Friday 9 November 2018

Wellfare State @ Negara Kebajikan

Negara berkebajikan atau dalam bahasa Inggerisnya "Welfare state" merupakan satu utopia ulung yang selalu dinaung dan diselogankan oleh pelbagai parti terutamanya parti yang berorientasikan politik. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan?

Kenangan manis kau dan aku takkan terkubur...

Secara peribadi yang juga berdasarkan pemerhatian, terdapat pelbagai tafsiran maksud negara berkebajikan. Pertama sekali istilah negara berkebajikan dipopularkan adalah ketika PAS mesra bersama DAP dan PKR suatu ketika dahulu yang mana PAS meletakkan negara berkebajikan sebagai slogan utama.

My understanding the Islamic Economic system is; Moderate capitalist for social welfare ...
Or in Malay; Kapitalis sederhana untuk kebajikan masyarakat... 


Adakah kebajikan masyarakat merujuk kepada situasi negara berkebajikan? Ya. Itu yang maksudkan. Keadilan sosial yang adil dan saksama adalah berdasarkan "siapa yang usaha dia yang (insyallah) akan medapatkan hasilnya". Ini sesuai dengan wahyu Allah; "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri".

Dalam sejarah, pelbagai tamadun mengangkat diri sebagai negara yang menegakkan kebajikan sosial. Baik dari Hamurabbi di tamadun Babil kuno hingga ke kisah² raja² di dalam kitab Mahabrata.

"Di dunia ini tiada apa yang pasti kecuali kematian dan cukai" Benjamin Franklin

Namun apa yang menarik dalam sejarah Islam, kaedah negara berkebajikan itu diterap sebagai satu sistem yang menjadi sebahagian daripada nadi ekonomi negara. Aku merujuk kepada sistem zakat. Zakat mengikut kefahaman aku adalah satu cukai yang dijadikan doktrin agama (sebahagian dari rukun Islam). Semua wajib membayar zakat kecuali mereka yang digolongkan sebagai tidak mampu. Duit zakat itu pula dilaburkan dalam infrastuktur dan membantu orang yang layak.

Pencen merupakan satu teknik perlaksanaan kebajikan. Dalam sejarah, sistem pencen mula dikesan di dalam sistem ekonomi ketenteraan. Para bekas perajurit dijanjikan dengan pencen yang menarik setelah tamat perkhidmatan.

Namun perlaksanan negara berkebajikan juga harus bertanggung jawab. Bantuan kewangan daripada pihak pemerintah sekiranya tidak diagihkan dengan adil akan menghasilkan masalah sosio ekonomi yang parah. Ia akan menghasilkan rakyat yang malas dan tidak produktif. Rakyat yang hanya menagih agihan kewangan dari keringat orang lain (yang lebih rajin berusaha). Isyarat negara berkebajikan barangkali disalah tafsir oleh mereka yang semamangnya pemalas yang hanya pandai memberi alasan, lepak kedai mamak, berlepak dimedan sosial dan pandai memberi alasan. Golongan  yang diganja dengan imbuhan atas tiket kebajikan akan ada sejuta alasan untuk kekal menjadi malas dan tidak produktif daripada menambah ilmu untuk meningkatkan keupayaan diri dan ekonomi diri.

Menagih Kebajikan

Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam? Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi miskin. Paling tidak 2 insan daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga adalah hartawan. 2 daripada 4 imam besar mazhab sunnah waljamaah adalah berharta. Malah 2 daripada rukun Islam memerlukan harta yang secukupnya untuk dilaksanakan iaitu 1) membayar zakat dan 2) menunaikan haji di Mekah. Malah kebajikan yang paling ulung dalam Islam adalah bersedekah (juga memerlukan harta). Janganlah kita menyalah tafsir dengan kisah sedekah sekadar buah kurma. Ia membawa maksud tersirat berbanding tersurat.

Islam mengatakan bahawa "tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah" dan Islam mengajar untuk "tidak meminta-minta". Islam mengajar untuk berusaha daripada menjadi pengemis. Jadi tidak malukah kita yang beragama Islam dengan bangga menjadi mereka yang tangan dibawah?

Agihan kebajikan negara perlu lebih bersasar. Golongan miskin yang sempurna tubuh badan dan akal fikiran pada hemat aku tidak layak menerima bantuan kebajikan seperti golongan kurang upaya dan orang tua. Golongan seperti ini seharusnya diberikan "disiplin" dalam hidup berbanding bantuan kewangan untuk mengelak mereka daripada terus malas, tidak mengurus keluarga dan hidup dengan baik dan juga tidak bertanggung jawab. Paling tidak ditunjuk jalan keluar dari kancah kemiskinan.

Di zaman moden ini, kemiskinan boleh diubah dengan usaha dan ilmu. Viscous cycle of poverty atau kitar ganas kemiskinan boleh diubah dengan usaha dan ilmu. Kini semua orang mendapat peluang untuk mengubah nasib mereka. Sedih aku lihat di sekitar, golongan yang miskin dan rosak masa depan bukan akibat ditindas tapi dianaiya oleh diri mereka sendiri. Banyak anak² orang miskin ini akan terus miskin kerana sikap mereka. Ponteng sekolah, gejala sosial majoritinya datang dari kelas sederhana dan banyak kelas bawah. Adakah suatu hari nanti golongan ini juga yang menagih kebajikan dari pemerintah? Adakah golongan ini juga yang akan mudah dirasuah? Mungkin.

Perlaksanaan negara berkebajikan perlulah berhati-hati. Janganlah dilakukan untuk membeli undi. Tapi lakukan atas niat membatu mereka yang betul² memerlukan dan bukan mereka yang miskin tapi sentiasa menambah zuriat dengan alasan rezeki tetapi tidak fikir faktor kezaliman terhadap masa depan anak.

Perlaksanaan kerajaan berkebajikan yang tidak berhati-hati bakal menghancurkan ekonomi dan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.