Monday 31 October 2011

Aku Yang Cuai VS Manusia Jahat


Secara serta merta terumbang ambing
Tiba-tiba kacau bilau
Nyawaku melayang di bawah gerhana cahaya lampu neon
Fikiran mengamuk hati berkecamuk
Terpekik terlolong

Langkah kau amat licik hinggaku terpedaya
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Guna sebelum ia kembali guna
Sebelum tarikh luputnya
Egoku terhina tercicir di pinggir
Laluku tergelincir
Salahkah ku merasa serba salah? Ya?
Salahkah ku bermasalah?

Otak kau memang cerdik
Sungguh terperinci
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kuhilang
Kuhilang 

Aku percaya, ramai org antara kita kat luar sana yg apabila terdengar satu lagu dia barangkali akan terkenangkan sesuatu peristiwa. Aku antara org yg macam tu. Malah, terlalu banyak lagu yg mengaitkan aku utk sesuatu peristiwa dan dalam banyak situasi. Ada sesetengahnya aku tak nak sebut lagi  & aku ambil sebagai pengajaran yg aku citer pada org keliling aku dalam keadaan yg paling halus. Ada sesetengah lagu yg bila aku dengar aku akan ingat kenangan manis, ada yg kelakar dan most of them sayu. Adakah aku nie jenis melancholy? I don't know.

Cuai; Butterfinggers
Lagu yg bertajuk Cuai dari album Selamat Tinggal Dunia dari Butterfingers adalah antara lagu yg every time aku dengar akau akan teringatkan satu peristiwa. Peristiwa tersebut berlaku pada penghujung tahun 2007 semasa aku bekerja di Ipoh. Lagu nie mengingatkan aku tentang pertemuan dengan manusia paling jahat yg aku pernah jumpak dan berinteraksi dalam hidup aku. Ini adalah kerana masa aku handle kes nie, aku tgk layan album Slamat Tinggal Dunia dan lagu Cuai adalah lagu faverot aku. Ironinya, pada aku lirik lagu nie sesuai dgn keadaan yg aku tgh alami time tu..

Orang Paling Jahat Aku Pernah Handle...
Aku tau ramai org jahat dalam dunia nie. Kalu dibandingkan dengan org yg aku refer bie, most problaly dia tak jahat sgt lah. George Bush pada aku antara manusia paling jahat atas muka bumi nie. Tp, personally for me, mamat ini lah org paling jahat aku pernah jumpa dan interact buat masa nie. Bukan saja jahat, tp sgt keji dan licik.

Terus terang cakap, aku masa di Ipoh pada tahun 2007 agak ego dan megah. Kenapa? Sume yg aku buat menjadi. Life aku perfect dan sume masalah aku boleh setle. Hinggalah aku jumpa mamat nie. ..
Actually time tu, aku baru balik dari meeting. Bila aku masuk ofis, org kanan aku cakap ada satu kes yg bermasalah. Dari cara dia citer, macam boleh setle dan mudah je. Tp rupa²nya mamat nie mempunyai agenda tersembunyi. Dan lepas diselidik  setelah beberapa bulan kemdian, mamat nie memang pernah berjaya mengencing org. Dgr citer dia bersama satu syarikat guaman memang selalu cari kompeni utk peras ugut.

Kenapa dia jahat?
"Ular dalam lalang lebih berbahaya dari singa diatas padang" dan "musang berbulu ayam". Ini lah perupamaan yg sesuai utk mamat nie. Dia sgt licik dan terperinci. Depan kita, dia sgt manis bercakap dan pandai mengambil hati. Sume staff aku tak percaya bila aku bagitau mamat nie lain macam bcos dia sgt baik. Siap belanja depa makan lagi. Rupa²nya dia tunggu kami cuai. Dia tunggu aku cuai. Dan aku cuai. Aku cuai bcos aku sangkakan dia mahu selesaikan masalah, tp rupanya dia nak cari lagi masalah. Depan staff aku dia bercakap perkara yg baik² sahaja, tp bila dgn aku dia memburukkan staff aku. Dia bersimpati dgn aku tapi dalam masa yg sama dia racun aku utk tegas & take action dgn staff aku. Dia cuba memecah belahkan staff aku dgn aku.

Selain tu, dia juga melakukan beberapa penipuan personal terhadap staff aku supaya staff aku tak alert dan buat silap. Kemudian dia guna kesilapan itu utk ugut aku. Aku tak boleh nak tulis kat sini penipuan yg dia buat bcos benda tu terlalu personal. Tp, pendek citer dia ngaku yg dia still bujang.. Sedangkan sudah ada anak satu.

Don't Judge A book By Its Cover?
Wajah dia? Normal. Chubby dan berwajah ceria. Bila dia cakap, sgt berhemah. Gerakan jari dan body language juga sgt berhemah. Seriusly dia berjaya pukau semua staff aku termasuk aku. Itu termasuk ayah dia yg juga boss dia. Secara halus tutur kat penuh simpati seolah mahu menolong, tp sebenarnya niat mencari kelemahan utk mengambil kesempatan. Dan yg paling best skali ring tone hand phone. Ring tone ayat Quran or at least bacaan bahasa Arab. Utk apa? Supaya org tak nampak dia sorg yg Islamik dan "open" dgn dia.

Terus terang dia sgt cerdik dan licik, hingga aku terpedaya.. 

Malam aku tidur tak lena. Aku jadi stress. Dia boleh paksa aku cancel cuti raya Haji aku. Raya Haji kedua jam petang aku rush ke Ipoh dr Alor  Setar sebab mamat sekor nie. Hinggakan sorg staff Admin aku termimpi yg aku pukul mamat nie dalam ofis. Actually staff admin aku nie risau sampaikan termimpi. Apa taknya havoc yg mamat nie dah create. 

