Saturday, 20 July 2013

Salam Ramadan 2013 - Coke & Salt

Usai solat terawih di surau ditaman perumahan.... Jemaah dah tinggal 3/4 daripada hari pertama terawih. Maybe sebab hujung minggu maka ramai yang balik ke kampung. Tapi kalu tengok hari minggu pun jemaah dan kurang hampir 50% daripada hari pertama terawih. Jadi statistiknya, terawih hujung minggu lebih ramai berbanding hari minggu.

Sebenarnya aku antara insan yang gagal menghadirkan diri ke surau untuk terawih secara konsistan. Ada masanya aku hanya terawih sendiri di rumah secara super express (hahahaa..). Ya, super Express. Di surau terawih 8 raka'at habis (tak termasuk witir) pada lebih kurang jam 9.45 mlm. Aku habiskan jam 9.15 mlm.  Ada juga masanya aku tak terlarat nak terawih dan ada masanya lepas makan terus sambung keje. Bukan nak kata aku rajin, tapi keje aku ada masanya amat banyak dan meletihkan. Aku bukan complain. Aku enjoy keje aku. Aku suka bila otak aku tgh berkreatif. Tapi hakikatnya ada masa ia terpaksa "makan" waktu terawih. Dan ada masa juga aku just terlepas terawih.

Nikmat Terawih

Pada aku solat nie kena dalam rehat dan santai. Baru lah dapat nikmat dia. Pada aku juga nikmat terawih paling santai adalah bila berjemaah di surau @ masjid yang selesa dengan pengudaraan yang baik. Tapi jika aku ada sesuatu yang nak dibuat, maka terawih di surau hilang nikmatnya. Apa taknya, otak aku tak ble nak fokus. Kalu imam tetiba baca slow or surah panjang, aku jadi kalut. Kalut nak cepat habis sebab ada benda @ kerja nak kena buat kat rumah. Pada aku, kerja adalah amanah yang wajib ditunaikan. So, ianya penting. Gaji kita halal lagi berkat jika kita melaksanakan amanah yang tuhan takdirkan dengan sesempurna mungkin. Ini adalah antara ungkapan yang selalu aku ulang time aku di Penang dan di Ipoh dulu semasa 'morning briefing'. Tujuannya adalah untuk mengingatkan hakikat kerja kepada anak buah dan sebagai pesanan untuk diri sendiri.

Coke Garam

Refreshing!

Bila gi terawih nie aku paling nostalgia dengan kenangan bila abah aku bawa aku gi terawih dulu. Dedulu, time sekolah rendah, abah selalu bawa aku gi masjid Derga (depan sekolah Menengah Asma Alor Setar) naik moto. Lepas terawih, kami selalu singgah Restoran Azizah (di jalan Datuk Kumbar), untuk pekena Coke. Abah selalu pekena Coke dengan garam. Aku pula coke dengan susu pekat atau Oren Fanta. Iya lah, budak kecik, mesti suka oren kan? Itulah kenangan yang aku tak ble lupa sampai bila². Aku harap aku boleh ulang pengalaman nie dengan anak² aku pulak nanti. Sekarang, dlm peti ais aku ada stock Coke dan Fanta Oren. Hmm... feel tu datang balik bila pekena Coke lepas terawih tadi...

Bulan posa nie juga sinonim dengan param (Pasar Ramadan @ Pa + Ram). Aku sebenarnya bukan fanboy param. Aku jarang gi param. 5 tahun kat UTM dulu, boleh kira dgn jari (termasuk jari kaki kot... hahaha) jumlah aku gi param. Kebanyakan masa aku berbuka @ iftar di masjid UTM. Makanan sedap dan paling best ianya FOC. Kira aku avid mosque goer lah. Terutama tahun satu, aku boleh dikatakan begitu avid dan yang membezakan aku dgn "pure" masjid goer adalah baju yg aku pakai gi masjid. Depa pakai baju sempurna. Aku macam biasalah, pakai T - shirt dgn kain pelikat or baju Melayu hitam dgn jeans.Tak penah pakai kepiah atau songkok. Terus terang aku cakap, mesti ada awek tudung labuh dari Kolej Tun Fatimah yang terusyar dan berkenan dengan keimanan aku. Kah kah kah kah....  Tapi masalah masjid UTM adalah yang jadi imam semayang adalah geng hafiz. So, depa baca panjang. Tapi since masjid super cozy, aku still ble layan.

