Friday 30 September 2011

Radiohead "Nice Dream"

"(Nice Dream)"

They love me like I was a brother
They protect me, listen to me
They dug me my very own garden
Gave me sunshine, made me happy

Nice dream, nice dream, nice dream

I call up my friend, the good angel
But she's out with her ansaphone
She says she would love to come help but
The sea would electrocute us all

Nice dream [x7]

If you think that you're strong enough
If you think you belong enough
If you think that you're strong enough
If you think you belong enough

Nice dream [x4]

There are some songs that just can't get out of your head, for me, this is one of those songs...

Nice Dream. To tell you the truth,  I was never a Radiohead fan. I was more og Blur fan. In fact, I was more into Blur, Oasis, Pulp and Suede. I only enjoy listening to Radiohead starting from 2008 after I found out that I have their MP3s in my MP3 collections. Before that I only knew Creep, Karma Police, Just and a few other singles.

Nice dream is not the greatest song ever written. But, I just can't get the melodies out of my head ever since I first heard this song. And for the past 2 or 3 month the melodies becoming very haunting. This is what happen when a song is consider "great" in my vocabulary. I would hum the song without knowing. When I was in Taiwan, "Nice Dream" is the official humming sound.

When I heard this song, I cant really make our what Mr Thom Yorke is singing. To my ears, he was just mumbling "nice dream' that sounded like "ice cream". If I'm not mistaken, most of their songs are like this. We can't really make out what he is singing.

Concerning the song, even after I read the lyric, I can't still get what the story is really all about. I think I know what it mean, but the truth, I'm nt so sure. 

Having said so, "Nice Dream" is a very haunting song. Enjoy...



 

Friday 23 September 2011

Hudud Di Dilaksanakan?

Islam adalah cara hidup...

Seperti yg pernah ditulis dahulu, setiap mesin atau jentera yg manusia cipta, most problaly akan dicipta juga buku panduan utk memudahkan manusia lain menggunakannya. Contohnya, mesin basuh baju. Bila kita beli mesin ini, barangkali kita berupaya utk menggunakannya walau pun tanpa membaca panduan. method yg digunakan barangkali berbentuk cuba jaya dan agak-agak. Ini adalah kerana mesin ini fungsinya ringkas. Namun begitu jika mesin itu kompleks dan mempunyai berbagai fungsi, barangkali kiat memerlukan panduan untuk bagaimana menggunakannya. Jika kita masih main agak-agak atau cuba jaya barangkali mesin tersebut tidak tahan lama arau pun potensi mesin tersebut tidak dapat diterokai sepenuhnya

Sama juga dgn manusia. Manusia adalah ciptaan tuhan, yg kalu ikutkan adalah sebaik-baik kejadian. Namun begitu utk hidup diatas muka bumi ini kita masih memerlukan panduan hidup. Panduan hidup ini terdapat di dlm buku-buku panduan yg "dizahirkan" oleh tuhan kepada setiap kaum di setiap masa pada setiap zaman. dan panduan utk manusia diakhir zaman ini di "finalize" dalam panduan yg disebut sebagai Al Quran.
Sungguh pun tuhan ada menyebut manusia adalh sebaik-baik kejadian, namun begitu manusia hanya benar-benar sempurna bilaman manusia megikut panduan yg telah ditetapkan oleh tuhan. Ini adalah kerana, tuhan yg mencipta manusia dan hanya Dia tahu apa yg terbaik utk manusia.

Hudud

Sefaham aku, ia adalah antara set of laws yg tertulis didalam Quran bila berdepan dgn sesuatu situasi. Namely situasi berbentuk jenayah. Terus terang cakap, perkara berkaitan dgn hudud adalah berat dan aku tak berani nak ulas panjang berkaitan dgn hukum-hukum yg terkandung dalamnya kerana aku sendiri tak mahir dalam bidang tersebut. Namun begitu apa yg aku tahu ia adalah satu hukum yg telah ditulis di dalam Quran. Jadi, kalu dah tulis dalam Quran, samada kita suka atau tidak kita kena accept yg ia adalah terbaik utk kita.

Barangkali, ramai antara kita yg secara zahirnya nampak yg hudud ini "uncivilized", kejam, peraturan kaum kuno dan lain-lain, namun begitu perlu diingat, berapa ramai drpd kita (org biasa @ awam) yg benar-benar faham tentang hudud. Pada aku, kalu kita tak faham, adalah lebih baik kita berdiam diri.  Biar mereka yg mahir membahaskannya. Or, jika nak tau juga, ada baiknya belajar dulu dan fahami dahulu.
Mungkin barangkali bagi mereka yg suka berfikir tidak dapat menerima bahawa hukum Hudud ini sebagai praktikal @ adil. 

Pada pendapat aku, bukan semua benda yg berlaku sekarang, kita boleh faham sekarang. Apa yg aku maksudkan adalah, kekadang kita tidak faham perkara itu atau sebab sesuatu perkara itu sehingga ia telah berlaku. Contoh "duniawi" yg paling mudah adalah projek Plus. Suatu ketika dahulu, semasa DrM buat Plus, beliau mendapat berbagai tentangan. Bermacam, tuduhan dan kecaman yg diterima beliau. Keadaan semakin teruk bila parti pembangkang bersikap opportunist. Malah ada yg berkata ia langsung tak berfaedah malah akan menutup periuk nasi golongan peniaga. Tp tgk apa dah jadi sekarang? Setelah 20 tahun lebih. Lebuh raya Plus telah menjadi keperluan utama kita semua. Byk pula kemajuan yg datang akibat drpd projek ini. Byk pekan baru dibuka dan juga Plus ini sendiri telah menyediakan byk peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sama juga dgn Hudud. barangkali kita tak nampak kelebihan atau kepentingannya sekarang, namun aku percaya sesuatu yg datang dari tuhan semuanya adalah utk kebaikan manusia, cuma kita sahaja yg tidak nampak.

Malaysia Belum Bersedia?


Ini yg terkandung dalam ucapan TPM kita En Muhyidin. Aku seolah-olah faham apa yg beliau maksudkan. Cuba kita lihat skeliling kita. Umumnya dunia perniagaan kita. Paling mudah, kta lihat sistem bank kita. Aku percaya dunia perniagaan kita atau perbankan kita tidak bebas dr maksiat. Maksiat yg paling mudah yg aku faham adalah "riba". Menurut satu bacaan aku, golongan yg paling aktif menggunakan riba suatu ketika dahulu (or maybe hingga sekarang) adalah golongan Yahudi. Malah (setahu aku, kalu tak silap), semasa zaman nabi baru masuk di Madinah dulu, dunia perniagaan disitu dikuasai oleh Yahudi dan mereka kuat mengamalkan riba. Tp setelah Islam muncul, sistem ini termansuh maka golongan Muslim pula mula menguasi bidang perniagaan.

