikir dengan lebih baik dan membuahkan fikiran yang sedikit berbeza daripada induvidu yang kurang membaca. 

Berbalik kepada tujuan aku membaca. Sebenarnya aku membaca kerana aku tidak pandai. Aku membaca kerana aku tidak tahu. Terlalu banyak benda yang aku tak tahu dan entah kenapa aku rasakan yang aku kesentukan masa. Aku tak pasti kenapa aku berasa aku kesentukan masa, tapi itu hakikat kenapa aku cuba sedaya upaya utk membaca secepat dan sebanyak mungkin. Aku juga membaca kerana aku rasakan "terlalu jauh....". Susah aku nak explain, but ini lah yang aku boleh gambarkan.

Jauh lagi nak kena jalan niee....

Personally pada aku membaca nie ibarat minum air garam. Makin minum makin dahaga (well, pepath nie memang tak masuk akal... Hahahahaa). Makin banyak buku yang aku habiskan, makin banyak benda yang aku tak tahu. Contohnya, pada mulanya aku baca sebab nak tahu tentang perkara X. Tapi semasa membaca tentang perkara X, aku jumpa perkara Y yang aku kena ambil tahu juga. Jadi benda nie macam tak pernah habis. Berterusan terus menerus..

Sekian..

Saturday, 22 December 2012

Kisah Ringkas Asal Usul Syiah, Hadis dan Mazhab

There was a question in the FB. It was asked by a sincere person that need clarification. Aku amat menghormati pemuda yang macam nie, (well, aku dah tua...). Pada aku dia tak tau dan mempunyai keinginan utk amik tahu. Ini membuatkan aku berasa aku wajib membantu walau pun barangkali ramai orang yang masih layak diluar sana.  Berikut aku amik dr FB (scroll down ke utk ringkasan soalan kalau malas nak baca soalan panjang dia nie);

 

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Pada kawan-kawan yang ada kelapangan untuk baca & beri pandangan/menjawab persoalan saya ni dipersilakan


1. IMAM BUKHARI (194-256 H)
2. IMAM MUSLIM (204-261 H)
3. IMAM ABU DAUD (202- 275 H)
4. IMAM TURMIZI (209-279 H)
5. IMAM AN-NASA'I (215-303 H)
6. IMAM IBNU MAJAH (207-273 H)


Seperti kita ketahui, nama-nama di atas adalah orang-orang yang telah mengumpul dan membukukan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Hadis-hadis mula dikumpul & dibukukan hampir 200 tahun lepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudiannya menjadi panduan dan rujukan umat Islam dari zaman tersebut hinggalah ke hari ni selain daripada al-quran. Hampir setiap hari kita boleh nampak status kawan-kawan kita tertulis mengenai hadis.

Terdapat banyak hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang bercanggah antara satu sama lain yang menimbulkan kekeliruan

Antaranya: Terdapat 3 versi hadis mengenai khutbah terakhir

1. First version, " I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the book of God and my Family. Muslim 44/4, Nu2408; Ibn Hanbal 4/366; darimi 23/1, nu 3319.

2. Second version, "I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the book of God and my Sunnah".
Muwatta, 46/3

3. Third version by the Sunni/Sunnah wal jamah Muslims, "I left for you what if you hold up to, you will never be misguided, the BOOK OF GOD." Muslim 15/19, nu 1218;Ibn Majah 25/84, Abu dawud 11/56.

Ini bercanggah pula dengan hadis ini:

Abi Sa’id Al-Kudri melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, "Jangan menulis sesuatu daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu selain Quran hendaklah memadamnya.” (Riwayat Muslim dan Ibn Hanbal)

Banyak lagi tapi post dah terlalu panjang, mungkin sesiapa yang tahu mengenai hadis-hadis & ayat Al-Quran bercanggah boleh tambah.

Persoalannya...yang mana kita patut pegang & ikuti?

 Patutkah kita mengikut, memegang & mengamalkan sahaja hadis-hadis tersebut tanpa mempersoalkan walaupun hadis tersebut dikatakan sahih?

Sesetengah mengatakan kita tak boleh berpegang dengan Al-Quran sahaja. Namun hadis-hadis tersebut masih banyak kekurangan & bercanggah sehingga menampakkan agama Islam yang mudah itu menjadi kompleks.

Ada sesiapa tahu jawapan kepada persoalana ni atau nak tambah apa-apa persoalan?

Kemudian beliau menambah...

Ini info tambahan mengenai hadis tetapi tak tahu mengenai kesahihannya.

