Friday 13 September 2013

Invincible!

By the finger of god! I play the guitar!

Follow through
Make your dreams come true
Don't give up the fight
You will be all right
Cause there's no one like you
In the universe


Don't be afraid
What your mind conceals
You should make a stand
Stand up for what you believe

And tonight we can truly say
Together we're invincible

And during the struggle
They will pull us down
But please, please let's use this chance to
Turn things around
And tonight we can truly say
Together we're invincible

Do it on your own
Makes no difference to me
What you leave behind
What you choose to be
and whatever they say
Your soul's unbreakable


And during the struggle
They will pull us down
But please, please let's use this chance to
Turn things around
And tonight we can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

And during the struggle
They will pull us down

Please, please let's use this chance to
Turn things around
And tonight we can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

This is one of the most motivational song that I had ever listened, felt and embraced. Maybe the most motivational and positive song in the world! Whenever I listened to the song I can literally feel the rush of positive feeling overflowing in my vein. No matter how many times, it would always give that positive feeling and create such encouraging mode. For years since I had 1st listened to the song, it has never fail me.

Looking the clip attached, the best part of the song (for me) would always be at 3:05 when the tempo became faster. Than it climaxed at 4:18 at the eve of the guitar solos in which Mr Bellamy's was posses by a god and finally became a god himself at 4:38.

According to Mr Bellamy, this song was inspired by this below song. The song by Mr Bowie is also would put a person in such a positive mood.

  We could be heroes!

Indeed, Invincible is a beautiful song with positive vibrant. I thank God for inspiring Mr Bellamy to write it and present it to the world.

Friday 6 September 2013

Metallica In Malaysia 2013 - I was There!

Once Upon A Time... There was a boy... who listen to Rock and Metal...

Aku mula dengar lagu Metallica ketika aku dalam darjah 6 or tingkatan 1... kalu tak silap aku lah... Album tersebut adalah album Metallica " The Black Album". Dari sinilah aku mula menerima penangan kehebatan muzik metal buat kali pertama. Bayangkan, seorang budak yang masih lagi hijau sudah mula layan muzik metal. Skarang aku dah berumur 32 tahun.

Aku tak pasti macam mana aku boleh mula dengar. Yang pasti kaset tu bukan dari kaset abah aku. Abah aku walau pun minat muzik, tapi aku pasti dia tak minat Metallica. Dia hanya minat Elvis, Beatles, Rolling Stones dan Elvis dan Elvis dan Elvis...

If my memory serve me right, ia adalah kaset yang dipinjamkan oleh jiran aku. Bersama dgn kaset tersebut aku dipinjamkan juga dengan kaset kumpulan Halloween dan juga Slash Snake Pitt. Tapi yang membuatkan aku sangkut hanya Metallica Black Album. Dan juga if my memory serve me right, again, jiran aku tu cakap or minta aku dengar sebab lagu nie ada elimen sesat dan syaitan. Juga ada doa orang Kristian. Hhmmm...  Mungkin atas dasar ingin tahu, aku pun layan lah.. Bab doa orang Kristian tu maybe dia merujuk pada lagu Enter Sandman. But, if we look back, bila lagu bila Album Black didengar oleh budak yang masih tak fasih bahasa Inggeris, sudah pasti Black akan dilabel sebagai album kumpulan Metal Black.

Betapa gerunnya aku bila aku mentafsir sendiri maksud lagu Where Ever I May Roam dan Sad But True. Dimana menceritakan tentang "roh liar yang merayau" dan juga "hasutan syaitan dalam tubuh manusia". Bila lagu Enter Sandman pula aku macam berhati-hati sebab takut terpesong akidah. Hahahaaa...

Lagu kegemaran aku dari album nie adalah Of Wolves and Man dan The God That Fail. But as per my concern, semua lagu dalam album nie sangat best. Dan Album Metallica Black merupakan album terbaik Metallica pada aku (yang diikuti oleh Ride The Lightning) dan juga antara all time best album disamping Blur's Park Life, Sleeper's The It Girl, Oasis's Masterplan, Pulp's Different Classes, Glays's Heavy Gauge, Marilyn Manson's Holly Wood dan beberapa lagi album lain yang aku tak ingat.

