Saturday, 28 February 2015

Jesus Dan Isa - How Jesus Become Christian

A very good book...

First of all, I would like to apologize to any of my friends that would maybe reading this blog and be offense.

The truth is we Muslim, Christians and Jew worship the same God.. Who is known as Allah. The different between the Jews and the Muslim is the Jew do not believe in Muhammad and The Quran (and anything that come from the Quran which is different from their law - Torah and some kitab - cant remember the names lahh..  It was writen by a Jewish Rabbi or Juweish Ulama. If I'm not mistaken was Maimonides which lived during the Andalus era.

Upon my understanding, the Christians don't follow any fix rules - Torah (Taurat). This is because, the "Law" only applied for those that are sinned since the time of Adam. But upon believing is Jesus, there is no need for the Law - Refer Roman; New Testament.

Aku habis baca buku ni sebenarnya dalam Jun 2014. Malangnya, aku tak sempat atau pun dalam keadaan masa tak sesuai untuk aku tulis something heavy. Secara ringkasnya buku ini mengupas tentang Isa dalam Sejarah (Historical Jesus) dan Isa Kristian (Christian Jesus). Umat Islam barangkali tidak begitu terkesan dengan buku ini. Namun pada Kristian, ia sememangnya membangkitkan satu isu yang besar. Ini kerana Kristian adalah Kristian kerana ia mempercayai ke- Esaan Isa (Jesus Divinity).

Note: Aku akan gunakan nama Jesus dalam tulisan ini walau pun mewakili Isa.

Pada zaman sebelum Jesus lahir, Palestin @ Jurusalam @ Baitulmuqaddis - Jurusalam adalah dibawah takluk kerajaan Roman. Pada ketika itu berlaku proses yang dinamakan sebagai Hellenization iaitu prosess menyebaran @ penyerapan budaya Greek ke wilayah jajahan mereka.

Menurut buku ini, sebenar Jesus tidak membawa sebarang ugama baru. Malah baginda lebih kepada membawa satu mazhab atau aliran baru dalam ugama Yahudi. Namun segala berubah setelah "kewafatan" baginda.

Jesus Tidak Pernah Mengaku Keesaan 

Jesus tidak pernah cuba membawa ajaran baru. Malah dalam 4 Gospel, tidak pernah 1 kali pun Jesus mengaku sebagai tuhan mahupun memerintah muridnya menyembahnya. Malah dalam dialog dibawah, Jesus menafikan bahawa dia tuhan.

John 10:22-39

22 Then came the Festival of Dedication[a] at Jerusalem. It was winter, 23 and Jesus was in the temple courts walking in Solomon’s Colonnade. 24 The Jews who were there gathered around him, saying, “How long will you keep us in suspense? If you are the Messiah, tell us plainly.” 25 Jesus answered, “I did tell you, but you do not believe. The works I do in my Father’s name testify about me, 26 but you do not believe because you are not my sheep. 27 My sheep listen to my voice; I know them, and they follow me. 28 I give them eternal life, and they shall never perish; no one will snatch them out of my hand. 29 My Father, who has given them to me, is greater than all[b]; no one can snatch them out of my Father’s hand. 30 I and the Father are one.”
31 Again his Jewish opponents picked up stones to stone him, 32 but Jesus said to them, “I have shown you many good works from the Father. For which of these do you stone me?”
33 We are not stoning you for any good work,” they replied, “but for blasphemy, because you, a mere man, claim to be God.”
34 Jesus answered them, Is it not written in your Law, ‘I have said you are “gods”’[c]? 35 If he called them ‘gods,’ to whom the word of God came—and Scripture cannot be set aside— 36 what about the one whom the Father set apart as his very own and sent into the world? Why then do you accuse me of blasphemy because I said, ‘I am God’s Son’? 37 Do not believe me unless I do the works of my Father. 3But if I do them, even though you do not believe me, believe the works, that you may know and understand that the Father is in me, and I in the Father.” 39 Again they tried to seize him, but he escaped their grasp.
 
