"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dalam perkara² besar maka berjaga²lah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara² kecil" - Sebahagian drpd Khutbah terakhir Rasullulah S.A.W.
Aku percaya, memenjak nie isu yg paling memeningkan kepala ahlul politik terutamanya drpd PAS dan PKR semestinya isu ini. Statement yg keluar pun play safe or tak jawab soalan. Aku rasa mesti ramai yg boleh agak kenapa. Yg pasti, DAP as per my knowledge have no problem with it. DAP agak stabil.
"The issue here is not whether to support or not to support. The issue is you attack them. That’s something else. Can’t we talk about things in this country?” Anwar Ibrahim...
Apa Itu Seksualiti Merdeka?
Berikut adalah statement pengelola festival dalam blog mereka;
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
Aku rasa utk mendapat maklumat yg paling jelas, ada baiknya rujuk terus pada pengelola blog mereka. Boleh rujuk sini. Tema tahun ini bertajuk "Queer Without Fear" yg membawa tafsiran; Tak perlu takut utk menjadi "pelik". Maksud "queer" boleh rujuk kat sini.
Sefaham aku melalui pembacaan dan apa yg aku dengar, tujuan depa nie anjurkan Seksualiti Merdeka adalah satu platfom supaya golongan yang kecenderongan seksualnya luar lumrah ini untuk berasa tidak takut keatas kecenderungan luar lumrah ini. Ini bermakna mereka tak perlu sorok, sembunyi atau malu lagi dengan keserongan mereka. Malah mereka berhak utk kekal dalam keadaan mereka dan kita pula perlu menghormati dan menerima mereka dengan seadanya. Ini tafsiran yg aku paham. Contoh yg aku imagine adalah, bila sesorang tu darai @ bapuk (pondan dlm bahsa utara), dia boleh berpakaian wanita dan tak perlu segan silu utk berpakaian dan perwatakan begitu di tempat awam. Atau pun worse case scenario, bila sesuatu pasangan gay itu mahu berumah tangga, atau whatever, kita kena respek keputusan mereka.
Bantuan Yang Salah
Pada pendapat aku, acara hak asasi manusia yg dianjurkan dlm bentuk Seksualiti Merdeka yg menyokong golongan LGBT nie sebenarnya adalah tersangat tidak perlu dan tidak wajar. Aku tak pasti dan aku tak layak nak gauge level ilmu dan kefahaman agama golongan yg kononya Islam yg menyokong festival ini. Tp, kalu org tu dah ada basic ilmu agama pun dia dah patut tahu, perkara ini sgt salah disisi agama. Unless, dia tak percaya pada tuhan yg dari erti agama yg sedia ada. Seriusly, apa yg depa (pengelola festival) budget depa akan dapat? Adakah objektif festival nie dapat membantu dlm menyelesaikan pelbagai masalah sosial negara kita atau pun paling tidak mengembalikan disiplin golongan anak muda Malaysia kita? Aku percaya festival sebegini hanya akan merosakkan lagi nilai moral dan juga menghancurkan lagi disiplin mereka. Apa taknya; Hang boleh jadi apa saja hang nak, dah meme hak hang... Suka hati lah hang nak wat apa pun.
Paling sedih sekali adalah golongan pengelola majlis atau festival ini menganggap Islam mempunyai toleransi dalam LBGT ini. Depa tafsir ayat Quran dan hadis nabi sesuka suki depa mengikut selera depa. Come on.. Anyway, adakah laki yg jadi bapuk akan solat 5 waktu? Adakah depa akan pakai pakaian tutup aurat? Tudung labuh dan sebagainya? Just think about it...
Aleesha Farhana; Dikuburkan sebagai lelaki... Innalilah..
Queer Without Fear?
Kenapa tak perlu takut? Memang kena takut pun! Bukan setakat takut, malah kena malu! Ingat, malu tu sebahgian drpd Iman. Jika seseorag itu, bernafsu songsang, dia sepatutnya berasa malu dan takut. Bukannya buat dek je and aspek org akan accept dia dengan seadanya. Come on lah.. Do you have any future?
Anyway, mereka patut takut pada Tuhan dan bukan salahkan tuhan kerana menjadikan mereka sebegini. Ya, aku tak paham perasaan mereka, bcos aku straight, all the way. Tp, dalam keadaan ini, ia adalah jihad melawan nafsu. Malah, Nabi pun ada cakap, jihad yg terbesar adalah jihad melawan nafsu. Aku percaya, jika success, insya'allah baiklah tempat mereka di akhirat kelak.
Dan sememenya kena rasa malu kerana apa yg depa alami tu meme salah. Salah dari segi agama. Semua agama dimuka bumi sejak dahulu kala lagi. Jgn lah dibandingkan dgn Fantaghiro dalam Cave of Golden Roses, Tun Fatimah dan satu watak dlm citer Hikayat Melayu tu... depa tu pendekar wanita. Takkan la nak bergasak pakai baju kurung. Adoi yaiii...
