Sunday 17 February 2019

Flat Earth

It was a sudden phenomena that suddenly the flat earth topic become hot issue in Malaysia. I don't really follow what is trending in Malaysia. I don't even know what the latest viral video. But I have to admit I missed much of the fun. Maybe I'm too busy with other things in life. However, I am very political conscious even though I'm more into observer, restraining myself from commenting.

I think the flat earth became a topic because of 1 moron; a shameless religious whore wrote something about the matter. His name is Suhaimi Saad. As per my limited knowledge he is a singer (nasyid) and husband of Ina Naim (ex girlfriend) of Mawi World. Many things he did does not reflect Islam. He did not vaccine his children and does not send his children to school. Pity his child..

PS: I think Mawi took the correct decision by not marrying Ina Naim..   

Not sure what Suhaimi said. But it has caused our astronaut to respond.

Can you differentiate ulama' and religious whore?
Actually, he is not the 1st religious whore that claim earth to be flat. There are many others. Some claims are from middle eastern religious whore. Telling lies in mosque and religious gatherings. In Malaysia, Ustaz Auni, mention that he "berlapang dada" in the flat earth subject. Meaning he accept both flat and round (oblong). I personally despise Auni. For me, he is a liar. He lies in mosques. Thus he is a religious whore in my dictionary. I just can't tolerate people telling lies in the name of God. They took God's name in vain (1 of the 10 commandment.. Hah hahahah). 

Stupid and arrogance Muslim are not the only group that believe in flat earth theory. The Christian are worse. Their argument about flat earth is that Nasa tell lies. Nasa wanted the world to believe that earth is oblong. Thus there are things in common between the Muslim and the Christians. Finally the zealot in both religion can have 1 common believe. Finally there are peace on earth.

However, actually the zealot Christians have more reason to deny oblong earth. This is because it was the Muslims that champion the oblong or round earth idea in the first place. But the zealot Muslim have extra main reason to accept the flat earth theory. It is said that its the work of the Jew that lie about true earth form. For certain reason, the Jew wanted us to believe that earth is oblong or round and not flat.

Note: What I'm about to write after this is partial lie with many edits. But the main message is there.
I myself had encounter a dialog with an anonymous flat earth believer in the net. It was in Malay. Be warned, it was along dialoged. This was the 2017:

Pawi: Hang baca website link yang aku bagi tu. Kemudian sebelum hang buat keputusan or make any statement hang pi cari buku Dr Danial tu; Quran Saintifik. Actually, Modern Flat Eart Society ni group Christian. Dari Christian yang cuba tegakkan benang basah untuk buktikan kebenaran Bible. Refer attachment bawah..


Flat Earth: Ok, aku just share point depa pula, ko refer kink bawah ni....
Flat Eath: Kita percaya matahari beredar mengelilingi bima sakti drpd matahari beredar mengelilingi bumi utk jadikan siang dan malam... Kita percaya yg jadikan siang dan malam adalah putaran bumi, bukannya peredaran matahari. Itu yg kita belajar.. Ko tengok ayat Quran bawah.



Pawi: Ayat 1st tu nak bagi tau kebesaran dan fenomena; Senario pertama; 
1. Allah jadikan matahari 
2. Allah jadikan bulan. 
Yang sentiasa beredar untuk kepentingan. Senario kedua; Menjadikan siang dan malam (putaran bumi). Hang kena faham betul2 ayat tu. 
Subject 1; Matahari bulan untuk kepentingan dan kemudahan 
Subject 2; putaran bumi untuk faedah. 
Mai aku edit sikit bagi jelas:

Hang kena faham. Subject dalam ayat² Quran ni ada 3; 
1. Siang malam (putaran bumi). 
2. Matahari yang terapung. 
3. Bulan yang terapung.