Dalam dialog ini, jelas Jesus menafikan yang dia adalah tuhan. Malah dia juga menghujahkan dalam Torah (ada ketikanya) manusia (yang taat) digelar tuhan. Jadi salahnya dia merendahkan lagi diri dengan menggelarkan dirinya sebagai anak tuhan.
 
Ayat ini juga amat kritikal dalam membetah doktrin Kristian kerana dalam ayat inilah Yahudi menuduh yang Jesus adalah tuhan. Juga jika Jesus memang mengaku tuhan, untuk apa dia menafikannya lagi? Bukankah doktrin Kristian mengatakan bahawa; There are 3 up in the heaven; The Father The Son and the Holy Ghost.  They are not the 3 Gods but 1 God. 

 
12 Disciples Of Jesus - 12 Murid Jesus

 The Last Supper "Makan Lewat Malam Terakhir"; Oleh Leonardo Da' Vinci

Jika menurut Bible, Jesus ada 12 orang murid utama (deciples). Atau dalam Islam selalu diistilah sebagai Hawariyun. Mereka adalah:

  1. Simon Peter (brother of Andrew)
  2. James (son of Zebedee and older brother of John)
  3. John (son of Zebedee and brother of James)
  4. Andrew (brother of Simon Peter) 
  5. Philip of Bethsaida
  6. Thomas (Didymus)
  7. Bartholomew (Nathaniel)
  8. Matthew (Levi) of Capernaum
  9. James (son of Alphaeus) also called "James the Lesser"
  10. Simon the Zealot (the Canaanite)
  11. Thaddaeus-Judas (Lebbaeus), brother of James the Lesser and brother of Matthew (Levi) of Capernaum.
  12. Judas Iscariot, who also betrayed him.

Menurut buku ini akidah, agama Kristian sekarang (yang mana pada asalnya tidak begitu) adalah dipelopori oleh Saul. Siapa Saul sebenarnya? Sebenarnya nama Saul tidak pernah wujud dalam 4 Gospel. Dia sebenarnya juga tidak pernah berjumpa dengan Jesus semasa hidup Jesus. Dia sebenarnya telah self proclaim yang Jesus telah hadir pada dirinya. Kononya, dalam perjalanannya ke Damascus.

Pada asalnya Saul adalah prosecutor - "pendakwa" para pengikut Jesus. Ini bermakna dia merupakan musuh pengikut Jesus. Dia berbangsa Yahudi tapi bukan tinggal di Palestin atau Israel dan Judah. Nenek moyangnya adalah dari golongan Yahudi yang lari dari Palestin. Dia merupakan Yahudi Diaspora.

Apa setelah "bersua" dengan Jesus, maka dia menjadi murid ke 13 Jesus dan menukar nama menjadi Paul. Menurut Kristian, Paul adalah murid yang diutuskan untuk membawa ugama Kristian pada gentile - bangsa bukan Yahudi. Buku ini dengan keras menegaskan bahawa:
  • Paul bukan murid asal Jesus. Sebaliknya hanya self claim.
  • Paul tidak pernah jumpa Jesus di hayat baginda.
  • Paul dari diaspora. 
  • Paul berbangsa Yahudi namun tidak mengamalkan ajaran Yahudi. 
  • Paul adalah Yahudi yg telah di Hellenization.  
  • Paul Yahudi beragama bangsa Room.
Setelah kewafatan Jesus gerakan Jesus telah diteruskan oleh murid² baginda. namun pada ketika ini gerakan Jesus tidak lebih dari gerakan Tajdid ugama. Iaitu membersihkan ugama dari gerakan bidaah yang melampau. Gerakan ini tidak disukai oleh ulamak Yahudi. Atas sebab itulah ianya ditentang keras.

