Monday 19 May 2014

Islam: Another Mockery?

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan": al Quran 16:90

Di atas antara salah satu ayat Quran yang menyentuh tentang berbuat @ berlaku adil. Begitu jelas ayat diatas. Ia bukan tergolong dalam ayat² yang sukar difaham. Tak perlu ulama besar utk tafsir ayat ini supaya kita faham maksudnya. Tak perlu masuk kelas tafsir yg buku dia bermuka-muka tebal, kecuali jika kita tergolongan dlm golongan yang malas nak fikir.

Hudud

Sejenak dua  nie, irama hudud semakin asyik bermain. Baik dari PAS dan juga dimain tarik tali oleh UMNO. "UMNO tak pernah tolak hudud", itu yang dikatakan. Iyalah, mana ada orang yang mengaku Muslim tapi berani membuat statement menolak hudud secara terang². Tapi ada juga di antara beberapa Muslim menolak hudud tradisional seperti yang umum faham iaitu potong tangan, rejam dan sebagainya. Selalunya golongan ini adalah dari golongan yang tidak menerima hadis sebagai panduan hidup. Jika mereka hanya menjadikan al Quran sebagai panduan, maka, aku kurang jelas apa yg depa faham dengan ayat ini;

"Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" Quran 33:21

Nabi tidak hidup bersama kita. Tapi cara hidup baginda direkod dalam hadis. Namun begitu, kita wajib memastikan hadis yang kita jadikan panduan adalah hadis yang authentic. Terdapat garis panduan keatas perkara ini. 

Selain itu mereka merujuk kepada 'potong tangan' sebagai bermaksud; ''memotong kuasa".

Brunei - The Islam Utopia State Joke

Brunei mahu laksanakan Hudud dan tak silap aku dah start.. Seingat aku Nabi penah cakap, ''kalu terbukti Fatimah (anak baginda), mencuri, maka Baginda sendiri akan potong tangan Fatimah.. "

Nie artikel yg pada aku test of faith utk Yg Mulia Sultan Brunei sekiranya benar. Aku tau, kita penah dgr banyak suatu ketika dulu akan behavior kerabat Brunei ni (please google also - Blog Serius pun pernah highlight pasai perangai pelik kerabat Sultan Brunei nie). Juga boleh refer pada artikel dalam BH ini. But this (the earlier link) is the recent article.

Sultan berjiwa rakyat....  Is he? Does he has more too proof? Moga ia terbit dari hati.. Maybe sinar keadilan mula terbit? We'll see... 
Aku tau ramai org kita yg 'head over heals' (or maybe obses) dgn tindakan Sultan Brunei laksanakan hudud. But if all the rumours are true about their Kerabats than the "Islamic" Sultan should, walk the talk. Jadikan diri sebagai contoh. Renung hadis Nabi yang aku catat sebelum nie dan LAKSANAKAN hudud pada kerabat baginda dulu. Jgn just impose pada rakyat marhaen. 

I don't need to hear more fairy tales about miracles happening once Sultan announce yang dia nak laksanakan hudud. Islam is not about miracles, it is about practical. Islam is the way of life. Practice in life. Bukan baca kisah ajoib dalam Mastika. Kalu cakap pasai keajaiban (miracles), than ugama lain lagi berdoyon-doyon miracles.

Tidak kurang juga ada yang barangkali (maybe) ada hati nak membandingkan Sultan Brunei dgn Khalifah Umar Abdul Aziz. Well, I think the sultan is still among the riches man on the world now. What kemajuan yang orang Brunei experience now? Dengan kekayaan yang ada di Brunei, apakah  pelaburan  yang contribute pada dunia Islam? Adakah development technology yang mampu membantu negara Islam? Jika ada, maka alhamdulillah. Namun jika kekayaan yang Brunei ada hanya digunakan untuk mengganjakan rakyat supaya hidup murah subsidi, maka pada aku, kekayaan itu tidak dilaburkan dengan cara yang tepat.

Berbalik pada imposing hudud to his kerabat, only then, Islam takkan di gelakkan oleh non Muslim world wide. Jika tidak dunia akan nampak apa the "good" sultan is only try to protect his dynasty. But unfortunately aku difahamkan dalam perlembagaan Brunei ada dinyatakan sultan dan keluarganya (household) terkecuali dari apa jua undang2 mahkamah Brunei sebab di luar bidang kuasa... Again IF THIS IS TRUE, and nothing is done to ensure "setiap manusia itu sama kecuali iman dan takwa", than is is just another MOCKERY TO ISLAM and pray that Allah protect us from this kind of hypocrite.