FYI dalam tafsir simbol *( dan simbul *) tak wujud. Itu hanya tambahan tukang tafsir. Simbul *; menghampiri maksud () dalam penggunaan harian.
Flat Earth: Yg putaran bumi tafsir dari mana? 
Pawi: Putaran bumi = siang dan malam.
Flat Earth: Dah try pakai torchlight?  
Pawi: Fokus pada ayat. Ayat 33 tu merujuk kepada 2 Subject. 
1. Matahari dan bulan untuk kepentingan dan kemudahan. 
2. Siang dan malam untuk faedah.
Flat Earth: Ya paham yang mana tafsir bumi berputar. Kalau tak berputar pun boleh jadi siang malam. Aku nak dapatkan fakta je ni..bukan nak mengiyakan sangat flat earth. Ko refer bawah: 


Pawi: Hahahaha... tak sangka hang bagi gambar ni kat aku. Aku bukan hafiz. So aku tak ingat. Kalau hang bagi ayat aku boleh "tafsir" untuk hang. Hang dah baca ke belum link tu?
Flat Earth: Ok la..kita sembang pasal fizik pulak. Bumi berputar 1ribu lebih km/j. Bumi berputar/berpusing memang takde kalau search dalam Al Quran tafsir.

Aku bukan hafiz. So aku tak ingat. Kalau hang bagi ayat aku boleh "tafsir" untuk hang. Dasyat jugak boh, pandai tafsir... Ayat siang dan malam boleh tafsir jadi bumi berputar.. Cakap pasal fakta.. Lampu jalan yang tinggi sama, kalau dah jauhnya 1km kita tak nampak dah lampu tu..
Pawi: Tolong faham maksud " " . Apa yang hang cuba ketengahkan ni adalah teori helios. Tau siapa helios?
Flat Earth: Ketepikan dulu sapa pencipta teori..yakinkan dgn fizik. Dah tengok video tu? Yang Indon.
Pawi: Masya Allah .... Hang nie.
Flat Earth: Yakinkan dulu dgn fizik.. Hehe, saja buat penat fikir. Yang pasal dia zoom benda dari jauh masih boleh nampak.. Kalau bumi melengkung patut taknampak dah. Kenapa?
Pawi: Pertama sekali, utube video tu sapa buat? Non Muslim kan .. Jadi hang percaya Non MUSLIM punya teori. Tapi teori bumi bulat dan matahari, berputar dan Etc hang tak percaya... Teori ni pula Muslim yang cetus...
Flat Earth: Teori....
Pawi: Yang pasal dia zoom benda dari jauh masih boleh nampak.. Kalau bumi melengkung patut taknampak dah...Pasai pa jd lagu tu. Ok, hang pernah dengar nama Elbert Einstien. Hang pernah dengan Albert Einstein? Pencetus teori E=MC².


Flat Earth: Faham, jawab solan fizik td dulu.
Pawi: Bumi ada jisim. Cahaya tu adalah sejenis makhluk (ada jisim). Dia akan curve. Dah jawab.
Flat Earth: Tapi kalau zoom masih nampk. Tak curve.
Pawi: Cahaya bila lalu sebelah jisim besar akan curve. Tolong serach dalam internet. Tengok imej aku conteng bawah:


Flat Earth: Hmmm...  Good (simbol tangan Good)


Pawi: Fenomena ni dah di terangkan. Bukan sahaja untuk masalah ni. Kalau tak silap aku, teori ni dapat dibuktikan masa memerhati gerhana matahari. Bila kedudukan bintang berubah.

Flat Earth: Kenapa kapal terbang laju 600kmj bergerak melawan arus putaran bumi tak jadi 2+++kmj?
Pawi: Sama konsep hang naik kereta api. Or bas. Or anything.  

Flat Earth: Bas, kita berada dgn momentum bas.

Pawi: Kereta api bergerak ke utara dengan kelajuan 80km/h. Hang jalan ke selatan xkm/h. Hang still sampai ke belakang train.

Flat Earth: Kalau kita lompat atas bas yg bergerak dari atas jambatan mau tergolek.. Kapal terbang sepatutnya takdak momentum apa2.. Macam kita naik treadmill, tak ke tergolek kalau masa tengah laju. 

Pawi: Susah aku nak explain dalam bentuk ayat. Hang boleh refer utube.

Flat Earth: Yang pasal train faham.. Kaki kita pijak tren dgn kelajuan tren tu...faham. Logik tak kalau helikopter bergerak keatas dan tak statik di udara..dgn kelajuan bumi yg 1+++kmj tak ke mcm tercampak ke tempat lain...

Pawi: Dari cara yang tulis, hang macam percaya teori Flat Earth. Pertama sekali Flat Earth dah terbukti salah.  

