Wednesday 22 February 2012

Batang Hidung Sendiri

Mingguan Malaysia; m/s 15
Tajuk Artikel ; Guna agama bagi kepentingan politik Ancaman terbesar umat Islam

Dr Asri berkata;

"Misalnya 2 hari lalu saya telah memuat naik di Facebook gambar Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menghadiri majlis perayaan Thaipusam di Batu Caves sebelum ini...

Selepas itu saya telah mendapat hampir 1000 komen menyatakan kehadiran PM itu menyalahi akidah serta fatwa berbaur politik.

Namun apabila saya memuat turun gambar DSAI semasa meraikan perayaan yang sama di Ipoh, mereka mengatakan pula gambar itu perlu disiasat kerana kemungkinan ia superimpose"...

Kah kah kah kah kah kah
Super impose?

Kah kah kah kah...
Hahahahhaaaa
Bila kena batang hidung sendiri...

Hahaha wah hahahaaa
Gelabah wei...

Sory, aku terikut stail Hishamudin Rais dalam Tukar tiub.. Aku bukan macam nie. Tapi aku tak boleh tak senyum sendiri bila baca artikel nie. Pada aku artikel nie memang tepat kena pada batang hidung orang Malayu kita. Aku jumpa ramai sgt org yang perangai macam nie sejak aku hidup 30 tahun. Yang syok sendiri, yang tunjuk sombong dengan merendahkan org lain dan sebagainya. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, diam tak terkata. 

Sama gak dgn kes Adam Adli. Bila dia turunkan bendera Najib, semua org PR kecoh kata Adam Adli nie champion. Awek tudung labuh (yg majoritinya sokong PAS secara membuta atau utopia PAS akan tegakkan kan syiar Islam) pun puja Adam sebagai lelaki idaman bakal suami yg soleh ter "kamil". But bila Adam buat demo bodo kat depan markas PAS, secara automatik, Adam bukan lagi ikon atau agen PR. Apatah lagi PAS. Tak lagi mengagongkan Adam. PAS diperli dan "dimarah" oleh org besar PR macam Hisham Rais.

Tu tak kira kes support negara Yahudi lagi tu. DSAI jelas dan tidak akan saman mahupun ubah statement dia berkaitan dgn keselamatan negara Israel. Ini secara tak langsung dia mengikhtiraf negara haram Israel. Am I correct? PAS pula tak ikftiraf. So How? Ini maslah polisi. Mana boleh ada konflik. Kalu ditakdirkan PR memang PRU 13, dan DSAI nak buat hubungan diplomatik dgn Israel, so PAS nak benarkan atau tidak? Buat masa nie PAS memang kata tak setuju. Tp ada depa amik tindakan.... macam DAP buat ...macam ugut nak keluar dari PR? Setahu aku tidak. Hmmm.... sayangkan kuasa dari prinsip... Hhmmm, pada aku ini ditafsirkan sebagai gilar kuasa. 

Seriously, aku sayangkan PAS. Tapi bila byk benda ngarut yg pelik ala d@y%s yg depa buat, aku dah tak respek pada depa. Come on PAS! Wake up and control PR! Hangpa majoriti. 2 negeri hangpa kontrol. DAP 1 negeri. Selangor hangpa kontrol 1/3. Hangpa mojoriti lah dalam PR lah woi.. Tak pun PAS just boleh komen bab adat Melayu jek... Komen jek... Kah kah kah kah haaaaa...  


Friday 17 February 2012

Valentine's Day

Maybe aku dah terlewat nak sentuh pasai hari Valentine, tapi aku nak sentuh juga sikit. 

Basically bila tiba 14 Februari semua org akan kecoh pasai hari Valentine. Seriusly cakap aku pun pernah "terjebak" dgn hari nie zaman bengong aku dulu. Seingat aku dulu hari Valentine dikenali sebagai hari kekasih, kini hari Valentine dikenali sebagai hari meraikan cinta. Macam boleh tukar dan fungsi sebenar hari Valentine nie pun aku tak pasti...

Sebenarnya terdapat beberapa "riwayat" yg berkait dgn asal usul hari Valentine ini. Tahap kebenarannya pun susah nak dipastikan. Tapi kalu ikut WIKI, cerita yang kita selalu dengar tu betullah.

