Saturday 26 December 2015

Sejarah Dunia Dari Sudut Pandang Islam


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al Quran 2:30

Ayat di atas merupakan ayat yang sangat menarik untuk direnung dan dikaji. Ayat ini telah mengundang pelbagai pendapat berbeza di antara cerdik pandai. Antaranya, ayat ini juga secara tidak langsung menidakkan pandangan sesetengah kumpulan yang mengatakan bahawa hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadat ritual tanpa sebarang aktiviti muamalat yang serius. 

Ini adalah kerana sekiranyan Allah mengkehendaki manusia untuk hanya beribadat ritual dengan tekun, maka Allah semestinya melantik Malaikat sebagai khalifah dimuka bumi (kerana Allah lah yang Maha Mengetahui faham benar akan sifat manusia). Jadi atas sebab kesesuainya sifat manusia yang telah diciptakan dengan sempurna, maka manusialah yang diamanahkan sebagai Khalifah dan bukannya malaikat.

Buku Ini
Buku ini merupakan terjemahan daripada buku yang tajuk asalnya adalah: Destiny Disrupted: a World Through Islamic Eye. Karangan saudara Tamim Ansary yang merupakan kelahiran Aghanistan tetapi kini menetap di Amerika. Sila google untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan penulis hebat ini.

Aku menghabiskan pembacaan buku yang setebal lebih kurang 590 muka surat ini pada September 2015 yang lalu. Pada awalnya agak keberatan untuk aku memulakan pembacaan buku setebal ini yang mana setiap muka surat mempunyai secara umumnya sejumlah 250 patah perkataan. Jadi secara kasarnya buku ini mengandungi dalam lingkungan 74,000 patah perkataan.

Tapi setelah memulakan bacaan, boleh aku katakan bahawa inilah antara buku yang paling menarik, informatif dan "eye opener" aku pernah baca. Ianya pada aku sebaris dengan buku (tidak mengikut turutan); "Melaka, The Glorious Malay Sultanate", The Gods Of The New Millennium", "Chariot Of The God", "How Jesus Become Christian", "Al Risalah Rasullulah", "Science, Bible & Quran", "Imam" dan juga "Kesalahan-kesalahan Ke Atas Fakta Yang Perlu Diperbetulkan".

Buku ini telah menunjukkan titik-titik perubahan dan juga unnoticed turning point yang membuatkan Islam dan Muslim sebagai bangsa dan masyarakat yang progresif yang suatu ketika dahulu menerajui dunia sebagai Khalifah muka bumi yang kini tidak lebih daripada badut dan pengemis yang sudah terhakis maruahnya.

Sebenarnya turning point dan individu yang terlibat merupakan satu kontroversi kerana induvidu-induvidu yang dimaksudkan ini mempunyai kedududukan yang tinggi (barangkali mulia) dimata mereka yang bergelar ustaz. Namun, boleh aku katakan bahawa sebelum menelaah buku ini sekalipun, nama beberapa induvidu ini telah pun aku baca di beberapa tempat sebagai induvidu yang menutup minda Muslim kepada rasional dan logik - secara sedar atau tidak sedar.

Muqaddimah - In The Beginning
Walaupun ia merupakan buku terjemahan, namun pujian sewajarnya diberikan kepada penerbit buku Serambi @ Adiwarna. Aku percaya selain daripada ilmu dan informasi, aku juga berjaya merasai kekecewaan, kesedihan dan harapan saudara Tamim melalui buku ini. Gaya tulisan yang mudah dan ringkas amat membantu non academic people macam aku untuk memahami sejarah dengan mudah.

Mengandungi 17 bab yang dimulakan dengan "Dunia Tengah" dan diakhiri dengan "Arus balik". Dunia tengah merujuk kepada "Middle East" yang mana merupakan cradle of civillization - asal ketamadunan manusia. Di sebalik metodologi umum, penulis menggunakan permulaan ringkas dan mula menjadi lebih perinci setelah kemunculan Islam. Berikut merupakan bab- bab yang dimaksudkan:

  1. Dunia Tengah
  2. Hijrah
  3. Kelahiran Kekhalifahan
  4. Perpecahan
  5. Kerajaan Bani Umayyah
  6. Zaman Bani Abbasiyah
  7. Ulama, Ahli Falsafah dan Sufi
  8. Kemasukan Orang Turki
  9. Malapetaka
  10. Kelahiran Semula
  11. Manakala di Eropah
  12. Barat Datang ke Timur
  13. Gerakan Pembaharuan (Reformasi)
  14. Undustri, Perlembagaan dan Nasionalisme
  15. Munculnya Sekular dan Modenis
  16. Krisis kemodenan
  17. Arus Balik

Sususan bab-bab ini adalah mengikut turutan tahun dan peristiwa. Amat tidak sukar yang mengikut rentak penulis kerana sekiranya berlaku sulaman peristiwa, ianya tidak diceritakan secara serentak tetapi mengikut rentak impak peristiwa.  

Sesuatu yang menarik berkaitan dengan buku ini adalah ia cuba lari dengan sebaik mungkin kisah-kisah 'luar biasa' - non scientific atau fenomena luar biasa yang barangkali terdapat dalam lipatan atau warna dalam kanvas peristiwa sejarah. Baik unsur luar biasa yang mengagungkan watak Muslim mahupun tidak. Boleh dikatakan, buku ini antara buku sejarah saintifik yang boleh kita baca berkaitan dengan Islam.

Secara peribadinya, barangkali agak mudah untuk aku hadam atau barangkali lebih teruja untuk aku menelaah buku ini kerana secara peribadi aku sudah pun membaca beberapa buku berkaitan dengan watak atau kisah yang yang disimpulkan dalam buku ini. 

Bagi mereka yang telah biasa dengan kisah dan tokoh serta induvidu dalam kisah 4 Imam, Panglima-panglima Muslim (Saladin, Tariq Ziad dan sebagainya) dan juga kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam sama ada daripada tulisan Pak Latib mahupun penulis lain, maka buku ini amat mudah difahami dan menjadi amat menarik. Ini adalah kerana buku bagaikan benang yang menjahit kanvas-kanvas kisah sejarah yang maksudkan tadi. Lembaran demi lembaran di sambung dengan santai yang membuatkan membaca buku ini bagaikan menonton sejarah di dalam minda. Kesinambungan antara setiap kisah mampu membuat kita secara tidak langsung mula berfikir dan ada tempatnya menghidupkan adrenaline.

Kesedaran, Impak dan Kontroversi
Aku sesungguhnya menyeru setiap induvidu yang cintakan Islam dan sayangkan Muslim sebagai satu masyarakat membaca buku yang amat bagus ini. Saranan ini adalah lebih kuat kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai Uztaz. Ini kerana di zaman ini, walau pun uztaz itu hanyalah berpendidikan "ringkas" diperingkat sekolah (bukan semua), tetapi kerana petahnya berkata, maka uztaz tersebut mampu menjadi induvidu yang berpengaruh malahan mempengaruhi keputusan mereka yang berpendidikan tinggi (tetapi dambahan syurga secara buta tuli).

