Thursday, 31 July 2014

Where Is God? & Some Raya Thingy

Personally, raya tahun nie (2014) a bit tak best. Not because aku beraya sebelah wife (well, kami buat ultimate rotation system), but because a few things @ happening yang membuatkan my Raya a bit not bright. Thus other than that, it is just my brain. It just can stop concern and thinking.

Eidil Fitri or Aidil Fitri or Eid Mubarak or What ever?

Seriously, aku a bit menyampah dengan orang Melayu yang nak meng 'Arab' kan semua benda. Firstly, we need to understand, Arab is not Islam. Arab is just a race. Bangsa. Kalu Arab nie agung sgt, kenapa berlaku fitnah besar di jaman sahabat? Tak sampai 20 tahun wafat nabi, perpecahan besar antara para sahabat yang menumpahkan darah. Depa tu Arab bukan? Iyer lah, bahasa Arab adalah bahasa Quran. So, adakah dengan Quran bahasa Arab membuatkan orang Arab ikut semua instruction or at least separuh instruction Quran? Ok, kita amik basic.. Kebersihan sebahagian dari Iman (ini hadis OK, tak tulis dalam Quran but Quran has that essence). Adakah Mekah dan Madinah bebetul bersih?  Hmm.. 

But in a way, Eidil Fitri or what ever is in Arab. So, the right pronunciation should be sound best Arabic. Since I don't know Arab, than... hell yearagghh!!! Anyway,  Biarlah pakar bahasa yang uruskan. Just tolong seragamkan OK. FYI, the great DSAI is using Eidulfitri. Hahaha ... Maybe dia terlalu banyak baca Quran hinggakan di meng'idgham'kan segalanya. Hak dia apa. Biag pi lah kat dia.

When I complained about this, my wife asked me, "Kalu abang meluat sangat dengan orang Melayu menjadi poyo meMelayukan bahasa Arab, jadi kenapa abang gunakan 'iftar' kepada 'buka puasa'?" Hmm.. Maka aku pun jawab.. "Buka puasa mempunyai 2 perkataan sedangkan iftar hanya 1. Jadi lebih cepat nak tulis dan nak sebut".. Hmm... Maybe aku pun sama poyo gak dalam subjek nie? Padan muka aku.

Kak Wan = MB Selangor?

Masa aku tulis nie, dia masih belum jadi MB dan PKR dan PAS tengah perang dingin.. Kih kih kih... I told you sooo... 

Dulu time hanya pilihan raya, aku selalu debat rakyat dengan member aku pasai politik. Ada yang rasional, dan ada yang emosional. Ada gak kaki spin dan ada gak yang tak mau guna otak bila buat keputusan. Apa saja selain UMNO atau BN adalah betul² sampah. Sampai ke Ambiga pun di'wali'kan. Kalu dari orang DAP atau PKR OK lah juga. Tapi orang PAS pun cuba cari point nak muliakan Ambiga. Gila apa. 

But, aku sangat respek member aku yang debat (discuss sebenarnya) secara ilmiah dan rasional. At the end, conclusion yang kami simpulkan adalah "choose the lesser evil". Objektive sama, penilaian dan cara fikir berbeza. 

Pada yang fikir nak tumbangkan BN, depa fikir BN adalah more evil. Pada depa, telah terbukti evil BN tu base on track record. Depa mahu bagi peluang pada PR untuk memerintah. If everything goes to shit after that, than they will change the government again. In short, they do not really forecast the evil PR could bring. They just forecast on the evil that already been done by BN. I personally respect this way of thinking but I do not agree with the assumption. For me, it is more into gamble. Aku tak suka gamble.

Pada aku pula, aku choose the lesser evil base on possibility. Pada aku BN adalah evil tapi tak se'evil' PR. Macam mana aku forecast evil PR? Simple. Buat kaitan perkadaran terus. Dengan kuasa kecil depa destruct besar 'nie', darab dengan kuasa besar punya destruction. Lagi pun tengok track record 4 tahun yang lalu. Buat analysis what they should have done and what they had achieved. Ringkasnya, aku tak berani nak gamble masa depan aku dengan depa. Ini adalah kerana, knowing DSAI, he will not "allow" power change after he create shit. Hahaha.. Lagi pun aku tak berani nak gamble.

But now, PKR @ DSAI creating shit. Kunun anti nepotism, kronism dan lain². Langkah Kajang was a mistake. What happen now is also a mistake. DSAI gilar kuasa dan nama. Perang dingin antara PR. Orang PAS dah mula nampak perangai sebenar DSAI. Aku (personally) percaya Anwarinas dalam PAS mengharapkan something happen to Haji Hadi so that in all mean Mat Sabu (orang kuat DSAI) boleh naik. Dan PKR can control league of PAS army.