Dia, dia sgt detail kerana dia (dan bapak dia) telah merancang dari awal. Dia plan dr awal utk cari point utk peras ugut dan saman "kami". Aku terperangkap sebab aku cuai kerana aku tak sangka dia berniat utk mencari untung dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku dan team aku.
 
Tuhan Maha Adil
Alhamdulillah, tuhan bantu aku, Bukan nak kata aku org baik, tp solat banyak membantu. Se"loklag" maha kita, kita jgn tinggal solat. Tuhan bagi petunjuk pada aku dan tunjuk aku wajah sebenar dia. Aku sedar akan statement dia tak konsisten dan barangkali dia lupa yg aku close dgn staff aku.
Akhirnya, bila aku dah jumpa lubang, aku psycho dia balik. Dia yg selama nie berlagak tenang tetiba jadi baran dan marah tak tentu pasai. Dan bila seorg tu marah, dia dedahkan lagi banyak kesilapan. Satu demi satu kesilapan yg aku kantoikan dan akhirnya kes nie hanyut begitu sahaja hingga kini...

Pengalaman Aku Sahaja
Ini hanya 1 pengalaman aku. Aku tau org yg aku tulis kat sini maybe tak la jahat sgt. Tp serisuly, aku tak boleh nak tulis sume dgn detail bcos nie berkait dgn keje aku gak. Kena profesional. Sume dokumen yg berkaitan dgn kes nie aku still simpan. Apa pun aku ambil pengalaman aku nie sebagai pengajaran. Pengalamn yg perit dan stress, tp amat berharga, Dan lagu tema utk pengalan tu adalah lagu Cuai, Butterfinggers.

Thursday 27 October 2011

Harga Tiket?

Aku rasa dua tiga menjak nie agak panas pasal isu tiket final NS menentang T'ganu. Sefaham aku, harga tiket naik dari harga biasa sempena final. Kalu tak silap aku, ini bukan kali pertama FAM buat macam nie. Tak silap aku pun dulu pun macam nie gak.  

Maharaja Lawak

Bila aku dgr pasai isu nie, aku teringat isu Maharaja Lawak dimasukkan dalam channel Astro Warna yg mana kalu nak tengok, kena bayar extra. Alasan Astro adalah kerna Maharaja Lawak nie adalah rancangan berkualiti dan dulunya di slot channel biasa Astro atas dasar promo. Hahahaaa...  Iyo lah.. Memang dasar kapitalis Yahudi Freemason Opportunist betul. Rakyat yg dah kena ganja Maharaja Lawak terpaksalah bayar lebih utk menghilangkan ketagih lawak yg tak lah lawak sgt sebnarnya. Pada aku, memang hak Astro utk wat apa saja dia nak. Tp sebagai cust, kita ada hak utk tak menonton. Alah, bukannya jana minda pun tgk Maharaja Lawak. Bukannya ada add value pun. Pada aku, jawapan terbaik adalah boikot je. Ada apa hal? Kita bako je.. Eh, kita boikot je... Jimat duit dan jimat masa. Masa yg kita bazir layan citer tu boleh guna utk membaca bahan yg berfaedah.

Jesuses

Berbalik pada harga tiket bola. Seriusly, statement yg aku baca dan tgk dari TV bercampur-campur. Berbagai pihak bagi komen dan ahlul politik pun masuk campur. Dengar citer, menteri belia sukan buat rayuan, ketua pemuda buat rayuan dan yg paling best, Tengku Abdullah, raja muda Pahang pun buat rayuan (refer Utusan hari nie; 27 oktober 2011). At the same time, Ayahda baginda Sultan Pahang yg kalu mengikut Sokernet, dikenali sebagai Sultan Bola bertitah agar rakyat just accept je harga tiket tu dan bla, bla,bla... Memang LOL betul.. 

Sefaham aku, NS dan T'ganu sanggup tanggung "dosa" FAM dgn mengurangkan beban rakyat. Dgr citer NS sanggup absorb RM20 menjadikan harga tiket menjadi RM30. Perkara yg sama juga dilakukan oleh T'ganu. Seriusly, kelab bola negri2 ini memang macam Jesus yg die for FAM sinssss. So, aku macam respek lah Jesuses nie. Tapi seingat aku time Bulletin Utama tadi, Sultan Pahang bertitah yg harga tiket yg "mahal" ini adalah utk kebaikan kelab bola negeri tersebut juga (?). Betul ke nie? Aku tak paham. Jualan tiket  nie bakal disalurkan kepada pasukan NS dan T'ganu ke? So, apa fungsi Jesuses yg aku sebut seblum nie? Or FAM sebenarnya pengutip zakat bola yg akan membawa kepada pembangunan ummah bola? Aku tak jelas dan konfius.

Apa saja skali pun, di akhir titah baginda Sultan Pahang, baginda menyeru agar ramai-ramailah datang ke stadium dan juga baginda memberi jaminan yg bahlul yg melontar cat kuning ke pejabat FAM takkan terlepas. Hahahaa. mau kecut perut pelontar cat tu smestinya. Tp, mcm kelakar pun ada. Seolah FAM ada pinjam duit sama along pulak. Hahahaa...

Hak Masing-masing

Aku percaya ramai yg bengang, menyumpah dan tak puas hati dgn tindakan FAM. Barangkali ramai yg cakap FAM zalim kerana menaikkan harga ayam diwaktu perayaan.. Eh silap, harga tiket diwaktu final bola. Tp, pada aku, itu hak FAM. Depa da'bos and boss is always right. Kerajaan tak leh kompaun FAM macam mana kerjaan kompaun peniaga yg naikkan harga ayam lepas dengar budget. Ini adalah kerna harga tiket bola bukan barang terkawal. Org Malaysia boleh sawan kalu tak makan ayam tapi org Malaysia tak mungkin sawan kalu tak ble tgk bola live kat stadium.