Barangkali inilah antara yg dimaksudkan oleh TPM. Oleh itu, sefaham aku, jika Malaysia tetiba mengamalkan Hudud, banyak hukuman terpaksa dilaksanakan bagi menghukum pengamal riba ini. Malah industri perniagaan dan perbankan kita akan menjadi (hampir?) lumpuh. Jadi utk melaksanakan hudud tanpa perlu banyak menghukum, ia mengambil masa. Masa utk proses convert dr sistem non Islamik kepada sistem Islamik.Or maybe, TPM takut Muslim tak dapat bersaing dgn non Muslim yg bebas menggunakan apa saja sistem yg mereka suka? Or maybe, ekonomi negara kita tidak kuat untuk stand alone because, as a whole, satu dunia mengunaka sistem non Islamik?

Kelantan dan Hudud


Aku menjadi kagum dgn Tuan Guru Nik Aziz bila beliau begitu komitted utk melaksanankan Hudud di Kelantan. Menurut beliau, Kelantan tidak melaksanakan hudud kerana dihalang oleh kerajaan pusat (oleh DrM?). Tuan Guru juga tidak gentar dgn DAP kiranya DAP sanggup keluar dr Pakatan jika DAP tidak setuju dgn Hudud. Keadaan menjdi makin menarik bila DSAI juga menyokong jika Kelantan melaksanakan Hudud. Dlm keadaan ini juga DrM telah mencabar Tuan Guru utk melaksanakan Hudud kerana beliau kini bukan lagi PM (personally aku rasa DrM bersikap sinikal).


Aku menyokong 100% jika Kelantan memulakan Hudud. Sugguh pun TPM berkata Malaysia masih belum bersedia, pada aku, we have to start somewhere. dalam perkara ini, kita bleh jadikan Kelantan sebagai "pilot state" yg melaksanakan Hudud. Kita lihat bagaimana Kelantan dgn think tank yg terdiri drpd ilmuan agama menyelesaikan masalah dlm asimilasi dan perlaksanaan Hudud ke Tanah Melayu. 

Insya'allah jika dilakukan dgn ikhlas (tanpa motif politik) yakni semata-mata kerana Allah, Kelantan akan menjadi negeri yg paling aman dan (barangkali boleh jadi) paling "maju" dalam dunia.


Thursday 22 September 2011

Mari Masak Koew Teow Kerang!

Mari memasak KTK cara aku, Pawi! Well, actually aku tak pandai sgt lah masak, tp lepas tulis blog pasai KTK hari tu, tetiba aku balik masak dan nak share cara aku masak KTK. KTK aku tak sedap sgt dan setahu aku, yg suka KTK aku hanyalah bini aku. Hmm…

Sebelum tu, biar aku criter sikit back ground aku dan memasak… Sebenarnya aku start masak time aku darjah 4. Yes, darjah 4. Aku masak megi kari lengkap dgn daging , sayuran, cabai, dll. Aku start masak secara independent tanpa pengetahuan parents aku.  Kenapa tanpa pengetahuan parent aku? Let me give this hint, I cook during Ramadan after school time parents aku tak balik umah lagi. Hahahaa. Memang nakal aku dulu.

Anyway, back to KTK, lest start with the ingredient and these are the ingredients…ss….s…
  1. Koew Teow – make sure that you buy the quality one. If not your KT will be lungai and berketul
  2. Tougeh
  3. Udang
  4. Kerang
  5. Sos tomato
  6. Cili boh
  7. Sos tiram
  8. Kicap sotong
  9. Kicap hitam
  10. Garam & gula
  11. Bawang putih dan cabai melaka
  12. Minyak (duh…)
Bahan² sebelum memasak
 
Pati Udang @ stock udang

Before hangpa masak, hangpa kena wat preparation dulu. Hangpa bunag kulit udang dgn kepala udang. Kulit dan kepala udang nie hangpa jgn buang dlm tong sampah, sebaliknya hangpa masukkan dalam belanga dan rebus dgan air. Rebus smapai jadi pekat dan pekatan yg terakhir (bila dah nak sejat) tu hangpa amik. Kulit & kepala udang yg hangpa pakai utk rebus tadi hangpa buang lah. Kalu hangpa nak makan gak benda tu , itu hang pa punya pasailah. Your choice. Ayag rebusan or stock nie lah yg akan dicampur dgn cili boh yg hangpa masukkan dalam belanga lepas bawag dah wangi.

Kerang

Basuh kerang sebelum rebus utk buang lumpur dan kotoran lain.Time masuk dalam periuk utk rebus, hangpa jgn campur ayag. Maknanya hangpa masuk kerang je dalam periuk. Nanti bola hangpa on api, auto mati akan ada air dan kerang tu akan masak. Kerang yg direbus dgn cara nie lebih sedap bcos ia tak tercampur air. Kerang dia pun lagi besag. Rasa dia pun of course lebih lazat.

Koew Teow Mari memasak

First hangpa panaskan periuk. Than after dah panas hangpa masukkan bawang putih yg dah hancus ditumbuk oleh batu lesung. Kalu rajin korang tumbuk bawang merah skali. Aku slalu malas, so aku tumbuk bawang putih je.

Than lepas dah wangi, korang masukkan cili boh.  Kalu cili boh saja pekat sgt. So, aku masukkan secret ingredient iaitu… pati udang. Than korang masukkan cabai Melaka yg korang dah tumbuk hancur. Tujuan dia adalah supaya pedas.

Lepas tu korang campak je udang yg dah dibuang kulit bersama kerang ke dalam belanga. Biar depa berenang dalam kuah pulak. Dalam sambil² dok tengok udang dgn kerang berenang dalam belanga, time nie korang masukkan gula, garam, sos tomato, sos tiram, kicap sotong dan kicap hitam dalam belanga. Biar meriah belanga dan jgn lupa kacau. Karang tak pecah sume tu, tak sedap lah pulak.

