Alhamdulillah, aku akhirnya telah berjaya menjadi tetamu Allah. Tujuan aku menulis ini bukan berniat untuk menyombong, tapi lebih kepada berkongsi sikit pengalaman dan pendapat tentang ibadat yang pada aku unik dalam Islam.
Umrah atau haji kecil ini secara asasnya adalah ibadah dalam bentuk pergerakan fizikal. Ibadatnya pada aku adalah dari erti sabar dan disiplin. Ianya sebenarnya simple. Tapi jika ingin memantapkan isi ibadah perbagai doa diselitkan.
My parent at THT booth.. Personally, they are very organize but not perfect.
Aku bersama parent aku memilih Tabung Haji Travel (THT) untuk urusan Umrah ini. Kami memilih THT kerana kerap kali terdengar dalam berita akan penipuan agensi haji kepada para jemaah. Barangkali kos THT lebih tinggi, namun aku difahamkan bahawa THT juga menyediakan variasi pakej. Sebenarnya variasi pakej ini akan menentu jarak hotel dengan Masjid Nabi dan Masjid Haram (al Haram). Pada aku, kiranya mampu, ambillah pakej yang selesa. Jika tidak pun tak apa. Lagi pun tujuan kita adalah untuk beribadah. Bukan nak makan angin. Banyakkan habis masa di masjid lebih baik. Bila mengantuk boleh beriktikaf di masjid (aku cuba tapi tak mampu, nak balik tidur hotel juga).
Aku sangat excited bila nak ke tanah suci. Apa tidaknya untuk ziarah Rasullullah dan Ka'bah. Selama nie kita just tengok dalam TV jer. Kali nie akan tengok live. Selama nie aku yang hanya baca kisah baginda yang ada kala sgt tersentuh dan sebak dgn perjuangan baginda, dan kini akan berada hampir dengan Rasullullah. Susah nak explain. Sebenarnya aku kekok jer lebih.
Umrah bermula bila kita sudah niat dikawasan tertentu dan memakai ihram. Secara ringkas, ibadat Umrah adalah, 1) berihram, 2) niat (ada kawasan dia, jgn main niat jer), 3) Tawaf dan 4) Sa'i. Kemudian Tahallul (pembatalan dgn mengerat rambut). Perlu diingati, bila dah berihram, kita ada beberapa pantang larang yg kita kena ikut. Kalu tak, kena bayar dam. Aku kena bayar dam. Hahahahahaa... Bulu hidung tercabut masa gosot hidung bila gatal. Nasib baik dam kecil. Memadai sedekah pada petugas masjid.
Aku tiba di KLIA tepat pada waktu yang dinasihatkan. Bag kami (aku dan parents) diletak riben supaya senang nak kenal bila sampai destinasi nanti. Kami naik Qatar Air Line.
Rupanya ramai lagi yang ikat riben.. Bukan kami jer...
#Note 1: Aku difahamkan bahawa Arab Saudi adalah negara yang mengamalkan Hudud. Jadi antara lain aku nak observe keberkesanan Hudud Arab Saudi. Aku nak menggunakan akal. Tak salah berfikir. Lagi pun, menggunakan akal juga merupakan satu ibadah.. bak riwayat dan hadis dibawah.
Suatu hari seorang sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa
dengan Abu Hurairah r. a, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad: “ Aku
mendengar Rasulullah memberitahu kepadaku, sesiapa yang berfikir satu
saat maka itu terlebih baik daripada beribadat setahun”
“ Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yang membaca al-Quran tapi tidak memikirkannya.”
Jadi atas sebab ini aku kurang jelas bila ada orang mengatakan Islam tak membenarkan kita berfikir tentang ugama dan hanya membiarkan "ustaz²" untuk fikir untuk pihak kita. Iya ka? Aku bukan nak merendahkan lulusan uztaz, tapi aku nak juga tengok akedemik ustaz tu. Ialah basic thinking level. Salah kah? Why? Bcos some ustaz can be really "funny". Lagi pun Istaz pun manusia yang terdedah pada kesalahan dan nafsu. Kenapa nak terima jer dan sanjung tinggi sangat seorang ustaz? Guna akal dan nilai pendapat dia. Cabar pendapat dia. Jika dia dalam golongan yang benar dia akan mampu membuktikan pendapatnya dengan hujah dan bukan ugukan neraka (dan setanding dengannya).