Jadi pada aku, itu hak FAM. Sultan pun dah bertitah dan nothing can be done. Just accept the fact. Dan kalu anda tak mampu, jgn la gi tgk. Tgk kat TV. Free. Hanya bayar bill letrik je. Jimat pun jimat. Kalu nak lagi meriah, book mapley or lagi best kat rumah penghulu kampung. Tgk live final ramai-ramai bola secara muafakat. Tgk bola sambil makan nasik dagang dgn kopok leko utk org T'ganu atau pulut kuning cicah sambal petai utk org NS. Paling best kalu pekena kopi "o" pekat cap kapal api. 

Relex lahh    

Aku tau memang ramai yg bengang, tp relek lah.. Jgn marah dan meyumpah. Tambah dosa ja. Kalu hangpa sume, peminat bola rasa dizalimi, hangpa berdoa je pada tuhan kerana tiada hijab doa org dizalimi dengan Allah. Alah, kalu nak rabel, hangpa sume boikot je game tu. Sume tak yah beli tiket. Biar stadium tu kosong lagi sunyi. Biag depa tau. Kalu nak lagi ganas, skali dgn live telecast pun hangpa tak payah tengok. Biag sponsor tu rugi. Tu baru raw! Dan RAW is WAR! Masa tu better hangpa sume gi masjid jemaah ramai-ramai time maghrib dan isyak. Drpd meng'imarah'kan stadium, better hangpa meng'imarah'kan masjid. Pahala pun dapat, Allah pun sayang. Silap-silap hangpa berbinikan ustazah pilihan. Har har har..Apa pun, relex larr. Bukan mati pun tak tgk bola...  

Monday 24 October 2011

Pencipta Badik, Parang dan Keris Moden

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat...

Last month aku ada conference dgn member sesyarikat yg lain di KL. As usual, kami ditempatkan di hotel Sri Pasific. Kebetulan aku sebilik dgn member aku bernama Norizy. Dia nie org Kelantan tp dah lama menetap di Johor.

Time kami tgh lepak, sambil aku membelek novel yg aku bawa, aku terpandang Norizy yang sedang menjahit something. Bila tanya, dia menjawab yg dia sedang menjahit kantung parang pendek. Parang? Selepas disoal, Norizy bagitau aku yg dia adalah tukang buat senjata. Senjata? Dia buat senjata utk hiasan. Kemahiran dia adalah dia berkebolehan utk mengukir dan menghias hulu senjata tersebut. Ilmu ini sebenarnya diwarisi oleh orang tua dia dan dibelajari oleh kenalan yg barangkali digelar "guru".

 Norizy yang tekun menjahit kantung badik

Menurut Norizy, senjata yg dia tengah buat sekarang ini (dlm gambar) adalah ditempah oleh golongan kerabat diraja Pahang. Seriusly, aku tak sangka yg aku mempunyai kawan yang ada kebolehan sebegini. Pada aku, nilai seni yg dihasilkan oleh member aku nie memang tinggi dan barangkali jarang dijumpai.

Senjata yg didalam sarung..

Nilai ukiran yg teliti dan unik

Senjata diluar sarung, besi hitam yg bisa...

Parang pendek waja hitam bersama badik waja putih... (badik masih belum siap..)

Menurut Norizy, dia bersama kawan dah lama melibatkan diri dalam kerja kraftangan ini. Norizy tidak menempa besi senjata, dia hanya membentu hulu dan sarung sahaja. Dibawah adalah video menempa besi dibengkel.
 
Proses melembutkan waja

 
Proses membentuk waja

Aku diberitahu yang besi yg digunakan diambil dari kedai besi buruk. Proses menempa besi nie pulak memerlukan kemahiran supaya senjata tersebut tidak rapuh. Kayu utk sarung dan hulu pula diambil dr merata tempat. Bengkel kayu perabut, store sekolah dan lain² lagi lah.  Sebenarnya depa buat aktiviti nie sebagai hobi. Untungnya, hobi ini boleh menjana wang. Namun begitu, menurut Norizy, niat utama bukan utk buat duit. Tp lebih kepada kepuasan. That is why, depa tak jual mahal hasil kraf yg depa hasilkan nie. Tempahan yg diterima pun menurut Norizy adalah melalui tuan badan. Dan ianya disampaikan melalui mulut ke mulut.

Jadi, kalu ada yg berminat, bolehlah melawat FB depa di sini.

Sebenarnya aku berasa sgt kagum dgn hobi member aku sorg nie. At the same time aku berasa bangga dgn depa. Maybe pada sesetengah, depa amatur, tp pada mata aku, skill depa nie tinggi. Aku juga difahamkan buat masa nie, minat Norizy sudah turun ke anaknya. Pada aku ini adalah sesuatu yg bagus. At least ilmu yang ada tak hilang. Kalu kita tak jaga adat dan warisan kita, siapa lagi yang akan jaga?




Friday 21 October 2011

Choral Speaking

Choral Speaking? 

A choral speaking is just like reading a story aloud in a group (except that the students have to memorize the script). In choral speaking, students will have to say things at the same pace, with different tunes and with some facial expressions.