(1) Malik Ibn Anas collected about 500 hadiths in his famous book, "Al-Muwattaa"

(2) Ahmed Ibn Hanbal, collected about 40,000 hadiths, in his famous "Musnad".He chose these 40,00
0 hadiths from among 700,000 hadiths. In other words he thought 660,000 hadith were un-proven, lies and/or fabrications and the others may be authentic. That is 94% lies and fabrications

(3) Bukhary collected about 600,000 hadiths and accepted 7275 hadiths and considered 592,725 hadiths to be un-proven hadiths,lies and/or fabrications, that is almost 99% of what he collected .

(4)Moslem collected 300,000 hadiths and only accepted 4000 of them, and refused about 296,000 . that is almost 99% of these collected hadiths 

In short ini soalan dia (jika mengikut kefahaman aku);
  • Kenapa hadis ditulis ratusan tahun lepas wafat Rasullullah?
  • Kenapa hadis bercanggah dgn ayat Quran (rujuk cotoh dalam soalan beliau)
  • Kenapa jumlah hadis yang diriwayatkan tak sama?
Dalam memberi jawapan, kita terpaksa melihat dan memahami beberapa perkara asas dahulu.

Perihal Panduan..  

Panduan kita yang pertama adalah Quran dan yang kedua adalah hadis. Hadis pula merupakan kumpulan penceritaan tentang perbuatan Nabi (Sunnah) dan perkataan nabi. Ketiga pula adalah kelakuan dan fatwa para sahabat (terutama 10 terulung yang dijanjikan syurga) dan juga para isteri nabi. Bagi Ahli Sunnah Wal Jammah, 3 ini adalah panduan utama baik dari semua mazhab di dunia. Setelah melepasi 3 peringkat ini barulah ada perbezaan dalam membuat keputusan. Ada yang dahulukan qias, istihsan (akal pikiran), adat dan lain². Walau pun terdap[at perbezaan anatar mazhab, tapi kebanyakan permasalahan (mungkin semua) adalah perkara fekah dan bukanya pokok iman.

Sejarah Ringkas Perihal Hadis

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan, kita perlu rujuk pada asal usul kisah. Dengan ini baru kita dapat mengenal pasti punca maslah. Atau in English, we need to track down the chronology of the case in order for us to track down the root cause. Berikut adalah ringkasan yangd imaksudkan;

a) Nabi larang mencatat segala perkataan atau kelakuan baginda time hidup baginda kerana baginda tak nak bercampur aduk dgn Quran (tak nak jdi mcm Bible). Maksud hadis (merujuk pada soalan yang dibangkitkan dengan maksud lebih kurang; "jangan tulis something other than Quran " tu maksud ringkasnya adalah jangan mix kan Quran dengan yang lain macam Bible yg di dalamnya ada Kalam tuhan, ada Kalam Nabi, kalam dan kisah sahabat serta panglima wira dan juga kisah² dongeng.

b) Quran mula dibukukan pada zaman Saidina Umar. Pada zaman Saidina Abu Bakar dia agak sibuk dan kerajaan agak sibuk. Jadi tak sempat nak bukukan betul². Quran lengkap dibukakan secara sistematik pada zaman Saidina Osman.

c) Kemudian, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, bermulanya akitiviti pengumpulan hadis secara peribadi bagi induvidu² tertentu. This is because years after Nabi wafat, some people that crave for knowledge and answer due to life style umat dah jadi komplex kumpulkan hadis² tu. Dari sini terbentuknya mazhab. Paling famous ada 4. Than later ada induvidu yg bukukan (compile all the hadis). Antaranya Imam Bukhari dan Imam Muslim.
 
Isu Mazhab

a) Sebenarnya ada banyak Mazhab. Tapi yang paling besar ada 4. Kenapa? Ini adalah kerana, maslah² umat dah makin komplek dan cara penyelesai pun pelbagai. Islam agak simple but some people like to make thing complicated. Isu akidah tak ada percanggahan. Cuma isu maslah fekah sahaja. Namun begitu jika dicoroti kemabali secara kritis, mazhab ini timbul setelah baginda Rasulullah wafat. Jika dahulu, umat akan merujuk pada baginda. Setelah kewafatan baginda, meraka merujuk kepada para sahabat. Namun ia sebenarnya dalam lingkungan yang masih kecil dan terkawal kerana pada zaman itu, zaman dimana umat hidup bersama Rasulullah dan Sahabat.  

b) Anyway in short, perbezaan ini berlaku kerana status hadis dan setengah masalah tak pernah berlaku di zaman Nabi dan sahabat. Pendekatan para Imam dlm selesaikan masalah menjadi punca perbezaan jawapan dan inilah dinamakan mazhab. Contohnya, Imam Hambali (paling junior antara 4 imam) consider all hadis ketika buat fatwa. Imam Malik pula favour amalan penduduk Madinah sedang Imam Hanafi gunakan banyak gunakan akal (istihsan).