Dalam masa yang hampir sama, terdapat satu lagi gerakan yang menggunakan nama Jesus sebagai nukleus. Iaitu gerakan Kristian. Gerakan ini dicipta oleh Paul. Seperti yang diterangkan sebelum ini, Paul tidak pernah jumpa Jesus. Dan ketika Paul mula berdakwah pada gentile, agama Kristian masih tidah lengkap (berevolusi) seperti sekarang dan ianya juga tidak mempunya sebarang rujukan kitab sebagai panduan. Apa yang Paul guna sebagai penarik adalah kematian Jesus sebagai penebus dosa. Malah dalam awal gerakan Kristian, kepercayaan polythesm - kepercayaan banyak tuhan. Para rata² gentile ketika itu, kepercayaan pada banyak tuhan bukan sesuatu yang asing malah manusia anak tuhan juga perkara biasa - Hercules, Archiles Perseus dan lain². Cuma kali ini selain dari kuasa menyembuh Jesus mengampun semua dosa mereka.    

Councel of Nicea- Majlis Nicea

Evolusi agama Kristian hampir lengkap ketika dalam majlis Nicea. Di dalam majlis inilah segala tentang ugama Kristian yang kita dapat sekarang telah dibentuk. Ketika inilah mana² mazhab Kristian yang tidak mengesakan Jesus dianggap sesat, terhakis semula menjadi sebagai salah satu aliran ajaran Yahudi dan sebahagian darinya akhirnya diserap masuk sebagai Muslim kemudiannya.

Buku ini juga menghujahkan bahawa Constantine - menggunakan Kristian sebagai senjata politik. Kononnya Contantine adalah Kristian. Namun ironinya mengikut bukti arkeologi sejarah, Constantine sebenarnya bukan Kristian. Constantine sebenarnya diKristiankan dalam sejarah oleh orang² Kristian sendiri. 

Konstantine sebenarnya reconcile beberapa ugama rakyat dibawah pemerintahannya.

Wujudnya Ugama Kristian

Gerakan Jesus dan Gerakan Kristian sebenarnya pada awalnya tiada sebarang kaitan. Namun ia merujuk pada satu watak iaitu Jesus. Paul telah menggunakan watak Jesus sebagai simbol atau ikon dalam ugama baru yang dibawanya.

Namun setelah kurunnya kemudian, sesuatu telah dilakukan bagi menyatukan Gerakan Jesus dan Gerakan Kristian. Jambatan yang menyatukan 4 Gospel dengan chapter² - surah² lain adalah Book Of Act atau dalam tafsir New Testament yang dalam koleksi aku yang dikenali sebagai Kitab Suci dan Zabur dikenali sebagai surah "Kisah Para Rasul".

Hadiah dari seorang sahabat dialog... Sayang sekali kami dah lost contact setelah aku berpindah ke Rawang..
 
Menurut buku ini, Book Of Act adalah buku yang sengaja ditulis dan direka isi kandungannya demi menghubungkaitkan  kisah historical Jesus dengan Kritian Jesus - Jesus sebagai Tuhan. Buku ini ada mengeluarkan hujah dan bukti namun sayang sekali sukar untuk aku kongsi.  Namun secara ringkas ia adalah discripensi atau ketidak serasian kronologi kejadian.  


Kesimpulan

Di akhir buku, penulis telah menyediakan summary perbandingan antara 2 gerakan Jesus. Sacara umumnya buku ini sangat baik untuk dibaca bagi mereka yang berminat dengan perbandingan agama. Analisa yang dilakukan penulis adalah sangat baik. Kupasan dan hujah bersama bukti diceritakan dengan keadaan yang tidak kompleks.

Bagi umat Islam pada hemah aku tidak merasakan bahawa buku ini offensive. Malah barangkalai merasakan buku amat bertepatan dengan ajaran Islam.  


Perbandingan yang tentang apa yang berlaku "pasca" kematian Jesus.



No comments:

Post a Comment