Ya, Metallica Black merupakan full album bangsa Inggeris pertama yang aku dengar secara independent. Since kaset nie kaset pinjam, after certain point of time aku terpaksa pulangkan semula kaset nie pada tuan nya.. Kemudian barulah aku aku beli kaset Roxete The Greatest Hits.

Antara kenangan yang amat sinonim bila aku layan album Black sekarang adalah kisah Siri Bercakap Dengan Jin (BDJ). Suatu ketika dulu aku kumpul buku Variasari (macam Mastika). Dan aku mengikuti kisah tulisan Tamar Jalis. Selain dr itu, ntah dari mana aku pun tak ingat, koleksi siri Tamar Jalis itu berada dalam simpanan aku. Maka, mood kisah seram advanture dan lagu seram (pada aku ketika itu) adalah amat kena. Yang menariknya, parents aku macam tak kisah sangat pulak. If not, depa akan bising.

My Life had changed...

Pada aku Metallica bukan sahaja menghasilkan muzk berkualiti, tapi Metallica juga telah menjadi salah satu elimen yang membentuk siapa diri aku sekarang. Dari cara berfikir, berpakaian, dan perwatakan.

Sebenarnya lagu Metallica mempunyai satu nilai seni yang amat tinggi. Liriknya sebenarnya mempunyai nilai puitis seni yang mengkagumkan. Liriknya berkisar tentang agama, politik, perang, kematian, penderitaan, penyalah gunaan dadah dan juga hubungan sosial masyarakat serta keluarga.

Bagi aku yang baru nak mampu meneroka minda, muzik Metallica membentuk minat awal aku terhadap agama sebenarnya. Terus terang, lagu The God That Fail betul² membuka pintu untuk lebih mengenal tuhan. Dari situ secara diam aku mula mencari dan mempelajari tentang tuhan dari perspektif agama² lain terutamanya dari agama Kristian. Suara yang garang James pada aku merupakan suara amarah dalam diri aku sendiri.

Boleh dikatakan sejak aku mula dengar Black Album, aku dah bermimpi untuk mengadap Metallica secara 'live". Dan demam tonton live sebenar adalah setelah aku tgk konsert Metallica Cunning Stunt 1997.

 Cunning Stunt; Hero Of The Day... One of my fav song..

 21 Aug 2013

Inilah tarikh keramat untuk aku. Hari dimana aku mengadap hero² aku secara live. Tanpa hijab. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sungguh berbaloi. Setelah beratur 2 jam di pagi Ahad di Bukit Bintang, dan inilah kepuasannya. Aku antara lebih kurang 30,000 manusia dan antara yang paling hampir dengan Metallica semasa konsert. Aku betul² dihadapan James, Lars, Kirk dan Rob.. 

Kami yang baru sampai...

Aku sebenarnya sampai agak lewat ke Stadium. Kami ke Berjaya untuk  belasah Wendy's. Kemdian, sebagai seorang Muslim yang bermegang moto; "Rock, Rock juga, Janji  Solat" bergegas ke masjid berhampiran untuk solat Asar. Usai solat Asar kami berborak untuk menunggu waktu Magrib. Apa yang boleh aku bangggakan adalah ketika itu bleh dikatakan ramai Metallers yang tengah lepak dimasjid. Maka secara tak langgung menidakkan hiburan itu semuanya "lagghoo". Dan yang paling membanggakan, ketika solat Magrib, boleh dikatakan masjid 80% penuh untuk berjamaah. Ini tak termasuk yang solat 'sendirian berhad' di level bawah. Juga, 90% dari para jemaah (ya aku join jemaah ketika raka'at kedua, sebab tunggu kasut sementara adik aku solat solo express) berpakaian hitam yang membawa erti bahwa mereka merupakan peminat Metallica. Dan samada kebetulan atau tidak, Magrib diuruskan dengan begitu pantas dengan Imam hanya membaca surah lajim. 

Dalam jam lebih kurang 7.45 malam, aku sudah berada di dalam stadium dengan penuh keterujaan. Ya, mejoriti dari peminat dikawasan aku adalah dari golongan belia yang berperut agak kehadapan (termasuk aku). 