Sebelum lupa, memang ada ayat Quran yg minta kita rujuk Hadis. Aku tak ingat ayat apa tapi intipati maksud lebih kurang macam; "Ikut Nabi kerana dia (baginda Rasullulah) adalah Al Quran hidup. 

Kenapa Perlu hadis?

Kerana, Al Quran lengkap tapi tak detail. Contohnya; Seblum solat kena wuduk. Tapi langkah wuduk tak disebut. Wuduk yg kita faham kuat datang dari riwayat Saidina Osman... Solat pun tak ada SOP dlm Quran. Quran hanya suruh solat saja. So how? Ikut style Nabi solat dan ini dicatat dalam hadis. That is why terlalu banyak style. Namun begitu secara asasnya sama. Cuma perkara kecil dan sunat sahaja yang berbeza. Jadi yang mana satu betul? Semua betul. Ini boleh diibaratkan seperti nak makan gunakan sudu pun boleh, chopstik pun boleh, jari pun bleh. Yang penting bismillah dan "apa yang kita makan" dan "di mana kita makan".

Nasib Hadis

Penilaian hadis perlu mengikut intipati ajaran Islam. Antara hadis sahih yang famous (yang bermaksud lebih kurang; aku tak hafal hadis, just ingat intipati sahaja).

a) Islam itu mudah, sesiapa yang susahkan urusan ugama tiada apa yang dia peroleh kecuali kesusahan - Ada tafsirkan ini sebagai amalan bidaah dlm amal ibadat dan hukum fekah.

b) Sekiranya kamu jumpa 2 pilihan (utk buat keputusan) antara kamu, maka pilih yang paling mudah antaranya.

c) Jalan yang terbaik adalah jalan pertengahan (sederhana - moderate dan bukan extremist).

Komentar dari al Imam ibn Jauzi; "Apabila kamu melihat ada hadis yang menyanggahi logik, Quran dan bertentangan dengan asa usul Islam, maka ketahuilah bahawa ianya hadis palsu".

Since Al Quran dah dipelihara dan imposibru to be forged, than those opportunist whore went out to temp with hadis. Why? Because at that time hadis was not recorded yet and people do not really memorize hadis as they memorize Quran.

Semua bermula semasa perpecahan
umat Islam yg pertama...

Kisah Sedih Umat Islam

a) Ia bermula di zaman Saidina Osman setelah DEMONSTRASI JALANAN oleh majoriti pemuda Mesir yg mahukan "KEADILAN". Ini termasuk anak Saidina Abu Bakar yang kalu tak silap bernama Omar. Org Madinah relex jerr.. kerana mereka kenal siapa Saidina Osman. Saidina Osman nie pulak jenis gentleman jadi dia tak guna force utk suraikan para PENDEMONSTRASI walau pun dah dinasihat oleh ramai org... Even lepas Saidina Osman dah explain, depa still tak percaya dan masih menuduh Saidina Osman dgn tuduhan korupsi. Than things went badly and Saidina Osman mati dibunuh semasa demonstrasi.

Quick remark - Memang org Yahudi yg bernama Abdullah bin Sa'aba (kalu tak silap aku) yang mula "spark" api reformasi tu, tapi umat Islam yg jadi pengikut dia. So, pada aku salah umat Islam yg berdarah muda yg nak DEMONSTRASI menuntuk REFORMASI (kononya lah...). Mereka inilah menjadi alat perpecahan umat.

b) Pada zaman Saidina Ali adalah zaman paling sedih dan memalukan umat Islam. Why? Perang Jamal; Ali vs Aisyah (yes women do lead in war!), dan Perang Siffin; Ali vs Muawiyah. After that, Ali dan Muawiyah damai. Wujud puak KHAWARIJ.... In before, puak Syiah belum wujud lagi time nie. Ali pun tak tau apa tu Syiah kalau ditanya time tu..

c) Dipendekkan citer... 2 orang cucu nabi dibunuh. Sorang diracun oleh isterinya dan sorang lagi dipenggal kepalanya di Karbala. Officially wujud Syiah..

d) Fact; Syiah ada banyak. Bukan semua sosat. FYI, Imam Hanifah adalah org Farsi dan dia bagi sokongan pada rebellion Syiah time pemerintahan bani Umaiyah.. Actually Syiah adalah istilah yg diberi pada mereka yg support Ahlul Bait (keluarga keturunan Nabi melalui Ali) POLITICALLY. INGAT; POLITICALLY. Syiah yang sosat dan menyesat kan yang bersifat extreem dan giler adalah Syiah Rafidah.

