Saturday, 12 September 2015

Marilah Membaca

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Surah Al Alaq: 1 -5.

Inilah ayat² Allah terawal yang diturunkan ke muka bumi ini. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan New World Order. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan zaman intelektual. Zaman menggunakan akal. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan zaman sains, teknologi, rasionalisme dan peradaban manusia. Inilah ayat yang menamatkan zaman hokus pocus magis dan lain².

Hanya dalam Quran terkandung ayat yang mengajak umatnya membaca. Hanya dalam Quran terkandung ayat yang menerangkan "direct intervention" antara Tuhan dan manusia.

Istimewanya ayat ini adalah, Allah menegaskan bahawa Dia sendiri yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan

Maka, siapakan guru kita? Tidak lain dan bukan adalah Allah SWT. Bilamana kita mengulangkaji pelajaran, membaca bahan ilmiah dan ketika Allah mengilhamkan kefahaman, itu bermakna Allah lah yang mendidik kita. Sesungguhnya...

"... Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Surah Qaf: 16.  

Allah tidak menspesifikkan hanya ilmu agama. Sebaliknya segala ilmu (matematik, fizik, kimia, biologi dan lain²) yang terdapat di muka bumi ini adalah milik Allah. 

Namun hukum (sunnatullah) ini tidak hanya tertakluk pada Muslim. Bukan Muslim juga bilamana dia membaca maka Allah yang memberi kefahaman padanya.

Lebih istimewanya ayat ini ialah tentang perumpamaan yang diberi. Bukan istilah tak masuk akal non scientific. Bukannya perihal lalat dalam bekas air, dan bukannya kuasa magis hokus pokus. Tapi perkaitan dengan penciptaan manusia mengikut ringkasan sains.

"Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata". (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." Surah Al Al Ankabuut: 50 - 51.   

Al Quran adalah sebuah susunan ilmu yang amat hebat. Ilmu yang yang hanya dapat dimanipulasi oleh manusia. Makhluk segagah gunung pun tidak mungkin mampu menanggung idea yang terdapat dalam Quran: 

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." Surah Ak Hasyar: 21.

Di dalam Al Quran terkandung cetusan idea untuk manusia meneroka ilmu dan menguasai alam (menjadi Khalifah). Tapi idea ini hanya berguna dan manfaat bagi mereka yang menggunakan akal:

"Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." Surah Saad - 29.

Mari Membaca

Al Quran menggalakkan untuk kita membaca. Tak kisahlah apa pun bahan bacaan asalkan tiada unsur maksiat. Namun bacaan yang paling mulia semestinya Al Quran itu sendiri.

Umat Islam Melayu terutamanya di Malaysia diajar untuk membaca tetapi untuk tidak memahami Quran. Malahan barang kali dilarang untuk membaza tafsir kerana ditakuti menjadi sesat. Quran tafsir Melayu pertama jika tak silap aku ditulis oleh orang Indonesia. Kalau tak silap aku oleh Pendita Hamka.

Berbeza dengan di Eropah, berapa ramai yang menemui sinar Islam setelah membaca tafsir Quran. Tiada pula yang sesat. Malah Sheikh Ahmad Deedat selalu menggalakkan Muslim membaca Quran. Sedihnya, hanya di Malaysia, Melayu mempunyai terlalu banyak syarat untuk baca Quran. Terlalu susah untuk baca Quran bila menjadi Melayu. 

Aku secara peribadi telah membaca berbagai jenis buku. Berapa ramai dari kita pernah membaca Bible? Jika kita tak pernah baca Bible, masakan kita boleh mengkritiknya? Aku juga ada membaca God Delusion oleh Dr Hawkins. Syukur aku masih tidak juga seorang Atheist. Begitu juga bahan bacaan Shiah dan anti hadis.

Umat Islam zaman terdahulu mencapai zaman kegemilangan kerana mereka tidak memisahkan ilmu kepada duniawi dan akhirat. Pada mereka semua ilmu itu adalah ilmu Allah. Malangnya hanya Muslim zaman kini yang memisahkannya. Malahan ada di antara (bukan semua) tok guru mahupun uztaz yang mengetengahkan bahawa rahmat tuhan hanya melalui ibadah ritual. Mereka menyeru Muslim untuk hanya berada di masjid tanpa perlu bekerja. Pada aku mereka inilah syaitan sebenar yang membawa Muslim ke lembah kebinasaan. Jika Muslim hanya di masjid dan hanya melakukan kerja biasa² sahaja, masakan Muslim dapat menguasai dan meneroka teknologi baru dan seterusnya menjadi umat contoh?

Berbanding dengan Muslim dahulu mereka merupakan peneroka teknologi dan sains yang ulung.

Sedutan dari buku: Sejarah Dunia Dari Sudut Pandang Islam.
Betapa hebat, agong dan modennya umat Islam suatu ketika dahulu.

Pendek kata tujuan kita membaca adalah supaya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak. Maka marilah kita membaca. Bacalah apa sahaja asalkan ia bukan bahan yang tidak berfaedah. Melalui pembacaan lah Allah akan mendidik kita secara terus. Hanya dengan membaca minda akan berkembang dan menjadikan kita orang yang lebih bijak.

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." Surah Az Zumar: 18.
 