Kalu diikutkan itenari, konsert sepatutnya bermula pada jam 9 malam. Tapi kejutan telah berlaku. Usai 5 minit azan Isyak, irama Ecstasy Of Gold pun berkumandang... Ketika itu hadirin dah mula gelabah dan terangsang. Ini satu yang berbeza berbanding dgn Rock band yang lain. Sepengalaman aku, sepanjang semua konsert yang aku pernah hadiri sama ada Dewa, Linkirn Park, The Corrs dan My Chemical Romance (MCR), the main artist selalunya akan lewat. Paling cepat depa akan start 15 minit lepas masa itenari.  Ketika itu masih ramai hadirin yang masih belum masuk ke dalam stadium. Apa lagi, kelam kabut habis semua masuk ke stadium...

Konsert bermula dengan lagu Hit The Light yang diikuti dengan Master Of Puppets. Gempak gempita Stadium dibuatnya.. Terus terang cakap aku tak ingat turutan lagu yang dimainkan. Tapi apa pun aku cukup puas hati dengan seleksi lagu. Semua aku suka kecuali Harvester Of Sorrow. Dan yang best, lagu jarang main seperti Sanitarium dan Orion turut dimainkan.

Dah lama sebenarnya aku tak berkonsert. Kali terakhir adalah ketika MCR beberapa tahu dulu. Dasyat juga lah kiranya. Dalam usia 32 tahun aku masih mampu head bang helikopter dan masuk bergasak dalam mosh pit. Maka akibat dari tu, leher aku terkehel lenguh hampir 1 minggu. Kesan mosh pit? Wah ha ha haaa... Dah lama tak berendranalin seperti itu. Sengal² badan dan calar² tangan aku. Suara? Hmmm... Serak sumbang hampir 1 minggu.

Konsert tamat jam 10.45 malam dan James meminta hadirin balik rumah untuk tidur kerana esoknya kerja. Ya.. betul.. dia suruh kami balik tidur bcos esok kerja. Hahahaaa...

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan konsert ini. Selain menjadi sebahgian dari mereka yang pertama kali hadir ke konsert sulung Metallica, aku juga berjaya mendapatkan pick gitar Kirk Hammet. Dan adik aku pula berjaya mendapatlkan pick James dan Rob...

Hadiah dari Kick Hammet



Hasil kutipan dan kenangan...

 Welcome Home

Sambutan dari peminat Metallica Malaysia adalah amat mengagumkan. Kalu tak silap aku ini adalah konsert paling ramai penonton. Setanding semasa konsert Micheal Jackson dulu rasanya. Metallica juga sedar akan perkara ini dan meraka turut terharu. Oleh kerana itu meraka berjanji untuk datang lagi di tahun mendatang.

Aku sebenarnya amat tersentuh dengan persembahan Metallica. Pada aku mereka betul² menjaga customers (peminat) mereka. Persembahan yang diberikan juga bersungguh² dan bertenaga. Gimik dan usikan dengan penonton juga membuatkan penonton berasa dihargai. Ialah, Malaysia ni bukannya ada apa pun. Negara kecil yang ntah apa² jer sebenarnya. Kalu bukan kerana Dr Mahathir dan perangai DSAI, most probably Malaysia nie tak ada sapa yang kenal. Sebenarnya pendekatan Metallica dengan peminat ia adalah sesuatu yang perlu kita contohi. Jika dibandingkan dengan tour pasukan Barcalona FC, jelas Barcalona FC tidak menghormati peminat mereka di Malaysia. Apa lah sangat biarkan Messi main dalam 10 minit walau pun dia kununnya cedera. Sebaliknya berbeza dengan Metallica. Malah kalu dibandingkan dengan artis lain di konsert² yang pernah aku hadiri, Metallica lebih cust focus. Walau pun Metallica nie super gila mega star yang dah capai tahap dewa musik, tapi mereka merendah diri dan menghormati peminat mereka. Malah mereka juga peka dengan kondisi semasa peminat meraka yang mungkin kena masuk ofis besoknya (that is why James minta peminat bersurai dan balik tidur awal... Wah ha hahahaaa).   

Anyway, aku syukur kerana akhirnya antara impian dah pun menjadi kenyataan. Moga, ditahun mendatang Metallica akan masih ke Malaysia untuk mengadakan konsert dan kali ini di hujung minggu dengan skala yang lebih besar dan gempak.

Terharu aku bila aku tengok pemandangan nie...
.
.
.
.
..
..
...
..
.
.
.
.
Lebih terharu aku bila tengok gambar nie... Wah hahaaa... 
"Raya 2013 lebih bermakna dengan kehadiran Metallica..."