Ke Madinah
Penerbangan lebih kurang 12 jam rasanya... Dan kami pun tiba di Madinah. Disini dinasihatkan untuk berhati-hati dengan "budak troley". Kerana jika mereka membantu kita walau pun tak minta, mereka tanpa segan akan minta upah secara paksa. 1 Riyal @ RM1 tak terima. Aku terkena. Segala berlaku dengan pantas. Ketika parent aku masih di kaunter imegresen, ada budak troley dah amik beg² kami dan menolak ke tempat parkir bas. Namun aku tak bayar. Puas bertekak. My question.. Adakah ini Islamik? This is Madinah.
Kami bergerak ke Madinah Mouvenpeak. Ketika tiba aku macam tidak percaya bahwa hanya lebih kurang 10 langkah adalah pagar ke Masjid Nabi. Ya Allah.. Cantiknya pada aku Masjid Nabi. Terasa semangat dan ketenangan bro.. Personally aku kuat juga berasa debaran..
Di Gate 15 Masjid Nabi bersama ibu... Hujan di Madinah..
Cantik kerja seni dalam Masjid Nabi... Very impressive...
Kawasan luar masjid- Pasar Nabi. Bangunan kehadapan itu merupakan luas sebenar masjid di jaman Rasullulah.. Dari sini boleh nampak Babus Salam dan pintu Abu Bakar..
Belakang komplek asal masjid Nabi...
Pintu Rasullulah atau dikenali sebagai Babus Salam kerana disinilah tempat penziarah memberi salam ketika ziarah Rasullulah suatu ketika dahulu.. Kelihatan pada pemahaman aku golongan sufi melintas..
Di makam Rasullulah, Abu Bakar dan Omar dari pintu ke Al Baqee..
Raudhah... Antara kawasan yang mana doa adalah mustajab.. Sebolehnya ingin sangat sujud di tempat Rasullulah sujud.. Mampu sipi sahaja.. Apa pun syukur.. bukannya mudah... Sedih memikirkan sifat umat Islam.. Tapi apa yg boleh buat..
Dalam kekalutan dikawasan Raudhah menunggu tempat solat.. Masih sempat aku ber selfie.. This really made me wonder... Kenapa untuk masuk beribat hampir dengan Rasullulah, umat Islam sanggup hilang timbang rasa dan adap.. Yang tahu hanya bergasak mahukan tempat...
Tiadakah cara lain yg lebih efektif untuk beribadat disini supaya semua orang boleh "merasa".. Sistem yg digunakan melebihkan siapa kuat dan licik, dia dapat.. Terutama golongan dari kawasan tertentu itu... Depa bukan pikir orang lain dah.. Aku percaya ini bukan sifat yang Rasullulah ajar dan aku percaya baginda sedih melihat kekalutan umat Islam ini.. Apa yg berlaku disini pada aku adalah refleksi sifat umat Islam diluar sana.. Tak bersatu dan pentingkan diri sendiri.. Mungkin aku pun sama?
Perbagai ragam manusia yang boleh kita lihat. Dari pelbagai latar
belakang yang semestinya berbagai cerita tentang diri. Dari sini kita
boleh lihat betapa meriahnya dan kuatnya umat Islam... jika mereka boleh
bersatu dan menerima berbezaan antara satu sama lain baik dari cara
beribadat dan semestinya pegangan politik.
Lunch bersama ahli keluarga dan sahabat?
Setengah jemaah (tak kira lelaki atau perempuan) hanya memilih untuk solat diluar komplek masjid sahaja sedangkan masih ada ruang dalam masjid.. Terutamanya dari kawasan atau benua daerah tertentu sahaja.. Mungkin ada sifat inferior complexity or something yang aku tak tau...
Aktiviti jual beli sgt aktik sebaik usai solat waktu.. Sgt meriah dan havoc..