Sefaham aku, hari Valentine lebih sinonim dgn hari meraikan kekasih berbanding hari meraikan cinta (yg mempunyai maksud yg lebih luas dan subjektif). Aku dibesarkan dgn kefahaman begini dan cuma 2-3 tahun akhir² nie shaja ia dikaitkan dgn cinta. Kalu tak silap aku, di Jepun (nie pun aku dapat tau dr citer dan anime Jepun), hari Valentine adlah hari dimana si aweks bagi hadiah kepada lelaki yg dia "admire" dan hari Christmas adalah hari yg si balaks tu pula bagi hadiah pada pompuan yg dia suka. Kalu kat M'sia pula kalu tak silap aku hari dimana aweks dan perempuan bagi hadiah utk membuktikan cinta mereka dan vice versa dari pihak lelaki.

Haram Ka Sambut Hari Valentine?

Aku tiada jawapan utk soalan tu. Sebenarnya hari Valentine bukan hari suci macam Krismas. Ia adalah hari yg di "market" kan utk jadi popular atas faktor² tertentu. Setahu aku, hari Valentine nie macam hari Ibu, hari Bapak dan lain² hari yg dicipta atas nama "menghargai". Tapi since hari nie mencipta kontroversi maka ia diberi perhatian lebih.

Kenapa Ia Cipta Kontroversi?

Aku bukanlah org yg warak dan tak pernah buat silap. Tp kalu perkara yg tak elok berlaku, aku rasa aku terpaksa bagi nasihat dan pendapat. Nasihat nie utk aku dan juga org lain. 

Aku tak pasti sama ada ia agenda Yahudi Freemason ke hape. Tp yang aku pasti budaya menyambut hari Valentine nie dah create satu masalah sosial. Ini adalah kerana pada hari inilah berlaku aktiviti pembuktian  cinta dari sorg perempuan kepada lelakinya atau dari si aweks kepada si balaks. Aku percaya semua org paham maksud pembuktian cinta ini. Ini bermakna si aweks menyerahkan benda paling berharga dirinya kepada si balaks. Sejauh mana kebenaran apa yg aku cakap nie boleh dicari sendiri dari sumber yg lain. In short, akhir tahun setiap tahun adalah masa dimana statistik pembuangan bayi adalah tinggi.

Pendek kata, hari Valentine ini dijadikan hari istimewa utk menunjukkan atau membuktikan nilai cinta suatu pasangan. Dan ini berlaku dalam bentuk maksiat iaitu zina.  

Dalam paper Star ada interview yg agak cynical dgn Nasarudin Tantawi. Di akhir interview si reporter pun berseloroh, kalu diharamkan hari Valentine sebab faktor zina, maka lepas ini, perlulah pula diharamkan hari sambutan tahun baru. Come lah... Kalu tak boleh sekat semua, at least sekat lah sebahgian. Tahun baru tak begitu sinonim, tapi hari Valentine sgt sinonim dgn zina atas nama pembuktian cinta. 

Kedudukan Zina

Setahu aku, zina ini haram bagi semua agama. Baik dari agama Kristian hingga ke agam Hindu. Malah budaya masyarakat Cina juga mengatakan zina itu salah. Apa yg kita lihat atau baca di media sekarang berkaitan dgn induvidu @ celebrity yg Kristian bersekedudukan hingga melahirkan anak tanpa ikatan perkahwinan sebenar sesuatu yg salah dalam agama Kristian. Ini adalah budaya hedonism gaya hidup liberal yg menghakis nilai moral agama Kristian. Ia dibenarkan atas nama hak asasi manusia @ hak kebebasan manusia. 

Jadi pada aku tindakan kerajaan atau pihak tertentu mendesak mengharamkan penghebahan hari Valentine adalah satu yang wajar. Pihak dari apa sahaja agama patut menyokong langkah tersebut. Janganlah ditentang atas nama hak kebebasan induvidu kerana "in life, there is no ultimate freedom". Ini kerana ultamate freedom akan merosakkan masyarakat dan manusia itu sendiri.

Valentine Meraikan Cinta?

