Friday, 26 June 2015

Love Have Won? Same Sex Marriage

Sesuatu yang mengejutkan tetapi sudah disangkakan telah berlaku. Negara kuasa besar dunia, United Stated of Amerika, @ Amerika telah meluluskan akta membenarkan pasangan sejenis berkahwin sesama sendiri. Untuk bacaan lanjut, sila rujuk link ; Same Sex Marriage.




Suatu ketika dahulu, dibawah pemerintahan Bush, (anak beranak), telah beberapa kali menegaskan yang Amerika adalah negara Kristian. Malah selepas tragedi 911, Bush Jr. dengan selamber melancarkan "The 3rd Crusade". Namun kini Amerika jauh dari acuan negara Kristian. 

Sebenarnya, banyak persamaan antara Kristian dan Islam. Banyak juga hukum hakam yang sama antara Islam dan Kristian. Bila aku bercakap tentang Kristian, aku merujuk kepada Bible. Cuma malangnya ramai juga orang Kristian sendiri yang tidak ikut ajaran yang terkandung dalam Bible (sila rujuk link: How Jesus Become Christian).

Kristian menentang perkahwinan sejenis. Islam dan Yahudi pun sama. Tapi bila panduan dari ugama ditinggalkan dan hanya logik akal yang dipandu oleh nafsu yang membuat keputusan, maka perkahwinan sejenis atau hubungan sejenis dikatakan sebagai lumrah pula. 

Pada aku, masalah ini berpunca bila manusia mula menolak tuhan. Jadi apa sahaja yang dikatakan datang dari Tuhan telah ditolak atau dipertikai. Punca kenapa barat menolak ugama bermula dari zaman "renaissance" lagi. Itulah zaman kejatuhan zaman gelap Eropah. Bagi yang tidak tahu, pada zaman gelap Eropah lah, para Ulama Kristian dianggap paling berkuasa. Mereka menentukan segalanya. Mereka tidak boleh dibangkang. Walau sebodoh mana "statement" atau pendapat mereka. Mereka menolak Bible dan mengeluarkan pandangan yang mengikut tafsiran sendiri. Mereka menakutkan rakyat dengan ugutan ugama agar mereka kekal berkuasa.

Sesungguhnya jika mereka mengikut ajaran yang terkandung dalam Bible, maka mereka akan memeluk agama Islam.

Lama kelamaan rakyat mula bosan dan memberontak. Dari situlah "Tuhan mula mati". Sikit demi sedikit. 

Malangnya, kini Islam juga melalui period yang sama. Period korupsi dalam ugama. Golongan ugamawan Islam ini menggunakan Islam untuk sedikit keuntungan, kuasa politik dan populariti. Sungguhpun, Allah berjanji dalam Quran yang isi kandungan Quran itu terpelihara, tapi, Allah tidak pernah berjanji yang golongan "ugamawan" ini maksum. Jadi bergantung pada kita untuk memantau mereka agar mereka tidak keterlaluan. 

Aku percaya sedikit sebanyak suatu masa lagi gerakan LBGT akan kembali aktif. Pada tahun tahun 2011, gerakan LBGT sangat kuat. Pada waktu itu ia disokong oleh mereka yang tidak kurang popular. Termasuk Marina Mahathir. Berikut merupakan ulasan aku pada wakti itu:

a) Link: Seksualiti Merdeka 1
b) Link: Seksualiti Merdeka 2
c) Link: Seksualiti Merdeka 3

Sungguh malang sekali, di bulan yang mulia ini, Amerika telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Aku tak pasti ia kebetulan atau pun dirancang. Walau pun ia tamparan hebat untuk Kristian Amerika, tapi ia juga merupakan satu serangan terhadap ugama Islam. Tambahan ia berlaku dalam bulan Ramadhan.

Aku tak pasti sekiranya sekarang sedang berlaku tunjuk perasaan anti gay di Amerika. Tapi aku berharap sekirannya gerakan LBGT ini menular kembali di Malaysia, bersamalah umat rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Kristian bersama bersatu menunjukan rasa tidak setuju. Bukan sahaja agama-agama ini, tapi agama lain pun juga turut serta. Kita bersatu untuk menentang ancaman yang lebih besar. 

No comments:

Post a Comment