Sunday, 2 August 2015

Umno: Mendung Kemusnahan Yang Pasti


PAROI, Aug 1 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today that loyalty was a trait harder to find in any individual than intelligence, adding that he values the former more than the latter. 

Speaking just days after his shock removal of Tan Sri Muhyiddin Yassin from the federal Cabinet, Najib said that loyalty was more important than “smart people” in order to keep the party and his leadership united.


“I will evaluate people based on their loyalty. There is a lot of smart people around but to find those who are loyal is rare,” the leader said in his speech at the Seremban Umno division meeting here.

“But by loyalty, I don’t mean blind loyalty. We have to work together in order to make our party strong,” he added


Najib also called on Umno members to remain “focused, committed and disciplined” with the party’s mission and not deviate from it.


Cryptically, the Pekan MP said that a party should only have one leader, equating this to how a ship could only have “one captain”.


The embattled prime minister did not elaborate but added that although he is willing to accept criticism, it should be raised in a closed forum.


“It is okay even if we argue, as long as we don’t throw chairs at each other.

“We can even bang the table, but just do not do it outside, it ruins the party image,” Najib told delegates.


Muhyiddin was axed from Cabinet in a sudden reshuffle on Tuesday that saw Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi replacing him as deputy prime minister.


Many have suggested that Muhyiddin was likely dropped after his vocal speech questioning 1MDB in an Umno function in Cheras. 

Refer Malaymail


"I value loyal people over smart people" 





My 10cent opion... Yang CGPA tak sampai 3 pun...

Smart (good) people will always be loyal to a leader that suite to be a leader. Pengikut yang jujur dan baik adalah seorang yang sentiasa berusaha menegur ketuanya. Barangkali dia akan dimarah, tapi dia perlu melakukan tanggung jawabnya.

Barangkali juga tugurannya tidak betul, tapi paling tidak tegurannya membuatkan ketuanya berfikir 2 kali. Inilah yang dilakukan oleh Saidina Umar al Khattab. Saidina Umar sentiasa berusaha untuk menyampaikan pandangan. Baik di zaman Rasullulah mahu pun Abu Bakar.

Abu Bakar pula, seorang pemimpin yang "sebenar" akhirnya mewasiatkan Umar sebagai penggantinya. Beliau menghargai pengikut yang  bijak dan jujur memberi pendapat. Berkaitan dengan ciri² pemimpin yang jujur ikhlas pula.

Ucapan sulung Saidina Abu Bakar ra apabila telah dilantik: 

“Hai Manusia, sesungguhnya aku dilantik pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik, jika aku mentaati Allah swt, maka taatlah aku. Sebaliknya jika aku derhaka maka tiada ketaatan bagimu.”

Ucapan sulung Umar al-Khattab ketika dilantik menjadi khalifah kedua setelah wafatnya Abu Bakar:

“Aku Umar al-Khattab bersedia untuk dituntut, jika aku berada dalam keadaan menyeleweng, dan bertindak kurang adil. Bantulah aku untuk menegakkan kemungkaran dan mencegah kemungkaran. Demikianlah,untuk cadangan dan pendapat kalian atau apa sahaja krtitikan, pintu rumah ku akan selalu terbuka”.

Semestinya amat berbeza dengan keadaan negara kita sekarang. DSN tak mahu ditegur. Walaupun dia berkata dia hargai bukan Blind Loyal, tapi itu yang dia maksudkan.

Skarang, mereka yang jadi suspek bocorkan salah laku pula yang bakal diambil tindakan. Malah, pimpinan Umno yang tak "sebulu" dengan DSN sendiri telah "diajar". Imagine kalu tiada kebocoran salah laku.. Mesti Najib masih lagi dok gebang yg 1MDB tip top.

UMNO - Kemusnahan Yang Tak Dapat Dielakkan

Pada aku UMNO adalah parti keramat orang Melayu. Ia merupakan kesatuan para pejuang, pendekar dan pemikir Melayu untuk agama, bangsa dan negara kita. Kisah akan perjuangan Jaafar Onn, Tunku dan Tun Razak ketika era sebelum kemerdekaan amat mengundang manly tears. Aku percaya ramai lagi orang lama Umno yang sanggup menghabiskan harta dan juga menitiskan darah dalam perjuangan Umno.

Namun, kini atas "kepimpinan" anak orang yang membangunkan Umno ke era moden sendiri, Umno dalam jambatan menuju kehancuran.

Wajah² para pendekar ahli² kini secara tak langsung terpalit arang atas statement DSN; "I value loyal people over smart people".

Wajah para pendekar bermaruah kini tidak lebih dari wajah mereka yang rakyat marhean faham sebagai; "not that smart people but loyal". Or dalam bahasa Dr Mahathir last time, "mereka yang bodoh". 

Namun aku percaya, sungguh pun DSN lebih hargai mereka yang tak bijak (bodoh pun takpa) asalkan setia, tapi aku percaya barangkali masih ada pendekar dalam Umno yang tak bodoh yang akan melakukan sesuatu untuk negara yang tercinta dan mengembalikan Umno sebagai parti yang bermaruah.

Tapi if nothing been done, than, I can only say that... Umno is a hub for dumb and loyal people. Thus wait for the ultimate destruction.. The people will show their power.

Apa pun, sapa lah aku. Hanya 1 undi yang tak ada maknanya..