Doa aku pada sahabat² dalam PAS; Buka mata dan minda. BN jauh dari perfect. But PKR.... Hmm.. Ideally. Malaysia need a good and healthy opposition to ensure power balance. Kalau BN kuat sangat pun masalah. Why can't PR just focus on govern their states and prove to us, rakyat marhaen that they can govern the country better than those evil BN?

Ini bukan Kak Wan.. Tapi Azmin.. "Ehh.. baguih noo Azmin nie yek.. Berdoa dalam gua ape ntah.. Inilah pemimpin Islam yang kita nak.. Nampak cahaya keimanan memancar-mancar dari dirinya"

Israel Palestine Conflict

This conflict began since time of old... Perang besar yang paling kita tau adalah kisah Nabi Daud membunuh gergasi Thalut ke apa. Tapi kalu dalam Bible dipanggil David versus Goliath. Goliath nie Palestine la. So, konflik Israel dan Palestine nie bermula sebelum Islam lagi. Well, Nabi Daud tu sebenarnya Islam.. semua Nabi itu Islam.. Yahudi itu sebenarnya pun.. dan Islam sebenarnya adalah... But anyway, officially perang berebut tanah tebing barat ni dah berlaku sebelum Islam lagi.. Pada bani Israel, inilah tanah dijanjikan (Promised Land). The land of milk and honey. 

Anyway, sedih aku melihat gambar² kesan perang ni. Mereka disana begitu susah payah nak hidup dan berperang di bulan puasa. Masakan kita boleh beraya dengan meriah sedangkan saudara kita disana nak raya dengan tenang pun tak boleh? Nak pi masjid pun boleh kena tembak dan bom. Sedih tengok gambar² penderitaan orang² Palestine. Terutama gambar kanak². Boleh menitis air mata bro.. Again, with this vision keep replaying in my mind, how can I really enjoy raya?  Sad bro.. mengalir air mata kot..

Tapi at the same time, di balik penderitaan rakyat Palestine, kita dimomokkan dengan dengan berita kemenangan tentera Hamas (Palestine). Di sini aku sikit keliru. Yang mana satu betul? Hamas tengah menang or Israel tengah menang? If Hamas is winning, than why banyak gambar penderitaan rakyat Palestine. Patutnya dah tak ada or kurang. Aku keliru kot.. Jujur punya keliru. Bukan sarkastik. After I had posted the question in FB, one of my friend said that Hamas is winning. Personally I think that, technically Hamas will not win. Malas aku nak elaborate. Having said so, even tough I see that Israel will win the great war, I really pray that other wise would happen.

Where Is God?

Kemudian ada soalan maut datang (setelah melihat penderitaan rakyat Palestine). Kenapa Allah (tuhan) tak tolong orang Palestine? Adakah doa Muslim tak berkesan? Sedangkan kita (Muslim) memiliki tempat berdoa paling mustajab di alam nie (kawasan² mustajab di Mekah dan Madinah). Adakah Allah lebih menunaikan doa orang Yahudi berbanding doa Muslim? Iyalah, Yahudi dan Muslim menyembah tuhan yang sama. It is just the syariat is different, plus a few other things lah.. Malah ada juga Muslim mendoakan Allah menghantar burung² Ababil menghancurkan tentera Israel. Please don't ask foolish thing. Allah tu maha adil. Segala berlaku mengikut aturannya (sunnatullah). Sunnatullah adalah hukum fizik, kimia, biologi dan lain yang saintifik. Tolong faham maksud adil. Sungguh pun tiada yang mustahil, tapi Allah itu adil dalam hukumNya. 

Tapi sebenarnya, bantuan Allah dah sampai lama sebelum perang. Bantuan yang juga merupakan keajaiban yang boleh membuatkan umat Islam menguasai dunya (dunia). Membuatkan umat Islam boleh terbang dan menjajah bulan. Bantuan yang membolehkan umat Islam sepatutnya menjadi kumpulan manusia yang sangat berkuasa dimuka bumi. Apakah bantuan itu? Black gold. Boleh dikatakan bahawa hampir semua negara yang diperintah oleh orang Islam (terutamanya tanah Arab) mempunyai kekayaan sumber minyak. Allah dah anugerahkan minyak dengan begitu banyak kepada umat Islam. Dengan adanya minyak, umat Islam boleh melabur pada pendidikan, sains, penyelidikan, teknologi dan kebajikan. Tapi malang apa yang telah berlaku? Kita semua tahu apa yang belaku. Pembaziran dan pembolotan. Paling tidak pun pemerintah hanya mengkhayalkan rakyatnya dengan subsidi. Kemudian umum buat hudud. Tapi kaum kerabat kebal dari hudud. Apa kes nie? Kalu nak laksana hudud, laksana  untuk semua termasuk kaum kerabat.