Than bila dah sebati sume tu, hangpa masukkan pula koew teow. Koew teow ni aku tak basuh dulu seblum msauk dlm belanga. Aku terus amik dr plastic dia je. Kalu basuh rasa dia akan kurang. Than after that, agak dah sebati aku taruk taugeh pula. Gaul. Than bila agak dah sebat, aku masukkan telur pulak. Telur nie aku tak pukul hancur, tp aku biar mcam nak jadi telur mata, baru aku gaul. Bila dah ok, aku padam api and transfer KTK aku ke pinggan.

Akhirnya KTK aku siap dimasak dan sedia dimakaan. Hahahaa

 Dah siap dan sedia utk dimakan

Kesimpulan

Semua org boleh masak KTK. Senang je pada aku. Main campak je dalam belanga. Pada aku antara yg membuatkan KTK nie sedap atau tak adalah timing time nak masukkan bahan.Contoh adalah timing nak masukkan taugeh atau telur. Kalu lewat, karang taugeh nie mentah, kalu cepat terlalu masak.  Selain itu, sukatan bahan juga main peranan. Ada time yg aku wat terlebih masam, ada gak yg terlebih masin. Kuantiti sgt penting. Apa pun, benda nie senang utk dimasak. Aku rasa hang pa sume kena try. Hahaa..

Wednesday 21 September 2011

Lagenda Koew Teow Kerang

Apa yg menarik pasai Malaysia adalah makanan. Tak kiralah bangsa apa pun, kalu bab makanan, akan ada usaha ke arah adaptasi. Mungkin pada asalnya makanan tersebut tidak halal, tp oleh kerana menuju ke arah nafsu perut, adaptasi berlaku. Contohnya Mee Hokkien.  Selalunya kalu ditanya kepada org Cina, mee ni ada letak pork @ daging babi. Tp kini sudah ada mee Hokkien yg halal. Yg senang dapat hangpa boleh tgk dalam menu kat Old Town White Coffee. Tp kat Penang ada satu pakcik Melayu yg dikenali sebagai Sifu Omar yg mee Hokkien (dgn Koew Teow T’hng) sgt sedap. Malah local Cina kat sini (Penang) pun ngaku yg mee Hokkien Sifu Omar lebih sedap drpd yg Cina sendiri buat. Sama juga dgn Koew Teow (KT). KT sebenarnya adalah makan Cina yg kini lebih sinonim dgn org Melayu. Malahan ada yg Melayu masak lagi sedap dr Cina yg diakui oleh org Cina sendiri.

Koew Teow Kerang & Char Koew Teow

Aku suka makan kedua-dua masakan nie. Tp di antara Koew Teow Kerang (KTK) dan Char Koew Teow (CKT), aku lebih suka KTK. Aku sebenarnya rasa kedua-dua makanan nie lebih kurang sama saja. Cuma step dia sikit beza. Tp kalu ikut bahan utama dalam dia sama ja… koew teow, taugeh, udang, kerang, bawang putih, kicap sotong dan telur. Cuma yg membezakan CKT berbanding KTK adalah CKT basah dan rasa udang dominant berbanding dgn KTK yg lebih kering dan rasa kerang dominant. Juga CKT nie, telur taruk awal sikit berbanding KTK yg telurnya diletak lewat sikit. Ini apa yg aku nampak lah.

KTK dan CKT nie tak sama dengan koew teow goreng yg hangpa minta kat kedai makan biasa. Rasa pun sgt berbeza. KTK dab CKT ada class tersendiri.

Penempatan Koew Teow

Aku tak tau lah tempat lain, tp yg aku pasti, kat Alog Setag (dan juga Jitra), hangpa senang² boleh cari gerai koew teow. Berbanding dengan pekan atau bandar yg pernah aku tunggal dulu, Alog Setag memang berbeza. Kalu di Ipoh, hangpa boleh cari gerai jual koew teow di padang Ipoh dekat Green Town. Kat situ banyak gerai. Yg best penggerai situ majority org Kedah.  Kat Penang ada beberapa tempat, tp tak dak gerai KTK (setahu aku lah). Skudai & JB? Jangan cakap lah. Ntah kenal entah tidak CKT atau KTK. Sedih giler. Merana aku 5 tahun belajar kat Skudai dulu. Sangap KTK. Tiap kalu balik Alog Setag time cuti sem, mesti pi carik KTK dgn nasik kandag punya. KL maybe ada, tapi aku tak tau. Kalu ada pun, mesti budak utara punya gheja.

Anyway, skarang nie kat Alog Setag gerai CKT lah yg lebih banyak berbanding gerai KTK. Tp suatu ketika dahulu, KTK lah yg mendominasi seluruh  pekan Alog Setag. Gerai KTK lah tempat pakcik² dan veteran Alog Setag melepak dan juga ahli keluar makan luar di hujung minggu bersama.

Once Upon a Time In Alog Setag…

Aku mula makan KTK time aku masih lahi berstatus kanak² riang. Maybe umur aku 5 atau 6 tahun. Ya, umur aku 5 atau 6 tahun, maybe? Ntah. Tp memori terawal aku makan KTK adalah sgt lama. In fact memori makanan terawal kegemaran aku adalah KTK (selain nasi ayam restoran Mawar dekat Taman PKNK).

Koew Teow Kerang Wak

Masa aku kecik dulu, parents aku menyewa kat pekan Langgar. Parent abah aku (atok & nenek aku) pulak duduk kat Taman Sri Taman di jalan Sultanah Alog Setag. Boleh dikatakan almost every week parents aku akan visit atok aku kat Alog Setag. Time tu kat jalan Sultanah ada satu gerai KTK yg sangat sedap. Sangat², sangat² dan sangat ²sedap.  Abah aku panggil KT nie, KTK Wak. Maybe org panggil dia Wak because dia org Jawa (?). And if my memory serve me right, memang dia pakai kepiah org jawa yg kaler oren tu. Tempat asal wak nie niaga adalah di depan stesen minyak Shell nak masuk ke Taman Uda. Dulu, stesen  minyak ni tak wujud lagi. Abah aku nie hantu KTK. Slalu la kami singgah makan. Kekadang dia tapau utk atok aku dan kekadang dia tapau utk kami makan lagi nanti.  Hahaha…

Kesedapan KTK Wak nie susah aku nak explain. Rasa dia sangat mild, tp sedap. Dan yg menjadikan dia special, taugeh dia rangup tp tak mentah. Ya, walau pun dah lebih dari 20 tahun, aku masih tak boleh lupa rasa KTK Wak.