PAROI, Aug 1 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today that loyalty was a trait harder to find in any individual than intelligence, adding that he values the former more than the latter. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-i-value-loyal-people-over-smart-people#sthash.DVve1NFC.dpuf
Najib: I value loyal people over ‘smart people’
Najib: I value loyal people over ‘smart people’

Friday, 26 June 2015

Love Have Won? Same Sex Marriage

Sesuatu yang mengejutkan tetapi sudah disangkakan telah berlaku. Negara kuasa besar dunia, United Stated of Amerika, @ Amerika telah meluluskan akta membenarkan pasangan sejenis berkahwin sesama sendiri. Untuk bacaan lanjut, sila rujuk link ; Same Sex Marriage.




Suatu ketika dahulu, dibawah pemerintahan Bush, (anak beranak), telah beberapa kali menegaskan yang Amerika adalah negara Kristian. Malah selepas tragedi 911, Bush Jr. dengan selamber melancarkan "The 3rd Crusade". Namun kini Amerika jauh dari acuan negara Kristian. 

Sebenarnya, banyak persamaan antara Kristian dan Islam. Banyak juga hukum hakam yang sama antara Islam dan Kristian. Bila aku bercakap tentang Kristian, aku merujuk kepada Bible. Cuma malangnya ramai juga orang Kristian sendiri yang tidak ikut ajaran yang terkandung dalam Bible (sila rujuk link: How Jesus Become Christian).

Kristian menentang perkahwinan sejenis. Islam dan Yahudi pun sama. Tapi bila panduan dari ugama ditinggalkan dan hanya logik akal yang dipandu oleh nafsu yang membuat keputusan, maka perkahwinan sejenis atau hubungan sejenis dikatakan sebagai lumrah pula. 

Pada aku, masalah ini berpunca bila manusia mula menolak tuhan. Jadi apa sahaja yang dikatakan datang dari Tuhan telah ditolak atau dipertikai. Punca kenapa barat menolak ugama bermula dari zaman "renaissance" lagi. Itulah zaman kejatuhan zaman gelap Eropah. Bagi yang tidak tahu, pada zaman gelap Eropah lah, para Ulama Kristian dianggap paling berkuasa. Mereka menentukan segalanya. Mereka tidak boleh dibangkang. Walau sebodoh mana "statement" atau pendapat mereka. Mereka menolak Bible dan mengeluarkan pandangan yang mengikut tafsiran sendiri. Mereka menakutkan rakyat dengan ugutan ugama agar mereka kekal berkuasa.

Sesungguhnya jika mereka mengikut ajaran yang terkandung dalam Bible, maka mereka akan memeluk agama Islam.

Lama kelamaan rakyat mula bosan dan memberontak. Dari situlah "Tuhan mula mati". Sikit demi sedikit. 

Malangnya, kini Islam juga melalui period yang sama. Period korupsi dalam ugama. Golongan ugamawan Islam ini menggunakan Islam untuk sedikit keuntungan, kuasa politik dan populariti. Sungguhpun, Allah berjanji dalam Quran yang isi kandungan Quran itu terpelihara, tapi, Allah tidak pernah berjanji yang golongan "ugamawan" ini maksum. Jadi bergantung pada kita untuk memantau mereka agar mereka tidak keterlaluan. 

Aku percaya sedikit sebanyak suatu masa lagi gerakan LBGT akan kembali aktif. Pada tahun tahun 2011, gerakan LBGT sangat kuat. Pada waktu itu ia disokong oleh mereka yang tidak kurang popular. Termasuk Marina Mahathir. Berikut merupakan ulasan aku pada wakti itu:

a) Link: Seksualiti Merdeka 1
b) Link: Seksualiti Merdeka 2
c) Link: Seksualiti Merdeka 3

Sungguh malang sekali, di bulan yang mulia ini, Amerika telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Aku tak pasti ia kebetulan atau pun dirancang. Walau pun ia tamparan hebat untuk Kristian Amerika, tapi ia juga merupakan satu serangan terhadap ugama Islam. Tambahan ia berlaku dalam bulan Ramadhan.

Aku tak pasti sekiranya sekarang sedang berlaku tunjuk perasaan anti gay di Amerika. Tapi aku berharap sekirannya gerakan LBGT ini menular kembali di Malaysia, bersamalah umat rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Kristian bersama bersatu menunjukan rasa tidak setuju. Bukan sahaja agama-agama ini, tapi agama lain pun juga turut serta. Kita bersatu untuk menentang ancaman yang lebih besar. 

Sunday, 14 June 2015

Keserabutan Politik Malaysia

Aku dah tak faham dengan keadaan negara kita. Malaysia kini menjadi gelak ketawa dunia. Suatu ketika negara kita adalah negara Muslim contoh. Kini menjadi serabut entah ke mana.

Keangkuhan Umno

YB Nazri dan Anaknya

Aku tak faham kenapa Umno masih terima Najib sebagai pemimpin. Huraian tentang keserabutan dan kekalutan Najib dan pentakbirannya bukan lagi perkara exclusive. Tapi boleh dikatakan semua orang sudah tahu.

