Tuesday 21 August 2012

Melaka; The Glorious Malay Sultanate

This novel is base on historical document on history of Melaka. However it is not a history book. It is a work of fiction... - Author's note; page 691 

This book is roughly ninety percent history, and ten percent fiction. The main story and all the major characters and scenes are all base on facts. The fictitious aspect only came in where 'story holes' that had to be filled in - Author's notes; page 692

A must read... Banyak pengajaran yang boleh dipelajari...

Alhamdulillah, minggu lepas, aku berjaya juga habiskan novel setebal 699 muka surat ini setelah sekian lama tertangguh dan ditangguh. Sama ada akibat sibuk dengan urusan harian mahu pun 'rehat' sebentar dgn membaca bahan bacaan yang lain. Kisah yg ditulis dalam buku ini adalah dalam bentuk novel sejarah. Genre buku kegemaran aku.

Novel ini adalah karangan saudara Mansor Putih; seorang insan seni yang banyak bergerak di belakang tabir. In actual, aku bukan peminat hasil seni saudara Mansor dan aku tak dapat nak namakan walau satu pun hasil kerja beliau. Sungguh pun begitu hasil kerja beliau yang ini mendapat pujian yg tertinggi dari mata aku. Novel ini juga mendapat endrosement dari kerajaan negeri dan di awal novel ini terdapat kata² aluan daripada Ketua Menteri Melaka; Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Mohammed Ali bin Mohammed Rustam. 

Latar Belakang

Aku sebenarnya jumpa novel ini dalam simpanan mini library abah aku kat umah. Sebenarnya, abah aku pun tak baca lagi novel nie dan kelakarnya dia pun tak pasti macam mana novel nie boleh ada dalam simpanan dia. Apa pun lepas belek novel nie aku rasa ini antara harta karun yang perlu aku baca dan miliki. Aku tak mau mengalami nasib yang sama time aku dengan buku Al Tarikh Al Salasilah Negeri Kedah dahulu. Sekarang, buku Al Tarikh Salasilah tu ntah hilang mana ntah.. Sayang sungguh. Dari buku tu lah aku tau pasai Raja Kedah pertama yang sebenar dan asal usul kerajaan sebelah utara dulu.

Bercakap pasai buku tu, juga, ia agak menarik kini di mana pada akal dan pikiran aku ada sedikit konflik titik pertmuan antara berkaitan dgn raja atau sultan negeri Perak. 

Setahu aku Sultan Perak sekarang adalah keturunan Sultan Allaudin, anak kedua Sultan Mahmud. Tp dalam masa yang sama,  Merong Mahawangsa ada 3 anak. Anak sulung jadi raja Kedah, anak kedua jadi raja kat Siam dan anak ketiga jadi raja kat Perak. Adakah raja Perak nie berpusat di Dinding Beruas Perak? Aku tak pasti bcos aku tak buat kaji selidik pun... Anyway, dalam buku Al Salasilah Negeri Kedah terdapat satu alternatif salasilah kesultanan Melayu Kedah. Merong Mahawang merupakan watak mitos dan pemerintah pertama Kedah adalah Raja Derbar (ntah apa ntah..., aku tak ingat...). Dia lari dari perang ntah apa ntah.. aku tak ingat jugak...

Apa pun buku Al Salasilah ni adalah permata yang aku nak sangat. Dari buku nie aku tau pasai Merong Mahawangsa, Raja Derbar (perintah pertama Kedah), Raja Bersiong, Puteri Lindungan Bulan, Mahsuri, dan segala mak nenek pasai negeri Kedah... Sayang sekali, buku tu hilang ntah ke mana... Dan juga sebagai orang Kedah, aku harus berasa bangga bila Kesultanan Melaytu Kedah adalah (kalu tak silap aku) pemerintahan paling lama bertahan atas muka bumi nie.. Tak pecaya? Gi buat homework... 