Wak niaga guna lori van yg kaler putih. Maknanya dapur dia dalam van dia. Tak silap aku kat situ, ada kerusi batu. Jadi kalu org makan, boleh makan kat situ or just duduk atas kerusi alas dgn tangan saja. Yg paling aku ingat pasai wak nie adalah dia taruk taugeh dalam baldi atas bangku. Kalu dia amik taugeh masukkan dalam belanga (kuali), dia macam punggai dalam kuali tu sekali dgn balance ayag (air) dari taugeh yg diambil dari baldi tu. Pelanggan Wak pula sgtlah ramai. Tp, walau pun lama tunggu, still org sanggup sebab sedap.

Tp, suatu hari, abah aku komplen (aku dgr abah aku bebel kat mak aku) yg KTK Wak dah tak macam dulu. Dan aku punperasan kami dan makin kurang makan kat situ. Menurut abah aku, KTK Wak dah lebih taugeh tapi kurang koew teow dgn kerang. Sampai satu ketika, taugeh punya lah banyak sampai hampir cover koew teow. Tak silap aku, abah aku ada tegur Wak dalam hal nie, tp, tak dak perubahan.

Than suddenly, KTK Wak dah tak dak. Dia dah tak niaga. Aku ada dengar yg dia dah balik Indon, tp tak pasti la pulak. Time aku tylis blog nie, aku tak tanya pun abah aku apa sebenarnya berlaku pada KTK Wak. Aku tulis base on apa yg aku ingat saja. Apa pun KTK Wak adalah 1 dari 2 makan faverot aku time aku masih lagi kanak² riang. Sedap dia susah nak cari ganti sampai ke hari nie aku boleh lagi ingat rasa dia.

Koew Teow Kerang Jln Telok Wanjah

Masa aku darjah 5 atau 6, seingat aku ada beberapa tempat KTK yg sedap. Time tu byk gerai KTK. Kalu tak silap aku masa tu KTK Joneb baru nak start dan KTK Iman tak wujud lagi. Pada masa tu juga, abah aku ada jumpa satu gerai KTK yg sedap. Rasa dia tak sama macam KTK Wak, tp still sgt sedap. Gerai tu di jalan Teluk Wanjah depan bangunan yg  sekarang nie bertentangan dengan super market Pasifik. Sekarang nie gerai tu dah tak dak dan pot tu diambil oleh gerai nasik lemak dan nasik campur. Seriusly, every time aku lalu depan bangunan tu, aku akan tengok. Ada org goreng KTK tak? Sampai ke hari nie aku akan tgk..

Aku tak pasti mcm mana abah aku boleh tau pasai gerai tu. Maybe kengkawan dia bagitau. Tp yg pasti lepas habis tuition malam dulu, abah aku akan bawa pi situ. Kami akan makan skali dan tapau utk mak ngan adik aku (dan juga utk aku skali lagi, hehehee…). Slalunya kalu makan kat situ, aku akan pesan ayag asam sebagai minuman.

KTK Jln Telok Wanjah nie rasa dia sedap tp pedas. Satu benda yg aku perasan adalah dia masukkan kisar cabai Melaka (cili padi hijau) time masak (selepas tomis bawang). Than rasa bawang putih dia pun agak kuat.
Dalam dok best enjoy KTK nie, ttb aku perasan yg dia dah tak konsisten time buka. Kejap buka, kejap tutup. Dulu every time balik dari tuition,( abah aku amik aku pakai moto, kekadang dia amik pakai kereta), kami akan lalu ikut situ walau pun lebih jauh semata-mata nak makan KTK. Everytime kalu kedai tak buka memang kami kecewa habis. Tp kalu buka memang happy habis. Walau pun gerai nie dah tak konsisten time buka, tp rasa dia konsisten. Maintain sedap. Untill one day, gerai tu dah tak buka terus, sampai ke hari nie…
Than years after that baru aku tau. Aku dengar criter yg tukang masak dia sakit, lalu mati..

Koew Teow Kerang Joned

Aku rasa majority budak Alog Setag yg umug dia baya aku ke atas akan tau KTK Joned. KTK Joned sgt famous. Setahu aku, KTK Joned yg start taruk telur mata atas KTK. KTK Joned ni terletak di Jln Stadium.
Actually, aku tak rasa apa special pasai KTK nie. Tp yg aku tau, rasa dia memang sedap. Cuma tak dak special. Pada mulanya KTK nie niaga kecilan jek. Pelanggan tak ramai. KTK nie start time org Alog Setag tengah sangap KTK. Macam the right time gak lah.Than, lama-kelamaan pelanggan dia jd ramai. Sangat ramai hinggakan terlalu ramai. Penuh kawasan tu dengan kerusi meja. Sume org sanggup tunggu nak makan KTK jek.

Pada mulanya semua ok. KTK nie dapat byk sambutan. Aku n parent pun slalu pi. Ayah aku pun slalu gak tapau KTK nie. Than things get out of control and everything  went wrong.

Aku jarang makan kat situ bila waiting time dia lama sgt. Pernah skali, aku terpaksa tunggu sampai 1 jam lebih just nak makan KTK. Ada gak time, becos lama sgt tungu, kami (aku & family) balik macam tu je, cancel makan. Sebab terlalu ramai. Than udah la ramai, since nak carter dgn jumlah pelanggan yg ramai, kuantiti KTK dalam satu pinggan makin kecil. Kalu Wak dulu, taugeh je lebih, tp yg nie kuantiti KTK dlm pinggan makin kecil. Bertambah lah bengang abah aku. Dah la lama tunggu, KTK pun sikit. Sejak dr kes macam tu lah, kami dah tak makan kat Joned.

Sungguh pun begitu, aku still pi Joned. Aku pi ngan member aku. Pada awalnya, Joned just jual KTK. Than after word, dia ada penambahan menu. Yg paling aku perasan adalah makan Western.  Joned nie bertahan agak lama. Tak silap aku sampai aku kat U. In fact, kedai Joned tu still ada skarang, Tp malang nya kedai tu dah tak jual KTK… Depa jual Western food dan kedai Joned tak lebih dari kedai makan biasa….