Buku ini bukan sahaja membuka lembaran sejarah, tetapi ia juga membuka pekung sejarah bagi mereka yang "membohsiakan" Islam demi diri sendiri samada untuk kuasa, nama atau harta. 

Berhentilah dari terus mempercayai ustaz-ustaz ini secara membabi buta. Selidik dan analisa dahulu setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka. Ini adalah kerana ugama merupakan senjata paling ampuh untuk mengawal manusia. Inilah yang pernah berlaku dan kini masih berlaku malahan semakin parah (pada hemat aku). Hanya dengan permata ilmu baru kita mampu menganalisa butiran kata-kata mereka. Buku ini antara permata ilmu tersebut.

Buku ini antaranya secara ringkas menyentuh:

  • Status perundangan di zaman pemimpin Muslim paling berjaya - Umar Al Khattab. 
  • Menyingkap asal usul beberapa amalan seperti "bila perempuan dan lelakai mula pisah ruang solat secara offcial".
  • Rahsia kebangkitan ilmu dan tamadun Muslim
  • Kehancuran pemikiran rasional Muslim - termasuk induvidu yang terlibat dan juga peristiwa.
  • Rentetan membawa kepada keadaan dimana wanita mula terhakis peranan dan masyarakat dan mula "dikurung" (kononnya) demi menjaga maruah suami @ mengelak daripada melakukan maksiat.   
  • Punca penjajahan keatas Muslim.
  • Kebangkitan dan pengkhianatan
  • Extremist moden - Asal usul.
Sebenarnya banyak lagi initipati menarik yang disentuh dan dihujah oleh penulis melalui buku ini. Hanya dengan membacanya barulah boleh melihat kisah dan impaknya. Di akhir buku ini, aku dapat rasakan delima yang menyelubungi penulis. Aku sedikit sebanyak terkesan dengan pengetahuan baru yang telah diperoleh. Namun, aku boleh rasanya penulis masih menaruh harapan akan kebangkitan dunia Muslim versi 2*

*Nota: Secara peribadi aku tak rasa Muslim dan Islam dah ada harapan untuk diselamatkan. Kerosakan dan pencemaran ugama terlalu larut dan busuk. Tajdid berlaku secara terlalu perlahan dan berhati-hati manakala kedangkalan minda makin berluasa. Sungguh pun aku self claim yang aku merupakan rasionalis, tapi dalam kontek ini, aku hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan Muslim, walaupun sangat tipis harapan. Ini adalah kerana mengikut hukum Allah;

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Al Quran 13:11

Balik kepada buku ini, ia membawa suatu harapan (yang tak pasti) pada masa hadapan demi generasi yang akan datang. Dunia masih belum kiamat dan manusia masih hidup dimuka bumi - tidak lagi pupus. Lembaran sejarah terus dibentang dan warna warni peristiwa dan kehidupan terus mencorak sejarah di masa hadapan..




Tuesday 10 November 2015

Mind Bending Movies


 What is a mind bending movie? Apakah filem Mind Bending? Mind Blowing? Or Mind F#ck? Atau dalam bahasa Melayunya filem Senggama Minda. Pada aku filem mind bending adalah filem yang membuatkan kita berasa:
  • Takjub dan kagum setelah filem tersebut tamat
  • Puzzle with awe (tertanya-tanya dengan takjub)
  • Fikir semula erti kehidupan (karma dan ketuhanan)
  • Berteka teki akan apa yang berlaku sebenarnya 
  • Open ending - inconclusive ending
Contoh filem yang boleh buat kita berfikir tentang kehidupan atau hukum karma adalah Atlas Cloud manakala filem yang membuatkan kita berteka teki tentang nasib watak utama selepas filem adalah The Grey. Namun, walau pun membuatkan aku berfikir, tapi ia kurang memberi impak dalam "life" aku. Bukan nak kata filem² nie tak best. Ianya hanya, kurang kesan berpanjangan pada aku. 

Jadi disini, aku senaraikan beberapa filem yang telah memberi kesan dalam hidup aku. Mengubah cara aku menilai dan melihat dunia dan semestinya memberi pengaruh besar dalam pembentukan peribadi dan perilaku aku waima cara aku berfikir.

Spoiler alert! Filem akan lebih best kalau tonton tanpa tahu jalan cerita dan fikir untuk faham. Jadi, kalau ada yang baru nak tonton, jangan baca huraian.

The Matrix Series

Matrix Trilogy terdiri dari 3 filem, The Matrix (1999), Matrix Reloaded (2003) dan Matrix Revolutions (2003). Filem yang lengkap. Dari aksi pertarungan, jalan cerita dan falsafahnya. Apa yang mebuatkan filem best sangat untuk aku adalah ianya bukan filem aksi fiksyen biasa. Ia sebenarnya membawa tema falsafah dan juga berani bermain dengan teologi ketuhanan. Ia menyentuh soal hakikat kehidupan dan kefanaan kehidupan - Hologhafic World yang mana segala yang kita lihat atau experience hanyalah ilusi dalam minda. Barangkali ramai yang rasakan keliru bila menonton filem ini. Sebenarnya bukan susah sangat.

Kisah sepatutnya berlaku di zaman akan datang. Di mana manusia bukan lagi tuan kepada robot² AI (artificial intellegent), tetapi manusia hanyalah ternakan kepada robot. Ternakan apa? Ternakan bagi menjana tenaga elektrik kepada AI. AI² tak boleh nak jana tenaga solar sebab bumi pada waktu nie dah diseliputi oleh "electric cloud" hasil dari kerja tangan manusia juga. Okeh... Maklumat nie lebih jelas kalau tonton Animetrix.

Jadi, untuk memastikan manusia menjadi pengeluar electric yang jinak, maka manusia diilusikan dalam dream wold - alam fana. Dimana segalanya adalah ilusi. Jadi, Neo nie pulak merupakan Mesiah, Imam Mahdi or Jesus yang bakal menyelamatkan manusia dari terus menjadi hamba AI...

Reloaded merupakan favorite aku daripada kesemua filem nie. Terutama bahagian dialog antara Neo dengan Oracle dan juga the Architect. The best film ever. My all favorite movie.

Note: The Architect adalah rujukan yang digunakan oleh golongan Freemason bila mereka merujuk kepada tuhan.

Fight Club

Filem ini memperkenalkan aku kepada "the hot and macho" tak hingat, Mr Brat Pitt. For me, this ia a very intelligent film. Walau pun ia merupakan kisah "Mr Jakle and Mr Hyde" moden tetapi apa yang membuatkan filem nie best, adalah misteri Jakle and Mr Hyde tu disimpan dengan begitu kemas hingga ke akhir cerita. Selain daripada itu, ia juga sarat dengan falsafah tafsiran isu dilemma manusia moden zaman sekarang.