Flat Earth: Laa... jap dulu. Sembang fizik. Sejarah nanti.

Pawi: Kalau flat earth dah debunk, segala teori berkaitan Flat Earth pun debunk. Aku bukan ulamak fizik. So, penerangan aku terhad. Cara hang fikir macam orang (sorry to say) macam orang primitif.
  
Flat Earth: Adoi.. Fikir fizik kejap pasai helikopter tadi.

Pawi: Again, kalau flat earth teori dah debunk, segala argument support dah tertolak.

Flat Earth: Apa² pun, aku masih tak lari dgn matahari dan bulan berputar.. 

Pawi: Matahari dan bulan berputar memang tak salah. Kutub selatan tu bukan hujung dunia. Tak pernah orang jumpa hujung dunia. Bumi ni bulat.
Flat Earth: Sejarah...
Pawi: Ya Allah. Itu fakta. Ekspedisi kutub utara selatan dan lama tamat. Kalau sejarah tak dijadikan fakta atau dokumen, maka tak ada rukun atau peraturan hidup. Malah Quran itu merupakan catatan sejarah. menidakkan sejarah seperti menidakkan kaedah ajaran Quran.
Flat Earth: Bukan pertikai sejarah dalam Quran. Jangan lari konteks. 

Pawi: Aku tak lari konteks. Berkaitan dengan helikopter hang tu, aku dah explain secara kasar.. Bila hang lompat dalam bas atau lepaskan objek dalam bas, object tu masih jatuh di tempat sama. Explanation detail aku tak reti nak bagi. Hang tolong cari sendiri. Sama juga kalau hang naik kapal terbang. Cuba jatuhkan object. Objek tak terpelanting ke belangkang.

Flat Earth: Laju bumi berputar. Jatuhkan luar kapal terbang.

Pawi: Dengan kelajuan plan, object terbit akan terus terpelanting ke belakang kapal terbang. Tapi object tak terpelanting ke belakang. Masih jatuh atas lantai kapal terbang. Bila hang naik kapal terbang, hang test.
Flat Earth: Faham bab tu.. ok mcm ni..andai kan manusia boleh lompat setinggi 20meter... mulany dia kat atas bumbung train...dia lompat, dia akan jatuh kat tempat sama ke?
Pawi: Ya. Aku dah explain. Ini dinamakan graviti... Benda asas lah... 
Flat Earth: 20meter tinggi, tren 80kmj. Oooo....

Pawi: Hang tak rasa bangga ka bila Muslim yang meneroka bahawa Bumi ni bulat? Siap ukuran dan diameter lagi?



Flat Earth: Ok. ok...

Than our conversation ends.. Looking at the dialog, I think I could respond better. I have to admit that I did not answer all his question. This is simply because I just don't know the physic of it in detail. His argument were all medieval kind. Purely parallax. Simple mind argument. Simple basic logic. Physic maybe the law of logic. But logic in physic does not mean what it seems.

With the reemergence of flat earth believer, I wonder what happen to our education system. We taught our children to hafal @ memorize rather than understand. That is why, we fail. The children are not educated but they are force to memorize.

Anyway looking at the many comment in the internet, it is safe to say flat earth believer is very small. Many make fun of them. Many joke about them. But for me they are dangerous because they carry the word of God as their main proof while in fact they do not understand it.  

Saturday 9 February 2019

Dewa 19 Reunion 2019

Me and the brothers of chaos.. hahahaha..

Tanggal pada 2 Februari yang lalu, Dewa or Dewa 19 telah mengadakan konsert kumpul semula (reunion?) di Stadium Melawati Shah Alam. Oleh sebab ia merupakan konsert reunion, maka ia mengumpulkan hampir kesemua mereka² yang pernah menganggotai kumpulan Dewa. 

Terus terang cakap, walaupun aku boleh dikatakan amat suka lagu² kumpulan Dewa, tapi aku tak tahu langsung sejarah kumpulan lagenda ini. Boleh dikatakan mulanya aku tak tahu Ari Lasso (Ari) merupakan bekas penyanyi Dewa. Pada aku penyanyi Dewa adalah Once Mekel (Once). Dan pada aku suara Once merupakan suara Dewa.