Waktu malam pun sangat meriah..Tidak sunyi dari ragam manusia
Bila tiba lewat malam, maka ramai yang beriktikaf .. Dalam masjid lagi ramai.. Penuh.. Bila aku melihat golongan ini, aku terinagat golongan yang digelar sebagai al Suffah. Dan tokoh dari golongan al Suffah ini adalah Abu Hurairah...
Masjid Nabi sebenarnya sangat besar. Penat berjalan dari belakang hingga ke bahagian depan masjid. Tidak pernah sunyi dari manusia yang pelbagai ragam. Bila malam, kawasan lapang @ pasar Nabi penuh dengan orang ramai berkeluarga. macam tempat picnic pun ada. Sentiasa sibuk 24 jam 7 hari. Kawasan Raudhah juga sentiasa penuh. Cuma pada waktu malam, kawasan masjid yang dibenarkan masuk hanya komplek asal. Aku difahamkan yang akan ada lagi kerja meluaskan kawasan masjid. Hotel penginapan aku pun bakal dirobohkan sikit hari lagi.
Selain ziarah dalam (masjid), jemaah juga akan dibawa ke ziarah luar. Ke sekitar kawasan sejarah di Madinah termasuk beberapa buah masjid.
Pada aku Madinah sebuah negeri yang bersih, cantik dan kemas. Terasa redup dan lapang. Bumi Madinah ini subur. Kelihatan banyak tanaman lanskap. Tapi, sayang seribu kali sayang, kerajaan Saudi tidak memelihara tempat² sejarah. Sedih dan marah aku. Jika umat Islam sendiri tidak sayang dan memelihara kesan sejarah, maka hilanglah kesan keagungan dan perjuangan. Parit perang kandaq sudah tidak kelihatan. Yang nampak hanya Masjid Tujuh yang makin dibesarkan. Bukit Uhud pun dah semakin hilang (barangkali sebab terlalu ramai org yang memanjat bukit tersebut).
Di kaki bukit Uhud.. Dikhabarkan dulu lebih tinggi tapi kini makin rendah kerana haus dipijak pelawat.. Dan yang paling tak sedap didengar adalah pelawat datang mengambil berkat tanah di bukit ini..
Permandangan dari atas bukit Uhud. Barangkali inilah pemandangan para pemanah dari tentera Madinah ketika perang tersebut..
Disinilah tumbangnya Singa Allah; Saidina Hamzah... Disini jenazah beliau bersama beberapa lagi syahid..
Perjalanan Itu
Setelah beberapa hari di Madinah, tiba masa untuk melakukan ibadah Umrah. Bagi yang datang dari Madinah, maka niat Umrah dilakukan di Bir Ali (nama tempat). Sepanjang perjalanan aku cuba sedaya supaya merakam potret lanskap bumi Madinah ke Mekah. Sebenarnya muka bumi Madinah dan Mekah bukan padang pasir, tetapi padang batu.. Lapisan batu yang berbagai warna dari hitam hingga ke kuning merah.
Hutan batu.. Padang batu.. Bukitnya pula adalah batu.. Segalanya batu..
Perjalanan sejauh lebih kurang 450km dari Madinah ke Mekah dengan memakai ihram adalah pengalaman baru pada aku. Ia sebenarnya sedikit sebanyak menguji kesabaran. Kita orang Malaysia sudah biasa dengan kemudahan RnR yang selesa di lebuh raya mungkin berasa sangat tidak bersedia dan tidak selesa ketika mahu membuang air. Tambahan air besar. Tempat rehat disini jauh bezanya dengan RnR Malaysia. Aku terfikir juga.. "Jika musim umrah yang tak ramai orang pun boleh macam nie, apatah lagi musim haji..". Benar ibadah sebenar Umrah dan Haji adalah 'kesabaran'.
RnR... Amat berbeza dengan yang biasa kita guna... Paling dekat kalu ikut pengalaman aku adalah RnR di Indonesia
Tandas... Imagine musim haji.. Sememangnya ibadat ini adalah ibadat menguji pengorbanan dan menguji kesabaran.. Namun, aku berdoa agar pihak Saudi yang mempunyi duit berjuta -juta billion koyan menyediakan kemudahan awam yang lebih baik untuk jemaah marhaen.. Hati kecil aku berkata bahwa kerjaan Saudi wajib menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada jemaah marhaen..
