Sunday 17 August 2014

Makan, Makan dan Makan

Makan, makan dan makan. Aku suka makan. Makan pada aku antara nikmat halal seorang Muslim boleh nikmat. Tapi in time, kalu tak jaga makan, sikit sebanyak mudarat lah badan.

Minggu lepas aku ada urusan rasmi kerja. Dalam urusan rasmi tersebut, aku sedaya upaya untuk 'enjoy the little things' dengan melawat tempat² makan yang best di sebelah utara. Ya, aku ke utara.. Wilayah syurga makanan bagi sesetengah induvidu.

Nasi Ganja

Banyak orang tak faham konsep nasi ganja nie sebenarnya. Sebagai self claim pakar makan, iaitu aku, nasi ganja ditafsir sebagai apa sahaja nasi yang membuatkan penggemarnya akan kena kelibat seperti ketagih ganja kalu tak pekena dalam tempoh yang lama. Nasi ganja boleh jadi nasi kandag, nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi lemak. Tapi selalunya sinonim dengan nasik kandag.

Hala tuju pertama kami setelah tiba di bandaraya Alog Setag adalah adalah nak pekena Nasi Lemak Royal. Di Alor Setar sebenarnya ada beberapa Nasi Lemak Royal. Antaranya adalah Istana, Hijau Kuning, Jalan Langgar dan dengar citer kat KL pun ada. Yang kat KL aku tak cuba lagi. Jadi aku tak ble nak confirm sedap ke tidak. 

Makanan dewa dewi putera puteri budak Alog Setag

Pada aku rasa nasi Royal kat Alor Setar nie sumenya sama saja. Yang beza adalah dari cara dan kunatiti kuan mengikut sukatan yang dicampur dalam nasi. terlebih kuah cili maka rasa akan lain. Dan bercerita tentang penceduk kuah nasi nie, sebenarnya bukan benda kecil. Kalu dalam bisnes ketuk Body & Paint, gaji painter dan body puller boleh demand bergantung pada skill. Dan tokey B&P akan cuba jaga Painter dan Body Puller nie sebaik mungkin sebab seni yang ada pada depa nie susah nak develop. Maka untuk kes pencedok kuah, dia boleh demand gaji sebenarnya. Depa nie lah the artisan de' nasik. Kalau tak silap aku, pencedok kuah yang ultimate mampu mengekalkan kuantiti yng just nice untuk setiap pinggan dan dari jenis lauk yang diambil pelanggan, dia mampu menganalisa kombinasi kuah apa yang terbaik untuk dicampur. Dan pencedok kuah tu mencapai tahan dewa bila mampu menganggarkan jenis dan jumlah kuah hanya dengan melihat rupa pelanggan. Rumors mengatakan yang gaji pencedok kuah di Restoran Kayu Nasi Kandar Penang (dekat Vistana) hampir mencapai 5 angka. Tapi itu hanya khabar angin.

Semenangnya Nasi Lemak Royal Istana jauh lebih sedap dari kat Hijau Kuning yang selalu aku pekena. Oleh sebab jarang aku balik Alor Setar, maka sikit hari lagi aku akan pekena nasi lemak Royal Ampang pula. Harap² rasa dia sama.

Esok paginya kami pekena roti jala. Tapi kedai sedap yang kat stadium lambat buka. Tapi menurut colleague aku tu, yang kami layan tu pun dah sedap.. Tak sedap sebenarnya...

Kami ada dengar citer yang kat Perlis pun ada nasi ganja. Tapi sebab kesentukan masa, maka kami tangguh dulu hasrat mulia kami tu.. Jadi... tunggu nasi ganja Perlieh yer.. Your judgement day will come!

Tengah harinya lepas habis urusan kami kena ke Kulim. Jadi dalam perjalanan kami pekena nasi campur kat Permatang Nibong. Masa aku mula kenal dengan kedai nie aku sikit skeptikal. Apa yang best sangat dengan nasi campur? Apa yang best sangat dengan lauk pauk dia? Dan terbukti aku salah. Dan kini, bila ada peluang, aku insya'allah akan ke situ untuk mekedarah. Dish faveret aku semestinya lala masak lemak, sotong gulai dan sotong katak masak cili. Ditambah dengan petai dicicah sambai belacan. OMG... Even now, melelah air liur kot.. Memang hidangan dewa dewi putera puteri anak² Tanjung.

Makanan kampung orang utara.. Makan dibawah rimbunan pokok² buloh sambil beriramakan bunyian merdu aliran sungai..

Lokasi dia dekat jer dengan UITM Seberang Perai. Yang paling best harga sangat berpatutan. Sebenar di area Seberang Perai nie sememang banyak tempat² makan yang sedap². Satu hari insya'allah aku akan buat tribute.

Usai urusan rasmi di Kulim, maka ada baiknya kami menikmati sedikit sebanyak apa yang ada kat Kulim nie. Menurut member yang bekerja di Kulim, dia mencadangkan untuk kami cuba Roti Arab. Semestinya sangat sedap dan sawajarnya dibawa ketengah. Roti dia lembut dan kuah dia sangat sedap. Sepinggan kuah diberi seketul ayam mahupun daging.