Inilah tapak Kedai Makan Joned yg pernah menjadi tempat Koew Teow Kerang Joned The Legend

Koew Teow Kerang Gedebang

Gedebang adalah nama lorong. Sebenagnya gerai nie tak dak nama. Lorong Gedebang sebenarnya salah satu lorong di subset jalan di jalan Langgar. Kedudukan dia adalah berhadapan dgn stesen minyak Shell (yg disebelah kanan jika menuju ke KSAH). Sekarang kawasan tu dah dibina dengan rumah bungalow. KTK nie pun dah tak dak.

Terus terang cakap, ini lah KTK paling sedap aku pernah makan seumur hidup aku. Ini lah bench mark KTK tersedap pada aku. Rasa dia ada sikit macam KTK Jln Teluk Wanjah, tp lagi sedap. Rasa bawang putih, rasa cabai Melaka, taugeh rangup tp tak mentah dan rasa udang dan kerang yg seimbang. Than yg best skali dia puya cabai tambahan. Selalunya kalu makan KTK, gerai tu akan sediakan cabai jeruk. Tp utk KTK gedebang, depa bukan saja sediakan cabai jeruk, depa sediakan cabai Melaka kisar bersama kicap (yg of coarse ada special mix and perencah) yg membuatkan rasa dia menjadi terlampau sedap. Aku kalu makan, akan mix kicap nie dgn cabai kisar dia.

Aku kalu makan KTK nie paling kurang mesti dua bungkus. Than beli tapau utk org kat umah aku lah. Selalunya parents aku bagi duitlah.

Gerai nie pun amat sempoi. Mulanya depa just niaga atas tanah biasa bawah pokok ceri dan pokok lain². Than bila maju sikit, tapak tu depa taruk simen. Tp feel tu masih best becos open air disebalik rimbunan pokok. Pada awalnya just gerai KTK dgn ayag, than bertambah pulak gerai lain jual  (kalu tak silap aku) capati. Oleh kerana aku boleh kata every week mesti mai makan, sampaikan tukang masak pun kenal aku.

Sebenarnya, aku antara org paling awal makan kat gerai nie. Pada masa gerai ni mula niaga, aku baru masuk form 2. Masa nie KTK Joned tengah hot. Tp since Joned terlampau hot, aku tak pegi situ bcos terlalu ramai org. Pada masa tu aku kumpul komik. Tiap Sabtu aku akan ke pekan Alog Setag utk beli komik sorg². Aku kayuh gerek (basikal) dr umah aku di Taman Delima Jln Datuk Kumbar ke City Point. Aku akan ikut jalan Langgar mengikut jalan yg aku ikut utk ke sekolah setiap hari. Ada sekali tu, time tengh kayuh balik ke umah dr pekan aku ternampak org goreng KTK (sambil aku ble bau aroma dia). Since aku ada duit balance aku pun saja nak try. Time tu harga 1 pinggan baru RM1.80 ( harga komik time tu RM2.00). Sedap giler habag hang… terus aku promot kat abah aku. After that, abah aku promote kat member (cik gu)sekolah dia. Than everytime lepas tu, kalu aku pi kedai komik setiap Sabtu, parent aku akan pesan sampai  5 ke 6 bungkus just utk tapau.

Since rasa dia agak sama dgn KTK Jln Telok Wanjah, abah aku ada tanya (berseloroh) yg tukang masak KTK Gedebang nie sedara ka? Than to our surprice, memang depa adik beradik. Than dari sini baru kami dapat tau yg tukang masak yg sebelum nie dan mati….

Gerai nie maintain lama gak. Tp entah ngapa suatu ketika lepas lama tak makan kat kedai nie didapati depa dah tak niaga kat situ…..

Koew Teow Kerang Iman 

Pada mulanya, KTK Iman tidaklah dikenali ramai. Ia hanya tempat yg org akan pi bila Joned dah penuh. KTK dia tak la sedap sgt. Biasa saja. Abah aku tak suka KTK Iman. Daru dulu sampai sekarang. Even kalu aku offer tapau pun dia tak mau. Iman start niaga lewat sikit dr Joned. Tp dia penah menjadi antara pesaing Joned. Tapi kini, hingga time blog nie ditulis (21 Sept 2011), Iman adalah gerai KTK yg paling success dan paling besar kat Alog Setag.

Mercu tanda Iman dan pot meja terawal

Iman hanya mula dgn 1 belanga dan 4 – 5 meja saja. Tp sekarang aku rasa lebih daripada 30 meja. Dari hanya jual KTK dan ada side kick nasik lemak bungkus, (org lain tumpang letak niaga), skarang Iman dah jadi macam restoran besar. Ada macam² makanan lain dijual.

Ini baru 1/4 kawasan 

Ditambah lagi 1/4 kawasan meja makan

Masa mula Iman start niaga dulu, aku antara org awal pi makan lah. Ada lah dua tiga org. Tp yg pasti kami pi Iman sebab dekat dgn Taman Goft (umah member aku). Macam yg aku cakap tadi, rasa dia biasa ja. Kalu dia masak cepat sebab ramai org, KTK dia rasa hangit sikit becos dia tak cuci belanga bekas goreng yg dulu. Maknanya bekas goreng yg lama lah yg buat rasa hangit. Aku tak pasti lah sama ada tu dia punya ganja ke apa, tp aku tak suka rasa hangit tu. Satu lagi yg tak best pasai Iman time mula dulu adalah nyamuk.  Time makan mesti kaki kena gigit dgn nyamuk. Apa tak nya, tempat gelap.

Sebenarnya kat Alog Setag nie org niaga ikut trend juga. Selain dari koew teow, nasik kandag, nasik lemak dan nasik tomato pun jadi trend. Utk koew teow, mcm aku cakap sebelum nie, trend adalah org suka makan KTK, tetapi tetiba org Alog Setag suka makan Char Koew Teow (CKT). Masa Alog Setag kena serang dgn demam CKT nie, byk gerai KTK yg tutup or convert jadi gerai CKT. Time demam CKT nie lah Joned wat hal. Anyway, time demam CKT nie, Iman still maintain. Than slowly , Iman built dia punya peminat tersendiri. Rata² peminat Iman nie adalah org yg tak brapa suka CKT tp lebih kepada KTK, macam aku.

Since dah tak ada (banyak) gerai KTK kat Alog Setag, maka semua org akan tertumpu pada Iman sahaja. Budak Alog Setag yg baya macam aku yg kerja kat luag, time balik Alog Setag mesti pi Iman utk lepas gian KTK. Benda tu berlaku hingga kini.