Seperti yang diterangkan dahulu, Najib yang create problem, tapi rakyat yang kena tanggung. Dulunya tidak mengaku ada masalah. Kemudian mengaku dengan menasihat rakyat agar yakin dengan rancangan pemulihan ekonomi. Najib, you think rakyat stupid ka apa? Again, its not DrM against Najib. DrM hanya prophet rakyat. Itu sahaja. Please perwakilan Umno.. Insafkan lah Najib nie..  Janganlah yakin yang Umno akan menang nanti. Tolong jangan syok sendiri.

Dalam PRU yang lepas, BN hanya menang di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Kubu kuat Umno, Johor pun kini telah ditembusi DAP. 

Yang menarik dalam episod politik mutahir ini adalah komen Istana terhadap 1MDB. Dari kefahaman aku, Istana Terengganu menolak 1MDB. Boleh dikata Istana Terengganu telah berlaku bijak. Istana Terengganu menolak Najib. Selepas forum "Nowhere To Hide", Istana Perak memberi komen yang tidak pro Umno (berkaitan GST). Jadi Istana Perak pun sudah menolak Najib. 

Terkini, Istana Johor menolak 1MDB. Kemudian yang paling "hebat" adalah sifat gedebe Nazri nak "belasah" Istana Johor. Giler ke hapa? Aku ingatkan dalam Umno Maslan GST Nasi Goreng jer yang tak bijak. Rupanya Nazri pun sama. Aku kekadang terfikir, yang 2 menteri nie adalah mole DAP dalam Umno. Tugas depa adalah merosakkan Umno dari dalam.

Mesej yang Nazri bagi adalah, kerajaan punya silap jangan ditegur. Kalu Istana yang tegur pun boleh kena belasah, apa lah lagi rakyat marhean.... 

Perlu diingat, di Perak, Sultan yang membantu kemenangan Umno dan BN. Apa akan jadi kalau Sultan sudah makan hati dengan Umno? Begitu juga dengan Johor - negeri kelahiran Umno. Pengaruh Sultan Johor sangat kuat. Amat, sangat kuat. PRU lalu menyaksikan Gelang Patah jatuh ke tangan DAP. Umno semakin lemah. Jadi jika Istana Johor makan hati dengan Umno, maka peluang Umno untuk meneruskan pemerintahan di Johor menjadi makin kecil. Jangan negeri ketiga paling kaya di Malaysia terlepas pula selepas Selangor dan Pulau Penang.

Aku juga tak faham kenapa Nazri boleh keluar statement "suka" bila nilai RM jatuh. Maybe dia rasa dengan nilai RM yang kecil, ramai pelancong akan datang? OMG, tak sangka inilah pemikiran Menteri dari Umno. Kepada YB Nazri, tolonglah audit atau check sendiri tarikan pelancong di Malaysia nie. Paling dekat melawatlah Zoo Negara.. Adakah pelancong akan tertarik untuk datang lagi ke negera? Banyak tempat menarik di negara. Tetapi tidak diurus dengan baik. Tolong laksanakan amanah dengan baik.

Sarawak   

Dalam beberapa bulan yang lalu aku ke Pusat DAP. Untuk forum ape ntah. Pada aku Sarawak pun mungkin akan jatuh ke DAP. Ini adalah kerana program kemanusian yang dilakukan oleh NGO bawah DAP yang sangat memberi kesan mendalam kepada penduduk pedalaman Sarawak. Di Sarawak DAP melaksanaan bantuan dari segi pendidik dan kemudahan asas secara sukarela. 

Barangkali tidak pada pilihan raya terdekat. Tetapi aku yakin dalam genarasi yang akan datang, Sarawak akan menjadi kubu DAP.

Dan seperti yang kita tahu, ekonomi Sarawak dikuasai oleh lord² tertentu. Dan lord² hanya setia pada peluang berniaga dan buat duit. Hanya masa sahaja akan mengalih kesetiaan mereka.

PAS dan DAP

Malangnya, aku masih tak nampak alternatif untuk BN. PAS dan DAP bertekak sesama sendiri. Drama pertekakkan PAS DAP dah sampai ke tahap kartun. 

Pendapat aku pula, PAS kena firm dengan keputusan dia. Bukankah dewan Ulamak dah bentang keputusan tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP? Jadi jangan berdolak lagi. Putuskan sahaja.  Tapi aku nampak PAS takut. Antara kuasa dan prinsip. Kini aku menunggu hikmat gaya taichi terkini PAS.

Sebenarnya, jika aku bukan Melayu dan bukan Islam, akan pasti akan menyokong DAP hardcore

Buat masa ni aku rasa DAP merupakan parti yang paling kuat. Dan sekarang makin ramai Melayu "liberal" yang menyokong DAP. Terkini adalah A Samad Said yang telah mengaku menjadi ahli DAP. Tapi aku hairan kenapa dia tidak menyertai Keadilan.
Barangkali padanya perjuangan DAP jelas. Tiada taichi.

Pada aku, DAP selayaknya memutuskan hubungan dengan PAS secara official sekarang. Tiada guna lagi menunggu PAS. Dalam keadaan Umno yang tersangat lemah. Aku yakin sekiranya diadakan pilihan raya Selangor, maka DAP bersama Keadilan akan memerintah Selangor. 

Walau apa pun berlaku, dalam segala kekalutan politik di negara kita, aku mendoakan agar negara kita tenang, aman dan damai.