Cinta tu universal. Bila tetiba diubah dari hari Valentine = hari meraikan Kekasih kepada hari meraikan Cinta ia sebenarnya satu helah utk marketing. Don't bull shit lah... Come hari valentine all the people are talking are about love to their (unmarried) lovers. Anyway, kalu dah hari Valentine tu hari celebrate cinta (yg universal seperti cinta pada ibu, ayah tuhan dan sebagainya), than kenapa perlu ada hari mengenang jasa ibu? Or ayah? Bukankah semua dah dikampulkan ke dalam cinta universal Valentine? 

Kesimpulan Aku

Menyambut hari Valentine mendapat perhatian sinikal bila pasangan kekasih melakukan perkara yg lebih dari yg dibenarkan. Sekiranya ia disambut dengan sekadar candle light dinner tanpa aktiviti terlarang, maka ianya masih boleh di consider lagi lah.. Malangnya ia disalah gunakan.

Again, pada aku semua pihak dari semua agama perlu menyokong menyisihan hari Valentine. Zina adalah salah dalam semua agama dan budaya hidup. Masyarakat yg berperaturan dan mempunyai nilai moral yg baik adalah masyarakat yg berjaya. Hak asasi dan kebebasan tanpa kawalan adalah satu tiket @ alasan utk keseronokan tanpa sempadan.


Wednesday 8 February 2012

Berdebat Di Ruang Komentar

Last week aku boleh dikatakan setiap hari berbalas komentar dgn beberapa  induvidu yg aku tak kenal personally dlm satu blog. Aku masuk blog nie pun lepas depa ajak jawab soalan depa dari satu blog lain. Aku sebenarnya agak aktif dalam jawab komentar blog. Sungguh pun aku anggap aku aktif tapi ia juga bergantung pada jenis blog yg ditulis dan juga komen yg dikomen dalam blog tersebut. Aku hanya komen jika isi blog tersebut memaksa utk aku komen. Sama juga jika ada komentar yg memerlukan utk aku respond.  

Komen atau respond yg aku maksudkan ini adalah utk menjelaskan pandangan aku pula. Keadaan ini berlaku hanya bila perlu. "Perlu" dalam erti kata kalu aku tak respond, aku berpendapat aku tak melaksanakan "amal makruh nahi munkar". Ilmu aku tak tinggi sebnarnya. Tapi dengan apa yg aku tahu sudah memadai utk menjernihkan salah faham yang nampak sekadar yang aku mampu.

Salah Faham

Aku dapati byk salah faham yang dialami oleh golongan muda kita sekarang. Tak kita dari golongan yang meletakkan mereka sebagai free thinker, liberal, penjihad asli Islam, anti hadis dan sebagainya. Dalam internet aku dah experiance kekeliruan depa semua. 

Pada aku puak yang aku personally label sebagai penjihad asli Islam nie perlu check back sifat rasional dan kesederhanaan Nabi. Aku personally nampak depa nie sebagai ajen sekular yg sangat berbahaya kerana sedar atau tidak, mereka mengasingkan akitiviti dunia drpd Islam. Golongan ini berbekalkan cebisan ayat Quran yg ada sebahgiannya "out of context" dan juga hadis yang juga kemungkinan juga telah terkeluar dr kontek. Golongan inilah yang mencipta  pembenci Islam dan mencipta golongan yg "loose faith" dgn Islam. Sekali lagi diulang, bukan nak kata aku pandai sgt, tapi pada mata aku, inilah yang aku nampak. Again, dari apa yg aku nampak, perkara ini amat serius. Sesuatu perlu dilakukan utk membetulkan salah faham dan menjernihkan kembali kefahaman.

