Berpuasa; Beberapa Perkara…
“Agar Yahudi tahu dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” – Riwayat Ahmad
Islam adalah “way of life”. Itu adalah satu hakikat yg akan meletak sekularisme ditempat yang jauh lagi terpencil. Salah satu cara hidup yg dianjurkan oleh Islam adalah berpuasa. Sebenarnya amalan berpuasa ini telah diamalkan bukan sahaja oleh org Islam tapi org org² sebelum Islam dan juga org yg beragama lain. Barangkali cara mereka berbeza. Barangkali juga mereka merubah posa yg pernah dianjurkan “guru” mereka satu ketika diawal kemunculan dulu…
“Wahai org² yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas mereka terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertakwa kepada Allah” al-Baqarah 183
Anyway bila datang bulan posa nie aku rasa ada baiknya aku tulis sikit pasai posa. Apa yg aku nak tulis nie adalah perkara yg org Melayu slalu rasa macam salah atau memganggu “markah” posa depa tp sebenarnya (sepaham aku) tidak. Ini adalah beberapa senarai hadis yang diriwayatkan yang aku rasa kita sume patut tahu agar kita faham yang Islam itu mudah lagi lurus…
- “Rasullulah SAW bercelak sedangkan baginda berpuasa.” Riwayat Ibnu Majah.
- Telah berkata sahabat yg meriwayatkan kepada aku; “Aku melihat Rasullulah SAW di al-‘Arj (nama tempat), baginda mencurahkan air keatas kepala baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Riwayat al Imam Malik dlm kitab Al Muwatta’.
- “Makan dan minumlah sehingga azan oleh ibnu Ummi Maktum (nama tukang azan), kerana beliau tidak akan azan melainkan masuk waktu subuh.” Hadis al Bukhari dan Muslim.
- “Apabila seseorg drpd kamu mendengar azan, sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajat (menghabiskannya).” dari Abu Daud dan Ahmad dinilai sahih oleh al-Albani.
- “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat magrib, dan jangan kamu tergopoh gapah ketika makan malam kamu.” riwayat al Bukhari dan Muslim.
- Diriwayatkan dr Aisyah dan Ummu Salamah ra; “Suatu ketika Rasullullah SAW bangun pada pagi dalam keadaan “janabah” (berjunub) setelah “mencampuri” isterinya. Setelah itu, nabi mandi dan berpuasa.”
- Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra; “Kami melakukan perjalanan bersama Rasullullah SAW dan yang berpuasa tidak mengkritik mereka yang tidak berpuasa. Begitu juga sebaliknya.”
- Diriwayatkan drpd Abdullah bin Omar; “Nabi menggosok gigi berulang kali sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika Baginda sedang berpuasa.”
- Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai; “ Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli Kitab adalah makan sahur.”
- Diriwayatkan oleh Ahmad; “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.”
Aku harap drpd senarai hadis² nie, kita sume boleh kaitkan dengan kehidupan kita sendiri. Tp kalu nak tau lebih lanjut cari lah buku. Atau pun cari lah guru yang dirasakan selesa. Jangan hanya rujuk satu sumber rujukan atau guru. Cari lagi buku lain sebagai 2nd source atau cari guru lain sebagai 2nd opinion. Tak salah. FYI, sebahgian drpd tulisan aku nie dicedok dr tulisan Dr Asri, Dr Daniel dan bacaan aku dari ringkasan sahih al –Bukhari yg diulas dengan pengalaman dan pengamatan aku.
Selain itu, tujuan aku tulis nie adalah supaya org faham yg Islam buka agama extreme yg menyiksa. Islam banyak longgar dan praktikaliti dia. Islam tak macam agama lain yg terpaksa menyeksa diri utk mendekatkan diri pada tuhan. Islam adalah agama “daily live” @ “hidupan harian”. Memang ada hadis yg mengatakan yang bau busuk nafas org yang berpuasa berbau lebih harum dari kasturi di akhirat kelak. Ya, memang betul. Tp ini tak bermakna kita biarkan utk biar nafas kita berbau. Bayangkan dalam urusan kerja kita. Kita terpaksa berinteraksi dgn non Muslim. Dan bila mana mulut kita dibuka, dan keluar bau yg sgt tak menyenang, bayangkan apa imej yang kita tampilkan pada non Muslim itu? Ya, kalu org yg kita interaksi tu Muslim, barangkali dia akan faham. Tp, kalu non Muslim? Sudah pasti dia akan nampak Islam nie something yg tak pentingkan “adap”. Macam mana kita nak jadi “daya penarik” @ “agen pendakwah” Islam? Ntah² kita pula secara tidak langsung menjadi ajen finah terhadap Islam. Fuhh.. Na’uzubillah….
Sebenarnya kes mulut busuk bau kasturi tu (pada akulah) macam pampasan yg Allah bagi atas ketaatan kita. But of cause, kita kena usaha supaya nafas kita tak berbau. Tgk contoh hadis yg aku tulis kat atas. Come on, Nabi pun selalu gosok gigi. Actually, Nabi adalah org yg sgt particular pasai imej dan penampilan. Susah aku nak explain, tp itu hakikat. Why? Bcos dia ada imej Islam. Dia adalah duta Islam.
Ini sgt berbeza dgn imej yg ditampilkan oleh golongan yg konon Islamik. Aku bukan anti geng tablig, but aku ada pengalaman yg “tak sihat” dgn majoriti depa terutama semasa aku di UTM. Sebahagian dr depa bajunya lusuh, baju tak diserika berkedut kedut, janggut serabai, bulu hidung terjunai, gigi berkarat dan lain². Apa tanggapan non Muslim bila tgk depa nie? Pepatutnya mereka paling kurang berimej kemas dan bersih. Contohnya mcm arwah Ahmad Deedat. Bukan main kemas dan bersih. Even Buddhist monk nampak lagi bersih dr sesetengah tablig yang aku pernah jumpa. Seriusly macam mana nak tarik org lur masuk Islam kalu imej pun hancus. Come on lah, body language tu 90% effect perspective tau. Good attire is part of body language. Adoi…
Anyway, aku harap apa yg aku tulis nie sedikit sebanyak memberi @ menambah “vokubulari minda” (fuhh… tinggi bahse nie… play safe betul…) hangpa. Ia hanyalah pandangan yg aku kutip yg aku rasa aku patut share dgn hangpa sume.
banyak benda baru dari senarai hadis atas tu..nice
ReplyDeletetq for sharing this information
ReplyDelete