Aku dah tak faham dengan keadaan negara kita. Malaysia kini menjadi gelak ketawa dunia. Suatu ketika negara kita adalah negara Muslim contoh. Kini menjadi serabut entah ke mana.
Keangkuhan Umno
YB Nazri dan Anaknya
Aku tak faham kenapa Umno masih terima Najib sebagai pemimpin. Huraian tentang keserabutan dan kekalutan Najib dan pentakbirannya bukan lagi perkara exclusive. Tapi boleh dikatakan semua orang sudah tahu.
Seperti yang diterangkan dahulu, Najib yang create problem, tapi rakyat yang kena tanggung. Dulunya tidak mengaku ada masalah. Kemudian mengaku dengan menasihat rakyat agar yakin dengan rancangan pemulihan ekonomi. Najib, you think rakyat stupid ka apa? Again, its not DrM against Najib. DrM hanya prophet rakyat. Itu sahaja. Please perwakilan Umno.. Insafkan lah Najib nie.. Janganlah yakin yang Umno akan menang nanti. Tolong jangan syok sendiri.
Dalam PRU yang lepas, BN hanya menang di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Kubu kuat Umno, Johor pun kini telah ditembusi DAP.
Yang menarik dalam episod politik mutahir ini adalah komen Istana terhadap 1MDB. Dari kefahaman aku, Istana Terengganu menolak 1MDB. Boleh dikata Istana Terengganu telah berlaku bijak. Istana Terengganu menolak Najib. Selepas forum "Nowhere To Hide", Istana Perak memberi komen yang tidak pro Umno (berkaitan GST). Jadi Istana Perak pun sudah menolak Najib.
Terkini, Istana Johor menolak 1MDB. Kemudian yang paling "hebat" adalah sifat gedebe Nazri nak "belasah" Istana Johor. Giler ke hapa? Aku ingatkan dalam Umno Maslan GST Nasi Goreng jer yang tak bijak. Rupanya Nazri pun sama. Aku kekadang terfikir, yang 2 menteri nie adalah mole DAP dalam Umno. Tugas depa adalah merosakkan Umno dari dalam.
Mesej yang Nazri bagi adalah, kerajaan punya silap jangan ditegur. Kalu Istana yang tegur pun boleh kena belasah, apa lah lagi rakyat marhean....
Perlu diingat, di Perak, Sultan yang membantu kemenangan Umno dan BN. Apa akan jadi kalau Sultan sudah makan hati dengan Umno? Begitu juga dengan Johor - negeri kelahiran Umno. Pengaruh Sultan Johor sangat kuat. Amat, sangat kuat. PRU lalu menyaksikan Gelang Patah jatuh ke tangan DAP. Umno semakin lemah. Jadi jika Istana Johor makan hati dengan Umno, maka peluang Umno untuk meneruskan pemerintahan di Johor menjadi makin kecil. Jangan negeri ketiga paling kaya di Malaysia terlepas pula selepas Selangor dan Pulau Penang.
Aku juga tak faham kenapa Nazri boleh keluar statement "suka" bila nilai RM jatuh. Maybe dia rasa dengan nilai RM yang kecil, ramai pelancong akan datang? OMG, tak sangka inilah pemikiran Menteri dari Umno. Kepada YB Nazri, tolonglah audit atau check sendiri tarikan pelancong di Malaysia nie. Paling dekat melawatlah Zoo Negara.. Adakah pelancong akan tertarik untuk datang lagi ke negera? Banyak tempat menarik di negara. Tetapi tidak diurus dengan baik. Tolong laksanakan amanah dengan baik.
Sarawak
Dalam beberapa bulan yang lalu aku ke Pusat DAP. Untuk forum ape ntah. Pada aku Sarawak pun mungkin akan jatuh ke DAP. Ini adalah kerana program kemanusian yang dilakukan oleh NGO bawah DAP yang sangat memberi kesan mendalam kepada penduduk pedalaman Sarawak. Di Sarawak DAP melaksanaan bantuan dari segi pendidik dan kemudahan asas secara sukarela.
Barangkali tidak pada pilihan raya terdekat. Tetapi aku yakin dalam genarasi yang akan datang, Sarawak akan menjadi kubu DAP.
Dan seperti yang kita tahu, ekonomi Sarawak dikuasai oleh lord² tertentu. Dan lord² hanya setia pada peluang berniaga dan buat duit. Hanya masa sahaja akan mengalih kesetiaan mereka.
PAS dan DAP
Malangnya, aku masih tak nampak alternatif untuk BN. PAS dan DAP bertekak sesama sendiri. Drama pertekakkan PAS DAP dah sampai ke tahap kartun.
Pendapat aku pula, PAS kena firm dengan keputusan dia. Bukankah dewan Ulamak dah bentang keputusan tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP? Jadi jangan berdolak lagi. Putuskan sahaja. Tapi aku nampak PAS takut. Antara kuasa dan prinsip. Kini aku menunggu hikmat gaya taichi terkini PAS.
Sebenarnya, jika aku bukan Melayu dan bukan Islam, akan pasti akan menyokong DAP hardcore.
Buat masa ni aku rasa DAP merupakan parti yang paling kuat. Dan sekarang makin ramai Melayu "liberal" yang menyokong DAP. Terkini adalah A Samad Said yang telah mengaku menjadi ahli DAP. Tapi aku hairan kenapa dia tidak menyertai Keadilan.
Barangkali padanya perjuangan DAP jelas. Tiada taichi.
Pada aku, DAP selayaknya memutuskan hubungan dengan PAS secara official sekarang. Tiada guna lagi menunggu PAS. Dalam keadaan Umno yang tersangat lemah. Aku yakin sekiranya diadakan pilihan raya Selangor, maka DAP bersama Keadilan akan memerintah Selangor.
Walau apa pun berlaku, dalam segala kekalutan politik di negara kita, aku mendoakan agar negara kita tenang, aman dan damai.
No comments:
Post a Comment