Wednesday, 16 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011 - Part 3; Pengalaman Aku

Aku rasa perkara yg aku nak tulis nie sebnarnya bukan asing lagi bagi ramai org kat luar sana. Aku rasa rata² pernah pernah jumpa geng LBGT nia kat institut pengajian depa. Sebenarnya, utk mengesan samaada depa nie LBGT nie agak susah, kecuali depa yg memang dah "daring" habis. Terus terang cakap, di UTM, time aku dulu cukup ramai golongan LBGT. Kalu nak kata pondan @ darai @ bapok nie pun dah ramai, total populasi LBGT jgn cakap lagi lah.  Dan aku boleh confirm kata ramai because depa tak sembunyi kebapukan depa. Tak silap aku fakulti Sains Com dan Kimia yg paling ramai bapok. Masakan pula puak "gay" yg nampak macam lelaki normal, lesbian yg pada aku nampak macam pompuan biasa. Personally pada aku ada kalanya pompuan rambut pendek nie sebenarnya nampak cantik juga. Alah, macam watak King dalam Kings Of Fighters.

Antara watak faverot aku time gila KOF dulu.. Double Strike!!

Aku minta maaf kalu istilah "bapok" berbunyi kasar. Ini adalah kerana inilah istilah yg aku guna sejak aku kenal manusia spesis (berhaluan) nie. Macam aku tulis tadi, geng bapok lah antara geng yg paling senang nak kenal. Why, depa daring time berpakaian dan ada yg sgt daring. Itu baru kat dewan kuliah. Kalu kat luar or club, aku pun tak tau nak cakap apa lagi lah.

Anyway, ada benda yg aku tak ble nak story sgt kat sini sebab dia membabitkan org yg aku kenal. Aku berharap sgt org yg aku maksudkan tu dah berubah sebab dia adalah kawan baik aku. Ya, dia adalah best friend aku yg aku tak kan lupa sampai bila². Walau pun kami penah gaduh besar, tp aku still anggap dia adalah best friend aku dulu dan aku berdoa agar dia dah insaf. Aku juga harap pekung dia kat UTM tak dibuka. What would happen if dia dah kawin sekarang dan wife dia tau sejarah silam dia? Or even, parents dia tau. Seingat aku parents dia nie hebat. Ustazah dan lecturer. Adik pompuan dia pun sgt cantik (dan of cause dia tersgtlah kacak). Hanya budak batch aku je yg tau dan budak yg masuk semester May 2002 je tau detail. Mamat nie bukan bapuk. Tp girlfriend @ boyfriend dia bapuk. Pendek criter, dia gay. 

Batasan Hubungan

Sefaham aku kalu dah hubungan luar fitrah macam nie bukan macam hubungan normal yg lain. Memang ada hubungan pasangan normal lelaki dan pompuan yg terlanjur atau terbabas. Tp masih ramai juga yg masih menjaga batas hubungan depa. Banyak juga yg menaik tarafkan hubungan mereka dgn perkahwinan dan akhirnya dikurniakan zuriat yg comal². Keadaan adalah berbeza bagi pasanagan LBGT ini. Sefaham aku hubugan puak LBGT ini boleh dikatakan semua akan dilanjutkan ke bentuk fizikal. Namun begitu, aku kurang pasti status pasangan ini lepas alam U. Setahu aku, majoritinya akan bertukar menjadi lelaki normal bila balik kampung time cuti. Dengar citernya bila habis alam U, ada yg insaf dan ada gak yg dgr citer jadik lagik dasat lagik.. Ntah lah..