Mengisahkan sorang mamat office (Edward Norton) yang insomnia. Kehidupan mamat ni sangat routine yang membosankan. Dia akhirnya betemu mamat cool rugged (Brat Pitt) semasa dalam dalam kapal terbang. Maka bermulalah kisah bromance yang sangat lelaki sejati. Or is it? 

 Contact

Science Fiction that make me wonder a lot.. Apa yang bagi kesan mendalam untuk aku dari filem nie adalah... "Mathematics is the universal language of the universe". In which after this movie, this philosophy and stays with me until now. Semestinya, jika makhluk asing bebetul akan berkomunikasi dengan kita, mereka akan menggunakan bahasa matematik. Ini adalah kerana matematik adalah benar untuk semua keadaan. Muktamat. Selain itu ia juga menyentuh tentang hukum relativiti pada aku pada waktu itu (sekolah menengah) sangat menguja minda. Masa tidak sama untuk semua makhluk.

Senang sahaja cerita dia. Tengok trailer ni dah cukup untuk faham. Cuma ending dia pada aku macam malas. Namun ianya filem pertama seumpamanya untuk aku. Maka selamanya ia memberi kesan pada diri aku.

Big Fish

Imaginasi, halusinasi atau realiti? A very fun movie to watch. Cerita berkaitan seorang lelaki yang mempunyai seorang ayah yang sangat imaginatif. Si ayah bila bercerita tentang pengalaman hidup yang penuh dengan "adventure" dan keajaiban. Ini mengakibatkan si anak, sukar untuk mempercayai cerita si ayah kerana ianya terlalu luar biasa dan menuduh si ayah berbohong dan tidak jujur.

Cuma masalahnya, segala yang diceritakan adalah betul (?) bila di akhir hayat si ayah, semua watak luar biasa yang diceritakan muncul.

Satu cerita yang istimewa pada aku. Bagaimana imaginasi membentuk kanvas kisah hidup. Barangkali kisah benar menjadi lebih menarik sekiranya ditambah dengan sedikit warna tambahan. Atau pun segala imiganasi tersebut hanyalah berlaku dalam minda anaknya?

Butterfly Effect

Okey... This movie is one of those movie that stays with you forever & ever. Make you think for ever & ever. What is reality? At least for me, lah. The impact it gave me stays until today walau pun sudah 10 tahun yang lalu aku tonton cerita nie. Aku suka versi editor's cut. Ianya lebih "dark" dan menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan sepanjang cerita. Yang penting ia menimbulkan interpretasi yang lebih menarik. 

Sekali lagi, cerita yang berkisar tentang "Apakah itu sedar?". What is concious? Perlu ditekankan bahawa segala yang kita cerap disekelilling kita hanyalah denyut nadi elektrik yang ditafsir oleh minda kita. Ia tak semestinya berlaku. Yang penting ianya ditafsir begitu oleh minda kita.

Pernahkah kita mengalami situasi dimana kita rasakan mimpi kita terlalu panjang dan sangat benar? Di mana pengalaman kita di alam mimpi memberi kesan di alam "nyata"?

Kisah surreal tentang seorang lelaki yang mampu untuk kembali ke masa silam dan mengubah nasib dirinya dan orang sekeliling. Pelik? Yes. Sangat menarik bila difikirkan.

Donnie Darko

Filem yang tersangat best, pada hemat aku. Cerita yang bijak yang membawa kita ke dunia pelbagai interpretasi.. What really happen? Apa sebenar yang telah berlaku? Ada pelbagai teori. Peribadinya pada aku ianya semua hanya berlaku di minda atau dalam mimpi  En Donnie. Walau pun ia berlaku di minda, tapi ianya sebenarnya reality masa depan yang bakal berlaku. Pilihan di tangan Donnie untuk mengubah keadaan atau membiarkan keadaan seperti dalam mimpi. Namun mimpi itu terasa benar dan sungguh benar.

Ya, kembali ke persoalan realiti dan mimpi. Kita mengalami mimpi yang dirasakan sangat nyata sehinggakan ia mempengaruhi tindak tanduk kita. Mimpi yang barangkali dialami oleh beberapa orang dalam keadaan tanpa sedar. Situasi yang mebuatkan kita merasakan perasaan dejavu.

Mulholland Drive


The cute and beautiful Naomi Watts. Clever story. Sekali lagi membawa penonton meneka... Apa yang berlaku sebenarnya. Seperti biasa ada beberapa tafsiran. Ada beberapa petunjuk disepanjang cerita. Umpanya keadaan dimana elderly couple gelak seram di dalam teksi. Kemudian di akhir-akhir babak dimana beberapa petunjuk memberi gambaran apa yang telah berlaku.

Ia mengisahkan tentang wanita² yang mengejar populariti di Hollywood. Sepanjang perjalanan itu, berlaku situasi yang tak dapat dielakkan. Atau, benarkah ini yang berlaku sebenarnya? Atau semua kisah yang ditontonkan ini tidak lebih dari igauan ngeri akibat ketidak warasan?

Aku mempunyai tafsiran sendiri tenatang apa yang belaku... Hmmm... filem yang bijak.

2001: A Space Odyssey

Dikatakan sebagar ibu kepada segala kisah fiksyen sains dan juga Senggama Minda. Menonton trailer ini tak cukup sebenarnya. Untuk menonton fikem ini anda dikehendaki tenang dan menyelami perasaan setiap watak.

Filem yang berani bermain dengan teori Ancient Alien. Ada beberapa babak yang dikatakan kritikal untuk betul² memahami filem ini. Seperti filem Senggama Minda yang lain (sebenarnya filem ini yang memulakan trend ini) filem ini memberi set @ situasi yang membuatkan penonton "Eh kenapa benda nie ada di sini? Apa kaitan atau fungsi watak nie?"

Secara ringkas, filem ini bermula dengan set di zaman pra manusia di bumi. Kemudian diikuti dengan di zaman moden. Pra ekspedisi angkasa di bulan. Dan terakhir adalah di angkasa lepas. Yang menarik, disetiap set, "manusia" akan bertemi dengan object hitam gelap - sebiji rupa macam I phone.

Yang menarik, di akhir cerita, penonton perlu mentafsir sendiri nasib Jim. Apa yang berlaku pada dirinya.

Memento

Filem yang pada hemat aku low budget. Tapi mempunyai jalan certa yang sangat unik. Antara paling unik yang pernah aku tengok. Filem ini diceritakan dalam bentuk terbalik(?). Ya, terbalik. Di awal cerita kita akan tertanya² apa yang sedang berlaku. Kena sikit sabar dan sifat ingin tahu akan membuatkan cerita ini bertambah menarik. Sangat ringkas, tapi sangat unik. Tak banyak yang boleh huraikan. Begitu juga dengan tafsiran mengenai filem ini.

Secara ringkas, filem ini berkaitan dengan seorang lelaki yang mengalami masalah short term memory lost. Dia sedang berusaha untuk menjejaki pembunuh isterinya. Or is it? Hehehehee...

