Sunday 16 September 2012

Provokasi; Innocence Of Muslims

Isu terkini adalah berkaitan dengan kemarahan umat Islam secara majoritinya terhadap filem yang dihasilkan oleh induvidu yang dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula yang bertajuk Innocence of Muslims. Difahamkan yang Nakoula nie adalah seorang Coptic Christian @ Kristian Koptik.  In before, apa itu Kristian Koptik?

Kristan Koptik

Kristian  Koptik adalah Kristian semula jadi turun temurun sejak lahir sejak zaman terawal perkembangan Kristian di Mesir. Ini bermakna, ayah, datuk, moyang dan sejalur keturunan Nakoula ini beragama Kristian dan sebelum nenek moyang  dia beragama Kristian, nenek moyang dia most probably sembah Amon Ra atau Firaun atau mana² yang sewaktu dengannya. Kristian Koptik nie bukan sebahagian drpd Roman Katolik, Protestant dan  lain². Mereka kononnya adalah pengamal ajaran Jesus yang sebenar.

Actually kewujudan Kristian Koptik ini juga secara tak langsungnya membuktikan bahawa Islam tidak disebarkan melalui  mata pedang dan juga membenarkan perlaksanaan “Tiada paksaan dalam memeluk agama Islam”.

Aku pertama sekali dengar Kristian Koptik ini melalui debat Ahmad Deedat dengan Anis Sharroh. Anis Sharroh ni Kristian Koptik yg tinggal dan berkahwin dengan warga Amarika.

Tuduhan Liar Terhadap Rasulullah

Aku belum nonton klip Innocence of Muslims. Dan aku sebolehnya nak tgk. Aku nak tau apa yang depa “ngarut”  dan menimbulkan kemarahan umat Islam dunia seluruhnya. In a nut shell, aku difahamkan yang ia menggambarkan Rasullulah seorang “gila seks”dan “gila perang”.

Menuduh baginda Rasulullah dengan tuduhan tersebut bukan perkara baru. Malahan kalu tak silap aku, majority org non Muslim beranggapan begitu tentang Rasulullah. Sepanjang aku mengikuti siri debat dan lain², inilah yang menjadi 1 taboo atau salah faham paling besar bagi baginda Rasullullah. Dan aku percaya jika kita petik mana² average Muslim selepas sembahyang Jumaat, majoritinya tak mampu menangkis tuduhan yg Rasulullah sebagai “gila seks”.  Yang tebaik depa boleh buat adalah masuk mode “in denial”.

Secara jujurnya ini masalah ini juga antara masalah yang membelenggu aku utk sekian lama.  Semasa aku menjalani latihan praktikal di Sime Tyres Alor Setar, aku telah mengikuti satu ceramah agama. Dan aku ada ajukan beberapa soalan panas berkisarkan perkara tersebut. Malangnya soalan aku itu tidak dijawab dengan baik oleh ustaz terssebut. Or maybe juga jawapan ustaz tersebut dan diterima logic akal aku.

Namun begitu, syukur alhamdulillah akhirnya aku menemui jawapan yang memuaskan dalam buku Kesalahan² Terhadap Fakta² Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Nasib baik aku tak ikut nasihat org yang mengatakan 'menuntut ilmu dengan buku ibarat menuntut ilmu dengan Syaitan’. Kalau tidak, kemungkinan aku dah jadi sebahagian drpd golongan agnostic sekarang.  Oleh itu banyaklah membaca dan jangan jadi org Melayu Islam yang mencari alasan utk malas membaca. 

 Buku yang wajib baca oleh setiap Muslim

Namun begitu, bila baca kita kena sabar. Memang ada benarnya juga, baca sahaja boleh menyesatkan, tp kena sebar. Mungkin juga yang kita keliru tu sebenranya ujian tuhan.  Jika ada yang tak paham, jgn cepat buat keputusan. Cari rujukan lain seperti buku lain atau guru lain. Tapi yang penting sekali bacalah buku dengan niat yang baik. Jangan somnong dan angkuh bila menuntut imu atau ketika membaca.

Aku pernah jumpa org yang dengan sombongnya menolak Islam dan mengaku agnostic sebab kononya dia telah “bedah” agamanya.. Pada ku ini adalah contoh belajar tak habis dan angkuh.

Anyway, kalu tuntut ilmu dengan guru pun, ada juga guru yang karut sampai jadi amalan tarikat pelik dan lebih teruk terjerumus dalam kelompok ajaran sesat. Pokoknya bergantung pada induvidu.

Situasi Semasa

Sebenarnya setahu aku, parody atau filem jenaka mahupun serius mengutuk agama bukan suatu yang baru di barat. Mereka mempunyai alasan tersendiri yang membenarkan perkara tersebut.

Secara statistiknya, agama Islam tidaklah begitu teruk dihina dan diperli jika dibandingkan dengan agama Kristian sendiri. Perlu difahami, di barat, sungguh pun umumnya mereka beragama Kristian, tp mereka bukan practicing Christian. Kebanyakannya fahaman bebas, agnostic mahupun atheist. Setahu aku, kini fahaman athiest yang paling kuat berkembang disana. 