Dari sinilah bermulanya segala forgery hadiss..... Demi politik, manusia sanggup lacurkan agama demi nafsu politik. Kita boleh lihat perkara ini berlaku hingga kini...

Bukan sajhaja politik, malah some imbecile would also create hadis just to sells their goods for their lilttle profits Manusia sanggup memperbodoh manusia lain dengan menggunakan agama.

 Wauuuu....!!!!

Syiah Dan Ali

Mungkin ada yang bertanya; Why Syiah support Ali dan anti Sahabat? Simple;
  1. Saidina Omar crush empayar Parsi bwh pimpinan Saidina Abu Ubaidah. 
  2. Putera mahkota yg ditawan dibawa ke Madinah dan dia masuk Islam. 
  3. Tapi lepas kana bakar dgn certain people some also said yg dibakar oleh Rom, dia gi tikam Saidina Umar time smeyang Subuh... 
  4. Putera Ali (cucu Nabi) kawin dengan kerabat Farsi)...
So... see the connection.... That is why ramai org Syiah dari Farsi. Bukan dari Mekah atau Madinah. Sedangkan Ali, Fatimah, Hassan, dan Hussin pure Quraisy bani Hashim. Malah time REFORMASI pun Ali minta anak²nya jadi guard Saidina Osman. Bukankah ini ironi? Think..

Kesimpulan

Sebenarnya tak ada masalah dalam perbezaan yang dibangkitkan. Ia bukan soal akidah. Just masalah fekah. 

Satu perkara penting yang perlu diambil berat bila kita membaca hadis, kita kena faham bahawa kita kena tengok konteks hadis. Selain itu juga adat dan tatabahasa Arab juga perlu diambil kira. Contoh Allah bahasa "Kami" dlm Quran. Tapi Allah berkata bahawa tuhan hanya satu. Jadi bagaimana? Sedangkan "Kami" merujuk kepada banyak. Kan disini ada perbezaan? Sebenarnya tiada maslah jika kita faham bahasa Arab yang Nabi guna. FYI, "Kami" yang digunakan Allah merujuk kepada kekuasaan. Macam dalam filem barat dimana King atau Queen cakap "we" ketika mengeluarkan titah. Ini kerana mereka bercakap merujuk kapada kekuasaan kerajaan mereka.

Mengenal kes
ahihan hadis bukan satu perkara mudah. That is why we need to use our God given brain and look and look and look... and ask and ask... and think... That is why Imam Malik dalam kitab Al Muwatta just ada sikit hadis. Why? Cara dia fikir lain dari cara imam lain. Contoh macam Imam Hambali, dia still rujuk hadis maudhu or daif sekiranya masalah itu tak ada dalam hadis Sahih. Tapi Imam Malik, Hanafi dan Shafie tak terima langsung.

Eventhough if hadis tu ditulis sebagai hadis sahih, peringkat hadis tu pun ada banyak tempat. Ada hadis yang bersifat hampir setaraf dgn wahyu dan ada hadis yg hanya bersifat setempat dan harus sahaja. Dan juga ada hadis yang dibatalkan oleh hadis yang lain pula, bergantung pada kronologi dan suasana ketika nabi mengucapkan kata² tersebut.

Jadi, dalam Islam tak salah utk menjadi berbeza. Kecuali jika melibatkan perkara batil (salah). Bak kata nabi (Hadis); Perbezaan pendapat antara umatku adalah 1 rahmat tapi perpecahan antara umatku adalah 1 bencana.
 
 

Hanya Allah yang mengetahui... 
 
Perlu diingatkan, sumber internet (termasuk dan terutamanya tulisan aku) bukan sumber muklak yang layak dijadikan panduan segera. Kecuali sumber tersebut ditulis oleh mereka yang diikhtiraf tauliahnya. Ia hanya layak berfungsi sebagai pencetus minat dan penggerak pencarian ilmu. Oleh itu yang terbaik, rujuk sumber lain yang sebagai perbandingan dan bertanyalah kepada mereka yang bertauliah.