Lucy

Lucy merupakan nama yang diberikan pada "moyang" manusia yang pertama yang ditemui di bumi Afrika. Rujuk wiki ini berkaitan Lucy.

Filem ini mengingatkan aku pada komik Dewata Raya karangan Tony Wong. Berkaitan dengan kapasiti minda yang telah diterokai. Walau pun filem ni "bullshit" habis, tapi sangat menghiburkan dan menjana minda. 

Apa yang menarik adalah Lucy yang telah  100% berjaya meneroka minda tidak lagi terikat dengan hukum fizik dan hijab fizikal. Kekuatan minda Lucy membuatkan Lucy seolah menjadi tuhan. Tambahan bila Lucy diakhir filem memberitahu yang dia berada dimana-mana.

Jika menurut filem ini, matematik bukanlah ukuran abadi, tetapi masa. Jadi atas sebab itu Lucy mampu bergerak dalam masa. Dan akhirnya dia kembali menemui Lucy pertama iaitu manusia pertama yang telah diterokai mindanya dari "monyet" kepada manusia. Mungkin juga Lucy moden yang membuatkan evolusi Lucy pertama?

Transcendence

Filem fiksyen sains. Berkaitan dengan manusia diasimilasi bersama dengan internet - super komputer. Juga berkisahkan subjek apa itu alam sedar dan apa itu roh?

Menarik? Yes. Seperti yang kita tahu, tubuh fizikal kita ini hanyalah vessel. Setelah kita mati, roh kita akan digerakkan ke suatu tempat sehingga masa yang ditetapkan untuk dinilai amal buruk kita.

Namun cerita ini membawa kemungkinan roh berjaya di simpan di dalam komputer dan akhrinya mengasimilasi dengan komputer menjadi super komputer. Super AI. Agak sinonim dengan Lucy, tetapi sedikit dark.

Interstellar

Fiksyen sains pengembaraan. Filem Christopher Nolan. Semestinya filem yang akan membuatkan kita berfikir.

Jalan cerita filem ini sebenarnya ringkas. Cuma penceritaannya menarik mengagumkan. Tak banyak yang perlu dihuraikan. Ianya memberi impak dalam imaginasi sains seperti bentuk 4 dimensi, wormhole dan time travel. Hanya perlu layan filem ini. Ia akan buat kita bersa sedikit bijak.

The Truman Show


Aku rasa aku sangat beruntung ketika aku pertama kali menonton filem ini. Ini adalah kerana aku tidak pernah tengok trailer mahupun sinopsis cerita. By luck, aku just tonton cerita nie.

Apa yang membuatkan filem nie bagus pada aku kerana ia membuka kepada kemungkinan yang "What if we all live on a stage?" Ia pada aku walaupun sekadar hiburan ringan tapi merupakan metafora akan realiti kehidupan kita. Apa sekiranya di alam sedar kita ini segalanya hanya simulasi. Keluarga, rakan rumah dan segalanya hanyalah fana dalam duania kita sendiri.

Filem ini pada aku sikit serupa dengan The Matrix tapi dalam konteks rancangan realiti kehidupan.

Honorable Mention
Semestinya masih ada lagi filem lain yang barangkali dalam ganre yang sama. Berikut merupakan senarai filem dalam kategori yang sama pada hemat aku.
  • The Grey
  • The Prestige
  • Inception
  • Shutter Island
  • 12 Monkeys
  • Predestination
  • Total Recall
  • The Illusionist
  • The Edge of Tomorrow
  • Looper
  • Surrogates 
  • Eternal Sunshine of a Spotless Mind
  • Planet of The Apes
  • Final Destination
  • AI
  • Paycheck
  • Hero
  • Bridge to Terabithia
  • Cloud Atlas
  • Jupiter Rising
  • Sucker Punch
Bila browse internet, banyak lagi filem dalam kumpulan yang sama. Aku sekarang sikit² spend time menonton. Cuma bila layan filem nie kena sikit konsentrasi. Anyway, if you have time, please do watch these movies. Memang enjoy but meletihkan minda sikit. 


Saturday 12 September 2015

Marilah Membaca

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Surah Al Alaq: 1 -5.

Inilah ayat² Allah terawal yang diturunkan ke muka bumi ini. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan New World Order. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan zaman intelektual. Zaman menggunakan akal. Inilah ayat yang menunjukkan permulaan zaman sains, teknologi, rasionalisme dan peradaban manusia. Inilah ayat yang menamatkan zaman hokus pocus magis dan lain².

Hanya dalam Quran terkandung ayat yang mengajak umatnya membaca. Hanya dalam Quran terkandung ayat yang menerangkan "direct intervention" antara Tuhan dan manusia.

Istimewanya ayat ini adalah, Allah menegaskan bahawa Dia sendiri yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan

Maka, siapakan guru kita? Tidak lain dan bukan adalah Allah SWT. Bilamana kita mengulangkaji pelajaran, membaca bahan ilmiah dan ketika Allah mengilhamkan kefahaman, itu bermakna Allah lah yang mendidik kita. Sesungguhnya...

"... Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Surah Qaf: 16.  

Allah tidak menspesifikkan hanya ilmu agama. Sebaliknya segala ilmu (matematik, fizik, kimia, biologi dan lain²) yang terdapat di muka bumi ini adalah milik Allah. 

Namun hukum (sunnatullah) ini tidak hanya tertakluk pada Muslim. Bukan Muslim juga bilamana dia membaca maka Allah yang memberi kefahaman padanya.

Lebih istimewanya ayat ini ialah tentang perumpamaan yang diberi. Bukan istilah tak masuk akal non scientific. Bukannya perihal lalat dalam bekas air, dan bukannya kuasa magis hokus pokus. Tapi perkaitan dengan penciptaan manusia mengikut ringkasan sains.

"Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata". (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." Surah Al Al Ankabuut: 50 - 51.   

Al Quran adalah sebuah susunan ilmu yang amat hebat. Ilmu yang yang hanya dapat dimanipulasi oleh manusia. Makhluk segagah gunung pun tidak mungkin mampu menanggung idea yang terdapat dalam Quran: 

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." Surah Ak Hasyar: 21.

Di dalam Al Quran terkandung cetusan idea untuk manusia meneroka ilmu dan menguasai alam (menjadi Khalifah). Tapi idea ini hanya berguna dan manfaat bagi mereka yang menggunakan akal:

"Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." Surah Saad - 29.

Mari Membaca

Al Quran menggalakkan untuk kita membaca. Tak kisahlah apa pun bahan bacaan asalkan tiada unsur maksiat. Namun bacaan yang paling mulia semestinya Al Quran itu sendiri.

Umat Islam Melayu terutamanya di Malaysia diajar untuk membaca tetapi untuk tidak memahami Quran. Malahan barang kali dilarang untuk membaza tafsir kerana ditakuti menjadi sesat. Quran tafsir Melayu pertama jika tak silap aku ditulis oleh orang Indonesia. Kalau tak silap aku oleh Pendita Hamka.