Kota Mekah
Dream come true. Selama ini hanya dapat lihat dari kaca TV, kini ini secara langsung... Kagum dan gerun. Itu sahaja yang aku boleh gambarkan perasaan aku ketika itu. Speechless dan kosong. Aku percaya setiap individu akan mempunyai bibit perasaan yang berbeza. Ia ada kaitan dengan back ground diri. Untuk aku adalah seperti yang dikatakan tadi. Apa pun, aku amat bersyukur kerana tuhan membenarkan aku tiba di rumah Nya ini.
Kaabah dari tingkap hotel..
Hotel kami adalah disebelah kiri, Hajar Tower.. Ketika solat Jumaat, makmum terlalu ramai hingga kan lobi hotel pun boleh solat Jumaat. Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan telah berikan.
Berbeza dengan masjid lain, ketika masuk ke masjid haram (al Haram), disunatkan melakukan tawaf daripada solat sunat 2 rakaat. Untuk ibadat tawaf, kita dikehendaki melakukan 7 pusingan lengkap dengan bahu kiri sentiasa ke arah Kaabah. Dikira batal pusingan jika bahu lari dari Ka'bah dan juga tersentuh Ka'bah. Satu perkara yang aku perasan bila di al Haram adalah dari segi kumpulan jemaah. Akan jelas kedengaran doa² dari kumpulan² jemaah. Ada yang dari benua India, negara Indonesia, Iran, Turkey dan ntah mana aku pun tak tau. Tapi yang lantang berdoa bila bertawaf (dan juga Sa'i) adalah dari Indonesia. Uztaz jemaah kami mengingatkan bahawa, yang penting ketika tawaf adalah perkara wajib.. Bacaan doa adalah sunat. Kalu tak mampu baca sekadar berzikir pun boleh. Paling tidak sekali tawaf (berjalan) dalam diam pun OK. Tapi jangan sembang kosong dan bernyanyi sudah lah. Aku personally hanya berzikir dan berdoa.
Aku bersama uztaz ketua jemaah.. Orang Pendang Kedah. Uztaz yang sempoi dan loyar buruk
Usai tawaf, adalah terbaik solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang makam Ibrahim. Perlu dikatakan disini, makam Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Ia adalah batu tempat Nabi Ibrahim pijak ketika membina Kaabah. Sebenarnya ibadat tawaf ini memang menagih kekuatan fizikal. Jadi adalah baik kita bertenaga dan paling tidak minumlah air zam² sebelum tawaf. Usai tawaf juga terbaik minum air zam² sebelum memulakan Sa'i. Jika penat, bolehlah rehat dahulu sebelum Sa'i.
Sa'i dari bukit Marwah ke Safa 7 kali.. Berjalan dan berlari anak untuk kawasan berlampu hujau (lelaki sahaja). Kali ini lebih longgar.. Boleh berhenti rehat dan minum air zam² ketika Sa'i. Selesai tawaf 7 kali maka boleh bertahallul. terbaik botakkan kepala. Sepatutnya botakkan kepala sejurus tahalul atau tahalul dengan membotakkan kepala.
Buat masa ini, masjid al Haram masih dalam pembinaan. Masih banyak kemudahan masih belum siap sepenuhya. Ketika umrah aku, untuk tawaf, pihak Saudi telah menyediakan 3 lingkaran; ground floor, 1st ring dan 2nd ring. 3 lingkaran untuk melakukan tawaf. Tapi untuk Sa'i setahu aku hanya ada 2 laluan sahaja.
Permandanganl al Haram yang dihiasi oleh kren.. bau timah dan bunyi pembinaan adalah lumrah ketika ini. Aku rasa antara sebab kerajaan Saudi mengecilkan kouta Haji adalah kerana faktor masjid masih lagi under contruction
3 lingkaran tawaf untuk para jemaah. Lingkaran 1st ring dan 2nd ring kurang jemaah dan lebih cepat berbanding ground ring. Ground ring ramai jemaah, ini tak termasuk dengan kekalutan tetamu yang nak cium Hajratul Aswad dan lain².