Tulisan diatas aku ceduk dari internet. Aku rasa maybe ramai org tak tau pasai choral Speaking. Mungkin ada yg tau, or perasan tp tak tau nama apa. Sebenarnya aku tak suka choral speaking bcos bila aku tgk, aku rasa "pelik". Aku nampak or rasa macam malu. Ntah kenapa aku rasa macam tu. Bila aku tgk budak pompuan cakap macam tu, aku ada feeling "segan nak tengok". Tak sama bila aku tgk org syair, debat or nyanyi or any other things. Just choral speaking. Kat atas adalah definasi yg aku ceduk. Ni pulak definisi aku;

Choral speaking adalah apabila sekumpulan aweks (budak skolah) berdiri beramai-ramai yg diketuai oleh sorang tekong bercakap-cakap. Mereka bercakap-cakap dalam intonasi yg berbeza dan kadang² berirama. Ada juga masa akan ada beberapa induvidu yg bercakap secara solo dgn nada yg "pelik" (annoying? for me?). Tutur kata mereka juga disertai oleh gerakan badan yg "pelik" (yg sgt annoying? For me?). Selain drpd pergerakan badan, memek muka juga memainkan peranan dengan sangat efektif untuk menambahkan lagi kekuatan pada cakap² mereka. PS- ada juga budak lelaki yg join choral speaking. Huhhh..

Ini bukan nasyid! Ini choral speaking! Yeraghhh!

Anyway, last Monday 17 October 2011, ada pertandingan choral speaking peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Venue; Vistana Hotel. Semua sekolah rendah yg mewakili negeri masing² berentap utk menjdi juara choral speaking. Yes, budak sekolah rendah dari darjah 4 ke darjah 6 berentap. Ada 15 negeri yg mewakili 15 negeri (termasuk wilayah persekutuan rasanya..).  Pasukan yg terakhir tiba di Hotel adalah pasukan dari negeri Sarawak. Mereka tiba dalam jam 10 malam. Pasukan yang hadir selalunya akan test stage utk menghilangkan stage fright. Namun begitu, mereka hanya mengatakan hello dangood bye. Isi choral speaking tak disentuh kerana ia adalah rahsia. Fuhhh... Anyway pertandingan dimulakan ada keesokannya, 18 Oct 2011 pada jam 9 pagi... Keputusan pula diumumkan pada sebelah malamnya jam 8 mlm dan pemenang pertandingan choral speaking 2011 jatuh kepada pasukan dari negeri Sarawak! Fuh, last skali sampai, tapi still menang 1st. Hebat!

Soalan; Macam mana aku terjebak menulis choral speaking?

Actually, mak aku adalah org kuat choral speaking skolah dia. By the way dia adalah cikgu bahsa Ingeris darjah 1 Sekolah Rendah Convert Taman Nuri. Jadi malam tu aku bawa bini dan anak aku jumpa mak aku kat Vistana.

Terus terang cakap, riuh rendah Vistana dgn kanak² ribena dan milo. Tp, seronok aku tgk depa. Maybe ada yg 1st time masuk hotel 3 - 4 bintang. Yg kelakar, ada yang mengusuk hantu dan lain². Siap menjerit lagi. Hahaaahahaa. Memang kanak² riang. Dalam pada tu, aku tgk ada budak yg aku rasa sama dgn budak sekolah menengah (badan dia besar lah..). Memang ada setengah budak pompuan memang cepat besar.

Kalu ikut mak aku, proses pemilihan budak bergantung pada akedemik budak tu. Budak tu tak ble nak volunteer rasanya. Jadi, in short budak choral speaking nie budak pandai lah. Dalam pada aku dok kat situ, aku dgr juga budak² choral ni dok sembang. Ada yg seaking English al the way man.. Bila aku tgk t-shirt depa, skolak dari key el. Damansara tu key el ke? Teror cakap Inggeris. Siap ada slaga lagi. Dasat. Tp ironinya depa tak menang pun. Hahaaa. Yang menang budak Sarawak juga. Mungkin tak dak rezeki. Jadi pandai cakap Ingeris bukan kunci kemengan.

Anyway skolah mak aku pun tak menang top 3. Tp dpt top 5 kot. Tp yg pasti anak murid dia nangis bila tak menang. Hmm..Betul² semangat budak² nie. Anyway, pada aku choral speaking nie bagus. Maybe pada aku bunyi dia anoying, tp, ia bagus dari banyak aspek. Aktiviti macam nie patut diteruskan oleh kerajaan. Akedemik saja tak cukup. Kokurikulum pun penting untuk membina murid supaya lebih kreatif.

Like choral speaking walaupun aku rasa cakap² choral speaking sgt annoying!

Friday 14 October 2011

Bebelan aku; Masalah Melayu

Kerja seolah akan hidup selamanya tapi beribadat seperti akan mati esok

Berdasarkan pemerhatian aku, aku dapati bangsa Melayu ataupun yg datang dari rumpun Melayu nie mempunyai satu penyakit yg aku rasa susah nak diubah. Setahu aku DrM siap nangis tas rostrum time dia cakap pasai benda nie. Penyakit apakah itu?  Itu lah "MALAS". 

Malas sebenar satu ungkapan bahasa yg agak luas. Masing² ada tafsiran tersendiri. Jadi, most problaly ianya benar utk semua keadaan.

Contoh... kontraktor projek..

Setahu aku, kerajaan dah banyak bagi peluang pada Melayu untuk maju. Bagi projek dan lain². Terutamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB. Alhamdulillah ada yg amik peluang ini dengan baik menjadi ahli niaga dan usahawan yg berjaya. Tp, masalahnya, ada gak yg suka amik untung atas angin. Projek yg kerajaan bagi, depa jual utk harga yg lebih tinggi sikit pada  usahawan Cina. Org Cina (majoritinya) sebenar dah jadi darah daging depa utk berniaga. Mereka (nenek moyang depa) datang dari jauh sehelai sepinggang utk memulakan kehidupan baru. Atas kerajinan dan kesabaran (bersertakan kebijaksanaan) mereka berjaya.