Berbeza dengan di Eropah, berapa ramai yang menemui sinar Islam setelah membaca tafsir Quran. Tiada pula yang sesat. Malah Sheikh Ahmad Deedat selalu menggalakkan Muslim membaca Quran. Sedihnya, hanya di Malaysia, Melayu mempunyai terlalu banyak syarat untuk baca Quran. Terlalu susah untuk baca Quran bila menjadi Melayu. 

Aku secara peribadi telah membaca berbagai jenis buku. Berapa ramai dari kita pernah membaca Bible? Jika kita tak pernah baca Bible, masakan kita boleh mengkritiknya? Aku juga ada membaca God Delusion oleh Dr Hawkins. Syukur aku masih tidak juga seorang Atheist. Begitu juga bahan bacaan Shiah dan anti hadis.

Umat Islam zaman terdahulu mencapai zaman kegemilangan kerana mereka tidak memisahkan ilmu kepada duniawi dan akhirat. Pada mereka semua ilmu itu adalah ilmu Allah. Malangnya hanya Muslim zaman kini yang memisahkannya. Malahan ada di antara (bukan semua) tok guru mahupun uztaz yang mengetengahkan bahawa rahmat tuhan hanya melalui ibadah ritual. Mereka menyeru Muslim untuk hanya berada di masjid tanpa perlu bekerja. Pada aku mereka inilah syaitan sebenar yang membawa Muslim ke lembah kebinasaan. Jika Muslim hanya di masjid dan hanya melakukan kerja biasa² sahaja, masakan Muslim dapat menguasai dan meneroka teknologi baru dan seterusnya menjadi umat contoh?

Berbanding dengan Muslim dahulu mereka merupakan peneroka teknologi dan sains yang ulung.

Sedutan dari buku: Sejarah Dunia Dari Sudut Pandang Islam.
Betapa hebat, agong dan modennya umat Islam suatu ketika dahulu.

Pendek kata tujuan kita membaca adalah supaya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak. Maka marilah kita membaca. Bacalah apa sahaja asalkan ia bukan bahan yang tidak berfaedah. Melalui pembacaan lah Allah akan mendidik kita secara terus. Hanya dengan membaca minda akan berkembang dan menjadikan kita orang yang lebih bijak.

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." Surah Az Zumar: 18.
 


Sunday 2 August 2015

Umno: Mendung Kemusnahan Yang Pasti


PAROI, Aug 1 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today that loyalty was a trait harder to find in any individual than intelligence, adding that he values the former more than the latter. 

Speaking just days after his shock removal of Tan Sri Muhyiddin Yassin from the federal Cabinet, Najib said that loyalty was more important than “smart people” in order to keep the party and his leadership united.


“I will evaluate people based on their loyalty. There is a lot of smart people around but to find those who are loyal is rare,” the leader said in his speech at the Seremban Umno division meeting here.

“But by loyalty, I don’t mean blind loyalty. We have to work together in order to make our party strong,” he added


Najib also called on Umno members to remain “focused, committed and disciplined” with the party’s mission and not deviate from it.


Cryptically, the Pekan MP said that a party should only have one leader, equating this to how a ship could only have “one captain”.


The embattled prime minister did not elaborate but added that although he is willing to accept criticism, it should be raised in a closed forum.


“It is okay even if we argue, as long as we don’t throw chairs at each other.

“We can even bang the table, but just do not do it outside, it ruins the party image,” Najib told delegates.


Muhyiddin was axed from Cabinet in a sudden reshuffle on Tuesday that saw Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi replacing him as deputy prime minister.


Many have suggested that Muhyiddin was likely dropped after his vocal speech questioning 1MDB in an Umno function in Cheras. 

Refer Malaymail


"I value loyal people over smart people" 





My 10cent opion... Yang CGPA tak sampai 3 pun...

Smart (good) people will always be loyal to a leader that suite to be a leader. Pengikut yang jujur dan baik adalah seorang yang sentiasa berusaha menegur ketuanya. Barangkali dia akan dimarah, tapi dia perlu melakukan tanggung jawabnya.

Barangkali juga tugurannya tidak betul, tapi paling tidak tegurannya membuatkan ketuanya berfikir 2 kali. Inilah yang dilakukan oleh Saidina Umar al Khattab. Saidina Umar sentiasa berusaha untuk menyampaikan pandangan. Baik di zaman Rasullulah mahu pun Abu Bakar.

Abu Bakar pula, seorang pemimpin yang "sebenar" akhirnya mewasiatkan Umar sebagai penggantinya. Beliau menghargai pengikut yang  bijak dan jujur memberi pendapat. Berkaitan dengan ciri² pemimpin yang jujur ikhlas pula.

Ucapan sulung Saidina Abu Bakar ra apabila telah dilantik: 

“Hai Manusia, sesungguhnya aku dilantik pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik, jika aku mentaati Allah swt, maka taatlah aku. Sebaliknya jika aku derhaka maka tiada ketaatan bagimu.”

Ucapan sulung Umar al-Khattab ketika dilantik menjadi khalifah kedua setelah wafatnya Abu Bakar:

“Aku Umar al-Khattab bersedia untuk dituntut, jika aku berada dalam keadaan menyeleweng, dan bertindak kurang adil. Bantulah aku untuk menegakkan kemungkaran dan mencegah kemungkaran. Demikianlah,untuk cadangan dan pendapat kalian atau apa sahaja krtitikan, pintu rumah ku akan selalu terbuka”.

Semestinya amat berbeza dengan keadaan negara kita sekarang. DSN tak mahu ditegur. Walaupun dia berkata dia hargai bukan Blind Loyal, tapi itu yang dia maksudkan.

Skarang, mereka yang jadi suspek bocorkan salah laku pula yang bakal diambil tindakan. Malah, pimpinan Umno yang tak "sebulu" dengan DSN sendiri telah "diajar". Imagine kalu tiada kebocoran salah laku.. Mesti Najib masih lagi dok gebang yg 1MDB tip top.

UMNO - Kemusnahan Yang Tak Dapat Dielakkan

Pada aku UMNO adalah parti keramat orang Melayu. Ia merupakan kesatuan para pejuang, pendekar dan pemikir Melayu untuk agama, bangsa dan negara kita. Kisah akan perjuangan Jaafar Onn, Tunku dan Tun Razak ketika era sebelum kemerdekaan amat mengundang manly tears. Aku percaya ramai lagi orang lama Umno yang sanggup menghabiskan harta dan juga menitiskan darah dalam perjuangan Umno.

Namun, kini atas "kepimpinan" anak orang yang membangunkan Umno ke era moden sendiri, Umno dalam jambatan menuju kehancuran.

Wajah² para pendekar ahli² kini secara tak langsung terpalit arang atas statement DSN; "I value loyal people over smart people".

Wajah para pendekar bermaruah kini tidak lebih dari wajah mereka yang rakyat marhean faham sebagai; "not that smart people but loyal". Or dalam bahasa Dr Mahathir last time, "mereka yang bodoh". 