Merdeka Seksualiti Yang Sebenar
Pada aku melalui festival sebegini, kita tidak membantu mereka utk menjadi lebih baik sebenarnya. Malah membantu mereka utk hanyut lebih teruk. Dengan adanya festival seperti ini, ia memberi gambaran seolah, 'org yg diluar sana sebenarnya yg salah kerana tidak memahami'.
Barangkali apa yg disebut oleh DSAI itu ada benarnya. Majoriti masyarakat menyisihkan mereka. Mereka dikecam dgn hebat dan aku pasti ada kes yg mereka hilang tempat berlindung hanya kerna perbezaan mereka. Maka setelah mereka dibuang, aku pasti mereka tiada pilihan, sokongan dan perlidungan. Maka akhirnya mereka terus dalam kelompok mereka dan hidup menurut nafsu mereka. Pada aku, kita patut listen to their problems. Listen to their side of story. Bila kita faham masalah depa, insya'allah baru kita boleh cari remedy utk depa.
Adalah menjadi tanggung jawab kita utk membantu golongan LGBT ini. Kita harus menyediakan laluan dan bengkel utk mereka berubah. Berubah utk mengikut naluri sebenar yg bukan mengikut nafsu. Atau pun, kalu kes yg sgt kronik, bantu mereka utk mengawal nafsu yg merosakkan agar mereka tidak hanyut dalam gelumang lumpur nafsu dan dosa. Bukannya utk terus kekal dalam keadaan sebegini. Festival sebegini hanya memberi galakan. Barangkali ada festival yg membimbing golongan LGBT ini kembali kejalan yg lurus, tp yg pasti, aku tak tahu dan aku percaya ramai tak tahu.
Sepatutnya Festival Seksaliti Merdeka ini bermaksud Memerdekakan Diri Anda Dari Cengkaman Nafsu. Bukannya Queer Without Fear. Merdeka Seksualiti sepatutnya Merdeka dari Cengkaman Seksualiti. Seriusly, konsop yg dianjurkan oleh beberap NGO yg disokong oleh SUARAM ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Malah menambah lagi masalah. So please, bantu dengan benda yg betul.
Tanggung Jawab Kita
Aku terpaksa akui, kita majoritinya yg bernasib baik dianugerahkan naluri normal ini pun sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam fenomena atau masalah ini. Kita layan depa macam human layan mutant dlm citer X-Men. Ntah², puak LBGT nie pun anggap depa macam golongan mutant yg ditindas macam dlm citer X-Men. Hahaaa.
Macam yg aku tulis seblum nie, sepatutnya kita mendampingi depa dan membimbing depa. Bukannya melayan @ mengusik depa. Aku tau. Ada sesetegah dari golongan bapuk nie sgt menggoda. Ya, aku ngaku. Ada sesetegah dari depa nie sgt cantik malah jauh lebih cantik dr perempuan. Why? Maybe ada faktor setan kat situ. Aku time kat UTM dulu pun terdedah pada masalah ni. Tp, bila pikir balik, kita tak sepatut ejek depa. Kita patut dampingi dan bimbing depa. Tp serisuly mengikut pengalaman aku, memang susah sebab depa, khususnya geng bapuk nie dah ada satu group fraternity dan tak silap aku di protect oleh golongan tertentu... Ini yg aku perasan time aku kat UTM dulu. Perkara nie aku akan cuba story dalam blog yg akan datang...
Apa pun aku bersyukur sgt kerana aku dan org keliling aku semuanya normal. Kami tak diduga dgn dugaan yg begitu susah nak hadapi nie. Maka tak paham kesengsaraan yg depa hadapi. Keperitan yg depa hadapi. Tp, dalam masa yg sama aku tau ada drpd depa yg meme nak berubah. Aku berharap agar depa dikurniakan petunjuk ke jalan yg lurus. Oleh itu jangan putus asa. Solatlah senantiasa. Renungi dan dalami akan maksud "bimbinglah kami ke jalan yg lurus.." dalam surah Al fatihah itu. Insya'allah dihujung setiap sabar itu akan ada kemenangannya....
Golongan Gay Yang Paling Popular?
nice sambungan~nami mati2 dengan ayat "aku tak kisah kalau depa tak kacau aku", haha~
ReplyDeletesembang kencang la nami tu.
setuju dengan setiap patah perkataan. selalunya kita akan terus menghentam seterusnya menyisihkan atas sesuatu kesalahan tanpa mendengar terlebih dahulu. macamana nak bantu kalau kita enggan mendengar?
ReplyDeleteKita hidup bermasyarakat. Kita kena jaga tepi kain org keliling kita. Tp tak sampai selak kain dia.
ReplyDelete