Ugamawan Sekular

Kemudian datang pula ugamawan.. Islam hanya ilmu tajwid, tafsir dan nasihat moral (yang pada aku adalah common sense - kalu guna otak yang Allah bagi). Selain itu semua dunya. Buku sains dan lain sumber selain Quran adalah dunya. Ugamawan ini bukan mengajak pada kemajuan sains dan teknologi, tapi hanya menitik beratkan etika pakaian Arab, singkatkan seluar, pakai jubah, doa masuk tandas, keluar tandas, serban dan juga debat ntah apa lagi ntah kecuali sains dan teknologi. Ini adalah sains dan teknologi itu semua dunya yang fana.Mereka inilah agen sekular sebenar.

Sekali lagi diulang, sebenarnya bantuan Allah dan lama sampai. It is just we Muslim (especially) the Arabs do not use them for benefit. Kita dah bazirkan anugerah bantuan Allah. This really make me sad and angry. Further more, adakah kita bersatu? Adakah Arab bersatu? Tolonglah jangan tetiba keluar statement Saudi tu adalah keturunan Yahudi.. Tolong lah.. "Kami tak kan ubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tak ubah nasib mereka sendiri". Jadi, tolong jangan mengharapkan bantuan Allah kalu kita sendiri tak berubah. Dan untuk menang dalam perkara ini, ia memerlukan strategy. Bukan hanya keberanian. Kalu perang hanya untuk mati syahid, jadi tolong explain pada aku kenapa Rasullullah menyuruh tenteranya berbuka puasa sebelum perang? Kenapa dalam perang baginda atur strategy perang untuk menang? Hah, kalu berani sembereno untuk mati syahid kenapa baginda Rasullullah buat semua benda tu?  Tolong explain pada aku?

ISIL, ISIS & Boko Haram

Nie satu lagi bencana umat Islam. Aku difahamkan ramailah Melayu yang nak syahid join ISIS @ ISIL nie. Kononnya Abu Bakar Al Baghdadi nie, kini self proclaim sebagai Khalifah Muslim adalah keturunan Rasullullah pula. Kira dia ada darah golongan terpilih lah. Macam Syiah yer pulak. Ini antara subjek yang buat aku sedih dan tension serta marah. How they had tarnished Islam at the highest level. Malas aku nak tulis pasai syaitan² nie.. Buat please read here

The Madman: Kini mengaku ada darah Rasullullah.. Silap haribulan mengaku Imam Mahdi. Iyalah, darah Rasullullah dah ada.. Hmm..

So, kini, kepada Melayu yang nak syahid or "dah syahid" atas nama ISIS nie, 'what is your current status?' Still nak syahid untuk this mad man? Confirm dapat 99 anak dara munggil (minimum requirement secomel Neelofa) lepas terputus nafas? Yakin? Sure? How lost you are. Tapi aku percaya jika kita menggunakan akal anugerah tuhan dan jangan cepat "melatah" dengan imej "Islam" kita tak akan terpedaya dan sesat. Setahu aku depa nie tak akan berjihad bantu Palestine. Wah ha ha haaa.. Priority depa lain. Yahudi bukan masalah depa.. sekarang..

Boko Haram nie pun sejenis celaka babi tak guna punya sekumpulan orang. Depa nie mengatakan semua buku yang bukan Quran (terutama dari barat) adalah haram. Ada sikit macam ugamawan yang aku sebut sebelum nie but lagi celaka babi. Dan depa pun culik dan (kununnya) paksa a few Christian girls dan paksa depa untuk masuk Islam. If not akan jadi hamba because depa adalah hasil perang dan Islam membenarkan hamba.. What the f@ck#ng hell!!! Aku tak pasti Islam mana yang depa belajar nie. But this really make me angry.   

Ooo... Segala buku sains yang datang dari dunia barat itu haramm.. So, yang hangpa dok guna senjata buatan barat tu apa cer? Bull shit.. Just gunakan agama untuk kuasa..