Namun aku percaya, sungguh pun DSN lebih hargai mereka yang tak bijak (bodoh pun takpa) asalkan setia, tapi aku percaya barangkali masih ada pendekar dalam Umno yang tak bodoh yang akan melakukan sesuatu untuk negara yang tercinta dan mengembalikan Umno sebagai parti yang bermaruah.

Tapi if nothing been done, than, I can only say that... Umno is a hub for dumb and loyal people. Thus wait for the ultimate destruction.. The people will show their power.

Apa pun, sapa lah aku. Hanya 1 undi yang tak ada maknanya..


PAROI, Aug 1 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today that loyalty was a trait harder to find in any individual than intelligence, adding that he values the former more than the latter. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-i-value-loyal-people-over-smart-people#sthash.DVve1NFC.dpuf
Najib: I value loyal people over ‘smart people’
Najib: I value loyal people over ‘smart people’

Friday 26 June 2015

Love Have Won? Same Sex Marriage

Sesuatu yang mengejutkan tetapi sudah disangkakan telah berlaku. Negara kuasa besar dunia, United Stated of Amerika, @ Amerika telah meluluskan akta membenarkan pasangan sejenis berkahwin sesama sendiri. Untuk bacaan lanjut, sila rujuk link ; Same Sex Marriage.




Suatu ketika dahulu, dibawah pemerintahan Bush, (anak beranak), telah beberapa kali menegaskan yang Amerika adalah negara Kristian. Malah selepas tragedi 911, Bush Jr. dengan selamber melancarkan "The 3rd Crusade". Namun kini Amerika jauh dari acuan negara Kristian. 

Sebenarnya, banyak persamaan antara Kristian dan Islam. Banyak juga hukum hakam yang sama antara Islam dan Kristian. Bila aku bercakap tentang Kristian, aku merujuk kepada Bible. Cuma malangnya ramai juga orang Kristian sendiri yang tidak ikut ajaran yang terkandung dalam Bible (sila rujuk link: How Jesus Become Christian).

Kristian menentang perkahwinan sejenis. Islam dan Yahudi pun sama. Tapi bila panduan dari ugama ditinggalkan dan hanya logik akal yang dipandu oleh nafsu yang membuat keputusan, maka perkahwinan sejenis atau hubungan sejenis dikatakan sebagai lumrah pula. 

Pada aku, masalah ini berpunca bila manusia mula menolak tuhan. Jadi apa sahaja yang dikatakan datang dari Tuhan telah ditolak atau dipertikai. Punca kenapa barat menolak ugama bermula dari zaman "renaissance" lagi. Itulah zaman kejatuhan zaman gelap Eropah. Bagi yang tidak tahu, pada zaman gelap Eropah lah, para Ulama Kristian dianggap paling berkuasa. Mereka menentukan segalanya. Mereka tidak boleh dibangkang. Walau sebodoh mana "statement" atau pendapat mereka. Mereka menolak Bible dan mengeluarkan pandangan yang mengikut tafsiran sendiri. Mereka menakutkan rakyat dengan ugutan ugama agar mereka kekal berkuasa.

Sesungguhnya jika mereka mengikut ajaran yang terkandung dalam Bible, maka mereka akan memeluk agama Islam.

Lama kelamaan rakyat mula bosan dan memberontak. Dari situlah "Tuhan mula mati". Sikit demi sedikit. 

Malangnya, kini Islam juga melalui period yang sama. Period korupsi dalam ugama. Golongan ugamawan Islam ini menggunakan Islam untuk sedikit keuntungan, kuasa politik dan populariti. Sungguhpun, Allah berjanji dalam Quran yang isi kandungan Quran itu terpelihara, tapi, Allah tidak pernah berjanji yang golongan "ugamawan" ini maksum. Jadi bergantung pada kita untuk memantau mereka agar mereka tidak keterlaluan. 

Aku percaya sedikit sebanyak suatu masa lagi gerakan LBGT akan kembali aktif. Pada tahun tahun 2011, gerakan LBGT sangat kuat. Pada waktu itu ia disokong oleh mereka yang tidak kurang popular. Termasuk Marina Mahathir. Berikut merupakan ulasan aku pada wakti itu:

a) Link: Seksualiti Merdeka 1
b) Link: Seksualiti Merdeka 2
c) Link: Seksualiti Merdeka 3

Sungguh malang sekali, di bulan yang mulia ini, Amerika telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Aku tak pasti ia kebetulan atau pun dirancang. Walau pun ia tamparan hebat untuk Kristian Amerika, tapi ia juga merupakan satu serangan terhadap ugama Islam. Tambahan ia berlaku dalam bulan Ramadhan.

Aku tak pasti sekiranya sekarang sedang berlaku tunjuk perasaan anti gay di Amerika. Tapi aku berharap sekirannya gerakan LBGT ini menular kembali di Malaysia, bersamalah umat rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Kristian bersama bersatu menunjukan rasa tidak setuju. Bukan sahaja agama-agama ini, tapi agama lain pun juga turut serta. Kita bersatu untuk menentang ancaman yang lebih besar. 

Sunday 14 June 2015

Keserabutan Politik Malaysia

Aku dah tak faham dengan keadaan negara kita. Malaysia kini menjadi gelak ketawa dunia. Suatu ketika negara kita adalah negara Muslim contoh. Kini menjadi serabut entah ke mana.

Keangkuhan Umno

YB Nazri dan Anaknya

Aku tak faham kenapa Umno masih terima Najib sebagai pemimpin. Huraian tentang keserabutan dan kekalutan Najib dan pentakbirannya bukan lagi perkara exclusive. Tapi boleh dikatakan semua orang sudah tahu.

Seperti yang diterangkan dahulu, Najib yang create problem, tapi rakyat yang kena tanggung. Dulunya tidak mengaku ada masalah. Kemudian mengaku dengan menasihat rakyat agar yakin dengan rancangan pemulihan ekonomi. Najib, you think rakyat stupid ka apa? Again, its not DrM against Najib. DrM hanya prophet rakyat. Itu sahaja. Please perwakilan Umno.. Insafkan lah Najib nie..  Janganlah yakin yang Umno akan menang nanti. Tolong jangan syok sendiri.

Dalam PRU yang lepas, BN hanya menang di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Kubu kuat Umno, Johor pun kini telah ditembusi DAP. 

Yang menarik dalam episod politik mutahir ini adalah komen Istana terhadap 1MDB. Dari kefahaman aku, Istana Terengganu menolak 1MDB. Boleh dikata Istana Terengganu telah berlaku bijak. Istana Terengganu menolak Najib. Selepas forum "Nowhere To Hide", Istana Perak memberi komen yang tidak pro Umno (berkaitan GST). Jadi Istana Perak pun sudah menolak Najib. 