Namun begitu, jika dibandingkan dengan kekuasaan Empayar Melayu Melaka, maka kerajaan Kedah Tua boleh dikatakan tak boleh nak dibandingkan. Empayar Melaka terlalu hebat sampai selat terpanjang di dunia pun (kalu tak silap aku lah) dinamakan bersempena kerajaan Melaka. Bukan dinamakan sebagai selat Srivijaya, selat Majapahit, selat Siam, selat Acheh, selat Sumatera, selat Andaman dan Selat Melayu. Tapi dinamakan sebagai selat Melaka. Ini satu penghormatan dan juga pengikhtirafan yang kita; orang Melayu dan semestinya kita patut berasa bangga. Berkaitan dgn kepentingan selat Melaka nie pula, ia antara terpenting bersama dgn Terusan Suez dan Terusan Panama. Since 2 terusan tu tak wujud zaman dedulu, maka Selat Melaka adalah yang paling penting. Dan ia sgt penting hinggakan nenek moyang Christiano Ronaldo dan Jose Morindo belayar beribu kilometer hanya untuk takluk (selepas depa takluk Macau dan Goa).

Novel ini berbentuk novel sejarah. Ia bermula dengan baik secara fiksi dari sudut mata org asal Melaka iaitu orang Sungai Bertam dan di akhiri oleh cucu cicit beliau apabila dia melihat perubahan drastik Melaka yg asalnya hanyalah kampung nelayan yg kini telah menjadi perlabuhan internasional.

Pengembaraan bermula dengan kisah Parameswara yang menjadi Raja Muda di Pelembang. Baginda melarikan diri setelah 'rebel' atas keputasan ayahnya yang nak abang dia jadi pemerintah... Parameswara lari pula ke Majapahit, kemudian ke Temasik dan kemudian ke Sg Bertam pula. The rest is history... Boleh dibaca dari buku sejarah tingkatan 3.... dan berakhirnya dengan kemangkatan Sultan Mahmud dan keberangkatan Sultan Alauddin ke II ke Negeri Perak dan adik²nya ke negeri Pahang. Juga terdapat sikit kesimpulan di bahagian epilogue.. Tp pada aku, kesimpulan inilah yang paling menarik sebab ia merungkai beberapa sebab dan faktor tersirat sesuatu kejadian yang berlaku di Melaka.

Novel ini menceritakan kisah dari sudut Sultan Melaka dan mereka yang di sekeliling baginda. Oleh sebab itu, kisah berkaitan dengan Hang Tuah agak sedikit. Ia lebih kepada perihal Sultan dan bendahara. Semua event adalah dari kaca mata Sultan dan kenapa Sultan bertindak demikian. Seperti dalam kes Hang Jebat, kita dimomokkan yang Jebat nak tegakkan keadilan bla, bla, bla.. Tp dalam novel nie ia menceritakan dari aspek kenapa Sultan terpaksa bertindak demikian. Namun begitu, novel ini juga secara sedarnya telah membuat kesimpulan tentang beberapa perkara yang pada aku berstatus kontroversi... Ini secara tak langsung menjawab beberapa tanda soal yang bermain diminda aku. Ia juga tak ada adegan magis dan pelik². Ada gak sikit, tapi tersangatlah minima.

Sebenarnya menurut novel ini penceritaan berkaitan dengan 'famili' Kesultanan dulu agak kompleks dari yang kita paham. Banyak rahsia dan kelicikan yang diceritakan dalam novel yang pada aku agak 'unbelieveble'. Namun begitu, hingga aku dapat situasi alternatif yang lain, maka sumber utama aku adalah dari novel ini.