Selesai Umrah, kami pun ingin pulang ke hotel. Tapi malangnya kasut kami anak beranak telah hilang... Inilah yang aku katakan. Masing² menjadi tetamu Allah untuk beribadah, namun sanggup mengambil kasut orang lain atau paling tidak mengambil slot kasut orang lain. Tak perlu aku berperangsangka baik. Ini adalah kerana, itu adalah hakikat. Allah dah cakap, nabi dah pesan bahawa kat tanah haram jangan diambil harta orang, tapi kini, di al Haram sendiri, ada hamba Allah yang sanggup melakukan maksiat..
Pihak masjid menyediakan plastik selipar. Nasihat aku adalah jemaah menggunakan selipar nipis senang lipat. Ketika beribadah, masukkan selipar tersebut dalam beg sandang. Beribadah lah bersama selipar tersebut. Air minum tak menjadi masalah baik di masjid Nabi atau al Haram. Banyak sekali air zam² disediakan.
1 lagi, baik masjid Nabi mahupun al haram, tempat wuduk agak jauh. Ramai jemaah menggunakan tempat minum zam² dan air zam² untuk berwuduk. Nasihat aku adalah membawa bersama water spray. Amat berguna ketika terbatal wuduk selepas melepaskan angin.
Tempat² Khusus di Al Haram
Di al Haram, ada beberapa tempat yang mustajab berdoa. Dan tempat² tersebut sentiasa ramai dengan manusia. Jika di Madinah orang hanya berebut untuk masuk ke Raudhah, tapi di sini, orang berebut untuk ke;
Hajar Aswad
Merupakan batu dari syurga. Orang kafir moden cakap ianya meteorite yang disembah umat Islam. Asalnya 1 ketul batu jer. Tapi ia telah berpecah menjadi 8 potongan. Pernah hilang (dicuri dulu oleh orang Syiah namun dipulangkan semula). Kini batu² tersebut ditanam dalam perak.
Alhamdulillah aku berjaya cium Hajar Aswad. Namun aku berjaya atas pertolongan "mafia" Indon(?). Sebenar, aku tengah melakukan tawaf sunat. Tengah hari. Pada awalnya aku nak buat di 1st floor. Tapi bila aku sampai disana, aku lihat macam tak ramai jer jemaah. Jadi aku pun tawaf di ground floor. Memang aku dah pasang niat, jika ada rezeki aku nak cium Hajar Aswad. Jadi aku pun cuba tawaf menghampiri Ka'bah.
Ketika aku sedang asyik, tetiba aku telah dia sapa oleh seorang Indon. Dia offer untuk aku cium Hajar Aswad (time nie aku tak tau wujud sindiket nie). Jadi aku just ingat ada orang nak tolong lah.. So, aku pun cakap "mahu". Mamat indon nie pun tarik tangan aku dan bawa aku ke situ. Aku rasa ada ramai orang satu team. Ini adalah kerana laluan aku lapang (ada geng depa block jalan kot). So, depa tolak aku untuk panjat 'syadzarwan' (marmar batu putih di kaki Ka'bah). Dari situ depa push aku untuk berjalan atas kain kiswah menuju je Hajar Aswad. Susah juga (bcos kaki aku kering dan merekah). Tapi sambil bergayut dan juga pertolongan ahli sindiket, aku berjaya sampai ke Hajar Aswad. Semuanya berlaku terlalu pantas dan bila aku peluang aku cepat² masukkan kepala ke mangkuk Hajar Aswad. Alhamdulillah aku berjaya cium dan batu² tersebut (walau pun tak jelas sebab gelap).
Situasi aku lebih kurang macam nie lah, cuma aku memakai baju Melayu.. Namun bukan semua yang ditolong sindiket ada rezki. Kena agresif dan cepat. Kalau blank memang payah sangat lah... Ada yang aku tengok dah dekat sangat, tapi dia tak reti nak ambil kesempatan.. End up dia jatuh dan ditolak jauh dari Kaabah. Sayang sungguh...
Sindiket nie bukan jer dari orang² Indon. Orang Arab, Turkey pun ada rasanya..