Seingat aku, aku mula mendengar lagu² Dewa sekitar tahun 2000 dahulu di radio THR slot kendalian arwah Din Beramboi pada jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi. Din Beramboi banyak memainkan lagu² dari Indonesia. Tapi ketika itu band² Indonesia masih belum banyak dikenali oleh orang² Malaysia. Ketika ini juga belum berlaku lagi kemasukan band² dan pemuzik² Indonesia secara besar-besaran. Ini zaman sebelum Ada Apa Dengan Cinta. Ketika itu pemuzik² moden Indonesia yang muzik mereka selalu diputarkan (seingat aku adalah) adalah seperti Sheila On 7 (SO7), Padi, Dewa dan Melly Goeslow. Ketika itu pemuzik Indonesia memang hebat. Sesuatu yang pemuzik Malaysia tak mampu hasilkan. Ketika itu adalah zaman Siti Nurhaliza.

Dalam banyak² lagu pemuzik Indonesia, muzik Dewa agak luar biasa. Lagu pertama Dewa yang buat aku menjadi Baladewa adalah Roman Picisan. Suara Once, susunan muzik sememangnya luar biasa. Sesuatu yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Malah bila aku pertama kali menonton muzik video Roman Picisan juga membuat aku bertambah kagum. Imaginasi dalam musik video tersebut amat memberi kesan. Wajah Once pada aku agak sama dengan wajah penyanyi J-Rock iaitu Kamui Gakuto @ Gackt. Malah seluruh ahli kumpulan nampak unik. Memang sesuai dengan konsep lagu dan nama kumpulan.



Terlalu banyak kesan lagu² Dewa pada aku. Terlalu banyak sejarah dan memori yang boleh dikaitkan. Yang sesetangahnya tak boleh disebut semula. Secara ringkas, sejak tahun 2000 hingga ke 2010, musik Dewa menjadi sebahagian musik latar (soundtrack) hidup aku. Namun begitu aku tetap tak mengenali latar belakang setiap ahli kumpulan dan sejarah Dewa. Yang aku tahu, musik Dewa amat sedap dan sesuai dengan aku.

Konsert Dahulu

Sebagai Baladewa, semestinya mesti menghadirkan diri ke konsert Dewa. Konsert Dewa pertama yang aku hadir adalah di Menara KL pada 26 Mei 2005. Ianya tahun pertama aku bekerja. Tiada kenangan photo ketika konsert itu. Hanya memori. Memang best. Memang gempak. Itulah ketikanya aku saksikan betapa gilanya peminat muzik bangsa Indonesia. Namun mereka sporting. Barangkali berbangga kerana Indonesia mampu menghasilkan pemuzik luar biasa. Mereka (aku masih ingat) ajak aku "layan musik" bersama tanpa segan. Seolah tiada sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Best!

Konsert kedua Dewa aku pula bila aku sudah berkerjaya. 22 Desember 2007. Kali ini aku lebih bersedia. Seingat aku ini adalah tour promosi album Laskar Cinta dan Republik Cinta. Pada aku inilah antara konsert paling gempak. Seleksi lagu sempurna. Semua lagu best. Kegilaan penonton Indonesia kali ini pun makin menggila. Tapi inilah yang membuat ianya bertambah menarik. Apa yang bertambah unik (yang barangkali kontroversi) adalah konsep album Laskar Cinta. Album ini mempunyai dwi tafsiran terhadap beberapa lagunya. Album ini mempunyai lagu² keras tapi juga mempunyai lagu² yang menyentuh emosi. Lirik lagu pula amat puitis dan ada yang mentafsir sebagai lagu ketuhanan tafsiran para sufi. Lihat sahaja klip video lagu Satu. 


Malah ketika konsert, terdapat sekumpulan hadirin menari tarian sufi darwis. Hahaha... Gila! Inilah erti kata kepuasan. Sangat best. Sangat gempak. Sangat fun! Boleh aku katakan, konsert ini kelas internasional pada aku.

Konsert Dewa Reunion

Konsert Dewa Reunion tempoh hari sewajarnya meninggalkan memori menarik namun ianya tidak begitu. Seperti yang disebut sebelum ini, aku tidak mengenali Dewa melalui suara Ari. Malah aku tidak suka suara Ari. Dan aku bukan satu-satunya begini. sebenarnya ramai Baladewa Malaysia begini; mengenali Dewa melalui suara Once. Persetan tuduhan sebagai bukan Baladewa sejati. Aku dan ramai lagi jujur dalam meminati muzik Dewa. Dewa di Malaysia bersuara Once dan bermula dari album Bintang Lima.