Terkini, Istana Johor menolak 1MDB. Kemudian yang paling "hebat" adalah sifat gedebe Nazri nak "belasah" Istana Johor. Giler ke hapa? Aku ingatkan dalam Umno Maslan GST Nasi Goreng jer yang tak bijak. Rupanya Nazri pun sama. Aku kekadang terfikir, yang 2 menteri nie adalah mole DAP dalam Umno. Tugas depa adalah merosakkan Umno dari dalam.

Mesej yang Nazri bagi adalah, kerajaan punya silap jangan ditegur. Kalu Istana yang tegur pun boleh kena belasah, apa lah lagi rakyat marhean.... 

Perlu diingat, di Perak, Sultan yang membantu kemenangan Umno dan BN. Apa akan jadi kalau Sultan sudah makan hati dengan Umno? Begitu juga dengan Johor - negeri kelahiran Umno. Pengaruh Sultan Johor sangat kuat. Amat, sangat kuat. PRU lalu menyaksikan Gelang Patah jatuh ke tangan DAP. Umno semakin lemah. Jadi jika Istana Johor makan hati dengan Umno, maka peluang Umno untuk meneruskan pemerintahan di Johor menjadi makin kecil. Jangan negeri ketiga paling kaya di Malaysia terlepas pula selepas Selangor dan Pulau Penang.

Aku juga tak faham kenapa Nazri boleh keluar statement "suka" bila nilai RM jatuh. Maybe dia rasa dengan nilai RM yang kecil, ramai pelancong akan datang? OMG, tak sangka inilah pemikiran Menteri dari Umno. Kepada YB Nazri, tolonglah audit atau check sendiri tarikan pelancong di Malaysia nie. Paling dekat melawatlah Zoo Negara.. Adakah pelancong akan tertarik untuk datang lagi ke negera? Banyak tempat menarik di negara. Tetapi tidak diurus dengan baik. Tolong laksanakan amanah dengan baik.

Sarawak   

Dalam beberapa bulan yang lalu aku ke Pusat DAP. Untuk forum ape ntah. Pada aku Sarawak pun mungkin akan jatuh ke DAP. Ini adalah kerana program kemanusian yang dilakukan oleh NGO bawah DAP yang sangat memberi kesan mendalam kepada penduduk pedalaman Sarawak. Di Sarawak DAP melaksanaan bantuan dari segi pendidik dan kemudahan asas secara sukarela. 

Barangkali tidak pada pilihan raya terdekat. Tetapi aku yakin dalam genarasi yang akan datang, Sarawak akan menjadi kubu DAP.

Dan seperti yang kita tahu, ekonomi Sarawak dikuasai oleh lord² tertentu. Dan lord² hanya setia pada peluang berniaga dan buat duit. Hanya masa sahaja akan mengalih kesetiaan mereka.

PAS dan DAP

Malangnya, aku masih tak nampak alternatif untuk BN. PAS dan DAP bertekak sesama sendiri. Drama pertekakkan PAS DAP dah sampai ke tahap kartun. 

Pendapat aku pula, PAS kena firm dengan keputusan dia. Bukankah dewan Ulamak dah bentang keputusan tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP? Jadi jangan berdolak lagi. Putuskan sahaja.  Tapi aku nampak PAS takut. Antara kuasa dan prinsip. Kini aku menunggu hikmat gaya taichi terkini PAS.

Sebenarnya, jika aku bukan Melayu dan bukan Islam, akan pasti akan menyokong DAP hardcore

Buat masa ni aku rasa DAP merupakan parti yang paling kuat. Dan sekarang makin ramai Melayu "liberal" yang menyokong DAP. Terkini adalah A Samad Said yang telah mengaku menjadi ahli DAP. Tapi aku hairan kenapa dia tidak menyertai Keadilan.
Barangkali padanya perjuangan DAP jelas. Tiada taichi.

Pada aku, DAP selayaknya memutuskan hubungan dengan PAS secara official sekarang. Tiada guna lagi menunggu PAS. Dalam keadaan Umno yang tersangat lemah. Aku yakin sekiranya diadakan pilihan raya Selangor, maka DAP bersama Keadilan akan memerintah Selangor. 

Walau apa pun berlaku, dalam segala kekalutan politik di negara kita, aku mendoakan agar negara kita tenang, aman dan damai.

Saturday 6 June 2015

Keserabutan Najib

Suatu ketika dulu aku amat kuat menyokong Datuk Seri Najib (DSN). Kebolehan dan kesederhanaan beliau dikagumi aku. Pada waktu itu pun beliau tidak sempurna, tapi pada aku ia masih boleh diterima. Malah dalam tragedi MHs, sifat profesional beliau sangat terserlah. Tragedi yang boleh memalukan negara sebaliknya telah menonjolkan sifat "world class" pemimpin negara yang membuatkan rata² rakyat Malaysia berasa bangga.

Namun selepas berbagai pendedahan yang makin mengarut, kini boleh dikatakan tiada sebarang hormat kepada Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Seriusly, is there anything yang boleh buat aku respect pada dia? Respect can only be earn. Jadi as of now, tak ada sebab untuk aku hormat Najib. Maybe hanya hormat dia sebagai seorang manusia.

Tapi aku tak rasa aku buat keputusan yang salah dalam PRU yang lepas. Pada aku, Pakatan Rakyat (PR) masih tidak bersedia untuk menerajui negara yang kompleks seperti Malaysia. DAP dan PAS tidak menghormati sesama sendiri. PAS dengan exploitasi terhadap agama untuk memenangi undi Muslim manakala DAP pula yang mana sesetengah wakil yang sungguh extreme dalam meliberalkan Malaysia. Sampaikan perkara remeh temeh seperti memakai songkok pun dijadikan isu. I just can't brain how those stupid perwakilan DAP fikir. Just wear those damn songkok and done with it. What the big fuss?

Sesatunya harapan rasional yang ada adalah pada Keadilan. Tapi keadilan pun nampak not in control. Umum masyarakat nampak DAP yang terajui leadership PR.

Malang sungguh politik Malaysia. Rakyat secara umum terpaksa pilih berdasarkan "the lesser evil" dan bukan "the best of the best". Dan rata² tidak memilih Barisan Nasional (khususnya UMNO) bukan kerana tertarik dengan PR, tetapi atas dasar ingin mengajar atau pun kerana terlalu bencikan UMNO.

Lebih malang pula, konsep "the lesser evil ini" berbeza mengikut induvidu.

Berbalik pada Najib, tak perlulah aku huraikan apa keserabutan yang dia telah buat. The whole world know except mereka yang tinggal di Malaysia. Reason being is mainstream media dikawal oleh Najib. 

Kini berlaku pula pertelagahan antara Najib dan DrM. Dalam banyak keadaan aku nampak yang Najib seolah nampak yang "tak suka pentakbiran dia hanyalah DrM". Yang mahu dia undur hanyalah DrM. Najib salah sebenarnya. Bukan DrM yang nak dia turun. Majoriti rakyat Malaysia.