Apa pun Iman suatu ketika dulu Iman pun aku nampak seolah-olah akan jadi macam Joned. Time dia terlalu ramai peminat, saiz KTK dia makin kecik dan rasa dia dan kerang dia pun makin kurang. Tp semua tu kejap je, bcos Iman memang amik berat pasai reaksi pelanggan dia. Tukang masak dia sendiri cakap dgn pelanggan dan aku rasa dia ikhlas dalam niaga. Contohnya time aku pi masa cuti raya hari tu, tukang masak dia siap tanya aku (kebetulan aku duduk dekat dgn dia), aku dah order ke belum or dah lama ka tunggu. Serius, memang good cust svc. No wonder dia boleh improve. Satu lagi, staff dia pun sgt ramai. Bersepah, siap pakai uniform (t –shirt ). Aku tak pasti warna uniform tu menentukan jawatan ke tak, tp tak silap aku ada warna merah, kuning dgn hitam. Pelayan dia akan follow up dan assist kalu perlu. 

 Kilang Koew Teow Kerang Iman

Eh??? - Kat belakang boleh nampak tukang masak tgh beraksi..
  
Apa pun, time menuggu tu, adik aku ada cakap; “ Kat sini dah macam kilang.. Kilang masak KTK..”. Ya, memang dah macam kilang. Tas table ada paling kurang 10 pinggan waiting to be delivered to the cust. Than, order pulak ada specific. Extra kerang,  KTK special, tambah telur dll. Tp setahu aku, semua tepat.Dan yg paling best, tak la lama sgt menunggu.

Bila aku tgk betapa successnya Iman, aku rasa bangga pulak. Asalnya dari gerai kecik lampu 2 -3 mentol, skarang dah jadi grand giler. Semua kaum makan kat situ. Nak kata sedap? Aku rasa tak la sedap sgt. Tp aku rasa Iman success becos dia sensitive dgn pelanggan dia dia ada jati diri selain tak suka menipu. So, all the best Iman. Moga bertahan hingga ke anak cucu cicit aku nanti. Hahahaa..

Koew Teow Kerang Giant Shah Alam

Sebenarnya buat masa nie, selain Iman ada lagi beberapa kedai KTK yg “ok” kat Alog Setag. Antaranya KTK Pakcik Beriman kat Taman PKNK dan KTK Ihsan kat depan Kompleks Al Bukhari. Abah ngan adik aku cakap KTK Ihsan sgt sedap, tp aku tak pernah rasa bcos time aku pi dia tutup atau dah sold out. But menurut adik aku, KTK Ihsan rasa dia kalah sikit dgn KTK Giant Shah Alam.

Koew Teow Kerang Giant Shah Alam Terhebat!

Buat masa nie, ini lah KTK faverot aku. Terbaik dilangit dan bumi. Rasa dia sempurna. Kalu aku ngan bini aku makan, mesti kami pesan 3 pinggan. Sorang 1.5 pinggan. Hahahaa.. Tp, still tak boleh challenge “The Great KTK Gedebang”. Skarang, everytime aku lalu Shah Alam, aku mesti singgah makan. Satu family aku dah ketagih KTK nie. Bini aku pun dah terjebak.

Koew Teow Kerang Forever

Pada aku, KTK nie dah jadi sebahagian dari darah daging aku. Kalu dulu aku kena cari gerai, skarang aku dah bleh masak KTK. Tak la sedap sgt, tp bini aku kata dia suka sgt KTK aku. Sampai sanggup booking aku utk masak KTK. Hahahaa..
 Koew Teow Kerang Pawi

Buat masa nie, aku masih lagi mencari rasa KTK Gedebang or KTK Giant Shah Alam or KTK Wak. Kekadang dapat sikit rasa dia, tp byk masanya tak dpt. Aku akan terus masak dan aku akan terus cari mana² gerai KTK di mana sahaja ia berada.

Tuesday 13 September 2011

11 Sept 2001 – Pendapat aku

911 @ Sept 9; Ini adalah satu tarikh keramat dimana ia akan terus diingati dalam tempoh yang lama. Inilah tarikh di mana, kerajaan Amerika (US) diserang buat pertama kali setelah Pearl Harbour dahulu semasa perang dunia ke dua. Malah ia lebih dasyat lagi kerana ia berlaku ditanah besar US.

Semasa serangan itu berlaku, aku masih lagi student di UTM Skudai. Seingat aku, semasa serangan itu berlaku, aku tengah lepak kat apartment member aku kat Apartment Melana. Aku tak pasti macam mana aku boleh tengak, tp yang aku tau time tu, TV dah buka dan aku ingat itu movie macam Independent Day ke apa. Jadi, masa 2nd plane crash kat second tower atu, aku antara jutaan umat manusia yg tengok secara live.

Yahudi & Nasrani

Serius shit! Aku tak pecaya yang aku tengok. Dalam hati aku, aku dah pikir lepas nie confirm aku tak pegang pen dah, mesti angkat senapang perang punyer. Hati aku kata, "yg lepas nie confirm akan berlaku perang dunia ke tiga or the 3rd Crusade...". Iaitu perang besar akhir zaman yg diramalkan yg bakal berlaku antara Muslim dan Yahudi Nasrani.

Bercakap pasai Yahudi Nasrani, FYI setahu aku Yahudi dan Nasrani baru je “berbaik-baik”. Setahu aku puak Nasrani nie memang tak suke sgt dgn Yahudi. Bukti dia? Tgk balik sejarah Holocaust time second world war. Tgk balik sejarah silam empayar Islam Umaiyah, Abasiyah tau lebih specific di tempat yg dikenali sebagai Al Andalus.  FYI, selama ini org Islam lah yg melindungi dan bagi protection pada org Yahudi. Yahudi dibawah empayar Islam mampu utk hidup aman dan bebas, menuntut ilmu dan berurusan ekonomi tanpa sebarang gangguan.  Malah, setahu aku zaman keemasan Yahudi (selain zaman nabi Daud dan Sulaiman) adalah dizaman kegemilangan empayar Andalusia. Ini bukan bermaksud aku kata bahwa Andalusia itu diperintah oleh org Yahudi, tp, pada waktu itu di Andalusia, org Yahudi hidup mewah dan bertamadun. Zaman Crusade dulu, para Crusader pantang nampak org Yahudi. Most probably depa akan terus sembelih jek. In fact, depa lagi keji dan benci pada org Yahudi berbanding pada org Islam.