Berkenaan Penceritaan Novel

Berikut pula antara beberapa perkara menarik atau pun mungkin kontroversi yang aku belajar dari novel ini...
  • Golongan bangsawan Melayu berasal dari wilayah Sumatera yang kini sebahgian dari Indon....
  • Penduduk asal Melaka adalah orang yg 'mudah' dan tidak berkemajuan. Kemajuan dibawa oleh golongan bangsawan dari  wilayah Sumatera
  • Pada mata aku, Parameswara adalah sorg yg sangat tak kenang budi. Dia sanggup buat tak paham pasai adat kerajaan negeri dia dan sanggup sabotaj abang dia dan akhirnya dia terpaksa lari ke Jawa. Kat Jawa dia dilayan baik dan diberi istana utk menginap but adfter that dia still sunggup cuba nak buat rampasan kuasa. Imagine, anak jiran hang datang umah hang than tetiba cuba nak rampas title tuan rumah dari hang !? Crazy or what? 
  • Kemudian Parameswara lari ke Temasik dan Tamogi (pemerintah Temasik time tu) layan dia dengan baik. FYI, Tamogi ni org Siam. Lepas tu atas alasan nak bebaskan orang Melayu dari cengkaman Siam (well actually Temasik dulu memang dlm wilayah Srivijaya ponggg..) si Parameswara nie sanggup bunuh Tamogi walau pun dilayan dengan baik dan claim sebagai pemerintah Temasik dan dgn sempoinya ubah nama Temasik jadi Singapura. Okay, kat sini aku difahamkan Singapura nie nama Melayu @ nama asal pulau tersebut. Bila Siam takluk ia dinamakan sebagai Temasik.. But anyway, still ungratefull of Parameswara utk membalas susu dengan tuba...
  • Sebelum tubuhkan Melaka, Parameswara dah survey byk tempat. Antaranya Muar. Tapi tak dak 'fung shui'.
  • Pada waktu ini, majoriti semenanjung Tanah Malayu dikuasai oleh kerajaan Siam.
  • Megat Iskandar Shah (Raja Besar Muda); anak Parameawara merupakan bangsawan pertama memeluk agama Islam. Bukan melalui orang Arab, China mahupun India tapi melalui orang Pasai  (utara Sumatera). Namun begitu selepas itu pengaruh dari setiap bangsa ada peranan masing². Masjid di Melaka yg berbentuk seperti To'kong bukan bermakna org Cina membawa utama Islam ke Melaka. Tp just menunjukkan keterbukaan org Melaka menerima rekaan tempat ibadat org Cina sebagai tempat ibadat org Islam.
  • Laksamana Cheng Ho; Dikenali sebagai Laksamana Zheng he merupakan sorang ChineseMuslim by birth. Namun begitu beliau tidak mempunyai keturunan kerana fizikal kemaluannya adalah seperti seorang sida² istana.
  • Puteri Hang Li Po; Bukan seorang puteri. Dia hanyalah pembantu dapur sahaja. Hakikat ini diketahui oleh beberapa orang penting. Antaranya Hang Jebat dan Hang Nadim. Dalam satu dialog (menurut novel ini), Maharaja China berkata kepada permaisurinya..."Melaka is such a small country. Can't you see how tiny it is on the map? It is so tiny I can't see with my own naked eyes?"...
  • Punca Hang Jebat mengamuk; Kematian Hang Tuah bukan sebab utama Jebat mengamuk. Ia hanyalah pencetus penyebab. Punca utama Jebat mengamok adalah kerana kerosakan dan kurapsi yang berlaku dalam istana. Jebat terlalu kecewa kerana sewenangnya tanah penting diberi kepada bangsa asing (terutamanya Cina) oleh istana. Berikut adalah sedutan dari novel tersebut; But it took Tuah's death to triggered the unthinkable. He had wanted to cleansed the palace and the sultanate of rouge official, all off whom where Malays. Above all, he want the sanctity of Islam upheld. Than he realized that the reason why the reason the Chinese emperor had sent a young Chinese girl to be married to the sultan was to soften the sultan's heart. No wonder, after the marriage to the Chinese girl whom Jebat thought was just a kitchen helper and not a princess as what everybody in Melaka thought  she was, Mansur (sultan) changed drastically. He showed more favors