Again, its not DrM against Najib. But most Malaysian against Najib. DrM hanyalah prophet rakyat Malaysia. Apa yang DrM dapat? Umur dia dah lanjut. Dia sekarang tengah jeopardy @ gamble masa depan anak² dia. Kenapa ramai macai Umno tak nampak dan terus menyokong Najib? Hanya kerana sikit duit dan peluang mereka sanggup bersekongkol? Bukankah masa depan negara dan anak² jauh lebih penting? Tidakkah mereka semua belajar dari sejarah?

DrM buat semua ni untuk Malaysia. Dia sayangkan Malaysia dan seluruh anak Malaysia. Dia tau umur dia tak panjang. Tapi dia tak mau "mati celik". Inilah pahlawan sebenar. Inilah seorang perwira dan negarawan. Tak perlu memekik mengaku berdarah pahlawan.

Jika dibandingkan jasa DrM dengan jasa Najib, bagaikan langit dengan bumi (by the way, ada ke jasa Najib? BR1M?) Tak perlu aku huraikan disini jasa² DrM. Malah di Jepun pun mereka amat menghormati DrM.

Najib is in deep shit. Daripada Nothing to Hide dan tukar jadi Nowhere to Hide. Dah dapat pula gelaran Pendekar Hang Pi Mana. Itu lah, memekik sangat kononnya darah pahlawan.. Seriusly macam budak². Sungguh memalukan.

Deep inside aku harap masalah 1MDB hanyalah mimpi ngeri. Ia melibatkan wang kita. Logik umumnya rakyat dijadikan lembu bajak Najib untuk clean 1MDB melalui GST. Moga tuhan selamatkan negara kita dari pemimpin yang merosakkan.  



 

Sunday 12 April 2015

Comic House

Aku mula baca komik manga sejak aku tingkatan 1, maybe dalam usia 13 tahun kot. Manga pertama yang aku baca adalah Dragon Ball dan manga pertama yang aku beli adalah Dragon Quest. Ketika itu, dengan duit poket bernilai RM1 sehari, agak kritikal untuk aku beli semua komik kegemaran aku. Tapi ntah macam mana aku "manage"

Koleksi manga sejak aku tingkatan 1

Dan kini koleksi makin bertambah...

Kini dalam usia 34 tahun aku masih lagi membaca manga. Maybe dalam istilahnya aku boleh dikatakan sebagai "otaku". Malah suatu ketika dulu aku pernah bertekad untuk menjadi pelukis komik. Namun tak dinafikan ada juga tempoh masa yang tidak langsung menyentuh komik. Itu barangkali tempoh sabatical aku dengan manga dan komik.

Sebenarnya penerbit manga di Malayia yang mengeluarkan jilid manga ada 2 iaitu Comic House dan Tora Aman (Slam Dunk, Doraemon dan Detective Conan). Sefaham aku Comic House merupakan penerbit manga yang lebih ulung berbanding Tora Aman. Antara manga keluaran Comic House adalah Dragon Ball, Dragon Quest, Satria Pedang (Samurai X), Kindaichi, Yuyu Hakushu, Hunter X Hunter, Get Beckers, GS Mikami, Naruto, One Piece, Bleach dan banyak lagi lah..

One Piece

Bebaru nie aku telah baca episod terakhir Naruto. Difaham dari internet, Naruto merupakan manga paling best abad nie. Dia merupaka pewaris Dragon Ball. Personally, aku tak rasa macam tu. Pada aku Dragon Ball jauh lebih best. Tapi, itu aku.
Pada masa yang sama aku tahu yang nemeses Naruto adalah One Peace. Aku memang ada ikut One Peace, tapi aku berhenti baca atas sebab tertentu. Maybe watak yang terlalu banyak. Namun adik aku ada beli. Just ada lompong (tertinggal issue) sana sini.
Maka lepas aku mula balik baca dari isu 1 baru aku sedar betapa best nya One Peace. Dan misi melengkapkan One Peace pun bermula... 

Dulu ketika aku di Kedah dan JB, aku teringin sangat nak ke source manga iaitu Comic House. Disinilah semua mangga tersimpan dengan lengkap dan sempurna. So, berbekalkan alamat di sebalik mangga aku pun waze kan lokasi.. Tapi sebelum tu aku call untuk pengesahan sama ada Comic House jual manga secara direct atau tidak. Memang depa jual direct. Siap ada discount price.

Maka inilah lokasi waze bawa aku...

Percetakan Solai?

Actually ada bangunan Comic House, tapi bangunan tu sekarang dah jadi Gudang kastam. Bangunan percetakan Solai nie hanya bersebelah (kalau berhadapan disebelah kanan) sahaja bangunan asal Comic House.  Dan dibawah pula ofis atau ruang tetamu dia...

Ini permandangan lepas buka pintu.. Aku macam... what?


 Time aku masuk, ada sorang aunty tengah kerat² kertas... Nie manga apa ntah..


 Nie cover mangga Reborn yang aunty tu tengah kerat²..


Giler bersepah... Tak seperti yang aku sangkakan kan... Sebenarnya ada banyak lagi manga. Depa simpan dalam store..

Aku sebenarnya agak terkejut dengan keadaan ofis Comic House. Agak bersepah dan tak terurus.. Macam gudang ntah apa² ntah. Aku sembang dengan "ketua" kat situ. Dia cakap depa pindah bcos business mengecil. Dia bagitau yang business mengecil atas faktor internet. Dia kata majoriti pembaca bari kini lebih suka baca free dari internet berbanding beli fizikal.
Tapi aku cadangkan pada dia, untuk organize kan ofis dia dan market kan ofis dia dalam internet juga. Comic House tak perlu pindah bangunan. Penggemar manga (macam aku) akan cari. Buat balik ofis jadi macam konsep kafe. Taruk sofa sikit dan water drinker sudah lah. Hias dan taruk poster manga. Organize atau join  Cosplay event ke ape. Comic House merupakan brand name yang kuat. Aku tak pasti dia dengar tak nasihat aku. Tapi, kalu aku ada duit banyak aku akan beli Comic House dan rebrand dia.

Apa pun, selain dari lengkapkan One Piece, aku ada beli gak manga otai iaitu, Kung Fu Boy Chimne atau Anak Sateria

Habis aku tapau.. Personal favorite..

Bagi sesape yang nak ke Comic House, silalah pergi. Semua manga ada. Boleh cari atau lengkapkan balik memana koleksi yang hilang or rosak. Lokasi dia pulak boleh refer belakang manga. Senang jer nak cari kalu guna waze. Kat Jalan 213, 46050 Petaling Jaya. Ikut Faderal Highway senang. Di hujung Jalan 213 tu ada Topmark Toyota Outlet.

Aku harap agar Comic House dengar dan ikut nasihat aku. Depa tak ble bergantung pada agen lagi. Kena improve strategi pemasaran. Kena ikut trend semasa. Walau pun ramai pembaca yang suka baca free kat internet, namun banyak juga yang suka manga fizikal. Malah untuk buat duit, caranya bukan hanya dengan jual manga. Ada lagi cara lain.