MHs

Buat masa nie Malaysia telah ditimpa nasib yang malang. 2 planes in a year. Mengharapkan bahwa MH17 adalah yang terakhir. Giler haper. MH370 belum settle misteri dia, kini datang pula dengan MH17. Walau pun MH17 nie direct, tapi masih ada misteri yang diselubungi. Aku tak boleh nak imagine perasaan sedara yang berkerja atau penumpang MHs nie. Betapa sedih dan sayu.

Kalau menurut DSAI (aku difahamkan), dia dapat menyelesaikan kes MH370 dalam tempoh 3 saat. Tapi untuk MH17, aku tak pasti apa statement dia. Maybe dia ada buat. Or maybe dia just bagi general sympathy condolence statement. Maybe gak dia sibuk dengan training wife dia untuk jadi MB Selangor. Iyalah, diakan penasihat ekonomi Selangor. Jadi sedikit sebanyak lepas TSK tak mau dengar 2 cent opinion dia, dia pun marah lalu mintak orang yang sentiasa kena ikut cakap dia jadi MB. Iyalah, kalu tak ikut cakap dia boleh masuk neraka. Iyalah, kalu isteri tak ikut cakap suami mesti Tuhan marah punya. Gerenti woo..

Anyway, aku simpati dengan apa yang menimpa mereka yang mempunyai direct relation dengan MH. Sebagai Malaysian, sikit sebanyak kesedihan dan kedukacitaan ini membuatkan kemeriahan raya sikit terbantut. Tak sampai hati rasanya nak lebih² bergembira.

Again, where is God?

Dalam Quran, Allah menyebut yang Dia lebih hampir dengan kita dari 2 urat nafas kita. Kita juga difahamkan yang doa adalah senjata paling ampuh umat Islam terutamanya bagi mereka yang dizalimi. Tapi kenapa kita Muslim asyik dalam keadaan yang menyedihkan. Setiap hari, 5 kali kita diajak menuju kemajuan. Adakah kita maju? Are we happy? Are the Muslim happy? Kajian menunjukkan yang negara barat jauh lebih Islam berbanding dengan negara Islam. Dan rakyat negara bukan Islam (barat) ini lebih berjaya berbanding dengan Muslim. Jadi dimanakah janji Allah yang akan membantu dan membawa Muslim kearah kejayaan dan kegembiraan? Adakah Allah mungkir janji?

Allah tidak pernah mungkir janji. 

Kita diuji dengan tragedi MHs seumpanya adalah wake up call terhadap kekurangan negara kita. Barangkali harganya besar tetapi ia merupakan satu isyarat. Isyarat untuk kita lebih bersedia. Bersedia untuk something bigger. Dalam Quran Allah menyebut yang Dia tak akan mengubah nasib kita kalu kita tak ubah nasib kita sendiri. Jadi Allah tak pernah mungkir janji. Adakah Arab sudah bersatu? Tidak. Adakah Muslim telah bersatu? Tidak. Menyambut Aidilfitri pun masih lain² tarikh ikut mazhab dan guru masing². Masing² dengan better syurga dan bidadari. What a joke us Muslim has become. A laughing stock.

Janji Allah adalah benar jika kita mengikut sunnahNya. Apakah sunnahnya? Menggunakan akal berpandukan Al Quran dan Hadis. Hadis nie pun satu hal juga. Dah la ayat Quran diambil luar konteks, some people just abuse hadis for their own gain. They also use hadis daif dan tiada basis for their own political mileage. Those religious cleric love to let us in fear of hell and only permit us to think that they are the only way to God. They don't like us to question them. Questioning them is like questioning God. At least some of them. 

Having said so, there is one other personal reason why this raya a bit gloom for me. As of now (this moment), ada ayah saudara isteri aku tengah dalam wad ICU. Jadi, semua ahli keluarga dalam keadaan sedih. Bila aku melawat pun, aku berasa amat sedih. Itulah kali pertama aku melihat orang begitu nazak. Sebelum nie, aku pernah tengok nenek aku umpanya dalam keadaan terlentang. Tapi belum pernah aku tengok dalam keadaan penuh kepayahan begini. Doa aku adalah supaya Allah meringankan sakit dan memudahkan segala urusan.

Sungguh pun begitu segala takdir ketetapan ada hikmahnya. Walau pun pahit seadanya, hakikatnya adalah kita kena sentiasa bersangka baik. Moga Allah membantu Muslim dalam segala urusan. Moga Allah mendamaikan dunia ini. Moga Muslim semuanya bebas dari mereka yang mahu lacurkan Islam untuk kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment