Saturday, 9 February 2019

Dewa 19 Reunion 2019

Me and the brothers of chaos.. hahahaha..

Tanggal pada 2 Februari yang lalu, Dewa or Dewa 19 telah mengadakan konsert kumpul semula (reunion?) di Stadium Melawati Shah Alam. Oleh sebab ia merupakan konsert reunion, maka ia mengumpulkan hampir kesemua mereka² yang pernah menganggotai kumpulan Dewa. 

Terus terang cakap, walaupun aku boleh dikatakan amat suka lagu² kumpulan Dewa, tapi aku tak tahu langsung sejarah kumpulan lagenda ini. Boleh dikatakan mulanya aku tak tahu Ari Lasso (Ari) merupakan bekas penyanyi Dewa. Pada aku penyanyi Dewa adalah Once Mekel (Once). Dan pada aku suara Once merupakan suara Dewa.

Seingat aku, aku mula mendengar lagu² Dewa sekitar tahun 2000 dahulu di radio THR slot kendalian arwah Din Beramboi pada jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi. Din Beramboi banyak memainkan lagu² dari Indonesia. Tapi ketika itu band² Indonesia masih belum banyak dikenali oleh orang² Malaysia. Ketika ini juga belum berlaku lagi kemasukan band² dan pemuzik² Indonesia secara besar-besaran. Ini zaman sebelum Ada Apa Dengan Cinta. Ketika itu pemuzik² moden Indonesia yang muzik mereka selalu diputarkan (seingat aku adalah) adalah seperti Sheila On 7 (SO7), Padi, Dewa dan Melly Goeslow. Ketika itu pemuzik Indonesia memang hebat. Sesuatu yang pemuzik Malaysia tak mampu hasilkan. Ketika itu adalah zaman Siti Nurhaliza.

Dalam banyak² lagu pemuzik Indonesia, muzik Dewa agak luar biasa. Lagu pertama Dewa yang buat aku menjadi Baladewa adalah Roman Picisan. Suara Once, susunan muzik sememangnya luar biasa. Sesuatu yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Malah bila aku pertama kali menonton muzik video Roman Picisan juga membuat aku bertambah kagum. Imaginasi dalam musik video tersebut amat memberi kesan. Wajah Once pada aku agak sama dengan wajah penyanyi J-Rock iaitu Kamui Gakuto @ Gackt. Malah seluruh ahli kumpulan nampak unik. Memang sesuai dengan konsep lagu dan nama kumpulan.



Terlalu banyak kesan lagu² Dewa pada aku. Terlalu banyak sejarah dan memori yang boleh dikaitkan. Yang sesetangahnya tak boleh disebut semula. Secara ringkas, sejak tahun 2000 hingga ke 2010, musik Dewa menjadi sebahagian musik latar (soundtrack) hidup aku. Namun begitu aku tetap tak mengenali latar belakang setiap ahli kumpulan dan sejarah Dewa. Yang aku tahu, musik Dewa amat sedap dan sesuai dengan aku.

Konsert Dahulu

Sebagai Baladewa, semestinya mesti menghadirkan diri ke konsert Dewa. Konsert Dewa pertama yang aku hadir adalah di Menara KL pada 26 Mei 2005. Ianya tahun pertama aku bekerja. Tiada kenangan photo ketika konsert itu. Hanya memori. Memang best. Memang gempak. Itulah ketikanya aku saksikan betapa gilanya peminat muzik bangsa Indonesia. Namun mereka sporting. Barangkali berbangga kerana Indonesia mampu menghasilkan pemuzik luar biasa. Mereka (aku masih ingat) ajak aku "layan musik" bersama tanpa segan. Seolah tiada sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Best!

Konsert kedua Dewa aku pula bila aku sudah berkerjaya. 22 Desember 2007. Kali ini aku lebih bersedia. Seingat aku ini adalah tour promosi album Laskar Cinta dan Republik Cinta. Pada aku inilah antara konsert paling gempak. Seleksi lagu sempurna. Semua lagu best. Kegilaan penonton Indonesia kali ini pun makin menggila. Tapi inilah yang membuat ianya bertambah menarik. Apa yang bertambah unik (yang barangkali kontroversi) adalah konsep album Laskar Cinta. Album ini mempunyai dwi tafsiran terhadap beberapa lagunya. Album ini mempunyai lagu² keras tapi juga mempunyai lagu² yang menyentuh emosi. Lirik lagu pula amat puitis dan ada yang mentafsir sebagai lagu ketuhanan tafsiran para sufi. Lihat sahaja klip video lagu Satu. 


Malah ketika konsert, terdapat sekumpulan hadirin menari tarian sufi darwis. Hahaha... Gila! Inilah erti kata kepuasan. Sangat best. Sangat gempak. Sangat fun! Boleh aku katakan, konsert ini kelas internasional pada aku.

Konsert Dewa Reunion

Konsert Dewa Reunion tempoh hari sewajarnya meninggalkan memori menarik namun ianya tidak begitu. Seperti yang disebut sebelum ini, aku tidak mengenali Dewa melalui suara Ari. Malah aku tidak suka suara Ari. Dan aku bukan satu-satunya begini. sebenarnya ramai Baladewa Malaysia begini; mengenali Dewa melalui suara Once. Persetan tuduhan sebagai bukan Baladewa sejati. Aku dan ramai lagi jujur dalam meminati muzik Dewa. Dewa di Malaysia bersuara Once dan bermula dari album Bintang Lima.


Konsert dihadiri oleh permaisuri negeri Selangor, menteri besar Selangor dan juga menteri besar Perak.

Konsert bermula jam 8.45 malam. Dimulai dengan persembahan dari kumpulan Andra & The Back Bone. Persembahan kumpulan ini berlangsung lebih dari 30 minit. Tak dinafikan ada lagu² yang OK, dan ada juga hadirin yang menyanyi bersama. Tapi majoriti besar hadirin tak peduli akan Andra & Back Bone. Ramai yang duduk santai sahaja.

Setelah lebih dari 30 minit barulah Dewa mula bermain. Bermula dengan Ari Lasso. Aku ingatkan sekejap (30 minit) Ari menyanyi, rupanya 1 jam. Barangkali mereka cuba berlaku adil, tapi perlu peka dengan permintaan penonton. Di Malaysia, majoriti peminat kenal Once sebagai suara Dewa. Mereka tak peduli Ari Lasso. Sejujurnya aku cuba suka lagu² Dewa era Ari, namun gagal. Pada aku selain suara Ari yang annoying, muzik Dewa pada era Ari juga membosankan. Musiknya melerek dan whining. Maaf. Pada aku Dewa zaman Ari Lasso hanyalah sebahagian daripada band² yang ada. Bukan Dewa. Bukan menidakkan keupayaan Ari Lasso menyanyi, tapi pada aku Dewa bersuara Once. Sorry. Apa pun perlu diberi kredit bahawa Ari Lasso sememangnya showman yang bagus.

Jam pukul 10.30. Persembahan Dewa bersama Once bermula dengan lagu Pangeran Cinta. Konsert terus meletup! Semua orang menyanyi. Menjerit. Enjoy! Vibe berubah 100%. Havoc! Inilah saat yang ditunggu. Cuma sayang sekali tiada Ahmad Dhani. Ada tribute pada Ahmad Dhani di awal konsert dengan lagu Hadapi Dengan Senyuman nyanyian Ari Lasso. Persembahan Once berlangsung begitu pantas. Kejap sahaja dah sampai jam 11.30. Konsert sepatutnya tamat jam 11.30. Hiburan diteruskan. Jam 10.45 tiba² Ari Lasso muncul semula dengan lagu Kangen... Aduh... Bosan gilaaa... Whinning and annoying all over again. Sorry. Tiba konsert berubah semula vibe dia. 

Aku faham ini konsert reunion, maka persembahan Dewa terpaksa dibahagi kepada 2 era Dewa; Ari Lasso dan Once Mekel. Namun perlu berlaku adil pada peminat Malaysia. Format ini barangkali sesuai di Indonesia tetapi tidak di Malaysia yang majoritinya kenal Dewa dengan suara Once. Paling tidak sekali pun, mainlah muzik majoriti bermula dari zaman Bintang Lima. Lagu² Dewa sebelum Bintang Lima agak asing pada Baladewa Malaysia. Tidak timbul soal Baladewa sejati menyokong semua muzik dan suara Dewa. Yang realitinya Baladewa membayar ratusan ringgit untuk berhibur. Mereka espek sesuatu dan Dewa sepatutnya sebaiknya merelisasikannya mengikut kehendak pelanggan @ Baladewa Malaysia mereka.

Terlalu banyak lagu tak dimainkan. Banyak peminat @ Baladewa Malaysia yang kecewa. Ari Lasso boleh sahaja berduet dengan Once untuk lagu² dari album² Once bersama Dewa. Tak perlu mainkan lagu zaman sebelum Bintang Lima sangat pun. Baladewa Malaysia tak tahu. Konsert ini hanya 40% main lagu zaman Once. Keseluruhan hanya 30% (dicampur lagu Andra). Berbanding dengan konsert Menara KL dan Stadium Negara yang aku pernah join dulu, konsert ini amat bosan. Apa pun, moga Dewa kembali semula selepas ini bersama Ahmad Dhani dan kali ini hanya mainkan lagu bermula dari Bintang Lima sahaja.


 

No comments:

Post a Comment