Terlalu banyak filem yang parody Kristian dibarat. Antara yang aku oleh ingat sekarang adalah The Tenth. Kalu kita ikut blog pula, jenaka "perli" Jesus bukan perkara asing lagi. Kalau kita ikut blog 9 Gag pun kita akan senang jumpak jenaka Jesus. 

Kisah Sedih

Yang menyedihkan pada aku adalah kematian duta Amerika ke Libya. Apa dosa mamat (mendiang) tu? Dia ada kaitan dengan produksi ka? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. 

Buat demonstrasi aman adalah OK. Tp bila dah ada pertumpahan darah macam nie, aku percaya dah keluar dari ajaran Islam. Islam pun tak benarkan bunuh orang yang tak bersalah macam nie. Islam tak pernah ajar umatnya jadi umat yang emo macam nie. Sepatutnya Muslim menjadi contoh yang baik dan bukan membenarkan lagi tuduhan mereka (musuh² Islam) yang mengatakan Muslim emosional, ganas dan barbaric.

Cukuplah sekadar berdemo secara aman dihadapan kedutaan. Dalam berdemo tu, tunjukkan tingkah laku yang baik.  Daripada dok maki hamun Amarika, better buat ceramah  raptai maulud Nabi depan kedutaan. Or, lagi gentlemen, buat appointment dan bagi tazkirah Maulud Nabi pada seluruh staff kedutaan.

Sebenarnya kematian duta tersebut adalah suatu tragedy dalam Islam. Islam bukan agama yang menyemai kebencian. Islam bukan agama yang “kalu hang tak sebulu dgn aku hang mati!”. Tp Islam adalah agama mendidik. Dalam perkara ini kita dapati kita gagal mendidik dan gagal menonjolkan tingkah laku yang selayaknya menjadi teladan.

Dengan kematian ini, ia menyemai lagi kebencian dan salah faham terhadap Islam…

Sejarah Bakal Berulang?

Dalam kisah sedih ini aku teringat sejarah yang pernah berlaku di Pahang. British nak Sultan Pahang terima Residen British. Tp sultan tak mau. Than British “hantag” Cina warga negeri Singapura (jajahan British) utk berurusan niaga di Pahang. 1st time kes (kematian pertama). Sultan ble taichi lagi. Tp kematian kedua yang berlaku diperkarangan Istana membuatkan Sultan gagal utk taichi lagi. British guna alasan Sultan tak mampu menjaga keselamatan warga negaranya utk memaksa Sultan menerima Residen. Of course Sultan juga diberi “gaji” bulanan….

Adakah Amerika akan menggunakan alasan yang sama utk direct intervention di negara Asia Barat atas alasan keselamatan dan menghapus keganasan seperti mana Amerika merestui Israel menghasilkan senjata  sebagai alat perlindungan dan menindas atau menyerang rakyat Palestin atas prevention is better than cure?

Hanya tuhan yang tau. Tapi pada aku yang pasti Muslim as a whole banyak menggunakan perasaan bergantung dari akal. Ingatlah pepatah Melayu ini; Ikut hati mati, ikut rasa binasa… Kini Muslim secara umunya dah masuk perangkap dan susah nak keluar.. Kita bukan sahaja lemah dalam ekonomi, intelektual, malah lemah dalam mengatur strategi.  Alhamdulilah Muslim Malaysia masih rasional dan tak buat perangai gile macam gi sekeh kepala mat saleh kat KLCC. Kalu tak, haru biru hendaknya…

Sekian…

Monday 3 September 2012

Sahabat Aku Seorang Pastor

Pada 30 Ogos 2012 jam 9.00 malam aku ada appointment dgn seorang cust yang juga menjadi sahabat aku. Beliau bernama Abert dan dia bekerja sebagai seorang pastor dari mazhab @ aliran Protestan.

Basically aku berkenalan dengan Albert sebagai seorang cust. Aku mengetahui perihal peribadi beliau ketika dlm kenderaan. Albert amat mudah dibawa bersembang dan beliau sgt tidak lokek utk berbicara tentang ilmu dan pengalamannya dgn aku.

Mr Albert & me at Pelita Sg Dua Penang.. Aku hanya ber T-shirt My Chemical Romance

Actually ini pertemuan @ temu janji kami yang kedua setelah pertama kali kami bersembang dalam kereta. Kali pertama adalah beberapa bulan yang lalu. Aku dah tak ingat bila. 

Pada pertemuan pertama dulu, kami banyak bersembang perihal background masing². Pada pertemuan itu, aku yang lebih banyak bercakap. Aku bercerita tentang salah faham orang tentang Islam dan juga salah tafsir orang Muslim sendiri tentang Islam. Aku memberi gambaran peribadi aku pada Albert tentang perihal masalah org Islam dan kenapa orang Islam mundur dan kolot kini. In short aku cuba membetulkan tanggapan non Muslim terhadap fenomena menyedihkan yang menimpa umat Islam sekarang. 

Berkaitan dengan temujanji kali kedua, aku pula lebih banyak biar Mr Albert bercerita. Well, actually dia bercerita berdasarkan soalan yang aku tanya. Dia bercerita perihal perjalanannya dari bukan seorang Kristian hinggalah menjadi seorang Pastor yang komited dengan Jesus. Aku tak pasti adakah wajar atau morally correct kiranya aku cerita perihal perjalan hidupnya dari non Kristian hingga menjadi seorang pastor. But apa yang boleh katakan yang aku kagum pengorbanannya selama ini dalam jalan Kristian. FYI, golongan Kristian juga memanggil @ membahasakan tuhan sebagai Allah. Cuma time berdoa aku difahamkan mereka membahasakan sebagai berdoa kepada Jesus @ Isa. 

Selain itu, terdapat beberapa lagi topik yang kami bincangkan. Dalam pada itu aku juga sering mengingatkan Mr Albert yang aku bukan orang pandai agama.  Apa yang aku ceritakan hanyalah berdasarkan kefahaman aku yang cetek melalui kaedah 'self learn'. Aku menekankan yang aku suka dan kuat membaca berdasarkan perintah Allah melalui wahyu pertama. Di sini aku tekankan yang Islam adalah agama yang tidak ortodok yg dogmatik dan tidak takut utk membaca utk mencari kebenaran. Malah aku menerangkan padanya tentang kemajuan dan kehebatan umat Islam dalam tamadun yang terdahulu adalah kerana umat Islam suatu ketika dulu tidak takut utk membaca sama ada bahan bacaan tersebut berbentuk agama mahu pun yang bukan berbentuk agama. 

Aku menerangkan yg umat Islam dahulu tidak prejudis tentang ilmu yang mereka kutip sama ada bersumberkan dari tamadun Mesir purba yang sinonim dengan Firaun atau pun tamadun barat dan timur lain². Asalkan tujuan ilmu itu adalah utk kebaikan. Aku terangkan yang kini umat Islam amat berbeza. Mereka kononnya amat mahu memartabatkan Islam tapi mereka malas membaca dan paling malang skop bacaan amat cetek. Aku beri contoh di mana aku di "nasihat" oleh sesorang utk baca bacaan yg berkaitan sirah Nabi sahaja demi mengejar Syurga dibanding dari membaca buku Dr M yang padanya bersifat duniawi sahaja.

Dan di sini juga aku selitkan juga yang punca kelembapan  umat Islam kini adalah diantaranya disebabkan ketaksuban umat Islam kepada tokoh "agama" tertentu. Selain itu ia adalah kerana mereka takut utk membaca kerana mereka mengambil nasihat ulama Islam dahulu iaitu "belajar dengan buku tanpa guru adalah seperti belajar dengan syaitan" di luar konteks.

Disamping itu kami sedikit sebanyak berbicara dan bertukar pendapat tenang ilmu wahyu mengikut pengetahuan kami. Pada Albert setiap Bible dimuka bumi nie sama dan New Testesment itu adalah Injil. Dia juga berkata, jika tidak silap dia yang ada ayat yang meminta agar Muslim merujuk kepada Kristian tentanng beberapa perkara... Di sini mau tak mau aku terpaksa betulkan pemahamannya. Bible sebenarnya bukan Injil malahan New testament juga bukan Injil. Aku terangkan bahwa serpihan dari 4 Gospel @ Good News (Berita baik) terkandung Injil. Aku terangkan lagi bahawa Injil bukannya sebuah buku. Injil sebenarnya ilmu yang disampaikan oleh hazrat Isa @ Jesus pada umatnya. 

Bible sebenarnya terkandung ayat;
  1. Kalam (kata²) Allah.
  2. Kata² historian @ ahli sejarah.
  3. Kata² Nabi.
  4. Kata² penglipur lara.
In short Bible bukan seperti Quran kerananya ianya sudah tercemar dan rojak. Sungguh pun begitu umat Islam harus menghormati Bible. Malahan menurut pendapat aku, yang amat kuat dan pekat dipengaruhi oleh cara pemikiran Ahmad Deedat, Muslim harus membaca Bible.

Anyway pada jam 11 lebih aku mendapat panggilan hayat isteri dan aku kena balik... Sebelum aku undur diri, Mr Albert sempat memberi aku buah tangan seperti dlm gambar dibawah... 

Hadiah perpisahan sementara..

Ia adalah Zabur dan Injil dalam bahasa Malaysia @ Melayu. Aku belum baca lagi. Tp sepintas lalu ini hanya alih bahasa Psalm (dari Old Testament) dan New Testament. Since Mr Albert menghadiahkan aku "buku" ini sebagai hadiah perpisahan sementara, maka aku pun menghadiahkannya sesuatu. Aku memperkenalkannya (bukan menghadiahkannya kerana aku tak bawa hadiah apa pun) dengan buku yang mengubah aku selamanya iaitu buku Bible, Quran & Science. 

Buku yang mengubah hidup aku selamanya dan juga yang menyelamatkan aku...

Apa pun, aku lihat kini kami makin selesa berbincang perihal agama dan atas sebab itu aku berdoa agar kami masih berpeluang utk berbicara dan berdialog lagi dimasa hadapan.  

Sekian..