Saturday, 6 June 2015

Keserabutan Najib

Suatu ketika dulu aku amat kuat menyokong Datuk Seri Najib (DSN). Kebolehan dan kesederhanaan beliau dikagumi aku. Pada waktu itu pun beliau tidak sempurna, tapi pada aku ia masih boleh diterima. Malah dalam tragedi MHs, sifat profesional beliau sangat terserlah. Tragedi yang boleh memalukan negara sebaliknya telah menonjolkan sifat "world class" pemimpin negara yang membuatkan rata² rakyat Malaysia berasa bangga.

Namun selepas berbagai pendedahan yang makin mengarut, kini boleh dikatakan tiada sebarang hormat kepada Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Seriusly, is there anything yang boleh buat aku respect pada dia? Respect can only be earn. Jadi as of now, tak ada sebab untuk aku hormat Najib. Maybe hanya hormat dia sebagai seorang manusia.

Tapi aku tak rasa aku buat keputusan yang salah dalam PRU yang lepas. Pada aku, Pakatan Rakyat (PR) masih tidak bersedia untuk menerajui negara yang kompleks seperti Malaysia. DAP dan PAS tidak menghormati sesama sendiri. PAS dengan exploitasi terhadap agama untuk memenangi undi Muslim manakala DAP pula yang mana sesetengah wakil yang sungguh extreme dalam meliberalkan Malaysia. Sampaikan perkara remeh temeh seperti memakai songkok pun dijadikan isu. I just can't brain how those stupid perwakilan DAP fikir. Just wear those damn songkok and done with it. What the big fuss?

Sesatunya harapan rasional yang ada adalah pada Keadilan. Tapi keadilan pun nampak not in control. Umum masyarakat nampak DAP yang terajui leadership PR.

Malang sungguh politik Malaysia. Rakyat secara umum terpaksa pilih berdasarkan "the lesser evil" dan bukan "the best of the best". Dan rata² tidak memilih Barisan Nasional (khususnya UMNO) bukan kerana tertarik dengan PR, tetapi atas dasar ingin mengajar atau pun kerana terlalu bencikan UMNO.

Lebih malang pula, konsep "the lesser evil ini" berbeza mengikut induvidu.

Berbalik pada Najib, tak perlulah aku huraikan apa keserabutan yang dia telah buat. The whole world know except mereka yang tinggal di Malaysia. Reason being is mainstream media dikawal oleh Najib. 

Kini berlaku pula pertelagahan antara Najib dan DrM. Dalam banyak keadaan aku nampak yang Najib seolah nampak yang "tak suka pentakbiran dia hanyalah DrM". Yang mahu dia undur hanyalah DrM. Najib salah sebenarnya. Bukan DrM yang nak dia turun. Majoriti rakyat Malaysia.

Again, its not DrM against Najib. But most Malaysian against Najib. DrM hanyalah prophet rakyat Malaysia. Apa yang DrM dapat? Umur dia dah lanjut. Dia sekarang tengah jeopardy @ gamble masa depan anak² dia. Kenapa ramai macai Umno tak nampak dan terus menyokong Najib? Hanya kerana sikit duit dan peluang mereka sanggup bersekongkol? Bukankah masa depan negara dan anak² jauh lebih penting? Tidakkah mereka semua belajar dari sejarah?

DrM buat semua ni untuk Malaysia. Dia sayangkan Malaysia dan seluruh anak Malaysia. Dia tau umur dia tak panjang. Tapi dia tak mau "mati celik". Inilah pahlawan sebenar. Inilah seorang perwira dan negarawan. Tak perlu memekik mengaku berdarah pahlawan.

Jika dibandingkan jasa DrM dengan jasa Najib, bagaikan langit dengan bumi (by the way, ada ke jasa Najib? BR1M?) Tak perlu aku huraikan disini jasa² DrM. Malah di Jepun pun mereka amat menghormati DrM.

Najib is in deep shit. Daripada Nothing to Hide dan tukar jadi Nowhere to Hide. Dah dapat pula gelaran Pendekar Hang Pi Mana. Itu lah, memekik sangat kononnya darah pahlawan.. Seriusly macam budak². Sungguh memalukan.

Deep inside aku harap masalah 1MDB hanyalah mimpi ngeri. Ia melibatkan wang kita. Logik umumnya rakyat dijadikan lembu bajak Najib untuk clean 1MDB melalui GST. Moga tuhan selamatkan negara kita dari pemimpin yang merosakkan.  



 

Sunday, 12 April 2015

Comic House

Aku mula baca komik manga sejak aku tingkatan 1, maybe dalam usia 13 tahun kot. Manga pertama yang aku baca adalah Dragon Ball dan manga pertama yang aku beli adalah Dragon Quest. Ketika itu, dengan duit poket bernilai RM1 sehari, agak kritikal untuk aku beli semua komik kegemaran aku. Tapi ntah macam mana aku "manage"

Koleksi manga sejak aku tingkatan 1

Dan kini koleksi makin bertambah...

Kini dalam usia 34 tahun aku masih lagi membaca manga. Maybe dalam istilahnya aku boleh dikatakan sebagai "otaku". Malah suatu ketika dulu aku pernah bertekad untuk menjadi pelukis komik. Namun tak dinafikan ada juga tempoh masa yang tidak langsung menyentuh komik. Itu barangkali tempoh sabatical aku dengan manga dan komik.