to the wealthy Chinese traders and merchants. They come to the palace anytime they wished. They even barged in the middle of sultan's meeting with his senior officials.... how could the sultan treats the foreigners when his loyal subjects were living in bra existence? This is how the Eight Village was taken over by the Chinese. The Chinese knew how to manipulate the the sultan. His main weakness was women. So they provide him with a host of beautiful women where they spent together at secluded places; often in huge Chinese mansion of rich Chinese towkays, and drink Chinese beer and even smoking opium called madat.
  • Pertarungan Tuah Jebat dan kehebatan Jebat; Inilah pertarungan epik. Keduanya terlalu hebat jika dibandingkan dengan orang lain dan sama handal. Malah Tuah pun pada mulanya kurang yakin utk tewaskan Jebat. Mereka bertarung utk sekian pusingan utk sekian lama. Siap Hang Tuah boleh balik mandi bertafakur dan lain lagi lah. Kemudian datang Istana sambung untuk bertarung. Kehebatan Jebat terlampau dasyat sampaikan walau pun setelah Tuah telah pun merampas keris Taming Sari dan menikam Jebat, para pengawal dan tentera Melaka masih takut utk serbu masuk ke Istana untuk sekian lama. Malah setelah itu, Jebat telah membunuh lebih ramai orang setelah dia keluar dari Istana dalam keadaan cedera parah. Secara peribadinya aku rasa Tuah tidak mahu bunuh Jebat. Itulah sebabnya dia tidak secara terus membunuh Jebat semasa pertarungan dalam Istana. Barangkali dia mengharapkan Jebat melarikan diri. FYI Sultan masa ini adalah Sultan Mansor Shah. Dan lepas ni, keris Taming Sari adalah kepunyaan Sultan.
  • Melaka pernah cuba ditakluk oleh kerajaan lain selain oleh Siam dan sebelum Portugis.
  • Puteri Gunung Ledang adalah dongeng semata-mata. Hang Tuah dan Tun Mamat berpakat untuk reka cerita berkaitan dgn permintaan Puteri Gunung Ledang. Hang Tuah sendiri pernah explore Gunung tersebut time dia muda dulu dan mengesahkan yang memang tak wujud Puteri tersebut. Depa terpaksa menipu sebab Sultan Mahmud jenis tak "paham bahasa". Ini menunjukkan hang Tuah lebih matang daripada dahulu dan bukanlah bendul. Time nie Hang Tuah dah tua sgt dah...
  • Melaka juga telah melakukan ekspedisi pembebasan negeri Melayu. Ekspidisi ini hingga ke negeri Kelantan.
  • Tak dinafikan Hang Tuah adalah pendekar terhebat pernah wujud di zaman Melaka dulu. Nama Hang Tuah sahaja sudah cukup buat orang gerun dan Hang Tuah sorang yang 'no nonsense'. Dia secara cool nya telah secara cool nya bunuh sorg bangsawan semasa misi di Pahang semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah I.       
  • Sultan Alauddin Riayat Shah I merupakan Sultan terbaik Melaka selepas Megat Iskandar pada mata aku. Dia banyak hands on. Malangnya dia mati diracun... akibat daripada balas dendam pembunuhan yang Tuah lakukan di Pahang sebelumnya...
  • Tun Ali dan Tun Mutahir (Tun Mutahir nie anak Tun Ali) adalah keturunan India Muslim. Sebelum serangan Portugis, Melaka dilemahkan oleh pemberontakan (cubaan rampasan kuasa) oleh Tun Mutahir.
  • Hang Nadim adalah menantu Hang Tuah dan Hang Tuah amat sayangkan Hang Nadim. Dia bukan anak dan lain². Tapi Hang Tuah anggap Hang Nadim nie waris dan anak sendiri. Segala ilmu diturunkan kepada Hang Nadim.
  • Di katakan bahawa nama asal keluarga Alfonso de Albuquerque adalah Al Bukhari. Namun menukar nama ke Albuquerque selepas bertukar agama ke agama Kristian selepas penaklukan semula Kristian ke atas Portugal dan Spain.
  • Faktor utama kejatuhan Melaka adalah kerana ketidak setiaan pegwai dan penduduk Melaka terhadap kerajaan Melaka. Ini adalah kerana pihak Istana dan Sultan yang sgt korup dan dan lemah.