Kontraktor (usahawan) Melayu nie mendapat untung yg tidak seperti mana selpas jual projek pada Cina. Inilah dikenali sebagai Ali Baba. Lepas dapat untung yg tak seberapa (but in actual boleh cecah juta jugak lah..) mereka akan blagak dan merak yg kononnya mereka nie bijak. Pada mereka, barangkali mereka adalah golongan yang "worksmart". Padahal, sebenarnya mereka telah jual satu peluang utk empayar perniagaan mereka..

Projek kerajaan yg dipegang oleh Cina tersebut akhirnya siap. Tp kualiti yg tidak beberapa memuaskan. Kenapa? Kerana menggunakan bahan yg tak berkualiti (sebab nak cover cost). Akibat dari sinilah banyak kita tgk projek kerajaan dikatakan tak berkualiti.  

Hanya kerana Ali Baba. Melayu jual projek. Melayu dapat untung atas angin. Cina buat kerja. Cina guna bahan kualiti kurang bcos budget rendah kerana sebahgian dah disapu oleh Melayu tu. Cina guna untung dari projek tu sebagai modal utk cari projek sendiri dan utk projek sendiri, mereka akan fokus pada kualiti dan efficiency. Nama kontraktor Cina naik, dapat modal untuk dan bina empayar perniagaan. Projek kerajaan yg atas nama Melayu tu kualiti tak bagus. Banyak customer complaint. Kontraktor Melayu tu hilang future projek. Perniagaan bungkus lepas kerjaan tak support sebab hasil dulu hampas. Than bising yg kerajaan pilih kasih, kroni,tak bagi peluang pada bumiputra dan lain².

Untung "Over" dan nak kaya cepat

Yang tadi aku tulis pasai kes or konsep Ali Baba, (or at least itu yg aku paham). Perlu ditegaskan kat sini, bukan semua Melayu macam tu. Cuma majoriti. Aku personally amat respek Cina. Pada aku depa rajin dan bijak. Satu lagi contoh yg aku bagi adalah nak untuk besar dengan cepat.

Contohnya macam nie lah. Kerajaan bagi projek yang katakan RM3 juta. Secara detailnya pulak, dibudgetkan untuk setiap bata utk bangunan tu berharga RM1.50 Kira guna bata merah yg bagus kualiti. Tp, si Melayu nie pandai... Nak untung lebih. Dia tak guna bata RM2.00. Dia guna bata pasir harga RM1.20. Untung atas angin RM0.80.

3-4 tahun lepas bagunan siap, bangunan tu mulalah ada masalah... Masa tu, mula nak glabah. Kira masih nasib baik kalu maslah tu berlaku lepas 3-4 tahun. Kalu berlaku lepas 1 tahun? Apa pun lepas berlaku peritiwa kualiti. Projek tidak lagi dianugerahkan... Hilang lagi future projek. Melayu pun bising yang Melayu tak tolong Melayu. Seriusly, aku pun pikir banyak kali utk cari kontraktor buat kabinet umah aku. Apa taknya, majoriti kontrator Malayu kualiti kerja teruk. Kalu nak minta repair kalu ada problem punya lah liat.

Even dalam kehidupan harian kita pun kita boleh tgk betapa malasnya (sebahagian) Melayu. Malah ada yg kerja dgn Cina tp masih tak sedar dah jadi kuli dan cuba tipu Cina tu. Come on, cuba kerja dgn jujur. Boss Cina dah bagi budget, utk guna bahan berkualiti. Jadi, gunalah bahan berkualiti. Ini tidak, pergi kedai memana, guna bahan murah, than claim ikut harga barang kualiti. Bila kantoi, kena marah dgn boss, boleh pulak dimarahnya boss Cina tu pulak. Adui..

Kena improve

Aku sebenarnya orang luar yang tak arif dalam perkara ini. Tapi aku sedikit sebanyak tahu pasai masalah ini. Aku adalah nobody dapat komuniti Malayu. Aku hanya org biasa. Tapi seriusly aku tension dan sedih bila tgk perangai bangsa aku nie. Banyak lagi yang aku tengok dan dengar. Tak kira yg sanggup jual tanah...

Sifat negatif Melayu ini sebenarnya satu kanser. Kanser inilah yg menutup peluang yg akan datang untuk anak cucu "kita". Kita, Melayu bukannya bodoh. Kat U, aku tgk ramai Melayu yg lagi bijak dari Cina mahupun India. Cuma depa malas. Termasuk aku. 

Berbalik pada isu tadi, Melayu sanggup enjoy sekarang darpada enjoy kemudian. Melayu hanya fikir untuk hidup mudah (untung) dalam 2-3 tahun berbanding lagi 10 tahun yg kekal hingga mati (insya'allah). Jadi, kita Melayu kena pikir seolah-olah kita akan hidup selamanya dan oleh sebab itu kena pikir nak cari untung untuk long term disamping menggunakan cara yg halal kerana, at the same time pikir yang maybe kita akan mati esok.
 

Monday 10 October 2011

Lalang Politik



Cust is not always right, but cust has right

 Aku pernah menulis yg kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya membuat ahli politik tahu yg kita adalah lalang politik. Bila diistilahkan sebagai lalang, selalunya ia disinonimkan dgn perkara yg negative seperti “tidak setia”. Namun begitu, sebagai rakyat biasa yg bukan ahli mana² parti politik, aku rasa kita tidak perlu setia pada mana² parti. Lagi pun, kenapa perlu kita setia?