Sebenarnya penerbit manga di Malayia yang mengeluarkan jilid manga ada 2 iaitu Comic House dan Tora Aman (Slam Dunk, Doraemon dan Detective Conan). Sefaham aku Comic House merupakan penerbit manga yang lebih ulung berbanding Tora Aman. Antara manga keluaran Comic House adalah Dragon Ball, Dragon Quest, Satria Pedang (Samurai X), Kindaichi, Yuyu Hakushu, Hunter X Hunter, Get Beckers, GS Mikami, Naruto, One Piece, Bleach dan banyak lagi lah..

One Piece

Bebaru nie aku telah baca episod terakhir Naruto. Difaham dari internet, Naruto merupakan manga paling best abad nie. Dia merupaka pewaris Dragon Ball. Personally, aku tak rasa macam tu. Pada aku Dragon Ball jauh lebih best. Tapi, itu aku.
Pada masa yang sama aku tahu yang nemeses Naruto adalah One Peace. Aku memang ada ikut One Peace, tapi aku berhenti baca atas sebab tertentu. Maybe watak yang terlalu banyak. Namun adik aku ada beli. Just ada lompong (tertinggal issue) sana sini.
Maka lepas aku mula balik baca dari isu 1 baru aku sedar betapa best nya One Peace. Dan misi melengkapkan One Peace pun bermula... 

Dulu ketika aku di Kedah dan JB, aku teringin sangat nak ke source manga iaitu Comic House. Disinilah semua mangga tersimpan dengan lengkap dan sempurna. So, berbekalkan alamat di sebalik mangga aku pun waze kan lokasi.. Tapi sebelum tu aku call untuk pengesahan sama ada Comic House jual manga secara direct atau tidak. Memang depa jual direct. Siap ada discount price.

Maka inilah lokasi waze bawa aku...

Percetakan Solai?

Actually ada bangunan Comic House, tapi bangunan tu sekarang dah jadi Gudang kastam. Bangunan percetakan Solai nie hanya bersebelah (kalau berhadapan disebelah kanan) sahaja bangunan asal Comic House.  Dan dibawah pula ofis atau ruang tetamu dia...

Ini permandangan lepas buka pintu.. Aku macam... what?


 Time aku masuk, ada sorang aunty tengah kerat² kertas... Nie manga apa ntah..


 Nie cover mangga Reborn yang aunty tu tengah kerat²..


Giler bersepah... Tak seperti yang aku sangkakan kan... Sebenarnya ada banyak lagi manga. Depa simpan dalam store..

Aku sebenarnya agak terkejut dengan keadaan ofis Comic House. Agak bersepah dan tak terurus.. Macam gudang ntah apa² ntah. Aku sembang dengan "ketua" kat situ. Dia cakap depa pindah bcos business mengecil. Dia bagitau yang business mengecil atas faktor internet. Dia kata majoriti pembaca bari kini lebih suka baca free dari internet berbanding beli fizikal.
Tapi aku cadangkan pada dia, untuk organize kan ofis dia dan market kan ofis dia dalam internet juga. Comic House tak perlu pindah bangunan. Penggemar manga (macam aku) akan cari. Buat balik ofis jadi macam konsep kafe. Taruk sofa sikit dan water drinker sudah lah. Hias dan taruk poster manga. Organize atau join  Cosplay event ke ape. Comic House merupakan brand name yang kuat. Aku tak pasti dia dengar tak nasihat aku. Tapi, kalu aku ada duit banyak aku akan beli Comic House dan rebrand dia.

Apa pun, selain dari lengkapkan One Piece, aku ada beli gak manga otai iaitu, Kung Fu Boy Chimne atau Anak Sateria

Habis aku tapau.. Personal favorite..

Bagi sesape yang nak ke Comic House, silalah pergi. Semua manga ada. Boleh cari atau lengkapkan balik memana koleksi yang hilang or rosak. Lokasi dia pulak boleh refer belakang manga. Senang jer nak cari kalu guna waze. Kat Jalan 213, 46050 Petaling Jaya. Ikut Faderal Highway senang. Di hujung Jalan 213 tu ada Topmark Toyota Outlet.

Aku harap agar Comic House dengar dan ikut nasihat aku. Depa tak ble bergantung pada agen lagi. Kena improve strategi pemasaran. Kena ikut trend semasa. Walau pun ramai pembaca yang suka baca free kat internet, namun banyak juga yang suka manga fizikal. Malah untuk buat duit, caranya bukan hanya dengan jual manga. Ada lagi cara lain.


Sunday, 29 March 2015

Hudud PAS Kelantan?

Isu hudud kembali lagi. Kali nie tahun 2015. Sukar untuk tafsir kenapa PAS begitu fokus dan komited kini. Either political gain or not, only God knows. Namun secara tak langsung ia berjaya menepati impian UMNO (terutamanya DSN) untuk rakyat Malaysia tidak menumpukan perhatian pada masalah ekonomi negara, kebajikan, korupsi dan 1MDB terutamanya. Dan semestinya ia telah berjaya memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Personally aku, sebagai Muslim (not pious (warak), but trying my best to be one), menyokong hudud. Hudud disini aku rujuk dalam ertikata hukuman jenayah. Potong tangan, rejam dan lain².