Kita Hidup Bermasyarakat

Semasa aku di UTM, aku tak pernah terpikir aku akan tulis sesuatu yg bertajuk begini. Tp apa yg aku akan tulis ini hanya base on pengamatan aku sahaja. Aku tak lah monitor depa sampai amik detail. Aku just tulis apa yg aku paham sahaja. Aku juga bukannya warak atau insan yg kamil. Aku ada masa terbabas solat. Aku pun wat dosa gak.  Tp itu bermakna aku tak boleh nak tegur org. Seseorg tak perlu jd nabi or alim ulamak utk menegur. Yg penting teguran itu kena betul dan waras. Contoh yg boleh dikaitkan adalah bilamana parent yg hanya bekerja sebagai penoreh getah menasihatkan anak mereka utk belajar rajin supaya berkerjaya lebih cemerlang. Takkan lah si anak akan cakap; "Alahh, abah mak pun ngaji rendah, mana layak nasihat saya utk ngaji tinggi!".

Pada aku maslah LBGT atau khususnya bapok di UTM masa aku dulu agak serius. Aku harap "masalah" ni dah kurang skarang. Aku hairan kenapa (setahu aku) tiada tindakan diambil. Offcause, di kuliah, penampilan mereka agak low profile. Tp, jika diamati memang sungguh terang tak perlu bersuluh lagi. Aku hairan kenapa pihak pengurusan universiti ak mengambil sebarang inisiatif utk "membantu" mereka. Jika perkara itu masih kecil, tindakan pencegahan perlu diambil. Aku tak pasti pihak berwajib tahu ke tak method yg diambil oleh fraternity bapok nie utk recruit bapuk junior. Kalu depa tak tau, moga Allah  tunjukkan kepada mereka nanti. Kerana pada pendapat aku, tanggung jawab mencegah dan membantu geng bapok nie kembali ke jalan yg lurus berada ditangan mereka juga (sedikit sebanyak). Itu yg aku paham. Perkara ini tak boleh dipandang sebelah mata dan istilah "lu jaga hal lu, gua jaga hal gua" or kubur lain², apa sibuk²?" tak boleh digunakan. Kita hidup bermasyarakat. Ini maslah sosial dan moral anak bangsa agama kita. Tak kan nak biar saja?

Aku tak pasti sgt ciri² lesbian nie. Apa yg aku nak tulis adalah berkaitan dg bapok. Pada asalnya bapok adalah lelaki lembut. Bukan semua lelaki dilahirkan dan membesar mempunyai ciri² lelaki keras, tough dan macho. Aku sendri tak macho pun. Ada sesetengah lelaki mempunyai perwatakan lembut dan sukakan benda yg feminin seperti memasak,menjahit dan berhias. Namun begitu, itu tak bermakna mereka ditakdirkan akan jadi bapok dan gay. Jika parents yg memantau itu serius, insyallah tiada masalah akan timbul. 

Kalu ikut apa yg aku paham...

Bila sorg freshy masuk atau mendaftar akan ada senior yg akan pantau dan memerhatikan gerak lentok depa nie. Jika didapati ada freshy yg berpotensi utk menjadi bapok, maka senior bapok nie akan approach si freshy nie. Ber"potensi" nie adalah seperti berwajah jambu, berkelakuan lemah gemalai dan ntah lagi aku pun tak tau.. Korang kena tanya depa.

Setelah senior bapuk nie dah nampak target dia akan jadikan target nie prospek. Maka gerombolan bapuk nie akan manghampiri freshy nie lah. Kalu dah everyday sedikit sebanyak depa akan jadi terlampau close. 

Bukan setakat di dorm melepak, malah time study pun depa akan study bersama. Contohnya time kat UTM dulu, di PSZ (Perpustakaan Sultanah Zanariah), akan ada satu port yg mana bapok akan berkumpul. Seriusly, ramai! Dan kehadiaran depa diperhati sahaja. termasuk aku. Memang aku time tu budak lagi. Aku adalah salah sorg yg suka ngusik depa bcos pada aku depa kelakar. No doubt ada yg sgt cantik dan of couse seksi (seriusly aku heran macam mana depa boleh tahan sejuk, FYI PSZ tersgtlah sejuk..).  Tp bila depa ngusik balik aku takut. Hahahaa.. Takut giler habag hang.. Hahahaa. Juga kalu yg nak close, aku carut jek balik. In short majoriti terhibur tengak gelagat depa tanpa sorg pun menghampiri depa utk tujuan baik, termasuk aku...