Yang Berkhidmat

Tujuan aku berkata demikian adalah supaya ahli politik tidak complacent dengan kedudukan mereka. Sebenarnya pada pendapat aku, kita, rakyat biasa yang juga pengundi adalah customer (cust) kepada ahli politik. Jika kita tidak mengundi mereka, ini bermakna mereka tidak akan ada jawatan sebagai YB. YB membawa maksud Yang Berhormat. Tp aku rasa ia patut ditukar kepada Yang Berkhidmat. Jadi sefaham aku, mereka, ahli politik lebih memerlukan kita, rakyat, pengundi dan juga merangkap cust mereka. Tanpa undi kita, mereka adalah nobody. Tp dalam sinario sekarang, ada sesetengah YB begitu angkuh dan besar kepala. Rakyat yg barangkali berpendapatan rendah dan sederhana tidak dipandang. Mereka hanya nampak rakyat yg berpangkat Dato’ dan lain². Barangkali mereka lupa yg rakyat berpendptan rendah dan sederhana ini ramai…

Tanggung jawab untuk berkhidmat

Yang dimaksudkan aku sebagai lalang adalah, kita tak perlu taksub setia kepada mana² parti politik. Ini bukan bermakna aku menyeru supaya jangan join mana² parti. Mana yg rasa mahu berjasa, sila join parti politik. Tp mana yg rasa mahu kejar, harta dan nama, tolong jgn join politik. Anda sebenarnya sedang menempah tiket kepada masalah. Bak kata Nabi yg bermaksud lebih kurang (aku tak ingat direct hadis); “Kedudukandan pangkat  pada mereka pada mulanya adalah manis, tp sebenarnya ia sebenarnya suatu yg membebankan dan pedih”.

Rakyat adalah cust kepada ahli politik. Ia boleh dicontohkan macam kedai makan. BN; restoran A dan PR; restoran B. Kalu Restoran B ofer menu yg lebih sedap, murah dan berkhasiat disamping suasana restoran yg selesa, ia tak menjadi maslah utk aku utk tukar selera dari restoran A ke restoran B. Aku tak punya kepentingan, jadi aku bebas utk tukar selera. Tp kalu ofer yg disediakan restoran B lebih hampes dari A, better aku kekal dgn restoran A.

Jadi, in order utk retain cust, mereka ahli politik perlu memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat. Perkhidmatan yg baik bukan bermaksud memanjakan rakyat. Jika, rakyat berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberika oleh ahli politik tersebut, insya’allah parti politik tersebut akan kekal memerintah. Kalu rakyat dah tak puas hati, maka jadilah macam yg berlaku di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Personal Experience In My Home Town


BN memerintah Kedah sudah sekian lama. Malah 2 PM adalah anak jati Kedah. Even the Great DrM is from Alor Setar. Tp, atas sebab² tertentu, Kedah telah jatuh ke tangan PR (yg majority PAS). Bila dah Kedah jatuh le tangan PAS, BN tak perlu melatah. Mereka kena check balik what went wrong. Apa yg depa buat sampai org Kedah (macam aku) reject depa dan nak cuba PAS pula.

Seingat aku, ini buka hanya factor KJ. Tp ia juga merupakan faktor prestasi kerja. Seriusly, even before pilihan raya 2008 pun aku dah nampak yg BN pasti kalah. WHY? Prestasi depa sgt teruk. Satu contoh mudah. Kebersihan. Aku bekerja di luar Kedah dan membesar di Alor Setar. Sebelum ni, Alor Setar bersih. Ada perarakan kereta berhias dan pekan Alor Setar time malam akan berhias lampu warna warni.Yes, org  Alor Setar macam aku tak panggil Alor Setar sebagai bandaraya Alor Setar. Kami panggil pekan Alog Setag.

Anyway, Alor Setar dulu adalah indah, bersih dan cantik. Kebun bunga, lampu dan air pancut adalah antara pemandangan di Alog Setag. Tapi, ntah apa silapnya (terutama) lepas je Alor Setar mendapat title bandaraya, kualiti kebersihan Alor Setar makin teruk. Sampah tak dikutip, pokok bunga dan hiasan tak dijaga dan lain lagi lah. Bayangkan, sampaikan masuk paper Metro; Alor Setar bandaraya sampah. Sampah yg tak dikutip terlalu banyak sampaikan masuk ke tengah jalan. Bayang, bila  mak aku call, buat aduan pasai sampah yg dah berminggu tak diangkat, boleh pegawai yg bertugas jawab; “Lori sampah terbakar!”. Lawak ka?

Gunung Keriang yg begitu cantik dah jadi sangat² hodoh. Tak kira ntah berapa projek lain yg tak dijaga macam Muzium Padi dan taman dekat Ampang Jajar. Boleh dikatakan sume taman di Alor Setag musnah. Baik di depan Masjid Zahir, Stadium hingga ke Taman Rimba.

Mana wakil rakyat yg bertugas? Wakil rakyat utk kawasan X, tp tinggal kat KL. Buat apa tinggal kat KL? Uruskan perniagaan. Ceh!  Bukan ke sepatutnya wakil rakyat tersebut tinggal dikawasan tersebut dan at least pantai kawasan dia every month (kalu dah sibuk sgt). Come on, buat la gemba ganbetsu sikit. Bila sume aduan tak dilayan, apa lagi rakyat boleh buat?  FYI, Kedah kuat UMNO bcos of DrM dan Tunku. Tp bila dah jadi mcm nie, apa rakyat boleh buat? Apa lagi, ubah undi lah. Biaq depa tau sapa kita! Biaq pada muka depa! Wah ha haa haa…

Anyway, kini perubahan yg dilakukan, pada aku adalah berbaloi. Aku bukan bekerja di Alor Setar. Jadi bila aku balik Alor Setar, aku boleh nampak perubahan. Skarang Alor Setar lebih bersih dr dulu time zaman complacent UMNO (BN).  Personally, aku rasa susah BN nak menang balik Kedah.