What Is Hudud?

Tapi apa itu hudud? Mari kita rujuk Al Quran.

Disini ada beberapa petikan ayat Quran berkaitan dengan Hudud. Cuba baca, Tapi kalau malas, boleh terus jump jer terus ke ulasan aku. 

Ayat 2:187

2:187: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. 

Ayat 2:229

2:229: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ayat 2:230

2:230: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.   

Ayat 4:11 - 14 (Ayat 11 & 12  merupakan hukum manakala ayat 13. Namun ayat

4:11: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

4:12: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.  

4:13: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. 

4: 14: Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. 

Namun ayat 4:15 menerangkan bentuk hukuman untuk kesalahan Zina

4:15: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). 

Sungguh pun begitu, arahan dalam ayat 15 telah dimansuhkan oleh ayat² Al Quran  yang lain dalam surah An Nuur (Surah 24) bermula dengan ayat 2.

Namun jika dibuang tarfsir "zina" maka ia lebih kepada hukuman penjara seumur hidup.

Ayat 9:97

9:97 Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  

Ayat 9:112

9:112: (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).  

Ayat 58:4

58:4 Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  

Ayat 65:1

65:1: Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).  

Secara ringkas logiknya Hudud bermaksud; 'Batas dan batasan' dan juga 'Atur dan aturan'. 

Hudud disini kita (org awam yg membaca Quran secara terus) boleh tafsir lbih kepada urusan domestik. Bukan hanya pada jenayah. Perihal hukuman pula sebagai sampelnya boleh dirujuk secara terus dari beberapa surah. 

Panduan Domestik

Antara hukum jenayah yang terdapat kanun Hudud adalah berkaitan dengan kelakuan sumbang. Disini antaranya melibatkan perilaku zina dan tuduhan palsu (melibatkan zina). Surah yang dimaksudkan ini adalah surah An Nuur. Bermula dengan ayat 1:

24:1
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Ayat ini (secara khususnya) merupakan satu arahan tegas untuk kita melaksanakan hukuman yang telah diturunkan.

Bermula dengan ayat 1 hingga ayat 34, Allah memberi garis panduan akan etika² untuk menguruskan beberapa situasi yang juga merujuk kepada siatuasi domestik kehidupan rumah tangga. Hukum aurat juga terdapat pada ayat ke 31


24:31 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Manakala amaran keras Allah kepada mereka yang menuduh (fitnah) perempuan beriman pula terdapat dalam ayat ke 23

24:23 Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

Surah ini kemudiannya membawa kepada perumpamaan iman dan penilaian terhadap perilaku golongan kafir. Panduan terhadap perkara domestik disambung semula dari ayat 58 hingga ke ayat 64 (tamat surah).

Panduan Jenayah

Berikut pula adalah beberapa ayat Quran yang merujuk kepada panduan² menguruskan jenayah. Yang dimaksudkan disini adalah panduan menghukum dan bukannya perbuatan yang dikategorikan sebagai jenayah atau kesalahan.

5:33 Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

5:38 Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

Apa yang aku faham sebagai Qisas - balas pula boleh didapati dalam ayat 5:45. Tapi ia merujuk kepada undang² yang telah diturunkan kepada Bani Israel dalam kitab Taurat.

5:45 Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.  

Setahu aku di dalam al Quran tiada hukum rejam kecuali kerujuk kepada tindak tanduk golongan tertentu yang terhadap golongan beriman; 18:20.

Law To All?

Adakah hukum² atau panduan² ini hanya untuk Muslim or untuk semua golongan? Sila rujuk ayat 5:48.

5:48 Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Jika menurut ayat diatas, penguasa perlu juga menegakkan undang² tersebut paling tidak kepada golongan berugama Kristian dan Yahudi.

Hudud PAS? 

Ini adalah petikan akhbar berkaitan hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan.

Artikel dari Utusan Malaysia

Hudud is just for Muslim?

Setelah baca rang hudud yang disiarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan dengan Hudud secara jujurnya aku merasakan bahawa ianya disediakan dengan gopoh dan tidak komprehensif. A lot of loop holes. Sefaham aku, hukuman "hudud" berkaitan dengan jenayah seperti potong tangan, rejam dan sebagainya bukan masalah. Ianya adalah batasan² @ hudud yang dibenarkan. Tapi yang rumit dalam subjek ini adalah tafsiran kes, perincian dan ijtihad kes. 

Telah aku lakukan beberapa simulasi hanya berdasarkan infomasi ini, dan malangnya hasilnya tidak menunjukan keadilan. Sebaliknya kezaliman. Sedangkan menegakkan keadilan adalah keutamaan Islam.

5:8 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

5:42: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Yang paling ringkas pada hemat aku untuk dikongsi adalah berkaitan Qazaf. Bayangkan senario ini.

Senario 1;
1. Gadis demam, tinggal dirumahnya seorang diri.
2. Jiran (lelaki) gadis baru sedar yang gadis itu tidak ke sekolah.
3. Ntah macam mana, lelaki tersebut berjaya masuk kerumah dan merogol gadis tersebut. 

Sefaham aku, gadis tersebut terdedah kepada Qazaf?