Selain drpd study bersama, depa nie segalanya bersama. Makan dan outing nie sudah pastilah.. Mana depa pi, aku tak ble nak kata.

Sudah pastinya, kalu dah 24 jam bersama, depa, si freshy sedikit sebanyak akan bertukar menjadi bapok. Tahun 1 tak nampak sgt perubahan, tpi bila dah meningkat senior, depa akan menjadi semakin berani. Pakaian semakin menjolok mata dan penampilan semakin memikat. Seriusly, gaya dan lenggok depa nie mengalahkan pompuan. Bukan nak kata apa lah, geng bapok nie memang betul² melaram everyday. Bau perfume mcm air freshner.

Bila Bapok Berpasangan

Basically, itu lah step berlaku dlm proses penghasilan bapok yg aku nampak di UTM dulu. Aku tak buat pengamatan teliti. Aku just tulis apa yg aku nampak. Tp dari apa yg aku nampak, perkara ini boleh dibenteras. Aku percaya kalu langkah bijak diambil, kelompok ini boleh dipecah dan dihapuskan. Depa nie jadi macam nie bcos depa "bersama". Itu kalu kat kampus. Kalu menyewa rumah lagilah parah aku rasa. Ntah apa yg berlaku aku pun tak tau. Aku dgr macam², tp aku tak sanggup nak tulis.

Apa jadi kalu bapok tu in Love?

Ini masalah... Ini lah yg terjadi pada my best friend.

Jika sorg bapuk tu minat pada sorg mamat, si bapuk tu akan attack (pikat) mamat tu sedaya upaya dia. Tiap malam dtg umah ajak keluar dan bagi gift. Serius shit, punyalah agresive, kalu iman tak kuat boleh terbabas gak lah. Percaya lah, bila aku cakap bila depa nak pikat memang depa rajin. Hilang sifat malu "kewanitaan" depa. Selalunya kita dengar, pompuan nie sifat dia malu. Kalu pompuan tu minat kat lelaki, dia sanggup tunggu or just bagi hint (yg sorry to say selalunya lelaki tu tak paham, hahahaaaa). Beza ngan bapok. Bapok time nak pikat lelaki, lagi agresive dari pompuan. Percayalah, itu yg aku nampak.

Jadi, kalu si mangsa nie nie iman dia kuat, selamatlah dia dan bahgialah ayah ibu dia... Tp kalu iman dia kurang, maybe dia akan hanyut. Dia tak jadi bapok. Dia akan jadi balak si bapok tu. In short pada aku dia dah jadi "gay". Dugaan yg bapok bawa bukan boleh ambil mudah. Depa nie lagi gemalai dari pompuan, lagi caring dari pompuan, lagi kewanitaan dari pompuan dan yg paling bahya lagi cantik dari pompuan. Seriusly, aku tak tipu. Tu tak kira seksi, syahdu manja lagi dan off couse, ditambah dgn pemangkin dari En Nafsu dan En Setan lagi.

Bapok Association?

Bapok nie ada group depa masing². Group depa nie setahu aku terdiri drpd LBGT lah kot. Ini betul² drpd personal experiance first contact. Dari pengamatan aku time tu, ada drpd dlm group depa nie badan dia kekar giler. Kekar siottt.. Aku assume depa nie gay tok² atau biseksual kot. Ada yg nampak macam bapak org jekk... Kalu aku naik sheikh pun confirm kalah bergasak. Hahaha... Ada gak yg tomboy (seingat aku tomboy tu agak cute, hahaha). Aku rasa tomboy nie lesbian kot. Maybe? Yang aku nampak, puak tomboy nie lah yg paling garang. Melalak menjerit tak tentu pasal. Geng abang badan ketul diam jek sambil hisap rokok. Control macho kot. Time tu mati² aku ingat aku dah nak bergasak dah. Bukan stakat ingat, dah ready utk bergasak dah pun. Apa nak jadi, jadi lah.. Cuma something happen. Siot betul... Yang pasti memang ramai geng LBGT tu tunggu. Tunggu kami lepaskan org yg kami cuba selamatkan. Siap ugut nak panggil polis. Kelakar pun ada.. Itu lah memori..