Kena bijak; Nilai Melalui Prestasi

Apa yg aku cuba bagitau adalah, kita tak perlu terlalu setia atau taksub kepada sesuatu parti. Ini adalah kerna, mereka, ahli politik adalah manusia yg biasa buat salah. Barangkali penampilan mereka nampak warak, tp mereka bukan maksum. Even, datuk nenek atau senior mereka pernah berjasa pada negara, tak semestinya mereka berjasa dan ikhlas.  

Oleh sebab itu, pada aku tidak salah utk kita menjadi lalang. Yg penting kita jadi tuan kepada diri kita dan negara kita. Pada aku, negara yg merdeka adalah dimana rakyatnya dapat membuat keputasan dan perubahan dlm kata sepakat sesama mereka tanpa sebarang tekanan dan paksaan pihak luar.

Gunalah hak  berpandukan akal dalam memilih. Jgn mudah terpengaruh dgn emosi dan simpati. Nilai mereka dgn prestasi.  Jadilah lalang supaya org dan parti politik tak duduk senang dan berlumba-lumba utk meningkatkan prestasi supaya memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada kita dan negara kita. 

Saturday 8 October 2011

Hudud di Malaysia

Sudah lama isi hudud nie mula dibangkitkan semula oleh PAS pada tahun ini, tp nampak gayanya isu ini masih lagi belum sejuk. Aku sebenarnya bukanlah pandai sgt berkaitan dgn isi hudud dan juga tidaklah pandai pun berkaitan dgn selok belok perundangan dan perlembagaan negara. Jadi apa yg aku tuliskan disini hanya pendapat "layman" seorang rakyat jelata yg undinya masih diatas pagar dan bersifat lalang.

Lalang Politik
Aku mengaku aku bersifat lalang dalam politik negara kerana aku bukannya ahli mana-mana parti politik. Ini bermakna, jika PAS buat sesuatu yg pada akal aku betul, aku akan sokong PAS dan juga kalu DAP buat benda yg berfaedah, aku akan sokong DAP. Begitu juga dgn BN yg utamanya terdiri drpd UMNO dan MCA dan apa satu lagi parti tu... MIG? Oohhh, MIC. Perlu diremind sekali lagi, negara diperintah oleh BN, bukan Umno. Dan UMNO yg dominen sekarang dlm BN kerana MCA dan MIC kalah byk kerusi. Even Big Daddy Mr Sammy Vellu aka Abu Vell Pari pun kalah dikawasan dia sendiri yg megah dgn insfrasrtuktur jalan raya 3 -4 laluan di Sg Siput. Aku rasa kita rakyat Malaysia perlu buat org politik tahu yg kita adalah lalang dalam cuaca dan angin politik Malaysia. Kenapa perlu begitu? Nanti aku akan explain dalam blog yg akan datang, insya'allah.. Aku dapat istilah nie time aku sembang dgn aunty berbangsa Cina dalam flight time pi Taiwan hari tu.

Hudud
Setahu aku, hudud merujuk pada beberapa perkara sahaja iaitu; 
1. murtad,
2. mencuri,
3. merompak,
4. berzina,
5. qazaf,
6. minum arak (atau yang memabukkan).
Namun begitu, walau pun nampak macam mudah, tp ianya lebih kompleks. Pada aku ini lah yg mebuatkan TPM mengatakan (lebih kurang beginilah) " Yes, sebagai org Islam Hudud tidak dapat ditolok, tp buat masa ini ia masih tidak sesuai di Malaysia...". Seperti yg aku pernah tulis sebelum ini, aku macam paham aku yg TPM maksudkan. Ya lah, tgk sistem ekonomi kita. Maybe org cakap, sistem bunga bank, tak tertakluk pada hudud, tp.. who knows? Maybe dgn kepetahan berkata-kata, macam macam boleh berlaku.. 

Menurut pemerhatian aku, didapati (sorry to say), Malaysia still have a long way to go to untuk menjadi satu negara yg bersih drpd subah pilih kasih dan "putih". Aku bagi contoh mudah. Macam kes eksiden. Call Man Fees. Bayaran call man ini sebenarnya tak ada resit. Dan sepaham aku, certain portion dr duit Call Man nie masuk dlm poket abang pegawai kita. Dan pegawai kita nie tak keluarkan resit. Bukan kah duit Call Man aka kopi ini dianggap mencuri? Bukankah ia juga menindas? Bengkel mana ofer bagus, bengkel tu lah yg akan dpt. Susah nak cakap. Tp 1 thing for sure bisness nie macam bisnes gangster. Ini apa yg aku paham dan aku nampak tp aku tak boleh nak buat apa.

Salah Guna Agama
Agama adalah antara senjata yg paling berkesan dalam merubah dunia. Darah byk ditumpahkan atas nama agama (ada yg sebut atas nama tuhan). Crusader dulu menumpahkan darah org Islam  dan Yahudi sebagai ianya adalah kehendak tuhan (God's Will It!; paling mudah refer citer Kingdom Of Heaven). Atau pun yg masih berlaku hingga sekarang; Konflik fahaman Sunnah Wal Jamaah dgn Syiah. Aku rasa skali skala mesti kita dgr kes kematian akibat perbezaan ini.