Pasai pa org Nasrani cukup tak suka dgn Yahudi dulu? Bcos, Yahudi belot Jesus. Pasai Yahudilah yg memerangkap dan bunuh Jesus. Ada istilah yg aku penah dengar yg berbunyi, “Jew  killed our God!”  atau yang bermaksu “Yahudi yang membunuh tuhan kita!”. Malah “penganut” terawal Nasrani juga banyak yg dibunuh oleh Yahudi. Even pengasas sebenar agama Nasrani iaitu Saul atau pun Paul adalah pada awalnya pemburu *Nasrani.

*Penganut awal agama Nasrani sebenar adalah org Yahudi yg mengikut ajaran Jesus (Isa AS). Masa ini, gentile (non Jew) masih tidak terdedah pada ajaran Jesus. Ajaran Jesus hanya didedahkan @ diajar pd gentile setelah Paul menjadi pemimpin depa. Pada awalnya, secara ringkas, pengikut Jesus adalah boleh disimpulkan sebgai pengukut ajaran Yahudi yg Tajdid atau back to basic (balik kepada ajaran asal yg tiada bida’ah yang bukan²). Pada masa ini fahaman syirik kepada Allah masih belum di”doktrin”kan.   

Anyway, lepas peristiwa Holocaust, keadaan telah berubah… Islam pulak yg menjadi musuh bersama Nasrani dan Yahudi sedangkan dahulu Muslimlah yang protect Yahudi dari disembelih oleh Nasrani dan Yahudi.

Anyway, alhamdulillah tak ada apa sgt yang besar berlaku di Malaysia. Kita masih disayangi dan dilindungi Allah dr sebarang perang dan musibah besar. Namun begitu, dunia sememang telah berubah selepas berlakunya peristiwa 911.

Kenapa?

Dunia Islam yg sememang tengah lemah dan berpecah kini diratah begitu sahaja oleh pengganas barat yg sebenar. Negara Arab yang kononnya kaya dengan minyak pejam mata sahaja bila saudara sesame Islam mereka diretah oleh pengganas barat. Inilah dikatakan bila tiada ilmu, maka tiada kuasa. Mereka hanya kaya atas duit minyak sedangkan negara dan rakyat mereka tidak maju.

Penipuan paling bengong adalah apabila Iraq ditakluk atas alasan bersekongkol terhadap serangan 911 dan mempunyai “weapon of mass destruction” (WMD) @ senjata pemusnah besar besaran. WMD yang dimaksudkan ini adalah senjata nuclear. Namun bertahun selepas itu, George Bush mengaku sendiri yg sememangnya tiada senjata WMD di Iraq. Dan hakikat sebenar perang tersebut adalah mahukan minyak. 


Ada juga mengatakan serangan itu adalah kerana dendam peribadi keluarga Bush terhadap Iraq. Hakikatnya dalam serangan 911 di WTC (World Trade Centre) itu, memang ramai rakyat US yg tak bersalah (ya ka? But majority drpd  mereka vote Bush apa..) telah mati dalam keadaan yg paling menyayat hati dalam serangan. Namun begitu, jutaan umat Islam pun terkorban di Iraq disebabkan penipuan Bush itu.

Officially, kita dicanang bahawa serangan itu dilakukan oleh sebuah kumpulan Al Qaeda yg diketuai oleh Osama bin Laden. Motif serangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap kerajaan dan rakyat US kerana menjadi “big brother” terhadap Israel. Ini juga berunsur dendam. Actually, penghinaan yg telah diakukan oleh US dan Israel terhadap umat Islam terutamanya di Palestin adalah amat besar sekali jika dibandingkan serangan 911. Malah sifat double standard terhadap tragedy Bosnia dulu apabila umat Islam Bosnia disisih oleh badan dunia juga antara sekam dalam api terhadap dendam ini.Tp factor official utama adalah sifat atau dasar US yg melindungi dan memberatkan Israel merupakan factor utama.

Salah Siapa?

Personally pada aku dalam masalah ini, aku tak salah kan US, Israel atau pun Yahudi. Tp aku salahkan org Islam sendiri. Ini adalah kerna Quran sendiri dah warning kita dalam perkara ini. Hadis nabi sendiri dah remind kita akan bahawa yg menanti kita. Malahan langkah pencegahan juga dah diberi, tp umat Islam masih lagi tido. Masih lagi berpecah. Masih lagi sinikal dan mencurigai antara satu sama lain.

Dan yang paling sedih, bila bercakap pasai kembali pada ajaran Islam, umat Islam hanya pandang Islam hanya sebagai doa, janggot dan masjid. Lebih menyedihkan, majoriti umat Islam menyangka utk menjadi Muslim yg baik mereka harus meninggalkan dunya. Tinggalkan pekerjaan, tinggalkan kekayaan. Kerja ala kadar dan tak boleh jadi kaya kerana sume tu dunya. Pada mereka, Muslim yg baik adalah muslim yg tinggalkan terus dunya dan hanya berserban ke masjid utk wirid dan solat. Pendek kata, pada mereka barangkali  Muslim yg akan ke syurga adalah muslim yg tinggalkan dunya, tak boleh kaya, hafal hadis dan Quran serta berserban dan janggot sahaja. Pada depa baca buku selain Quran, hadis atau pun buku lain² yg tak berkaitan dgn tokoh Islam tradisional adalah mengejar duniawi semata-mata.

Malangnya inilah hakikat yg aku nampak, at least di Malaysia. Aku sendiri pernah kena sound dalam FB time aku  cakap aku tengah baca buku DrM dulu dgn member sekolah aku yg kini barangkali menjadi penjiihad sejati. Pada aku, sebenarnya golongan inilah agen sekular yg sebenar. Mereka inilah yg membuang dunya dari Islam sedangkan Islam itu merangkupi semua.

Perpecahan umat Islam lagilah parah. Aku ada terbaca satu statement dari penyokong fanatik parti PAS. Dia berkata, UMNO dan PAS mustahil utk bergabung. Subhanallah… Sebagai Muslim, dia tak boleh berkata demikian. Tambahan dia mngaku sebagai penyokong parti yg berteraskan Islam. Adakah ini doktrin dalam PAS? Aku percaya bukan. Mustahil tokoh besar seperti Harun Din, Ismail Kamus dan lain² meredai perkara ini. Aku nampak perkara ini seperti kes dizaman Saidina Ali dulu dimana penyokong lebih fanatik dan buat dotrin yg bukan² lebih drpd leader sendri. Itu baru contoh di Malaysia. Di Palestin, Hamas dengan Fatah pun tak bersatu..