Salam Maulidur Rasul

Aku tak pasti majoriti tau atau tidak bahaya Rasulullah tidak pernah celebrate birthday dia? Aku pun tak pasti adakah majoriti tau khalifah yang diberi petunjuk pun tak celebrate birthday Rasullullah? Seingat aku sambutan ini hanya dimulakan dizaman kerjaan Fatimiah yakni satu kerjaan berkefahaman Syiah.  Dan menurut kefahaman aku, tidak ada tarikh yg tepat akan hari lahir Rasulullah. Apa yang kita rai sekarang hanyalah assumption. Perkara nie aku baca dari tulisan Dr Asri. Oleh sebab itu, amalan menyabut Maulidur Rasul adalah amalan bida'ah. Sungguh pun nabi pernah cakap; " semua bida'ah adalah sesat...", tapi ulamak menggariskan bahwa bukan semua bida'ah adalah sesat. Ini berdasarkan amalan khalifah yg diberi petunjuk seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khatab dalam memanjangkan rakaat sembahyang tarawih. Jadi menyambut Maulidur Rasul ini dibolehkan lebih lagi pada hari inilah dimana kisah nabi ditekankan. Ini dgn harapan agar org ramai lebih menghargai dan dekat dengan Rasulullah. Sejauh mana aktiviti² yang dilakukan memberi kesan positifnya tidak dapat aku pastikan.

Anti Hadis Menurut Bukhari & Muslim

Anway, 2 weeks before this aku agak aktif berdebat dgn golongan yg aku simpulkan sebagai golongan anti hadis. Namun begitu, mereka tidak mengaku yg mereka golongan anti hadis. Dan dari tulisan mereka didapati mereka melebelkan aku kufur kerana mengabil hadis dari Imam Bukhari dan Muslim sebagai pegangan. Mereka mendakwa apa yg diambil dari sahih Bukhari dan Muslim ini adalah lahwal hadis dalam Quran dlm surah Lukman ayat 6. Aku dah bagi penjelasan tentang maksud terbut tapi depa just ambil maksud literal lahwal hadis.

Mereka hanya mengambil apa yg terkandung dalam Quran sahaja. Apa sahaja yg tak ada boleh dianggap sebagai "gaya bebas". Itu lah yg aku faham cara depa.

Aku sebenarnya kasihan pada depa sebenarnya. Dalam debat tersebut, rajin gak lah aku diugut dan di warning ke neraka sebab pegang kepada hadis dari Bukhari dan Muslim. Dari tulisan depa, jelas depa macam tak berapa faham apa yang depa cuba katakan dan mereka sebenarnya keliru dengan apa yang depa faham. Hujah mereka pada zahirnya nampak berat tapi sebnarnya "ringan". Banyak gak soalan aku yang tidak dijawab mereka. Aku tak pasti kenapa? Maybe depa tak perasan soalan aku (sebab tulisan aku agak panjang) atau depa memang tak dak jawapan. Aku sebenarnya dah usaha sebaik mungkin utk bagi penjelasan dgn cara yg paling profesional. Harap depa jumpa org yang lebih mahir dalam memberi penjelasan berkaitan maslah yg depa hadapi suatu hari nanti. 

Hikmah Perdebatan

Bukan semua benda aku tau. Banyak yang aku tak tau. Tapi banyak juga pendapat yang aku dah berikan. Aku harap orang yg baca komen aku (kalu ada yg bacalah) sedikit sebanyak dapat lapangkan dada dan betulkan kekeliruan depa. 

Sebenarnya dgn perdepatan (berbalas komentar) yg aku join nie sedikit sebanyak aku dapat tau level kefahaman aku dan dalam masa yg sama asas skill aku. Macam Ahmad Deedat pernah cakap, dalam debat ia lebih kepada battle about wit. Secargas mana kita memanipulasi, statement itulah menjadi kunci. Jangan keluar statement yang memerangkap.

Namun hikmah yang paling besar adalah aku dapat tau benda yag aku tak tau dan belajar ilmu baru. Dan believe or not, aku jadi rejoice once aku jumpa soalan yang aku tak ble jawab. Than its time to read more book. 

Last week juga aku telah berkenalan dgn seorg pastor. Aku pun tak pasti macam mana kami boleh sembang pasai agama. namun begitu, hasi dari sembang itu ia membuat kau makin teruja untuk baca banyak lagi buku yg berkaitan dgn agama Islam dan Kristian. Hingga hari nie aku masih belum memdapat panggilan telefon dari pastor tersebut utk sesi "minum kopi" yang telah kamisetujui. Maybe dia sibuk dan dia anggap aku sibuk. Namun begitu aku harap sgt agar perkara itu berlaku dan dengan itu aku dapat tau apa lagi perkara yang aku tidak tahu.