Org yang menyalah gunakan agama adalah golongan pelampau. Dunia barat menolak agama kerana perkara ini. Pada zaman gelap eropah dahulu, Church yg mengawal kerajaan melakukan apa sahaja atas nama agama. Mereka buat untung dgn menjual surat mengampunan, jual blessings, membina kuil Saint (wali) dan menjual perkhidmatan yg berbentuk agamawi utk rakyat. Mereka juga mengugut org dgn ungkapan neraka dan sebagainya. Sesiapa sahaja yg tak selari dgn mereka dianggap heretic. Musuh mereka dilabel kafir (ps- kat Malaysia pun ada gak macam nie..) dan kata-kata bertentangan dgn mereka dituduh blasphemy (tipu). Akibat dr itu wujudlah extrimist agama dimana kata-kata mereka umpama bermaqam tinggi kerana didakwa ilham roh kudus (holy ghost). Itu berlaku di Eropah pada zaman gelap. Agama Kristien yg menggelapkan Eropah. Tp kini keadaan telah berubah. Since terlampau byk kepincangan agama dlm fakta sains dan sosial disamping bila rakyat sedar yg golongan yg berwajah agama juga bisa melakukan dosa dan kesilapan, agama diasingkan dari kehidupan harian dan ini dikenali sebagi fahaman sekular...

Islam juga mengalami masalah yg sama. Politik adalah sebahgian drpd isi kandungan Quran. Oleh itu, politik dan Islam tak boleh dipisahkan. Namun begitu, aku nampak ramai pula yg mempolitikkan Islam. Tidak kurang segolongan pula yg menggunakan beberapa potong ayat Quran utk menjadikan mereka "mulia" dan memperkuda rakyat biasa yg kurang ilmu agama.


Sejarah juga menunjukkan umat Islam byk menggunakan agama utk kepentingan peribadi. Demi meraih perhatian dan sokongan golongan tertentu melakukan apa yg pernah dilakukan oleh Church dahulu. Daripada mendidik, mereka mengkafirkan. Bukankah sabar itu sebahagian daripda iman? Adakah mereka lupa initipati surah Al Arsh? "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dlm kerugian. Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan juga mereka berpesan-pesan kearah kebaikan dengan sabar." 

Golongan extreemist macam nielah yg disebut oleh Rasullullah iaitu; "Golongan yg merosakkan akan agama adalah golongan pelampau". Golongan ini akan melakukan biadaah yg pelik-pelik. Hukum menutup kepala dijadi menutup wajah. Demi mengelak perempuan dari diperkosa, mereka memaksa  atau meletak peraturaan yang perempuan tak boleh keluar rumah langsung. Macam-macam lagi peraturan extreem yg mereka buat kononnya sebagai langkah "mengelak dari terpaksa makan ubat". Lupakah kita yang Nabi Isa diturunkan dulu utk membersihkan org Yahudi drpd perkara² sebegini?

Personally apa yg aku namapak, dalam hudud pun sama. Aku tak layak nak komen banyak tapi ia boleh berlaku dan telah berlaku. Ini adalah contoh tempatan yg aku bagi. Kalu sefaham aku, Mahsuri mati dibunuh atas perkara yg lebih kurang sama. Aku takut nanti ada golongan tertentu yg menggunakan kuasa "anugerah tuhan" mereka dgn sesuka hati melaksanakan "operasi potong dan rejam". Ini sgt bahaya. personally pada aku, menyalah guna agama lebih bahaya dari salah guna kuasa. Ini adalah kerana salah guna kuasa org akan menganggap yg bersalah adalah induvidu yg salah guna kuasa. Tapi kalu salah guna agama, org akan mengaggap yg bersalah adalah agama... apa pun berkaitan dgn salah guna agama ini (berkaitan hudud) aku rasa biar En Zulkifli Nordin yg tolong terangkan...

Hudud Di Malaysia
Aku sebagai org Islam meyokong penuh hudud dilaksanakan di Malaysia. Hudud yg aku maksudkan adalah hudud yg bebas dari ideologi politik. Masalah yg paling genting dihadapi masyarakat sekarang adalah mereka paranoid dgn hudud. Kenapa mereka tidak faham dgn hudud? Maybe kurang pendedahan dan pendidikan.  Mungkin juga kita dimomokkan dgn drama yg menunjukkan induvidu (terutamanya wanita) senang² dihukum oleh golongan agamawan tanpa bukti yg kukuh.  Baik dlm drama Melayu, drama Cina mahupun drama barat. Dalam perkara ini, aku sendiri tak berapa jelas sebenarnya, tp at least aku usaha utk cari jawapan. Ada satu blog yag pada aku agak bagus berkaitan dgn masalah ini. Boleh baca kat sini.

Namun begitu, jika hudud diamalkan dlm erti kata keadaan yg sebenarnya aku percaya situasi seperti dalam drama TV atau movie tak akan berlaku. Untuk penerangan lebih jelas berkaitan perlaksanaan hudud, sila refer video bawah ini. Aku dapat video nie melalui FB Tuan Guru Nik Aziz.


Menurut video ini, kita boleh dapati yg hudud ini sgtlah adil. Penerangan darpda Uztad Zaharudddin  pun jelas dan ringkas. Hukuman yg dianggap tak bertamadun itu (potong tangan, rejam dan sebagainya) sebenar bukan mudah utk dijatuhkan. Ia juga bukanlah rigid seperti yg disangkakan. Sebenarnya hukuman "potong" itu, sama seperti hukum gantung sampai mati jika mengedai dadah. Ia bukan diputuskan oleh ketua kampung or imam masjid. Tapi oleh hakim dan ia perlukan peguam dan sebagainya.

Start Somewhere
Sebenarnya ia hanyalah mind set. Untuk kita keluar dr comfort zone dan melaksanakan hudud merupakan satu kemajuan yg sgt boleh dibanggakan. Seperti yang aku tulis sebelum nie, aku macam paham kenapa TPM cakap Malaysia masih belum sesuai dilaksanakan hudud. Tp pada masa yg sama aku rasa; we need to start somewhere. Biarlah Kelantan jadi pilot state.