  • Bangsa asing (terutamannya Cina dan sedikit India) sanggup menjadi tali barut demi mendapat imbuhan lebih dari pihak Portugis. Sultan pernah mengeluh tentang perihal ini. Cuma yang menjadi masalah adalah mereka tamak dan mau lebih. Mereka dijanjikan tanah yang lebih setelah Portugis menakluk Melaka. Dan semenangnya itu itu yang mereka dapat. Lebih tanah. Kesetiaan mereka hanya pada wang. Melayu dipaksa keluar dan tanah dipaksa untuk dijual dgn harga yang amat rendah. PS - ini adalah fakta menurut novel ini, aku bukan berniat keluarkan statement perkauman. 
  • Setelah kejatuhan Melaka, Kesultanan Melaka telah beberapa kali melakukan serangan balas, namun gagal membuahkan hasil. Malah terpaksa berundur hingga kembali ke Palembang semula.
  • Parang terbang; Kisah berkaitan dengan parang terbang paling mula sekali adalah selepas Portugis merosakkan dokumen dan warisan Istana. Pengguna parang terbang mengumpan Portugis ke hutan utk disembelih dengan parang terbang dan dibaham oleh harimau. Parang terbang tak digunakan semasa mempertahankan kota Melaka mahupun serangan penaklukan semula Melaka drpd Portugis. Just utk mengajar Potugis agar tak merosakkan warisan Melayu.
  • Hasil kekayaan Istana Melaka hilang bila karam bersama kapal di lautan Hindi. Namun terdapat juga manuskrip yang sampai ke eropah.
  • Penaklukan Melaka oleh Portugis dimudahkan kerana kerja sama yang tidak bersungguh-sungguh oleh orang Melayu jelata kerana tahap kerupsi Istana yang sgt dibenci oleh rakyat.
  • Sultan Ahmad Shah (anak Sultan Mahmud) mati dibunuh oleh ayahnya sendri (setelah mendapat tahu kemudiannya) yang Istana telah hampir muflis atas salah guna dan salah etika membabitkan dengan orang Cina. Ironiknya juga dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah sendirinya (bersama dengan anaknya Sultan Ahmad Shah). - ms 681.
  • Majoriti informasi daripada kisah Melaka diambil dari buku Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Sri Lanang. Ia ditulis di Kampar 7 tahun selepas kemangkatan Sultan Mahmud terakhir. Tiada atau tak byk manuskrip yang yang originalnya mampun diselamatkan oleh pihak Istana. Ini adalah kerana semasa melarikan diri, mereka tak sempat nak ambil semua. Dan manuskrip ini setelah dijumpai oleh Portugis, (setelah Portugis bakar hangus Istana Sultan), sebahgian telah dibawa ke Portugal, sebahgian telah dibakar dan sebahgian hilang berassa kapal Flower of the Sea @ "Flor de la Mar" yang karam bersama harta pusaka Istana yang lain. Kemusnahan 'intelek' inilah yang membuatkan berkalu serangan prang terbang pertama ke atas Portugis. Sebahgian daripada manuskrip pula cuba diselamatkan dalam misi mencari dan menyelamat yang terdiri hanya 2 orang iaitu Hang Nadim dan Sultan Ahmad tapi malangnya gagal juga. Kehilangan harta intelek inilah yang menjadi punca kesedihan utama Sultan Mahmud. Tun Sri Lanang merupakan waris scribe turun temurun Kesultanan Melayu Melaka.
Secara asasnya ini antara intisari penting yang aku ingat dan pada aku penting dan menarik untuk dikongsi bersama. Pada aku kita harus faham dan pelajari sejarah negara kita dan sebagai Melayu sejarah bangsa kita. Significant kewujudan Empayar Melaka adalah mewujudkan bangsa Melayu. Sebelum kewujudan Empayar Melayu ini, tiada 'bangsa' Melayu dan bahasa Melayu seperti sekarang. Yang wujud adalah kelompok etnik dan pelat kawasan. Selepas Melaka, Melayu menjadi satu bangsa yang lebih mudah atau lebih terbuka. Mana² bangsa yang beragama Islam dibahasakan sebagai Melayu. Malah sekiranya Cina atau India yang masuk Islam ia dikatakan sebagai masuk Melayu. Melayu dan Islam terlampau sinonim di sebelah sini.