Walau apa pun dalam Islam, dengan apa sahaja alasan membunuh org yg tidak bersalah adalah dosa besar, walau pun mereka itu kafir. Serangan bunuh diri pun salah.

Antara satu lagi kesan lain adalah aku tak dapat nak ke US semasa incetive trip ke US dahulu. Ini adalah kerna VISA aku lambat diluluskan kerana nama aku adalah nama org Iran. Aku difahamkan nama aku depa hantar gi saring kat FBI, CIA dan ntah apa² lagi lah. Ceh…

Teori Konspirasi 911

Terus terang cakap aku adalah org yg paling suka dengar teori konspirasi. Tak kiralah pasai Feemason, Alien, long lost civilization, Moon Landing dan lain². Pada aku, ia adalah satu hak dan kebebasan utk seseorang tu nak percaya teori konspirasi atau tidak.Macam aku, kalu teori tu ada bukti kukuh yang menyokong, aku akan ambil teori tu sebagai “serius”. Dan of course aku tidak percaya akan official statement.

Teori konspirasi 911 sendiri ada banyak. Korang boleh check dalam internet mahupun buku. Korang boleh pilih nak percaya yg mana satu atau nak gelak yg mana satu. Your choice.

Personally, terus terang cakap, aku percaya bahwa tragedy 911 itu dirancang oleh pihak tertentu. Al Qaeda hanyalah tool atau pun boneka yg digerakkan secara automatic. Osama bin Laden sebenarnya adalah product rancangan tersebut. Dia dicipta secara tercipta. Contoh mudahnya macam nie; katakan hang nak anak hang jadi ulama bila dia besar, hang kena pastikan umah hang penuh dgn buku agama selain rajin bawa pi masjid, rajin berbincang pasai hal agaman dan pastikan hang menjadi contoh kepada anak hang.Insya’allah anak hang akan jadi ulama seperti yang hang harapkan.  Sama ngan Osama dan lain². Segalanya adalah setting. Try korang cari balik asal usul Osama dan siapa sebenar dia dan keluarga dia.

Selain itu, banyak sangat kebetulan dan bukti lain yg penuh misteri berkaitan dgn peristiwa ini yg sukar aku nak terima sebagai kebetulan. Malahan detik sebelum dan ketika seragan itu berlaku juga adalah agak “unik”. Antara filem (rancangan) feverot aku adalah Fahrenheit 911. Korang kena tengok movie nie. Wajib!  


Selain drpd itu, ada satu lagi siri perbincangan yg dikelola sendiri oleh rakyat US tentang ketulinan siapa disebalik serangan 911 ini. Tajuk DVD tu adalah A Call To Re-Open Sept 11 Investigation; Confronting The Evidence. Aku yakin lepas hangpa tgk DVD ni sampai habis, hangpa akan percaya semua tu adalah tindakan dirancang. Rancangan DVD tu sangat teknikal dan detail (sampaikan aku tertidurlah kerana terlalu teknikal). Yang nie pun wajib! Tak silap aku DrM pun tgk DVD nie dan sefaham aku dia pun percaya yg 911 nie dirancang. Lagi pun jika kerajaan Bush boleh ngaku berbohong dalam menyerang Iraq, masakan mustahil ada pihak lain yg lebih handal dari Bush merancang dan semua nie utk kepentingan tertentu? Actually George Bush nie bukan lah cerdik mana pun...

Anyway, hak utk percaya atau tidak adalah personal. Sama gak keadaannya utk percaya teori konspirasi yg DSAI cakap yg government fitnah dan sabotaj dia. Atau pun berlaku konspirasi dalam menjatuhkan dia dari kerajaan dulu.Kita mempunyai kebebasan utk percaya atau tidak. Yang penting kita haruslah menilai denagn bijak dan waras.

Kenapa aku percaya 911 tu "fabrication"?

Aku tgk bukti. Sebenarnya aku ni jenis susah nak percaya pada sesuatu yg “bogus”. Aku lebih suka percaya pada statement official. Tp kalu bukti yg menyangkal statement tu terlampau nyata dan terang, aku tak mampu nak ignore bukti tersebut. Aku kena proaktif utk tau cerita yg sebenar (know the truth). Pada aku, jika aku ignore bukti tersebut aku adalah seorang yg zalim pada diri sendiri dan bodoh. Lagi pun aku tak mahu menjadi orang yang angkuh dan sombong drpd menrima bukti. In short, walau pun at first aku cenderong utk ikut haluan utama or official statement, tp aku juga akan menggunakan akal utk menilai statement tersebut, dan jika bukti itu menyangkal official, statement aku akan sokong teori bari tersebut. Aku tak mahu menjadi org angkuh yg “melihat dan mendengar tetapi adalah buta dan pekak”.  

Sungguh pun, aku percaya semua tu rancangan yg detail lagi kompleks, tp hakikat lebih kurang 3000 mati dalam serangan itu adalah fakta. Ia tidak sepatutnya dihiraukan dan layak mendapat simpati. Setahu aku ajaran Islam pun menentang serangan yg membunuh org awam seperti ini.

Whats Next?

Osama pun dah mati. Org Islam masih terus mati terseksa dan ditindaS. Walaupun serangan 911itu membawa malapetaka kepada dunia Islam (khususnya org Iraq, Palestin dan Afganistan), tp dalam pada itu makin ramai org terpelajar barat yg mendekati Islam.  Perkara ini berlaku kerana mereka ingin tahu tentang Islam dan oleh sebab itu merak membaca Quran.

Selain itu, pengajaran juga perlu diambil dimana bilamana tentera musuh menyerang Negara Islam, kita tak mampu melakukan apa². OIC hanyalah sekumpulan pakcik sembang dalam bilik aircond. Oleh sebab itu, kita umat Islam kena bangun. Ia sebagai wake up call supaya kita sedar dimana kelemahan kita. Dan sepatutnya kita kini sudah tahu kelemahan kita adalah kita tidak mengusai ekonomi dimana bila menguasai ekonomi kita akan menguasai kekayaan. Hanya dengan kekayaan, kita mampu membina kekuatan tentera utk mempertahankan diri.  Dan kita sepatutnya sedar yg kita ni bodoh atau pun tak berilmu. Barangkali kita baru sedar yg kita tak ambil pusing langsung hadis nabi yg berbunyi; “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”.