Time aku tahun² seterusnya, aku still iftar di masjid UTM. tapi aku just maghrib kat situ. Isyak dan terawih kat mana² surau di taman U. Ikut rotation. If time isyak tu, aku (kami - sekali dengan budak rumah aku), detact yang bakal jdi imam tu, budak hafiz, maka aku (kami) akan lari (rempit) gi surau lain. Actually bukan kami jer, aku perasan ramai jantan² lain yang buat macam aku. Apa taknya, banyak lagi game yang belum main kat komputer. Wah hahahaaa..

Berkaitan dengan param nie, walau pun aku begitu jarang gi, tapi ada gak time aku terpaksa gi. Nie sume hasutan member serumah. Depa ajak aku gi param untuk 'pancing ikan' dan usyar market. Tak paham? Actually gi param bukan nak beli makanan, tapi nak ngorat dan usyar awek. Hahahaaa... Bodoh giler. Tengah posa kot.. Tapi yang best, yang aku masih ingat sebahgian aweks² UTM yang gi param time tu pun boleh tahan gak berhias. Ada yang wangi giler kot. Mana ada org gi market pakai perfume satu badan? Ada ka? Iya lah, mana tau kot ada cowok yang berkenan. Apa taknya, ada sesetengah fakulti kat UTM nie jumlah lelaki dan perempuan dalam fakulti tak seimbang. Ada fakulti yang terlebih pompuan, dan ada fakulti yang terlebih lelaki. Fakuilti aku (Fakulti Kej Elektrik - FKE) sesuai utk org² gay. Pompuan tak ramai... So, ramai jantan yang gersang lagi sangap.... Kecuali aku... Aku adalah ahlul masjid ditika Ramadan... Takbirr!!

Awek Donat?

Sedap dimakan bila panas!

Bercakap pasai param, aku rasa ramai jantan normal UTM yang sebaya aku yang tinggal di kawasan Kebangsaan dan Kebudayaan tau akan awek donat. Awek donat pertama kali muncul time aku tahun 4, kot... Apa yang best pasai awek donat? Sedap sangat ka donat dia nie? Gebu sangat ka? Manis sangat ka? Actually donat dia biasa ja. Yang manisnya adalah awek donat tersebut. Kah kah kah.. Dan tersangatlah comel! Bukan cantik tapi comel. Persis Siti Nurhaliza time anak dara. Iyalah, time tu Siti adalah the perfect girlfriend. Sume jantan nak awek yang rupa macam Siti dan awek donat nie persis Siti. Donat dia biasa² ja. Tapi method dia yang menjadi masalah. Dia target golongan jantan gersang lagi sangapkan kasih sayang. Bila dia nampak jantan lalu kat param, dia terus sapa.."abang, nak beli donat bang... sedap tau... saya buat nie... beli lah bang....." dengan suara yang lemah merdu lagi manja. Jantan normal mana yang tak terkedu bila terkena sexual harresment macam tu? Member aku yang jalan dengan awek dia time tu pun boleh terkena. Tak bercakap selama 24 jam kemdian... Hhhmm..... 

Maka ramailah yang 'try' awek donat tu.. Tapi malangnya awek donat hanya mempermainkan hati mereka kecil lagi sunyi mereka sahaja.. Matlamat dia hanyalah menhabiskan stock donat. Aku? Aku tak penah try, tapi pernah tertewas... Aku pun terbeli donat dan ended tak makan sgt pun...Hhmmmm....  

Nasihat Ramadan

Itulah sikit kenangan yang akan sentiasa recycle dalam jiwa dan minda aku every time bulan posa. Anyway, tu sume santai.. Since nie bulan posa, maka ada baiknya kita nasihat menasihatkan sikit perihal ibadat ini. Islam itu mudah dan sesiapa yang menyusahkannya maka dia akan dpat hanya yang susah. Please refer this link untuk tulisan aku yang terdahulu berkaitan dengan posa.

Selamat berpuasa, selamat hari raya dan berhati-hati dijalan raya...

No comments:

Post a Comment