Senario 2:
1. Suami demam (olok²) dan tak pergi kerja.
2. Isteri pergi kerja (pejabat) tetapi pulang ke rumah waktu tengah hari.
3. Isteri berjaya "kantoi"kan suami bersama seekor seorang bohsia.

Sefaham aku, isteri tersebut terdedah kepada Qazaf?

Dua senario diatas hanya contoh mudah yang aku kongsikan. Ada beberapa lagi senario yang melibat jenayah pelbagai majmuk dan pembuktian. Adakah kamera dan DNA dianggap sebagai bukti? Atau kamera hanya besi buruk tak beriman yang tidak selayaknya dijadikan bukti untuk hukum Allah? Kalau macam tu, terlalu senang pula berlaku salah laku pula. Semuanya terdedah pula pada Qazaf.

Secara peribadinya aku mempunyai tafsiran sendiri berkaitan dengan saksi 4 orang lelaki beriman tersebut.

Barangkali ramai daripada kita kurang jelas akan perkara ini dan menyokong sesuatu dengan membabi buta. Jelas dalam Al Quran terdapat beberapa hukum yang bolehkan. Tapi posisi bagaimana mengamalkan (to execute) panduan tersebut sangat berbeza beza kefahaman.  

Ustaz Wan Ji berkaitan Hudud Kelantan

Dr Asri berkaitan Hudud

Tariq Ramadan berkaitan Hudud

Apa yang kita boleh simpul secara ringkas dari 3 video diatas:
  1. Hudud bukan hanya untuk Islam, tapi untuk semua orang - semua mazhad. Jika dirujuk dalam ayat 5:48. Paling tidak untuk golongan ahli Kitab.
  2. Ijtihad pelaksanaan hudud berbeza mengikut "selera" pemerintah dan cenderung kepada kezaliman.
  3. Sudah terdapat negara yang melaksanaankan hudud tetapi dimansuhkan. Ini bermakna ijtihad hudud berbeza mengikut selera. Bukannya mutlak - seperti kefahaman kebanyakan orang.
  4. Sebelum melaksanaan Hudud, perlu selesaikan masalah asas kehidupan harian dan domestik. Ini adalah amat perlu agar setiap insan tiada sebarang alasan untuk melakukan jenayah.
  5. Islam ditegakkan bukan bermula dengan hudud tetapi pendidikan. Ini adalah kerana hanya dengan pendidikan, penyelewengan terutamaanya dalam agama berjaya dielakkan. 
Kesimpulan
  • Hudud membawa maksud had, batasan dan juga peraturan - panduan.
  • Panduan tindakan yang dibolehkan terhadap beberapa tindakan tertentu sepeti potong tangan dan rejam ada dalam Al Quran namun Ijtihad perincian berbeza mengikut selera Ijtihad penguasa.
  • Hudud jika dilaksanakan tanpa perincian dan tidak meyeluruh akan menimbulkan situasi kezaliman yang serius.
  • Oleh itu, perincian adalah amat penting sebagai penjelasan tentang hudud untuk mengelakkan fitnah dan membawa kepada dakwah.
Dalam surat terbuka Hj Hadi kepada umat Islam, Hj Hadi (Presiden PAS) ada menyentuh tentang beberapa perkara berkaitan dengan kerisauan ramai tentang keadilan hudud mengikut situasi semasa yang disebut dalam hadis baginda Rasullulah: “Hukuman Hudud ditolak kerana adanya syubuhat”. 

Namun perincian situasi tersebut (syubahat) juga amat perlu kerana ianya agak subjektif. Dan melihat pada keadaan negara sekarang, syubuhat itu terlalu banyak.

Pada aku usaha PAS untuk menegakkan Hudud  atau pun secara keseluruhannya Undang² Syariah adalah terpuji dan perlu disokong. Namun tujuan PAS perlulah jujur. Bukan hanya untuk menang undi simpati Muslim. Manakala sokongan rakyat marhaen juga pula perlulah jujur. Bukan hanya sokong kerana takut digelar "menentang hukum Allah" dan paling buruk digelar sebgai jahil. Sokong perlulah berilmu. Sokong bila hanya sesudah faham. JANGAN LETAK 100% KEPERCAYAAN TANPA SOAL. Uji sokongan itu.

Ada sebab kenapa Allah menetapkan yang Islam tidak mempunyai ketua ugama seperti Pope dalam ugama Kristian dan Dalai Lama dalam ugama Buddha. Dalam Islam, sebesar mana pangkat atau ilmu seseorang, dia masih terdedah kepada kritikan dan teguran. Itu indahnya dan demokratiknya  Islam. Rujuk Al Quran 39:18.

Pada pandangan aku, biarlah perlaksanaan ini ditangguh dahulu. Negara kita masih belum bersedia. Sebolehnya sebelum perlaksanaan, PAS buka ruang FAQ (frequenly asked question) kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira ugama apa. Bukukan FAQ tersebut (bersama jawapan) dan jadikan panduan untuk perlaksanaan kes.

Disamping itu, utamakan bidang pendidikan terutamanya dalam arena sains dan teknologi. Lahirkan ramai ulama seramai mungkin. Bukan ulama fikah, tetapi ulamak seperti dalam ayat ini:

35: 37 Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

35:28 Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMAK). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Wallahu a’lam -“Dan Allah lebih tahu atau yang Maha Tahu/ Maha Mengetahui"