Sunday, 11 January 2015

Freedom Of Speech - Kebebasan Bersuara

Something from some guy... Which is respected but also with condition... If you ask me..

Aku tak pasti samada kita rakyat Malaysia sedar akan berita nie; "Charlie Hebdo Shooting". Ada masuk berita Malaysia but mungkin ramai yang tak berapa nak notice because kita sendiri fokus pada banjir dan juga isu terhempas Air Asia. Untuk detail sila rujuk wiki disini. In short, sefaham aku adalah beberapa kartunis dan staff daripada surat khabar satira mingguan komik yg berjudul Charlie Hebdo telah dibunuh. Dan semasa mereka dibunuh, pembunuh telah melaungkan Allahu Akbar.
 Inilah video yg menjadi viral dan pada hemat aku... mamalukan umat Islam..

Kebabasan Bersuara
Adakah Islam menghalang kebebasan bersuara? NO. Sebaliknya Islam meraikan kebebasan bersuara dalam ertikata memberi pendapat. Sila rujuk ayat Quran di bawah..

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. - Az Zumar ayat 18.

Untuk ayat diatas, aku keluarkan segala penambahan tafsir. Just purely ayat. Having said so, please kindly refer your Quran for tafsir. Dalam rujukan aku ada 2 Quran; Yusuf Ali dan Mushaf Malaysia. Yusuf Ali membuat direct tafsir untuk maksud "perkataan²" sebagai "Word" dengan W sebagai huruf besar. Ia menyempitkan maksud "perkataan". Jika diambil dari tafsir Mushaf Malaysia dan dari internet, ia membawa maksud yg lebih umum dan lebih universal. Maksud yang amat sesuai digunakan jika anda seorang pemimpin, raja, sahabat dan pendek katanya sebagai manusia.

Secara asasnya ayat diatas memberitahu bahawa jika kita mahu membuat keputusan yang terbaik atau menjadi seorang yang matang (berakal sempurna), maka kita mestilah mendengar semua pandangan. Bukan ikut akal kita dan segelintir pandangan sahaja. Dan mendengar pandangan ini bukan sahaja dari segi audio, tapi juga dari pembacaan. Macam mana kita boleh "mendengar perkataan-perkataan" sekiranya tiada kebebasan untuk mengeluarkan perkataan?  Pada hemat aku kebebasan mengeluarkan perkataan adalah kebebasan bersuara.

Jika mengikut pandangan aku, ayat ini juga merupakan satu tanda kemodenan Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Ketika zaman tiada kebebasan bersuara, ketika zaman feudal (beraja) dan ketika zaman warlord, di tengah padang pasir (padang batu sebenarnya), bergema seruan tentang kebebasan bersuara... Alangkan indah dan hebatnya Quran... Inilah mukjizat Quran yang membuktikan kerasulan Rasullulah. Islam bukan terbukti kebenaran dengan bentuk awan dilangit dan ntah apa² lagi. Tapi Islam benar kerana ayat² itu benar.

Malangnya Umat Islam
Sungguh malang umat Islam kini. Umumnya majoriti Muslim tidak faham Islam yang asas. Sebaliknya mereka merumitkan Islam itu sendiri. Mereka membiarkan fahaman Islam mereka dibentuk oleh tok² guru tanpa sebarang cabaran. Kalau mencabar tok guru seolah ingkar pada Allah pula. Sedangkan tok² guru ini hanya manusia biasa. Tok guru nie pulak pantang dicabar disoal. Mulalah melatah dan dihukum orang yang menyoalnya. Sungguh sombong - arrogance.

Kini umat Islam kembali kezaman jahiliah. Zaman tidak boleh menggunakan akal. Tidak boleh menyuarakan pendapat. Zaman angguk dan patuh. Bukan Allah tak bagi guna akal. Tapi sesetengah tok² guru inilah yang menghalang. Ini adalah cara untuk berkuasa. Follow without question.

Kebebasan Bersuaran Tanpa Batasan?
Adakah kita boleh bersuara tanpa kawalan. Tidak. Islam memberi batasan atau kawalan dalam kebebasan bersuara. Ianya bukan mutlak. Perlukan kematangan dalam bersuara. Tanpa kematangan ia seolah orang yang hilang akal pula. Juga bila bersuara pastikan menggunakan adap dan adap serta menjaga sensetiviti setempat. Perlu dilakukan melalui saluran yang betul disamping cara yang betul.

Sebenarnya, common sense sahaja dah cukup untuk memberi panduan dalam batasan untuk bersuara. Tak perlu kitab suci memberi ayat sokongan pun dah boleh berfikir bagi mereka yang mepunyai akal yang sempurna.



Adakah mereka mempunyai akal yang sempurna sangguh melakukan penghinaan sebegini rupa kepada Rasullullah? Barangkali mereka merasakan mereka moden dan matang, tapi ini tidak lebih dari usikan delinquent.


Melihat pada kartun diatas, sebagai seorang Muslim yang sayangkan Rasullulah, agak sukar untuk kita menahan sabar. Barangkali penganut ugama lain boleh bersabar jika Jesus, Buddha, Siva dan lain² diusik sebegitu sekali. Namun sebagai Muslim yang sayangkan Rasullullah, tambahan yang pernah menziarah baginda di Masjid baginda, pasti berasa marah dan sedih.

Tapi adakah bertindak sedemikian; membunuh penulis dan yang terlibat dalam penerbitan adalah langkah yang bijak dan betul? Sebelum itu, apa yang dunia akan lakukan jika yang diusik adalah orang Yahudi?
 Anti sematic? Setahu aku, bangsa Arab juga bangsa sematic? Why only apply for the Jews?
Perit dan sukar, tapi inilah dunia yang kita tengah hidup sekarang. Zaman dimana Islam dikedudukan paling hina. Lebih 1000 tahun Muslim merupakan umat yang moden dan progressive, tapi akibat tok² tertentu yang gilakan kuasa dan pengaruh, kini Islam kembali kebelakang.

Cara yang lebih baik

Inilah cara yang dianjurkan oleh Islam melalui ayat Quran...

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. - An Nahl ayat 125

Another Islamic origin.. If you ask me..

Cara yang lebih baik. Bukanlah dengan membunuh... Adakah membunuh lebih baik dari usikan kartun? Semarah mana kita, kita sewajibnya bersabar kerana sabar itu sebahagian dari iman dan dihujung setiap sabar ada menangnya. Be a better person. Sekali lagi, Quran menggemakan ucapan yang membawa erti "Pen Is Mightier Than The Sword". Ini juga sungguh moden dan jika ucapan @ seruan serupa ini bergema di 1400 tahun dahulu ditengah padang pasir yang dihuni oleh golongan barbarik. Pada zaman ayat ini diturunkan boleh dikatakan dialog matang adalah hampir 0% berlaku didunia (ianya berlaku di Rom).

Gunakan hujah dan buktikan dengan tingkahlaku yang mereka yang melemparkan tuduhan itu salah dan bohong. Sesungguhnya apa yang berlaku di Perancis kini bukan membuatkan mereka takut dan hormat pada Islam, tapi akan menambahkan lagi benci dan salah sangka mereka pada Islam (yang sebenar). Ia juga akan menambahkan lagi fitnah terhadap Rasullulah dan Quran.


No comments:

Post a Comment