Setelah itu, aku dibawa oleh ahli sindikit ke belakang Makam Ibrahim untuk sujut syukur..
Makam Ibrahim
Ia bukanlah kubur, tapi tempat tersimpannya bekas tapak kaki Nabi Ibrahim diatas batu. Disunatkan solat sunat dan berdoa disini lepas tawaf..
Aku dibawa oleh ahli sindiket ke sini. Kemudian depa pau aku dalam 400 Riyal. Aku cakap aku tak bawa duit. Dan memang hakikat aku tak bawa duit. Aku bawa selipar dan kad bilik jer. Jadi disini, nasihat aku adalah jangan bawa sebarang wang ketika beribadah.. Aku tak yakin dengan iman dan nafsu ahli jemaah yang lain. Bukan apa, di sini, "lain macam sikit". Alasan depa adalah untuk sedekah saudara depa tengah menuntut ilmu. I think that was a lie. Make it short, akhirnya depa mengalah. Depa tak ugut sebenarnya, depa just merayu sambil diperhati oleh ramai Indon lain. Finally aku dapat "tawar" harga but not sure why, (lepas depa bincang sesama sendiri), depa just minta aku sedekah jer value bayar aku kat sesiapa nanti.
So, in a way depa nie bantu aku lah.. kalu tak aku tak pasti aku berpeluang ke tidak...
Hijir Ismail
Sebenarnya ia adalah sebahagian dari Ka'bah. Pada awalnya, Ka'bah dibina tanpa bumbung dan mempunyai 2 pintu. Dibina oleh Nabi Ibrahim. Namun kaum Quraisy telah mengecilkan Ka'bah dengan mengeluarkan bahagian Hijir. Asalnya ia adalah kandang untuk kambing Nabi Ismail. Bersolat didalam Hijir dibaratkan bersolat di dalam Ka'bah kerana ia adalah sebahgian daripada Ka'bah. Maka jika tersentuh Hijir ketika tawaf maka pusingan itu terbatal.
Permandangan dari bawah Pancur Emas dan Hijir Ismail... Gambar ini diambil bukan semasa aku dalam Hijir, tapi luar setelah keluar.. Pada aku kurang etika menangguh dari keluar semata² untuk ambil gambar.. Ramai lagi menunggu untuk masuk.. Lagi pun aku tak ready dengan camera..
Setelah itu, aku pun kembali tawaf semula.. Kali nie aku mula menghampiri Hijir. Tidak seperti Raudhah, Hijir ini ada masanya tidak dikawal oleh pengawal. Dan rezeki aku pada waktu itu yakni dengan tiada sebarang masalah aku berjaya masuk ke dalam Hijir. Alhamdulilah, aku berjaya solat dan berdoa.. Moga ada doa aku yang makbul.
Rukun Yamani
Merupakan sudut selatan... Mengusapnya dikatakan menghapus dosa (menurut satu hadis). Agak ramai orang dikawasan ini tapi tak seramai di Hijir dan Hajar Aswad. Ketika aku di situ, ada satu parent Arab cuba membawa anaknya (3 - 4 tahun) mengusap. Ntah apa yang difikirkan oleh si ayah dipaksa anak kecilnya untuk usap. Nak jadi cerita, ibu yang pegang anak kecil itu terlepas anaknya dan terjatuh ke lantai. Maka ramai lah yang menghimpit anak itu tanpa sedar. Anak itu lemas dan mula menjerit dan aku yang kebetulan berada disitu pun cepat² mengangkat anak itu dan menyerahkan pada ibunya... Aku tak faham kenapa ayahnya buat begitu. Membahayakan nyawa anaknya. Tak faham aku...
Multazam
Setelah itu aku ke Multazam.. Ia adalah di antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad. Seperti sebelum ini, aku bernasib baik. Rezeki aku. Cuma kali ni aku tekad untuk ke situ kerana rezki telah memberi semangat. Walau pun sangat ramai (lebih ramai dari rukun Yamani), aku berjaya sampai dan menempelkan tangan disitu (seperti yang diajar Nabi).Tidak seperti tadi, walau pun ramai tapi lebih mudah pada aku. Ini adalah kerana once kita dah kehadapan automatic orang dibelakang akan menolak kita ke hadapan. Dan ada ketika mereka akan menekan kita disitu. Cabaran adalah untuk menyelit kehadapan. Luckily aku berjaya guna taktik curi kawasan masa main basket ball dulu.. hahahaaa.. Apa pun, aku anggap ianya 1 rezki dan moga dosa aku yang dahulu dan akan datang dihapuskan disamping doa aku disitu juga ada yang makbul oleh Allah.
Dari bawah pintu Ka'bah..
Ibadah tawaf sebenarnya menggamit tenaga fizikal. Kiranya aku bertawaf di tingkat 1 atau 2, paling cepat aku buat tanpa lari adalah lebih kurang 30 minit. Aku personally prefer tawaf di tingkat 2 pada waktu malam. Lebih sejuk dan santai.
Sewajarnya di Mekah terdapat banyak tempat² sejarah, namun semuanya terabai. Baik dari gua Thur dan gua Hira'. Rumah kelahiran Rasullulah pun telah diroboh. Tiada langsung nilai sayang kan sejarah. Jika sekali pun takut amalan kurafat (yang memang banyak berlaku di sini), jangan lah sampai marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.
Kita patut sayang dan jaga kesan sejarah kita. Tambahan kesan sejarah orang yang kita sayang dan hormati. Aku rasa ada baiknya aku tidak menulis sangat akan kebenakkan kerajaan Saudi dalam perkara ini. Sedih dan sayu.
Tidak bersih.. Aku tak faham kenapa dengan duit yang berkoyan² kerajaan Saudi tak menggaji golongan "al Suffah" yang begitu ramai di kaki lima kota Mekah sebagai pekerja kebersihan? Ini merupakan sebahagian dari kesedihan akibat keabaian tentang nasihat Nabi...
Arab, oh Arab... Jika inilah pendekatan mereka, maka mereka sentiasa akan ditindas.. Moga meraka kembali ke zaman Islam.. Kembali lah ke asas Islam.. Tak payah di kalut benda kompleks.. Jagalah kebersihan jer dulu...
Dari atas bukit Arafah.. Kononnya tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah.. Kononnya Nabi Adam turun di Sri Langka dan Hawa di Iraq.. Kononnya lah..
Antara amalan kurafat tak guna otak umat Islam.. Mencari cinta dengan bantuan Syaitan.. Ini yang aku simpulkan.. Inilah contoh sifat umat Islam yang senantiasa akan menjadi hamba kepada musuh Islam..
Nak kata tak bagi nasihat (tahniah kerajaan Saudi kerana memberi nasihat), tapi kalu dah tak guna otak tu, tak guna lah.. Nak tegakkan Daulah Islamiah kunun.. Betulkan sifat umat Islam dengan dakwah dulu.. Insya'allah, ia akan tertegak dengan sendiri takpa banyak susah..
Bersiar Kota Mekah
Seperti biasa, kami juga ada membeli buah tangan untuk sanak saudara. Jadi kami pun bersiar di kota Mekah.. Sekitar al Haram..
Salah satu kedai @ toko buku di Mekah.. Ada juga buku bahasa Indon..
Lalauan ke al Haram.. Banyak gerai pakaian..
Banyak ragam dan latar belakang mereka yang ziarah al Haram.. menjadi Jemaah.. Ada yang hanya tinggal kaki lima masjid, kedai dan gerai.. Menggunakan tandas awam (yang disediakan oleh pihak kerajaan Saudi) dan makan bila perlu sahaja. Mereka tinggal dan menginap dimana-mana yang boleh..
Seperti juga di Madinah, ada dari golonga mereka datang shelai sepinggang hanya ingin melakukan ibadah.. Bila di fikir ada perasaan kagum.. Tapi bila difikir kembali, adakah hukum wajib Umrah jatuh pada mereka yang tak mampu? Silap² jatuh hukum haram kerana mengabaikan tanggung jawab kepada keluarga.
Akhirnya Ziarah
Tempoh Umrah aku adalah lebih kurang 10 hari. Semasa di Mekah (terutamanya) perasaan rindu pada anak² sangat meruncing. Ingin sangat kembali ke tanah air bersama keluar. Tapi kini, perasaan rindu kepada Rasullullah dan Ka'bah makin meresap. Susah nak gambarkan tapi bila aku bersembang dengan sahabat yang pernah ke sana, mereka pun menceritakan perasaan sama.
Berkaitan dengan kota Madinah dan Mekah, aku amat sayangkan kedua kota tersebut. Bila aku "komplen" atau merungut tentang kebersihan dan kerajaan Saudi itu bukan bermakna aku bencikan kota² tersebut. Kerana aku sayang maka, aku bencikan sifat kurang bertanggung jawab kerajaan Saudi. Pada aku, kerajaan Saudi seharusnya lebih bertanggung jawab akan amanah yang Allah pinjamkan. Jangan hanya melihat pada pembesaran masjid. Lihat pada asas ugama Islam itu sendiri.
Sedih rasanya bila kesan sejarah dilempar jauh² (diabaikan). Sedangkan ia merupakan sejarah yang mengubah dunia. Dunia berubah selamanya dengan kelahiran insan bernama Muhammad.
Dari pemerhatian aku, banyak yang telah aku faham. Kerajaan Saudi barangkali telah impose Hudud (potong tangan etc), tapi apa gunanya hudud kalu rakyat tak amalkan Islam (abaikan kebersihan, toleransi, lemah lembut dan sebagainya)? Islam bukan hanya pada hudud (sedangkan hudud itu sendiri banyak tafsir - bukan hanya potong tangan etc). Islam pada amalan mulia umatnya. Dalam kes aku, jam aku hilang semasa aku masih berihram untuk berwuduk ketika Sa'i. Tapi inilah hakikat, di Mekah, di tanah Haram, di rumah Allah, masih sanggup mencuri (mengambil barang bukan hak). Tak kiralah apa justification, ia adalah dilarang oleh Islam. Bukan sahaja Islam, semua ugama lain pun larang. Tapi, di kawasan dekat dengan Ka'bah ada orang sanggup mencuri. Ntah apa nilai moral makhluk tersebut.
Ada pihak yang 'head over heal' dengan Mekah dan Madinah bila time sembahyang semua kedai tutup. Alhamdulilah.. Aku sangkakan bahwa Jeddah pun sama. Tapi aku silap. Di Jeddah semuanya 'normal'. Awek free hair dll. Kebersihan tu, hhmmm.. Namun Jeddah merupakan bandaraya yang sangat besar.
Nasib Umat Islam
Setelah rezki aku menunaikan Umarah, kini aku faham banyak perkara. Agak sukar untuk aku tulis dan terangkan. Namun boleh dikatakan bahawa kini aku faham kenapa umat Islam akan sentiasa dizalimi, diperkotak-katikkan dan dijadikan bahan gelak ketawa. Sungguh malang, dimanakah silapnya?
Nasihat Pada Saudara Saudari
Aku juga ingin memberi nasihat kepada mereka² yang belum menunaikan Umrah. Umrah dan Haji adalah ibadah yang memakan kudrat dan sabar yang tinggi. Aku personally telah diuji 1st hand, face to face (lebih kepada in your face.. hahahahaa) dengan Allah.
Jadi pada waktu muda inilah kita sesuai menunaikan umrah. Dinasihatkan agar sebelum Umrah, buatlah persediaan fizikal dahulu.
Barangkali ramai yang merasakan yang mereka tidak suci untuk ke Mekah. Mungkin juga ada yang merasakan yang dia masih nak buat benda lain. Kira buat Umrah ini adalah taubat setelah puas bersuka ria. Ini adalah pendapat yang sangat shallow. Tunaikan lah umarah di awal usia kerana tenaga masih kuat. Eventough ingin "enjoy" lagi, tak salah tunaikan Umrah dahulu. Jika dikurniakan 'hidayah' maka lepas umrah, dah bertaubat dari enjoy. Tapi kalu masih nak enjoy pun tak rugi apa². At least dah buat umrah.
No comments:
Post a Comment