Sedap... Patut bawa ketengah dengan buka lagi cawangan lain

Penang Food Island

Malamnya kami pun sampai ke Penang dan ke hotel. Sebelum kami pi kejap ke lokasi kerja. Buat spot check sikit. Anyway, sebenarnya perut dah kenyang sangat. Tapi colleague aku mendambakan Sup Hameed. Sebenanya sup nie bukan rekomen aku kalu orang tanya tentang food Odyssey di Penang. Malah aku tak pernah bawa isteri aku makan sini. Namun populari dia boleh tahan juga. Ramai juga orang yang suka. Tapi pada aku ia tak lah se over rated seperti nasik Kandar Line Clear. Jadi lepas uruskan diri dan kemas sikit, kami pun turun.

Kami menginap di Cititel Penang Street. Kedai nie just a few steps from the hotel lobby. Aku kurang gemar sup nie sebab rempah yang digunakan. Ia adalah spesis sup mamak. Walau pun rempah dia tak sebanyak sup mamak kat kedai mamak lain, tapi, ia tidak menepati selera aku. Berbeza dengan colleague aku, dia sangat suka akan sup nie. Satu lagi adalah kawasan dia. Sangat tak sesuai untuk bawa family. Apa tidaknya, bersebelahan dgn pub dan boleh nampak insan² berpakaian seksi yang aku tak pasti samada perempuan atau pun darai. Moga Khalifah LGE ambil tindakan sewajarnya OK. Kalu taidak PAS akan ambil tin.. eh lupa aku. PAS takut pada DAP. So, tak kisah lah tuan Khalifah nak buat apa².
Basically, bila kita order sup nie depa akan offer roti banggali. Ada juga yang suka makan dengan nasi lemak dan telur mata. Aku pulak just sup ayam dengan milo tarik. Terbaeeek...
Lunch?

Esok paginya kami ke Pulau Tikus. Kepada penggemar mee goreng mamak. Di Penang ada beberapa tempat yang best. Secara peribadinya aku senaraikan kepada 3 yang disusun menurut turutan paling best ke tak best:

1. Mee Sotong Pata
2. Mee Agong
3. Mee Bangkok Lane
Mee Goreng Bangkok Lane; Bersempena dengan nama lorong tempat niaga dia
Oleh sebab tujuan kami adalah untuk sarapan, maka kami ke Bangkok Lane. Konsep kedai dia adaah seperti kedai nasi ganja Ipoh dan nasi Minang Penang. Kedai Cina tapi ada mamak niaga di kedai tersebut. Kami tak lepak kat kedai tu. Tapi kami lepak di gerai disebalah yang jauh lebih santai. Jika dibandingkan dengan Mee Pata, mee nie tak pedang sangat. Sesuai untuk kanak². Disamping tu kami juga pesan roti telur.
Aku seperti biasa ori telur dengan milo tarik. Nikmat... Oh satu lagi, masa kami sarapan baru lepas hujan dan mendung. Memang feel.

Roti Telur

Kepada penggemar roti telur, secara umunya, hidangan ini disediakan melalui 2 cara. Pertamanya telur separuh masak dipecahkan atas roti (dimana juga dikenali sebagai telur goyang) dan cara ke dua adalah telur dipecahkan dalam mangkuk atau cawan yang kemudiannya roti dicicah dengar telur. Rotinya seperti biasa di sapu margerine dan dibakar. Cara pertama ini sinonim dengan roti telur Ipoh manakala cara kedua adalah di Penang. Ini adalah makanan Cina kalau tak silap aku. 
Telug goyanggg? Why? Cuba goyang pinggang tu.. Haa. kan bergoyang telur tu.. You got egg? Aku tau sapa tak dak telur.. Hik hik hik...  
 Roti telur Penang..
Yang istimewanya roti telur Bangkok Lane nie adalah ianya dibakar dengan arang. Jadi ada sikit rasa eksotik arang yang pada sesetengah orang adalah faktor X menyedapkan makanan.
Nasi Ganja Penang
Banyak nasi yang sedap di Penang. Terutamanya nasi kandar. Ada Nasi Kandar Kampung Melayu, Nasi Kandar Shariff, Nasi Kandar Hameed, Nasi Kandar Kayu, Nasi Kandar Beratog dan the over rated Nasi Kandar Line Clear. Malah nasi ganja nie selalunya sinonim dengan nasik kandar. Malah di Ipoh nasi ganja merupakan nasi kandar. 

Tapi berbeza untuk aku dan ramai lagi orang Penang. Nasi ganja Penang bukannya nasi Kandar tapi nasi tomato atau nasi minyak. Di kedai yang sama, lauk sama just ada 2 pilihan nasi. Efek dia adalah kesan ganja yang berpanjangan. Lokasi adalah di Jalan Patani depan PSSB Penang B&P Hub. Ada banyak lauk untuk pilihan tapi tak sebanyak nasi Kandar. Bagi yang baru berkenalan, mungkin boleh cuba ayam kicap. Cita rasa peribadi aku adalah ikan bawal masak merah. 
Nie gambar lama... Masa aku pi depa dah ubah suai kedai..
Makan, makan dan makan...

Aku suka makan dan aku percaya ramai lagi sama dengan aku. Ada orang yang beruntung dimana sebanyak mana dia makan pun berat badan dia tak naik. Aku makan jer lebih sikit mulalah naik berat badan.

Lepas makan kami pun beransur. Aku pula ke Ipoh meneruskan tugasan rasmi. Sebelum makan tadi bukan main naik jin aku marah orang. Lepas makan marah tu kurang sikit. Tapi sehingga waktu aku menulis nie, nampak gayanya aku kena ke Penang sekali lagi kot. Apa taknya, ada orang minta kena marah lagi rasanya. Jadi jika aku ke Penang nanti, boleh lah aku pekena lagi makanan² yang aku mula rindui sejak aku keluar Penang dulu.

End