Konsert dihadiri oleh permaisuri negeri Selangor, menteri besar Selangor dan juga menteri besar Perak.

Konsert bermula jam 8.45 malam. Dimulai dengan persembahan dari kumpulan Andra & The Back Bone. Persembahan kumpulan ini berlangsung lebih dari 30 minit. Tak dinafikan ada lagu² yang OK, dan ada juga hadirin yang menyanyi bersama. Tapi majoriti besar hadirin tak peduli akan Andra & Back Bone. Ramai yang duduk santai sahaja.

Setelah lebih dari 30 minit barulah Dewa mula bermain. Bermula dengan Ari Lasso. Aku ingatkan sekejap (30 minit) Ari menyanyi, rupanya 1 jam. Barangkali mereka cuba berlaku adil, tapi perlu peka dengan permintaan penonton. Di Malaysia, majoriti peminat kenal Once sebagai suara Dewa. Mereka tak peduli Ari Lasso. Sejujurnya aku cuba suka lagu² Dewa era Ari, namun gagal. Pada aku selain suara Ari yang annoying, muzik Dewa pada era Ari juga membosankan. Musiknya melerek dan whining. Maaf. Pada aku Dewa zaman Ari Lasso hanyalah sebahagian daripada band² yang ada. Bukan Dewa. Bukan menidakkan keupayaan Ari Lasso menyanyi, tapi pada aku Dewa bersuara Once. Sorry. Apa pun perlu diberi kredit bahawa Ari Lasso sememangnya showman yang bagus.

Jam pukul 10.30. Persembahan Dewa bersama Once bermula dengan lagu Pangeran Cinta. Konsert terus meletup! Semua orang menyanyi. Menjerit. Enjoy! Vibe berubah 100%. Havoc! Inilah saat yang ditunggu. Cuma sayang sekali tiada Ahmad Dhani. Ada tribute pada Ahmad Dhani di awal konsert dengan lagu Hadapi Dengan Senyuman nyanyian Ari Lasso. Persembahan Once berlangsung begitu pantas. Kejap sahaja dah sampai jam 11.30. Konsert sepatutnya tamat jam 11.30. Hiburan diteruskan. Jam 10.45 tiba² Ari Lasso muncul semula dengan lagu Kangen... Aduh... Bosan gilaaa... Whinning and annoying all over again. Sorry. Tiba konsert berubah semula vibe dia. 

Aku faham ini konsert reunion, maka persembahan Dewa terpaksa dibahagi kepada 2 era Dewa; Ari Lasso dan Once Mekel. Namun perlu berlaku adil pada peminat Malaysia. Format ini barangkali sesuai di Indonesia tetapi tidak di Malaysia yang majoritinya kenal Dewa dengan suara Once. Paling tidak sekali pun, mainlah muzik majoriti bermula dari zaman Bintang Lima. Lagu² Dewa sebelum Bintang Lima agak asing pada Baladewa Malaysia. Tidak timbul soal Baladewa sejati menyokong semua muzik dan suara Dewa. Yang realitinya Baladewa membayar ratusan ringgit untuk berhibur. Mereka espek sesuatu dan Dewa sepatutnya sebaiknya merelisasikannya mengikut kehendak pelanggan @ Baladewa Malaysia mereka.

Terlalu banyak lagu tak dimainkan. Banyak peminat @ Baladewa Malaysia yang kecewa. Ari Lasso boleh sahaja berduet dengan Once untuk lagu² dari album² Once bersama Dewa. Tak perlu mainkan lagu zaman sebelum Bintang Lima sangat pun. Baladewa Malaysia tak tahu. Konsert ini hanya 40% main lagu zaman Once. Keseluruhan hanya 30% (dicampur lagu Andra). Berbanding dengan konsert Menara KL dan Stadium Negara yang aku pernah join dulu, konsert ini amat bosan. Apa pun, moga Dewa kembali semula selepas ini bersama Ahmad Dhani dan kali ini hanya mainkan lagu bermula dari Bintang Lima sahaja.