Sunday 7 April 2013

Manifesto

Aku sebenar cuba nak elak tulis berkaitan dgn politik. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa tulis juga. Senang aku tulis disini bahawa (buat masa nie) aku nie merupakan apolitik. Namun terserah pada org menilai.

Manifesto Bukan Janji?

Ini adalah makna manifesto jika ikut wiki. Jika mengikut kamus dewan pula, ia merupakan pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll. Adakah ia satu janji? Majoriti org akan faham ia adalah merupakan satu janji. Menurut huraian dari wiki, ia difahami sebagai janji. Cuma ianya tak ditulis sebagai "manifesto is a promise".

Namun begitu PR bebaru nie setelah gagal menepati beberapa manifesto, maka mereka mengumumkan bahawa manifesto itu bukan janji. Dan yang menarik sekali, ramailah mengikut tegar PR menyanjung dan menjunjung bahwa "manifesto bukan janji" yang membawa makna yg ianya tak perlu ditepati. Aku naik hairan tentang perkara ini. Pada aku, we need to honour our words atau kita harus mengotakan kata² kita (kata itu kota). Lebih kuat kita bila kita sudah mengumumkannya  dan ada orang mengharapkannya malah mengundi kita atas dasar manifesto itu. Jika manifesto itu belum tentu kita tepati atau ada prasyarat, maka ianya perlu jelas lagi terang. Bukankan urusan yang jelas dan terang yang bebas dari sebarang muslihat itu tuntutan Islam?  

Kita boleh berdebat dan berhujah tentang maksub bahasa dan makna sesuatu perkataan. Namun begitu kita tak dapat nafikan bahawa dalam masa yang sama sesuatu perkataan itu membawa maksud yang difahami secara umum. 

Yang Aku Tak Faham

Kadang² dalam mengatur kata kita barangkali melakukan kesilapan. Sebagai manusia, kita wajib berusaha namun hasilnya tuhan yang tentukan. Kita punya asa, tuhan punya kuasa. 

Kiranya kudrat kita tak memampukan kita untuk merealisasikan semua kata, janji mahu pun manifesto, maka mohon maaf sudah memadai. Barangkali sebagai manusia kita telah tersalah kira. Manusia itu lemah sifatnya. Manusia yang rasional akan faham. Tapi, malangnya, drpd meminta maaf kepada rakyat kerana terlanjur 'janji' sebaliknya cuba pula memperbodoh rakyat pula. Adakah ini Islamik? Salah dan dosakah memohon maaf? Sebaliknya ini hanya menonjolkan sifat angkuh, bongkak dan takabur.

Terus terang aku katakan, aku sebenarnya kecewa dengan kekerdilan PAS dalam PR yang nampaknya dipergunakan oleh PKR dan DAP. Dari penilaian aku dapati bukan nilai PAS yang menyerap masuk ke PKR dan DAP, tetapi sebaliknya.

Moving forward, aku ada satu soalan yang selalu difikirkan sekarang. Kiranya menurut PR yg manifesto itu bukan janji, yang membawa makna ianya tak perlu ditepati, maka kenapa perlu depa bermanifesto lagi? Ada hargakah manifesto mereka? In short, boleh pecaya ka?

Hhhhmmm.... Ditepati atau dicapati?

Juga kalu manifesto pun tak payah nak ditepati (sebab bukan janji), apatah lagi sembang² dan kata² org PR. Bolehkah dipercayai? Terus terang cakap, harapan PR pada aku hanya pada PAS. DSAI dan PKR bukannya boleh percaya sangat. Kalau lah org PAS sendiri tak percaya PR (sebab asalnya org Umno), macam mana org luar PR nak percaya pada PR. Personally, aku cuma mahukan PAS yang kuat dan berintegriti tanpa menjadi PAS yg extremist.

Aku Janji

BN baru sahaja membentangkan manifesto mereka dalam TV. Pada aku ia bukannya satu sistem yang adil. BN ada +- 160 jam sedangkan PR ditawarkan 10 minit. Sungguh tak adil. Further more, sekarang BN gegiler punya buat promote diri sendiri dalam TV (well, aku baru menikmati nikmatnya ada TV..). Apa ruang yang ada untuk PR criter pasai PR sendiri dalam TV?  Aku personally kekadang naik menyampah tengok. It is not a fair fight.

DSN kena buat something. Tunjukkan keadilan yang ingin ditonjolkan dalam transformasi baru. For starter, masih mulakan dengan 10 minit but tingkatkan frekuensinya. 

Tapi yang menarik perhatian aku adalah beberapa manifesto utama BN. Terus terang cakap, ianya sangat familiar dengan yg PR bentangkan. Yang paling aku rasa serupa adalah;
  • Internet percuma (kalu tak silap akulah; BN nak kurangkan fee sahaja..)
  • Turunkan harga kereta
Hhhhmmmm.....