Tanggung Jawab Bersama

No doubt yg negera eropah sekular makan babi minum beer, sex bebas kapir laknat dll lagi jauh lebih maju sekarang. Kadar jenayah rendah, kadar rasuah rendah dan kemiskinan kurang. Ekonomi depa pun diwar-warkan sungguh hebat. Itu hakikat sekarang. Negara yg majoritinya Islam memang mundur dan dijangkiti dgn pelbagai penyakit yg ntah². Jadi Malaysia, kalu nak maju kena ikut acuan itu? Kena ikut step itu? Adakah mengejar pembagunan ekonomi hingga kita perlu tutup mata kepada masalah ini? Or, paling sedih anggap atau tukar mind set kita bahwa "ini bukan masalah?" LBGT adalah lumrah alam dan bukan masalah? Penerimaan golongan LBGT ini adalah satu ciri² bila masyarakat dah maju? Sikap tak mengambil berat akan membawa lagi banyak maslah. Tambahan kalu maslah sosial. 

Aku rasa ini adalah satu pemikiran yg sgt salah. Tak dpat dinafikan ekonomi itu sgt penting. Tersangatlah penting. Kena concentrate pada ekonomi. Even Khalifah Umar Abdul Aziz pun fokus pada ekonomi time dia rule dulu. Hinggakan dalam tempoh 2.5 tahun, tak dak org dalam empayar Bani Umaiyah pd zaman dia layak terima zakat. Suma berharta dan berebut nak keluarkan zakat.

Hadis nabi pun menyebut (sound something like this lah..); " Allah sayangkan org miskin yg beriman, tp Allah lebih sayangkan pada org kaya yg beriman" dan "kefakiran boleh boleh membawa pada kekufuran.."

Sungguh pun begitu, kebersihan rohani pun penting. Kena sejajar dan selari. Jangan dengan terlalu obses dgn mengejar ekonomi dan kemajuan jasmani, kita tercicir pembangunan rohani. Kita harus maju dgn acuan sendiri. tak perlulah aku sentuh berkaitan kejayaan tamadun islam lampau. Tp kita harus maju dlm acuan tersendiri.   

Membentuk semula, mendidik dan membimbing golongan LBGT nie adalah tanggung jawab bersama. Ianya sukar dan kita perlu gentle. Ini adalah jihad kita. Kita tak boleh memaksa, tp kita boleh mempengaruhi dengan membimbing. Kita kena sabar dan tunjukkan jalan pada mereka. Bukan membenci dan mengasingkan mereka. Dengan mengasingkan mereka, kita hanya membuat ikatan mereka lebih kuat. Kesilapan yg biasa kita buat adalah dgn membenci mereka. Kita patut mengasihani mereka.

Seperti yag aku tulis seblum nie, kita patut dan perlu dgr masalah depa dari mulut depa dan justify sebelum rectify. Apa pun, aku personally berpendapat Cinta dan Naluri yg depa rasa adalah Nafsu. Aku barangkali salah dan aku barangkali sebenarnya tak layak bercakap demikian. Namun, itu yg aku nampak.

Aku tak rasa keperitan depa, jadi aku tak boleh nak faham depa. Namun begitu, apa saja alasan yg diberi perkara ini tetap salah. Oleh sebab itu sesuatu perlu dilakukan.

1 comment:

  1. byknya pnglaman hg pahlavi...hahah, tp ini mmg hakikatnya, apabila manusia alpa dengan dunia yg fana.

    ReplyDelete