Bangsa Melayu

Di sini juga kita terpaksa akui sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa yang baru wujud. Aku sebenar tak yakin dengan teori bahawa bangsa Melayu adalah keturunan ibu Keturah; isteri ketiga nabi Ibrahim. Teori tu berkepentingan dan tak popular. Namun begitu siapalah aku...

Dalam bercakap pasai bangsa Melayu nie aku teringat kata² DSN masa perhimpunan UMNO dulu. Dia cakap bangsa Melayu nie pelbagai. Mamak, Jawa, Bugis, Sakai, Iban Arab, Minang dan lain² pun Melayu. Ini adalah seperti yang ditulis dalam buku nie. Malah bendahara Tun Ali dan Tun Mutahir pun mamak. Susah nak klasifikasi sebagai Melayu. Kesimpulannya, Melayu lah dia kalau dia beragama Islam. 

Selepas buku ini, aku akan teruskan ekspidisi mengenal sejarah bangsa dan agama di nusantara ini. Lepas nie insya'allah aku akan baca pula buku Hang Nadim, Laksamana Awang dan Kiyai Saleh. Alhamdulillah aku dah habis baca novel tokoh kemerdekaan lain seprti Tok Janggut, Mat Kilau dan Dol Said.

 Novel sejarah karangan Abdul Latib Talib dalam simpanan aku; Semua dah baca kecuali Pendekar Siamang Gagap. Why? Aku tak kenal dia. Tp lambat lain aku akan baca juga nanti..

Berkenaan dengan kisah kejatuhan Melaka, aku hanya baru membaca 2 buku alternatif selain sukatan KBSM di sekolah dahulu iaitu novel Setelah Roboh Kota Melaka karangan Abdul Latib Talib dan novel Melaka; The Glorious Malay Sultanate.

Jika dibandingkan dgn novel Robohnya Kota Melaka, terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi plot, peranan watak dan adegan. Antara yang paling ketara adalah kedudukan dan peranan Tun Mutahir dalam era Sultan Mahmud. Kalau mengikut novel Robohnya Kota Melaka, Tun Mutahir dibunuh bukan sebab dia memberontak tapi difitnah atas tuduhan cubaan memberontak. Pendek kata Tun Mutahir difitnah. Ini penting kerana status tuduhan dan kematian itu adalah amat serius. Selain itu terdapat beberapa lagi perbezaan lain. Namun begitu yang pasti, Sultan Mahmud bukanlah seorang sultan yang bertanggung jawab dan bijak ketika zaman pemerintahannya di Melaka.

2 Sumber bacaan aku..

55 Tahun Setelah 500 tahun

Seperti yang aku selalu sebut dahulu, sejarah bukanlah sesuatu yang mati. Pada aku sejarah hidup selamanya kerana sejarah pasti berulang. Macam kata² Ahmad Deedat; A wise is a person who learns trough exeriance but a wiser man he is if he learns trough others experiance. Oleh sebab itu kita harus belajar sejarah supaya tak melakukan kesilapan yang sama. Ini adalah kerana sifat manusia itu tetap sama dari dahulu hingga ke sekarang. Sifat dan ciri pembelot dan pengkhianat tetap sama. Sifat dan ciri kerosakan pemerintah tatap sama. Bergantung kepada kita macam mana nak betulkan atau menasihatkan.

Kesultanan Melayu Melaka hanya berusia 111 tahun. Bermula pada tahun 1400 masihi hingga ke kejatuhannya pada 1511. Bila direnungkan kembali usia kemerdekaan baru 55 tahun. Bayangkan, kita secara umumnya dijajah dan kekayan kita tanah air kita dieksploitasi dengan rakus lebih dari 500 tahun lamanya. Namun alhamdulilah, Melayu tetap Islam dan kita berjaya untuk bebas tanpa ada pertumpahan darah yang banyak. Perjalanan dan kejayaan Malaysia masih terlampau jauh jika dibandingkan dengan peranan yang pernah dimainkan oleh Melaka dahulu. Jika direnung kembali Malaysia dan Melaka adalah amat mirip sekali. baik dari segi komposisi penduduk, ekonomi dan juga politik. Ini juga memungkin kita menjadi cemburuan pihak yang berhati busuk dan berkepentingan. Dan jika kita tidak berhati-hati kemungkinan kita akan mengalami kejatuhan yang sama dialami oleh Melaka.  Korupsi, kerosakan pegangan moral, salah guna kuasa, pembelotan dan perpecahan.

Aku sebenarnya agak kecewa dalam lawatan aku ke Melaka tempoh hari. Setahu aku Melaka adalah satu - satunya empayar Melayu yang wujud yang boleh dibanggakan. Tapi malangnya kehebatan tamadun dahulu tak ditonjolkan oleh pihak berwajib. Tak nampak apa yang Melayunya pun... Terlampau komersial dan kapitalis. Sila rujuk tulisan ini utk fahami kekecewaan aku.

Apa pun, belajar lah sejarah orang dulu dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55.
 
Aku berharap kepada mana agar tulisan aku nie tidak diambil sebagai fakta bulat² tapi dijadikan sebagai pencetus minat utk belajar. Aku pun bukan pandai pun. Byk salah dalam kefahaman. Jadi kalau ada salah silap, tolong betulkan...

Putera Palembang berteduh dibawah pohon Melaka,
Anjing paduka ditendang kancil putih berseri,
Maka bertitahlah baginda negeri baru dibuka,
Diberi pula ia sempena nama pokok tadi....