Internet

Kerajaan PR menawarkan (kalu tak silap aku) internet percuma. At least itu yang aku tau di Penang Island dan akan diluaskan di seluruh Pulau Pinang. Ini yang paling kuat digembar gemburkan oleh DAP Penang. Aku sendiri pernah sembang dengan pegawai dari kerajaan negeri time aku kerje kat Penang. Depa ada minta kebenaran untuk gunakan kompaun ofis sebagai pencawang ke apa ntah. Tapi atas sebab tertentu, tak dibenarkan dan depa kena cari tempat lain. Aku ada advice depa untuk discuss dengan majlis agama untuk menggunakan minaret masjid sebagai base (sebab tinggi). Buat masa nie setakat tu sahaja lah discussion kami.

Aku masih lagi ada surat dari kerajan negeri tentang "Wireless Penang" yang bertarikh 10 Dec 2008 yang di tandatangani oleh En Lim Guan Eng sendiri. Aku tak pasti perihal projek internet percuma di Penang nie. Sama ada ia menjadi realiti atau tidak, kena tanya orang Penang sekarang. Tapi since last time aku kat Georgetown, Penang (September 2012), still tak dapat percuma lagi lah.

Turunkan harga Kereta

Setahu aku, harga kereta pasti akan turun. Tak kiralah sama ada PR menang dan mengikut cara Rafizi terangkan, mahu pun BN menang. Cuma bezanya, Rafizi boleh kata (contohnya) harga Myvi boleh turun hingga ke RM25,000 (?) per unit. Lebih kurang 50% dari normal current price. Manakala, BN bagi statement umum. Turunkan harga hingga 20 -30 % lebih rendah (dari harga sekarang).

Sebenarnya, cukai import dan lain² yang kerajaan kenakan dah dianjak beberapa kali. Pada mulanya ke tahun 2010 dan kini ke 2015. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah supaya syarikat automatif tempatan dapat membeli masa utk bersaing dengan  syarikat automatif antarabangsa.

Malaysia’s automobile sector is protected from foreign competition by barriers of investment-approval permits, differential excise taxes, import duties, sales taxes and whatnot. It was a beautiful multi-layers of barricade specifically architected and designed by none other than former premier Mahathir Mohamad to protect Proton

Boleh dikatakan bahawa harga kereta pasti akan turun. Cuma turun sebanyak mana. Juga kemampuan kerajaan (BN jika menang) melindungi syarikat automotif tempatan. Mungkin juga bila PR memang, dasar mereka ialah untuk tidak lindungi syarikat automotif tempatan yang membuatkan harga kereta jatuh terus.

Pada aku kedua-duanya hanyalah gula² untuk pancing undi golongan muda yang nak beli kereta. Walhal masalah utama golongan muda adalah bebanan tanggungan kredit.

Pengankutan Awam Diutamakan

 Macam manalah ambulan nak lalu kalu jem teruk macam nie...

Secara peribadi aku kurang senang dengan manifesto turunkan harga kereta. Bukan kerana aku berkerja dalam industri ini. Tapi atas sebab lain. Sebab utama adalah berkaitan dengan pencemaran dan juga kesesakan jalan raya. Pada aku kerajaan (tak kita sama ada PR atau BN) kena majukan lagi sistem pengankutan awam. 

Aku pernah bekerja di Penang dan kini berkerja di lembah Kelang. Semasa aku di Penang aku dapati masalah kesesakan jalan raya pada waktu puncak adalah amat kritikal. Ada baiknya jika Penang ada smart public transport? Mungkin yang oleh aku imagine adalah komuter atau LRT dari seberang Prai sampai ke Georgetown? Dari situ, naik LRT ke Bayan Baru, atau sekitar Georgetown. Mustahil? Mungkin tidak.

Peribadinya pada aku DAP akan terus kekal di Penang. Jadi depa ada masa dan uwang untuk betul² melabur dalam isu ini. Pada aku dari buat terowong dasar laut, better buat LRT ke apa (hhmmm tak perlu kuasai kerajaan pusat pula untuk buat terowong dasar laut...). Anyway, jadikan sistem pengankutan awam di Penang Island se"efficient" Singapura. 

PS - Suatu ketika dulu, aku just perlukan dollar Singapore 20 jer utk ronda 1 pulau di Singapore.

Di lembah Kelang, masalah ini umpama sebahgian dari hidupan harian. Tak dinafikan yang kerajaan sekarang menang ada inisiatif utk membangunkan sistem pengakutan awam. Namun pada aku ia perlu dipesatkan lagi. Masa tak cukup.

Haq dan Bathil

Kita kena jujur dlm perkara ini dan kita jangan menjadi pelampau dalam mana² fahaman atau parti yang kita sokong. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Buat masa nie, aku masih apolitikal. Tapi mungkin besok lusa aku akan cenderong ke sebelah pihak sahaja.

Pada aku, baik PR mahupun BN ada sahaja kecacatan dan kelebihannya atau ada sahaja baik dan buruknya. Dalam perkara ini, peribadinya aku masih menillai. Aku menilai yang mana lebih banyak kesan buruk terhadap negara. Aku cuba untuk menilai dari segi kesan masa panjang dan bukan kesan gula² yang diberikan (walau pun aku sendiri teruja dgn gula² tersebut). Dan dari situ aku akan memilih yang mana kurang memudaratkan negara.